• Tiada Hasil Ditemukan

View of ANALISIS FAKTOR PENYEBAB STRES DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of ANALISIS FAKTOR PENYEBAB STRES DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

ANALISIS FAKTOR PENYEBAB STRES DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (Analysis of Factors Causing Stress Among Diploma Geomatik

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah’s Students)

I’zzatul Fadzilah Adam1, Nurul Azuwa Md Muhayadin1, Norhayati Yusof1

1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah, Malaysia

*Pengarang Koresponden: izzatul@ptsb.edu.my Accepted: 1 February 2020 | Published: 15 February 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Stres merupakan satu keadaan resah yang dialami oleh seseorang akibat tekanan fizikal atau mental. Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada keadaan ini selagi mana masalahnya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaannya, punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah dalam kehidupan seperti masalah peribadi, masalah persekitaran dan lain-lain. Kesan stres boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang dan orang sekelilingnya. Namun begitu, setiap individu mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani konflik stres yang dialaminya. Fokus kajian ini adalah analisis punca-punca dan tahap stres serta kaedah yang sering dilakukan oleh pelajar. Sampel kajian merupakan pelajar semester akhir Diploma Geomatik di Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sebanyak 70 sampel kajian telah diperolehi dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Analisis statistik deskriptif telah menunjukkan bahawa faktor akademik merupakan punca stres bagi pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai min masing-masing 3.212 dan 3.363 berbanding faktor peribadi (nilai min 2.879 dan 2.970, masing-masing). Hasil ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara tahap stres pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan hasil kajian, tahap stres dalam kalangan responden adalah sederhana. Dapatan ini menggambarkan bahawa pelajar berupaya mengawal konflik stres mereka. Namun begitu, perhatian daripada pihak jabatan dan unit kaunseling adalah diperlukan terutama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan punca masalah akademik. Punca-punca tersebut perlu diperincikan dan diperhalusi untuk mencapai matlamat dalam menghasilkan pelajar TVET yang berketrampilan dalam pelbagai aspek termasuk mental dan emosi.

Kata kunci: Stres; Geomatik; TVET

Abstract: Stress is a restlessness condition that a person suffers from physical or mental conflicts. Anyone can be exposed to this condition when it is impossible to solve the problem within a specified period. Typically, the leading cause of stress is often correlated with life issues such as personal problems, surrounding issues, and others. The quality of life and people will influence the stress level. However, each individual has his or her method of dealing with the stress conflict. This study focused on analyzing the causes and levels of stress, as well as the alternatives often implemented by students. The study samples were final-semester Geomatic Diploma students at Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Department of Civil Engineering. In this study, a total of 70 samples were obtained, which consisted of male and female students. Descriptive statistical analysis revealed that academic

(2)

factors were the leading causes of pressure for male and female students with mean values of 3,212 and 3,363 compared with personal factors (mean values of 2,879 and 2,970). The t-test results found no significant differences between male and female students' stress level. Based on this study, it was discovered that the level of stress among respondents was moderate. This finding indicated that students could manage their stress and conflicts effectively.

Nonetheless, special attention from the counselling and consultation unit is required especially when it comes to academic problems as sources of stress. Such triggers need to be succinctly addressed and streamlined to achieve a goal of producing TVET students who are professional in various aspects like psychological and emotional.

Keywords: Stress; Geomatic; TVET

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Stres merupakan salah satu jenis gangguan emosi yang berlaku terhadap manusia. Menurut definisi yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, stres didefinisikan sebagai keadaan resah, cemas dan tegang disebabkan oleh tekanan mental atau fizikal. Stres bukan sahaja menyerang dari segi emosi malahan dalam bentuk fizikal. Stress banyak dikaitkan dalam kalangan pelajar. Dalam kajian ini, konflik stres dalam kalangan pelajar politeknik diambil perhatian untuk dikenalpasti puncanya dan cara penyelesaian untuk menangani masalah stress tersebut.

Syarat kemasukan pelajar politeknik merujuk buku Panduan Kemasukan Pelajar Politeknik adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), puratanya pelajar politeknik merupakan belia remaja yang berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun. Dalam usia tersebut, pelajar politeknik merupakan lepasan sekolah yang mana akan mengalami budaya pembelajaran yang berbeza sebelum ini. Pembelajaran di peringkat sekolah adalah berfokus sepenuhnya kepada guru (Ismail, 2016). Sebaliknya di institusi pengajian tinggi seperti di politeknik corak pembelajaran adalah lebih bersifat berdikari dan kurang kebergantungan kepada pensyarah. Sesetengah pelajar dapat mengadaptasi suasana yang berbeza ini dengan mudah, namun terdapat juga sesetengah pelajar sukar dan mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri hingga boleh terjadinya konflik stres pada diri mereka.

2. Kajian Literatur

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Subramaniam (2016), stres boleh menyerang dari segi fizikal dan juga mental. Apabila tubuh badan menerima sesuatu tekanan, badan manusia akan mengeluarkan satu hormon ransangan yang dikenali sebagai ‘adrenaline’ ke dalam saluran darah. Hormon ini akan bertindakbalas dengan hormon-hormon yang lain di dalam badan yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh. Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah bertujuan untuk melindungi tubuh. Antara perubahan yang berlaku ialah denyutan jantung yang bertambah laju, tekanan darah yang meningkat, gula, lemak dan kolestrol dalam darah bertambah, pernafasan seseorang menjadi lebih laju dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang berlaku ini menyebabkan berlakunya kekangan dalam melaksanakan aktiviti seharian. Tambahan pula, sekiranya stres ini dialami oleh golongan pelajar, pelbagai aktiviti seperti perkuliahan, ko- kurikulum, sukan dan lain-lain lagi akan terganggu.

(3)

Tiga faktor utama berlakunya stres dalam kalangan pelajar menurut Saad et.al (2018), iaitu akademik, pengurusan masa, dan hubungan sosial. Ketiga-tiga faktor ini didapati mendapat peratusan yang tertinggi dalam kajian yang dibuat keatas 260 orang pelajar tahun pertama yang dipilih secara rawak daripada enam fakulti di UTHM. Daripada ketiga-tiga faktor tersebut didapati pengurusan masa merupakan faktor utama para pelajar mengalami stres.

Sebagai seorang pelajar, mereka perlulah pandai dalam menyusun jadual seharian supaya tugasan akademik, ko-kurikulum, dan sosial dapat bergerak seiring. Namun demikian, terdapat pelajar yang tidak dapat menguruskan masa dengan baik, hal ini menyebabkan berlakunya stres terhadap pelajar tesebut. Seterusnya adalah faktor akademik, beban tugasan yang banyak dikatakan menjadi punca pelajar mengalami stress. Secara purata, pelajar mengambil enam (6) kursus dalam satu semester, dan setiap kursus mempunya sekurang- kurangnya tiga (3) jenis tugasan dalam bentuk ujian, kuiz, dan sebagainya. Hal ini tentunya menjadikan bebanan kepada pelajar yang tidak mampu melaksanakannya dengan baik.

Seterusnya pancapaian yang tidak memuaskan dan terpaksa bersaing dengan rakan-rakan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik merupakan faktor dari segi akademik yang menyebabkan berlakunya stress dalam kalangan pelajar.

Nurul Farraheda Abdul Rahman et al (2016), dalam kajiannya terhadap 95 orang pelajar lelaki dan 99 orang pelajar perempuan tahun akhir Kursus Diploma Kejuruteraan awam di UiTM Cawangan Pahang mendapati faktor utama berlakunya stress dalam kalangan pelajar adalah faktor akademik. Faktor akademik ini merangkumi keseluruhan cara penyampaian, pelaksanaan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah masa penghantaran sesuatu tugasan, masa untuk menyiapkan laporan makmal, bentuk soalan ujian yang berbentuk aplikasi dan bilangan topik yang banyak menyebabkan pelajar mengalami stres.

Dalam kajian Mahfar et al (2007) terhadap 30 orang pelajar yang dipilih untuk menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif (BPE), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), faktor berlakunya stres dalam kalangan pelajar adalah faktor kerjaya, diikuti faktor akademik dan seterusnya faktor persekitaran. Corak pembelajaran di IPT yang mana persaingan sengit dalam memperolehi markah yang tertinggi ataupun keputusan terbaik telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar, selain daripada faktor persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pelajar itu berfikir juga dikatakan boleh menyebabkan stres kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, stres masih tidak boleh dielakkan dalam kehidupan mereka.

