• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 501 – Konvensi, Tipainduk dan Tema-Tema Kesusasteraan Asia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 501 – Konvensi, Tipainduk dan Tema-Tema Kesusasteraan Asia "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HKB 501 – Konvensi, Tipainduk dan Tema-Tema Kesusasteraan Asia

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan : DUA dari Bahagian A dan DUA dari Bahagian B.

Soalan 6 dan soalan 7 adalah soalan pilihan.

Bahagian A

1. Penulisan Sejarah Melayu / Sulalatus Salatin tidak sahaja disusun dalam kerangka kedudukan arkitaipal raja dari pengaruh Hindu tetapi juga tercerna dalam pemikiran Islam tentang raja selaku zillullah fi alam.

Berdasarkan pernyataan ini, beri suatu tafsiran tentang faktor-faktor yang membawa kepada zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka.

2. Tindakan Rostam membunuh anaknya Sohrab seperti tergambar dalam Shahnameh menimbulkan pelbagai keraguan terhadap kedudukanRostam selaku wira nasional masyarakat Parsi. Bincangkan pandangan ini dengan membandingkannya dengan peristiwa-peristiwa yang mempunyai tema yang hampir sama seperti terdapat dalam tradisi Melayu.

…2/-

(2)

- 2 - [HKB 501]

3. Sebahagian besar daripada hikayat dan epik yang hidup subur dalam tradisi kesusasteraan Asia diwarnai dengan konvensi plot romans yang sama. Dengan mengambil contoh-contoh daripada beberapa buah karya romans masyarakat Asia yang bersesuaian, bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada persamaan plot romans tersebut dan ciri-ciri khusus bagi romans sesuatu masyarakat itu.

Bahagian B

4. Pilih dua cerita yang bertemakan sumbang mahram, satu dari Nusantara dan satu lagi daripada Asia Besar. Perlihatkan ciri persamaan cerita-cerita tersebut dari sudut persepsi kebudayaannya. Kemudian bincangkan sebab-sebab yang membezakan kedua-dua cerita tersebut dengan konsepsi pengkritik Barat terhadap sumbang mahram yang berlaku dalam Oedipus.

5. Antara cerita-cerita Nabi dalam Al-Quran, kisah Nabi Yusuf mendapat perhatian ramai penulis untuk ditulis semula sebagai hasil kesusasteraan.

Bincangkan kekurangan yang lahir daripada transformasi ini dari sudut amanat dan kesan yang mahu disampaikan oleh kitab suci ini.

SAMA ADA

6. Mathnawi karya Jalaluddin Rumi adalah sebuah hasil klasik bertemakan cinta murni seorang salik kepada Khaliqnya. Dengan contoh-contoh yang jelas bincangkan keterampilan karya agung ini.

ATAU

7. Manteq at-Tair adalah renungan Farid ud-Din Attar tentang jalan mujahadah bagi seseorang untuk menemui Kekasihnya. Bincangkan tentang ujian-ujian yang dihadapi setiap orang yang berkehendakkan pertemuan yang abadi ini.

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang bertepatan daripada karya tersebut..

Dengan meneliti dua buah karya Asia, satu daripada Nusantara clan satu daripada Tanah Besar Asia dalam tema yang sama, bahaskan kesesuaian teori tersebut untuk diaplikasikan kepada

"Komunikasi lnterpersonal adalah proses pertukaran simbol atau isyarat yang mewujudkan makna dalam konteks interaktif di kalangan beberapa orang." (Morreale,

(b) Dengan memberikan dua contoh untuk polimer penyediaan dan sifat-sifat untuk polimer tersebut.. (b) Bincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi membran

Dengan mengemukakan contoh-contoh yang bersesuaian daripada mana-mana karya Kesusasteraan Filipina, huraikan teknik-teknik penyampaian pengarang moden, yang dapat meninggalkan kesan

Berdasarkan huraian yang berkenaan, bincangkan kisah hubungan manusia dengan makhluk alam kayangan seperti yang terdapat di dalam The Tale of Prince Sammutakote.. Nyatakan juga dua

Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang bersesuaian, jelaskan bagaimana anda boleh kaitkan ilmu Kesusasteraan Bandingan dengan unsur-unsur kesarwajagatan dalam karya

Dengan mengemukakan contoh-contoh adegan dan peristiwa yang bersesuaian, bincangkan secara kritis plot hikayat ini dalam menjayakan mahupun mengagalkan misi penggembaraan