• Tiada Hasil Ditemukan

HGM 343 - GEOGRAFI PERINDUSTRIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HGM 343 - GEOGRAFI PERINDUSTRIAN "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HGM 343 - GEOGRAFI PERINDUSTRIAN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

...2/-

(2)

[HGM 343]

- 2 -

1 Bincangkan persamaan dan perbezaan utama fokus kajian geografi perindustrian di negara perindustrian maju dengan negara membangun yang lebih maju sejak pertengahan 1980an.

[25 markah]

2. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bezakan dua sistem mod pengeluaran utama dalam industri pembuatan dari sudut ciri-ciri penggunaan sumber manusia dan teknologi.

[25 markah]

3. Menurut Peter Dicken (2003), sejak awal 1970an eksport barangan pembuatan daripada negara membangun secara keseluruhannya berkembang dua kali ganda kadar eksport bahan mentah dan ini menjadi sumber penting pertumbuhan ekonomi negara-negara yang terbabit.

Bincangkan pernyataan di atas dalam kontek Malaysia dengan merujuk kepada kebaikan dan kelemahan strategi perindustrian yang bergantung kepada eksport barangan pembuatan ke beberapa negara tertentu.

[25 markah]

4. Pola pelaburan terus asing dalam sektor elektronik telah berubah sejak kemunculan China dalam landskap perindustrian global.

Bincangkan faktor China ini dalam strategi Malaysia untuk memastikan lokasi pengeluaran di negara ini terus berdaya saing dan berupaya menarik pelaburan terus asing dalam industri elektronik.

[25 markah]

5. Bincangkan sejauhmana anda bersetuju kepada pendapat bahawa globalisasi aktiviti pembuatan tidak menghasilkan pembangunan perindustrian yang lebih merata, malah ia mengukuhkan lagi pemusatan pada skala global dan nasional.

[25 markah]

…3/-

(3)

[HGM 343]

- 3 -

6. Merujuk kepada contoh-contoh tertentu dalam industri eletronik atau tekstil/pakaian, huraikan dua jenis rantaian global yang berperanan dalam kerangka konseptualisasi jaringan pengeluaran global industri pembuatan.

[25 markah]

7. Sejauhmanakah anda bersetuju kepada pendapat bahawa Pelan Induk Perindustrian Pertama telah berjaya mengaitkan Malaysia dengan rangkaian pengeluaran global produk elektronik dan separa konduktor?

[25 markah]

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Merujuk kepada contoh-contoh di Malaysia bincangkan implikasi dari segi pertumbuhan industri jika terdapat firma yang sejenis dan firma pelengkap dalam suatu kawasan

2. Dengan merujuk kepada media di Malaysia, bincangkan pengaruh politik dan ekonomi ke atas media. Apakah yang perlu berubah untuk wujudnya satu sistem media yang

Dengan merujuk kepada pendapat di atas, bincangkan sejauh manakah Ibsen berjaya mengkritik pernyataan di atas dengan memaparkan watak-watak wanita yang kompleks serta perhubungan

[b] Merujuk kepada pembangunan di Malaysia, bincangkan sebab-sebab utama wujudnya taburan pembangurum yang tidak sekata mengikut ruang... - 2-

Merujuk kepada fenomena aktiviti pertanian di kawasan skim pengairan Malaysia, bincangkan sumbangan geografi manusia dalam memahami fenomena tersebut5. Merujuk kepada pertindanan

Bincangkan cabaran-cabaran utama bagi sektor perkhidmatan di Malaysia dengan memberi tumpuan khas kepada perkembangan-perkembangan semasa dalam arena perdagangan antarabangsa

Kehadiran tema sumbang mahram di dalam kesusasteraan Timur dan Barat memperlihatkan bahawa tema ini adalah universal.Teori yang popular digunakan bagi menjelaskan tema ini

Dengan merujuk kepada beberapa contoh simbol yang penting yang terdapat dalam Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham atau dalam karya-karya kerohanian yang lain, bincangkan peranan