• Tiada Hasil Ditemukan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA"

Copied!
36
0
0

Tekspenuh

(1)

JPS UPDATES │

Selamat Menyambut

Ulang

Kemerdekaan Ke-64

Tahun

EDISI JULAI - OGOS 2021

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

JPS JPS

JPS Updates Updates Updates

(2)

DARI TINTA KETUA EDITOR

4

LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN BANJIR DI KEDAH

1ST ASEAN-MRC WATER SECURITY DIALOGUE, SOLUTION FOR A CHANGING

REGION LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN BANJIR DI PERAK

LAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE KAWASAN BENCANA BANJIR DI KEDAH

PENSIJILAN SEMULA ISO 45001:2018 (PUSAT KAWALAN SMART) DAN ISO 9001:2015 (JPS DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA)

3

6

10

14 8

12

WEBINAR BERTAJUK

“MEMANFAATKAN DENAI SUNGAI”

SIMPOSIUM LATIHAN LUAR

18

NEGARA 2021

LAWATAN TAPAK KE

22

LEMBANGAN SG. PERAK, SG.

KURAU DAN SG. KERIAN

16

PROGRAM BACAAN YASIIN DAN DOA SELAMAT

20

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KARIB

24

TAKLIMAT PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA VARIATION OF PRICE (VOP) DALAM KONTRAK KERJA

Isi kandungan

Menarik di dalam

(3)

JPS UPDATES │ 3

Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd. Omar Pengarah Bahagian Korporat

KETUA EDITOR

Dari Tinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

A

lhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinanNya jua, buletin pada bulan Julai - Ogos 2021 telah berjaya diterbitkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Sidang Redaksi yang telah bertungkus lumus untuk menerbitkan buletin ini.

Pada 18 Ogos 2021 Negara telah dikejutkan dengan tragedi fenomena kepala air di sekitar kaki Gunung Jerai, Kedah sehingga menyebabkan banjir kilat yang sangat dahsyat di Daerah Yan dan Daerah Kuala Muda, Kedah. Kejadian hujan melebihi 6 jam di kawasan hulu sungai telah menyebabkan aliran air permukaan

yang sangat tinggi hingga menyebabkan keruntuhan cerun-cerun di kaki gunung. Kawasan

tadahan hujan yang berada di puncak Gunung Jerai tidak mampu menampung kapasiti air hujan yang terkumpul hingga mengakibatkan limpahan aliran air. Seterusnya, berlaku fenomena kepala air di kawasan sekitar kaki Gunung Jerai dan kejadian banjir lumpur mengejut. Antara sungai yang terlibat adalah Sungai Gurun, Sungai Kampung Badak, Sungai Kunyit, Sungai Tupah, Sungai Pengkalan Kakap, Sungai Tok Malau dan Sungai Singkir. Kejadian ini mengaki- batkan kerosakan harta benda dan amat menyedihkan sehingga ke- hilangan nyawa penduduk sekitar. Justeru itu kami warga JPS men- gucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat ke atas tragedi tersebut.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah menggembleng tenaga dalam mengurus sumber air Negara demi kesejahteraan hidup rakyat. Dalam keadaan Negara masih bertempur melawan pandemik Covid-19, Saya menyeru tuan dan puan agar sentiasa mematuhi SOP norma baharu dan

mengambil vaksin pencegahan Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok (herd imuniti), seterusnya menjadikan situasi pandemik di Negara kita menjadi endemik supaya kita boleh hidup kembali normal seperti sebelum kedatangan Covid-19.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

DATO' Ir. HJ. NOR HISHAM BIN MOHD GHAZALI

PENYELARAS

Ir. HJ. AZMI BIN IBRAHIM

KETUA EDITOR

WAN MARHAFIDZ SHAH BIN WAN MOHD. OMAR

EDITOR

NORAZIZAH BINTI ABDUL KADIR

PENOLONG EDITOR

KHADJIJAH BINTI NAWAWI MUHAMAD BAZLI BIN YAHAYA MOHD FIRDAUS BIN MOKHTAR

Wan Marhafidz Shah Bin Wan Mohd. Omar

Pengarah Bahagian Korporat

(4)

P

ada 19 Ogos 2021, YBhg. Dato‟ Ir. Hj.

Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama YBhg. Dato' Seri Dr.

Ir. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air telah

mengadakan lawatan ke kawasan banjir kilat di sekitar Tupah, Yan dan Titi Hayun.

Kejadian ini berpunca daripada taburan hujan lebat yang luar biasa dalam tempoh yang singkat di sekitar kawasan puncak Gunung Jerai bermula 2:30 petang pada 18 Ogos 2021.

Susulan dari kejadian itu JPS telah melaksanakan kerja pembaikan kerosakan dan kecemasan akibat bencana banjir di

sekitar Daerah Yan dan Kuala Muda

termasuklah Sungai Tupah, Sungai Gurun, Sungai Yan, Sungai Ruat, Sungai Raga, Sungai Titi dan Sungai Singkir. Skop yang terlibat termasuklah kerja baikpulih infra- struktur sedia ada seperti tebing sungai, loji

rawatan air dan jambatan yang mengalami kerosakan teruk.

Seterusnya pada 20 Ogos 2021, YBhg. Dato‟

Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengadakan lawatan di sekitar Kampung Batu Hampar bagi melihat kesan banjir kilat akibat hujan luar biasa yang berlaku pada 18 Ogos 2021.

LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN BANJIR DI KEDAH

BANJIR DI KEDAH BANJIR DI KEDAH

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(5)

JPS UPDATES │ 5

(6)

P

ada 23 Ogos 2021 YBhg. Dato‟ Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama YBhg. Dato' Seri Dr.

Ir. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air telah

mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin

Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke kawasan bencana di Daerah Kuala Muda dan

Yan, Kedah.

Kerja-kerja kecemasan yang melibatkan pemulihan sistem saliran dan 5 buah pintu air telah segera dilaksanakan. Seterusnya, di bawah Pelan Pemulihan Fasa 1, JPS akan

menaiktaraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 km.

LAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE KAWASAN BENCANA BANJIR DI KEDAH

BENCANA BANJIR DI KEDAH BENCANA BANJIR DI KEDAH

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(7)

JPS UPDATES │ 7

(8)

P

ada 22 Ogos 2021, YBhg. Dato‟ Ir. Hj.

Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengadakan lawatan ke kawasan banjir di sekitar Kg Matang Pasir &

Kg Parit Haji Kasim, Daerah Kerian, Perak yang berlaku pada 20 Ogos 2021.

Kejadian ini berpunca daripda runtuhan ban Sungai Samagagah di Alor Pongsu.

Kedalaman banjir direkodkan adalah sehingga 1.5 meter menjejaskan anggaran 2,000 buah rumah di kawasan seluas lebih 2,800 hektar. JPS Kerian telah mengaktifkan operasi pam kekal Matang Tengah bagi mengeluarkan air yang terperangkap serta membuka pintu di Ampang Jajar.

Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek bagi penyelesaian masalah banjir di Alor

Pongsu, kerja-kerja kecemasan bagi membaiki ban yang putus telah dilaksanakan

bagi mengelakkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN LAWATAN KP JPS MALAYSIA KE KAWASAN

BANJIR DI PERAK BANJIR DI PERAK BANJIR DI PERAK

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(9)

JPS UPDATES │ 9

Terima Kasih dan Terima Kasih dan Terima Kasih dan Selamat Bersara Selamat Bersara Selamat Bersara

Diucapkan kepada :

(10)

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Tahniah diucapkan kepada Pusat Kawalan SMART dan JPS Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak kerana telah berjaya untuk pensijilan semula pensijilan SIRIM dan JPS.

1) Pusat Kawalan SMART (Pensijilan SIRIM) a) Skop Pensijilan (ISO 45001:2018)

Operasi, Penyelenggaraan dan Penyeliaan Infrastruktur Kawalan SMART di Kompleks Pusat Kawalan SMART (SCC);

Operasi, Penyelenggaraan dan Penyeliaan Infastruktur Kawalan SMART di Taman Desa.

2) JPS Daerah Larut, Matang dan Selama (Pensijilan JPS)

a) Skop Pensijilan (ISO 9001:2015)

Perkhidmatan Penyelenggaraan Sungai Bandar Taiping.

PENSIJILAN SEMULA ISO 45001:2018 (PUSAT KAWALAN PENSIJILAN SEMULA ISO 45001:2018 (PUSAT KAWALAN PENSIJILAN SEMULA ISO 45001:2018 (PUSAT KAWALAN SMART) DAN ISO 9001:2015 (JPS DAERAH LARUT, MATANG SMART) DAN ISO 9001:2015 (JPS DAERAH LARUT, MATANG SMART) DAN ISO 9001:2015 (JPS DAERAH LARUT, MATANG

DAN SELAMA)

DAN SELAMA)

DAN SELAMA)

(11)

JPS UPDATES │ 11

(12)

1

st ASEAN-MRC Water Security Dialogue, Solution for a Changing Region dianjurkan oleh Mekong River Commision dengan kerjasama ASEAN Sekretariat telah diadakan selama 2 hari pada 19-20 Ogos 2021 melalui video conference. YBhg. Dato‟ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah, JPS Malaysia telah mempengerusikan sesi pada 20 Ogos 2021 jam 10.00 pagi dengan topik

“Solutions to water pollution: How to improve water quality and sanitation?”.

Sesi ini telah membincangkan cadangan penyelesaian terhadap masalah pencemaran air dan teknologi yang digunakan bagi meningkatkan kualiti air dan sanitasi di rantau ASEAN melalui perkongsian awam-swasta (Public Private Partnership).

Panel:

i. Prof. Dr. Khin Ni Ni Thein, Director of the World Bank‟s Ayeyarwady Integrated River Basin Management (AIRBM) Project.

ii. Prof. Thammarat Koottatep, Professor, Department of Energy, Environment, and Climate Change, Asian Institute of Technology

iii. Ms. Aimee Gonzales, Executive Director, Partnerships in Environmental Manage- ment for the Seas of East Asia

iv. Ms. Kakuko Nagatani-Yoshida, Chief Technical Advisor, CounterMEASURE II,

UN Environment Programme Asia and the Pacific Office

Moderator:

i. Mr Kongmeng Ly, Water Quality Officer, MRC Secretariat

1ST ASEAN 1ST ASEAN

1ST ASEAN- -MRC WATER SECURITY DIALOGUE, SOLUTION - MRC WATER SECURITY DIALOGUE, SOLUTION MRC WATER SECURITY DIALOGUE, SOLUTION FOR A CHANGING REGION

FOR A CHANGING REGION FOR A CHANGING REGION

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(13)

JPS UPDATES │ 13

(14)

S

ungai dan persekitarannya amat penting kepada kehidupan manusia dari segi sosial, ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Selain berfungsi mengalirkan air dan enapan dari kawasan tadahan ke lautan, sungai juga berfungsi sebagai jalan pengangkutan, sumber

bekalan air (domestik, industri, pertanian dan penjanaan tenaga elektrik) selain boleh dijadikan lokasi rekreasi.

Sesi webinar bertajuk “Memanfaatkan Denai Sungai” telah diadakan pada 7 Ogos 2021 secara maya melalui platform Aplikasi Zoom &

Facebook Live Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Panel:

i. YBhg. Dato‟ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, KASA.

ii. YBhg. Dato‟ Ir. Mohd Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, JPS Malaysia

iii. YBhg. Prof. Dato‟ Ir. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia

Moderator:

i. YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Hanna Melini

Wan Mokhtar, Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia & Setiausaha Friends

of Rivers Malaysia

WEBINAR BERTAJUK

“MEMANFAATKAN DENAI SUNGAI”

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

P

ada 15 Julai 2021, Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Keratong, Daerah Rompin telah dihentikan sejak 7 Julai 2021 akibat pencemaran berpunca daripada kilang kelapa sawit yang berada kira-kira 20km di kawasan hulu LRA. Sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS telah memasang silt- curtain sebagai langkah mengurangkan bahan cemar yang menghampiri kawasan LRA.

PENCEMARAN SUNGAI KERATONG, ROMPIN PAHANG

OLEH : JPS PAHANG

P

ada 29 Ogos 2021, YBhg. Dato Seri Ir. Dr.

Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KASA telah mengadakan lawatan ke lokasi cadangan Denai Sungai Kebangsaan di Daerah Rembau. Sesi lawatan ini turut sama dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Mohd Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, JPS Malaysia dan YBhg. Dato' Ir. Jamil bin Shaari, Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Malaysia, Ir. Saari bin Abdullah, Pengarah JPS Negeri Sembilan serta wakil Penguasa Daerah Rembau.

LAWATAN KSU KASA DI DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN

OLEH : JPS NEGERI SEMBILAN

Ikhlas Daripada

KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia

(15)

JPS UPDATES │ 15

Sekalung Tahniah Sekalung Tahniah Sekalung Tahniah

diucapkan kepada semua penerima bagi Penganugerahan

Jurutera Profesional bagi Tahun 2021

seperti berikut :

Ir. Kamal Bin Mustapha Ir. Kamal Bin Mustapha Ir. Kamal Bin Mustapha

Pengarah, JPS Negeri Kelantan

Ir. Dr. Norlida Binti Md. Dom Ir. Dr. Norlida Binti Md. Dom Ir. Dr. Norlida Binti Md. Dom

Timbalan Pengarah, HTC Kuala Lumpur

Ir. Ts. Hayati Binti Zainal Ir. Ts. Hayati Binti Zainal Ir. Ts. Hayati Binti Zainal

Jurutera Projek, Pejabat Projek Persekutuan JPS Negeri Sembilan

Ir. Ahmad Tarmizi Bin Mat Taib Ir. Ahmad Tarmizi Bin Mat Taib Ir. Ahmad Tarmizi Bin Mat Taib

Ketua Penolong Pengarah, JPS Negeri Kelantan

Ir. Larry Charles Bin Siniun @ Janim Ir. Larry Charles Bin Siniun @ Janim Ir. Larry Charles Bin Siniun @ Janim

Penolong Pengarah, BPSAH, JPS Malaysia

Ikhlas Daripada

KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia

(16)

P

ada 6 Ogos 2021, telah diadakan Program Bacaan Yasiin dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan daripada wabak Covid-19 untuk seluruh warga JPS Malaysia secara dalam talian. Program yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato‟ Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan telah disertai oleh pengurusan tertinggi serta kakitangan JPS Malaysia. Dalam ucapan, beliau berharap rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan dengan segera. Beliau turut mendoakan kesembuhan buat warga JPS yang dijangkiti virus ini serta mendoakan

kesejahteraan dan keselamatan agar terpelihara daripada Covid-19 buat seluruh

warga JPS dan rakyat Malaysia.

PROGRAM BACAAN YASIIN DAN DOA SELAMAT

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

J

PS Malaysia melalui JPS Daerah Larut, Ma- tang dan Selama telah menerima aduan mengenai runtuhan tebing Sg. Siputeh pada 6 Mei 2021. Melalui siasatan yang dijalankan, runtuhan berlaku adalah disebabkan aliran air yang deras akibat hujan. Pihak JPS mengambil inisiatif dengan melaksanakan kerja penguku- han tebing Sg. Siputeh dengan menggunakan kaedah Rip Rap sepanjang 100 meter dan setinggi 10 meter. Daripada pelaksanaan projek ini, 2 buah kediaman yang berada

hampir dengan tebing sungai dapat diselamatkan. Dengan pengukuhan tebing ini juga, struktur jambatan Jabatan Kerja Raya (JKR) di bahagian hulu sungai ini juga dapat dielakkan daripada berlakunya hakisan.

RUNTUHAN TEBING SUNGAI SIPUTEH, PERAK

OLEH : JPS DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

P

ada 2 hingga 6 Ogos 2021, telah berlangsung Program Transformasi Minda

Bil. 1 Tahun 2021 secara dalam talian.

Seramai 71 orang perserta telah menghadiri

progam ini yang terdiri daripada pegawai JPS Malaysia bergred 11 hingga 41. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan

dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan

dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam;

Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

OLEH : BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

(17)

JPS UPDATES │ 17

(18)

S

imposium Latihan Luar Negara 2021 yang diadakan pada 24 Ogos 2021 secara dalam talian bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai jabatan yang telah menghadiri kursus/ seminar/ latihan di luar negara berkongsi pengalaman melalui kursus yang telah dihadiri. Program ini juga adalah sebagai salah satu platform perkongsian ilmu antara pegawai-pegawai jabatan.

