• Tiada Hasil Ditemukan

HGF 224 - IKLIM DAN CUACA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HGF 224 - IKLIM DAN CUACA "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007

Oktober/November 2006

HGF 224 - IKLIM DAN CUACA

Masa: 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Jawab DUA soalan dari setiap Bahagian A dan B.

…2/-

(2)

[HGF 224]

- 2 -

Bahagian A

1. Berdasarkan Sistem Bumi-Atmosfera, bincangkan bagaimana sistem tersebut mencapai keseimbangan taburan tenaga melalui transformasi dan pemindahan tenaga.

[25 markah]

2. Huraikan kejadian fenomena tompok matahari dan bincangkan kesannya terhadap bumi.

[25 markah]

3. Manusia perlu memaksimumkan eksploitasi sumber iklim disamping meminimumkan kesan bencana iklim. Bincangkan.

[25 markah]

4. Peperangan nuklear secara besar-besaran akan menimbulkan fenomena “Musim Dingin Nuklear”. Bincangkan.

[25 markah]

Bahagian B

5. [a] Apakah tekanan udara?

[5 markah]

[b] Jelaskan pertalian tekanan udara dengan suhu secara menegak.

[10 markah]

[c] Jelaskan jenis variasi dalam tekanan udara dan bagaimanakah gelombang bunyi boleh mempengaruhi perubahan tekanan udara?

[10 markah]

…3/-

(3)

[HGF 224]

- 3 -

6. [a] Apakah Proses Adiabatik?

[5 markah]

[b] Huraikan jenis-jenis kestabilan udara berdasarkan kadar tukaran suhu.

[10 markah]

[c] Huraikan proses perkembangan dan pembentukan awan dari awal pagi hingga petang di Malaysia berdasarkan perubahan kadar tukaran udara di atas.

[10 markah]

7. [a] Huraikan perbezaan antara siklon gelombang dengan siklon tropika.

[10 markah]

[b] Huraikan pembentukan siklon tropika yang menyebabkan ia ganas.

[15 markah]

8. [a] Huraikan keadaan-keadaan yang sesuai untuk lembapan lapisan udara tertumpu di permukaan dan tercapah di lapisan atas atmosfera?

[10 markah]

[b] Huraikan pertalian antara penumpuan dan pencapahan udara ini dengan kestabilan udara dan pembentukan fenomena cuaca.

[15 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[b] Berpandukan terjemahan di atas huraikan perbezaan antara struktur frasa dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris untuk setiap ayat tersebut..

[b] Jelaskan sebab-sebab berlakunya fenomena “Kubah Habuk” di bandar dan huraikan bagaimana fenomena tersebut dapat mempengaruhi unsur-unsur iklim yang lain. “Rumah Tradisi

Merujuk kepada kitaran hidrologi, bincangkan setiap unsur dalam kitaran sebagai sistem dan bagaimana setiap unsur merupakan bentuk tenaga yang berupaya berubah ke

[c] Huraikan ciri setiap Alam dan kumpulan organisma dalam sistem pengelasan di atas.

[b] Berdasarkan corak suhu dan hujan sebuah Bandar X di Jadual 1 kenalpasti jenis iklim berdasarkan Sistem Pengkelasan lklim Koeppen dan secara ringkas

Huraikan teori-teori awal tentang masyarakat dan nilaikan pengaruhnya ke atas penghasilan dan perkembangan teori-teori komunikasi.. Kajian komunikasi bukanlah hanya untuk

di bawah kadar tukaran boleh ubah dan kadar tukaran tetap. bagaimanakah perubahan permintaan dan penawaran mempengaruhi kadar perhrkaran boleh ubah.. ftranduan: tunjukkan

Huraikan tumbuh- tumbuhan semulajadi serta bagaimana penduduk di kawasan Khatulistiwa menjalankan sara hidup dalam suasana jenis iklim Hutan Hujan Tropika (Af).