• Tiada Hasil Ditemukan

HGF 328 – Geomorfologi dan Hidrologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HGF 328 – Geomorfologi dan Hidrologi "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HGF 328 – Geomorfologi dan Hidrologi

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Jawab Soalan No. 1 yang diwajibkan dan TIGA soalan lain. Jawab sekurang-kurangnya SATU soalan dari setiap Bahagian B dan C.

Bahagian A

1. [a] Merujuk kepada Jadual 1, huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam pengukuran luahan sungai.

[5 markah]

[b] Plot keratan rentas dan isogaris halaju (isovel). [8 markah]

[c] Kira luahan sungai. [12 markah]

…2/-

(2)

- 2 - [HGF 328]

Jadual 1: Cerapan data keratan rentas dan halaju aliran sungai

Lebar sungai (cm)

Kedalaman (cm)

Halaju permukaan

(cm/s)

Halaju paras bawah berhampiran dengan dasar

(cm/s)

0 0 0 0

50 5 2 -

100 26 8 -

150 37 16 8

200 48 24 10

250 89 34 15

300 180 55 28

350 127 45 17

400 74 12 6

450 24 4 -

500 2 0 0

Bahagian B

2. [a] Dengan berpandukan satu kajian kes lembangan saliran, huraikan ciri-ciri lembangan yang mempengaruhi luahan dari lembangan tersebut.

[10 markah]

[b] Huraikan faktor-faktor sementara yang mempengaruhi tindak balas proses di dalam lembangan saliran.

[15 markah]

3. [a] Huraikan bagaimana kerpasan mempengaruhi tindak balas proses di dalam lembangan saliran.

[10 markah]

[b] Huraikan 3 cara mengira hujan kawasan dengan memberi contoh pengiraan hipotetikal.

[15 markah]

4. Huraikan dengan memberi contoh kajian saintifik, beberapa kesan tindakan manusia dalam mengubah air larian dan kesan hakisan dan pemendapan di dalam lembangan saliran.

[25 markah]

…3/-

(3)

- 3 - [HGF 328]

Bahagian C

5. Merujuk kepada 3 jenis habitat utama dalam zon pinggir pantai bincangkan keunikan ciri geomorfologi setiap jenis habitat tersebut.

[25 markah]

6. SAMA ADA

[a] Huraikan secara terperinci proses pembentukan jenis-jenis terumbu karang mengikut teori Charles Darwin (1842).

[15 markah]

[b] Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan terumbu karang mengikut teori tersebut.

[10 markah]

ATAU

Bincangkan proses-proses yang mencirikan taburan tipikal sedimen di zon pinggir pantai dan marin.

[25 markah]

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sistem ramalan dan amaran banjir yang dilengkapi dengan stesen telemetri telah disediakan untuk lapan (8) buah lembangan sungai iaitu Sg. Kinabatangan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai,

Kajian awal ini juga adalah untuk menlihat perkaitan antara pembangunan tanah dengan perubahan kualiti air sungai di Lembangan Sungai Belatop yang mendatangkan masalah

JABATAN INI MERUPAKAN ORGANISASI YANG MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR TANAMAN PADI, PENGURUSAN BANJIR, PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI, PENGURUSAN

mengukur luahan sungai, huraikan kaedah persampelan dan pengukuran dan pengolahan data berdasarkan kajian lapangan yang pernah anda jalankan?. [25

Tepubina bandar telah dirujuk sebagai petunjuk bersepadu (integrative indicator) di dalam pengurusan bersepadu lembangan saliran (Brun & Band, 2000; Environment Protection

Berpandukan gambarajah yang sesuai, bincangkan secara ringkas interaksi gelombang cahaya yang berlaku dalam setiap fasa tersebut.. Huraikan secara ringkas ciri-ciri

[a] Merujuk kepada Lampiran 1, pilih salah satu kaedah untuk menganalisis data taburan hujan dalam kawasan tersebut..