• Tiada Hasil Ditemukan

EVO REHAB USAHA INOVASI KREATIF BANTU PESAKIT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "EVO REHAB USAHA INOVASI KREATIF BANTU PESAKIT"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, 17 Mei 2015 - Reka cipta dan inovasi oleh kumpulan EVO Rehab yang ditubuhkan melalui Unit Pemulihan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (HUSM) pada 3 Januari 2013 dan dianggotai sembilan orang ahli yang menggunakan motto "Adaptasi bersama Evolusi" yang mereka cipta projek Lolimex (Lower limb exerciser), sebagai alat senaman bagi menguatkan anggota bawah semasa rawatan pemulihan pesakit Arthritis, kecederaan sukan, strok dan kes kepatahan dengan harga yang murah, mudah dikendalikan, mesra pelanggan dan mudah alih.

Unit Pemulihan Perubatan HUSM banyak membantu pesakit dengan reka cipta dan inovasi yang kreatif yang unik, mudah dan bernilai secara berterusan sejak 1997.

Pemangku Ketua Unit Pemulihan, Mohd Zamani Mamat berkata, mereka berusaha mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di tempat kerja, melakukan transformasi untuk kecemerlangan, empati pada pelanggan dan melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan dan pengurusan yang membawa kepada penerokaan rekacipta inovasi baharu.

"Lolimex contohnya dapat membantu pesakit dalam mengelak komplikasi yang mungkin berlaku seperti kekerasan pada sendi dan kelemahan pada otot kerana kos yang tinggi, saiz yang terlalu besar dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran pengendalian oleh pesakit apabila menggunakan peralatan sedia ada," kata Zamani.

Tambahnya lagi, reka cipta baharu ini mampu menjimatkan kira-kira RM20,221.00 seunit atau RM100,105.00 dalam masa setahun jika lima buah alat dibekalkan.

"Dari segi pengurangan kos selepas projek adalah sebanyak 97 peratus dan penjimatan masa pembekalan alat 50 peratus dengan perubahan standard operating procedure (SOP) perawatan pesakit yang mengalami kelemahan anggota bawah seperti kepatahan, strok, kecederaan sukan dan arthritis,"

kata Zamani.

Reka cipta ini telah memenangi beberapa anugerah, penghargaan dan pengiktirafan seperti memenangi Johan kategori teknikal Konvensyen Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat Kampus Kesihatan USM pada 2013, Anugerah Emas Kategori Teknikal, KIK Kampus Kesihatan USM 2013, Anugerah Emas Malaysian Productivity Corporation (MPC) Wilayah Timur 2013, Anugerah Emas Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan 2013 serta Anugerah Emas Tiga Bintang Konvensyen MPC Peringkat Kebangsaan 2013.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

EVO REHAB USAHA INOVASI KREATIF BANTU PESAKIT

17 MAY

(2)

EVO Rehab turut menjadi Johan Kategori Teknikal Anugerah Emas Kategori Teknikal dan Johan KIK ke-10 yang diadakan di Univerisiti Malaysia Sarawak 2014, Anugerah Inovasi Negara, Kategori Perkhidmatan di dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2014 dan tempat kedua Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2014. - Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Suntingan: Mohamad Abdullah/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Jun 2015 - Seramai 227 orang pelajar baharu Sarjana Perubatan (M.Med) Sidang Akademik 2015/2016 Universiti Sains Malaysia (USM)

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Jun 2015 - Seramai 383 staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang berlangsung

KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2015 – Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Jabatan Psikiatri Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Perubatan Psikologi

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mei 2015 - Kepakaran yang ada di Universiti Sains Malaysia (USM) adalah untuk masyarakat seluruhnya, misalnya dengan menubuhkan Makmal Molekular

KUBANG KERIAN, 14 September 2015 – Penganjuran Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan atau ‘National Conference on Medical And Health Sciences’

The aim of this retrospective study is to determine the disease pattern in patients with cancer bladder in hospital universiti sains Malaysia regarding age, sex and

Dalam konteks penyelidikan ini, penyelidik ingin fokuskan kajian ini terhadap golongan jururawat HUSM yang mungkin termasuk dalam penerima lambat, berdasarkan ciri-ciri yang

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia