• Tiada Hasil Ditemukan

View of [Leafospirosis Deadly Disease from Rat: Fiqh Al-Hadith-Based Analysis] Leptospirosis Wabak Maut Dari Tikus: Analisis Berasaskan Fiqh al-Hadith

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of [Leafospirosis Deadly Disease from Rat: Fiqh Al-Hadith-Based Analysis] Leptospirosis Wabak Maut Dari Tikus: Analisis Berasaskan Fiqh al-Hadith"

Copied!
16
0
0

Tekspenuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,18(1): 195-210

https: / / journal.unisza.edu.my / jimk

[LEAFOSPIROSISDEADLYDISEASEFROMRAT:

FIQHAL-HADITH-BASEDANALYSIS]

LEPTOSPIROSIS WABAK MAUT DARI TIKUS:

ANALISIS BERASASKAN FIQH AL-HADITH MOHD FARHAN MD ARIFFIN1

KHADHER AHMAD1*

MOHD ROSDI HASSAN2

1 Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

3Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam

*Corresponding author: khadher82@um.edu.my

Received Date: 9 April 2018 • Accepted Date: 9 Sept 2018

Abstract

Leptospirosis (rat urine epidemic) can be categorised as silent killer to mankind. It has raised concerns among Malaysians in 2012 to 2014. A series of deaths, including those involving celebrity groups has put widespread interest from all Malaysians. The rat-borne outbreak infects humans through water contaminated with urine, ear skin (body tissue), the mucus of the nose, mouth and eyes of rat. Various control measures deemed appropriate have been performed at the state and district, including poison, traps and reward for each rat caught or killed. Therefore, early preventive measures in the form of knowledge is very important in order to understand the concept of

“interaction with pests” well. Significantly, Prophet Muhammad SAW has warned on threat posed by pest cluster including rat in his set saying. Thus, this article strives to peel regarding rats description with the methods to interact with pests through al-Hadith discussions. This case is important to provide guidance to society regarding harms that able to be incarnated by particular animal and also the most efficient control techniques to Prophetic tradition without marginalizing animal exclusive rights. The findings show that the Prophet Muhammad (SAW) himself explained the najasah of rat as a pest and the Islamic ruling of killing it. In addition, this study is also bringing up five [5] methods of interacting with fasiq animals based on understanding of Prophetic Traditions and nine [9] infection control and prevention guidelines from leptospirosis.

Keywords: Rat; Threat; Pest; Significant; Control Technique

Abstrak

Leptospirosis (wabak kencing tikus) boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap kepada manusia. Subjek pernah membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2012 hingga 2014. Beberapa siri kematian termasuk melibatkan golongan selebriti telah membuatkannya mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia. Penularan wabak bawaan

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2018.18.1.327

(2)

tikus ini menjangkiti manusia melalui air yang dicemari air kencing, kuping kulit (tisu badan), lendir hidung, mulut dan mata tikus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk meracun, memasang perangkap dan memberi ganjaran bagi setiap tikus yang ditangkap atau dibunuh. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai ancaman kelompok haiwan perosak termasuk tikus dalam himpunan sabdanya. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan tikus yang didapati daripada perbincangan ulama‟ klasik dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi SAW telah menjelaskan mengenai kenajisan tikus sebagai haiwan perosak dan hukum membunuhnya. Selain itu, kajian ini turut mengemukakan lima [5] kaedah berinteraksi dengan haiwan fasiq berdasarkan kefahaman al-Hadith dan sembilan [9] kaedah pencegahan daripada jangkitan wabak kencing tikus.

Kata kunci: Tikus; Wabak Kencing Tikus; Bahaya; Haiwan Perosak; Metode Interaksi

PENGENALAN

Tikus merupakan haiwan perosak yang hidup dalam kalangan manusia. Selain menjadi vektor penyakit yang berupaya menimbulkan pelbagai masalah kesihatan sejagat, ia juga merupakan ancaman serius kepada sektor kesihatan awam, perkilangan, pertanian dan industri bahkan mampu mengakibatkan kebejatan ekonomi dan merencat kemajuan sesebuah negara.

Wabak lepstospirosis (wabak kencing tikus) yang menjadi tumpuan kajian merupakan pembunuh dalam senyap di Malaysia. Ia juga telah membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tahun 2014 hingga 2015. Malah pada tahun 2014-2015, dilaporkan hampir 122 kes kematian dicatatkan akibat jangkitan tersebut di Malaysia. Beberapa siri kematian termasuk melibatkan golongan selebriti telah membuatkannya mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia.

Melalui penelitian terhadap hadith Nabawi, kajian ini akan mengkaji signifikan dan mukjizat kata-kata baginda SAW melalui pentafsiran dan pemahaman muḥadditihīn dalam rangka penyelesaian isu-isu semasa secara holistik. Kajian ini penting bagi menghubungkan antara hadith dan isu kehidupan semasa secara praktikal di samping memahami kerangka teoretikal dalam hubungan antara haiwan fasiq dan haiwan perosak.

MAKLUMAT BIOLOGI TIKUS

Tikus ةرافلاmerupakan haiwan mamalia berdarah panas dari jenis rodensia bersaiz sederhana dan berekor panjang dari keluarga Muridae (Schwartz dan Charles Wash, 2001: 221). Bentuk rupanya seakan-akan arnab, tetapi lebih kecil. Tikus didefinisikan sebagai “haiwan pengerip dan mendatangkan mudarat, baik di rumah mahupun di sawah” (Kamus Dewan, 1970: 1253).

Cite as: Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad & Mohd Rosdi Hassan. 2018. Leptospirosis Wabak Maut Dari Tikus: Analisis Berasaskan Fiqh al-Hadith. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 18(1): 195-210.

(3)

Tikus terdiri daripada kira-kira 40% jumlah mamalia yang direkodkan hari ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 5% dianggap perosak manakala selebihnya bertindak sebagai “jentera biologi alam”. Dalam aspek positif, tikus berperanan penting dalam rantai makanan (Razlina Binti Raghazli, 2008: 4).

Di seluruh dunia, terdapat variasi spesies tikus. Bagi spesies tikus rumah sahaja, terdapat lebih 20 spesies berbeza. Antara spesies tikus ialah tikus belanda, tikus kasturi (stink mouse), tikus unta, tikus Norway, tikus wirok ekor pendek dan lain-lain (Kamus Dewan, 1970: 1253).

Spesies tikus paling popular adalah mencit (mus spp.) (P.Fisher, 2005:1 -18) tikus mondok (rattus norvegicus) (Brown Rat, t.t: 1) tikus sawah (rattus argentiventer) (Brown, P.R., Tuan, N.P., Singleton, G.R. et al, 2015: 247), dan tikus rumah (rattus rattus) (Brown, P.R., Tuan, N.P., Singleton, G.R. et al , 2015: 247). Spesies tikus terbesar di dunia ialah daripada jenis “capybara”.

Tikus secara umumnya memiliki tubuh badan berbulu, berekor panjang dan memiliki sepasang gigi berbentuk pahat, berwarna hitam dan kelabu, tetapi ada juga yang berwarna putih.

Gigi kacip atas tikus agak terkehadapan kerana sifatnya yang menggunakan gigi kacip untuk menggali lubang selain mengangkat batu dan tanah. Tikus mempunyai deria penglihatan yang lemah namun memiliki deria bau, pendengaran dan rasa yang baik (Schwartz dan Charles Wash, 2001: 218).

Tikus secara amnya mempunyai bulu-bulu pendek dan kasar. Bahagian dorsalnya berwarna gelap (kelabu gelap dan coklat kehitaman), manakala bahagian ventralnya berwarna kelabu cerah dengan kuning kecoklatan. Kaki hadapannya mempunyai empat jari berkuku manakala kaki belakang mempunyai lima jari berkuku. Muncung tikus adalah luas, lebar, pendek dan seakan-akan berbentuk bulat (Razlina Binti Raghazli, 2008: 7) .

Tikus memiliki deria rasa, bau dan pendengaran yang baik sehingga tergolong dalam kalangan haiwan cerdik. Memiliki otak yang boleh berkembang, ini bererti tikus mampu mempelajari sesuatu (Syamsuddin, t.t: 179) Tikus merupakan haiwan yang dapat mempelajari dengan cepat apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk dirinya. Jika seseekor tikus memiliki pengalaman memakan sejenis makanan tertentu yang menyebabkannya mengalami sakit perut, ia tidak akan memakannya buat kali kedua (Syamsuddin, t.t: 179).

Jangka hayat seekor tikus betina antara 2 hingga 3 tahun dan mampu bunting dan aktif seks dalam 6 minggu. Tikus boleh melahirkan 5 hingga 7 ekor anak tikus dalam setiap kelahiran. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak. Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting 28 kali dan melahirkan 170 ekor anak tikus (Kosmo Online, 21 Feb 2013).

TABIAT TIKUS

Tikus merupakan haiwan herbivor pemakan bijirin, gandum, padi, kekacang dan buah-buahan (Schwartz dan Charles Wash, 2001: 225). Namun, hasil daripada adaptasi sekitar bandar, tikus dapat memakan semua jenis makanan di gudang makanan, restoran, bazar dan kediaman.

Subjek pernah direkodkan menyimpan empat kali ganda daripada jumlah yang mampu dimakannya (Syamsuddin, t.t: 181).

Tikus menghabiskan riwayat hidupnya dan tinggal di tempat kotor. Tikus gemarkan sampah dan kawasan bertakung di lorong belakang hotel, kolong bawah tanah, petak sawah

(4)

atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali (Kosmo Online, 21 Feb 2013).

Tikus merupakan haiwan aktif pada waktu malam (nocturnal). Pada waktu siang, mereka berlindung dalam lubang atau semak. Tempat tinggal tikus biasanya memberikan perlindungan dari haiwan pemangsa, berdekatan sumber air dan mempunyai banyak ruang penyimpanan makanan, tempat tidur dan tempat membesarkan anak.

ANCAMAN TIKUS

Tikus merupakan ancaman utama kepada kesihatan dan harta benda. Tikus boleh menyebabkan gangguan kepada gaya hidup dan persekitaran. Pelbagai laporan tentang ancaman tikus boleh dibaca saban hari (Razlina Binti Raghazli, 2008: 1-2). Tikus boleh menyebabkan gangguan emosi dan trauma kepada sesetengah individu (Razlina Binti Raghazli , 2008: 4). Di India, tikus dari jenis rattus rattus, rattus norvegicus, bandicota bengalensis, bandicota indica dan tatera indica telah menyebabkan keruntuhan ekonomi India. Di negara-negara membangun lain, tikus dilaporkan telah membawa kerosakan besar kepada hasil tanaman yang disimpan di dalam gudang (Razlina Binti Raghazli, 2008: 5).

Dalam perniagaan berasaskan makanan, kewujudan tikus boleh menyebabkan sesebuah premis disita kerana melanggar akta keperluan kesihatan dan keselamatan. Dalam industri pertanian, kerosakan terhadap hasil tanaman pernah mencecah sehingga 90% semasa serangan tikus secara besar-besaran ke atas hasil padi Filipina. Tikus bukan sahaja memakan hasil tanaman malah mencemarkan gudang penyimpanan makanan dengan najis, air kencing dan bulunya (Razlina Binti Raghazli, 2008: 5).

Tikus-tikus yang menyerang gudang penyimpanan makanan secara tidak langsung merosakkan peralatan gudang, barang-barang bungkusan serta struktur bangunan. Tikus merosakkan paip-paip serta menggigit wayar-wayar elektrik yang akhirnya menyebabkan litar pintas. Lubang-lubang dalam bangunan atau tanah menyebabkan struktur bangunan, jalan raya atau saliran perparitan mendap atau runtuh (Razlina Binti Raghazli, 2008: 5). Dilaporkan tikus pernah menyebabkan gangguan operasi ke atas sistem pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Gangguan tersebut menyebabkan gangguan pada sistem komputer utama lapangan terbang berkenaan (Razlina Binti Raghazli , 2008: 6-7).

Tikus merupakan perumah kepada penyakit berbahaya. Subjek mampu menyebarkan 30 jenis penyakit kepada manusia (Jhon Farndon, 2004: 117). Penyakit “leptospirosis”

contohnya menjangkiti manusia yang terdedah kepada persekitaran dicemari najis tikus.

„Bubonic plague‟ merupakan penyakit bawaan tikus yang telah melanda Eropah pada kurun ke-14 dan mengorbankan hampir 23% penduduk Eropah ketika itu. Terdapat juga kes kematian akibat gigitan tikus dipanggil „anaphylaxis‟, iaitu air liur tikus memasuki badan manusia yang digigit menyebabkan badan tidak dapat menerima protein asing dan sistem ketahanan menjadi lemah. Antara penyakit-penyakit lain disebabkan tikus ialah “murine typhus”, “salmonellosis”

dan “toxoplasmosis.” (Razlina Binti Raghazli , 2008: 6; Akhbar Berita Harian, 28 Setp 2004).

PENULARAN WABAK LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA

Penyakit kencing tikus atau dalam bahasa saintifiknya Leptospirosis boleh dikategorikan sebagai silent killer kepada manusia yang sukar dikesan pada peringkat awal tetapi meragut

(5)

nyawa. Leptospirosis atau jangkitan zoonotik bawaan haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia bukanlah asing kepada penduduk Malaysia. Ia turut dikenal dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd‟s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong Tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Leptospirosis berpunca daripada pendedahan terhadap bakteria “Leptospira interrogans” bawaan tikus yang juga boleh disebarkan melalui haiwan lain seperti anjing dan serigala. Jangkitan terhadap manusia lazimnya melalui air yang dicemari air kencing, kuping kulit (tisu badan), lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak berjangkit daripada manusia kepada manusia yang lain (Kusmiyati, Susan M. Noor, Supar, 2005: 213-220).

Pada Mei 2009, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru, Pulau Pinang. Penyanyi tersohor, Izwan Pilus merupakan korban berprofil tinggi wabak ini. Pada tahun 2013, seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka meninggal dunia akibat terkena jangkitan bakteria berbahaya ini selepas mengikuti perkhemahan di Bukit Bakar, Machang Kelantan. Pada Oktober 2014, seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Labuan disyaki terkena jangkitan sama dan dilaporkan meninggal dunia. Pada Disember 2014, keseronokan lima sekeluarga di Kedah bertukar tragedi apabila anak sulung mereka meninggal dunia akibat positif virus wabak kencing tikus.

Merujuk maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), gejala klinikal seseorang disyaki terkena jangkitan leptospirosis akan mengalami demam panas, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Pesakit juga mengalami batuk tidak berkahak, loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut dan radang selaput mata. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan teruk, kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian (Majalah Sains, 30 Sept 2015).

Walaupun rekod penyakit ini tidak begitu popular menerusi publisiti dan hebahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana penyakit demam denggi, wabak kencing tikus ini berupaya meragut nyawa tanpa diduga. Mengikut statistik, jumlah penyakit ini di Malaysia disifatkan sebagai terendah sehingga menjadi faktor masyarakat tidak mengambil serius mengenai usaha mencegah penyakit seumpama daripada terus berlaku.

Jangkitan leptospirosis turut berlaku di seluruh dunia terutamanya di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat merekodkan 100-200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan 50% daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100,000 penduduk setahun di kawasan tropika. Justeru, tanpa perhatian yang sewajarnya, leptospirosis sering terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya (Zainudin Abdul Wahab , 2015: 32-40).

Sebagai langkah pencegahan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pernah melaksanakan program pemberian ganjaran kepada orang ramai yang menangkap tikus pada tahun 2013, namun dihentikan selepas dilihat tidak proaktif. Tumpuan seterusnya diberikan kepada cara meracun dan memasang perangkap selain

(6)

usaha mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan sebagai langkah lebih efektif. Antara langkah pencegahan lain ialah menjaga kebersihan kawasan sekitar meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan makanan dan sampah sarap secara berterusan dan elakkan daripada mengunjungi kawasan air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

ANALISIS NAS YANG MENYEBUTKAN TIKUS SEBAGAI HAIWAN FASIQ

Nabi SAW telah memperingatkan umatnya akan bahaya haiwan tertentu. Ini menjadi dasar perbahasan apabila memperkatakan mengenai haiwan fasiq (haiwan perosak) menurut Islam.

Sabda baginda SAW;

لاو ،ةرافلا مرحلا يف نلتقي قساوف سمخ :لاق يبنلا نع ،اهنع الله يضر ةشئاع نع .روفعلا بلكلاو ،بارغلاو ،ايدحلاو ،برقع

Maksudnya:Nabi SAW bersabda: “Lima (jenis) haiwan yang fasiq dan boleh dibunuh (walaupun) di tanah Haram iaitu: tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak dan anjing liar.” (HR al-Bukhari, no 3314 & 3315)

Lafaz قساوف di atas berasal daripada Bahasa Arab iaitu (قسف). Subjek memberi makna haiwan perosak, liar, buas, jahat, pengganggu, penceroboh dan berbahaya kepada manusia (Ibn Manzue, t.t: 3413- 3414). Kalimah (قساوف سمخ ) dalam hadith merujuk kepada lima jenis haiwan perosak utama, iaitu tikus, kala jengking, helang, gagak dan anjing liar. Namun ia, tidak terhad pada lima haiwan tersebut. Nabi SAW turut menyebutkan ular dan cicak dalam riwayat lain (Ibn Hajar al-Asqalani, 2006: 195-196).

FASIQ DAN SIGNIFIKANNYA TERHADAP HAIWAN

Penggunaan “fasiq” bagi manusia bermakna keluarnya seseorang daripada jalan ketaatan kepada Allah SWT dan banyak melakukan maksiat. Manusia fasiq disebut sebagai “al-„Asi”

(al-Mubarakfuri, t.t: 576). Manakala penggunaan “fasiq” pada haiwan bermaksud dicabut kehormatan sebahagian haiwan (al-Mubarakfuri, t.t: 576) disebabkan sifatnya yang membawa datang kemudaratan, kehinaan dan kemusnahan kepada manusia (al-Mubarakfuri, t.t: 576; Ibn Hajar al-„Asqalani, 2001: 45).

Berkaitan istilah [ با َوَّدلا] iaitu haiwan melata, para ulama bersepakat penggunaan istilah ini tidak terhad kepada haiwan darat bahkan meliputi burung-burung yang terbang di awan. Ini berdasarkan dalil keumuman (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001: 45) firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata.” (Surah Hud 11:6).

Ketujuh-tujuh haiwan fasiq kesemua memiliki sifat zalim yang mengancam kesejahteraan hidup (Abadi 1968: 300). Berkenaan empat, lima, enam atau tujuh jenis haiwan fasiq (al-Wallawi 2001: 44) hanya untuk menunjukkan persepakatan ulama tentang ‘illah sifat haiwan tersebut iaitu ‘menyakiti’ (‘aqur), ‘tidak bermanfaat’ dan ‘suka berbuat kerosakan’ (al-

(7)

Qurtubi 2006: 184) pada manusia (al-Wallawi t.th.: 313).

Berkenaan jumlah sebenar haiwan yang disifatkan sebagai haiwan fasiq, al-Suyuti telah menyatakan bahawa lima jenis haiwan fasiq yang utama iaitu tikus, kala jengking, helang, gagak dan anjing sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar RA tidak bermaksud ianya khusus kepada lima jenis haiwan itu sahaja. Ia hanya merupakan salah satu bentuk i’tibar (contoh) dalam menyatakan jenis haiwan fasiq dan tidak menjadi dasar ketetapan dalam hujah dan hukum hanya bagi kelima-lima jenis haiwan itu sahaja.

Kemungkinan Nabi SAW menyebutkan kelima-lima jenis haiwan ialah pada mulanya dan kemudiannya baginda SAW menyebutkan selepas itu jenis-jenis haiwan yang lain yang sama hukum fasiqnya dengan lima haiwan yang utama. Maka, bilangan ‘lima’ haiwan fasiq ini tidaklah tetap. Turut dinyatakan dalam sebahagian riwayat ‘A’ishah RA dengan lafaz ‘empat’

dan juga ‘enam’. Adapun hadith yang menyatakan ‘empat’ jenis haiwan fasiq yang dikeluarkan oleh Muslim riwayat al-Qasim dari ‘A’ishah RA dengan tidak menyebutkan gagak. Manakala

‘enam’ jenis haiwan fasiq sebagaimana dinyatakan Muslim riwayat dari Abu ‘Awanah dari

‘A’ishah RA pula ditambah ular. Dalam hadith riwayat Abu Sa‘id al-Khudri pula, disebutkan sebanyak ‘tujuh’ jenis haiwan fasiq dengan tambahan al-Sab’u al-‘Adi iaitu haiwan buas yang biasa secara adatnya memusuhi manusia. Selain itu, dalam hadith riwayat Abu Hurayrah RA yang dikeluarkan oleh Ibn Khuzaymah, ada dinyatakan harimau dan serigala yang menjadikan

‘sembilan’ haiwan fasiq. Hadith ini juga turut dikeluarkan oleh Ibn Abu Shaybah, Sa‘id ibn Mansur dan Abu Dawud dari jalan Sa‘id ibn Musayyib (al-Wallawi 2001: 391; Ibn Hajar al-

‘Asqalani 2001: 44).

Dalam bahasa mudahnya, ia bermaksud ‘haiwan perosak’ iaitu haiwan-haiwan yang melanggar sunnat Allah sebagai makhluk yang sepatutnya tunduk kepada pemerintahan manusia sebagai khalifah Allah SWT (al-Wallawi 2001: 391) dan menambah kemusnahan di muka bumi (al-Hasani t.th.: 312).

Perkaitan tikus, cicak dan haiwan lain yang dinamakan Nabi SAW sebagai fasiq, hanya sebagai satu bentuk perumpamaan (isti‘arah) kepada aspek kemudaratan yang dibawa oleh haiwan-haiwan berikut (al-Mubarakfuri t.th.: 576) Ibn Daqiq al-‘Aid menyatakan,

“Memperlakukan hukum tersebut (memanggil fasiq) pada semua haiwan yang mempunyai sifat

‘mengganggu (menyakiti manusia)’ merupakan pandangan yang kuat menurut ulama qiyas. Ini jelas menurut isyarat nas yang membolehkan membunuh kelompok haiwan tertentu, kerana sifatnya yang fasiq, yakni melampaui batas” (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 208).

Justeru, faktor utama haiwan dikaitkan dengan istilah fasiq amat berkaitan dengan sifat

‘mengganggu”, ‘mendatangkan mudarat’, dan ‘melampaui batas’ haiwan-haiwan tertentu kepada manusia. al-Nawawi ada menyatakan bahawa haiwan-haiwan tertentu digelar fasiq oleh kerana keluarnya hanya mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui haiwan tunggangan (al-Nawawi 1930: 97).

PERKAITAN HAIWAN FASIQ DENGAN HAIWAN PEROSAK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), haiwan perosak bermaksud haiwan yang merosak dan memusnahkan sesuatu benda misalnya tanaman dan harta benda manusia. Haiwan perosak juga bererti haiwan yang jahat. Manusia seperti golongan petani tidak suka dengan haiwan perosak dan ia dibunuh dengan penggunaan racun.

(8)

Melihatkan kepada takrifan secara asas, definisi haiwan perosak adalah sama dengan haiwan fasiq. Namun begitu, takrifan haiwan perosak dalam Islam lebih meluas. Para ulama menggunakan istilah haiwan fasiq kerana disabdakan Nabi SAW. Kelompok haiwan fasiq ini tidak terhad kepada haiwan yang disebutkan dalam riwayat sahaja.

Mereka turut memasukkan spesies haiwan lain seperti lipan, serigala dan harimau malah semua haiwan yang bersifat memusuhi manusia atau haiwan ternakan, menjejaskan kesihatan atau hasil tanaman dalam kategori “haiwan fasiq”. Pendapat ini juga disokong oleh para pendokong Mazhab Shafi‘i, Maliki, Hanafi dan Hanbali (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 207- 208).

Oleh itu, para ulama turut bersepakat bahawa gelaran tikus sebagai fasiq untuk mengisyaratkan gelaran ‘fasiq’ kepada semua haiwan yang mengganggu manusia dengan cara merosak dan memotong-motong sesuatu. Penyebutan gagak dan helang untuk mengisyaratkan semua haiwan yang mampu mengganggu manusia dengan menyambar seperti helang dan bersikap pengotor seperti gagak pemakan bangkai.

Manakala permisalan anjing ‘aqur menunjukkan sifat fasiq haiwan yang menyerang dengan gigitan taringnya seperti serigala dan singa (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 207-208).

Sebutan ‘aqrab (kala jengking) untuk menunjukkan semua haiwan yang mengancam melalui gigitan beracun seperti ular, lipan, lebah dan sebagainya. Kesimpulannya, semua haiwan yang memiliki sifat-sifat yang ditonjolkan ketujuh-tujuh jenis haiwan fasiq adalah tergolong dalam kalangan haiwan yang harus dibunuh jika berbahaya dan terdapat ancaman (Monika@ Munirah

& Nik Mohd Zaim 2011: 526-532).

Haiwan perosak mempunyai persamaan dengan haiwan fasiq dari aspek menghadirkan mudarat, gangguan dan ancaman kepada manusia, haiwan ternakan, harta benda dan hasil tanaman. Justeru, istilah haiwan perosak tidak berbeza dengan haiwan fasiq. Haiwan fasiq hanyalah istilah perumpamaan baginda SAW dalam memberi panduan untuk menentukan haiwan yang melampaui batas dan harus dihindari (al-Mubarakfuri t.th.: 576) demi memelihara agama, nyawa, akal, harta benda dan keturunan umat Islam.

ULASAN FIQH AL-HADITH MENGENAI TIKUS SEBAGAI HAIWAN PEROSAK [Pertama]: Tikus dan Sifatnya

Berkenaan asal kejadian tikus, Nabi SAW pernah bersabda,

ُب َرْشَتَف ، مَنَغْلا ُنَبَل اَهْيَدَي َنْيَب ُعَضوُي ُهَّنَأ َك لَذ ُةَيآ َو ٌخْسَم ُة َرْأَفْلا" :َلاَق َة َرْي َرُه ي بَأ ْنَع ْلا ُنَبَل اَهْيَدَي َنْيَب ُعَضوُي َو ُه

ُهُقوُذَت َلََف ، ل ب Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah RA katanya, “Tikus adalah jelmaan (satu kaum dari Bani Isra’il yang telah hilang lenyap tanpa diketahui sebabnya dan aku kira mereka telah menjadi tikus), (jika) kamu lihat tanda-tandanya pada tikus, jika kamu memberinya susu kambing, ia akan meminumnya, dan jika kamu memberinya susu unta, ia tidak akan meminumnya (Muslim, no. 7497).

(9)

al-Qadi ‘Iyad dalam menerangkan maksud hadith ini menyatakan tikus merupakan jelmaan salah satu kaum Bani Isra’il yang hilang, dipercayai ditukar Allah SWT menjadi tikus di mana ketika hidup telah diharamkan unta dan susunya ke atas mereka. Ka‘ab turut menyatakan hal ini ada disebutkan dalam Tawrat dan kitab-kitab terdahulu (al-Qadi ‘Iyad 1988: 546).

، َبا َوْبَ ْلْا اوُفي جَأ َو ،َةَي قْسَ ْلْا اوُك ْوَأ َو ،َةَي ن ْلْا او ُر مَخ : َلاَق ُهَعَف َر اَمُهْنَع الله دْبَع نْبا ر باَج نَع َّن إَف ، ءاَش عْلا َدْن ع ْمُكَناَيْب ص اوُت فْكا َو

داَق ُّرلا َدْن ع َحي باَصَمْلا اوُئ فْطَأ َو ،ًةَفْطَخ َو ا ًراَش تْنا ن جْل ل ٍجْي َرُج ُنْبا : َلاَق ، تْيَبْلا َلْهَأ ْتَق َرْحَأَف َةَلي تَفْلا ت َّرَتْجا اَمَّبُر َةَق سْي َوُفْلا َّن إَف ،

ني طاَيَّشل ل َّن إَف ٍءاَطَع ْنَع ، ٌبي بَح َو Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir Ibn ‘Abd Allah RA yang meriwayatkan secara marfu‘ (daripada Rasulullah SAW) berkata, “Tutuplah bekas-bekas makanan kamu, lindungilah bekas-bekas minuman kamu, tutuplah pintu-pintu, (kurunglah) suruh anak-anak kamu masuk ketika waktu malam, ini kerana jin berkeliaran (pada waktu malam) dan tutuplah jendela-jendela kamu, (berwaspadalah kamu), ini kerana ‘al-fuwaysiqah’ (tikus) mungkin akan membawa kain untuk cuba membakar rumah dan orang yang ada di dalamnya.” Ibn Juraij dan Habib turut meriwayatkan dari ‘Ata’ tambahan, “Sesungguhnya itu adalah syaitan” (al-Bukhari, no. 3316) Dari aspek signifikan gelaran fasiq terhadap tikus, al-Tahawi menyatakan dalam kitab Ahkam al-Qur’an dengan sanad dari Yazid bin Abi Na‘im, tikus dikategorikan sebagai haiwan fasiq disebabkan satu peristiwa, di mana Nabi SAW terbangun pada suatu malam dan melihat tikus sedang membawa kain untuk membakar rumah. Lalu baginda SAW telah membunuhnya dan menghalalkan tikus dibunuh di tanah haram dan halal (Abadi 1968: 162).

Istilah ‘al-fuwaysiqah’ atau ‘al-fuwaysiq’ (si kecil yang jahat) yang digelar kepada tikus juga untuk menunjukkan datangnya pada manusia membawa kemusnahan (Abadi 1968: 162) seperti merosakkan tanaman, mengotori makanan serta menyebarkan penyakit (Ibn Manzur t.th.: 3414).

[Kedua]: Kenajisan Tikus

َغ ْوَأ ة َرْأَفْلا ٍد ماَج ُرْيَغ ْوَأ ٌد ماَج َوُه َو نْمَّسلا َو تْي َّزلا ي ف ُتوُمَت ةَّباَّدلا نَع ، ي رْه ُّزلا ْنَع َرَمَأ : َّاللَّ َلوُس َر َّنَأ اَنَغَلَب : َلاَق ،اَه رْي

َح رُطَف ،اَهْن م َب ُرَق اَم ب َرَمَأَف ،ٍنْمَس ي ف ْتَتاَم ٍة َرْأَف ب

َل كُأ َّمُث "

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Zuhri tentang bangkai haiwan seperti tikus dan selainnya pada minyak makanan dan mentega tidak kira yang beku atau cair. Zuhri berkata, “Telah sampai kepada kami sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan apabila ada bangkai tikus terjatuh pada mentega, buanglah bangkai tikus (itu) dan sekeliling pada mentega yang telah terkena bangkainya lalu makanlah (selebihnya)” (al-Bukhari, no. 5539).

Jasad tikus adalah suci secara ‘ayn dan tidak najis disentuh. Jika makanan yang keras berjisim seperti mentega terkena najis atau bangkai tikus atau seumpamanya, maka perlu dibuang bahagian yang terkena sahaja. Akan tetapi, jika berbentuk cecair, maka ia tidak boleh dimakan dan perlu ditukar atau dibersihkan (Abu Dawud, no. 3842). Ini merupakan pendapat

(10)

Ibn al-‘Arabi, al-Shafi‘i, Hanafi dan jumhur ulama (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001:587). Namun, dalam hal ini terdapat khilaf (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001:410). Ibn Hazm mengatakan hal kenajisan ini hanya khusus pada tikus. Jika terkena ke dalam cecair bangkai haiwan selain tikus, maka ia tidak najis (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001:587).

Menurut perbahasan fiqh, benda najis seperti bangkai yang terkena makanan berjisim, ia masih boleh dimakan dengan syarat membuang bahagian yang telah terkena najis bangkai tersebut. Berdasarkan hadith di atas, ia tidak terhad kepada mentega sahaja, termasuk di dalamnya kek, keju dan sebagainya. Berhubung hukum air yang telah terkena najis. Jika air tersebut sedikit (kurang dari dua kolah), maka hukumnya ‘mutanajjis’ (sudah terkena najis).

Namun, kandungan air yang melebihi dua kolah, tidak berubah warna, bau dan rasa, maka air tersebut masih suci (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001: 587). Bagi cairan seperti susu, minyak goreng dan seumpama, meski sedikit atau banyak, cairan tersebut akan menjadi ‘mutanajjis’ jika terkena najis atau bangkai (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001: 408-411).

[Ketiga]: Hukum Membunuh Tikus

Terdapat pelbagai spesies tikus misalnya al-Jurad, al-Khuld, fa’rat al-Ibil, fa’rat al-Ghit, dan fa’rat al-Samak (al-Wallawi 1996: 394) dan semuanya haram dimakan. Hukum harus dibunuh juga thabit terhadap semua spesies tikus (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 204). Jumhur ulama telah bersepakat tentang bolehnya orang yang dalam ihram atau tidak untuk membunuh tikus (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 204).

Terdapat banyak riwayat sebagai dalil keharusan membunuh tikus di dalam atau luar wilayah Haram disebabkan kefasikannya (kemusnahan yang dibawanya) (Ibn Hajar al-

‘Asqalani 2006: 209). Ibrahim al-Nakha‘i mengatakan orang yang dalam ihram jika membunuh tikus akan mendapat pahala. Namun, hal ini masih menjadi khilaf (al-Wallawi 1968: 299).

Berhubung haiwan fasiq yang masih kecil, para ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh membunuhnya kecuali sudah menyakiti manusia sejak kecil atau orang yang ihram khuatir haiwan tersebut akan mengancamnya (al-Hasani t.th.: 314). Membunuh tikus kecil yang tidak mengganggu tidak dibolehkan syarak (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2006: 204).

KAEDAH BERINTERAKSI DAN TEKNIK KAWALAN TERHADAP HAIWAN FASIQ SECARA UMUM

[Pertama]: Mengenal pasti Spesies dan Sifat Haiwan Fasiq

Mengenal haiwan fasiq dan jenis seumpamanya merupakan piawaian utama. Haiwan fasiq (haiwan perosak) dikenal pasti berasaskan empat dasar utama iaitu:

1. Pertama: Haiwan yang mengganggu kesejahteraan hidup manusia (melampaui batas).

2. Kedua: Haiwan yang mengancam nyawa dan kesihatan.

3. Ketiga: Haiwan yang merosakkan harta benda (membuat kemusnahan dan kerosakan).

4. Keempat: Haiwan yang mengancam haiwan ternakan dan tanaman.

(11)

Memahami sifat-sifat haiwan fasiq, membolehkan langkah mengenal pasti, mencegah dan menangani ancaman kelompok haiwan perosak dan seumpama dapat dilakukan dengan berkesan. Ini sekali gus mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh menyebabkan kepupusan haiwan yang tidak terlibat dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekosistem.

Allah SWT telah memberikan kebebasan untuk membunuh haiwan fasiq (haiwan perosak). Namun, hak-hak haiwan perlu dipelihara. Semasa proses penyembelihan misalnya, umat Islam disuruh melakukannya jauh daripada pandangan haiwan lain dan begitu juga keadaan selepasnya. Ini bertujuan melatih manusia menghormati dan menghargai sesuatu jiwa.

Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya menunjukkan rasa timbang rasa terhadap haiwan, tidak memukul, tidak membiarkannya kelaparan, tidak melaga-lagakan haiwan sesama sendiri apatah lagi menzaliminya (Nor ‘Azzah & Munirah t.th.: 131-177).

[Kedua]: Kaedah Membunuh Haiwan Perosak

Metode terbaik berinteraksi dengan kelompok haiwan fasiq (haiwan perosak) sekali gus menghilangkan mudaratnya kepada manusia ialah dengan cara membunuh. Malah, gelaran fasiq terhadap haiwan itu sendiri telah menjadikannya harus dibunuh (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2001: 45). Hal ini berlandaskan kaedah utama fiqh al-darar yuzal, iaitu kemudaratan mesti dihapuskan (Abd. Latif & Rosmawati 2000: 174-194).

Islam menganjurkan umatnya menggunakan cara paling ihsan dalam melaksanakan pembunuhan. Cara terbaik untuk membunuh kelompok haiwan tersebut ialah dengan satu pukulan yang terus mematikan. Hal ini dikiaskan daripada cara membunuh cicak yang diajarkan Nabi SAW. Sekali gus mengelakkan haiwan tersebut terseksa menanggung kesakitan sementara menunggu pukulan kedua (al-Hasani t.th.: 58).

لاق ، َة َرْي َرُه ي بَأ ْنَع ْرَّضلا ي ف اَهَلَتَق ْنَم َو ،ًةَنَسَح اَذَك َو اَذَك ُهَلَف ،ٍةَب ْرَض ل َّوَأ ي ف ًةَغ َز َو َلَتَق ْنَم " : َّاللَّ لوسر لاق :

، ةَي ناَّثلا ةَب

َك َو اَذَك ُهَلَف ، ةَث لاَّثلا ةَب ْرَّضلا ي ف اَهَلَتَق ْن إ َو ،ىَلوُ ْلْا نوُد ل ًةَنَسَح اَذَك َو اَذَك ُهَلَف ةَي ناَّثلا نوُد ل ًةَنَسَح اَذ

"

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah RA, Rasullullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membunuh seekor cicak dengan sekali pukulan maka baginya sekian-sekian kebaikan. Dan sesiapa yang membunuhnya dengan dua pukulan maka baginya sekian-sekian kebaikan, kurang dari yang pertama tadi. Dan jika sesiapa dapat membunuhnya dengan tiga pukulan maka baginya sekian-sekian kebaikan, kurang dari yang kedua tadi” (HR Muslim, no. 5846).

Shaykh ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam turut menyebutkan membunuh dengan pukulan pertama merupakan kaedah terbaik (Abadi 1968: 174) bahkan menepati maqasid hadith Nabi SAW berikut,

ْلَتَق اَذ إَف ،ٍءْيَش لُك ىَلَع َناَسْح ْلا َبَتَك َ َّاللَّ َّن إ" :َلاَق َّي بَّنلا نَأ ، ٍس ْوَأ نْب داَّدَش ْنَع َةَلْت قْلا اوُن سْحَأَف ْمُت

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Shaddad ibn Aws RA, sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda,

(12)

“Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan ihsan kepada semua perkara. Jika kamu membunuh, maka elokkan pembunuhan kamu (dengan sifat ihsan)” (HR Muslim, no. 5055).

Mengulas cara paling tepat membunuh haiwan fasiq, harus diteliti pada kaedah Saidatina

‘A’ishah RA. Beliau menggunakan tombak (al-Nasa’i, no. 2831) dan lembing (Ibn Majah, no.

3231) untuk membunuh cicak. Ini dilakukan agar urusan pembunuhan menjadi lebih baik (al- Wallawi 1996: 7-8) sebagaimana dikiaskan dari penggunaan pisau tajam untuk menyembelih haiwan sembelihan agar tidak menyeksakan dan kurang mendatangkan kesakitan.

Kaedah paling sesuai untuk membunuh haiwan fasiq (haiwan perosak) kecil seperti tikus, cicak, kala jengking dan ular dan selainnya ialah dengan cara memukul. Cara terbaik ialah dengan satu pukulan yang terus mematikan (al-Nawawi 1969: 239).

Selanjutnya, Islam melarang membunuh haiwan dengan cara membakar, melemas, memberi makan makanan beracun atau cara lain berasaskan kekejaman. Ini berpandukan hadith riwayat Abu Hurayrah RA,

"

َّمُث ،اَه تْحَت ْن م َج رْخُأَف ه زاَهَج ب َرَمَأَف ٌةَلْمَن ُهْتَغَدَلَف ٍة َرَجَش َتْحَت ءاَي بْنَ ْلْا َن م ٌّي بَن َل َزَن َمَأ

َّلََهَف هْيَل إ ُ َّاللَّ ىَح ْوَأَف راَّنلا ب َق رْحُأَف اَه تْيَب ب َر

ًةَد حا َو ًةَلْمَن "

Maksudnya:

Seorang nabi daripada nabi-nabi telah duduk di bawah sebatang pokok, dan seekor semut betina menggigitnya, maka baginda telah memerintahkan pengikutnya supaya keluar dari (kawasan) bawah pokok tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya dibakar seluruh sarang semut tersebut dengan api, maka Allah SWT mewahyukan kepadanya: Adakah hanya kerana seekor semut betina? (al-Bukhari, no. 3319).

[Ketiga]: Kaedah Memukul dan Menyembur Racun Pada Muka Haiwan Perosak هْج َوْلا ي ف مْس َوْلا نَع َو ، هْج َوْلا ي ف ب ْرَّضلا نَع َّاللَّ ُلوُس َر ىَهَن :لاق ٍر باَج ْنَع

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir RA katanya: “Rasullullah SAW melarang memukul haiwan pada bahagian muka dan menyembur racun pada mukanya” (Muslim, no 5550).

Mengulas nas berikut, memukul haiwan pada bahagian muka adalah dilarang kerana kepala merupakan anggota tubuh yang lembut dan sensitif. Ijmak ulama turut mengharamkan semburan racun pada muka haiwan berdarah (al-adami) seperti keldai dan unta kerana menyeksa haiwan (al-Nawawi 1930: 97). Dalam riwayat lain, baginda SAW pernah melaknat orang yang meracun himar (keldai) pada wajahnya (al-Nawawi 1930: 96).

Bagi perbuatan menyembur racun pada wajah haiwan tidak berdarah (ghair al-adami) seperti semut dan kala jengking, al-Nawawi menghukum makruh perbuatan tersebut. al- Baghawi pula tetap tidak membolehkannya, dengan merujuk kepada laknat Nabi SAW yang menunjukkan pengharaman sesuatu perbuatan.

(13)

Kesimpulannya, menyembur racun pada muka haiwan berdarah (al-Adami) adalah haram.

Semburan racun yang diharuskan Islam hanya pada anggota selain daripada muka. Misalnya pada belakang badan unta dan lembu bertujuan membezakan haiwan ternakan. Ini merupakan pegangan sahabat RA dan jumhur ulama. Namun, Abu Hanifah tetap tidak membolehkannya dan menghukum makruh kerana menyeksakan haiwan (al-Nawawi 1930: 979-100).

Sebaiknya, penggunaan racun untuk menangani ancaman haiwan fasiq jenis berdarah (al-adami) perlu dielakkan. Kaedah seperti menembak dan memukul lebih berkesan terhadap kelompok tersebut. Hal ini kerana racun boleh memberi kesan buruk yang menyeksakan dengan cara meresap ke dalam saluran darah dan merosakkan organ dalaman haiwan.

Bagi haiwan tidak berdarah (ghair al-adami), menyembur racun pada bahagian selain muka adalah harus. Jika menyembur racun pada bahagian muka, hukumnya makruh (al- Nawawi 1930: 97) dan tidak sampai kepada hukum haram. Ini mengambil kira pandangan al- Nawawi dan kesulitan dalam menangani ancaman haiwan fasiq tidak berdarah (ghair al-adami) yang kecil, licik dan sukar ditentukan bahagian yang ingin di sembur racun. Membunuh dengan penggunaan racun adalah dibolehkan sekadar perlu.

[Keempat]: Kaedah Pemindahan dan Pemusnahan Habitat Haiwan Perosak

Perlu ditekankan, semua spesies tikus harus dibunuh. Namun, tikus kecil tidak boleh dibunuh sehingga cukup besar dan mampu menghadirkan mudarat pada manusia. Habitat haiwan fasiq (haiwan perosak) yang tinggal jauh daripada manusia seperti kala jengking, ular, helang dan seumpama tidak boleh dimusnahkan.

Hal ini kerana ia menjadi tempat tinggal anak-anak haiwan terbabit yang terkecuali daripada hukum haiwan fasiq. Haiwan jenis ini lebih tertumpu mencari mangsa untuk dimakan, bersifat mementingkan kawasan dan jarang mengganggu manusia melainkan diancam atau kawasannya dicerobohi.

Bagi spesies haiwan fasiq (haiwan perosak) yang tinggal di dalam atau berhampiran persekitaran manusia sehingga menghadirkan gangguan dan ancaman kepada manusia seperti tikus, gagak, anjing dan cicak. Habitat tersebut wajib dimusnahkan dan anak-anaknya perlu dibunuh atau dipindahkan daripada penempatan manusia.

[Kelima]: Kaedah Efektif Kontemporari Selaras dengan Tuntutan Syarak

Bagi haiwan fasiq yang lebih besar dan tidak mungkin mati dengan satu pukulan seperti anjing, burung gagak dan helang, metode lain adalah diharuskan seperti menembak, memasang jerat, perangkap dan penggunaan pagar elektrik harus dilakukan jika berkesan menghindarkan gangguan makhluk perosak dengan syarat tiada unsur penyeksaan dan ikhlas kerana Allah SWT (al-Nawawi 1969: 239).

Metode lain adalah harus dilaksanakan sesuai dengan kemajuan teknologi semasa.

Prinsip utama dalam interaksi dengan haiwan fasiq (haiwan perosak) mestilah dijaga, iaitu membunuh bukan sekadar suka-suka, tetapi atas dasar maslahah, ikhlas dalam perbuatan, tidak mengandungi unsur penyeksaan dan penganiayaan haiwan serta efektif.

Lebih penting daripada itu, Islam mengutuk perbuatan membunuh mana-mana haiwan tanpa keperluan. Ini dijelaskan hadith,

(14)

مَس : َلاَق ، دي رَّشلا نْب و رْمَع ْنَع ْلا َم ْوَي َّاللَّ ىَل إ َّجَع ،اًثَبَع ا ًروُفْصُع َلَتَق ْنَم" :ُلوُقَي َّاللَّ َلوُس َر ُتْع مَس : ُلوُقَي ، َدي رَّشلا ُتْع

، ةَماَي ق

ٍةَعَفْنَم ل ي نْلُتْقَي ْمَل َو ،اًثَبَع ي نَلَتَق اًن َلَُف َّن إ ، ب َر اَي : ُلوُقَي Maksudnya:

Diriwayatkan daripada ‘Amru bin al-Sharid katanya, aku mendengar al-Sharid RA berkata:

Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: “Barangsiapa membunuh burung sia-sia, maka ia akan mengadu di hadapan Allah SWT nanti dengan berkata: “Ya Allah ya tuhanku, si fulan telah membunuhku sia-sia dan bukan untuk manfaat” (HR al-Nasa’i, no 4446).

KAEDAH PENCEGAHAN PENULARAN WABAK SECARA SPESIFIK

1. Elakkan mengharung air atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika mempunyai luka.

2. Elakkan mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga disahkan selamat.

3. Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.

4. Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dahulu.

5. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.

6. Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria leptospira.

7. Sentiasa bersihkan kawasan sekeliling rumah supaya tiada air bertakung.

8. Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya kalis air.

9. Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh demikian, elakkan aktiviti- aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri bermain sewaktu musim banjir.

10. Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain. (Zainudin 2015: 62)

KESIMPULAN

Rasulullah SAW memperingatkan akan potensi ancaman yang mampu dihadirkan kelompok haiwan tertentu. Oleh itu jelas apa yang diucapkan Rasulullah SAW itu benar, tepat dan praktikal sepanjang zaman. Malahan menghilangkan kemudaratan dari segenap arah, termasuk ancaman haiwan fasiq adalah dalam ruang lingkup amar ma‘ruf, manakala menzalimi dan membunuh haiwan tanpa hak merupakan perkara nahy mungkar (Mohd Farhan 2015).

Hal ini kerana setiap yang dianjurkan Rasulullah SAW bertujuan demi kesejahteraan manusia dan menjadi kewajiban bagi kita untuk mendalami signifikan di sebaliknya. Islam bukanlah agama yang menganjurkan kekejaman dan menafikan hak haiwan untuk hidup. Islam meraikan hak dan keperluan semua pihak selagi mana ia tidak melampaui batas. Selagi mana haiwan itu hidup, Islam meraikan kewujudannya. Begitu juga ketika mahu dicabut nyawanya, Islam mengajarkan cara paling ihsan untuk melakukannya. Hal ini perlu difahami dengan baik untuk mengelakkan sebarang bentuk salah faham terhadap Islam.

(15)

RUJUKAN

Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abu al-Tayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azim Abadi. 1968. ‘Awn al-Ma‘bud Sharh Sunan Abu Dawud. Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiah.

Abu Dawud Sulayman ibn al-Ashath al-Sajistani. 1988. Sunan Abu Dawud. Riyad: al- Maktabah al-Ma‘arif lil Nashr wa al-Tawzi’.

al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Isma‘il. 2000. al-Jami’ al-musnad min hadith Rasul Allah wa sunanih wa ayyamih. Dlm. al-Shaykh, Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz.

Mawsu’at al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam li Nashr wa al- Tauzi‘.

Brown, Keith. 2007. Oxford Student’s Dictionary of English. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Brown, P.R., Tuan, N.P. & Singleton, G.R. 2005. Population dynamics of rattus argentiventer, Rattus losea and rattus rattus inhabiting a mixed-farming system in the Red River Delta, Vietnam. Population Ecology.

al-Hasani. Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. t.th. Mukammil Ikmal al-Ikmal Sharh Sahih Muslim. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Hajar al-‘Asqalani. 2006. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Terj. Amiruddin. Jakarta:

Pustaka Azzam Penerbit Buku Islam Rahmatan.

Ibn Manzur. 2003. Lisan al-‘Arab. al-Qahirah: Dar al-Hadith.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=haiwan+perosak [20 September 2013].

Mohd Farhan Md Ariffin. 201). Analisis Hadith mengenai haiwan fasiq dalam al-Kutub al- Sittah: Kajian terhadap persepsi masyarakat Melayu di daerah pengkalan hulu, Perak.

Disertasi Sarjana, Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

al-Mubarakfuri, Muhammad ‘Abd al-Rahman ibn ‘Abd al-Rahim. t.th. Tuhfah al-Ahwadhi bi Sharh Jami’ al-Tirmidhi. t.tp.: Dar al-Fikr lil Taba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi’.

Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi. 2000. Sahih Muslim. Dlm. Mawsu‘at al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin ‘Abd al-Aziz Al al-Shaykh, Riyadh: Dar al- Salam li Nashr wa al-Tawzi’.

al-Nasa’i, Abu ‘Abd Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn ‘Ali. 1988. Sunan al-Nasa’i. Riyad:

Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘.

al-Nawawi, Yahya ibn Sharf. 1930. al-Minhaj Sharh Sahih Muslim. Misr: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

al-Qazwini, Ibn Majah. 1986. Sunan Ibn Majah. Riyad: Maktabah al-Ma ‘arif lil Nashr wa al- Tawzi’.

al-Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr. 2006. al-Jami’ li Ahkam al- Qur’an, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

al-Tirmidhi, Abu ‘Abd Allah Abu ‘Isa. 1996. Sunan al-Tirmidhi. Riyad: Maktabah al-Ma’arif li Nashr wa al-Tawzi’.

al-Wallaw, ‘Ali ibn Adam ibn Musa al-Ityubi. 1996. Sharh Sunan al-Nasa’i al-Musamma

(16)

Dakhirah al-‘Uqba fi Sharh al-Mujtaba. Riyadh: Dar al-Mi’raj al-Dawliah lil Nashr.

Zainudin Abdul Wahab. 2015. Epidemilogy and current situation of leptospirosis in Malaysia, Kertas kerja Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan. Wilayah Persekutuan Labuan, 8-9 September.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Haiwan perosak tikus yang selalu dikaitkan dengan bangunan dan perumahan merupakan masalah berkurun-kurun tanpa penyelesaian. Terangkan jenis-jenis spesies yang

2.5 Perawi Hadith-Hadith Haiwan Fasiq Dalam al-Kutub al-Sittah 2.6 Taraf Hadith-Hadith Haiwan Fasiq Dalam al-Kutub al-Sittah 2.7 Pendekatan Dan Interaksi Terhadap Haiwan

Burung gagak dan anjing liar adalah haiwan fasiq (haiwan perosak) yang dibenci. Kedua spesies haiwan perosak ini tinggal berdekatan kawasan berpenduduk. Gagak ialah

Dari hasil penelitian, pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 30 buah hadith yang terdiri daripada hadith-hadith yang menjelaskan kelompok haiwan fasiq (haiwan

Bagi memahami pengaruh latar belakang responden dengan pemilihan jawapan bagi soalan 15 bahagian D, pengkaji turut menyatakan hubungan taraf pendidikan dengan persepsi

Antara kelangsungan penyelidikan yang sesuai dijalankan selepas daripada ini adalah analisis perbandingan antara haiwan fasiq menurut hadith Nabi SAW dengan spesies haiwan

Daripada jenis haiwan fasiq (haiwan perosak) yang anda ketahui, apakah takrifan haiwan fasiq (haiwan perosak) yang paling tepat menurut anda?. Haiwan yang suka

Penulis juga telah memilih sebuah kitab lain iaitu kitab Jam‘ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id yang mana turut mengandungi hadith-hadith sepertimana yang