Berdasarkan kajian lepas, didapati faktor utama yang menyumbang keadaan stress dalam kalangan pelajar adalah faktor akademik, seterusnya faktor pengurusan masa dan hubungan sosial. Stres dalam kalangan pelajar ini, sekiranya diterima dari segi positif, akan membawa banyak kebaikan, contohnya, pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan boleh membina kerjaya impian. Tetapi sekiranya diterima secara negatif, pelajar akan mendapat tekanan yang boleh menyebabkan gangguan jiwa seperti tekanan mental, kemurungan dan sebagainya. Penerimaan yang negatif ini perlu diambil perhatian supaya keadaan tidak menjadi mudarat kepada pelajar tersebut.

Sehubungan itu, kesemua kajian lepas yang telah dirujuk menyatakan bahawa secara keseluruhan, stres yang dialami oleh pelajar universiti adalah pada tahap sederhana. Oleh hal demikian, perhatian tetap perlu diberikan oleh pihak tertentu untuk membantu pelajar menangani masalah tersebut. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti punca dan tahap stres pelajar Diploma Geomatik (DGU) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

(4)

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk :

a. Mengenalpasti punca utama berlakunya stres dalam kalangan pelajar politeknik b. Menganalisa tahap stress dalam kalangan pelajar semester akhir Diploma Geomatik.

c. Mengenalpasti kaedah yang dilakukan bagi menangani gejala stres tersebut.

4. Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji punca-punca dan tahap stress dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, semester akhir Diploma Geomatik (DGU) di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah sahaja.

5. Metodologi Kajian

Populasi dan sampel populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar semester 5 Diploma Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Kedah.

Faktor pemilihan populasi ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah mengambil jumlah jam kredit yang tinggi berbanding program diploma yang lain iaitu sebanyak 96 jam yang bermula dari semester 1. Selain melalui pengalaman kesukaran aras subjek yang semakin tinggi dari semester ke semester, mereka juga diuji kemahiran secara ‘hands-on’

dalam latihan padang bagi beberapa subjek teras. Sebanyak 78 borang soal selidik yang mewakili jumlah keseluruhan populasi telah diedarkan. Pengkaji menggunakan teknik persampelan mudah dengan memilih kesemua 70 borang yang telah dipulangkan beserta jawapan lengkap untuk dianalisa. Pemilihan sampel ini melibatkan seramai 33 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan. Bilangan sampel ini bersesuaian untuk mewakili populasi yang dikaji.

5.1 Instrumen Kajian

Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik tertutup untuk mendapatkan data. Soal selidik dibina berdasarkan objektif kajian dengan merujuk kepada pelajar Diploma Geomatik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Set soal selidik ini mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami yang merangkumi empat bahagian soalan iaitu Bahagian A merupakan maklumat demografi responden seperti jantina, jumlah jam kredit yang diambil serta pencapaian akademik. Bahagian B dan C, masing-masing 10 soalan berkaitan punca stres dari aspek akademik dan peribadi. Manakala Bahagian D pula mengandungi 10 soalan berkaitan cara menangani stres. Skala Likert 1 hingga 5 digunakan pada soalan Bahagian B, C dan D di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Jadual 1 menunjukkan perincian skala likert yang digunakan di dalam borang soal selidik.

(5)

Jadual 1 : Skala Likert yang digunakan di dalam borang soal selidik

Sumber : Diadaptasi daripada Nurul Farraheda Abdul Rahman et al (2018)

6. Keputusan dan Perbincangan

6.1 Analisa Data

Data yang telah dikumpulkan daripada soal selidik dianalisa menggunakan perisian statistik tambahan Analysis ToolPak Microsoft Excel 2013. Analisa secara deskriptif seperti skor min, sisihan piawai, analisa inferensi ujian-t telah digunakan dalam kajian ini.

6.2 Latar Belakang Responden

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden lelaki seramai 33 orang manakala responden perempuan seramai 37 orang. Frekuensi tertinggi responden lelaki dan perempuan berdasarkan purata nilai gred kumulatif (PNGK) adalah pada julat 2.51 -3.00 iaitu masing- masing seramai 19 dan 24 orang orang manakala bagi responden perempuan adalah pada julat sama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Rajah 6a dan 6b masing-masing memberikan pecahan taburan jam kredit oleh pelajar lekaki dan perempuan. Peratusan tertinggi taburan jam kredit yang diambil oleh responden lelaki dan perempuan adalah pada kadar 18-20 jam iaitu sebanyak 64.29 %.

Jadual 2 : Bilangan responden

Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 33 49

Perempuan 37 51

Jadual 3 : Pecahan PNGK responden

Kenyataan Peringkat Skala Likert

Stres Rendah Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Stres Sederhana Tidak Pasti (TP) 3

Setuju (S) 4

Stres Tinggi Sangat Setuju (S) 5

Frekuensi Peratus Purata Sisihan Piawai

L P L P L P L P

< 2.00 1 0 1.43 0 6.6 7.4 7.266 9.710

PNGK 2.01 - 2.50 7 5 10.0 7.14

2.51 - 3.00 19 24 27.14 34.29

3.01 – 3.50 3 7 4.29 10.00

> 3.50 3 1 4.29 1.43

(6)

Rajah 6a : Taburan jam kredit yang diambil oleh responden lelaki

Rajah 6b : Taburan jam kredit yang diambil oleh responden perempuan

6.3 Punca dan Tahap Stres

Analisa deskriptif menentukan skor min dalam melihat punca stress dan cara menangani stres di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat dua faktor stres yang dialami oleh pelajar iaitu faktor akademik dan faktor peribadi. Jadual 5 menunjukkan Ukuran Tahap Stres yang dimplementasikan dalam kajian ini.

Jadual 5 : Ukuran Tahap Stres

Skor Min Tahap Stres

1.00 – 2.39 Stres Rendah

2.40 – 3.79 Stres Sederhana

3.80 – 5.00 Stres Tinggi

Sumber : Diadaptasi daripada Nurul Farraheda Abdul Rahman et al (2018)

6.3.1 Faktor Akademik

Jadual 6 di bawah menunjukkan skor min keseluruhan bagi pelajar lelaki dan perempuan bagi faktor akademik berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.212 dan 3.363.

[VALUE]

[VALUE]

Taburan Jam Kredit Pelajar Lelaki

< 18 jam 18 > 20 jam

68%

32%

Taburan Jam Kredit Pelajar Perempuan

< 18 jam 18 > 20 jam

(7)

Jadual 6 : Skor min responden bagi faktor akademik

Item Kenyataan Lelaki Perempuan

Min Tahap Stres Min Tahap Stres 1. Jumlah jam kredit yang banyak (lebih

daripada 18 jam kredit)

1.727 Rendah 1.865 Rendah

2. Masa untuk menyiapkan laporan amali terhad.

2.606 Sederhana 3.243 Sederhana 3. Soalan ujian/kuiz yang berbentuk

aplikasi (C3) memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

3.242 Sederhana 3.594 Sederhana

4. Masa tidak mencukupi untuk membuat ulangkaji untuk setiap bab/topik.

3.212 Sederhana 3.486 Sederhana

5. Kaedah pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah sukar difahami.

2.818 Sederhana 3.027 Sederhana 6. Menyiapkan tugasan dan

mengulangkaji pada saat akhir.

3.667 Sederhana 3.757 Sederhana 7. Jadual peperiksaan akhir yang terlalu

padat.

3.818 Tinggi 4.162 Tinggi

8. Pensyarah tidak memberi maklumbalas hasil penilaian kuiz/ujian dan tugasan.

2.667 Sederhana 2.834 Sederhana

9. Kesukaran untuk mendapat bahan rujukan di perpustakaan.

3.152 Sederhana 2.946 Sederhana 10. Masalah capaian internet

menyukarkan untuk membuat tugasan.

3.727 Sederhana 3.216 Sederhana

Skor Min Keseluruhan 3.212 Sederhana 3.363 Sederhana

Berdasarkan 10 persoalan punca stres dari aspek akademik yang dikemukakan, pelajar lelaki dan perempuan bersetuju bahawa mereka seringkali menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pada saat akhir. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan sikap pelajar yang tidak mahir dalam pengurusan masa. Selain itu, faktor jadual peperiksaan akhir setiap semester yang padat mencatat skor min paling tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan iaitu 3.818 dan 4.162.

Punca stres paling rendah bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah disebabkan jumlah jam kredit tidak melebihi dari 18 jam iaitu skor min sebanyak 1.727 dan 1.865.

6.3.2 Faktor Peribadi

Hasil dapatan kajian berdasarkan 10 soalan punca stres dalam aspek peribadi mendapati, tahap stres pelajar DGU adalah sederhana. Skor min keseluruhan bagi pelajar lelaki ialah 2.879 manakala 2.970 bagi pelajar perempuan dalam aspek peribadi seperti dalam Jadual 7.

(8)

Jadual 7 : Skor min responden bagi faktor peribadi

Lelaki Perempuan

Item Kenyataan Min Tahap Stres Min Tahap Stres

1. Berjauhan dengan keluarga. 3.351 Sederhana 2.454 Sederhana 2. Konflik dengan rakan/ rakan sekelas/

rakan

serumah/ rakan sebilik.

2.757 Sederhana 2.424 Sederhana

3. Keadaan rumah sewa / asrama yang tidak selesa dan jauh.

2.729 Sederhana 2.364 Rendah

4. Kekurangan duit belanja bulanan. 4.027 Tinggi 3.849 Tinggi 5. Tidak mempunyai komputer /

komputer riba menyukarkan membuat tugasan.

3.540 Sederhana 3.697 Sederhana

6. Bebanan aktiviti luar kelas seperti persatuan / mewakili politeknik dalam sukan.

3.162 Sederhana 3.515 Sederhana

7. Penyakit yang dihadapi 2.568 Sederhana 2.242 Rendah

8. Konflik dalaman keluarga. 3.135 Sederhana 2.848 Sederhana 9. Tidak mempunyai kenderaan sendiri

untuk ke kuliah.

2.541 Sederhana 2.576 Sederhana

10. Konflik dengan pensyarah. 2.270 Rendah 2.394 Rendah

Skor Min Keseluruhan 2.970 Sederhana 2.880 Sederhana

Hasil dapatan ini menunjukkan aspek peribadi bukanlah punca terbesar stres di kalangan pelajar DGU. Walaubagaimanapun, punca utama stres tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan dari faktor peribadi adalah berpunca daripada kekurangan duit belanja bulanan dengan skor min 3.848 dan 4.030. Dapatan ini dapat dikaitkan dengan sikap pengurusan kewangan oleh responden itu sendiri yang kurang mengambil langkah berjimat cermat. Hal ini juga berkaitan dengan sumber kewangan keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Dapatan ini juga menyokong kepada punca tidak mempunyai komputer atau komputer riba yang menyukarkan responden untuk membuat tugasan dengan nilai skor min bagi responden lelaki dan perempuan iaitu 3.540 dan 3.697.

Pengkaji mengandaikan masalah ini mempunyai hubungan dengan faktor sumber kewangan yang menyebabkan responden tidak mampu untuk memiliki komputer atas milik sendiri.

Selain itu, faktor hubungan antara responden dan pensyarah masing-masing menunjukkan skor min yang rendah sebagai punca stres bagi responden lelaki dan perempuan iaitu 2.393 dan 2.270. Ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan baik di dalam dan luar kelas tanpa konflik yang serius antara pelajar dan pensyarah.

6.4 Kaedah Menangani Stres

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menangani stres yang dihadapi. Dalam kajian ini sebanyak 10 kaedah untuk mengatasi stres telah digunakan dalam mengenalpasti cara yang dilakukan oleh responden lelaki dan perempuan.

(9)

Jadual 8 : Skor min responden dalam kaedah menangani stres

Lelaki Perempuan

Item Kenyataan Min Taksiran Min Taksiran

1. Tidur 4.030 Tinggi 4.216 Tinggi

2. Makan dengan banyak 3.485 Sederhana 3.703 Sederhana

3. Mendekatkan diri dengan Tuhan 4.424 Tinggi 4.459 Tinggi

4. Aktiviti membeli belah 3.182 Sederhana 3.513 Sederhana

5. Melepaskan perasaan seperti menjerit, menangis atau menyanyi

2.788 Sederhana 3.621 Sederhana

6. Aktiviti beriadah 3.879 Tinggi 4.00 Tinggi

7. Berfikiran positif 4.151 Tinggi 4.027 Tinggi

8. Berkongsi masalah dengan rakan sebaya.

3.424 Sederhana 4.324 Sederhana 9. Berkongsi masalah dengan keluarga. 3.182 Sederhana 3.784 Sederhana 10. Mendapatkan nasihat daripada

penasihat akademik atau pensyarah.

2.940 Sederhana 3.594 Sederhana

Berdasarkan hasil dapatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8, responden telah mengambil langkah mendekatkan diri dengan Tuhan apabila mengalami masalah. Dengan nilai skor min yang paling tinggi bagi reponden lelaki dan perempuan iaitu 4.459 dan 4.424.

Dapatan ini menunjukkan bahawa responden mempunyai nilai kerohanian yang baik dengan cara dengan cara solat, berdoa, berzikir, dan membaca Al-Quran bagi menstabilkan emosi.

Seterusnya, tidur merupakan cara kedua yang dilakukan oleh reponden lelaki dan perempuan untuk menangani stres dengan yang mempunyai nilai skor tinggi 4.030 dan 4.216. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden memerlukan ruang untuk berehat untuk melupakan seketika masalah yang dihadapi. Kaedah menangani stres dengan cara sentiasa berfikiran positif mendapat nilai skor min ketiga tertinggi oleh reponden lelaki dan perempuan iaitu 4.151 dan 4.027. Selain itu kaedah-kaedah lain yang dilakukan oleh responden lelaki dan perempuan untuk menanagi stres ialah dengan melakukan aktiviti beriadah dengan skor min (3.879 dan 4.00), membeli belah dengan skor min ( 3.182 dan 3.513), berkongsi masalah bersama ahli keluarga dengan skor min ( 3.182 dan 3.784), berkongsi masalah dengan rakan sebaya dengan skor min ( 3.424 dan 4.324) melepaskan perasaan secara lisan seperti menjerit, menyanyi dan menangis dengan skor min (2.788 dan 3.621) dan mendapatkan nasihat dan pandangan pensyarah atau penasihat akademik untuk menyelesaikan masalah dengan skor min ( 2.940 dan 3.594). Berdasarkan hasil dapatan, didapati responden perempuan lebih bersifat terbuka dalam berkongsi masalah dengan orang lain samada keluarga, rakan sebaya dan pensyarah berbanding dengan responden lelaki.

6.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara pelajar lelaki dan perempuan?

Hipotesis:

Ho : μ1 = μ2 HA : μ1 ≠ μ2

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara pelajar lelaki dan perempuan.

HA : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara pelajar lelaki dan perempuan.

(10)

Jadual 9 : Hasil ujian -t

Jantina Bil Min Sisihan Piawai Nilai - T Nilai T

Kritikal

Lelaki 33 2.95 0.619 0.179 1.689

Perempuan 37 3.111 0.574

Analisa ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan ini dilihat melalui nilai t = 0.179 yang dihasilkan

lebih kecil berbanding nilai t Kritikal = 1.689. Dapatan ini tidak menolak Ho dan menunjukkan tahap stres pelajar lelaki Diploma Geomatik (M=3.11, SP = 0.619) adalah sama dengan tahap stres pelajar perempuan Diploma Geomatik (M2.95, SP 0.574).

7. Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil kajian mendapati bahawa faktor akademik merupakan faktor utama yang menyumbang kepada stress dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan semester akhir Diploma Geomatik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan diikuti oleh faktor peribadi. Punca-punca utama berlakunya stress adalah disebabkan oleh faktor akademik telah dikenalpasti dalam kajian ini termasuk kaedah-kaedah menanganinya.

Hasil kajian telah menunjukkan tahap stres keseluruhan bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah pada tahap sederhana dan tiada perbezaan yang signifikan terhadap stres pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini juga telah mengenalpasti bahawa pelajar lelaki dan perempuan masih mampu mengawal konflik stres yang dialami. Namun begitu, perhatian daripada jabatan akademik adalah penting terutama yang melibatkan faktor akademik sebagai penyumbang stres kepada pelajar. Selain itu, Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya juga boleh menyediakan modul yang bersesuaian dalam program-program yang diadakan terutama berkenaan dengan kemahiran pengurusan kewangan dan masa.

8. Cadangan

Antara cadangan yang boleh diambilkira oleh pihak jabatan akademik ialah menggalakkan pensyarah kursus memantau kemajuan pelajar dalam menyiapkan suatu tugasan supaya mereka dapat menghantarnya mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, jadual peperiksaan akhir yang tidak terlalu padat membolehkan pelajar membuat ulangkaji dengan lebih baik untuk semua kursus yang diambil. Peranan penasihat akademik sebagai mentor juga penting bagi mengurangkan stres yang dihadapi oleh seseorang pelajar. Penasihat akademik boleh menjadikan sesi pertemuan mingguan untuk membincangkan masalah- masalah yang berbangkit oleh pelajar dibawah seliaan. Sebagai cadangan pada kajian akan datang, pengkaji boleh memperincikan faktor pengurusan masa dan pengurusan kewangan sebagai punca stres oleh pelajar. Selain itu, pengkaji boleh mengaitkan hubungan stres dengan pencapaian akademik pelajar.

9. Penghargaan

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kajian ini terutama pelajar semester akhir sesi Jun 2019 Diploma Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang terlibat secara langsung sebagai responden.

(11)

Rujukan

Al., N. F. (2016). Kajian Stres dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (EC110) UiTM Cawangan Pahang. Konferensi Akademik (KONAKA) UiTM Pahang 2016, Volume: Chapter 56, pp.366-367. Dimuat turun daripada:

https://www.researchgate.net/publication/326989271_Kajian_Stres_dalam_Kalangan _Pelajar_Diploma_Kejuruteraan_Awam_EC110_UiTM_Cawangan_Pahang

Ghazali, S. N. (2019, Januari). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Dalam Kalangan Pelajar Kursus Secara Sambilan (Kss) Bidang Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.

Dimuat turun daripada:

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2012_10489_bfd102979 c0b42048dbf22be6b8b456f.pdf

Ismail, N. (Nov. 2016). Attitude and Readiness econdary School Students on Higher Order Thinking Skill in. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), Vol. 6, Bil. 2.

Ismail, Z. (2015). Faktor Gangguan Psikologi Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti. Al- Himah Journal Of Islamic Dakwah, Vol 7 No 2.

Kechik, A. A. (2011, September). Reformasi Dalam TVET : Perubahan Masa Hadapan . Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/17082/1/JOE-1-2011-040.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. Capaian pada Oktober, 2019 daripada laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. Dimuat turun daripada: http://prpm.dbp.gov.my.6.

Mahfar, M. a. (2009). Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar. Jurnal Kemanuasiaan, pp. 62-72. Dimuat turun daripada:

http://eprints.utm.my/id/eprint/8125/

Nor Akma Abd Shukor, N. A. (2019). Penilaian Hubungan Antara Elemen Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar di Kolej

Komuniti Masjid Tanah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, Vol.3, No.1, 2019eISSN 2600-7738

Panduan Kemasukan Pelajar Politeknik. (2019). Panduan Kemasukan Pelajar Politeknik.

Carian pada Oktober,2019 Dimuat turun daripada:

http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

Subramaniam, D. S. (2016, September 28). Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia.

Dimuat turun daripada:

file:///C:/Users/user/Downloads/KENYATAAN%20AKHBAR%20YBMK%20Kesih atan%20Mental%2028%20September%202016.pdf

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Keputusan kajian yang dijalankan di 3 unit rawatan rapi dewasa HUSM ini mendapati bahawa persepsi jururawat dan pesakit terhadap faktor-faktor penyebab stres ke

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau pembentukan frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu dan hubungan antara prestasi ujian dengan faktor-faktor yang

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada peneguhan jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu adalah kerana sifat kesucian dan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan penulis mendapati modul pelajaran morfologi bahasa Arab yang ditawarkan kepada pelajar turut menyumbang kelemahan dalam penguasaan

Selain itu, terdapat pelbagai kajian yang menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian pelajar adalah berpunca daripada kaedah pembelajaran, pendekatan

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pensyarah dengan pelajar dalam interpretasi faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan dalaman program akademik

Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan personaliti kestabilan emosi yang signifikan dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik

Keputusan kajian yang dijalankan di 3 unit rawatan rapi dewasa HUSM ini mendapati bahawa persepsi jururawat dan pesakit terhadap faktor-faktor penyebab stres ke