• Tiada Hasil Ditemukan

RANTAU ASIA PASIFIK TINGKAT KAPASITI PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "RANTAU ASIA PASIFIK TINGKAT KAPASITI PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI USM"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 9457k

USM PULAU PINANG, 15 April 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima mesin NMR700 MHz yang merupakan pembelian unik bersama untuk kali pertamanya antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan USM dari Bruker Corporation yang bernilai 7.8 juta ringgit.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, mesin canggih ini merupakan unit pertama di rantau Asia Pasifik yang akan ditempatkan di Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM) Bukit Gambir Pulau Pinang.

“Keupayaan mesin ini berbanding mesin sedia ada ialah kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan tidak memerlukan penambahan gas Helium dan Nitogen seperti unit sebelum ini, operasi yang lebih senyap melalui ‘integrated sound insulation’ dan ia lebih tahan lasak dan jangka hayat magnetnya lebih lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan mesin ini dan melawat makmal IPHARM.

Tambahnya, perancangan masa hadapan untuk USM dengan adanya mesin ini ialah untuk menyokong usaha penyelidikan lebih maju dan berimpak tinggi, menyokong industri dan kerjasama dengan Bruker Corporation untuk menjadikan Unit NMR USM-IPHARM sebagai pusat latihan dan rujukan NMR di rantau ini.

IMG 9440h

“Dengan adanya teknologi ini, penemuan ujikaji akan mempunyai nilai tinggi dan tidak akan disoal kerana ianya mempunyai impak tinggi dari aspek ketetapan dan kejituan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Dr. Teh Chin Hoe yang bertanggungjawab mengendalikan mesin ini berkata, NMR700 MHz ini mengaplikasikan teknologi paling terkini bagi NMR spektroskopi yang boleh digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu meliputi Biologi, Kimia, Perubatan, Farmaseutikal dan juga industri-industri lain yang berkaitan.

“Di antara bidang kajian yang memerlukan penggunaan teknologi NMR700 adalah penentuan struktur bagi molekul kecil (kebiasaannya digunakan dalam industri farmaseutikal) dan makromolekul seperti protein, DNA dan oligosakarida, mengenalpasti interaksi molekul kecil dan protein dan mengenalpasti (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM TERIMA MESIN NMR700MHz PERTAMA DI

RANTAU ASIA PASIFIK TINGKAT KAPASITI PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI USM

15 APR

(2)

fenotip metabolik,” jelasnya.

USM sudah mempunyai 5 mesin seumpama ini yang berkapasiti rendah dan pembelian kali ini menjadikan jumlah keseluruhannya yang ke-6 dan yang paling canggih antara semua.

nmrb

Penubuhan Majlis Pentadbiran bagi mengawal selia operasi alatan terdiri daripada keahlian majlis daripada 4 orang wakil dari USM dan 3 orang wakil dari Kerajaan Malaysia (MOSTI) dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato’ Dr.

Muhamad Jantan.

Majlis penyerahan mesin ini berlangsung di IPHARM dan dihadiri 50 orang dari USM, IPHARM dan MOSTI.

Untuk tontotan Buletin USM

( (https://www.youtube.com/watch?

v=hEBMTaUtxCo)https://www.youtube.com/watch?v=hEBMTaUtxCo)

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 26 April 2016 – Sejajar usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dalam merealisasikan Universiti Global melalui Penerbitan Penyelidikan Universiti

USM, PULAU PINANG, 22 Mac 2016 - Program Pakat Mai Aman Damai (PAMAD 2016) anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPAD) Universiti Sains Malaysia (USM) kali ini

USM, PULAU PINANG, 21 Julai 2016 – Penjajaran aspek sumber manusia dalam mengoptimumkan bakat di Universiti Sains Malaysia (USM) adalah antara inisiatif yang

PULAU PINANG, 27 Januari 2016 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan daripada 21 orang ahli MPP Universiti Sultan

USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menjemput para pelajar yang menjalankan projek tahun akhir,

USM, PULAU PINANG, 17 April 2016 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan kuliah pengajian Islam dalam bahasa Tamil secara berterusan pada hari Ahad minggu

PULAU PINANG, 20 Disember 2016 – Rasydan Muhamad, calon Sarjana Sastera dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima geran

USM, PULAU PINANG, 17 April 2016 – Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menganjurkan Festival ‘Research & Innovation Towards Integration and