Seramai lima (5) orang pegawai telah membentangkan laporan program luar negara yang telah dihadiri. Pegawai-pegawai tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Mohd Fisham Bin Abu Basah

Tajuk : 3rd Field Survey and Workshop on Flood Risk Assessment and Mapping by Integrating Climate Change Impacts Scenarios

2. En. Fazli Bin Hassan

Tajuk : WCSSP Southeast Asia 2nd Regional Science Workshop

3. Pn. Haslinda Binti Mohamad Hamran

Tajuk : Training on Water Related Disaster Risk Reduction

4. Pn. Sharina Binti Sulaiman

Tajuk : International Short Course on Disaster Risk Management – Debris Flow Professional Training

5. Pn. Siti Zakirah Binti Baharom

Tajuk : Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea Tahun 2019 Bagi Kumpulan Pelaksana Gred 27-40

SIMPOSIUM LATIHAN LUAR NEGARA 2021

OLEH : BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

B

agi memastikan keberkesanan program CEPA, pelajar sekolah rendah juga perlu diberikan pendedahan mengenai kejadian banjir di Malaysia dan kepentingan sistem ramalan dan amaran banjir sebagai kesiapsiagaan dalam mengurangkan risiko

bencana. Hal ini kerana segelintir kanak-kanak

beranggapan bahawa kejadian banjir merupakan „pesta‟ bagi mereka yang secara

langsung mendedahkan diri mereka kepada risiko kecederaan mahupun kehilangan nyawa.

Oleh itu, aktiviti teka silang kata bertemakan

„Tangani Banjir Bersama PRAB‟ telah diadakan untuk para pelajar sekolah rendah di ketiga-tiga lembangan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat untuk jawapan di laman FaceBook

“Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir - KARIB dan Instagram “karib.jps”.

Tempoh pelaksanaan aktiviti bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Untuk menyertai, peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang telah disediakan menerusi Google Form. Pautan Google Form tersebut telah dikongsikan kepada guru-guru sekolah di ketiga-tiga lembangan sungai dan turut dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat hebahan. Soalan yang disediakan mengikut kesesuaian tahap umur kumpulan sasaran iaitu pelajar berumur 10-12 tahun. Sebanyak 2,352 penyertaan telah diterima daripada 193 sekolah di lembangan Sg. Kelantan, Sg. Terengganu dan Pahang.

Hadiah berbentuk cenderahati dan sijil akan diberikan kepada semua peserta terlibat sebagai tanda penghargaan.

AKTIVITI KUIZ TEKA SILANG KATA

OLEH : PRABN

(19)

JPS UPDATES │ 19

(20)

P

ertandingan video kreatif KARIB bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kejadian banjir di Malaysia dan kepentingan sistem ramalan dan amaran

banjir sebagai kesiapsiagaan dalam mengurangkan risiko kerosakan harta benda

dan kehilangan nyawa. Pertandingan ini menyasarkan penglibatan pelajar sekolah menengah yang berumur 15 hingga 17 tahun di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sahaja. Bagi melayakkan penyertaan para pelajar, mereka perlu memenuhi terma dan syarat pertandingan dan menghasilkan video pendek bertemakan „Sediakan Payung Sebelum Hujan‟ dengan durasi dua hingga empat minit sahaja. Penghasilan video tersebut hendaklah meliputi sekurang- kurangnya salah satu aspek berikut:

• amalan dan amaran banjir PRAB JPS;

• persediaan menghadapi banjir;

• langkah-langkah pengurangan risiko banjir Dua kategori telah dipertandingkan iaitu (1) kategori penghasilan video terbaik dan (2) kategori sekolah dengan penyertaan terbanyak untuk setiap negeri. Sebanyak 79 penyertaan daripada 24 buah sekolah dari lembangan Sg.

Kelantan, Sg. Terengganu dan Pahang telah diterima sehingga tarikh tutup pertandingan.

Pada 25 Ogos 2021, senarai pemenang untuk

kedua-dua kategori telah diumumkan menerusi FaceBook “Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir - KARIB dan Instagram

“karib.jps”. Melalui pertandingan ini, ianya amat diharapkan supaya semua peserta dapat meningkatkan pengetahuan mereka terhadap banjir dan PRAB, sekaligus menjadikan mereka lebih peka dan bersedia untuk menghadapi bencana banjir khususnya.

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KARIB

OLEH : PUSAT RAMALAN & AMARAN BANJIR NEGARA

K

ursus Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) merupakan kursus berjadual anjuran Institut Pembangunan Modal Insan Zon Utara (IPMI Zon Utara) dengan kerjasa-

ma Bahagian Saliran Mesra Alam selaku pem- ilik kompetensi. Kursus ini telah diadakan secara atas talian pada 11 - 13 Ogos 2021.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) kepada pegawai JPS sebagai persediaan awal untuk mendapatkan pentauliahan CPESC atau CISEC.

Tenaga pengajar yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Ir. Hajah Anita binti Ainan ii. Ir Azmi Bin Amat

iii. Ir. Atikah binti Shafie iv. Cik Carine Wong Koh Yin v. En Adham Azizi Bin Mustafa

KURSUS PELAN KAWALAN

HAKISAN DAN KELODAK (ESCP)

OLEH : BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

(21)

JPS UPDATES │ 21

(22)

L

awatan Tapak ke Lembangan Sg. Perak, Sg. Kurau dan Sg. Kerian telah diadakan pada 23 hingga 24 Mac 2021 yang lalu.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah BPSAH, Ir. Dr. Asmadi bin Ahmad

@ Hasan dengan penglibatan 2 orang pegawai Seksyen Pakar dan Nasihat Teknikal, pihak perunding yang dilantik, JPS Daerah Kerian, JPS Daerah Kuala Kangsar serta pegawai- pegawai dari Lembaga Air Perak (LAP) yang

diketuai oleh Jurutera, En. Zuwairi Izwan bin Zawani. Antara lokasi lawatan adalah ke Empangan Bukit Merah, sekitar Terusan Besar dan Terusan Selinsing, Pintu Kawalan Air Ampang Jajar serta beberapa Loji Rawatan Air seliaan LAP seperti Loji Rawatan Air Sg.

Rawa, Loji Rawatan Air Gunung Semanggol dan Loji Rawatan Air Padang Rengas.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti lokasi, mengumpul data dan

maklumat Point of Interest (POI) bagi melaksanakan perkhidmatan kerja ukur Projek Pembangunan Water Balance untuk Pengurusan Air Negara Fasa 2 di Lembangan

Sg. Perak, Sg. Kurau dan Sg. Kerian terutamanya. Maklumat daripada sesi lawatan

tapak ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan kajian, Pembangunan Model dan Persediaan Operasi NAWABS kelak. Hasil daripada kajian tersebut akan digunakan dalam menghasilkan Decision Management Support System (DMSS) yang akan digunakan sebagai rujukan pihak Kerajaan dan agensi/

badan berkepentingan urus air yang terlibat dalam proses pengurusan dan perancangan sumber air yang lebih berkesan di Lembangan Sg. Perak, Sg. Kurau dan Sg. Kerian.

LAWATAN TAPAK KE LEMBANGAN SG. PERAK, SG. KURAU DAN SG.

KERIAN

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR & HIDROLOGI

B

ahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) telah

menerima peruntukan untuk menambahbaik Manual Saliran Mesra Alam

Edisi Ke-2. Sehubungan itu, BSMA telah mengadakan beberapa bengkel Stakeholder Engagement bersama Penyelaras Saliran Mesra Alam Negeri dan Jurutera Daerah di

seluruh negeri bagi mendapatkan maklumbalas, idea, isu serta cadangan terhadap penambahbaikan Manual tersebut.

Bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan input dalam menentukan topik-topik yang masih perlu dikekalkan, dikeluarkan atau perlu ditambahbaik.

Para pembentang di dalam bengkel ini terdiri daripada Penyelaras Saliran Mesra Alam Negeri dan Jurutera Daerah yang merupakan barisan hadapan yang menyempurnakan proses membuat ulasan, kelulusan dan pemantauan dengan menggunakan MSMA.

Perkara-perkara yang dibincangkan sewaktu

bengkel ini meliputi topik-topik yang terkandung dalam MSMA Edisi Ke-2 seperti:-

Fundamental

Design Example

Operation & Maintenance

Challenges – Issues & Problem; dan

Recommendations & Improvements.

Berikut merupakan sesi pembentangan yang telah diadakan seperti di bawah:-

BENGKEL FOCUS GROUP SIRI 1

OLEH : BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

TARIKH NEGERI

04 Ogos 2021 Perlis, Kedah, Pulau Pinang 11 Ogos 2021 Selangor, W.P. Kuala

Lumpur, W.P. Putrajaya 16 Ogos 2021 Perak

18 Ogos 2021 Terengganu

(23)

JPS UPDATES │ 23

dan

SELURUH BARISAN KABINETNYA SELURUH BARISAN KABINETNYA SELURUH BARISAN KABINETNYA

atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang tempoh pentadbirannya

17 Ogos 2021

(24)

K

ursus Gerbang Nilai JPS Malaysia telah diadakan pada 27 Julai 2021 secara dalam talian dengan bilangan peserta seramai 82 orang dan 2 orang penceramah jemputan iaitu Ir. Khadijah Binti Basar dan Haji Aidi Bin Haji Abu Kassim dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia. Tujuan taklimat ini adalah bagi memberi kefahaman dan pendedahan awal mengenai kepentingan dan proses GN dikalangan pegawai-pegawai di JPS. JPS juga merupakan Jabatan teknik yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek -projek pembangunan. Justeru itu, adalah wajar bagi Jabatan ini merancang penggunaan

GN ini pada masa akan datang memandangkan penggunaan GN terbukti

mampu meningkatkan kadar kejayaan sesuatu projek dari pelbagai aspek serta meningkatkan keberkesanan penyampaian projek.

Objektif kursus ini ialah memberikan penerangan kepada perserta kursus yang merupakan kakitangan JPS berhubung dengan pengurusan projek berlandaskan konsep “do it right at the first time” pada fasa pewujudan

projek melalui pelaksanaan inisiatif Acquisition Categorisation (ACAT) dan

Gerbang Nilai 0 (GNO). Perjalanan taklimat bermula dari penerangan pelaksanaan taklimat, diikuti dengan taklimat pengenalan Mekanisma Value at Entry (VAE), taklimat inisiatif Acquisition Categorisation (ACAT), taklimat initiatif Gerbang Nilai 0 (GNO), taklimat hand on penggunaan Calculator ACAT dan Borang Semakan Gerbang Nilai 0 dan Sesi Soal Jawab. Hasil dari kursus ini ialah

para peserta dapat memahami konsep pengurusan projek berlandaskan konsep “do it

right at the first time” pada fasa pewujudan projek dan seterusnya dapat memahami pelaksanaan initiatif ACAT dan Gerbang Nilai 0

seterusnya dapat dilaksanakan.

