• Tiada Hasil Ditemukan

PUNGUTAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PUNGUTAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

Cetakan Pertama

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia NorAini Ali.1916-

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISU KONTEMPORARI PENGURUSAN DAN PEMBAYARAN ZAKAT DI MALAYSIA / NOR AINI ALI, AZIZI CHE SEMAN, MOHAMMAD TAQIUDDIN MOHAMAD.

ISBN 978-967 -13s83-2-0

l. Zakat.2. Islam-Charities. 3.Islamic giving. l. Azizi Che Seman, 1972-.

II. Mohammad Taqiuddin Mohamad, 1983-. III.Judul 291.54

Diterbitkan OIeh

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan A r a s 1 - 7 , 9 - 1 1

Bangunan PERKIM No. 150 Jalan Ipoh

51200 Kuala Lumpur Tel: +603-40479444 Faks: +603-40449444 Email: pro@maiwp.gov.my Dengan Kerjasama

Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: +603-79676006 Faks: +603-79676147

Email: api_ekonomi@um. edu.my Dicetak Oleh

Attin Press Sdn. Bhd.

No.46, Jalan 3/108, Taman Salak Jaya, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.

Tel:03-7984 7626 F a x : 0 3 - 7 9 8 1 5 2 5 3

(3)

MELOKALISASIKAN URUS TADBIR PENGAGIHAN ZAKAT PELAJAR TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DI INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI 6'r____,____iroery

Norsuhailly Shaidinr Hairunnizam Wahid'

Sanep Ahmad3

PENGENALAN

Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Oleh itu, institusi zakat telah giat memainkan peranan dalarn menyalurkan dana zakat dalambentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf, fakir dan miskin supaya mereka mendapat peluang untuk berjaya. Pada tahun 2013, terdapat beberapa kes yang dilaporkan termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Dengan kewujudan pusat-pusat penguusan zakal di kebanyakan negeri di Malaysia sekarang, kecekapan pengurusan zakat adalah semakin baik. Secara umum, kebanyakan pusat- pusat pengurusan zakat di Malaysia telah menunjukkan prestasi yang semakin baik dan memerlukan penambahbaikan. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan prestasi kaedah pungutan dan I Pelajar Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, sysmoll_85 @yahoo.com.

2 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, hairun@ukm.edu.my.

3 Profesor Madya, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, nep@ukm.edu.my

29

(4)

agihan zakat iaitu dengan mewujudkan kaedah lokalisasi zakat di institusi I

pengajian tinggi. I

Terdapatjurangperhubunganantarapusatpengurusanzakatdenganpembayar I dan penerima zakal yang telah membawa kesan negatif yang memerlukan ( penambahbaikan. Salah satu sebab timbulnya jurang perhubungan tersebut l adalah terlalu luasnya kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada l sesuatu pusat pengurusan zakat tersebut. Semakin besar kawasan yang dipertanggungjawabkan, semakin luaslah jurang perhubungan antara pusat l pengurusan zakatdenganpembayar dan penerima zakat (Muhammad Syukri, I 2006). Pemusatan (centralization) pengurusan zakat akan mengakibatkan ( pengurusan tersebut semakin bermasalah.

Kaedah lokalisasi zakat adalah melokalisasikan pungutan dan pengagihan ; zakat, dengan memungtt zakat dari orang-orang tempatan yang berada j dan mengagihkannya kepada asnaf-asnaf zakat di lokasi itu sendiri. Sistem i pungutan zakat bukan sahaja menjadi lebih mudah, malah sistem pengagihan I juga menjadi lebih tepat dan merata. Mereka yang ingin membayar zakat I tidak perlu bersusah payah ke pusat negeri, manakala asnaf-asnaf pula 1 dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan lengkap. Oleh itu, pungutan dan I pengagihan zakat tertumpu kepada lokaliti tempatan yang secara relatifnya I adalah lebih kecil. Semakin kecil entiti lokaliti tersebut, semakin cekap I pungutan dan agihan zakat dilaksanakan. Pada zaman Rasulullah SAW, , kutipan dan agihan zakat dilaksanakan dalam lokaliti yang sama dan tiada I lebihan zakatkepada kerajaan pusat. Menurut Kahf (1999), tidak terdapat l fakta atau rekod yang menunjukkan terdapat lebihan dana atau zakat yang l

diagihkan ke kawasan lain. i ,

Di Malaysia, pengurusan zakat telah dipusatkan di bawah kuasa Maj li s Agama j

T - 1 ^ - - - \ r ^ - ^ - : n ^ - ^ - - - ^ ^ 4 ^ - - ^ 1 - ^ . : ^ : L ^ - : ^ - , ^ - ^ ^ ^ - L ^ . . : i - - ^ l - i

Islam Negeri. Pemusatan pengurusan zakat ini berjaya memberi impak positif ke atas kutipan zakat denganpola peningkatan sebanyak 18.4 peratus setiap tahun (Adibah, 2014). Walau bagaimanapun, di sebalik peningkatan dalam jumlah kutipan zakat,iamemberi satu impak disebaliknya iaitu tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat yang rendah terutamanya dalam aspek pengagihan zakat (Sanep et al., 2006). Bagi mengurangkan persepsi masyarakat terhadap isu pengurusan pengagihan zakat ini, institusi zakat telah mengambil langkah terhadap lokalisasi pengagihan zakat dengan mewujudkan beberapa pusat ataupun kaunter zakat di institusi-institusi pengajian tinggi.

(5)

II

I

Pada tahun 1998, pihak (LZS) telah melaksanakan konsep lokalisasi pengurusan zakat bersama pihak institusi-institusi pengajian tinggi dengan mewujudkan prtsat zakat mini ataupun kaunter zakat di universiti di Selangor. Sehingga tahtn 2014, pihak LZS telah menjalankan kerjasama dengan 10 buah universiti awam dan swasta di Selangor iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tenaga Nasional (LINITEN), Universiti Tunku Abdul Rahman (LTNITAR), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Selangor (LINISEL) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur OUKL).

Melalui konsep lokalisasi ini, LZS telah menurunkan sebahagian kuasa pengurusan zakat di dalam kutipan dan agihan kepada pihak universiti.

Dalam proses desentralisasi pula, pihak universiti akan bertindak sebagai amil bagi menguruskan aspek kutipan dan agihan zakat dalam kalangan kakitangan universiti dan pelaj ar-p elajamya. Pihak universiti telah diberikan kuasa pengurusan agihan zakat kepada beberapa asnaf termasuklah asnaf fakir, miskin, muallaf, fisabilillah dan amil (Muhammad Rizal, 2015). Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati kaedah lokalisasi zakatyangberlaku di universiti adalah berdasarkan aspek pentadbiran sahaja di mana kewujudan pejabat pengurusan zakat di universiti tersebut adalah untuk menerima dan menguruskan agihan zakat yang hanya dapat menyelesaikan masalah birokrasi pengurusan zakat sahaja. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu model lokalisasi pengurusan agihan yang baru ke setiap pejabat zakat di IPT melibatkan pelajar anak Selangor yang menerima dermasiswa LZS merangkumi aspek pentadbiran dan pengurusan zakat agar selari dengan maqasid prinsip agihan zakat serta pengurusan yang semakin cekap.

PUNGUTAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR

Lembaga Zakat Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Pwat Zakat Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1994. LZS memainkan peranan yang penting dalam mendidik masyarakat ke arah kesedaran berzakat, menyediakan khidmat pungutan zakat dan menguruskan agihan zakat kepada golongan yang layak dan memerlukan iaitu dibelanjakan kepada 8 golongan asnaf yang mencakupi pelbagai keperluan ummah.

Berdasarkan Jadual 1 yang merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor, jumlah kutipan zakat di negeri

31

(6)

Selangor pada tahun 20 14 melebihi RM64.8 juta iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding pada tahun 2013, RM5l7.3 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM561.6 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM20.6 juta adalah daripada zakatfitrah. Manakala jumlah pengeluar zakat harta juga meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2013 iaitu daripada 237,847 orang kepada263,471 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 46,102 orang merupakan pengeluar baru zakat harta.

Jadual 1: Pecahan Kutipan ZakatMengikut Jenis di Selangor Sumber

Pendapatan Perniagaan Harta Simpanan Saham

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tanaman Emas Qadha Perak Ternakan

Jumlah Kutipan Zakat Harta

Fitrah

Jumlah Kutipan (RM) 350,082,392 107,986,407

39,714,116 34,054,083 10,785,562 9,112,087 2,703,395 2,433,929 4 , 5 1 7 , 7 8 5

135,337 30,941 561,556,034

20,564,439

Peratusan

60.r4

. 1 8 . 5 5 6.82 5 . 8 5 1 . 8 5 1 . 5 7 0.46 0.42 0 . 7 8 0.02 0 . 0 1 96.47 3 . 5 3 Jumlah Keseluruhan

Kutipan Zakat20l4 582,120,473

Merujuk kepada Jadual 2,bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun (20 14) adalah 13 ,613 buah keluarga berbandin g 10,179 buah keluarga pada tahun 2013. Manakala bagi asnaf miskin adalah seramai 30,048 buah keluarga berb anding20,771 buah keluarga pada tahun 201 3. Oleh itu, jumlah keseluruhan fakir dan miskin pada tahun 2014 adalah seramai 43,661btah keluarga.

Dalam masa yang sama juga, LZS juga meneruskan program pencarian fakir dan miskin dikenali sebagai Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang telah

(7)

diperkenalkan pada tahun 201 1. Sebanyak 33 siri SJK telah dilaksanakan di seluruh selangor sepanjang tahtn2014 dan seramai 830 buah keluarga telah ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor.

Pada tahun 2014, seramai 221 orang penerima bantuan zakat telah keluar dari kategori asnaf. Mereka ini terdiri daripada penerima bantuan modal pemiagaan yang disediakan oleh LZS. Sementara itu, 1,240 keluargayang menjadi pen erima zakat pada tahun 201 4 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang dilaksanakan oleh LZS menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu haddul kifayah.

Jadual 2: P ecahan Pengagihan Zakat Mengikut Asnaf di Selangor Kategori Asnaf Jumlah Agihan (RM) Peratusan Fakir

Miskin Amil Muallaf Fisabilillah Gharim Ibnu sabil Riqab

73,421,019 1 5 9 , 5 0 1 , 6 5 3

12,687,919 53,147,258 153,698,357

58,319,112 767,342 23,511,402

I z - )

2 6 . 8 12.2 8 . 9 2 5 . 8

9 . 8 0 . 1 4 . 0 Jumlah Keseluruhan Agihan Zakat 2014 595.114.122 100.0

ZAKAT PENDIDIKAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DI NEGERI SELANGOR

Golongan fakir, miskin, muallaidan fisabilillah merupakan golongan asnaf zakatyangmenerima bantuan atau skim pendidikan zakat di negeri Selangor.

Berdasarkan Jadual 3, seramai 123,469 orang menerima bantuan pendidikan di bawah program pembangunan pendidikan di Selangor. Agihan zakatbagi program pembangunan pendidikan adalah sebanyak RM161,973,348 iaitu sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan agihan zakat mengikut program pembangunan pada tahttn 2014. Jumlah agihan zakat tertinggi adalah kepada asnaf fakir dan miskin iaitu sebanyak RM35.4 juta bagi keperluan pendidikan manakala agihan yang terendah adalah sebanyak RM1.3 juta kepada asnaf muallaf dalam bentuk bantuan umum pelajaran.

3 )

(8)

Bantuan yang diterima oleh golongan asnaf fakir dan miskin adalah dalam bentuk keperluan pendidikan, yuran sekolah rendah atau menengah dan biasiswa pelajaran. Jumlah yang diperuntukan kepada 70,565 orang penerima dari golongan asnaf fakir dan miskin adalah RM60.5 juta.

Manakala asnaf muallaf diberikan bantuan zakat pendidikan dari bentuk elaun kehadiran kelas agamaasas, dermasiswa dan bantuan umum pelajaran dengan peruntukan zakat adalah sebanyak RM I 0.2 juta kepada 4,7 84 orang penerima. Asnaf fisabilillah menerima zakat pendidikan dari segi elaun guru KAFA, bantuan umum pelajaran, dermasiswa pelajar luar negara dan bantuan Kolej Universiti Islam Selangor. Jumlah yang diperuntukan bagi golongan asnaf fisabilillah adalah sebanyak RM82.9 juta yang diagihkan kepada 48,120 orang penerima (Laporan Ringkasan Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor, 201 4).

Jadual3: Jenis Bantuan di bawah Program Pembangunan Pendidikan Jenis Bantuan JumlahAgihan Jumlah (RM Juta) Penerima Fakir dan

Miskin

Muallaf

Fisabilillah

Keperluan Pendidikan

Yuran Sekolah Rendah/Menensah Biasiswa Pelajaran

Elaun Kehadiran Kelas AsamaAsas Dermasiswa

Bantuan Umum Pelajaran Elaun Guru KAFA

Bantuan Umum Pelajaran Dermasiswa Pelajar Luar Negara Kolej Universiti Islam Selangor

35.4 42,421 12.6 21,398 12.5 6,746 6.6 3,932

2.3 197

1 . 3 6 5 5 26.0 6,650 3 3 . 0 4 0 , 3 8 8

I I p 1 , 0 8 1

12.0 I

KAJIAN LEPAS

Kajian Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) menerangkan kaedah yang dilaksanakan dalam mengelola dana zakat yang telah dikumpul supaya dapat diagihkan kepada asnaf yang berhak. Memandangkan prestasi kutipan zakat yang semakin meningkat, maka pengagihan seharusnya meningkat sama supaya dapat mengurangkan bilangan yang tidak berkemampuan. Kajian ini mendapati bentuk bantuan kepada asnaf perlu dimantapkan lagi terutamanya daripada segi pengagihan pendidikan. Ini kerana bantuan berterusan dari segi pendidikan kepada golongan asnaf sehingga mereka berjaya adalah

(9)

sangat penting, ianya dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan lagi ekonomi negara (Abd Halim dan Mohd Saladin, 20lI).

Jika dilihat daripada sejarah pada zarnan Rasulullah SAW, kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama.

Ia bermaksud zakat dikutip dan diagihkan juga di kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat dibawa kepada kerajaan pusat. Menurut Khaf (1999), tiada fakta atau laporan menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasullullah SAW Pada zaman tersebut, Rasullullah SAW sebagai ketua negara di Madinah yang pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kecil telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip dan mengagil*an zakat Malah pada ketika itu, terdapat ramai tenaga manusia (manpower) bersifat sukarela berkhidmat dan sumbangan kewangan oleh masyarakat adalah sangat baik kerana masyarakat Islam pada ketika itu sangat tinggi kepercayaan dan keimanannya. Ini menjadikan 'sistem zakat p ada zaman tersebut sangat berj aya dan berke san (Khaf, 1 999).

itu, dalam kajian yang dilakukan oleh Muhammad Syukri (2006) i zakat adalah merupakan satu cadangan yang berteraskan Islam imana yang telah dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW. Dalam tersebut telah mencadangkan pelaksanaan kaedah lokalisasi zakat i aspek kutipan dan pengagihan di lokaliti berkenaan yang bersandarkan

beberapa hujah yang dinyatakan oleh al-Qaradawi (1996) iaitu kaum lebih berhak terhadap sedekahnya, sehingga mereka merasa

dengannya.

aspek ekonomi pula, kelebihan konsep lokalisasi ini dibincangkan mempraktikkan tadbir urus yang baik di dalam sesebuah institusi.

pelaksanaan konsep lokalisasi di peringkat tempatan akan seseorang pegawai itu dapat dihubungi dan merhudahkan urusan itu dilakukan. Konsep lokalisasi ini juga akan meningkatkan tahap kecekapan sesuatu pentadbiran kerana ia diurus dalam skop yang kecil. Oleh itu, jika diaplikasikan dalam sistem pengurusan zakat, itu dapat diagihkan dalam masa yang tepat tanpa sebarang kelewatan.

Malaysia, pelaksanaan konsep lokalisasi ini telah bermula sebelum penjajahan lagi (Muhammad Aziz, 1993) di mana secara umumnya, dikutip dan diagihkan di peringkat kampung. Dalam kajian Abdul (1993), beliau berpendapat bahawa konsep desentralisasi pengurusan

ini adalah tidak bertentangan dengan syariat Islam tetapi ianya lebih kepentingan golongan fakir, miskin dan asnaf.

3 5

(10)

Berdasarkan Manual Pengurusan Agihan Zakat yang diterbitkan oleh JabatanWakaf, Zakat dan Haji (JAWHi\R) (2008), ia menerangkan tentang bentuk bantuan dan skim pendidikan yang diberikan kepada golongan asnaf seperti skim bantuan pelajaran, skim bantuan Am pelajaran/ dermasiswa, skim bantuan ytrran persekolahan dan peperiksaan sekolah rendah/

menengah, skim bantuan aktiviti dan lawatan belajar. Tujuan skim seperti ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan pelajaran kep ada anakgolongan asnaf supaya tidak tercicir dalam pelajaran serta dapat memperbaiki taraf hidup keluarga (JAWHAR, 2008).

Golongan fakir dan miskin atau golongan asnaf ini juga berhak untuk menuntut ilmu walaupun mengalami masalah dari segi kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan pengajian. Mengikut pemerhatian penulis tentang skim dan bantuan zakat pendidikan, hampir kesemua negeri di Malaysia memberikan zakat pendidikan kepada golongan asnaf.

