• Tiada Hasil Ditemukan

TINGKATKAN NILAI MORAL UNTUK MASA HADAPAN NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "TINGKATKAN NILAI MORAL UNTUK MASA HADAPAN NEGARA"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

Kubang Kerian,  24 Ogos 2016 - Nilai moral yang makin merudum menyebabkan sukar untuk masyarakat mengurangkan kadar jenayah yang stagnan sejak 10 tahun ke belakang.

Pakar psikologi dan kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Geshina Ayu Mat Saat berkata,  masyarakat perlu ditekankan dengan pendidikan moral secara holistik bukan hanya tertumpu kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa dan keluarga.

"Ini adalah kerana anak-anak akan keliru dengan tingkahlaku ibu bapa dan keluarga mahu pun anggota masyarakat lain apabila tindakannya tidak selari dengan amalan yang ada seperti mana yang dipelajarinya apatah lagi dalam kalangan ibu bapa dan keluarga terdekat," katanya.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

TINGKATKAN NILAI MORAL UNTUK MASA HADAPAN NEGARA

25 AUG

(2)

Jelasnya banyak kajian yang dilakukan yang menunjukkan masalah kejatuhan nilai moral masyarakat yang membawa kepada pelbagai perlakuan jenayah dalam kalangan masyarakat yang bermula dengan kekeliruan seperti ini.

Beliau juga menzahirkan kebimbangan terhadap nilai integriti dan moral yang dialami masyarakat negara ini yang hampir di ambang menjadi sebuah negara maju kerana jika tidak ditangani akan menjadi suatu penyakit kepada negara.

Tambahnya,  negara Jepun misalnya mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai moral secara formal sehingga usia 8 tahun dalam memastikan mereka bersiplin dan mengukuhkan norma yang dipegangnya.

Geshina juga meminta  anggota masyarakat membuat aduan kepada pihak berkuasa terhadap keganasan dan jenayah yang berlaku serta tidak mudah menarik balik tuduhan mereka yang menyebabkan seseorang pelaku jenayah sering terlepas daripada dikenakan tuduhan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Apabila laporan yang dibuat ditarik balik oleh pengadu menyebabkan kes jenayah ini tutup dan penjenayah masih bebas melakukan jenayah,"katanya yang ditemui di sini.

Satu lagi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara ialah radikalisme.

"Untuk menjadi sebuah negara sejahtera dan selamat, radikalisme juga perlu diubati punca yang menyebabkan keganasan, jenayah dan perkara berkaitan serta perlu diselidik puncanya dengan terperinci," tambahnya.

Jelasnya  lagi, isu keganasan ini adalah sesuatu yang kompleks dan perlu dikaji secara holistik untuk memperoleh masa depan negara yang lebih aman damai dan mempunyai nilai moral yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Dzulfikar Azmi Muhamad Aripin@Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

(3)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil kajian mendapati bahawa seni silat yang berdiri sebagai warisan budaya telah mendidik seseorang anggota masyarakat tentang nilai moral dalam kehidupan

Dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa yang kurang memberi ruang kepada remaja untuk menyuarakan isu moral yang dihadapi atau yang dilihat sebagai dilema

apa yang dilakukan oleh long chik menggambarkan segala peristiwa yang dialami sesuai dengan pendekatan moral yang menyerlahkan pelbagai perlakuan positif dan

Namun di negara yang majoriti Muslim, iklan telah menjadi satu masalah kerana tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam yang boleh membawa kepada kerosakan mental

Beliau menyarankan agar teknologi pintar dimanfaatkan sepenuhnya dalam setiap perancangan dan usaha yang dibuat, memperkasakan proses pendidikan yang mampu melahirkan

Kajian ini juga bertujuan untuk menilai kepentingan nilai-nilai moral yang ditetapkan yang dicerminkan melalui ciri-ciri peribadi pelajar selain untuk mencari tanggapan

h;r la dengan rakyat tuan rumah adalah satu f aktor 'positive correlation' yang penting, iaitu semakin erat perhubungan, semakin rendah darjat tekanan

Masyarakat kita hari ini sudah sedar akan nilai scsebuah kehidupan. Kesihatan yang baik rnerupakan satu tanda kepada kehldupan yang bahagia dan hannoni. Pelbagai usaha