KURSUS GERBANG NILAI

OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN & PENGURUSAN KONTRAK

T

aklimat Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga Variation of Price (VOP) Dalam Kontrak Kerja telah diadakan pada 12 Ogos 2021 secara atas talian. Taklimat ini telah mendapat sambutan yang hangat dari semua pegawai JPS termasuk JPS Negeri dan Pejabat Projek Persekutuan. Taklimat ini telah dihadiri seramai 210 orang termasuk urus setia dan seorang penceramah iaitu Puan Nurhayati Binti Ab Manan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak, JPS Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan syarat perubahan harga (Variation of Price VOP) di

dalam kontrak kerja selaras dengan penguatkuasaan Pekeliling Perbendaharaan/

Perolehan Kerja (PP/PK 2.4) pada 15 Julai 2021 oleh Kementerian Kewangan. Kerajaan telah bersetuju melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 bagi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk melaksanakan VOP susulan peningkatan ketara kos beberapa bahan

binaan. PK 2.4 ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai syarat dan kaedah

VOP dalam Kontrak Kerja berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

TAKLIMAT PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA VARIATION OF PRICE (VOP) DALAM KONTRAK KERJA

OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN & PENGURUSAN KONTRAK

(25)

JPS UPDATES │ 25

(26)

K

ursus Saliran Mesra Alam (Rekabentuk Struktur Hidraulik & Cerucuk) telah diadakan pada 23 hingga 26 Ogos 2021 secara dalam talian. Kursus yang dianjurkan

oleh Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) ini merupakan salah satu program Latihan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA) di bawah peruntukan JPA bagi memberi peluang kepada Jabatan bagi melahirkan tenaga pengajar dengan kepakaran bidang masing-masing.

Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan pemahaman teknikal berkenaan teori dan pelaksanaan projek ditapak di samping menyediakan platform yang sesuai kepada pegawai-pegawai di JPS Malaysia khasnya di BSMA dan Jurutera di Negeri agar dapat mempraktikkan konsep saliran mesra alam dalam struktur saliran dan tebatan banjir di negara ini.

BSMA telah menjemput tenaga pengajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi 1 iaitu :

i. Prof. Madya Dr. Mohd Adib Mohammad Razi

ii. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Shalahuddin bin Adnan

Di akhir kursus ini peserta dapat merebut

peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempraktikkan konsep saliran mesra alam dalam struktur saliran dan tebatan banjir.

KURSUS SALIRAN MESRA ALAM (REKABENTUK STRUKTUR HIDRAULIK & CERUCUK)

OLEH : BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

P

ada 6 Julai 2021, Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menjemput pegawai dari Bahagian Saliran Mesra Alam untuk menjadi penceramah bagi satu KURSUS REFRESHER COURSE FOR URBAN DRAINAGE DESIGN secara atas talian yang dihadiri oleh pegawai teknikal dari JKT. Objektif kursus ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pegawai dari JKT mengenai konsep reka bentuk sistem perparitan bandar.

Penceramah 1 : Ir. Atikah binti Shafie Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Malaysia Kertas Kerja 1 :

Konsep Reka bentuk – Rainfall Design and Run-Off Estimation

Kertas Kerja 2 :

Konsep Reka bentuk – Run-Off Conveyence and Design Example

Penceramah 2 :

Cik Carine Wong Koh Yin Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Malaysia Kertas Kerja 3 :

Konsep Reka bentuk – Detention Pond/ Water Quality and design Concept Ex.

Kertas Kerja 4 :

Konsep Reka bentuk – Gross Pollutant Trap

KURSUS REFRESHER COURSE FOR URBAN DRAINAGE DESIGN

OLEH : BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

(27)

JPS UPDATES │ 27

Selamat berkhidmat untuk Negara

21 Ogos 2021

(28)

B

engkel Penyediaan Spesifikasi Harta Intelek & Perjanjian Pengkomersialan telah diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2021 secara dalam talian. Kursus ini diadakan bagi memberi penerangan kepada peserta

berkenaan cara-cara pendaftaran Harta Intelek untuk sesuatu Produk Inovasi dan juga penyediaan dokumen Perjanjian Pengkomer-

sialan dengan menjemput penceramah daripada agensi yang berkaitan seperti berikut:

a) MyIPO

i. Pengenalan Harta Intelek :

Pengenalan Harta Intelek Dan Patentability Requirement

Searching Strategy & Basic IPC ii. Penulisan Dokumen Paten

Pengenalan Dokumen Paten

Claim Analysis

Specification, Abstract & Drawing b) UPM

i. Dokumen Perjanjian

Perjaniian Pengkomersialan Hasil Penyelidikan

Perjanjian Perlesenan

Perjanjian Serah Hak

BENGKEL PENYEDIAAN SPESIFIKASI HARTA INTELEK &

PERJANJIAN PENGKOMERSIALAN

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

Kursus Kesedaran Dan Kursus Juruaudit Da- lam Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018 telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 secara dalam talian dengan kehadiran seramai 26 orang peserta dan 4 orang urusetia. Kursus yang diadakan ini adalah terbuka kepada semua juruaudit JPS sedia ada yang ingin memperbaharui sijil ISO 45001:2018. Objektif kursus ini adalah untuk:

a. Memberikan pendedahan berkenaan perbezaan Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan ISO 18001:2007 dan ISO 45001:2018;

b. Memberikan kefahaman berkaitan Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018;

c. Memberikan pendedahan berkenaan proses menjalankan pengauditan dan kemahiran yang diperlukan untuk pengauditan Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018; dan

d. Memberikan pendedahan bagi mewujudkan pejabat pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018.

Para peserta yang menghadiri kursus ini berkelayakan melaksanakan pengauditan di pejabat pensijilan JPS setelah disyorkan oleh Jawatankuasa Kawal Selia Sistem Pengurusan Standard (JKSSPS). Kursus ini diadakan selama tiga (3) hari dan melibatkan dua (2) sesi iaitu:

i. Sesi Pertama – Awareness Training (Hari pertama); dan

ii. Sesi Kedua – Internal Auditor Training (Hari kedua dan ketiga).

Kursus yang diadakan ini diharap dapat memberi pendedahan kepada juruaudit dalaman untuk melaksanakan pengauditan yang lebih berkesan di pejabat pensijilan JPS.

KURSUS KESEDARAN DAN KURSUS JURUAUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN ISO 45001:2018

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

(29)

JPS UPDATES │ 29

.

(30)

Ikhlas Daripada Ikhlas Daripada Ikhlas Daripada

KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia

P

embentangan Laporan Penilaian Outcome Bagi Program/Projek JPS Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 2021 secara dalam talian dan telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Azmi bin Ibrahim. Sesi Pembentangan Laporan Penilaian Outcome ini bertujuan untuk mengukur prestasi dan pencapaian program/

projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012 : Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/ Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome.

Sebanyak lima (5) projek/progam penilaian outcome yang telah disenarai pendek telah dibentangkan seperti berikut:

i. Rancangan Tebatan Banjir Kampung Gajah Fasa 1: Pembinaan Ban Pencegah Banjir Dan Kerja-Kerja Berkaitan Dari Kampung Pulau Tiga Kiri Ke Kampung Kuala Parit, Mukim Pulau Tiga, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan (BPB / JPS PERAK) ii. Membekal, Menghantar, Memasang,

Menguji Dan Mentauliah Infrastruktur ICT Pusat Data Bagi Menyokong Projek Sistem Maklumat Sumber Air (SMSA) Di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (BPM)

iii. Kerja Mencegah Hakisan Di Pantai Nenasi, Pekan, Pahang - Tawaran Semula (BPZP/

JPS PAHANG)

iv. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang (BPZP / JPS PAHANG)

v. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar, Johor Darul Ta'zim (Fasa ii):

Projek Pembinaan Pintasan Belemang (BPB / JPS JOHOR)

Ketua Panel

i. Pn. Masnah binti Abang Abu Bakar, Ketua Seksyen Penilaian II, Jabatan Perdana Menteri

Panel

i. En. Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd.

Omar, Pengarah Korporat, JPS Malaysia ii. Ir. Hjh. Norlida binti Mamad@Samad,

Pengarah Audit Prestasi, JPS Malaysia

PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN OUTCOME BAGI PROGRAM/ PROJEK JPS MALAYSIA

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

K

ursus Kesedaran Dan Kursus Juruaudit Bengkel Penyediaan Laporan Dan Slaid Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (HBKIK) JPS Malaysia telah diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 2021 secara dalam talian dengan penglibatan 84 orang peserta. Kursus

ini diadakan bagi memberi penerangan kepada peserta berkenaan cara-cara menyediakan laporan dan slaid Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (HBKIK) JPS Malaysia yang disampaikan oleh En. Al-Bakri Bin Muhammad @ Ahmad dari UiTM Rembau.

Pengisian selama dua (2) hari bengkel tersebut adalah :-

a) 25 Ogos 2021 (Rabu)

Pengenalan Pembudayaan KIK Horizon Baharu

Penyediaan Laporan Dan Kaedah Pendokumentasi & Rubrik

Pemarkahan Projek HBKIK b) 26 Ogos 2021 (Khamis)

Kaedah Menjalankan Projek Dan Aplikasi Penggunaan Tools

Proses Pendaftaran Harta Intelek (MyIPO) & Penyediaan Lakaran Karya Produk

Kaedah Penyediaan Slaid & Video Pembentangan Projek HBKIK

BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN DAN SLAID HORIZON BAHARU

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HBKIK) JPS MALAYSIA

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

(31)

JPS UPDATES │ 31

Sekalung Tahniah Sekalung Tahniah Sekalung Tahniah

diucapkan kepada

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Di atas perlantikan sebagai

MENTERI MENTERI MENTERI

ALAM SEKITAR DAN AIR ALAM SEKITAR DAN AIR ALAM SEKITAR DAN AIR

&

YB Dato’ Dr. Mansor bin Othman YB Dato’ Dr. Mansor bin Othman YB Dato’ Dr. Mansor bin Othman

Di atas perlantikan sebagai

TIMBALAN MENTERI TIMBALAN MENTERI TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR ALAM SEKITAR DAN AIR ALAM SEKITAR DAN AIR

27 Ogos 2021

Ikhlas Daripada Ikhlas Daripada Ikhlas Daripada

KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia

(32)

J

abatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Humid Tropics Center Kuala Lumpur (HTC KL) bersama-sama dengan UNESCO Jakarta telah menganjurkan forum

bertajuk WATER SECURITY : ATTAINING ECOHYDROLOGY FOR GOVERNMENT

BODIES pada 3 Ogos 2021 secara dalam talian (virtual conference). Forum ini telah mewujudkan kerjasama bersama rakan kongsi (collaboration partners) di antara JPS dan The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Jakarta, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Malaysia Intergovernmental Hydrolog- ical Programme (MIHP); dan Ecohydrology

Malaysia Chapter (EMC) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Antara objektif forum webinar ini adalah:

i. Meningkatkan pengetahuan mengenai Ekohidrologi di kawasan Tropika Lembap melalui perkongsian penemuan, pengalaman, ilmu dan teknologi terbaru di kalangan ahli profesional serantau yang pakar dalam bidang Ekohidrologi dalam satu forum untuk dimanfaatkan oleh semua pihak,

ii. Meningkatkan pengetahuan mengenai Pelaksanaan Hibrid & Bukan Sistem Ekohidrologi di kawasan Tropika Lembap melalui pengalaman dan kepakaran dari tokoh-tokoh terkenal dalam bidang Ekohidrologi antarabangsa,

iii. Meningkatkan pengetahuan dalam konsep Ekosistem Restoration,

iv. Melahirkan jurulatih muda dalam bidang Ekohidrologi khususnya di kalangan jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); dan

v. Meningkatkan kepakaran di kalangan

pensyarah universiti dalam bidang Ekohidrologi

Seramai 237 orang peserta direkodkan menyertai forum ini melalui platform Zoom dan medium Facebook JPS Malaysia daripada pelbagai agensi/ Jabatan/ Kementerian. Forum berdurasi selama 3 jam ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dr. Hans Dencker Thulstrup (UNESCO Jakarta), diikuti dengan Dato‟ Ir. Hj. Nor Hisham Bin Mohd Ghazali (Pengerusi MIHP & HTC KL Governing Board) dan seterusnya En. Mohammad Sanusi bin Abdul Karim (Ketua Setiausaha SKUM).

Sesi pembentangan dimulakan dengan perkongsian daripada Dr. Hans Dencker Thulstrup (UNESCO Jakarta), Prof. Dr. Maciej Zalewski (ERCE), Prof. Dr Luis Chicharo (ICCE) dan seterusnya daripada Dr. Rahmah Elfitri (EMC). Kemudian sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Dr Nor Azazi bin Zakaria bersama 3 orang panel iaitu Dato‟ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Dr. Hans Dencker Thulstrup serta Professor Dr Maciej Zalewski yang diada- kan secara langsung selama 1 jam pada sesi terakhir sebelum forum ini berakhir pada jam 6:30 petang.

Rakaman bagi forum ini juga boleh ditonton semula melalui dua (2) medium seperti berikut:-

i. Facebook (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia); dan

ii. Saluran Youtube (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)

FORUM ANTARABANGSA EKOHIDROLOGI, WATER SECURITY : ATTAINING ECOHYDROLOGY FOR GOVERNMENT BODIES

OLEH : HUMID TROPICS CENTER KUALA LUMPUR

(33)

JPS UPDATES │ 33

(34)

P

ada 13 Ogos 2021, Program Webinar

“Penjagaan Kesihatan & Prosedur Kerja Selamat Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja” telah diadakan anjuran Urusetia Promosi dan Komunikasi, Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan (JKK) Ibu Pejabat

JPS Malaysia bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) secara dalam talian bersempena dengan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja yang telah tertangguh dari bulan April 2021 akibat polisi kerajaan berhubung pandemik Covid-19 ketika itu.

Program ini telah disampaikan oleh Dr.

Santhanamohan A/L Nagesperam, Pegawai Perubatan daripada DOSH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan telah disertai seramai 320 orang peserta yang mengikuti program webinar ini melalui platform Zoom dan medium Facebook JPS Malaysia

daripada pelbagai agensi/ Jabatan/

Kementerian. Objektif program ini adalah bertujuan untuk:

a. Peningkatan pemahaman fungsi dan peranan JKKP;

b. Peningkatan pemahaman mengenai kepentingan penjagaan kesihatan; dan c. Perkongsian amalan pengurusan terbaik

terhadap prosedur kerja selamat pencegahan Covid-19 di tempat kerja.

PROGRAM WEBINAR PENJAGAAN KESIHATAN & PROSEDUR KERJA SELAMAT PENCEGAHAN COVID-19 DI TEMPAT KERJA

OLEH : HUMID TROPICS CENTER KUALA LUMPUR

P

rogram Webinar “UNESCO Category 2 Water Centre – Peranan dan Sumbangan telah diadakan pada 25 Ogos 2021 anjuran pejabat Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL) dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Malaysia.

Antara objektif bagi program webinar ini adalah:

i. peningkatan pemahaman fungsi dan peranan SKUM, UTHM dan HTC Kuala

Lumpur (sebagai UNESCO Category 2 Water Centre);

ii. menggunapakai medium/ saluran yang disediakan oleh SKUM bagi tujuan pemerolehan dan perkongsian maklumat;

iii. dapat mengenalpasti ruang dan peluang yang boleh disumbangkan kepada SKUM dan pejabat UNESCO Category 2 Water Centre bagi tujuan pembangunan bidang hidrologi dan sumber air; dan

iv. mewujudkan rangkaian dan jaringan kerjasama antara agensi (badan kerajaan dan NGO) untuk memperluaskan program outreach yang bersesuaian.

Seramai 101 orang peserta telah direkodkan menyertai program webinar ini melalui platform Zoom dan medium Facebook JPS Malaysia

daripada pelbagai agensi/ jabatan/

kementerian. Program ini dimulakan dengan salutasi oleh En. Muhammad Arif Azraei bin Izzudin, HTC KL (Moderator), diikuti dengan perkongsian daripada En. Ahmadul Mokhtar bin Mohd Hayani, Setiausaha Eksekutif daripada SKUM dan seterusnya daripada Prof.

Madya Dr. Mohd Adib bin Mohammad Razi, Pensyarah daripada UTHM. Sesi Soal Jawab diteruskan pada sesi terakhir sebelum program webinar ini berakhir pada jam 11.30 pagi.

PROGRAM WEBINAR “UNESCO CATEGORY 2 WATER CENTRE – FUNGSI DAN SUMBANGAN”

OLEH : HUMID TROPICS CENTER KUALA LUMPUR

(35)

JPS UPDATES │ 35

(36)

JPS UPDATES

E DIS I J ULA I -OGOS 2021

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR

MALAYSIA

Tel: 03-2616 1500 │ Faks: 03-2697 2411, 2585, 2412

: www.water.gov.my

: pro@water.gov.my : jpsmalaysia

: JPS Malaysia

: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - Dept. of Irrigition and Drainage

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN