• Tiada Hasil Ditemukan

View of Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah

(Challenges in Implementing Home Teaching and Learning (PdPR) among Primary School Students)

Nur Hanisah Ahmad Saifudin1*, Mohd Isa Hamzah1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Malaysia

*Pengarang Koresponden: isa_hamzah@ukm.edu.my

Accepted: 15 September 2021 | Published: 1 October 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian (online learning) menjadi trend pembelajaran yang terkini yang memberi cabaran kepada golongan guru untuk mengadaptasi norma baharu proses pendidikan. Profesion perguruan sebagai tunggak utama negara dalam menghasilkan modal insan yang cemerlang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa yang dapat menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis. Pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam talian bukanlah satu fenomena yang baharu tetapi mula diaplikasikan pada tahun 2020 berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penglibatan guru dan murid serta kerjasama ibu bapa amat penting dalam memastikan PdPR berjalan dengan lancar. Tambahan pula, perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada murid sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga dua belas tahun yang memerlukan bimbingan dan sokongan ibu bapa di rumah dalam mercapai tahap prestasi cemerlang yang diinginkan oleh pentadbiran sekolah bahkan mungkin akan menyebabkan berlakunya keciciran dalam mata pelajaran. Maka, penglibatan semua pihak amat penting dalam memastikan proses PdPR berjalan dengan lancar. Kertas konsep ini dihasilkan bertujuan menelusuri cabaran PdPR dalam talian terhadap murid sekolah rendah dan berfokuskan kepada kognitif murid, kecerdasan pelbagai, cabaran pelaksanaan dan cadangan pengendalian PdPR yang akan dilaksanakan.

Kata kunci: online learning, PdPR, kognitif, kecerdasan pelbagai, cabaran

Abstract: Online teaching and learning has become the latest learning trend that challenges teachers to adapt the new norms of the educational process. The teaching profession is the main factor of the country in producing excellent students. The home teaching and learning method (PdPR) introduced by the Ministry of Education Malaysia is a new term and process among teachers, students and parents that can encourage creative and critical thinking. Online home teaching and learning is not a new phenomenon that began in 2020 because of Covid-19 and the implementation of the Movement Control Order (PKP). The involvement of teachers and students as well as the cooperation of parents are very important in ensuring the smooth process of PdPR. Furthermore, due attention should be given to primary school pupils aged seven to twelve years old who need parental guidance and support at home in achieving success of performance desired by the school or may even worst result in subjects. Therefore, the involvement of all parties is very important in ensuring the PdPR process happen smoothly.

This concept paper produced to explore the challenges in implementing home teaching and

(2)

learning for primary school students that focuses on students' cognitive, multiple intelligences and challenges of implementation in PdPR.

.

Keywords: online learning, PdPR, cognitive, multiple intelligences, challenges

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Transformasi dalam pendidikan memerlukan perubahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sekolah serta institusi pendidikan yang bersesuaian dalam era pendidikan revolusi industri 4.0. Stefan Hrastinski (2019) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran secara tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer dimana murid dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian (online learning) merupakan sebuah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital dan internet (Radzi, 2020). Bahan yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai teks, grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian adalah berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer.

PdPR di Malaysia bermula apabila virus yang membawa kepada bencana kesihatan yang dinamakan COVID-19 juga dikenali sebagai Corona Virus (Gunther et al., 2020). Virus ini telah menyebabkan situasi wabak global seperti yang diumumkan oleh UNESCO dan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Farit, Maslawati, Aishath, Rosnani, Zarina & Saadiah, 2021) seluruh dunia (UNESCO, 2020). Ekoran daripada itu, apabila dunia dikejutkan dengan bencana pandemik ini, keseluruhan sistem negara termasuk Malaysia turut terkesan terutama bidang pendidikan dan guru kerana perlu melalui dan membiasakan diri dengan keadaan “new-norm” iaitu norma baharu dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran khususnya pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Tambahan pula, guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan PdPR secara dalam talian (Losius Goliong et. al., 2016).

Kekangan berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan murid sekolah rendah yang masih memerlukan bimbingan semasa sesi pembelajaran di rumah (PdPR). Menurut Mohamed, Khidhir, Nazeer dan Vijayan (2020), PdPR dalam talian adalah pendekatan paling sesuai apabila murid terpaksa tinggal di rumah untuk belajar disebbabkan oleh pandemik ini. Hal ini memberikan suatu cabaran daripada setiap sudut kepada guru mahupun ibu bapa. Di peringkat guru berkemungkinan murid tidak mengikut masa pembelajaran yang ditetapkan tanpa pengawalan ibu bapa dan murid boleh hilang fokus kerana mereka berada di rumah. Manakala, di peringkat ibu bapa cabarannya adalah mereka perlu menyediakan kemudahan internet untuk murid serta pengaruh sekeliling ibu bapa itu sendiri yang memberikan impak kepada sepanjang proses PdPR berjalan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang cabaran- cabaran yang dihadapi semasa PdPR dengan murid sekolah rendah sama ada yang dihadapi oleh guru, murid dan ibu bapa.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online learning) terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia (P. Ayu & Gunawan 2020). Dunia pendidikan dalam era pandemik ini telah mula menuju ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian

(3)

yang menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada. Pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian merupakan sebarang bentuk aktiviti akademik yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital dan internet dan yang kini dijenamakan semula sebagai pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di Malaysia. Bahan yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai teks, grafik visual, perkataan, animasi, video serta audio.

PdPR dalam talian adalah berlandaskan sumber dan peralatan teknologi komputer. Stefan Hrastinski (2019) yang mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai pembelajaran secara tatap muka yang menggunakan perantaraan peralatan komputer dimana pelajar-pelajar dapat melihat dan mendengar murid lain dari jarak jauh. Selain itu, guru-guru juga perlu berhadapan cabaran- cabaran dalam menjalankan PdPR secara dalam talian (Losius Goliong et. al, 2020).

Penyelidik Matt Bower et al. (2016) menyatakan bahawa PdPR dalam talian adalah penggunaan pelbagai alat teknologi yang berasaskan web untuk pendidikan. Oleh itu, PdPR dalam talian telah berkembang dengan pesat kerana terdapat banyak kelebihan seperti fleksibiliti, kebolehcapaian internet dan keberkesanan kos pembiayaannya (Muhammad Naveed et al. 2018). Kelebihan ini dapat mengubah pendidikan ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat yang mendorong pelajar supaya lebih kreatif dalam mengakses pelbagai sumber pengetahuan. Di samping itu, institusi pendidikan melaksanakan teknologi PdPR dalam talian untuk meningkatkan komunikasi antara pelajar dan tenaga pengajar agar perkongsian ilmu pengetahuan serta memperkukuh komuniti pembelajaran untuk mencapai objektif (Fauzan et al. 2019). PdPR dalam talian menjadi asas kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh itu, penyelidikan untuk mengkaji keberkesanan PdPR dalam talian telah meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini. Suharyanto et al. (2018) berpendapat menggunakan kaedah PdPR dalam talian, pendidik dapat meningkatkan minat berkomunikasi dengan pelajar di luar jadual kuliah. Penggabungan teknologi memberikan masa yang lebih bermanfaat kepada pelajar melalui kaedah pengajaran ini (Kuppusamy & Norman, 2021). Fenomena ini menunjukkan bahawa transformasi pantas dalam dunia pendidikan dapat meneruskan PdPc dalam talian (Rusdiana et al. 2020). Menurut Cassidy (2016), persekitaran PdPR dalam talian adalah sistem berasaskan web yang menyediakan alat dan aplikasi perisian dalam proses pembelajaran.

Manakala Bdiwi et al. (2019) memberitahu bahawa pembelajaran dalam talian berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mana kaedah segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) boleh digunakan.

Kajian ini memberi tumpuan kepada cabaran dalam sepanjang proses PdPR dalam talian berlangsung yang diterapkan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang memerlukan guru dan murid terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh. KPM telah membangunkan satu platform pembelajaran digital yang digunakan di sekolah iaitu Portal DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) pada Julai 2019 untuk memudahkan pengurusan PdPR dalam talian antara murid dan guru secara lebih sistematik.

Semasa era pandemik, statistik daripada laman Google Trends (2020) menunjukkan carian kata kunci Google Classroom (GC) adalah kedua tertinggi di dunia dalam kalangan guru di Malaysia. Secara tidak langsung, guru dan pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap perisian ini. Oleh itu, Google Classroom sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan kualiti PdPR dalam talian (Sewang, 2017) dan juga media utama untuk meningkatkan pencapaian kualiti murid (Madhavi et al. 2018).

(4)

Google Classroom diperkenalkan oleh Google secara percuma untuk murid membuat tugasan, menghantar tugasan dalam talian dan menilai hasil kerja mereka tanpa menggunakan kertas (Wikipedia, 2020). Banyak aktiviti dapat dijalankan oleh guru dan murid semasa PdPR dalam talian melalui Google Classroom (Sujana et al. 2019). Disokong oleh Shampa (2016), guru boleh memuat naik tugasan untuk murid dan diberi masa yang sesuai untuk serahan tugasan mereka. Namun begitu, melaksanakan PdPR dengan menggunakan Google Classroom mungkin masih asing bagi sesetengah guru dalam era pandemik ini kerana tempoh pelaksanaannya sangat pendek dan lebih berminat kepada pengajaran secara gabungan.

Pengajaran secara gabungan untuk pelajar lebih cenderung kepada penguasaan konsep pembelajaran dengan baik (Rusdiana et al. 2020 & Kholiqul et al. 2017).

3. Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) Dalam Talian

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013), berdasarkan lonjakan kesembilan iaitu dengan memanfaatkan teknologi maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dengan menekankan kepada pembelajaran secara dalam talian (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Ini merupakan salah satu persediaan yang telah dirangka oleh kerajaan dalam memastikan pendidikan yang berkualiti. Bahkan, pelan ini menekankan kepada kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti dengan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi membina dan menaiktaraf kualiti pembelajaran di Malaysia seiring dengan kualiti pendidikan antarabangsa. Pembelajaran dalam talian dengan berpusatkan murid iaitu dengan mengambil kira kandungan pelajaran, kaedah penilaian dan pendekatan pembelajaran yang berbeza daripada kaedah konvensional dibina dan disesuaikan dengan kurikulum yang ada. Berdasarkan pelan pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan ini, menunjukkan bahawa kerajaan telah bersedia dengan arus perubahan teknologi.

Namun begitu, penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan sistem pendidikan negara menerima kesan daripada PKP yang dilaksanakan. Penutupan sekolah yang berlaku secara drastik telah menyebabkan murid sekolah menerima kesan yang ketara.

Penutupan institusi pendidikan di seluruh negara khususnya sekolah rendah menyebabkan pembelajaran dijalankan secara dalam talian secara menyeluruh menyebabkan motivasi pelajar dan keterlibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian terjejas. Kajian yang dijalankan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF, 2020) selepas tamatnya tempoh PKP menunjukkan peratusan murid menengah atas yang tidak hadir ke sekolah selepas sekolah dibuka semula adalah sangat membimbangkan. Kajian ini menunjukkan seorang daripada 5 kanak-kanak hilang minat untuk ke sekolah (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2020).

Laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 23.5 peratus aliran trafik internet di seluruh negara pada pelaksanaan minggu pertama PKP dan berlaku peningkatan sebanyak 8.6 peratus pada minggu kedua (SKMM, 2020). Peningkatan aliran trafik internet berlaku disebabkan oleh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

4. Murid Sekolah Rendah

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan satu inisiatif kaedah pembelajaran yang sedang dijalankan di Malaysia kini. Walaupun pengaajaran dan pembelajaran dalam talian telah lama diperkenalkan, namun kaedah ini tidak meluas digunakan disebabkan pelbagai

(5)

cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan. Walau bagaimanapun, pasca Covid-19 telah menjadikan kaedah ini sebagai pilihan utama para pendidik dan murid. Keadaan ini lebih mencabar apabila melibatkan murid sekolah rendah disebabkan beberapa faktor.

4.1 Kognitif Murid Sekolah Rendah

Perkataan kognitif atau disebut juga sebagai kognisi merupakan proses pemikiran yang dilakukan seperti mengingat, menaakul, menganalisis, dan menyelesaikan masalah (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Berdasarkan teori kognitif, kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan seseorang murid menyimpan dan mengingati semua maklumat yang dipelajarinya daripada memori jangka panjang berdasarkan keperluan (Longstreet & Brooks, 2017). Pandangan teori perkembangan kognitif mempunyai pengaruh besar dalam memahami bagaimana anak memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Setiap manusia mempunyai perkembangan pengetahuan dan pemikiran yang berbeza (Sharifah Hana Lia & Norshidah, 2021). Setiap anak pula mempunyai keistimewaan serta kelainan yang tersendiri dan mereka juga lebih mudah hilang tumpuan (Burdette & Greer, 2014). Pengetahuan anak terbentuk secara beransur seiring dengan pengalaman yang berkesinambungan dan bertambah luasnya pemahaman tentang informasi-informasi yang ditemui (Irma, Ugartini & Intan Nur Syuhada, 2020).

Menurut Jean Piaget, yang merupakan salah seorang tokoh yang mengkaji tentang perkembangan kognitif, beliau mengemukakan tahapan-tahapan perkembangan koginitif.

Tahapan-tahapan tersebut adalah tahap sensory motorik (0–2 tahun), pra-operasional (2–7 tahun), operasional konkret (7–11 tahun) dan operasional formal (11–15 tahun). Murid sekolah rendah pula adalah kanak-kanak yang merupakan kanak-kanak Tahun 1 sehingga Tahun 6 yang berumur 7-12 tahun dan perlu memenuhi standard penguasaan kemahiran literasi yang perlu dicapai (Nurul Haniza et. al, 2017). Sekiranya merujuk kepada teori Piaget, kanak-kanak ini berada di tahap pra-operasional dan operasional konkret serta operasional formal yang mana mempunyai kemahiran kognitif tertentu dalam memahami informasi sebagai bentuk pengetahuan yang diperoleh semasa proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian.

Melalui kajian Piaget, pada peringkat pra-operasional dalam perkembangan kognitif kanak- kanak, terdapat egosentrisme dalam diri mereka. Dalam fasa ini, kanak-kanak mempunyai kemampuan yang terhad untuk menilai, berkongsi atau menghargai pandangan orang lain.

Dalam Kamus Dewan (2017), egosentrisme merupakan tahap perkembangan kognitif kanak- kanak yang menumpukan pemikiran kepada diri sendiri sahaja. Begitu juga dengan operasional konkret, walaupun inteligensi pada tahap ini sudah sangat maju, cara berfikir seorang anak tetap masih terbatas (Fatimah Ibda, 2015) kerana masih berdasarkan sesuatu yang konkret.

Piaget juga menjelaskan operasi mental anak berumur 7 sehingga 12 tahun. Beliau menunjukkan cara seorang anak mengklasifikasikan dan mengatur suatu objek dengan cara yang berbeza. (Paul Suparno, 2006).

4.2 Teori Kecerdasan Pelbagai

Hasil kajian lepas Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner pada tahun 1993. Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith dan Smith pada tahun 2002 telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan (Muzarina Juhari et. al., 2019). Kecerdasan ini telah memberi pengaruh kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kecenderungan murid akan dilihat kepada penguasaan lebih terhadap beberapa kecerdasan yang dominan kepada

(6)

mereka. Bahkan, kecerdasan ini juga mempengaruhi emosi pembelajaran mereka yang mana memberi kesan kepada gerak balas mereka dalam proses pdp yang dilaksanakan. Melalui kajian yang dijalankan oleh Norazura Takulin (2015) kepelbagaian aktiviti dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walaubagaimanapun, dengan kepelbagaian ini juga menjadi satu cabaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar tahap satu.

5. Cabaran Pengendalian Pdpr Dalam Talian

Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akan memberikan impak terhadap warganya.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:232), cabaran ditakrifkan sebagai mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi.

5.1 Cabaran terhadap Guru

Guru yang juga dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).

Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Peranan guru sangat luas, guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Namun, kehidupan norma baharu disebabkan isu pandemik yang dihadapi pada fasa sekarang sedikit sebanyak menjadikan tugas seorang guru lebih mencabar. Mahu tidak mahu, setiap guru kena bersedia dengan pembelajaran dalam talian. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin sukar dengan kurangnya kesediaan para guru itu sendiri. Ia jelas disokong oleh kajian Shahfiezul & Fariza (2017) mendapati medium pembelajaran maya ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru kerana kurang pengetahuan dan kemahiran mengendalikan pdpr berasaskan teknologi.

Menurut Shahiza & Fariza (2019) pula, tanggungjawab seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alat yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Hal ini menyebabkan guru memerlukan teknik yang sesuai dalam mencipta bahan pengajaran yang mudah untuk difahami dan diikuti oleh murid. Lebih-lebih lagi, guru harus mengfokuskan kepada murid tahap satu yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga 3. Tahap pemikiran murid pada tahap ini masih memerlukan bahan pengajaran yang senang dan mudah diikuti kerana tiada bimbingan guru di sisi.

Menurut Habib & Syed (2016) pula, kepelbagaian dimensi tugas seorang guru perlu difahami dan dihayati. Guru juga manusia biasa mempunyai sebuah kehidupan tersendiri yang tidak lari daripada pelbagai dugaan hidup. Seharusnya, guru didokong dan di motivasi untuk melakukan tugas sebagai seorang guru dengan sewajarnya. Bagi Prof Madya Muhammad Faizal A. Ghani dari Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (2020) beban tugas yang tinggi boleh menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi untuk mencapai prestasi cemerlang. Hal ini juga, sedikit sebanyak menjadi cabaran buat mereka. Apalagi sekiranya perlu bekerja dari rumah, kekangan masa dengan anak-anak sendiri turut terganggu sehingga boleh menyebabkan tekanan.

(7)

Motivasi seorang guru juga perlu dipandang berat dalam mendepani cabaran PdPR dalam talian bersama murid. Teori regulasi perhubungan yang dibangunkan oleh Lakey dan Orehek (2011) menyatakan bahawa sokongan sosial yang diperoleh mahupun diberikan secara berterusan dapat meningkatkan tahap kesejahteraan mental. Apabila seseorang dapat meregulasikan emosi dengan baik, pemikiran dan tingkah laku melalui komunikasi yang efektif akan dapat menjadikan kesejahteraan mental individu tersebut berada dalam keadaan baik (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Di samping itu, teori ini menjelaskan bagaimana hubungan dan sokongan melalui individu sekeliling dapat mengurangkan tekanan seseorang (Lakey &

Orehek, 2011). Oleh itu, teori ini dilihat dapat menjelaskan bagaimana sokongan sosial yang diperolehi daripada rakan, ibu bapa, keluarga, individu signifikan dan murid itu sendiri dan dapat menjadikan guru lebih bersemangat dalam mengendalikan pengajaran secara dalam talian.

5.2 Cabaran terhadap Murid

Sesebuah sekolah tampak sunyi tanpa ketidakhadiran murid. Murid merupakan nadi dan tunjang utama dalam penggerak arus pendidikan Negara. Menurut Sufean Hussin dalam Seminar Transformasi Pendidikan Nasional (2014) pada asasnya yang hendak ditransformasikan ialah murid yang mengisi rancangan transformasi kita pada hari ini. Ia merupakan cabaran besar dimana murid harus mengikut setiap kali berlakunya perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, belum ada sumber dan infrastruktur yang mencukupi untuk membolehkan pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Jadi, ianya memaksa para pelajar untuk belajar sendiri di rumah. Kajian Yusoff & Azman (2018), mendapati melalui keterlibatan murid di sekolah yang disebabkan oleh sokongan dari ibu bapa, sokongan dari guru dan sokongan rakan sebaya akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar.

Antara isu yang sering dihadapi oleh murid semasa pembelajaran secara dalam talian ini adalah tiada capaian internet di rumah dan gangguan kepada akses internet seperti talian internet yang terputus-putus serta tidak stabil (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Gangguan ini menyebabkan murid menghadapi kesukaran untuk menyertai pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian. Murid yang tinggal di kawasan pedalaman mengalami kesukaran untuk mendapat capaian internet yang stabil dan ini memerlukan mereka untuk memilih rangkaian talian yang mempunyai capaian yang baik di kawasan kediaman (Aziz A. et al., 2020).

Seterusnya, murid mempunyai masalah tidak mempunyai akses kepada peranti digital pintar untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Menurut Anuar (2020), PdPR dalam talian berdepan dua kekangan utama iaitu tiada capaian internet, lemah atau tidak stabil dan kemampuan ibu bapa menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet. Ini menunjukkan bahawa kemudahan akses pembelajaran secara atas talian amat diperlukan oleh murid agar mereka tidak keciciran. Kajian oleh UNICEF (2020) menunjukkan seramai 9 daripada 10 kanak-kanak menggunakan telefon bimbit sebagai peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian manakala 8 daripada 10 orang kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada komputer. Kebanyakan murid menggunakan telefon bimbit yang dikongsi dengan ibu bapa serta adik-beradik yang lain. Perkongsian alat peranti digital bagi tujuan pembelajaran ini menyebabkan adakalanya mereka tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian kerana ibu bapa bekerja atau digunakan oleh adik-beradik yang lain. Selain daripada keterbatasan dalam aksesibilitas internet, perangkat keras (hardware) dan perangkat lunak (software) serta pembiayaan belajar secara atas talian sering menjadi hambatan dalam memaksimalkan sumber- sumber belajar secara dalam talian oleh Muhammad Yaumi, (2018).

(8)

Tambahan lagi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Afandi Ahmad (2020) berkata PdPc dalam talian adalah kontra kepada pertemuan bersemuka ini kerana dengan pembelajaran dalam talian tiada bimbingan daripada guru yang mahir dan menyebabkan kesalahan sama boleh berulang dilakukan oleh murid. Misalnya dalam mata pelajaran Matematik yang memerlukan teknik serta formula yang sesuai untuk murid sekolah rendah agar mudah difahami. Jika tiada pembetulan dari kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut akan menyebabkan murid mengambil mudah dan sambil lewa terhadap tugasan itu. Ini menjadikan murid tidak termotivasi dan berminat untuk belajar secara atas talian.

5.3 Cabaran terhadap Ibu Bapa

Penutupan majoriti sistem persekolahan mengalihkan pembelajaran dari bilik darjah di pusat pengajian kepada pembelajaran bersama ibu bapa di rumah. Bagi sesetengah ibu bapa, cabaran ini adalah merupakan satu bebanan bagi mereka kerana mereka juga perlu bekerja dari rumah.

Ibu bapa harus memastikan tugasan kerja dan kerja hakiki diselesaikan (Sharifah Hana Lia &

Norshidah, 2021). Namun begitu, ibu bapa turut perlu mengawal anak-anak dalam menghadiri kelas kendalian guru di alam maya; dan perlu mengajar anak-anak menyiapkan semua latihan yang diberi oleh guru.

Dengan ada nya PdPR secara atas talian di rumah, maka peranan ibu bapa adalah sangat penting (Sharifah Hana Lia & Norshidah, 2021). Pentingnya penglibatan ibu bapa dalam PdPR bukan hanya sewaktu pandemik ini berlaku sahaja, namun ia sememangnya telah disyorkan dalam banyak kajian sebelumnya seperti Shanti Ramalingan et al. (2019), Heather (2010), Berthelsen dan Walker (2008). Penglibatan ibu bapa dalam mengendali proses pembelajaran dan pengajaran dapat membangun kognitif, emosi, sahsiah, dan kerohanian anak dan akhirnya juga dapat meningkatkan pencapaian akademik anak (Khadijah Mukhtar 2020). Penglibatan ibu bapa juga merupakan elemen yang penting dalam PdPR atas talian selama PKP (Zhao, Wu, &

Lin 2020).

Institusi kekeluargaan digerak dan dicorakkan oleh ibu bapa itu sendiri dalam memastikan kewujudan persekitaran yang positif kepada anak-anak (Noor Syaheerah & Tajul, 2021).

Namun begitu terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil endah dalam hal ehwal anak-anak dengan kata lain mereka menjadi lebih terabai oleh kealpaan ibu bapa ini. Sokongan dan dorongan ibu bapa berperanan dalam keterlibatan pelajar semasa kelas secara dalam talian yang dilaksanakan oleh guru. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menegur anak-anak untuk memasuki kelas secara dalam talian, tidak memantau aktiviti kerja rumah anak-anak, tidak mengetahui jadual kelas anak-anak dan sebagainya. Bahkan, terdapat ibu bapa yang bekerja dan terpaksa meletakkan tanggungjawab menjaga adik dan membuat kerja rumah yang lain kepada pelajar seperti membeli barangan rumah, mengemas rumah dan sebagainya. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menyertai kelas secara dalam talian dan memberi fokus yang baik ketika dalam kelas secara dalam talian (Aziz A. et al., 2020). Lebih-lebih lagi murid sekolah rendah amat memerlukan bimbingan daripada ibu bapa semaksimum mungkin.

Selain itu, menurut laporan oleh Faris Danial Razi (2020) yang telah membuat temu ramah dengan Prof. Madya Dr. Siti Aishah Hassan, Jabatan Kaunselor Psikologi kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Kesimpulan daripada temu ramah tersebut menyatakan golongan ibu bapa M40 dan B40 adalah yang paling terkesan dengan pembelajaran PJJ di rumah kerana ibu bapa hanya memiliki satu telefon pintar yang digunakan oleh anak-anak yang ramai untuk pembelajaran. Ini menunjukkan ibu bapa juga menghadapi cabaran dalam menyediakan kelengkapan kepada anak-anak untuk pembelajaran secara atas talian. Ini kerana tidak semua

(9)

ibu bapa berkemampuan untuk menyediakan kemudahan itu. Sekiranya terdapat anakanak yang memerlukan sesi pembelajaran yang serentak menyebabkan salah satunya terpaksa untuk tidak diikuti dan kesannya kepada murid ialah keciciran dalam subjek berkenaan. Pernyataan ini juga disokong oleh dapatan kajian yang dilakukan oleh Yahya Buntat & Saidi Daud (2018) yang menjelaskan bahawa ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi mempengaruhi masalah disiplin murid.

Manakala, menurut Siti Masayu & Narimah (2018) menyatakan bahawa pengaruh latar belakang sebuah keluarga mampu memberikan impak dalam prestasi akademik dan pembentukan disiplin mereka. Ini kerana suasana latar belakang yang positif dapat memberhasilkan kejayaan murid namun begitu pula jika sebaliknya. Ibu bapa yang harus mengekalkan keharmonian kekeluargaan agar anak-anak terhindar dari gejala yang tidak sihat.

Supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran secara teratur dan sistematik. Persekitaran rumah yang tidak kondusif juga menjadi antara penyumbang kepada keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian (Noor Syaheerah & Tajul, 2021). Ketiadaan ruang untuk belajar di rumah, suasana yang bising, ruang yang sempit menyebabkan murid tidak dapat fokus dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang seterusnya menyebabkan motivasi mereka. Fauzi A. et al (2018) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa juga turut menyumbang dalam kajian keterlibatan pelajar selain daripada sokongan guru dan kesepaduan rakan.

5.4 Cabaran terhadap Kerajaan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membelanjakan lebih 6 billion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan PPPM (2015). Melalui penggunaan teknologi maklumat, murid dapat mengakses kandungan yang lebih meluas menarik dan interaktif. Namun, kaedah ini masih merupakan cabaran yang besar untuk kerajaan mendapatkan dana yang diperuntukkan bagi memastikan perjalanan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan secara berterusan setiap tahun. Berdasarkan Laporan Pengesahan Graduan (2016) melaporkan seramai 54,103 siswazah menganggur enam bulan setelah tamat pengajian. Ini kerana terdapat perubahan dalam sistem pendidikan setiap tahun.

Murid-murid tidak seharusnya dinilai melalui keputusan peperiksaan. Hal ini bercanggah dengan aspek JERI yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan begitu tidak menggalakkan perkembangan seni berfikir dalam setiap diri murid.

6. Cadangan Pengendalian PdPR Murid Sekolah Rendah

6.1 Aplikasi Dalam Talian

Dalam era IR:4.0 di Malaysia juga telah berkembang pelbagai aplikasi dalam talian yang boleh diakses oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seperti Kahoot, Quizlet, Quizziz, Wordwall, Gamilab dan sebagainya. Terdapat aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan di dalam talian yang bertujuan memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar. Justeru itu, pengkaji berpendapat agar dibina sebuah aplikasi dalam talian yang dapat menarik minat para pelajar terutamanya pelajar tahap satu.

Melalui tinjauan kepustakaan terdapat kajian berkaitan aplikasi Kahoot yang merupakan sebuah aplikasi yang dapat menarik minat pelajar.

Menurut Muhd Al-Aarifin & Jamilah (2017) di dalam aplikasi Kahoot terdapat elemen muzik dan paparan warna yang menarik minat dan menjadikan pelajar tidak sabar memulakan permainan. Pelajar yang melibatkan diri dengan pembelajaran dalam Kahoot merasakan ianya

(10)

sangat menyeronokkan, mudah dikawal selia, interaktif dan membantu mereka memahami topik yang dipelajari dengan baik dan berkesan. Berdasarkan kepada Harlina (2017) penggunaan aplikasi Kahoot ini merupakan satu pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekan tindak balas perhatian, pengekalan dan tujuan pelajar belajar. Kaedah dan pendekatan ini juga menyediakan maklum balas segera yang pelajar perolehi secara kendiri menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah dan mereka mempunyai lebih pilihan berkaitan dengan tugasan.

Selain itu, di luar negara pula terdapat satu aplikasi berbentuk laman sesawang yang dikenali sebagai Quizlet.com. Laman sesawang ini telah dibangunkan sejak tahun 2005 oleh seorang anak muda berumur 15 tahun. Pada awalnya, beliau telah membangunkan laman ini untuk tujuan peribadinya, ketika sedang mengikuti kelas di Perancis bersama rakanrakannya. Tujuan utama penciptaan laman sesawang Quizlet.com ini adalah untuk memudahkannya bagi mempelajari perbendaharaan kata bahasa Perancis. Setelah itu, beliau berkongsi laman ini kepada rakan-rakannya dan bermula dari situ, laman ini telah berkembang pesat. (The Quizlet story: http://quizlet.com/mission, 29 Januari 2014). Menurut Ahmad Zaki bin Amiruddin et.

al. (2014) dalam kajiannya “Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com” menyatakan Quizlet.Com merupakan satu laman sesawang yang menyediakan bahan bantu belajar kepada murid dan guru secara atas talian.

Dalam kajian oleh Salvador Montaner-Villalba (2019), “The use of Quizlet to enhance vocabulary in the English language classroom” berpendapat bahawa laman sesawang ini sebagai aplikasi e-learning yang berkesan dalam meningkatkan perbendaharaan kata dikaitkan kepada peningkatan peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam semua aspek kehidupan. Pelajar terbiasa menggunakan alat teknologi yang dihubungkan ke internet untuk membuat persembahan sebahagian besar tugasan harian mereka. Lebih-lebih lagi, Quizlet meningkatkan pembelajaran aktif dalam dan di luar kelas. Di dalam kelas, metod pembelajaran langsung memerlukan pelajar berkolaborasi dan berkongsi maklumat sehingga pembelajaran menjadi koperatif. Sehubungan dengan itu, Quizlet dianggap sebagai aplikasi yang sempurna untuk pelajar meningkatkan perbendaharaan kata.

6.2 Teknik Pembelajaran Gamifikasi

Pada abad ke-21, teknik pembelajaran gamifikasi semakin popular termasuklah dalam pengajaran di sekolah-sekolah perniagaan (Siti Meriam et al, 2021). Tidak hairanlah memandangkan kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan permainan berasaskan komputer menawarkan banyak kelebihan. Penglibatan pelajar kearah pendekatan ini bertitik tolak kepada ciri-ciri relevan yang berunsurkan persekitaran dunia nyata dengan cara yang menarik, membawa manusia semula jadi akan rasa ingin tahu dan berdaya saing (Amanda et.

al., 2017).

Reenee & Timothy (2021) pula berpendapat perbezaan pedagogi dan pembelajaran aktif boleh mempengaruhi penglibatan pelajar, motivasi, proses mengingat, kemahiran aras tinggi, dan yang utama ialah proses pembelajaran. Dengan menggunakan permainan mekanik (berstruktur), amalan pendidikan dapat melalui peralihan pembelajaran tradisional seperti kuliah kepada aktiviti yang lebih interaktif dan menarik. Selain itu, apa sahaja kandungan pembelajaran yang digunakan bersama elemen permainan dianggap sebagai gamifikasi yang menfokuskan ke arah pembelajaran lebih daripada keseronokan bermain untuk hiburan. Morris (2015) menyatakan pendekatan gamifikasi melibatkan pelbagai emosi yang lahir daripada

(11)

murid yang ingin tahu, keliru dalam menentukan pilihan seterusnya merasa gembira apabila berjaya menamatkan permainan dengan jayanya. Rohaila & Fariza (2017) dalam kajiannya berkaitan “Gamifikasi melalui kuiz secara atas talian dalam Pendidikan Fizik” mendapati pendekatan permainan terbukti melahirkan semangat motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran kerana murid akan lebih berminat dalam berinteraksi dengan medium interaktif berbanding pembelajaran di dalam kelas. Murid akan bersaing untuk mendapatkan skor terbaik dan menerima jumlah skor (maklum balas sumatif) di akhir setiap pusingan dan jumlah skor keseluruhan setiap sesi (Cagiltay 2015).

6.3 Pengaplikasian Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein (2001)

Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein (2001) menumpukan kepada penglibatan ibu bapa dalam pelbagai bentuk untuk mendidik anak di sekolah dan dalam komuniti (Sharifah Hana Lia &

Norshidah, 2021). Epstein menggariskan enam kaedah penglibatan ibu bapa yang saling berkaitan antara keluarga, sekolah, dan komuniti, iaitu keibubapaan, komunikasi, perkhidmatan sukarela, pembelajaran keluarga, membuat keputusan, kerjasama dengan komuniti, dan keibubapaan. Eipstein mencadangkan model impak model tumpang tindih, yang menekankan kepada tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga, dan masyarakat bagi mencapai visi dan tujuan bersama dalam proses pengembangan dan pembelajaran anak. Ia seperti dinyatakan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Model pengaruh tumpang tindih Eipstein

Model Eipstein adalah merupakan konsep keluarga gaya sekolah dan sekolah gaya rumah, yang digunakan untuk menjelaskan kepentingan peranan ibu bapa dan pihak sekolah. Konsep keluarga seperti sekolah mendorong ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan turut mengembangkan kemahiran akademik, seperti menekankan pentingnya pendidikan, pendidikan sekolah, kerja rumah dan aktiviti pembelajaran lain, dan menganggap semua aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti keluarga. Konsep sekolah rumah bermaksud bahawa sekolah menerapkan sikap dan peranan keluarga penyayang dengan menyediakan persekitaran di mana anak-anak merasa diterima, disayangi, dan diperlukan dalam keluarga.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, dapat dijelaskan bahawa cabaran PdP atau PdPR dalam talian sering menjadi isu utama sejak bermulanya alternatif pendidikan norma baharu. Justeru, kertas konsep ini menunjukkan bahawa penerimaan pendidikan norma baharu secara dalam talian semakin diterima oleh murid dan guru. Namun begitu, kerjasama daripada semua pihak akan menjadikan PdPR dalam talian mampu menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia seterusnya menghasilkan murid-murid yang berkualiti dan cemerlang. Kesimpulannya,

Sekolah

Masyarakat Keluarga

Murid

(12)

cabaran PdPR ini tidak hanya ditangani secara bersendiri tetapi ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Guru, ibu bapa, murid dan pentadbiran kerajaan perlu memikul tanggungjawab ini dalam memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya dan secara tidak langsung mencapai hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025).

Rujukan

Abdalellah O. Mohmmed, Basim A. Khidhir, Abdul Nazeer & Vigil J. Vijayan. (2020).

Emergency remote teaching during Coronavirus pandemic: The current trend and future directive at Middle East College Oman. Innovative Infrastructure Solutions. DOI:

https://doi.org/10.1007/s41062-020-00326-7.

Afandi bin Ahmad. (2020). Pengajaran, pembelajaran ketika pandemik bukan mudah. Berita Harian 29 Disember 2020.

Ahmad Farit Mazlan, Maslawati Mohamad, Aishath Reesha, Rosnani Kassim, Zarina Othman

& Saadiah Kummin. (2021). Challenges and Strategies to Enhance Online Remote Teaching and Learning by Tertiary Institution Educators: A Literature Review. Scientific Research Publishing Creative Education. DOI: https://doi.org/10.4236/ce.2021.124050.

Ahmad Rusdiana, Nurul Huda, Abdul Mu'in & Abdul Kodir. (2020). The Effectiveness of Educational Supervision in Increasing the Teacher’s Professional Competence in the Covid-19 Pandemic Period. International Journal of Innovation, Creativity and Change.

Ahmad Zaki bin Amiruddin, Dr. Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman, Mohd Shahriman bin Abu Bakar. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com. International Conference on Human Sustainability (Insan).

Amanda Muller, Jeong-Bae Son, Kazunori Nozawa & Reza Dashtestani. (2017). Learning English Idioms with a Web-Based Educational Game. Journal of Educational Computing.

Anuar bin Ahmad. 2020. PKP: e-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar bandar, pedalaman.

Berita Harian 16 April 2020.

Azman, N., & Mohd Yusoff, H. (2018). Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan:

Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction.

Bdiwi. (2019). Smart learning environment: Teacher’s role in assessing classroom attention.

Research in Learning Technology 27. DOI: https://doi.org/10.25304/rlt.v27.2072.

B. K. Madhavi, V. Moan & Divya Nalla. (2018). Improving attainment of graduate attributes using Google Classroom. Journal of Engineering Education Transformations. DOI:

https://doi.org/10.16920/jeet/2018/v31i3/120792.

Cagiltay, N. E., Ozcelik, E., & Ozcelik, N. S. (2015). The effect of competition on learning in games. Computers & Education. DOI: https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.04.001.

Cassidy. (2016). The Academic Resilience Scale (ARS-30): A New Multidimensional Construct Measure. Psychological Resilience in Students and Education.

DOI: https://doi.org/10.3389/fpsyg.2016.01787.

Cristina Gunther-Bel, Anna Vilaregut, Eduard Carratala, Sonia Torras-Garat, Carles Perez- Testor. (2020). A Mixed-method Study of Individual, Couple, and Parental Functioning During the State-regulated COVID-19 Lockdown in Spain. Family Process. DOI:

https://doi.org/10.1111/famp.12585.

Faridah Binti Che in, Afham Zulhusmi bin Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing. Online Journal for Tvet Practitioners.

Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi jadi kekangan kerja dan pembelajaran di rumah,

(13)

tetapi ada 'jalan' lain. Astro Awani 13 April 2020.

Fauzan & Fatkhul Arifin. (2019). The Effectiveness of Google Classroom Media on the Students’ Learning Outcomes of Madrasah Ibtidaiyah Teacher Education Department. Al Ibtida: Jurnal Pendidikan Guru MI. DOI: http://dx.doi.org/

10.24235/al.ibtida.snj.v6i2.5149.

Google Trends. (2020). Retrieved at https://trends.google.com/trends/yis/2020/GLOBAL/.

Habib Mat Som & Syed Kamaruzzaman Syed Ali. (2016). Isu Dan cabaran Kompetensi Guru Pendidikan Islam Dalam Menghadapi Perubahan Kurikulum Di Malaysia. Seminar Antarabangsa Pemerkasaan Pendidikan Islam (Madrasah).

Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21. Seminar Serantau 2017.

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2020). Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM).

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka, 2017.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dasar Pendidikan Kebangsaan

Lakey, B., & Orehek, E. (2011). Relational regulation theory: A new approach to explain the link between perceived social support and mental health. Psychological Review, 118(3), 482–495. DOI: https://doi.org/10.1037/a0023477.

Losius Goliong, Mohd Khairuddin Abdullah & Rosy Talin. (2016). Kompetensi Peribadi, Pedagogi, Profesionalisme Guru Sekolah Berprestasi Rendah Bahagian Barat Dan Utara Sabah. Jurnal Pendidikan Nusantara.

Matt Bower, Mark J. W. Lee and Barney Dalgarno. (2016). Collaborative learning across physical and virtual worlds: Factors supporting and constraining learners in a blended reality environment. British Journal of Educational Technology.

Mohd Radzi. (2020). Cari kaedah terbaik untuk pelajar. Berita Harian 11 Mac 2020.

Morris S. Y. Jong. (2015). Does Online Game-Based Learning Work in Formal Education at School? A Case Study of VISOLE. The Curriculum Journal 26:2, 249-267, DOI:10.1080/09585176.2015.1018915.

Muhammad Naveed, Veghar Hejazi, Muhammad Abbas, Asghar Ali Kamboh, Ghulam Jilany Khan, Muhammad Shumzaid, Fawwad Ahmad, Daryoush Babazadeh, Xia FangFang, Faezeh Modarresi-Ghazani, Li WenHua, Zhou XiaoHui. (2018). Chlorogenic acid (CGA): A pharmacological review and call for further research. Biomedicine &

Pharmacotherapy. DOI: https://doi.org/10.1016/j.biopha.2017.10.064.

