• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah

(Teacher’s Skill in Integrating Information and Communications Technology in Preschool Learning)

Chew Le Yee1*, Suziyani Mohamed1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99286@siswa.ukm.edu.my, suziyani@ukm.edu.my Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dalam era globalisasi yang berpesatkan perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, pembudayaan dan penguasaan teknologi dalam pembangunan pendidikan dipentingkan dalam kalangan guru dan murid. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pemudahcaraan prasekolah adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kualati dan keberkesanan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Alat atau perisian teknologi yang digunakan dalam pendidikan prasekolah secara meluas telah memberikan kesan positif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, guru perlulah mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan teknologi. Kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif ini telah dijalankan dengan menggunakan instrument soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dengan nilai Cronbach Alpha keseluruhan yang tinggi iaitu 0.818. Soal selidik kajian ini disediakan dengan menggunakan skala likert dan diberikan kepada sampel kajian melalui Google Form. Sampel dalam kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah di daerah Kuala Selangor berdasarkan kaedah persampelan bukan rawak mudah bagi mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki. Data dianalisis dengan perisian Statistical Package of Social Sciences. Analisis dibuat dengan kaedah statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk melihat tahap kemahiran guru dalam penggunaan teknologi. Hasil kajian menunjukkan guru prasekolah mempunyai tahap kemahiran menggunakan teknologi yang tinggi. Dapatan ini memberi sumbangan bahawa pentingnya untuk mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Oleh itu, guru perlu menyediakan dan memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan abad ke-21.

Kata kunci: Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Tahap Kemahiran, Guru Prasekolah, Kanak-kanak Prasekolah

Abstract: In this era of globalization, Information and Communication Technology has become of the most important tools in today’s education system. It is especially fundamental for teachers and students. Extensive and wide usage of information technologies in early childhood education has had a positive impact on children's learning. Therefore, it is important for teachers to learn, use and apply basic knowledge using computers. This study was conducted to identify the competency level of preschool teachers in using information technologies in Kuala Selangor. This quantitative survey study was conducted using a questionnaire instrument that has been tested for validity and reliability with a high value of Cronbach Alpha which is 0.818. The questionnaire was based on 5-point Likert Scale ranged and given through Google Form. The sample in this study involved 80 preschool teachers in

(2)

Kuala Selangor based on simple non-random sampling method to collect the data. Data were analyzed with Statistical Package of Social Sciences software. The data were analyzed for descriptive statistic in the form of frequency, percentage, mean and standard deviation to see the level of teachers' skills in using information technologies. The results indicate that preschool teachers have a high level skill of using technologies. These findings show the importance of integrating information technologies in the learning of preschoolers. Therefore, teachers need to provide a learning environment that is in line with the 21st century.

Keywords: Information and Communication Technology, Level skill of Information and Communication Technology, Preschool teachers, Preschoolers

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan komputer telah mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Pada awal 1980-an, komputer mula digunakan di sekolah dan dicadangkan untuk memainkan peranan yang penting dalam pendidikan untuk generasi muda pada masa hadapan. (Bransford, Brown, & Cocking 2000; Grimus 2000; Yelland 2001) Teknologi terkini menawarkan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan kualiti amalan pedagogi pengajaran dan pemudahcaraan. (Ghavifekr et al., 2012 dan Lefebvre, Deaudelin &

Loiselle, 2006)

Pelbagai perubahan kurikulum telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun 1998, teknologi maklumat mula diwujudkan sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000) Ini merupakan permulaan menerapkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan yang menunjukkan kesungguhan KPM. Kesinambungan daripada memperkenalkan mata pelajaran IT, kementerian telah menjalankan beberapa program lagi yang berkaitan dengan TMK. Contohnya, pada tahun 1986 mewujudkan program pengenalan kepada komputer, projek literasi komputer pada tahun 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995. Program- program ini telah dilaksanakan di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah supaya TMK dapat digunakan secara meluas dalam pendidikan.

Tambahan pula, sekolah bestari juga diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1999 yang menekankan penggunaan TMK dalam semua urusan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. Sekolah bestari ditakrifkan sebagai institusi pembelajaran yang telah diubahsuai semula dari segi pedagogi pengajaran dan pembelajaran supaya pihak sekolah dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat persediaan dalam Zaman Maklumat. Sekolah bestari berkembang dengan menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan TMK yang secukupnya, pembentukan staf yang profesional serta pentadbir yang cekap. Dengan menyedari bahawa kepentingan dan keberkesanan penggunaan TMK terhadap perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan, kerajaan juga melaksanakan pelbagai program dan perancangan mengenai TMK dan telah bermula di sekolah kebangsaan lain. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menyatakan hasrat Kementerian dalam memanfaatkan TMK untuk meningkatkan pembelajaran berkualiti di seluruh Malaysia. Ia bertindak sebagai platform Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan tenaga kerja yang celik teknologi, berfikir secara kreatif dan kritis, yang bersedia untuk terlibat sepenuhnya dalam ekonomi global abad ke-21. (Ghavifekr & Mohammed Sani, 2015) Ia juga menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat antarabangsa.

(3)

Dalam era TMK yang berkembang hebat, peranan guru dalam mengubahsuai pendekatan terhadap pembelajaran murid adalah penting. Guru kini bukan sahaja berperanan sebagai sumber utama memberi penerangan dan menyampaikan pengetahuan dalam bilik darjah tetapi lebih berperanan sebagai pemudahcara. Kemahiran menyusun semula ledakan maklumat yang datang daripada pelbagai jenis sumber harus diperolehi oleh guru supaya maklumat tersebut dapat menjadikan sebagai maklumat yang berstruktur dengan tujuan pengajaran. Guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mereka cara pengajaran boleh membantunya membina bahan bantu mengajar dengan cepat seperti hipermedia atau multimedia. Guru juga perlu mempunyai konsep asas penggunaan teknologi komunikasi seperti CD Rom, hamparan elektronik, cakera padat, pemprosesan perkataan, hantaran melalui telesidang audio, video dan computer serta perisian-perisian aplikasi komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada murid-murid. Proses pengajaran dan pembelajaran akan ditingkatkan lagi sekiranya pandai menggunakan kemudahan yang diberikan oleh teknologi-teknologi komunikasi ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga mendorong para pendidik untuk melengkapkan diri dengan tahap kemahiran dan pengetahuan penggunaan teknologi yang sesuai. Guru berperanan penting dalam penggunaan TMK di dalam kelas semasa proses pengajaran. Ini disebabkan oleh penggunaan TMK dalam memberi kesan pembelajaran yang dinamik dan proaktif. (Arnseth &

Hatlevik, 2010) Menurut Albirini (2006), walaupun tujuan menggunakan TMK adalah untuk melahiran penyampaian pengajaran yang lebih berkualiti, berkesan dan bercekap kepada murid, ia juga merujuk kepada kelebihan daripada pembelajaran jaringan untuk menghadapi cabaran globalisasi. (Albirini, 2006) Proses penerapan TMK bukanlah satu strategi sahaja, tetapi merupakan strategi berterusan yang menyokong pengajaran dan pembelajaran dan sumber maklumat dengan sepenuhnya. (Young, 2003)

Bagi kanak-kanak masa kini, sumber teknologi yang terdapat di rumah dan persekitaran semakin berleluasa. Kanak-kanak kini didedahkan persekitaran yang dicipta dengan teknologi digital. Contohnya, perkakasan komputer, telefon digital, jam tangan digital, kamera digital dan dunia maya. Hal ini menjadikan kanak-kanak telah biasa dengan melihat dan menggunakan alat-alat teknologi digital. Bagi keluarga yang berpendapatan sederhana dan tinggi, alat teknologi di rumah lebih canggih daripada sekolah mereka. Sebagai kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran teknologi baru hari ini, pengalaman ini akan mempengaruhi kecekapan dan kemahiran mereka. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, kanak-kanak perlulah didedahkan kepada TMK dengan cara yang berkesan dan dibimbing oleh guru dan ibu bapa.

Dengan ini, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah dalam menggunakan TMK dalam proses PdPc. Keupayaan guru menggunakan komputer akan ditinjau. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap individu sekiranya mereka bersikap positif seperti tidak ada kegelisahan atau menunjukkan minat dalam penggunaan komputer. Guru juga mempunyai tanggungjawab untuk menilai dan menggunakan pelbagai jenis aplikasi komputer untuk melakukan pengajaran atau kerja yang lebih berkesan.

2. Penggunaan TMK di Prasekolah

TMK adalah bahagian penting dalam kehidupan hari ini. (Zhang & Aikman, 2009) Ia juga membawa banyak perubahan dalam kehidupan kita termasuklah pendidikan. TMK dalam pendidikan abad ke-21 telah digunakan secara meluas dalam kalangan guru. Ini kerana dapat

(4)

meningkatkan kualiti PdPc dan memberi kesan kepada kanak-kanak. Demi mengurangkan jurang teknologi antara tempat, guru dan murid, penggunaan TMK telah diperkembangkan bukan sahaja di sekolah menengah dan sekolah rendah, malahan di peringkat prasekolah.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 adalah satu panduan kepada guru prasekolah untuk menjalankan kurikulum pendidikan prasekolah kepada kanak- kanak prasekolah. Kurikulum ini telah menekankan kanak-kanak prasekolah harus menguasai kemahiran abad-21. Salah satu elemen merentas kurikulum ini ialah sains dan teknologi.

Penggunaan TMK dalam PdPc dapat menambah minat murid prasekolah dan dapat memastikan proses pembelajaran dijalankan secara berkesan dan berkualiti.

Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan prasekolah adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kualati dan keberkesanan PdPc prasekolah. Kanak-kanak kini adalah generasi teknologi. Teknologi telah memainkan peranan penting dalam proses PdPc kanak-kanak (Haugland & Wright, 1997). Kanak-kanak bukan sahaja belajar di sekolah malah juga dapat belajar di rumah dengan menggunakan telefon bimbit. TMK yang digunakan dalam pendidikan prasekolah secara meluas telah memberikan kesan positif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer multimedia boleh meransang dan mendorong kanak-kanak berminat untuk belajar dan pembelajaran dijalankan dengan lebih baik, cepat dan berkesan (Burnett, 2010; Sharifah Nor & Kamarul Azman, 2011).

Pengintegrasian TMK dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak adalah berbeza dengan pengintegrasian TMK dalam pendidikan sekolah rendah atau menengah (Campbell &

Scotellaro, 2009). TMK dapat menjadikan kurikulum pendidikan lebih berpusatkan kanak- kanak. Dalam kajian Plowman dan Stephen (2005), salah satu aktiviti yang dapat diintegrasikan TMK dalam pengajaran yang berpusatkan kanak-kanak ialah aktiviti main bebas. Semasa aktiviti main bebas, kanak-kanak prasekolah boleh memilih masa untuk bermain sekiranya mereka ingin bermain dengan komputer. Teuwens (2011) menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah sering bertemu dengan Internet semasa berada di rumah. Di Belanda, McKenney dan Voogt (2010) membuat kesimpulan bahawa bermain permainan dalam komputer adalah aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak kecil semasa mereka berada di rumah atau di sekolah. Dalam satu kajian di UK (Marsh et al., 2005) ibu bapa melaporkan bahawa 53% daripada kanak-kanak yang berlahir hingga enam tahun telah menggunakan komputer di rumah setiap hari. Kajian-kajian di luar negara telah memberikan gambaran bahawa TMK harus digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan pelbagai jenis aktiviti.

Teknologi memberikan pelbagai jenis kemudahan seperti membantu kanak-kanak dalam pembelajaran. Kanak-kanak kini didedahkan persekitaran yang dicipta dengan teknologi digital. TMK merujuk kepada semua peralatan yang mengandungi komputer atau mikrokontroler, termasuk mainan elektronik atau digital, konsol permainan, kamera, pemain media dan telefon pintar serta komputer riba. (Palaiologou, 2016) Konsep dan program pendidikan awal kanak-kanak telah diserapkan dalam pelbagai jenis sumber TMK untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Masoumi 2015). Hal ini menjadikan kanak-kanak telah biasa dengan melihat dan menggunakan alat-alat teknologi digital. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bersamaan dengan persekitaran pembelajaran abad ke-21.

Kanak-kanak lebih sesuai dengan kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dan dapat menarik perhatian mereka. (Anikina & Yakimenko, 2015) T. Alia dan Irwansyah, 2018 berpendapat bahawa teknologi ini memberikan rangsangan suara dan visual yang akan mempercepatkan

(5)

proses pembelajaran kanak-kanak. Hal ini adalah kerana mereka dapat mempelajari banyak perkara dalam satu masa melalui teknologi, terutamanya sejak kemunculan telefon pintar yang pelbagai jenis fungsi dengan harga yang berpatutan. Ini telah menyebabkan semakin ramai orang mampu memilikinya. Walaupun dalam keluarga yang tidak berapa kaya, teknologi itu dapat dimiliki oleh kanak-kanak sejak dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penggunaan TMK dalam PdPc adalah merupakan satu cabaran kepada guru prasekolah. Sandra Rahman et al. (2013) dan Ting Kung Shiung et al. (2005) mengatakan bahawa masalah- masalah yang dihadapi oleh guru adalah masih kurang kemahiran pengintegrasikan TMK dalam proses PdPc di bilik darjah. Guru prasekolah yang tidak ada kemahiran untuk menggunakan TMK merupakan masalah utama dalam usaha pengintegrasikan TMK dalam pembelajaran kanak-kanak. Pengetahuan, sikap dan kemahiran guru prasekolah terhadap TMK merupakan faktor yang penting dalam menentukan keberkesanan TMK dalam pembelajaran.

(Haugland & Wright, 1997).

Guru berperanan penting dalam mewujudkan persekiran pembelajaran yang diintegrasikan TMK dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Sandra et.al, (2013), Yahya & Roselan, (2015) menyatakan fator keberkesanan pengintegrasikan TMK dalam kurikulum prasekolah adalah tahap kesediaan guru prasekolah. Demi menjayakan mengaplikasikan TMK dalam kurikulum, sikap guru merupakan salah satu cabaran yang perlu diperbaiki dalam aspek penggunaan TMK.

Hal ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian daripada Chung et.al (2010) bahawa guru-guru ada sikap negatif dan sederhana dalam usaha menggunakan TMK dalam proses PdPc. Sikap ini dan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus TMK agak membimbangkan.

Selain itu, sebahagian besar guru prasekolah tidak ingin menggunakan TMK dalam pengajaran walaupun terdapat kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan TMK. Sandra Rahman et.al (2013) menunjukkan bahawa kebanyakan guru prasekolah di Malaysia tidak mengaplikasikan TMK di dalam bilik darjah. Kajian Norhiza et al. (2016) juga menyokong pendapat ini dengan menyatakan bahawa kebanyakan guru tidak menggunakan komputer dalam pengajaran mereka di sekolah. Mereka berpendapat bahawa kaedah tradisional lebih selesa. Tambahan pula, menurut Zain (2001), salah satu punca murid tidak akan berminat dalam pembelajaran ialah berlaku kekeliruan atau ketidakfahaman mengikuti pelajaran. Hal ini bergantung kepada persediaan dan perancangan guru sebelum memulakan proses PdPc.

Perancangan guru amat penting terutamanya dari segi cara penyampaian kandungan pengajaran guru dan bahan-bahan yang digunakan oleh guru. Hal ini akan menyebabkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Penggunaan media teknologi dalam pengajaran merupakan satu pilihan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan. Hal ini kerana penggunaan TMK melibatkan penggunaan pancaindera murid seperti penglihatan (75%), pendengaran (13%) sentuhan (96%), rasa (3%) dan bau (3%).

(Ismail, 2002)

Dawes (2001) menyatakan bahawa teknologi baru ini berpotensi untuk meningkatkan pendidikan merentas kurikulum dan memberikan peluang untuk guru berkomunikasi dengan murid dengan cara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini. TMK dalam pendidikan mempunyai potensi untuk mengubah pengajaran. TMK yang mempunyai pelbagai kekuatan dan pendekatan yang lebih canggih dapat mewujudkan perubahan besar dalam bidang pendidikan abad ke-21. Oleh itu, PdPc yang menggunakan TMK adalah salah satu strategi untuk meningkatkan kemahiran dan perkembangan yang pelbagai dalam sendiri kanak-kanak.

(6)

3. Metodologi

Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.

Populasi kajian ini adalah seramai 102 guru prasekolah di sekolah-sekolah rendah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Sampel kajian pula dipilih melalui teknik persampelan bukan rawak mudah iaitu seramai 80 orang guru prasekolah di daerah Kuala Selangor, Selangor berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Soal selidik yang disediakan telah diubah dan disesuaikan daripada kajian Siti Zaleha Hamid & Siti Mistima Maat (2017). Kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik.

Dapatan kajian rintis telah menunjukkan bahawa nilai Cronbach Alpha bagi soal selidik adalah 0.818. Ini memberi maksud bahawa item-item dalam soal selidik sangat baik dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. (Bond & Fox, 2015)

Soal selidik ini disediakan dalam skala likert akan diberikan kepada guru-guru prasekolah melalui Google Form. Soal selidik ini terdapat dua bahagian. Bahagian A ada enam soalan yang berkaitan dengan demografi sampel. Bahagian B ialah tahap kemahiran guru menggunakan TMK. Dalam bahagian ini ada 13 soalan untuk mengetahui kemahiran guru menggunakan alat dan perisian teknologi dalam PdPc. Data telah dianalisis dengan Program Statistical Package for Sosial Science (SPSS) dalam bentuk deskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.

4. Dapatan dan Perbincangan

Persoalan Kajian: Apakah Tahap Kemahiran Guru Prasekolah Dalam Penggunaan TMK Di Prasekolah

Berdasarkan data-data yang dianalisis dalam jadual 1, min dan sishan piawai keseluruhan bagi 13 item dalam soal selidik ialah 3.84 dan 0.68. Interprestasi min ini adalah di tahap tinggi dan ini bermaksud tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan TMK di prasekolah adalah tinggi. Daripada 13 item dalam soal selidik, kekerapan yang tinggi di tahap sangat setuju ada tiga item, tahap setuju ada enam item dan tahap tidak pasti ada empat item. Ini menunjukkan bahawa guru prasekolah di daerah Kuala Selangor mahir dalam penggunaan TMK.

Jadual 1: Tahap Kemahiran Guru Prasekolah Dalam Penggunaan TMK Item

Kekerapan dan Peratus Sangat

Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak

Pasti Setuju Sangat Setuju Saya mahir menyediakan nota

menggunakan Microsoft Office Word.

1 (1.25%)

2 (2.5%)

35 (43.75%)

42 (52.5%) Saya mahir dalam menyediakan

lembaran kerja menggunakan Microsoft Office Word.

1 (1.25%)

4 (5.0%)

37 (46.25%)

38 (47.5%) Saya mahir dalam menggunakan

Microsoft Office Power Point sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam sesi PdPc.

3 (3.75%)

3 (3.75%)

8 (10.0%)

32 (40.0%)

34 (42.5%) Saya mahir dalam menghasilkan

slaid power point.

3 (3.75%)

3 (3.75%)

8 (10.0%)

35 (43.75%)

31 (38.75%) Saya mahir dalam menggunakan

Microsoft Office Excel sebagai

3 (3.75%)

11 (13.75%)

31 (38.75%)

25 (31.25%)

10 (12.5%)

(7)

bahan bantu mengajar (BBM) dalam sesi PdPc.

Saya mahir dalam menghasilkan video sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam sesi PdPc.

1 (1.25%)

6 (7.5%)

30 (37.5%)

29 (36.25%)

14 (17.5%) Saya mempunyai pengetahuan

mengenai multimedia yang baik.

1 (1.25%)

6 (7.5%)

23 (28.75%)

39 (48.75%)

11 (13.75%) Saya mahir menggunakan

multimedia yang interaktif bagi menjadikan PdPc lebih berkesan.

1 (1.25%)

5 (6.25%)

19 (23.75%)

43 (53.75%)

12 (15.0%) Saya mahir menyunting gambar

menggunakan perisian adobe photoshop.

7 (8.75%)

15 (18.75%)

35 (43.75%)

18 (22.5%)

5 (6.25%) Saya mahir dalam menyunting

video.

6 (7.5%)

9 (11.25%)

41 (51.25%)

21 (26.25%)

3 (3.75%) Saya mahir dalam mengakses

internet.

2 (2.5%)

11 (13.75%)

37 (46.25%)

30 (37.5%) Saya mahir dalam mewujudkan

laman web pembelajaran.

1 (1.25%)

21 (26.25%)

38 (47.5%)

20 (25.0%) Saya mahir menggunakan aplikasi

youtube sebagai pemudahcara dalam sesi PdPc.

3 (3.75%)

11 (13.75%)

35 (43.75%)

31 (38.75%)

Tahap kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan TMK di prasekolah daerah Kuala Selangor adalah tinggi berdasarkan dapatan kajian ini. Dapatan ini tidak sama dengan kajian- kajian lepas. Sandra Rahman et al. (2013) dan Ting Kung Shiung et al. (2005) mengatakan bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh guru adalah masih kurang kemahiran pengintegrasikan TMK dalam proses PdPc di bilik darjah. Sandra Rahman et al. (2013) menunjukkan bahawa kebanyakan guru prasekolah di Malaysia tidak mengaplikasikan TMK di dalam bilik darjah. Kajian Norhiza et al. (2016) juga menyokong pendapat ini dengan menyatakan bahawa kebanyakan guru tidak menggunakan komputer dalam pengajaran mereka di sekolah. Walaupun kajian-kajian lepas ini tidak sokong tetapi kemungkinan sampel kajian adalah tidak sama dan bahagian besar guru prasekolah di daerah Kuala Selangor lebih mahir dan sentiasa menggunakan komputer.

Ramai guru prasekolah di Kuala Selangor bermahir dalam penggunaan perisian komputer seperti Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point. Guru prasekolah biasa menggunakan kedua-dua perisian ini untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti menyediakan nota, lembaran kerja dan juga slaid power point. Dapatan kajian ini dapat disokong dengan kajian Ahmad Hambali (2015). Kajian lepas ini mendapati bahawa seramai 71% guru dapat menggunakan Microsoft Office Word dan 67% guru dapat menggunakan Microsoft Power Point dengan mahir. Hal ini kerana perisian Microsoft Office Word merupakan perisian asas dalam komputer. Dapatan ini juga sama dengan kajian Zaidatun dan Lim Bee Yeok (2011) yang menunjukkan guru paling banyak menggunakan Microsoft Word merupakan aplikasi yang paling kerap dan yang paling mudah digunakan oleh guru. Rosnaini et al. (2011) juga menyatakan guru mahir menggunakan Microsoft Power Point untuk menyediakan slaid dan dapat memasukkan banyak elemen yang dapat menarik perhatian kanak-kanak seperti audio, video, animasi dan sebagainya.

Selain itu, dapatan kajian ini mendapati ramai guru prasekolah tidak menggunakan Microsoft Excel dan juga Adobe Photoshop. Ini telah disokong dengan kajian Ahmad Hambali (2015) yang menunjukkan guru mahir menggunakan Microsoft Excel dan Adobe Photoshop adalah 54% dan 23 % sahaja. Guru tidak mahir menggunakan kedua-dua perisian adalah kerana

(8)

Microsoft Excel lebih digunakan untuk proses pengiraan, merekod data, membuat grafik, jadual dan sebagainya. Guru jarang menggunakan perisian ini dalam proses penyediaan BBM berbanding dengan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point. Guru juga tidak membuat logo atau mengedit gambar dengan Adobe Photoshop. Tambahan pula, perisian tersebut perlu mengambil masa yang banyak untuk belajar cara menggunakannya kerana fungsi dalam perisian ini agak rumit difahami. Oleh itu, guru masih lemah dan kurang kemahiran dalam penggunaan kedua-dua perisian ini.

Dapatan juga mendapati guru selalu mendapatkan bahan pembelajaran dengan melayari Internet seperti mencari gambar atau video yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Ini telah menunjukkan guru prasekolah di daerah Kuala Selangor besikap positif dalam penggunaan TMK supaya dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran terhadap TMK bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

5. Kesimpulan

Kajian ini adalah mengkaji tentang tahap kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan TMK dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Kemahiran guru-guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan TMK adalah tinggi. TMK memainkan peranan penting untuk memberi inspirasi kepada guru, mengurangkan beban kerja, membantu mereka menghadapi cabaran profesion keguruan, mempromosikan profesional pekerjaan mereka sepanjang hayat dan meningkatkan kecekapan dalam pekerjaan mereka. Oleh itu, guru-guru haruslah mengambil kesempatan untuk memperoleh lagi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan TMK supaya dapat menyediakan dan memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan abad ke-21. Kajian ini dapat menyumbang kepada asas pengetahuan dan generasi abad ke-21 yang semakin meningkat mengenai penggunaan TMK dalam pendidikan di Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap kepentingan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah.

Rujukan

Ahmad Hambali. (2015). Tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru pendidikan Islam MRSM: Satu tinjauan. Retrieved from https://www.academia.edu/6037190/Tahap_Kemahiran_Teknologi_Maklumat_Dan_Ko munikasi_TMK_Guru_Pendidikan_Islam_MRSM_Satu_Tinjauan.

Albirini, A. (2006). Teachers’ attitudes toward information and communication technologies:

The case of Syrian EFL teachers. Computers & Education, 47(4), 373-398.

Anikina, O. V. & Yakimenko, E. V. (2015). Edutainment as a Modern Technology of Education. Procedia Social and Behavioral Science, 16, 475–479.

Arnseth, H.C., & Hatlevik, O.E. (2010). Challenges in aligning pedagogical practices and pupils’ competencies with the Information Society’s demands. Hershey: IGI global.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.). Mahwah, NJ: L. Erlbaum.

Bransford, J., Brown, A. L., & Cocking, R. R. (2000). How people learn: Brain, mind, experience, and school (2nd ed.). Washington, D.C.: National Academy Press.

Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A review of research. Journal of Early Childhood Literacy, 10(3), 247-270.

Campbell, A., & G. Scotellaro. (2009). Learning with technology for pre-service early childhood teachers. Australian Journal of Early Childhood, 34, 11-18.

(9)

Dawes, L. (2001). What stops teachers using new technology? London: Routledge.

Ghavifekr, S., Afshari, M., & Amla, S. (2012). Management strategies for E-Learning system as the core component of systemic change: A qualitative analysis. Life Science Journal, 9(3), 2190-2196.

Ghavifekr, S., & Mohammed Sani, I. (2015). Effectiveness of ICT integration in Malaysian schools: A quantitative analysis. International Research Journal for Quality in Education, 2(8), 1-12.

Grimus, M. (2000). ICT and multimedia in the primary school. Paper presented at the 16th conference on educational uses of information and communication technologies. Beijing, China.

Haugland, S. W., & Wright, J. L. (1997). Young children and technology: A world of discovery.

Needham, MA: Allyn and Bacon Publishers.

Ismail, I. (2002). Tinjauan kesan penggunaan pakej pengajaran multimedia ke atas sikap pelajar terhadap proses pembelajaran di Politeknik. Tesis Sarjana: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Lefebvre, S., Deaudelin, D., & Loiselle, J. (2006). ICT implementation stages of primary school teachers: The practices and conceptions of teaching and learning. Paper presented at the Australian Association for Research in Education National Conference, Adelaide, Australia.

Marsh, J., G. Brooks, J. Hughes, L. Ritchie, S. Roberts, & K. Wright. (2005). Digital beginnings: Young children’s use of popular culture, media. University of Sheffield:

Literacy Research Centre.

Masoumi Davoud. (2015). Preschool teachers use of ICTs: Towards a typology of practice.

Contemporary Issues in Early Education, 16 (1), 5–17.

McKenney, S., & J. Voogt. (2010). Technology and young children: How 4–7 year olds perceive their own use of computers. Computers in Human Behavior, 26, 656-664.

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016).

Kompetensi, kemahiran dan penggunaan aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2), 52-58.

Palaiologou, Ioanna. (2016). Teachers’ dispositions towards the role of digital devices in play- based pedagogy in early childhood education. Early Years, 36 (3), 305–321.

Plowman, L., & C. Stephen. (2005). Children, play, and computers in pre-school education.

British Journal of Educational Technology, 36, 145-157.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (2000). Secondary school integrated curriculum:

history syllabus. Kuala Lumpur: PPK, Education Ministry.

Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1( 1).

Sandra Rahman et.al. (2013). Penggunaan ICT merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(4).

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd. Salam. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah.

Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34.

Siti Zaleha Hamid & Siti Mistima Maat. (2017). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

(10)

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru matematik di zon Kajang, Selangor. Jurnal Teknologi, 677-684.

T. Alia & Irwansyah. (2018). Pendampingan orang tua pada anak usia dini dalam penggunaan teknologi digital. Journal of Language and Cultural Education, 14(1), 65–78.

Teuwens, J. (2011). The use of the internet by preschoolers. Unpublished Master’s dissertation.

Brussels: Department of Educational Studies, Ghent University.

Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling. (2005). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap guru, peranan ICT dan kekangan/cabaran penggunaan ICT. Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2015). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa:

Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention.

Yelland, N. (2001). Teaching and learning with information and communication technologies (ICT) for numeracy in the early childhood and primary years of schooling. Australia:

Department of Education, Training and Youth Affairs.

Young, S. C. (2003). Integrating ICT into second language education in a vocational high school. Journal of Computers Assisted Learning, 19, 447-461.

Zaidatun Tasir, & Lim Bee Yeok. (2011). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah menengah daerah alor gajah. Journal of Social Science, 3, 83-103.

Zain, I. (2001). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors. Sdn. Bhd.

Zhang, P. & S. Aikman. (2009). Attitudes in Ict acceptance and use. Journal of Computer Science, 1021-1030.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran teknologi dan kesediaan guru melaksanakan PdPc dalam talian serta kemudahan penggunaan Google Classroom dan

Objektif kajian ini adalah mengkaji sejauhmana tahap penguasaan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam instruksional guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang memberi

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan, kemahiran pedagogi dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru RBT sekolah rendah

Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman teknologi, kesediaan dan peluang terhadap penggunaan mobile learning di Institut Pendidikan Guru Zon

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut

1.3.1 Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah teknologi pendidikan dalam e-Pembelajaran. 1.3.2 Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal

Justeru, satu kajian tentang penggunaan strategi pengajaran komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam program pendidikan guru perlu dilakukan untuk mendapat