• Tiada Hasil Ditemukan

MENGKAJI SENIBINA ISTANA SINGGAH RAJA REMAN YANG MERUPAKAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MENGKAJI SENIBINA ISTANA SINGGAH RAJA REMAN YANG MERUPAKAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA"

Copied!
63
0
0

Tekspenuh

(1)FYP FTKW. MENGKAJI SENIBINA ISTANA SINGGAH RAJA REMAN YANG MERUPAKAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA. MOHAMAD HAZIM AZARI BIN ABD MALEK. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN. 2021 1.

(2) FYP FTKW MENGKAJI SENIBINA ISTANA SINGGAH RAJA REMAN YANG MERUPAKAN WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA. DISEDIAKAN OLEH MOHAMAD HAZIM AZARI BIN ABD MALEK. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2021. 2.

(3) Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnia-Nya serta dengan keizinan- Nya dapat saya selesaikan projek penyelidikan saya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia projek penyelidikan saya iaitu En Sahrudin Bin Mohamed Som atas segala nasihat, bimbingan serta sokongan yang diberikan sepanjang menjalankan kajian ini. Beliau juga banyak memberikan pandangan dan pembetulan terhadap kajian yang telah saya laksanakan. Selain itu, ucapan setinggi perhargaan turut saya berikan kepada waris Raja Reman yang sudi ditemubual serta membenarkan saya menjalankan kajian di Istana Singgah Raja Reman yang merupakan rumah mereka ketika ini. Disamping itu juga, saya ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa saya yang dikasihi serta adik beradik saya kerana menjadi pembakar semangat dalam menyempurnakan tugasan projek penyelidikan ini. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu sampai ke tahap ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang sentiasa membantu serta memberi idea dan semangat apabila saya menghadapi kesukaran dalam perlaksanaan kajian ini. Semoga dengan segala bantuan dan kerjasama yang diberikan akan Allah membalasnya. Hanya titipan doa yang mampu saya berikan, semoga Allah sentiasa melapangkan segala kesulitan buat kalian.. 3. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(4) Projek Penyelidikan ini bertajuk “Mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Kajian ini merupakan satu kajian mengenai senibina banggunan warisan dimana banggunan ini mempunyai nilai sejarah yang penting yang perlu dipelihara. Istana Singgah Raja Reman ini merupakan tempat persinggahan yang dibina semasa permerintahan Kerajaan Reman. Istana Singgah ini dibina sebagai tempat beristirehat semasa lawatan dijalankan oleh Raja Reman ke beberapa daerah jajahannya antaranya daerah Yala, Hulu Perak, dan Ulu Kelantan pada akhir 1810 sehingga awal 1900. Istana Singgah Raja Reman ini berlokasi di Kampung Selarong Pengkalan Hulu, Perak. Pengkaji memilih Istana Singgah Raja Reman adalah kerana kebanyakan masyarakat tidak mengetahui mengenai kewujudan Istana Singgah Raja Reman ini, kurangnya kesedaran dalam masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia dan pandangan masyarakat terhadap keunikan senibina banggunan bersejarah masih di tahap yang sangat rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman, mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman dan penyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman. Kaedah temubual, pemerhatian dan kajian kepustakaan digunakan dalam mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir.. 4. FYP FTKW. ABSTRAK.

(5) This research project title is "Mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipeluhara". This study is a study on the architecture of heritage buildings where these buildings have important historical value that needs to be preserved. Istana Singgah Raja Reman is a stopover place built during the reign of the Reman Kingdom. Istana Singgah was built as a resting place during a visit conducted by Raja Reman to several districts including Yala, Hulu Perak, and Ulu Kelantan in the late 1810 to early 1900. Istana Singgah Raja Reman is located in Kampung Selarong Pengkalan Hulu, Perak. Researchers chose Istana Singgah Raja Reman because most people do not know about the existence of Istana Singgah Raja Reman, lack of awareness in the community on the preservation and conservation of heritage buildings in Malaysia and community views on the uniqueness of historic building architecture is still very low. The objective of this study is to find out the architectural features of Istana Singgah Raja Reman, identify the level of preservation of Istana Singgah Raja Reman and investigate issues and challenges in the conservation of Istana Singgah Raja Reman. The methods of interviews, observations and literature review are used in obtaining data as well as completing this research process from the beginning to the end.. 5. FYP FTKW. ABSTRACT.

(6) FYP FTKW. ISI KANDUNGAN KANDUNGAN. MUKA SURAT. PENGHARGAAN. 3. ABSTRAK. 4. ABSTRACT. 5. ISI KANDUNGAN. 6. BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar belakang kajian 1.3 Permasalahan kajian 1.4 Objektif kajian 1.5 Persoalan kajian 1.6 Kepentingan kajian 1.6.1 individu 1.6.2 masyarakat 1.6.3 ekonomi 1.6.4 institusi 1.7 Skop kajian 1.8 Batasan kajian 1.9 Definisi termidologi 1.9.1 Istana singgah 1.9.2 Pemuliharaan 1.10 Penutup. 8 10 11-12 13 13 13-15. 16-17 17-18 19. 20. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 2.2 Senibina 2.2.1 2.2.2 2.3 Pemuliharaan 2.3.1 2.3.2 2.3.3. 21 21-23 Senibina awal Senibina melayu 23-27. Prinsip pemuliharaan Pendekatan dalam pemuliharaan Kerosakan banggunan semasa kerja penyelenggaraan. 2.3.4 Penyelenggaraan banggunan 2.3.5 Peranan pihak berkuasa tempatan 2.3.6 Kepentingan pemuliharaan. 2.4 Rumusan. 27-28. 6.

(7) FYP FTKW. BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk kajian 3.2.1 Kajian terdahulu 3.2.2 Pemerhatian 3.2.3 Temubual 3.2.4 Catatan 3.2.5 Rakaman foto 3.3 Prosedur pengumpulan data 3.4 Penutup. 29 30-32. 32 33. BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Ciri-ciri senibina Istana Singgah Raja Reman 4.2.1 Struktur binaan 4.2.2 Susun atur ruang 4.2.3 Bumbung 4.2.4 Dinding 4.2.5 Ukiran 4.3 Tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman 4.1.1 Rekabentuk I. Susun atur ruang II. Tingkap III. Tangga IV. Alang dan tiang V. Orentasi bangunan 4.1.2 bahan binaan 4.4 Isu & cabaran dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman 4.4.1 Masalah dokumentasi 4.4.2 Kos dan peruntukan 4.4.3 Kesukaran mendapatkan barang ganti 4.5 Penutup. 34&35 35-41. 42-50. 50-53. 53. BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 5.2 Dapatan kajian 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.3 Rumusan 5.4 Cadangan 5.5 Penutup RUJUKAN. 54 54-56 Analisis objektif satu Analisis onjektif dua Analisis objektif tiga 57 57-58 59 60-63 7.

(8) FYP FTKW. BAB 1. PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan. Pemuliharaan banggunan bersejarah merupakan satu bidang yang melibatkan kerja pemuliharaan, pengekalan dan penjagaan yang dilakukan terhadap banggunan bersejarah. Kerja-kerja pemuliharaan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memanjangkan usia sesuatu banggunan terutamanya banggunan yang mempunyai nilai sejarah. Nilai sejarah yang terdapat pada banggunan yang perlu dikekalkan adalah seperti reka bentuk banggunan dan rupa bentuk banggunan kerana rekaan yang dihasilkan pada suatu masa dahulu mempunyai maksudnya tersendiri. Jika dikaji secara terperinci, bangunan dan monumen yang mempunyai nilai. seni. bina. dan. sejarah. ini. mempunyai. kepentingannya. yang. tersendiri(Ahmad, n.d.). Selain itu, peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu juga dapat dipastikan dengan lebih kukuh dengan terdapatnya bukti- bukti berbentuk fizikal seperti banggunan. Sebagai contoh, banggunan bersejarah yang terkenal di Malaysia dan masih terdapat sebahagian banggunan yang masih kekal hingga ke hari ini iaitu Kota A Famosa. Kota A Famosa ini membuktikan bahawa pada suatu ketika dahulu Portugis pernah menakluk kawasan tersebut kerana adanya bukti struktur banggunan yang mempunyai pengaruh Eropah. Pemuliharaan banggunan yang mempunyai nilai sejarah juga penting untuk ekonomi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya 8.

(9) ada pelancong dari dalam dan dari luar negara. Selain itu, terdapat juga pelancong yang merupakan waris dan keturunan daripada individu yang pernah terlibat dengan sesuatu peristiwa. Contohnya seperti banggunan bersejarah di Perak iaitu Istana Kellie atau Kellies Castle. Istana ini dibina oleh seorang peladang getah terkemuka iaitu Kellie Smith yang membina banggunan yang besar dan indah ini sebagai kediaman keluarganya(MDBG, 2021). Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat pelancong yang melancong atas sebab untuk menghormati dan mengenang jasa nenek moyang mereka. Akhir sekali, di Malaysia terdapat seni bina banggunan yang mempunyai reka bentuk dan gaya unik yang dipengaruhi oleh budaya tempatan dan juga budaya luar. Wendy Khadijah Moore (2004) menyatakan bahawa seni bina di Malaysia berkembang mengikut pola pemikiran luar. Sebagai contoh, keunikan banggunan Sultan Abdul Samad yang dibina oleh penjajah mempunyai ciri-ciri islam yang berasaskan seni bina “Morish”. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa perlunya satu kajian mengenai seni bina berkaitan dengan Istana Singgah Raja Reman supaya dapat mendalami mengenai asal usul serta pengaruh seni bina yang diterapkan di dalam pembinaan Istana Ringgah Raja Reman.. 1.2 Latar Belakang Kajian. Kajian dan penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji mengenai seni bina serta tahap pengekalan yang sebuah banggunan lama iaitu Istana Singgah Raja Reman yang bertempat di Hulu Perak. Pengkalan Hulu, Hulu Perak merupakan salah satu kawasan takluk bagi sebuah pemerintahan Kerajaan Siam pada suatu ketika dahulu iaitu Kerajaan Reman. Permerintahan Kerajaan Reman. 9. FYP FTKW. banggunan bersejarah ia akan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong sama.

(10) Pattani Besar. Sehingga tahun 1909, kawasan jajahan Kerajaan Reman merangkumi beberapa daerah antaranya daerah Yala, Hulu Perak, dan Ulu Kelantan(Din, 2019). Disebabkan oleh keturunan Raja Reman sering melawat kawasan jajahan takluk mereka di sini, maka sebuah istana kayu telah dibina yang berfungsi sebagai tempat persinggahan semasa melakukan lawatan. Sehingga kini, Istana Singgah Kerajaan Reman yang merupakan bekas istana Tuan Jagung yang merupakan Raja Reman yang terakhir masih berdiri teguh hingga ke hari ini di Kampung Selarong Pengkalan Hulu, Perak. Di kampung itu juga terdapat makam permaisuri Cik Neng yang merupakan isteri kepada Tuan Jagung iaitu Raja Reman yang terakhir. Kemangkatan baginda adalah disebabkan terlalu berdukacitaatas kemangkatan anakandanya Long Raya yang ditangkap dan dihukum bunuh di Bangkok(TTG, 2019). Istana Singgah ini telah menjadi salah satu warisan yang sangat bernilai kepada keturunan raja reman. Sehingga kini, terdapat keturunan Raja Reman yang tinggal di istana tersebut dan tidak berniat untuk berpindah. Tengku Razman dan keluarganya merupakan keturunan Raja Reman yang tiggal di istana singgah tersebut. Menurut beliau, terdapat banyak pihak yang datang untuk berbincang dengan beliau bagi menjadikan istana singgah tersebut sebagai muzium atau kawasan tujuan khazanah dan pelancongan(Dolasoh, 2017). Tetapi beliau dan keluarga tidak mahu melepaskan istana tersebut dan ingin terus tinggal dan menjaga istana tersebut. Pihak keluarga Tengku Razman yang tinggal di istana singgah tersebut tidak keberatan jika terdapat pihak yang ingin melawat dan menjalankan kajian terdapat Istana Singgah tersebut. Selain itu, di istana singgah tersebut masih terdapat gambar-gambar lama keturunan Raja Reman dan. 10. FYP FTKW. pada 1810 sehingga awal 1900 adalah antara tujuh buah negeri Persekutuan.

(11) Raja Reman dengan pihak Inggeris.. 1.3 Permasalahan kajian. Permasalahan kajian ini ialah bahagian dimana menerangkan mengenai masalah yang dikaji dalam penyelidikan dan bahagian ini sangat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Dalam bahagian ini juga penyelidik menjadi lebih bersedia untuk mempertahankan isu atau masalah yang dikaji. Oleh itu, segala masalah yang telah dianalisis oleh pengkaji dapat diterangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Permasalahan kajian ini telah diperoleh melalui sumber pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Akhir sekali, bahagian ini juga diperoleh melalui penelitian yang dijalankan keatas dokumen dan kajian lain berkaitan setiap objektif yang akan dicapai berserta dengan rujukan. Permasalahan pertama ialah kurangnya kesedaran dalam masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Menurut (Yuzana Muhammad, 2019), kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjaga dan memelihara warisan tempatan masih ditahap yang rendah. Kesedaran dalam masyarakat amat penting untuk menimbulkan rasa cinta dan teruja terhadap khazanah warisan. Maka ia akan mewujudkan kesedaran memulihara dan menyelenggara warisan untuk diwariskan kepada generasi akan datang(Man, 2017). Kegagalan memupuk kesedaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat menyebabkan usaha mengembeleng asset warisan untuk pelbagai kegunaan semasa menjadi lebih sukar.. 11. FYP FTKW. juga dokumen perusahaan biji timah dan juga khazanah seperti surat perjanjian.

(12) mengenai kewujudan Istana Singgah Raja Reman ini. Hal ini disebabkan kerana tiadanya kajian khusus yang mengkaji mengenai Istana Singgah Raja Reman ini. Berdasarkan pencarian yang dijalankan oleh pengkaji, hanya terdapat penulisan artikel yang ditulis oleh penulis blog dan juga wartawan mengenai Istana Singgah Raja Reman ini. Selain itu juga, Istana Singgah Raja Reman ini juga tidak disenaraikan sebagai tapak warisan di negeri Perak. Menurut artikel yang ditulis oleh (Dolasoh, 2017) ada menyatakan bahawa sebelum ini terdapat pihak yang bertemu dengan keturunan Raja Reman yang masih tinggah di Istana Singgah tersebut untuk berbincang bagi menjadikan Istana Singgah Raja Reman tersebut sebagai muzium mini atau kawasan bagi tujuan khazanah dan pelancongan. Akhir sekali, pandangan masyarakat terhadap keunikan senibina banggunan bersejarah masih di tahap yang sangat rendah. Sesebuah bangunan itu mempunyai nilai estetika dalam pengaruh seni bina yang dimiliki oleh sesebuah bangunan. Menurut Ghafar (2003), beliau ada menyatakan bahawa kerja-kerja konservasi yang dijalankan bukanlah semata-mata berkaitan dengan struktur bangunan malah ia memberikan bayangan kepada kita mengenai sesebuah budaya bagi sesuatu masyarakat. Walaupun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat kini yang kebanyakan beranggapan bahawa banggunan warisan dan banggunan bersejarah ini ketinggalan zaman dan seni binanya sudah tidak releven berbanding seni bina banggunan yang ada sekarang.. 12. FYP FTKW. Permasalahan kedua ialah kebanyakan masyarakat tidak mengetahui.

(13) Objektif kajian merupakan keperluan dalam menjalankan kajian serta penyelidikan untuk memastikan kajian yang dijalankan akan mencapai tujuan sebenar. Antara objektif bagi kajian ini adalah: i.. Mengetahui ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman.. ii.. Mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman .. iii.. Menyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman. 1.5 Persoalan kajian. Persoalan kajian merujuk kepada objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam menghasilkan kajian. Melalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dikenal pasti. Antara persoalan kajian tersebut ialah: i.. Apakah ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman di Pengkahan Hulu, Perak?. ii.. Bagaimanakah tahap pengekalan yang diterapkan terhadap Istana Singgah Raja Reman?. iii.. Apakah isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman?. 1.6 Kepentingan Kajian. Kajian yang akan dijalankan mestilah mempunyai kepentingan kepada pelbagai pihak dan juga dapat memberi manfaat dan faedah kepada pembaca. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat dan juga pengetahuan kepada banyak pihak kerana kajian yang dijalankan ini bakal menjadi salah satu rujukan mengenai cara memulihara banggunan bersejarah. Kepentingan kajian juga penting bagi menyelesaikan masalah yang terdapat semasa dalam menghasilkan kajian ini. 13. FYP FTKW. 1.4 Objektif kajian.

(14) Individu. Dari segi individu, kajian ini dapat merungkai sejarah dan asal-usul Istana Singgah Raja Reman yang merupakan bekas Istana Kerajaan Reman yang pernah wujud di Perak namun jarang diketahui khususnya oleh masyarakat Hulu Perak sendiri. Oleh hal yang demikian, maklumat yang berkaitan istana tersebut haruslah diperoleh melalui sumber yang betul dan sahih tanpa sebarang dapatan yang dipercayai palsu atau ditokok tambah. Selain itu juga, kajian yang dijalankan juga dapat memberi manfaat kepada pemilik dan pewaris Kerajaan Reman dengan adanya tulisan mengenai sejarah keturunannya serta rangka cadangan cara pemeliharaan banggunan. Pemilik serta pewaris Raja Reman yang lain dapat menaiktaraf atau mengubah rumah tersebut untuk dijadikan tempat tinggal atau produk perlancongan yang menjana ekonomi mereka. Merujuk hal tersebut, penglibatan antara pewaris rumah dengan pihak kerajaan negeri, jabatan warisan, agensi perlancongan, dan pihak badan bukan kerajaan adalah sangat perlu dalam memastikan proses menaiktaraf istana tersebut tidak menghilangkan identity asal Istana Singgah tersebut.. 1.6.2. Mayarakat. Kepentingan kajian ini juga adalah dalam usaha untuk mewujudkan tahap kesedaran masyarakat terhadap nilai bangunan bersejarah dan kepentingan menjalankan pemuliharaan dengan betul terhadap sesebuah banggunan yang mempunyai nilai sejarah. Selain itu, rumah ini telah wujud lebih seratus tahun dahulu, berkemungkinan bahan asal yang digunakan dalam mendirikan istana tersebut sukar didapati pada zaman sekarang. Oleh itu, pemeliharaan serta pemuliharaan banggunan istana ini sangat penting agar bahan asal yang terdapat pada istana tersebut dapat 14. FYP FTKW. 1.6.1.

(15) moden ini. Jika kepentingan nilai warisan rumah ini dapat diketengahkan, berkemungkinan akan memberikan impak positif kepada pemuliharaan warisan seni binanya sekali gus membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai warisan negara. 1.6.3. Institusi. Projek penyelidikan ini merupakan Laporan Projek Akhir yang dilaksanakan oleh pengkaji sebagai syarat dalam memenuhi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. Pengkaji berharap dengan terhasilnya projek penyelidikan ini, pelajar mampu mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Istana Singgah Raja Reman yang memiliki nilai sejarah yang tidak diketahui oleh sesetengah masyarakat. Tambahan pula, projek penyelidikan ini juga boleh dijadikan rujukan kepada orang ramai yang ingin mengetahui dan mendalami mengenai sejarah serta kepentingan nilai warisan bagi seni bina Istana Singgah Raja Reman. Akhir sekali, jika hasil penulisan kajian ini bagus ia akan membuka mata pelbagai pihak termasuklah Jabatan Warisan Negara. Hal ini akan menyebabkan nama institusi dan secara tidak langsung dapat menaikkan nama universiti ke peringkat yang lebih tinggi. 1.6.4. Institusi. Projek penyelidikan ini merupakan Laporan Projek Akhir yang dilaksanakan oleh pengkaji sebagai syarat dalam memenuhi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. Pengkaji berharap dengan terhasilnya projek penyelidikan ini, pelajar mampu mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Istana Singgah Raja Reman yang memiliki nilai sejarah yang tidak diketahui oleh sesetengah masyarakat. Tambahan pula, projek penyelidikan ini juga boleh dijadikan rujukan kepada orang ramai yang ingin mengetahui dan mendalami mengenai sejarah serta kepentingan nilai warisan bagi seni bina Istana Singgah Raja Reman. Akhir sekali, jika hasil penulisan 15. FYP FTKW. dikekal kerana berkemungkinan bahan tersebut sudah tidak boleh didapati pada zaman.

(16) Negara. Hal ini akan menyebabkan nama institusi dan secara tidak langsung dapat menaikkan nama universiti ke peringkat yang lebih tinggi.. 1.7 Skop Kajian. Skop bagi kajian yang dijalankan ini lebih tertumpu kepada Istana Singgah Raja Reman yang berlokasi di kampung selarong di Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Istana singgah yang berlokasi di kawasan Hulu Perak tersebut merupakan kediaman tempat persinggahan keturunan Raja Reman yang datang membuat lawatan semasa melawat kawasan pemerintahannya pada sekitar tahun 1810 hingga 1900(Dolasoh, 2017). Kajian ini juga akan melibatkan penduduk kampung sekitar daerah pengkalan hulu dan juga waris Raja Reman yang masih ada dan tinggal di istana singgah tersebut dan sekitarnya. Selain dari itu, dalam bab ini juga pengkaji menerangkan ciri-ciri senibina Istana Singgah Raja Reman. Seni bina bagi sesebuah bangunan yang lama berkemungkinan mempunyai peratusan yang tinggi terdedah kepada pengaruh tempatan dan pengaruh asing. Walau bagaimanapun, Istana Singgah Raja Reman ini merupakan Istana Singgah bagi Kerajaan Siam dan berkemungkinan mempunyai pengaruh seni bina dari Thailand. Oleh itu, dalam menjalankan kajian ini pengkaji lebih memberi fokus terhadap bumbung, dinding, tangga, corak, bahan binaaan dan sebagainya Seperti yang sedia maklum, kerajaan siam iaitu Kerajaan Reman telah memerintah dan menakluki sebahagian kawasan dari kedah, hulu perak hingga ke ulu Kelantan dan mungkin telah menerapkan senibina melayu dalam pembinaan Istana Singgah tersebut. Seterusnya, dalam bab ini juga pengkaji memberi fokus terhadap tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman berkaitan usaha yang telah dijalankan dalam 16. FYP FTKW. kajian ini bagus ia akan membuka mata pelbagai pihak termasuklah Jabatan Warisan.

(17) 100 tahun dan seharusnya memerlukan pemerhatian yang khusus disebabkan jangka hayatnya yang telah lama. Proses pemuliharaan yang dijalankan mestilah daripada individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bagi memastikan hasil kerja yang dilakukan mendapat kualiti yang terbaik dan tidak melakukan kerosakan yang baru semasa proses pemuliharaan dijalankan. Akhir sekali, dalam bab ini juga pengkaji menghuraikan isu dan cabaran dalam menjalankan pemuliharaan pada Istana Singgah Raja Reman. Cabaran yang dihadapi mungkin akan menjejaskan proses pemuliharaan banggunan dan akan merosakkan banggunan seterusnya banggunan bersejarah tersebut akan terus rosak dan terhapus. Oleh hal yang demikian, isu dan cabaran yang dihadapi mestilah mempunyai cara penyelesaian agar pemeliharaan Istana Singgah Raja Reman dapat diteruskan.. 1.8 Batasan Kajian. Pengkaji telah sedia maklum bahawa dalam setiap penyelidikan yang akan dilakukan akan mengalami tahap kesukaran dalam menyelesaikan semua persoalan kajian. Bukan semua masalah yang ada boleh dikaji dan juga diselesaikan dalam satu kajian sahaja. Oleh itu, kajian yang dijalankan mengenai keistimewaan senibina Istana Singgah Raja Reman sememangnya mempunyai batasan dalam mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan objektif kajian yang telah dibuat.. 17. FYP FTKW. proses memulihara istana tersebut. Istana Singgah Raja Reman ini telah berusia lebih.

(18) di Kampung Selarong di Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Oleh kerana kajian ini melibatkan seni bina bangguna istana, pengkaji menghadapi masalah untuk mendapatkan kesahihan memandangkan Istana Singgah tersebut telah mengalami perubahan dari segi penggunaan dan penambahan struktur banggunan. Istana Singgah ini telah didiami oleh keluarga waris Raja Reman dan telah menambah bahagian banggunan iaitu untuk menjadikan dapur. Selain itu, batasan kajian ini menumpukan kepada ciri-ciri senibina yang terdapat pada Istana Singgah Raja Reman. Bahagian ini mengfokuskan terhadap bahan yang digunakan dan identiti senibina yang terdapat pada Istana Singgah tersebut. Batasan terhadap kajian ini adalah kesukaran terhadap pengkaji untuk mengenalpasti bahan yang digunakan dan menilai identiti yang diterapkan dalam pembinaan Istana Singgah Raja Reman ini kerana rupa bentuk istananya yang ringkas. dan. tidak. mempunyai. corak. ukiran. padan. bahagian. istana.. 18. FYP FTKW. Dalam kajian ini pengkaji hanya tertumpu kepada Istana Singgah Raja Reman.

(19) Dalam Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, terminologi membawa maksud, kajian tentang istilah atau kumpulan kata khusus yang berkaitan dengan sesuatu bidang ilmu. Menurut (Roslina, 2005) terminologi secara asasnya berhubung dengan nama dan proses penamaan. 1.9.1. Istana Singgah. Istana Singgah merupakan tempat penempatan sementara yang didirikan sebagai tempat untuk berehat dan menghilangkan letih. Istana singgah ini didirikan sebagai tempat persinggahan Raja Reman semasa melawat kawasan jajahannya. Istana Singgah ini telah menjadi sebagai sebuah bukti kukuh yang telah merekodkan segala hubungan kerajaan siam dengan tanah melayu pada suatu ketika dahulu. 1.9.2. Pemuliharaan. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka(“Kamus Dewan Edisi Keempat,” n.d.) pemuliharaan bermaksud proses atau usaha atau perbuatan untuk memulihara sesuatu. Ia juga dimaksudkan sebagai usaha untuk memelihara serta membaiki sesuatu agar dapat digunakan serta memenuhi kehendak penggunaanya. Selain itu, pemuliharaan juga boleh membawa makna sebagai proses pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelakkan berlaku masalah seperti pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau pengabaian.. 19. FYP FTKW. 1.9 Definisi Termidologi.

(20) Penyelidikan ini adalah berkaitan keistimewaan senibina seni Istana Singgah Raja Reman yang bertempat di Kampung Selarong di Hulu Perak. Dalam menghasilkan kajian ini pengkaji telah dibantu oleh banyak pihak untuk mendapatkan pelbagai maklumat, kajian ini tidak akan lengkap sekiranya tidak mendapat kebenaran dan pengetahuan maklumat tentang istana singgah tersebut secara sahihnya daripada orang sumber yang betul. Oleh itu, secara amnya kajian ini dijalankan mengikut kaedah-kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk tesis. Setiap objektif kajian dijalankan melalui metodologi kajian yang dipilih oleh pengkaji bagi menentukan hala tuju kajian ini hingga ke akhir. Kajian ini secara langsung dapat menyedarkan masyarakat bahawa sesuatu bangunan yang dikatakan mempunyai nilai yang tinggi berkaitan warisan haruslah dipelihara supaya ia tidak tenggelam oleh arus permodenan. Kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan dan penduduk setempat sangat diperlukan untuk menjaga Istana Singgah tersebut kerana ia mempunyai nilai sejarah dan warisan pada masa kini yang sukar ditemui. Sebagai tanda kita menghargai sesuatu warisan yang masih utuh dilihat pada masa sekarang, haruslah. dikekalkan. memperlihatkan. melalui. identiti. seni. cara bina. pemeliharaan ini. di. yang masa. efisien akan. demi datang. 20. FYP FTKW. 1.10 Penutup.

(21) FYP FTKW. BAB 2. SOROTAN KAJIAN. 2.1 Pengenalan. Sorotan kajian atau kajian literatur boleh diklasifikasikan sebagai rujukan atau pernyataan fakta yang akan menyokong sesuatu objektif yang dikeluarkan oleh pengkaji dalam sesuatu kajian. Sorotan kajian ini juga merupakan analisis sistematik daripada buku, artikel ilmiah, serta sumber lain yang mempunyai kaitan dengan topik yang dikaji (Abidah, 2019). Sorotan kajian ini menghurai, meringkas, menganalisis, mensistesis, menilai dan menjelaskan kepustakaan yang dipilih. Selain itu, Di dalam sorotan kajian ini juga terkandung pernyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang dipilih pengkaji. Sorotan kajian ini mampu membantu pengkaji dengan lebih jelas mengenai status kajian sama ada telah banyak diterokai atau sebalikya. Unruk menyelesaikan kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan seni bina banggunan dan pemuliharaan banggunan. Hasil penelitian daripada kajiankajian lepas ini akan membantu pengkaji dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian iaitu Keistimewaan Seni Bina Istana Singgah Raja Reman. 2.2 seni bina. Seni bina merupakan satu bidang yang menggabungkan seni dan sains bagi menghasilkan sesuata binaan. Seni berperanan dalam mencatikkan, mengindahkan dan mempunyai nilai estetika manakala sains pula berperanan menjadikan binaan 21.

(22) digunakan dalam sesebuah binaan mempunyai inspirasi serta pengaruh dari persekitaran seperti budaya, kepercayaan dan agama.. 2.2.1. Senibina Awal Melalui artikel yang ditulis (HARUN, 2005) yang bertajuk Perkembangan Sejarah dan Pengaruh Keatas Senibina di Malaysia, senibina terawal di tanah melayu bermula sejak zaman Kedah Tua ataupun Kataha. Kataha telah muncul sejak abad ke-6 hinggah abad ke-13 dan pusat kerajaannya terletak di lembah bujang. Masyarakat Kataha pada ketika itu mempunyai kemahiran dalam membina banggunan selepas menjumpai tinggalan senibina yang masih kekal di Lembah Bujang, Kedah. Antara tinggalan senibina yang dijumpai ialah seperti pelapik tiang yang digunakan untuk meletak tiang bangunan atau pelapik meletak arca. Selain itu, bukti lain yang dijumpai adalah seperti penggunaan teknologi iaitu dalam proses memotong batu yang keras seperti batu granit. Dapat disimpulkan bahawa senibina terawal yang dikesan di tanah melayu adalah melalui Kedah Tua yang dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa awal abad pertama masihi.. 2.2.2. Senibina Melayu Menurut Dr. Siti Norlizaiha Harun di dalam penulisan artikelnya yang bertajuk Perkembangan Sejarah dan Pengaruh ke Atas Senibina di Malaysia (HARUN, 2005) senibina melayu dipengaruhi oleh alam semulajadi yang diperoleh daripada hutan. Seperti yang dapat dilihat, senibina yang menggunakan pengaruh melayu ini menggunakan teknologi binaan yang ringkas dan mudah. Dapat dilihat daripada ciri- ciri binaan dan juga bahan. 22. FYP FTKW. yang dibina kukuh, kuat stabil dan juga selamat (Hidayah, 2011). Senibina yang.

(23) dengan ciri binaan seperti daun nipah, ijuk, rumbia dan bertam sebagai bahan untuk dijadikan bahagian bumbung atau atap. Manakala struktur utama untuk menjadikan tiang, alang, rasuk, lantai dan dinding pula menggunakan bahan seperti kayu. Susun atur rumah melayu mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian dapur, bahagian tengah iaitu rumah ibu dan akhir sekali serambi di bahagian depan. Selain itu juga, rupa bentuk atap adalah curam dan unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Dinding pula direka dengan mempunyai banyak ukiran yang berlubang dan mempunyai tingkap bagi membenarkan aliran udara masuk dan keluar ke rumah. Senibina rumah Melayu juga mempunyai pelbagai jenis hiasan motif ukiran dan bentuk binaan yang mengikut pengaruh negeri-negeri Melayu dan pengaruh Nusantara seperti Indonesia dan Selatan Thailand. Senibina yang diterapkan di dalam pembinaan rumah melayu adalah mempunyai peranan tersendiri, setiap bentuk dan binaan mempunyai sebab dan maksud. 2.3 Pemuliharaan. (DBP, n.d.) Pemuliharaan ialah proses atau usaha serta perbuatan untuk mengembalikan keadaan asal sesuatu benda supaya ganerasi akan datang dapat menikmati apa yang ditinggalkan oleh mayarakat terdahulu. 2.3.1. Prinsip pemuliharaan Prinsip dalam pemuliharaan banggunan adalah merupakan panduan yang akan membantu konservator, arkitek dan juga kontrektor yang akan menjalankan kerja-kerja pemuliharaan banggunan. Melalui artikel (Negara, 23. FYP FTKW. yang digunakan dalam pembinaan banggunan melayu. Senibina boleh dilihat.

(24) apabila sesebuah bangunan bersejarah hendak dipulihara, aspek utama yang menjadi matlamat dan nilai pada projek adalah kepentingan budaya, sejarah dan seni bina bangunan. Bangunan bersejarah hendaklah dipulihara sebagaimana bentuknya yang asal. Oleh itu, faktor seperti seni bina, bahan yang digunakan, kaedah serta teknik yang digunakan dalam pembinaan banggunan adalah sangat penting bagi memastikan hasil pemuliharaan adalah sama seperti banggunan asal dan tidak hilang nilai sejarah dan seni bina yang terdapat pada sesebuah banggunan bersejarah yang dipulihara. 2.3.2. Pendekatan dalam pemuliharaan Pendekatan disini membawa maksud tindakan yang berbentuk proses kerja bagi memulihara banggunan. Pemuliharaan banggunan melibatkan kerja untuk mengekalkan keadaan asal sesebuah bangunan dan tapak warisan supaya dapat memanjangkan jangka hayat bangunan dan ia boleh terus kekal untuk generasi yang akan datang. Melalui artikel yang ditulis oleh (Ramli, 2017) yang bertajuk Pendekatan Pemuliharaan ada menerangkan berkaita proses kerja dalam memulihara banggunan warisan. Terdapat lima pendekatan konservasi di dalam akta 645 iaitu pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian. Selain itu, melihat kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan oleh Jabatan Warisan Negara terbitan tahun 2016, terdapat beberapa lagi pendekatan yang ditambahbaik seperti pencegahan, pengukuhan, pengeluaran semula, dan penyenggaraan.. 2.3.3. Kerosakan banggunan semasa kerja penyelenggaraan Dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan banggunan warisan 24. FYP FTKW. 2012) yang bertajuk Garis Panduan Pemuliharaan Banggunan Warisan,.

(25) dilakukan oleh orang yang mempunyai pengalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana banggunan warisan ini berkemungkinan telah mengalami kerosakan dan pemilihan bahan semasa menjalankan penyelenggaraan ini perlulah menggunakan bahan yang tepat dan sesuai. Menurut artikel yang ditulis oleh (Nurhasliza et al., 2013) yang bertajuk Isu Kecacatan Banggunan Dalam Aspek Penyelenggaraan menekankan mengenai jenis kecacatan dan punca berlakunya kecacatan terhadap banggunan warisan semasa proses penyelenggaraan dijalankan. Antara punca berlakunya kecacatan semasa proses penyelenggaraan ialah seperti tidak menggunakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam menyelenggara banggunan warisan. Menggunakan tenaga kerja yang tidak berkemahiran akan mencacatkan banggunan kerana kualiti kerja yang tidak baik. Seterusnya ialah penggunaan barangan yang tidak berkualiti. Sebagai contoh bahagian atap banggunan yang sering terdedah kepada keadaan cuaca akan mudah rosak apabila tidak menggunakan bahan mengikut spesifikasi yang betul dan berkualiti. Selepas itu, rekabentuk yang tidak sesuai dan menyebabkan kos yang tinggi untuk membaiki semula dan akhir sekali ialah faktor kecuaian pekerja. Pekerja yang mempunyai sikap malas serta tidak mempunyai sikap tanggungjawab terhadap kerja sering melakukan kesilapan dan melakukan kerja yang tidak sempurna. Sebagai contoh, pengambilan pekerja asing bagi mengurangkan kos kerana pekerja asing akan dibayar murah dan menyebabkan berlaku kecuaian kerana pekerja asing tidak mempunyai kemahiran dalam menyelenggara banggunan.. 25. FYP FTKW. atau banggunan lama semestinya perlu menjalani prosedur yang betol dan.

(26) Penyelenggaraan banggunan Banggunan. yang. telah. menjalani. proses. pemuliharaan. akan. menjalankan proses penyelenggaraan yang berterusan mengikut keperluan bagi memastikan banggunan tersebut tidak mengalami kerosakan semula pada masa akan datang dan kekal dalam keadaan efektif. Menurut artikel (Zakaria et al., 2010), budaya penyelenggaraan dalam masyarakat Malaysia dalam peringkat yang sangat rendah. Keadaan ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia hanya mampu membina sesebuah bangunan atau infrastruktur tetapi tidak mempunyai kesedaran terhadap penyelenggaraan bangunan atau infrastruktur. tersebut.. Penyelenggaraan. berfungsi. untuk. memastikan. banggunan dalam keadaan selamat, kondusif, berkebolehan untuk digunakan, memenuhu keperluan undang-undang, mengekalkan kualiti banggunan dan juga mengekalkan nilai fizikal banggunan. 2.3.5. Peranan pihak berkuasa tempatan Peranan pihak berkuasa dalam usaha mengekalkan dan memulihara banggunan bersejarah juga adalah sangat penting. Pihak yang mempunyai kuasa dan juga pengetahuan mengenai sesebuah bidang akan membantu sesuatu perkara yang diusahakan kearah yang lebih baik. Sebagai contoh, melalui artikel yang ditulis oleh (Saleh et al., 1985) yang bertajuk Peranan Kerajaan Tempatan dalam Pemuliharaan Bandar: Kajian Kes Majlis Perbandaran Taiping menjelaskan bahawa Majlis Perbandaran Taiping telah memainkan peranan dalam mernjayakan program pemuliharaan bandar. Pemantauan dijalankan bagi memastikan nilai warisan bandar terpelihara daripada dimusnahkan oleh pembangunan yang tidak memandang nilai. 26. FYP FTKW. 2.3.4.

(27) pentadbiran terpenting di peringkat tempatan adalah badan yang memainkan peranan penting dalam kerja pemuliharaan dan pengekalan bangunan warisan. 2.3.6. Kepentingan pemuliharaan Pemuliharaan banggunan dijalankan kerana ia mempunyai kepentingan. sama ada kepada negara, individu dan masyarakat. Oleh hal yang dimikian, melalui artikel yang ditulis oleh (Rahiza, 2021) yang bertajuk Kepentingan Memulihara Banggunan Bersejarah ada menerangkan mengenai kepentingan untuk melakukan pemuliharaan terhadap banggunan warisan dan bersejarah. Kepentingan yang pertama ialah banggunan atau monument bersejarah dapat memberi pengajaran kepada masyarakat akan datang mengenai sejarah yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu. Seterusnya ialah, banggunan warisan juga mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong samaada dari dalam dan luar negara. Akhir sekali, banggunan serta monumen juga memberi sumbangan dalam pendidikan negara. Para penyelidik, pelajar dan pengkaji boleh membuat penyelidikan, memahami dan mempelajari melalui bangunan dan monumen lama yang terdapat di negara ini. 2.4 Rumusan. Kesimpulannya, sorotan kajian ini penting bagi meneliti dan mentelaah kajiankajian lepas yang bertujuan untuk membantu pengkaji mendapat maklumat tambahan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Selain itu, dengan membuat sorotan kajian ini juga pengkaji. 27. FYP FTKW. warisan. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa kerajaan tempatan atau badan.

(28) daripada kajian lepas dengan lebih jelas. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menjalankan sorotan kajian pengkaji dapat mengenalpasti bahawa permasalahan yang dikaji oleh pengkaji sudah dijalankan oleh pengkaji lain dan sterusnya dapat menjadi penanda aras kepada pengkaji dalam menyelesaikan kajian ini.. 28. FYP FTKW. dapat melihat skop kajian dan metodologi kajian yang digunakan serta dapatan kajian.

(29) FYP FTKW. BAB 3. METODOLOGI. 3.1 Pengenalan. Metod atau kaedah sangat penting dalam menjalankan kajian kerana sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan memerlukan kaedah untuk mendapatkan data atau dapatan kajian. Data yang mencukupi, tepat dan efisien akan menjadikan sesebuah kajian itu dapat ditulis dengan baik. Metodologi kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan kuantitatif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Pustaka, n.d.-a) metodologi kajian ialah sistem yang merangkumi kaedah serta prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kaedah kualitatif ialah kaedah yang melibatkan mutu atau kualiti (Pustaka, n.d.-b). Kaedah ini mengfokuskan kepada perolehan data-data serta maklumat berkaitan kajian yang mempunyai mutu dan berkualiti. Antara contoh kaedah kualitatif adalah seperti kaedah pemerhatian, temubual, kepustakaan dan analisis dokumen. Kaedah kuantitatif pula ialah kaedah yang berkaitan dgn kuantiti, nilai ilmu dan menjalankan analisis(Pustaka, n.d.-c). Kaedah yang digunakan adalah seperti menjankan kajian terperinci terhadap sesuatu dan juga menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan responden kajian.. 29.

(30) Rekabentuk kajian merupakan cara bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang ditimbulkan oleh pengkaji. Selain itu, ia juga merupakan metod bagi mencapai objektif kajian yang dibuat. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji telah menjalankan kaedah pengumpulan data yang melibatkan dua sumber utama iaitu sumber primer dan juga sumber sekunder. Menurut (Narayanasamy, 2013) sumber primer ialah sumber pertama, sumber awalan dan sumber sezaman. Peristiwa sezaman disampaikan melalui catatan tulisan tangan atau bentuk lisan. Sumber primer ini merupakan sumber yang asli dan sahih seperti surat peribadi, manuskrip, dan batu bersurat. Manakala sumber sekunder pula ialah bahan bacaan seperti majalah, jurnal, akhbar dan internet.. Persoalan Kajian. Kaedah Analisis Data. mengetahui ciri-ciri senibina Istana Singgah Raja Reman. Pemerhatian dan temubual. Mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja. Pemerhatian dan temubual. Reman Menyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana. Temubual. Singgah Raja Reman Jadual 3.1 : Kaedah Analisis Data 3.2.1. Kajian terdahulu Kajian terdahulu bertujuan untuk menjelaskan kajian yang akan. dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji(Rosmawati, 2012). Melalui kunjungan yang dibuat pengkaji ke Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan dan Perpustakaan Negara Malaysia melalui laman web untuk memperoleh e-book. 30. FYP FTKW. 3.2 Rekabentuk Kajian.

(31) mengenai kajian yang dilakukan dan memperoleh sebanyak mungkin maklumat yang releven. Bahan rujukan adalah seperti tesis, jurnal, artikel dan teks kajian lepas. Data sekunder ini penting kepada pengkaji untuk menambah maklumat sebelum kaedah pemerhatian dijalankan. 3.2.2. Pemerhatian Dalam menjalankan kaedah kajian lapangan ini, pengkaji ke lokasi. kajian iaitu Istana Singgah Raja Reman yang terletak di Pengkalan Hulu, Perak. Semasa berada di kawasan kajian, pengkaji telah merekod setiap maklumat yang diperolehi melalui gambar, rakaman dan catatan untuk dimasukkan ke dalam laporan projek penyelidikan.. Tujuan kajian lapangan ini dilakukan adalah supaya pengkaji dapat melihat dan mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah, rupa bentuk senibina dan keadaan semasa Istana Singgah Raja Reman. 3.2.3. Temubual Temubual merupakan kaedah lisan yang terpenting dilakukan oleh. pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian daripada responden. Temubual dijalankan terhadap beberapa waris Raja Reman yang tinggal di Istana Singgah tersebut, penduduk setempat, dan pensyarah dari bidang senibina dan konservasi. Temubual yang dijalankan terhadap penduduk setempat yang tinggal berdekatan tempat kajian adalah temubual dari aspek pengalaman dan pengetahuan mengenai sejarah Kerajaan Siam. Temubual dijalankan secara simulasi dimana soalan yang diajukan adalah secara spontan dan bersifat terbuka berkaitan kajian yang dijalankan.. 31. FYP FTKW. yang berkaitan tajuk kajian bagi mendapatkan pengenalan yang lebih awal.

(32) Catatan Setiap maklumat yang diperolehi oleh pengkaji sama ada diperoleh. secara temu bual dan pemerhatian akan dicatatkan di dalam buku nota. Melalui kaedah yang dilakukan ini, secara tidak langsung pengkaji telah melakukan pendokumentasian dan dapat menganalisis data dengan mudah dan juga tersusun. Catatan yang dibuat oleh pengkaji juga terdapat lukisan rajah supaya pengkaji dapat menggambarkan dengan tepat bahagian Istana Singgah Raja Reman yang mempunyai pengaruh senibina berserta corak yang dikenalpasti. 3.2.5. Rakaman foto Kaedah rakaman foto merupakan kaedah yang sesuai semasa. menjalankan kerja-kerja kajian lapangan. Hal ini disebabkan rakaman foto dapat memudahkan proses penyimpanan maklumat yang tidak sempat dicatat oleh pengkaji semasa kerja pemerhatian. Rakaman foto ini juga dapat menguatkan lagi bukti kajian untuk diletakkan di dalam laporan supaya pembaca mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai reka bentuk Istana Singgah Raja Reman. 3.3. Prosedur Pengumpulan Data Pengkaji telah mendapat surat kebenaran daripada fakulti untuk menjalankan. kajian lapangan bagi proses pengumpulan data. Surat kebenaran sangat penting bagi meyakinkan responden untuk memberi kerjasama kepada pengkaji dalam proses pengumpulan maklumat dan data sepanjang kajian dijalankan. Selain itu, pengkaji juga telah memberitahu secara lisan kepada responden untuk mendapatkan persetujuan serta keizinan sebelum sebarang temubual dan rakaman foto dijalankan.. 32. FYP FTKW. 3.2.4.

(33) tarikh dan tempat untuk ditemubual. 3.4. Penutup Kesimpulannya, kesemua kaedah metodologi yang digunakan oleh pengkaji. telah banyak membantu pengkaji sepanjang melengkapkan kajian ini. Sekiranya bahagian metodologi ini tidak dijalankan dengan baik, pengkaji tidak akan memperoleh maklumat yang mencukupi dan sahih mengenai kajian dan seterusnya kajian yang dijalankan tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa metodologi kajian ini sangat penting dan penggunaan metodologi kajian yang sesuai juga penting dalam memastikan sesebuah kajian atau penyelidikan dapat disiapkan dengan jayanya.. 33. FYP FTKW. Pengkaji juga telah memberi kebebasan kepada responden untuk memilih masa,.

(34) FYP FTKW. BAB 4. DAPATAN KAJIAN. 4.1 Pengenalan. Dalam bab ini pengkaji menjelaskan segala maklumat yang telah diperoleh dan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Bab ini juga penting dalam setiap projek penyelidikan kerana akan menjawab setiap permasalahan kajian dan objektif kajian yang telah dinyatakan sebelum ini. Dapatan kajian ini diperoleh berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pengkaji berdasarkan tiga objektif iaitu yang pertama ialah mengetahui ciri-ciri senibina Istana Singgah Raja reman, yang kedua ialah mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman dan yang terakhir ialah menyiasat isu dan cabaran dalam menjalankan pemuliharaan terhadap banggunan Istana Singgah Raja Reman. Pengkaji telah menjalankan temubual melalui waris Raja Reman daripada keturunan Tuan Lebeh Tuan Jagong yang tinggal di Istana Singgah tersebut mengenai keadaan serta status banggunan yang dikaji. Melalui kajian yang dijalankan ini, cara yang terbaik dan berkesan untuk memelihara Istana Singgah Raja Reman di Pengkalan Hulu di dapat diketahui dengan lebih terperinci. 34.

(35) FYP FTKW. Pengkaji telah pergi ke kawasan kajian iaitu di Kampung Selarong yang berada di Pengkalan Hulu di Perak bagi menjalankan pemerhatian serta menemubual responden di sana iaitu waris Raja Reman. Selain itu, pengkaji juga telah menjalankan kajian literatur dengan mencari maklumat berkaitan senibina bangunan dengan mengkaji buku yang ditulis oleh Mohd. Tajuddin Mohd Rasdi dan Abdul Halim Nasir serta membuat perbandingan dengan banggunan yang dikaji. Temubual dan juga kajian literatur yang dijalankan ini sememangnya sangat membantu pengkaji dalam mendapatkan maklumat yang diinginkan secara lancar dan efisien.. 4.2. Ciri-ciri Seni bina Istana Singgah Raja Reman Seni bina bermaksud kefahaman dan pentafsiran yang berbeza dalam. kalangan arkitek dan juga ahli akademik. Menurut tulisan buku dari Vitruvius yang bertajuk De Architectura (sumber bertulis perihal Seni Bina tertua di dunia), bangunan yang baik haruslah memilik keindahan atau estetika, kekuatan dan kegunaan atau fungsi. Oleh itu, seni bina dapat dikatakan sebagai keseimbangan dan koordinasi antara ketiga unsur tersebut, dan tidak ada satu unsur yang melebihi unsur lainnya. Menurut Dr. Siti Norlizaiha harun, sejarah sesebuah negara dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang masih kekal dimana ia dipengaruhi oleh kaum pendatang yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi senibina bangunan bagi sesebuah kawasan. Oleh itu pengkaji ingin menyentuh mengenai ciri seni bina yang diketengahkan dalam pembinaan Istana Singgah Raja Reman di Hulu Perak. Kajian ini dijalankan kerana untuk memastikan lebih ramai masyarakat mengetahui mengenai seni bina serta kewujudannya. Langkah ini diambil kerana 35.

(36) FYP FTKW. tidak mustahil pada suatu hari nanti banggunan yang mempunyai nilai sejarah ini akan runtuh dengan sendirinya dan lenyap selamanya. Dalam bab ini pengkaji mengfokuskan kepada enam ciri bangunan seperti struktur binaan, susun ataur ruang, bumbung, dinding, ukuran dan kerangka bangunan. 4.2.1 Struktur Binaan Struktur merupakan bahagian-bahagian bangunan yang dipasang antara saru sama lain dengan menggunakan cara penyambungan yang bersesuaian bagi menghasilkan kerangka bangunan yang kukuh. Istana Singgah Raja Reman ini mempunyai tiang seri yang berada di ruang tengah bangunan ini. Pada asasnya bangunan didirikan berpandukan tiang utama yang disebut sebagai tiang seri. Kemudian tiang-tiang sokongan yang lain akan didirikan dan diikat bersama tiang seri supaya proses pemasangan rasuk panjang dan rasuk pendek dapat dijalankan. Pada bahagian bumbung pula, alang panjang, alang pendek, tunjuk langit, tulang bumbung dan kasau jantan dipasang bagi mengukuhkan struktur pemasangan bumbung. Kesemua struktur binaan ini penting untuk memastikan bangunan yang dibina kukuh dan tahan lama.. Rajah 1 : Tiang seri dalam Istana Singgah Raja Reman 36.

(37) FYP FTKW. 4.2.2 Susun atur ruang Banggunan istana singgah ini adalah jenis rumah orang kebanyakan, di mana bangunan ini terdapat dua bahagian utama iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang. Bangunan istana ini tidak mempunyai rumah dapur yang khusus kerana aktiviti memasak dan membasuh dilakukan di bahagian luar rumah. Selepas waris Raja Reman mengambil keputusan untuk tinggal di bangunan istana tersebut mereka telah menjalankan pemambahan rumah dapur dan tandas bagi memastikan keselesaan mereka sekeluarga. Pada bahagian hadapan bangunan terdiri daripada ruang anjung dan ibu rumah. Ruang anjung diletakkan di bahagian kiri dan kanan tangga pintu masuk hadapan Istana Singgah Raja Reman. Kedudukan anjung adalah lebih rendah dari aras ruang ibu rumah dan tidak mempunyai sebarang dinding dan hanya terdapat pagar yang diperbuat dari panel kayu yang berpagar di sekeliling bahagian tepi anjung. Ruang anjung ini digunakan oleh kaum lelaki sebagai tempat untuk berehat dan berbincang. Manakala fungsi untuk ruang ibu pula dikhaskan untuk kaum keluarga sahaja. Ia berfungsi sebagai tempat untuk ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama. Selain itu juga ruang ini juga digunakan khas untuk melayan tetamu dan sebagai tempat makan. Manakala bahagian belakang Istana Singgah pula hanya terdapat ruang bilik iaitu sebanyak lima ruang bilik. Disebbakan bangunan ini merupakan Istana Singgah, maka terdapat banyak ruang untuk beristirehat yang akan membezakan pangkat dan jawatan.. 37.

(38) FYP FTKW. 4.2.3 Bumbung Komponen bumbung direka mengikut iklim sesuatu kawasan bagi memberikan keselesaan kepada penghuni di dalam banggunan apabila berlaku perubahan cuaca. Bentuk, kecerunan dan jenis kemasan yang digunakan boleh mempengaruhi gaya seni bina sesebuah bangunan. Seperti dapat dilihat, kemasan yang digunakan pada Istana Singgah Raja Reman ini adalah jenis atap papan yang disusun menggunakan sistem kasau atau bumbung kayu senggora iaitu pengaruh dari Thailand, dan telah ditambah lapisan atas bumbung menggunakan jenis asbestos. Kedudukan banggunan dan bumbung juga dibina mengikut pergerakan matahari bagi memastikan pancaran matahari tidak masuk secara terus ke dalam bangunan. Bangunan Istana Singgah Raja Reman ini dibina secara melintang dimana pintu masuk menghadap matahari terbit. Oleh sebab itu, bumbung Istana Singgah ini menggunakan unjuran bumbung yang panjang bagi membantu melindungi daripada pancaran terik matahari pada waktu pagi serta tempias hujan yang lebat daripada masuk kedalam Istana melalui pintu hadapan. Perlindungan daripada unjuran tersebut membolehkan pintu sentiasa dibuka walaupun dalam keadaan hujan lebat dan panas terik.. 38.

(39) FYP FTKW Rajah 2 : Kemasan atap dari susunan papan kayu. Rajah 3 : bumbung jenis asbestos. 4.2.4 Dinding Pada bahagian dinding pula, pengkaji mendapati bahawa bahagian dinding menggunakan sistem panel di mana setiap dinding mempunyai bingkai masing-masing untuk memastikan dinding yang dipasang lebih 39.

(40) FYP FTKW. kemas dan kukuh. Dinding diperbuat daripada papan yang disusun secara melintang menggunakan konsep bertindih bagi memastikan dinding Istana Singgah ini lebih kukuh. Mengikut fasad rumah tradisional melayu, jumlah bukaan pada bahagian dinding adalah banyak dan besar iaitu dari paras lantai sehingga ke siling rumah. Disebabkan tidak terdapat ukiran tembus yang menghiasi dinding Istana Singgah ini bagi membantu peredaran keluar angin, tingkap adalah satu-satunya komponen yang membantu mengawal peredaran udara di dalam banggunan. Oleh itu, tingkap banyak dibina dan keringgian tingkap dibina mengikut kesesuaian dengan paras badan peghuni. Keluasan dan bukaan pada bahagian dinding yang banyak membantu untuk mengaktifkan proses peredaran udara sejuk bagi menyalur keluar udara panas di dalam rumah.. Rajah 4 : bahagian sisi Istana Singgah Raja Reman. 40.

(41) FYP FTKW Rajah 5 : Dinding Istana Singgah Raja Reman. 4.2.5 Ukiran Ukiran merupakan seni perhiasan yang banyak terdapat pada bahagian bangunan lama terutama dalam pembinaan rumah dalam kalangan masyarakat melayu. Kebiasaannya ukiran banyak terdapat di tangga, dinding, beranda, dan bumbung rumah. Ukiran bukan hanya sekadar seni perhiasan malah ukiran juga berfungsi dalam menggalakkan pengudaraan dan pencahayaan bagi sesebuah bangunan. Walau bagaimanapun, bangunan Istana Singgah Raja Reman ini tidak mempunyai banyak ukiran pada struktur bangunannya dan hanya terdapat ukiran ringkas pada bahagian tumpu kasau. Tumpu kasau adalah papan perhiasan yang berukir yang diletakan di ucuran atap untuk menutup hujung kayu kasau.. 41.

(42) FYP FTKW. Rajah 6 : Ukiran pada tumpu kasau 4.3. Tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman Kemusnahan sesuatu banggunan seperti musnahnya satu bukti yang dapat. membuktikan sejarah perkembangan sesuatu masyarakat dan sesuatu tempat. Selain dari itu, kehilangan banggunan lama juga seperti hilanglah rujukan yang penting dalam aspek pembinaan banggunan dengan gaya yang unik dan mungkin tidak dapat dilihat lagi oleh ganerasi yang akan datang. Oleh itu, bagi memastikan banggunan yang mempunyai nilai sejarah dapat bertahan lebih lama individu yang bertanggungjawab mestilah mempunyai kefahaman yang jelas mengenai kerjakerja pengekalan serta pemuliharaan ini agar usaha yang dilakukan dapat dicapai. Melalui hasil temubual bersama Tengku Syed Zahirudin mendapati bahagian banggunan Istana Singgah tersebut masih dalam keadaan asal tidak dirobohkan mana-mana bahagian dan hanya membuat penambahan banggunan baharu pada bahagian sisi istana tersebut. Penambahan bahagian banggunan tersebut itu adalah merupakan bahagian dapur yang dibina untuk keselesaan isteri beliau serta kekeluarga. Walaupun bahagian banggunan baharu tersebut menggunakan bahan moden seperti tiang serta dinding konkrit, tetapi rupa bentuk asal banggunan Istana Singgah adalah seperti asal serta bahan yang digunakan pada banggunan istana tersebut juga adalah bahan asal. 42.

(43) FYP FTKW. 4.3.1 Rekabentuk Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka rekabentuk membawa maksud rancangan yang menunjukan susunan, struktur atau aspek binaan. Rekabentuk juga adalah proses dalam membuat dan menciptakan objek baru yang mengambil kira banyak aspek seperti fungsi dan estetika. Dalam bahagian ini pengkaji menghuraikan tahap pengekalan rekabentuk bangunan Istana Singgah Raja Reman dari segi susun atur ruang bangunan, bahagian alang dan tiang, serta orentasi bangunan. I.. Susun atur ruang. Rajah 7 : Plan lantai Istana Singgah Raja Reman Pembahagian ruang dalam sesuatu bangunan melambangkan salah satu karakter sesebuah bangunan bersejarah sama ada dipengaruhi oleh kawasan setempat mahupun pengaruh dari budaya asal yang dibawa bersama. Jika dilihat 43.

(44) FYP FTKW. daripada persembahan ruang bangunan Istana Singgah Raja Reman ini ia menunjukkan beberapa ruang yang kebiasaannya terdapat pada susun atur ruang rumah melayu. Bangunan istana ini mempunyai tiga ruang iaitu serambi, rumah ibu dan bilik. Bangunan Istana Singgah ini tidak mempunyai ruang dapur yang khusus dan menurut hasil temu bual bersama waris Raja Reman yang tinggal di Istana Singgah ini beliau telah membuat penambahan bahagian dapur pada bahagian kanan Istana Singgah ini bagi memberi keselesaan kepada isteri dan ahli keluarganya. Walaupun terdapat penambahan bahagian bangunan Istana, tetapi susun atur ruang Istana yang asal masih lagi dikekalkan. II.. Pintu. Rajah 8 : Keadaan bingkai pintu pada Istana Singgah Raja Reman Pintu merupakan salah satu struktur utama bangunan dimana pintu menjadi struktur yang pertama dilihat semasa ingin memasuki bangunan. Oleh sebab itu, dalam memelihara bangunan warisan pintu menjadi salah satu habagian yang perlu diutamakan kerana faktor keselamatan. Bangunan yang lama terutama bangunan yang menggunakan bahan binaan organik akan mengalami pereputan 44.

(45) FYP FTKW. dan mungkin terdapat bahagian kayu yang akan runtuh dan terdapat serpihan yang tajam. Melalui gambar diatas, dapat dilihat keadaan bingkai pintu yang mengalami pereputan disebabkan serangga perosak. Walau bagaimanapun, keadaan rekabentuk pintu masih lagi dalam keadaan asal dan hanya mengalami sedikit pereputan serta pengelupasan cat.bahagian pintu yang rosak tidak diganti dengan bahagian lain dan dikekalkan.. III.. Tingkap. Rajah 9 : Tingkap asal pada bangunan Istana Singgah Raja Reman. 45.

(46) FYP FTKW Rajah 10 : Keadaan tingkap selepas diganti Sebahagian tingkap pada bangunan Istana Singgah Raja Reman mengalami kerosakan dan telah digantikan dengan tingkap baharu. Tingkap yang diperbuat daripada bahan organik iaitu kayu akan mengalami pereputan dan jika tidak bernasih baik akan terus reput dan hilang. Terdapat sebahagian tingkap yang masih dalam keadaan asal dan hanya mengalami pengelupasan cat dan terdapat sebahagian tingkap mengalami pereputan dan hilang. Bahagian tingkap yang telah reput dan hilang telah digantikan dengan tingkap jenis bingkai besi yang menggunakan cermin berbanding jenis asal adalah jenis kayu dan tidak menggunakan cermin. Hal ini akan menyebabkan hilangnya nilai kerana mengubah sebahagian bangunan dengan mengunakan barang ganti yang tidak mempunyai bentuk serta bahan yang sama dengan yang asal.. 46.

(47) FYP FTKW. IV.. Tangga. Rajah 11 : Keadaan tangga pada bangunan Istana Singgah Raja Reman Keadaan tangga pada bangunan Istana Singgah Raja Reman telah digantikan dengan tangga jenis konkrit. Menurut gambar lama yang tersimpan di dalam Istana Singgah Raja Reman ini, tangga yang asal pada bangunan Istana Singgah ini adalah tangga yang diperbuat dengan menggunakan bahan organik iaitu kayu. Disebabkan oleh tangga sering digunakan dan diperbuat daripada kayu menyebabkan tangga tersebut mengalami kerosakan dan telah digantikan dengan tangga jenis konkrit. Seperti yang dapat dilihat pada bangunan Istana Singgah Raja Reman sekarang tangga telah ditukar sepenuhnya kepada tangga konkrit.. 47.

(48) FYP FTKW. V.. Alang dan tiang. Rajah 12 : Tiang seri yang menjadi tiang asas utama pada bangunan Istana Singgah Raja Reman Istana Singgah Raja Reman ini menggunakan kerangka binaan sistem tiang beralang. Gambar menunjukan tiang seri yang merupakan tiang utama yang menjadi panduan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Tiang seri akan didirikan terlebih dahulu kemudian akan diikuti dengan tiang asas yang lain yang akan dipasang antara satu dengan yang lain. Alang pengiat digunakan dalam pembinaan Istana Singgh Raja Reman ini kerana pemasangan alang pengiat sangat tahan dan kuat. Walau bagaimanapun hingga ke hari ini penggunaan tiang dan alang pada bangunan Istana singgah Raja Reman ini masih dalam keadaan asal dan dipelihara dengan baik.. 48.

(49) FYP FTKW. VI.. Orentasi. Pembinaan Istana Singgah Raja Reman ini dipengaruhi oleh dua elemen iaitu pencahayaan dan juga penghawaan. Dua elemen ini sangat penting bagi memastikan keselesaan penghuni di dalam sesebuah bangunan. Hasil tinjauan pengkaji terhadap bangunan Istana Singgah Raja Reman mendapati bahawa dua elemen yang digunakan dalam pembinaan bangunan ini masih lagi dikekalkan seperti asal. Istana Singgah Raja Reman ini dibina dengan mempunyai banyak tingkap yang memiliki bukaan yang luas bagi membenarkan udara serta angin keluar dan masuk ke dalam bangunan. Dengan ini, keadaan suhu di dalam bangunan lebih selesa dan tidak panas. Selain itu, binaan bangunan Istana Singgah Raja Reman ini juga dibina dengan bahagian bukaan tingkap tidak menghadap terbitnya matahari dan juga terbenam matahari agar tidak mendapat pancaran langsung matahari.. 4.3.2 bahan binaan Secara keseluruhannya bahan binaan yang digunakkan dalam membina Istana Singgah Raja Reman ini adalah mengunakan kayu. Konkrit dan simen hanya digunakan untuk membuat tapak tiang bagi mengelakkan anai-anai naik ke tiang. Walau bagaimanapun, peredaran masa telah mengubah serba sedikit struktur kayu yang bersifat organik menjadi reput dan rosak. Pada asalnya tangga Istana Singgah Raja Reman ini diperbuat dengan menggunakan kayu papan dan telah digantikan dengan bahan lain iaitu konkrit. Penggunaan bahan yang berbeza dengan bahan asal sesuatu bangunan bersejarah akan menyebabkan hilangnya nilai dan juga identiti sesebuah bangunan bersejarah.. 49.

(50) FYP FTKW. Selain itu, bahagian bumbung juga telah diganti dengan bumbung jenis asbestos. Pada asalnya bumbung Istana Singgah Raja Reman ini adalah menggunakan bumbung daripada susunan papan kayu. Kayu disusun secara bertindih dan rapat agar tidak berlaku kebocoran apabila hari hujan. Kayu yang digunakan juga adalah kayu yang terpilih yang mempunyai ciri-ciri sesuai digunakan dalam membuat bumbung bangunan contohnya seperti kayu berlian. Pada zaman sekarang untuk mendapatkan kayu seperti kayu berlian untuk membuat bumbung bangunan adalah sangat sukar, dan jika terdapat bekalan bumbung tersebut berkemungkinan harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi dan akan menyebabkan Tengku Syed Zahirudin menanggung kos yang tinggi untuk membaiki bumbung Istana Singgah Raja Reman. Oleh sebab itu, penggunaan bumbung jenis asbestos digunakan olehnya dan bahagian bumbung kayu yang masih kuat tidak ditanggalkan bagi memperlihatkan jenis bumbung asal yang digunakan pada bangunan Istana Singgah Raja Reman.. 4.4. Isu dan Cabaran Dalam Pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman Isu dan cabaran membawa maksud masalah yang dihadapi semasa dalam. menjalakan sesuatu pekerjaa. Masalah yang timbul menghalang sesuatu tujuan yang diinginkan tidak tercapai. Pemuliharaan dan pemeliharaan banggunan warisan perlu dilakukan kerana ia mempunyai makna serta sejarah yang boleh menjadi ikhtibar dan juga panduan kepada ganerasi yang akan datang untuk menjalankan penyelidikan, rujukan serta kajian mengenai sejarah yang berlaku menerusi banggunan bersejarah ini. Selain itu, banggunan bersejarah juga mampu menjadi tarikan pelancong seperti Kota A’Famosa, Bangunan Sultan. 50.

(51) FYP FTKW. Abdul Samad, Kota Cornwallis, tapak kaki Hang Tuah, Istana Kellis, Penjara Pudu dan Bangunan Stadhuys yang menjadi tarikan selepas banggunan tersebut dipulihara dengan baik. Namun begitu, dalam proses pemuliharaan dan pemeliharaan banggunan ini terdapat banyak isu, halangan serta cabaran bagi memastikan sesuatu banggunan itu dapat dipulihara dengan baik dan menjadi daya tarikan. Hal dini dikatakan demikian kerana banggunan yang telah lama ini mempunyai banyak kerosakan dan terdapat bahan yang telah rosak dan hilang. Oleh itu, rupa bentuk asal sesebuah banggunan tersebut mungkin akan sukar dikenalpasti dan akan menyukarkan proses pemuliharaan sesebuah banggunan. Dalam usaha untuk memulihara dan memelihara Istana Singgah Raja Reman ini, sangat diperlukan pembaikan yang dibuat adalah berdasarkan rupa, fungsi dan bentuk asal banggunan agar nilai sejarah dan identiti banggunan tersebut tidak hilang.. 4.4.1 masalah dokumentasi Pendokumentasian meurupakan perkara yang sangat penting kerana ia adalah bukti sejarah yang bertulis dan jelas. Terdapat banyak peradaban besar dunia telah mendokumentasikan mengenai peradaban-peradaban lama yang sangat jelas seperti Mesir, Yunani, Romawi, Cina atau India. Terdapat banyak sejarah peradaban Melayu yang tidak mempunyai bukti sejarah yang tertulis dan kukuh seperti sejarah pemerintahan Kerajaan Reman di Hulu Perak. Dalam usaha untuk memulihara banggunan Istana Singgah Raja Reman ini, gambar banggunan asal dan pelan banggunan yang asal amatlah penting bagi memastikan kerja pemuliharaan dan pembinaan semula banggunan istana ini dapat dijalankan dengan baik dengan 51.

(52) FYP FTKW. mengekalkan rupa bentuk asal banggunan. Menurut waris Raja Reman Tengku Syed Zahirudin tiada dokumen yang disimpannya yang menunjukan gambaran plan asal banggunan Istana tersebut dan hanya mempunyai gambar banggunan dari pandangan hadapan sahaja. Dalam menjalankan kajian terhadap dokumentasi banggunan, bahagian yang dikaji adalah seperti bahagian banggunan, sistem struktur serta kaedah pembinaan banggunan Istana Singgah ini.. 4.4.2 Kos dan peruntukan Dalam menjayakan usaha memulihara dan memelihara Istana Singgah Raja Reman ini memerlukan sumber keuwangan yang tinggi bagi menampung kos membeli barang ganti, kontraktor, arkitek, juru ukur bangunan, juru ukur bahan, dan konservator bangunan yang digunakan semasa dalam proses membaikpulih banggunan bersejarah ini. Hasil temubual bersama waris Raja Reman yang tinggal disana mendapati bahawa setakat ke hari ini masih belum ada pihak yang tampil untuk bekerjasama dan memberi dana untuk membaikpulih serta memulihara banggunan Istana Singgah Raja Reman ini. Beliau sendiri tidak mempunyai dana dan sumber keuwangan yang secukupnya bagi menjalankan proses membaik pulih bangunan ini. Hal ini kerana kos yang diperlukan untuk membaik pulih banggunan ini seperti asal memerlukan kos yang sangat tinggi kerana bahan yang digunakan adalah sukar didapati pada zaman sekarang. 4.4.3 kesukaran mendapatkan barang ganti Barangan ganti yang digunakan untuk membaikpulih istana ini memerlukan barangan ganti yang sama tanpa mengubah bentuk asal istana. Untuk. 52.

(53) FYP FTKW. mendapatkan barangan ganti yang sama dengan rupa asal, ia memerlukan tempahan khas bagi mendpatkan rupa seperti yang asal pada Istana Singgah Raja Reman. Selain itu, dalam proses memulihara banggunan Istana Singgah ini juga, pemilihan produk yang mempunyai kualiti juga sangat penting. Penggunaan produk yang kurang berkualiti tidak boleh diabaikan kerana ianya mungkin akan menyebabkan bangunan Istana Singgah Raja Reman ini kehilangan nilai estetika kerana bangunan ini merupakan satu peninggalan yang sangat penting. Pada zaman yang serba moden sekarang ini memang sangat sukar untuk mendapatkan bahan ganti seperti yang asal digunakan seperti jenis kayu dan jika dijumpai ianya mungkin memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatnya. 4.5. Penutup Kesimpulannya, Istana Singgah Raja Reman ini perlulah dipelihara dengan baik. kerana ia mempunyai nilai sejarah yang penting sama ada bagi masyarakat setempat mahupun negara. Sejarah penaklukan Kerajaan Reman ini perlu diingati dan perlu diambil pengajaran bagi memastikan ganerasi akan datang dapat mengetahui dan mengenali asal usul keturunan mereka. Justeru itu, hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya dalam memastikan bangunan Istana Singgah Raja Reman ini dipelihara dan dilindungi. Selain itu juga, usaha memulihara serta memelihara Istana Singgah Raja Reman ini adalah untuk memartabatkan lagi nilai warisan tapak dan bangunan istana tersebut yang bertujuan untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk aset yang terus dipelihara untuk tatapan generasi yang akan datang.. 53.

(54) FYP FTKW. BAB 5. PERBINCANGAN, CADANGAN & KESIMPULAN. 5.1 Pengenalan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dan pengkaji membuat rumusan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam kajian ini. Selain itu, dalam bab ini juga pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian ini. Cadangan yang dikemukanan tersebut mungkin dapat membantu penyelidik pada masa hadapan dalam merangka perancangan untuk menjalankan kajian berkaitan Istana Singgah Raja Reman ini. Bagi memastikan matlamat pengkaji dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah Istana Singgah Raja Reman ini tercapai, usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak amatlah diperlukan.. 5.2 Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang diperolah berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji kepada responden semasa menjalankan temubual. Soalan-soalan dan perbincangan yang diajukan adalah berdasarkan ketiga-tiga objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji. 54.

(55) FYP FTKW. 5.2.1 Analisis Objektif Satu : Mengetahui ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman. Secara umumnya, hasil kajian yang dijalankan melalui objektif kajian yang pertama ini dapat menerangkan ciri-ciri bangunan Istana Singgah Raja Reman melalui ciri seperti struktur binaan, susun ataur ruang, bumbung, dinding, ukuran dan kerangka bangunan. Dengan menggunakan kaedah kajian seperti pemerhatian, temubual serta merujuk kajian kepustakaan membantu pengkaji dalam memperoleh maklumat yang sahih berkaitan ciri Istana Singgah Raja Reman ini. Walaupun begitu, analisi yang dijalankan dalam mengenalpasti ciri senibina yang diterapkan dalam pembinaan Istana Singgah Raja Reman adalah sangat mencabar disebabkan bangunan Istana Singgah Raja Reman ini tidak menerapkan banyak pengaruh sama ada pengaruh dari Thailand ataupun pengaruh Melayu. Bangunan ini dibina serba ringkas kerana bangunan ini jarang digunakan dan hanya menjadi tempat persinggahan Raja Kerajaan Remaan.. 5.2.2 Analisis Objektif Dua : Mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman. Berdasarkan hasil dapatan kajian, hampir 90% keadaan dan reka bentuk Istana Singgah Raja Reman masih dikekalkan dan dalam keadaan asal. Terdapat sedikit penambahan bahagian bangunan yang dilakukan oleh waris Raja Reman iaitu penambahan bahagian dapur bagi menjamin keselesaan mereka sekeluarga sepanjang tinggal di Istana Singgah Raja Reman. Selepas itu, bumbung pula terdapat pertukaran bahan iaitu bumbung asal yang merupakan atap jenis genting ditukarkan kepada atap jenis asbestos kerana bahan asal sudah susah untuk diperoleh. Bumbung yang asal digunakan pada Istana Singgah Raja Reman. 55.

(56) FYP FTKW. adalah bumbung yang diperbuat daripada kayu yang disusun menggunakan sistem kasau. Selain itu, pada bahagian tingkap pula terdapat sebahagian tingkap telah diganti dengan tingkap bingkai besi yang menggunakan besi nako dan cermin. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan ganti yang sama dengan bahan asal adalah sangat penting dalam proses pemuliharaan bangunan warisan kerana ia akan membantu dalam mengekalkan nilai sesebuah bangunan bersejarah. Penggunaan bahan yang lain dan rupa bentuk yang tidak sama dengan yang asal juga akan merosakan pemandangan bangunan warisan dan hilangnya nilai penting sesebuah bangunan bersejarah.. 5.2.3 Analisis Objektif Tiga : Menyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan terhadap Istana Singgah Raja Reman ini, terdapat banyak isu serta cabaran yang timbul dalam usaha untuk memulihara Istana Singgah ini. Usia bangunan istana ini yang telah lebih 100 tahun dapat memberi gambaran awal bahawa penggunaan bahan binaan seperti yang asal digunakan adalah sangat sukar untuk didapati pada zaman sekarang. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan kerja memulihara bangunan lama dapat dijalankan dengan baik adalah dengan menggunakan bahan yang hampir sama dengan bahan asal. Untuk mendapatkan bahan yang sama seperti barang asal memerlukan tempaham khusus dibuat dan memerlukan kos yang tinggi. Menurut waris Raja Reman yang tinggal di Istana Singgah tersebut, beliau tidak mempunyai sumber kuwangan yang khusus untuk menampung kos membeli bahan ganti bagi membaiki Istana Singgah Raja Reman ini.. 56.

(57) FYP FTKW. 5.3 Rumusan Hasil daripada analisis kajian yang dijalankan mendapati bahawa kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipelihara adalah bersesuaian dan berhasil. Melalui kaedah temubual dan juga pemerhatian yang dijalankan sepanjang kajian ini adalah sangat membantu dalam mencapai ketiga-tiga objektif. Segala makumat yang diperlukan dalam melengkapkan kajian ini diperoleh berdasarkan kaedah temubual bersama waris Raja Reman dan juga pemerhatian semasa berada di kawasan kajian. Selain itu juga, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan iaitu merujuk artikel serta kajian lepas berkaitan senibina bangunan bagi mengukuhkan lagi kenyataan berkaitan tajuk kajian ini.. 5.4 Cadangan Istana Singgah Raja Reman ini merupakan salah satu bukti sejarah penaklukan Kerajaan Siam di Tanah Melayu yang masih kukuh berdiri di kawasan Pengkalan Hulu. Istana Singgah Raja Reman ini juga adalah salah satu aset warisan yang harus dipelihara kerana ia boleh dijadikan produk perlancongan bersejarah yang perlu diketahui oleh orang ramai sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti berkaitan Istana Singgah Raja Reman ini untuk kajian di masa hadapan dalam usaha untuk memelihara bangunan bersejarah ini. I.. Melakukan pendokumentasian penuh Istana Singgah Raja Reman. Pengkaji berharap agar pada masa hadapan akan ada pengkaji baharu yang. akan menjalankan pendokumentasian secara keseluruhan terhadap Istana. 57.

(58) penting dalam merekod serta mencatat bukti-bukti yang penting yang akan menjadi bukti yang kukuh pada masa akan datang dan bukannya hanya cerita melalui mulut sahaja. Dokumentasi terhadap bahagian bangunan, sisitem struktur dan kaedah pembinaan amat penting kerana ia merupakan bukti fizikal yang dapat dilihat mempunyai karakteristik sesuatu pemikiran seni bina. II.. Menjadi Bukti Sejarah Pengkaji berharap agar Istana Singgah Raja Reman ini dapat dikekalkan. kerana warisan tidak ketara yang tidak dijaga dengan baik akan pupus tanpa disedari dan ianya merupakan satu perkara yang amat merugikan. Pengkaji berharap agar Istana Singgah Raja Reman ini akan menjadi tempat yang akan dilawati kerana Istana Singgah ini mempunyai nilai sejarah dan juga merupakan bukti penaklukan kawasan di Pengkalan Hulu oleh Kerajaan Siam pada suatu ketika dahulu. Pengkaji juga berharap agar Istana Singgah Raja Reman ini menjadi bukti sejarah yang kekal dan menjadi bahan rujukan ilmiah kepada para pengkaji lain serta masyarakat tempatan.. 58. FYP FTKW. Singgah Raja Reman ini. Pendokumentasian merupakan proses yang sangat.

(59) FYP FTKW. 5.5 Penutup Kesimpulannya, sesebuah bangunan bersejarah itu mempunyai cerita serta sejarah disebaliknya. Walaupun negara kini mempunyai banyak bangunan pencakar langit yang serba mewah untuk dilawati, namun bangunan yang lama serta mempunyai nilai sejarah ini perlulah dipelihara kerana ianya juga boleh menjadi satu tarikan untuk dilawati. Tambahan pula, bangunan bersejarah ini telah mempunyai umur lebih sedekat lamanya dan menjadikan ia bangunan lama yang masih berdiri kukuh. Perkara ini dapat menarik minat pelancung terutama sekali pelancong yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah dan juga peminat senibina bangunan. Bangunan bersejarah ini amat penting bagi sesebuah kawasan mahupun negara kerana bangunan ini merupakan bukti sejarah yang melambangkan budaya dan asal usul bagi sesebuah kumpulan atau sesuatu penempatan. Oleh itu, dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah Istana Singgah Raja Reman ini peruntukan serta sumbangan modal sama ada dari pihak kerajaan ataupun NGO amatlah diperlukan kerana kos untuk menyelenggaraan bangunan bersejarah ini amatlah tinggi. Jika usaha memulihara bangunan Istana Singgah Raja Reman ini tidak dipandang serius maka bangunan yang mempunyai nilai sejarah ini akan terus reput dan terus hilang sekaligus Malaysia juga akan kehilangan sebuah khazanah yang sangat bernilai. Pengkaji berharap agar Istana Singgah Raja Reman ini dapat terus dijaga supaya terus bertahan dalam jangka masa yang lebih panjang untuk tatapan ganerasi yang akan datang.. 59.

(60) FYP FTKW. RUJUKAN Abidah, U. (2019). Apa itu Kajian Literatur. https://www.pascasiswazah.com/apaitu-kajian- literatur/ Ahmad, D. A. G. (n.d.). Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di Malaysia. http://www.hbp.usm.my/conservation/SeminarPaper/NGAH1.html DBP. (n.d.). PEMULIHARAAN. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemuliharaan&d=175768& Din, C. (2019). Kerajaan Reman, Kerajaan Yang Pernah Wujud Di Perak. https://orangkata.my/sejarah/kerajaan-reman-kerajaan-yang-pernah-wujuddi-perak/ Dolasoh, D. J. (2017). Istana kayu lebih 100 tahun. MyMetro. https://api.hmetro.com.my/node/208453 HARUN, D. S. N. (2005). SEJARAH DAN PENGARUH SENIBINA. Artikel Dalam Buletin Perancang, JPBD, UiTM Perak. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/810049%0Ahttp://doi.wiley.com/10.100 2/anie.19 7505391%0Ahttp://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B978085709040 9500205 %0Ahttp://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21918515%0Ahttp://www.cabi.org/ cabeboo ks/ebook/20083217094 Hidayah, P. N. (2011). PENGENALAN KEPADA SEJARAH SENIBINA. https://www.slideshare.net/shahrilkhairi/01-introprehistoric 60.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN