Pengintegrasian Al-Quran dalam Tajuk Ekosistem; Satu Kajian Kes di SMK Dato’ Sagor

Download (0)

Full text

(1)

25

CONFERENCE PROCEEDING

Pengintegrasian Al-Quran dalam Tajuk Ekosistem; Satu Kajian Kes di SMK Dato’ Sagor

Muhammad Amirul Supari1, Muhammad Adam Hakimi Ahmad Saifol2, Danish Afiff Azri3, Hasliza Hassan4, Rukiah Mohamed Ibrahim5*

5SMK Dato’ Sagor, Teluk Intan, Perak.

*Corresponding author: *g-54196202@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Aspek kerohanian adalah salah satu dari enam tunjang asas dalam KSSM Sains dan turut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain dari elemen jasmani, emosi dan intelektual. Dalam konteks pendidikan sains, kualiti murid yang dihasratkan dapat lahir dari sistem pendidikan sains kebangsaan ialah murid yang berfikrah sains iaitu mempunyai ciri murid yang mampu berfikir secara kritis untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Asas kerohanian dan kemahiran berfikir secara kritis ini jika tidak disulami atau dibangunkan tanpa panduan yang benar iaitu Al-Quran, menyebabkan berlaku kepincangan nilai. Unsur kerohanian dipisahkan kepada kajian keagamaan dan tidak diintegrasikan merentasi mata pelajaran yang lain khususnya Sains. Sains berkonsepkan tauhid memainkan peranan yang amat penting sebagai sumber yang efektif untuk mengenali Tuhan yang mencipta alam dan membimbing manusia melakukan kajian serta berfikir secara kritis berasaskan bukti yang telah tertulis dalam Al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengintegrasian Al-Quran dalam kurikulum Sains sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kerohanian murid dan kemahiran berfikir secara kritis khususnya dalam penyelesaian masalah untuk topik Ekosistem. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dan data dikumpul secara pemerhatian, temu bual dan dokumentasi.

Implikasi kajian ini dapat memberi faedah kepada perkembangan kerohanian murid, meningkatkan kecintaan murid terhadap Al-Quran, meningkatkan pemikiran kritis juga dapat menjadi sumber rujukan untuk kajian lanjut bagi melihat tema-tema yang sesuai dalam Al-Quran yang dapat diintegrasikan dalam silibus KSSM Sains.

Kata kunci: Pengintegrasian Al-Quran, Sains Tauhidik, pengintegrasian.

PENGENALAN

Pendidikan tidak seharusnya bergantung kepada menguasai konten mata pelajaran semata-mata, pendidikan membentuk insan kamil, iaitu manusia yang sempurna dengan memiliki kecerdasan intelektual dan rohani (Mohd Fuad, 2017).

Pengintegrasian Al-Quran perlu dilakukan terutama kepada mata pelajaran yang sesuai. Dalam konteks ini, mata pelajaran Sains adalah amat sesuai kerana menurut Dr. Danial dalam Quran Saintifik-Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong Sains, terdapat 27 cabang ilmu sains yang disentuh Al-Quran iaitu astronomi, geologi, fizik, zoologi dan botani.

Mengapakah pengintegrasian ini perlu dilakukan? Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Begitu juga dalam hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), enam elemen digariskan iaitu setiap murid menguasai Kemahiran berfikir, Pengetahuan, Kemahiran memimpin, Kemahiran dwibahasa, Identiti nasional, seterusnya elemen Etika dan kerohanian. Aspek kerohanian menjadi

(2)

26

inti pati dalam Falsafah Pendidikan Negara dan PPPM. Maka oleh itu, elemen kerohanian bagi murid beragama Islam perlu dilihat dari aspek pembersihan hati agar ilmu yang baik dapat diterima dan diamalkan mengikut darjah keyakinan manusia terhadap Allah (Mohd Fuad, 2017). Awal agama itu mengenal Allah, bagaimana untuk mengenal Allah, pastilah melalui isi kandungan kitab Al-Quran. Ini bertepatan dengan konsep Sains Tauhidik iaitu sains yang berteraskan konsep tauhid kepada Allah SWT yang Maha Esa sebagai pencipta (Sharina et, al, 2017). Individu yang mempelajari Sains berkonsepkan tauhid ini mampu melakukan perubahan seperti meninggalkan kejahilan dan kekufuran menuju kepada peningkatan iman yang lebih sempurna dalam mentadbir dan mengurus kehidupan dan alam mengikut acuan Al-Quran.

Mata pelajaran Sains yang dipelajari dalam sistem pendidikan adalah berkiblatkan sains moden yang agak tempang kerana telah membelakangkan agama dan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pembangunan sains. Pendekatan ke arah menerapkan pengajian sains Al-Quran dalam kurikulum sains mampu melahirkan saintis dan teknokrat yang kukuh mengamalkan Tauhid (Mohd Fuad et. Al, 2017).

Sharina, 2017 dan Kamal Azmi, 2021 mengatakan bahawa sains moden tidak lagi dapat menjawab persoalan dalam sains kontemporari yang lahir daripada pasca- modenisme dan menutup kebenaran Al-Quran dan sunnah sebagai tulang belakang kepada fakta-fakta saintifik. Hal ini membawa kepada cadangan diperkembangkan sains kepada konsep Sains Tauhidik. Sains yang berteraskan konsep sekularisme telah membawa kepada penyampaian isi pengetahuan sains yang terhad kepada ilmu akal sahaja tanpa dikaitkan dengan aspek ketauhidan Allah SWT.

Permasalahan dalam nilai dan kurangnya pemupukan aspek kerohanian (Abdul Rahman, 2020) serta murid tidak memiliki pemahaman yang baik tentang sains dan Agama Islam, iaitu bagaimana hubungan antara kedua mata pelajaran tersebut terjalin (Alexis Stone dalam Zainun, 2021). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kedua- dua mata pelajaran tersebut terasing dan diajar secara terpisah. Melihat kepada beberapa kajian yang pernah dilakukan berkaitan Sains Tauhidik di Indonesia dan juga di Malaysia iaitu dalam kajian yang dilakukan oleh Zanaton (2016), Abdul Madjid Latief (2017), Shuhaimi (2018) dan Norshariani (2020) mendapati terdapat penerimaan positif dalam pengintegrasian tersebut. Justeru itu, kami terpanggil untuk mengaplikasikan Pengintegrasian Al-Quran dalam topik Sains di sekolah kami dan memilih topik Ekosistem kerana ekosistem adalah dekat dengan diri murid sendiri ditambah pula dengan isu-isu pencemaran dan perubahan iklim yang berlaku pada masa kini. Dalam konteks murid-murid sekolah ini yang merupakan sekolah menengah harian yang datang dari pelbagai latar belakang dan separuh dari 84 orang murid Islam tingkatan Dua menghadapi masalah dari aspek sahsiah dan peribadi mendorong kami untuk menjalankan kajian kes ini.

METADOLOGI

Kaedah dan Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif kualitatif menggunakan sampel secara bertujuan untuk meninjau pengintegrasian Al-Quran dalam tajuk Ekosistem bagi meningkatkan kemahiran kritis dan kerohanian murid-murid tingkatan Dua di SMK Dato’ Sagor. Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Pengintegrasian Al-Quran difokuskan kepada tajuk Ekosistem dijalankan ke atas 10 orang responden untuk meninjau bagaimana mereka menyelesaikan masalah ketika menyelesaikan pembelajaran berasaskan projek.

(3)

27

Pemerhatian dan temu bual ke atas responden juga dijalankan secara separa berstruktur untuk meninjau kesedaran mereka tentang Al-Quran dan sains.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dijalankan secara dua peringkat iaitu peringkat pertama pembelajaran berasaskan projek dijalankan kepada semua murid Islam tingkatan Dua. Sepuluh orang responden kajian diperhatikan sepanjang peringkat pertama dan di temu bual secara individu pada peringkat kedua.

Jadual 1. Keputusan temu bual dianalisa secara tematik adalah seperti berikut;

Temu bual Tema

Saya tidak tahu kaitan sains dan Al-Quran Kaitan / Integrasi Saya tidak tahu makna ayat dalam Al-Quran Makna / Tafsir Saya tidak tahu ada ayat Al-Quran tentang alam sekitar Makna / Tafsir Bila saya dengar ayat Al-Quran saya akan diam, senyap

dan hormat

Nilai

Masa sekolah rendah last saya mengaji Al-Quran Sikap / sahsiah / nilai Saya rasa Al-Quran ini untuk ustaz ustazah sahaja yang

ajar

Kaitan Saya dengar mengenai alam sekitar semasa buat karangan

bahasa Melayu dan Sains sahaja

Kaitan Saya tidak faham bahasa tafsir Al-Quran pun saya tidak

faham

Makna / Tafsir

Jadual 2. Keputusan pemerhatian yang dibuat ke atas 10 orang sampel bertujuan adalah seperti berikut;

Pemerhatian

Responden lebih fokus, memberi kerjasama, diam dan tenang ketika bacaan ayat Al-Quran diperdengarkan.

Responden kelihatan mengganguk-angguk kan kepala ketika pengkaji menerangkan tentang ayat-ayat Al-Quran berkaitan alam sekitar.

Responden semakin yakin untuk mengeluarkan idea berpandukan tafsiran ayat kenapa semut, siput, kerengga diciptakan oleh Allah.

Responden kelihatan memberikan kerjasama mencari haiwan-haiwan kecil, serangga dan menunjukkan minat.

Responden cuba juga bermain dengan mengambil kucing untuk diletakkan dalam ekosistem tertutup.

Responden bertanya-tanya bersama rakan kumpulan masing-masing dan bertanya kenapa Allah ciptakan kucing dan ketawa.

Responden tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sopan sepanjang kajian dijalankan.

Kajian secara dokumentasi adalah merujuk kepada DSKP Sains tingkatan Dua untuk tajuk Ekosistem yang antara lain ingin membentuk murid yang dapat menjaga alam sekitar dan melestarikan alam serta tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar. Manakala dokumentasi Kitab Suci Al-Quran adalah merujuk kepada ayat-ayat berkaitan haiwan dan alam sekitar seperti berikut;

Surah Al-Hajj ayat 64, Surah HUD ayat 61, Surah Qamar ayat 49, Surah An- Nur ayat 41, Surah Taha ayat 53-54, Surah Al-An'am ayat 95, Surah Al-Baqarah ayat

(4)

28

164, Surah Al-Mulk ayat 3, Surah Al-Naml, Surah Al-A'raf ayat 56, Surah Al-Imran, Surah Al-Baqarah 29, Surah Zukhruf ayat 32, Surah Al-Nahl, Surah Al-Waqiah serta Surah Qaf.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden kurang membaca Al-Quran dan ini bertepatan dengan temu bual yang mengatakan mereka membaca Al-Quran ketika di sekolah rendah sahaja. Namun mereka masih mempunyai nilai dan kesedaran untuk menghormati Al-Quran serta mereka juga berminat untuk mengetahui tafsiran Al-Quran yang mempunyai pelbagai panduan tentang kehidupan. Responden juga teruja bahawa Al-Quran ada menceritakan tentang haiwan seperti semut dan lebah.

Responden menunjukkan minat dan tekun mendengar tentang tafsir Al-Quran, pengkaji memaklumkan bahawa bahasa Allah adalah tidak secara terus kerana manusia dicipta sebaik-baik kejadian dan dikurniakan akal untuk berfikir. Namun proses untuk mengetahui makna bagi setiap kata-kata Allah dalam Al-Quran tidak boleh dilakukan dengan hanya bersandarkan kepada logik akal kita semata-mata.

Sewaktu penerangan disampaikan, responden menunjukkan minat dan tidak seperti kelas-kelas biasa yang sering kali melihat mereka bergurau dan mengusik rakan.

Hasil pembelajaran berasaskan projek iaitu Ekosistem Tertutup dilakukan dengan berkesan di mana responden berkomunikasi, memberikan idea, bekerjasama dan menyedari kesan daripada aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Responden juga menyedari bahawa Al-Quran telah berpesan dalam Surah Al A'raf ayat 56 supaya manusia tidak membuat kerosakan di muka bumi.

KESIMPULAN

Nilai Islam yang berpotensi untuk dihayati dalam mata pelajaran sains ialah akhlak iaitu kerohanian dan akhlak berkaitan dengan tingkah laku, pengintegrasian Al-Quran dalam Sains dapat memberikan kefahaman dan ilmu agama kepada murid, supaya murid dapat menerangkan dan mengetahui bahawa Al-Quran bukan hanya mengandungi tentang agama sahaja tetapi ilmu tentang sains. Pengintegrasian Al- Quran ini adalah untuk melahirkan generasi yang tinggi kefahaman tentang Al-Quran, Sunnah dan murid dapat menerangkan tema dalam bidang sains. Pendekatan sains dan Al-Quran ini mampu menjamin pertumbuhan iman dan taqwa kepada Allah (Tuhan), peningkatan penguasaan kemahiran hidup, kebolehan bekerja dan bersifat saintifik.

Jika tidak secara keseluruhannya, namun jika dapat kita jentik sedikit hati generasi muda tentang Al-Quran dan taqwa kepada Allah, maka kita dapat melahirkan produk cerdik pandai yang tidak mekesampingkan ajaran agama.

RUJUKAN

Abdul Madjid Latief dan Ifa Raziah Rohmah. 2017. The Use of Science Curriculum Based on Al-Quran in Improving the Quality of Student Personality. International Journal of Development Research.

Vol. 07, Issue 09 September 2017.

Ab Rahman, W. N. W., & Saman, A. M. (2020). Pembangunan Model Kandungan Ekologi Spiritual Dalam Pendidikan Islam: Satu Analisa Keperluan. Jurnal IPDA, 26(1), 152-160.

Danial Zainal Abidin. 2014. Quran Saintifik; Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamal Azmi bin Abd. 2021. Sains Baharu Menurut Osman Bakar. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021. Universiti Sains Islam Malaysia

Mohd Fuad Othman, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis dan Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan. 2017. Pendidikan Rohani Berasaskan Sains Al-Quran. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. Volume1(1) January 2017, 64-77.

Mohd Yusof Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Nazir Mohammed Khalid. 2019. Meneroka Rahsia STEM Dalam Al-Quran.

MommyHappyGroup.

(5)

29

Norfadilah Abdul Rahman,Pembinaan Modul Kerohanian Model Al-Muhasibi (MKAM) dalam Merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak, (Tesis Doktor falsafah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010)

Figure

Updating...

References

Related subjects :