Muhammad Yaumi. (2018). Media dan teknologi pembelajaran. Prenada Media.

Muhd Al-Aarifin Ismail, Jamilah Al-Muhammady Mohammad. (2017). Kahoot: A Promising Tool for Formative Assessment in Medical Education Education in Medicine Journal.

DOI: https://doi.org/10.21315/eimj2017.9.2.2.

Muzarina Juhari, Ku Suhaila Ku Johari & MohdIzwan Mahmud. (2019). Kecerdasan Pelbagai dan Minat Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH). DOI:

https://doi.org/10.32698/2155.

Noor Azah Aziz, Jamal Othman, Halyna Lugova & Adlina Suleiman. (2020). Malaysia’s Approach in Handling COVID-19 Onslaught: Report on Themovement Control Order (MCO) And Targeted Screening to Reduce Community Infection Ratea and Impact on Public Health and Economy. Journal of Infection and Public Health. DOI:

https://doi.org/10.1016/j.jiph.2020.08.007.

Noor Syaheerah Hamdan & Tajul Arifin Muhamad. (2021). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kuala Lumpur Dan Keterlibatan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19. 2nd

(14)

International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021).

Norazura Takulin, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2015). Teori Kecerdasan Pelbagai untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar di Dalam Kelas.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid, Salinah Ja’afar & Mohammad Tawfik Yaakub. (2017). Tahap Keupayaan Kognitif Bacaan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Jurnal Sains Insani, 2(2): 81-87.

Paula J. Burdette & Diana L. Greer. (2014). Online Learning and Students with Disabilities:

Parent Perspectives. Journal of Interactive Online Learning.

Phil Longstreet & Stoney Brooks. (2017). Life satisfaction: A key to managing internet &

social media addiction. Technology in Society, 50:73-77.

Phil Longstreet & Stoney Brooks. (2017). Life satisfaction: A key to managing internet &

social media addiction. Technology in Society, 50:73-77.

P. Ayu Suci Lestari & Gunawan. (2020). The Impact of Covid-19 Pandemic on Learning Implementation of Primary and Secondary School Levels. Indonesian Journal of Elementary and Childhood Education.

Reenee Singh & Timothy Sim. (2021). Families in the Time of the Pandemic: Breakdown or Breakthrough?. Australian and New Zealand Journal of Family Therapy. DOI:

https://doi.org/10.1002/anzf.1445

Rohaila Mohamed Rosly & Khalid, F. (2017). Gamifikasi: Konsep dan Implikasi dalam Pendidikan. Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor). Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi (pp 144- 154). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Salvador Montaner-Villalba. (2019). The use of Quizlet to enhance vocabulary in the

English language classroom. EUROCALL. DOI:

https://doi.org/10.14705/rpnet.2019.38.1027.

Sewang, A. (2017). Keberterimaan Google Classroom sebagai alternatif Peningkatan Mutu di IAI DDI Polewali Mandar. JPPI: Jurnal Pendidikan Islam Pendekatan Interdisipliner.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat. (2018). Kemiskinan Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes Di Jajahan Bachok, Kelantan. Journal of Social Sciences and Humanities.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2017). Persepsi Guru Terhadap Ciri-ciri Inovasi VLE FROG di Sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

Sharifah Hana Lia & Norshidah Mohamad Salleh. (2021). Tahap Kesediaan Ibu Bapa terhadap Pembelajaran dalam Talian Anak Berkeperluan Khas Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 3rd Kuala Lumpur International Multidisciplinary Academic Conference (KLIMAC 2021).

Suharyanto Suharyanto & Adele B. L. Mailangkay. (2018). Penerapan E-Learning Sebagai Alat Bantu Mengajar Dalam Dunia Pendidikan. Jurnal Ilmiah Widya.

Stefan Hrastinski. (2019). What Do We Mean by Blended Learning? TechTrends. DOI:

https://doi.org/10.1007/s11528-019-00375-5.

Syahiza Zaharuddin & Fariza Khalid. (2019). Penerimaan Pelajar Tingkatan 1 terhadap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 untuk Pembelajaran. Graduate Research in Education Seminar 2019.

Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Intan Yusrina Zairon, Masura Rahmat, Hadi Affendy &

Dahlan Syahanim Mohd Salleh. (2021). Gamification Strategy of Active Learning in Mentoring among Milineal Students Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia- Pasifik. DOI: https://doi.org/10.17576/apjitm-2021-1001-12.

United Nations Educatioal, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). (2020). Global

(15)

Education Monitoring (GEM) Report 2020.

Wikipedia. Retrieved at https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Classroom.

Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Adakah murid selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru?. Adakah murid memberi perhatian semasa waktu pengajaran

Penglibatan ibu bapa dalam PdPR di rumah murid berkeperluan khas pembelajaran dalam kajian ini berada pada tahap tinggi untuk 3 jenis penglibatan iaitu

Pelaksanaan elemen seni bahasa dalam PdP Bahasa Melayu sewaktu PdPR telah mencetuskan suasana pembelajaran yang menyeronokkan buat murid-murid, walaupun sesi pembelajaran

Penerapan elemen kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah rendah bertujuan untuk merealisasikan potensi murid di samping melahirkan

Ini tidak pasti jika mereka bersedia menyesuaikan diri dengan norma perubahan yang mengharuskan mereka mengikuti kuliah, memberi markah, dan menilai sepenuhnya dalam talian

Dalam proses “memahami”, kognitif murid akan menghubungkan kembali kognitif murid dengan konsep yang telah dipelajari atau pengetahuan sedia ada murid itu sendiri

Pendekatan gaya pembelajaran merupakan satu keperluan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid generasi baru. Selaras dengan revolusi pendidikan,

Pelbagai teknik atau kaedah e-pembelajaran yang digunakan oleh para pendidik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian (PdPDT) bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan