• Tiada Hasil Ditemukan

USM UA PERTAMA MALAYSIA RINTIS PROGRAM CO- TUTELLE PhD BERSAMA UNIVERSITE DE LORRAINE (UL) PERANCIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM UA PERTAMA MALAYSIA RINTIS PROGRAM CO- TUTELLE PhD BERSAMA UNIVERSITE DE LORRAINE (UL) PERANCIS"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

USM, PULAU PINANG, 9 Oktober 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi perintis kepada Program Co-Tutelle PhD di antara Universiti Awam (UA) di Malaysia bersama Universite De Lorraine (UL) Perancis sejak tahun 1999 dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) rasmi pada tahun 2002 melalui Pusat Pengajian Sains Kimia.

Dekannya, Profesor Dr. Afidah Abdul Rahim berkata, kerjasama akademik ini melibatkan juga usaha penyelidikan yang dijalankan mengikut jadual yang dipersetujui bersama serta satu sesi Viva di USM atau di UL.

Afidah merupakan calon pertama yang bergraduasi pada awal tahun 2006.

Sehingga kini enam orang calon telah bergraduasi dengan empat daripada mereka adalah pensyarah USM iaitu Profesor Dr. Afidah Abdul Rahim, Dr. Noor Hana Hanif Abu Bakar, Dr. Mohd Hazwan Hussin masing-masing dari Pusat Pengajian Sains Kimia dan Dr. Tuti Katrina Abdullah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM UA PERTAMA MALAYSIA RINTIS PROGRAM CO- TUTELLE PhD BERSAMA UNIVERSITE DE LORRAINE (UL) PERANCIS

10 OCT

(2)

Menurut Afidah, program ini memberi banyak faedah kepada kedua-dua buah universiti seperti penjimatan kos kerana mendapat pembiayaan dari pihak Kedutaan Perancis, penerbitan bersama dalam jurnal berimpak tinggi, latihan, pendedahan penyelidikan berkualiti kepada pelajar, pembangunan bakat masa hadapan, kolaborasi yang berterusan serta pertukaran ilmu yang berkaitan teknologi terkini.

“Program Co-Tutelle ini akan diteruskan dengan melibatkan calon pelajar dari pusat pengajian lain di USM seperti Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa yang dijangka menghantar calon pelajar ke UL,” jelas Afidah.

Co-Tutelle ialah pengajian peringkat kedoktoran yang melibatkan penyeliaan bersama oleh penyelia dari kedua-dua universiti yang terlibat dan graduan akan dianugerahkan dua ijazah berasingan dari kedua-dua universiti berkenaan.

Tambah Afidah, program ini berjaya kerana salah satu keunikan di UL adalah mereka tidak akan melepaskan calon pelajar begitu sahaja sebaliknya membantu pelajar tersebut dalam pengembangan karier sehinggalah mendapat pekerjaan kerana latihan yang diberikan UL adalah yang terbaik.

Teks & Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah/Mazlan Hanafi Basharuddin

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bermula pada tahun 1999 FSFG bersama 4 fakulti lain telah bergabung menjadi Fakulti Sains dan Teknologi dan beliau telah ditempatkan di Program Sains Bahan, Pusat Pengajian

5.2.3 Mencetak Borang A: Penilaian Penyelia Luar Ke atas Prestasi Pelajar (akan diemelkan) seminggu sebelum menjalani Latihan Amali/Industri) untuk diberi kepada

Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik itu menjelaskan, terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam KASUS 2016 iaitu kategori pusat pengajian yang

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 – Pelajar Iran yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Pantea, 34, gembira memilih

USM, PULAU PINANG, 23 November 2016 – Program ‘BeYOUtiful 2016’ anjuran pelajar tahun akhir pelajar komunikasi pemujukan dari Pusat Pengajian Komunikasi Universiti

PULAU PINANG, 19 Januari 2016 - Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditawarkan melalui Pusat Pengajian Teknologi Industri Malaysia

The  Dean,  Professor  Dr.  Afidah  Abdul  Rahim  said  that,  the  academic  collaboration  included 

PULAU PINANG, Ogos 2017 - Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM)