• Tiada Hasil Ditemukan

KOLOKIUM SISWAZAH KITA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KOLOKIUM SISWAZAH KITA "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

KOLOKIUM SISWAZAH KITA

Pembentangan Deraf Akhir

Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

Norfadhlina Md Noor (P93196)

26 Oktober 2021 (2.00 ptg. – 4.00 ptg)

Melalui platform atas talian:

Microsoft Teams

http://shorturl.at/cuK89

(2)

Kolokium Siswazah KITA | 2021

Y O U R L O G O | Page 2

ABSTRAK

Nama: NORFADHLINA MD NOOR

No. Pelajar: P93196

Program: Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

Penyelia: Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee & Dr Shazlin Amir Hamzah Tahap pembentangan: Deraf Akhir

Tajuk: Pembingkaian Agama dalam Akhbar Atas Talian di Malaysia

Kajian ini membincangkan kepentingan penggunaan bingkai agama Islam yang tepat oleh akhbar apabila melaporkan berita berkaitan Islam agar tidak menimbulkan salah faham dan ketegangan dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama. Berdasarkan kupasan konsep agama dari perspektif sosiologi barat yang telah disesuaikan dengan perspektif Islam, empat bingkai agama Islam telah dikenalpasti iaitu; (i) ibadah; (ii) syariat Islam; (iii) politikal Islam, dan; (iv) ad-deen atau kesyumulan. Bingkai (i) dan (ii) adalah bingkai agama dalam kategori konservatif yang merupakan bingkai masyarakat mundur, manakala bingkai (iii) dan (iv) adalah bingkai agama dalam kategori progresif yang merupakan bingkai masyarakat maju. Bingkai agama dalam kerangka utama masyarakat di Malaysia dilihat telah berubah daripada bingkai agama konservatif kepada progresif, seiring dengan projek modenisasi dan pembangunan yang telah membawa kepada status negara sedang membangun. Perubahan yang sama turut berlaku dalam penggunaan bingkai agama oleh akhbar. Bingkai agama ini telah dilihat menyumbang kepada keharmonian, kestabilan, dan keamanan masyarakat. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini terdapat pula sesetengah akhbar yang tidak lagi menggunakan bingkai agama progresif dalam melaporkan berita berkaitan Islam. Mengambil kira permasalahan ini, kaedah analisis isi kandungan secara kualitatif terhadap akhbar atas talian iaitu Utusan Malaysia (UM), Harakah Daily (HD), New Straits Times (NST), Free Malaysia Today (FMT) dan Malaysiakini (MK) dijalankan untuk memahami situasi yang sedang berlaku dalam negara, masyarakat, dan organisasi media itu sendiri sehingga menyebabkan berlakunya perubahan pola bingkai agama dalam akhbar. Konsep agama, konsep bingkai, teori modenisasi, dah teori pembingkaian media akan menjelaskan punca permasalahan ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa semua akhbar cenderung menggunakan bingkai agama politikal Islam. Namun, hanya akhbar UM dan HD dilihat telah menggunakan bingkai politikal Islam yang terperangkap dalam kategori konservatif. Perbezaan bingkai agama parti politik dan kumpulan sasaran akhbar yang disebabkan oleh perubahan negara menjadi faktor pengaruh terhadap pola penggunaan bingkai agama oleh akhbar. Kajian ini menunjukkan kefahaman tentang pelbagai jenis bingkai agama boleh dijadikan asas pelaporan berita supaya bingkai agama progresif sentiasa diangkat untuk menjadikan negara ini harmoni, stabil dan berterus maju. Jelas penggunaan bingkai agama konservatif akan menjadikan negara mundur serta rakyat kepebagaian di Malaysia dipisahkan oleh tafsiran agama yang sempit.

Kata kunci: bingkai agama, akhbar, masyarakat, parti politik, keharmonian.

(3)

Kolokium Siswazah KITA | 2021

Y O U R L O G O | Page 3

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pengulas / Reviewer

PROF. MADYA DR. SABARIAH BINTI MOHAMED SALLEH Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Urusetia / Committee

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof, Cik Najatulmuna Hamdan, Pn. Suhana Bahtiar, En. Mohd

Norakmar Mohd Nordin & Cik Mary Elleh Gidah.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

i.) mengenalpasti bingkai generik dan sub- bingkai yang menjadi pilihan utama untuk penulisan berita oleh wartawan yang tergolong dalam kumpulan belia di akhbar

Kajian ini telah membincangkan berkenaan dengan pendidikan yang diterapkan oleh Islam dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, namun tidak terdapat

Selain itu, ilmu-ilmu lain yang harus dikuasai menurut al-Qaradawi (2009) ialah ilmu tasawuf atau akhlak, ilmu yang ditulis oleh ahli falsafah Islam dalam bidang akidah,

Oleh yang demikian, hikmah; salah satu item manhaj rabbaniyyah ini perlu dihayati agar timbal balik proses menyampaikan mesej Islam itu tidak dicemari dengan dogma yang tidak

Kolokium ini memberi peluang kepada para siswazah dalam Pengajian Islam untuk membentang tinjauan literatur dan hasil penyelidikan mereka.. Selain itu, Kolokium ini juga

Ekonomi Rentas Sempadan: Kajian Mengenai Kelangsungan Ekonomi Informal Di Pulau Sebatik,

Dalam konteks ini, tujuan kajian adalah untuk melihat pembingkaian berita etnik sama ada wujud perbezaan atau persamaan bingkai berita etnik yang disiarkan dalam akhbar-akhbar

Berpandukan perspektif pembingkaian, kajian ini melihat pembingkaian berita pilihan raya legislatif Aceh 2014 dengan mengenal pasti penggunaan jenis bingkai ( iaitu: konflik,