Johor memberi bantuan pendidikan dengan menggunakan Skim Bantuan Pelajaran, Skim Bantuan Pendidikan Pendaftaran IPTA, Skim BantuanAwal Tahun Persekolahan (Pakaian Seragam), Skim Bantuan Basikal Pelajar, Skim Bantuan Cermin Mata, Skim Bantuan Pendidikan di Universiti, Skim Bantuan Pembiayaan Tambang Ke Pusat Pengajian dan Skim Pinjaman Pengajian. Berpandukan maklumat Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam 'Panduan

Permohonan Bantuan Zakat' (Azman Ab Rahman, 20 1 4\.

Dalam skop agihan bantuan pendidikan kepada penerima asnaf pula, kebanyakan orang miskin tidak mampu melanjutkan pelalaranke peringkat yang lebih tinggi disebabkan kos yang terlalu tinggi (Ishak, 2000). Oleh itu, selain peruntukan kewangan yang disediakan, pihak LZS perlulah mengambil kira aspek kebolehupayaan mendapatkan maklumat dan bantuan sekiranya pelajaryangtergolong dalam golongan fakir, miskin dan asnaf ini sebelum dan selepas bantuan diagihkan.

Berdasarkan kajian lepas menunjukkan bahawa konsep lokalisasi ini telah lama dilaksanakan terutama dalam sistem pengurusan zakat dimana kutipan dan agihan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam skop kawasan yang kecil seperti kampung. Semakin kecil skop lokaliti tersebut, semakin cekap sistem kutipan dan agihan itu dilaksanakan. Bukan itu sahaja, konsep lokalisasi ini juga dapat meminimakan kelewatan atau sebarans kesalahan.

(11)

METODOLOGI KAJIAN

Unit analisis kajian ini adalah menggunakan populasi sasaran pelajar asnaf fakir miskin dari institusi pengajian tinggi di Selangor yang telah menerima dermasiswa daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sampel responden kajian merupakan keseluruhan pelajar asnaf fakir miskin institusi-institusi pengajian seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (LINITEN), Universiti Industri Selangor (LINISEL), Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) iaitu seramai 187 orang. Responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pelajar yang menerima tajaan daripada LZS. Secara keseluruhan, item-item yang digunakan bagi mengukur angkubah-angkubah dalam kajian ini adalah menggunakan ukuran skala Likert 5 mata. Sebanyak 187 borang soal selidik telah diedarkan dan boleh dianalisis dalam kajian ini.

Spesifikasi Model dan Kaedah Analisi Data

Kajian ini menggunakan ujian analisis faktor (EFA) yang perlu dilakukan bagi tujuan untuk memastikan semua faktor menyumbang kepada setiap pembolehubah utama yang mempunyai nilai varians yang tinggi untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan sesebuah pembolehubah yang diukur. Alat analisis yang digunakan adalah Alpha Cronbach dan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO). Seterusnya ujian korelasi dan regresi digunakan untuk menentukan apakah faktor-faktor kebarangkalian yang mempengaruhi keberkesanan lokalisasi zakat di institusi-institusi pengajian tinggi.

Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden terdiri daripada pelajar asnaf daripada LINISEL (43%), pelajar asnaf perempuan (83%), bet'kelulusan Ijazah Sarjana Muda (63%o), mempunyai keputusan peperiksaan kumulatif antara 3.01 hingga 3.50 (50%), berasal dari keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM501 sehingga RM1,000 (34%) dan mempunyai bilangan adik beradik anlara 4 hingga 5 orang (32%).

i

I

i

I

I

I

I

37

(12)

METODOLOGI KAJIAN

Unit analisis kajian ini adalah menggunakan populasi sasaran pelajar asnaf fakir miskin dari institusi pengajian tinggi di Selangor yang telah menerima dermasiswa daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sampel responden kajian merupakan keseluruhan pelajar asnaf fakir miskin institusi-institusi pengajian seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Industri Selangor (LINISEL), Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) iaitu seramai 187 orang. Responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pelajar yang menerima tajaan daripadaLZS. S ecara keseluruhan, item- item yang di gunakan bagi mengukur angkubah-angkubah dalam kajian ini adalah menggunakan ukuran skala Likert 5 mata. Sebanyak 187 borang soal selidik telah diedarkan dan boleh dianalisis dalam kajian ini.

Spesifikasi Model dan Kaedah Analisi Data

Kajian ini menggunakan ujian analisis faktor (EFA) yang perlu dilakukan bagi tujuan untuk memastikan semua faktor menyumbang kepada setiap pembolehubah utama yang mempunyai nilai varians yang tinggi unfuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan sesebuah pembolehubah yang diukur. Alat analisis yang digunakan adalah Alpha Cronbach dan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO). Seterusnya ujian korelasi dan regresi digunakan untuk menentukan apakah faktor-faktor kebarangkalian yang mempengaruhi keberkesanan lokalisasizakat di institusi-institusi pengajian tinggi.

Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden terdiri daripada pelajar asnaf daripada TINISEL (43%), pelajar asnaf perempuan (83%), beikelulusan Ijazah Sarjana Muda (63%), mempunyai keputusan peperiksaan kumulatif antara 3.01 hingga 3.50 (50%), berasal dari keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM50l sehingga RMl,000 (34%) dan mempunyai bilangan adik beradik antara 4 hingga 5 orang (32%).

(13)

Jadual4: Demografi PelajarAsnaf Fakir Miskin yang menerima Dermasiswa LZS

Item Kekerapan Peratusan

Universiti Pengajian

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Universiti Multimedia (MMU)

Universiti Industri Selangor (UNISEL) Universiti Tenaga Nasional (LINITEN) Universiti Putra Malaysia (UPM) Jantina Pelajar

Perempuan Lelaki

Peringkat Pengajian Diploma

Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana

Keputusan Peperiksaan Kumulatif

< 2 . 5 0 2 . 5 1 - 2 . 7 5 2.76 - 3.00

3.01 - 3.50

> 3 . 5 1 Tiada Jawapan

Jumtih Pendapatan Isi Rumah Tiada Sumber Pendapatan RM100 - RM500

RM50l - RM1,000 RM1,00l - RMl,500 RMl,50l - RM2,000 RM2,001 - RM2,500 RM2,50l - RM3,000 Tiada Jawapan

Jumlah Bilangan Adik Beradik Anak Tunggal

2 -3 orang 4 -5 orang 6 -7 orang

> 8 orang Tiada Jawapan

3 0 I 40

5 1 8 78 t 6 3 2 5 9

a J

a J

9 l 5 47 t 6 4 6 9

3 Z

2 l 1 0

5 4 7

32%

t % 43%

5 % r 9 % 83%

t 7 % 34%

63%

3 % 3 % t 0 % r 6 % s0%

t 7 % 4%

6%

r0%

34%

22%

t l % 5%

4%

7%

2%

t4%

32%

30%

20%

2%

2 l 3 3 0 2 8 1 9

2

(14)

HASIL KAJIAN

Kepentingan pelaksanaan konsep lokalisasi di institusi-institusi pengajian tinggi ditunjukkan di dalam Jadual 5 di mana beberapa faktor penyumbang telah dibentuk dengan menggunakan analisis faktor (EFA) kepada setiap pembolehubah utama iaitu faktor keberkesanan agihan, faktor pengetahuan, dan faktor cadangan perlaksanaan. Kesemua 3 faktor ini mempunyai beberapa item yang dikaji untuk melihat item yang manakah mempengaruhi setiap pembolehubah dengan melihat kepada nilai faktor muatan dan komunaliti setiap item di mana nilai muatan dan komunaliti yang paling tinggi menunjukkan sumbangan yang besar terhadap pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini juga mendapati bahawa kesemua nilai muatan, nilai Alpha Cronbach, ujian KMO dan ujian keseferaan Bartlett adalah memenuhi spesifikasi yang dikehendaki dalam sesuatu model. Selain itu, kajian ini juga melakukan analisis korelasi sebelum sesuatu model regresi dibina.

Kajian mendapati bahawa kesemua pembolehubah adalah berhubungan secara signifikan pada aras keertian 1 peratus dan mempunyai nilai koefisien positif antara ketiga-tiga kelompok faktor atau pembolehubah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual5: Hasil ujian daripadaAnalisis Faktor Kelompok Faktor Muatan

Faktor

Alpha Varians

vlln

Cronbach Keseluruhan (7o) Keberkesanan Agihan

1. Proses Permohonan adalah mudah dan ringkas 2, Bantuan wang saku

tepat mengikut jadual 3. Penyampaian maklumat

jelas, tepat dan mudah 4, Tidak digugur tarafakibat

kelewatan proses LZS 5. Tiada masalah kemaskini

keputusan peperiksaan

0 . 8 0 9 3 . 5 2 0 . 7 9 0 3 . 2 2 0 . 7 7 0 3 . 3 7 0 . 7 s 9 3 . 8 2 0 . 6 3 0 3 . 2 8

0 . 8 0 1 s6.907

(15)

Kelompok Faktor

Min

"l'lJi'

Varians Keseluruhan (7o) Muatan

Faktor Pengetahuan

1. Proses Permohonan adalah mudah dan ringkas

2. Bantuan wang saku tepat mengikut jadual 3. Penyampaian maklumat

jelas, tepat dan mudah 4. Tidak digugur tarafakibat

kelewatan proses LZS 5. Tiada masalah kemaskini

keputusan peperiksaan Cadangan Pelaksanaan L Proses dermasiswa zakat

LZS cepatkan agihan 2. Penglibatan kaunter

zakat mudahkan proses 3. Kaunter zakat mudahkan

proses permohonan 4. Cadangan lokalisasi kurangkan kerenah birokrasi

5. Penolong amil memahami 0.873 3.83 keperluan pelajar

Nota:

Min berdasarkan nilai skala likert; nilai I : sangat tidak setuju hingga nilai 5'= sangat setuju

*Bartlett's Test of Sphericity : Signifikan pada aras keertian l%o Jadual 6: Korelasi Antara Kelompok Faktor

0.875 3.s2 0.849 3.34 0.846 3.s4

0.901 71.973

0 . 8 3 7 3 . 8 5 0 . 8 3 5 3 . 6 6

0 . 9 3 1 3 . 9 8 0.900 3.93 0.889 3.99

0.939 80.422

0.889 4.03

Kelompok

Keberkesanan Agihan

Cadangan Pengetahuan Perlaksanaan Keberkesanan Agihan

Pengetahuan

Cadangan Pelaksanaan

I 0 . 8 6 1 * * 0.471**

I 0.507**

Nota: ** signifikan pada aras keertian l%

40

(16)

Lokalisasi dari Perspektif Pelajar Asnaf

Dalam kajian yang dijalankan oleh Ab. Rahman dan Ahmad Wifaq Makhtar (2011) telah membincangkan tentang hukum pengagihan zakat kepada pelajar berdasarkan pandangan ulama dulu dan kini dan mendapati terdapat kewujudan dakwaan daripada pelajar yang menyatakan kesukaran dalam mendapatkan bantuan zakat dari institusi yang berkaitan. Kajian juga mendapati antara faktor yang menyebabkan pelajar tidak mendapat biasiswa zakatadalah kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan.

Jadual 7:PerbezaanNilai GAP Min Setiap Konstruk

Item Perbezaan Nilai GAP'?Mint Sisihan Piawai Nilai Statistik t Min 1 dan Min 2

Min 2 dan Min 3 Min I dan Min 3

0 . 1 4 0 4 0 . 3 6 8 1 0 . 5 0 8 5

0 . 7 6 9 2 0.9043 0 . 8 8 9 s

-4.976*

4.654*

-0.322*

Nota: 'Min berdasarkan nilai skala likert; nilai I : sangat tidak setuju hingga nilai 5 : sangat setuju

2nilai perbezaan antara min setiap konstruk

Min 1: persepsi pelajar asnaftentang keberkesanan agihan pendidikan LZS lnllai:3.44261

Min 2: persepsi pelajar asnaftentang kewujudan unit zakat, wakafdan sedekah [nilai:3.5830]

Min 3: persepsi pelajar asnafterhadap cadangan konsep lokalisasi agihan zakat di IPT [nilai:3.9511]

*signifikan pada aras keertian 5%

Berdasarkan Jadual 7, kajian mendapati bahawa wujud perbezaan min persetujuan responden yang signifikan untuk melaksanakan konsep lokalisasi agihan zakat di institusi pengajian tinggi oleh LZS berbanding persepsi responden terhadap situasi semasa keberkesanan agihan pendidikan LZS. Ini menunjukkan bahawa responden yang terdiri daripada pelajar asnaf daripada KUIS, MMU, LINISEL, LTNITEN dan UPM amat bersetuju untuk melaksanakan konsep lokalisasi zakat di institusi pengajian tinggi. Situasi ini adalah berkemungkinan daripada pengalaman responden berhadapan dengan keadaan pengurusan zakat yang tidak cekap yang menyebabkan proses permohonan yang sukar, banfuan agihan yang lambat, penyampaian maklumat yang tidak jelas, mengalami masalah dalam mengemaskini keputusan peperiksaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perbezaan min konstruk yang lain adalah tidak signifikan iaitu menunjukkan tiada

(17)

perbezaan min yang ketara antara persepsi keberkesanan agihan zakat dengan persepsi kewujudan lui,';rit zakat serta antara persepsi kewujudan unit zakat dengan cadangan konsep lokalisasi.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Konsep lokalisasi dengan mewujudkan kaunter zakat di institusi pengajian tinggi memainkan peranan dalam memberi maklumat dan penerangan kepada pelajar tentang bagaimana untuk memohon, menghantar borang serta syarat kelayakan permohonan. Kaunter zakat di IPT perlu berperanan sebagai pemudahcara bagi pelajar dalam mendapatkan bantuan pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Selain itu, kaunter zakat yang ditubuhkan di IPT dalam mewujudkan konsep lokalisasi juga perlulah menyediakan aktiviti susulan seperti program motivasi dan kaunseling bagi meningkatkan prestasi pelajaran.

Hasil kajian menunjukkan faktor cadangan pelaksanaan konsep lokalisasi merupakan faktor yang penting dalam mewujudkan konsep ini di Institusi Pengajian Tinggi. Ini berdasarkan faktor cadangan pelaksanaan mempunyai varian keseluruhan yang tinggi iaitu 80.4 peratus berbanding faktor- faktor yang lain. Oleh itu keputusan ini menunjukkan bahawa faktor ini amat penting dan perlu dipertimbangkan oleh LZS. Elemen-elemen yang menyokong faktor cadangan pelaksanaan konsep lokalisasi di IPT adalah proses dermasiswa zakat LZS akan mempercepatkan agihan, penglibatan kaunter zakat akan memudahkan proses, kewujudan kaunter zakat memudahkan proses permohonan, cadangan lokalisasi akan mengurangkan kerenah birokrasi dan penolong amil dapat memahami keperluan pelajar.

Oleh itu, pihak LZS perlu mewujudkan lebih banyak kaunter zakat di setiap masjid utama ataupun pusat kegiatan pelajar yang terdapat di IPT swasta dan awam. Pusat zakat mini ataupun kaunter zakatyang sedia ada di sebahagian IPT di Selangor perlulah diwujudkan juga di IPT. Cadangan mewujudkan kaunter zakat di setiap masjid utama IPT dan pusat kegiatan pelajar adalah kerana ianya merupakan pusat tumpuan pelajar-pelajar.

Pihak LZS perlulah bergerak lebih aktif dan melibatkan diri dengan pelajar asnaf. Penglibatan pihak LZS secara langsung dapat memberikan informasi dan maklumat yang lebih baik kepada pelajar-pelajar dalam melakukan proses permohonan ataupun mendapatkan bantuan dalam ketidakfahaman yang dialami. Selain itu, penglibatan pihak LZS dengan pelajar-pelajar juga dapat mengenalpasti asnaf-asnaf yang layak mendapatkan bantuan zakat

42

(18)

pendidikan dan ini juga dapat menghapuskan masalah keciciran. Ini dapat meningkatkan keberkesanan agihan zakat yang merupakan faktor yang p€nting dalam meningkatkan keyakinan pembayar zakat.

Selain itu, dalam memudahkan urusan yang berkaitanzakat, pihak LZS juga boleh bekerjasama dengan pihak IPT dengan menyediakan pautan kaunter zakat IPT di setiap laman sesawang IPT tersebut. Ini dapat memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat dengan cepat melalui capaian di pautan tersebut. Sebarang pertanyaanjuga boleh dilakukan di pautan tersebut. Ini adalah untuk pelajar-pelaj ar yang tidak berkesempatan ke kaunter zakat mini yang disediakan di IPT pada waktu pejabat kerana menghadiri kelas.

KESIMPULAN

Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Zakat pendidikan memainkan peranan yang sangat penting kepada golongan asnaf di Malaysia sama ada golongan asnaf di peringkat pendidikan rendah dan tinggi melalui kepelbagaian skim dan bentuk bantuan pendidikan.

Konsep lokalisasi di IPT mempunyai hubungan penting dalam mewujudkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan pengagihan zakat kepada pelajar tajaan LZS. Kajian ini mendapati bahawa cadangan konsep lokalisasi di IPT adalah lebih dominan berbanding dengan keberkesanan agihan zakat pendidikan oleh LZS yang sedia ada. Walau bagaimanapun, pihak LZS perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dari semasa ke semasa agar bantuan zakat pendidikan dapat diagihkan dengan tepat dan cepat selain mengelak daripada berlakunya masalah keciciran.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari, 'Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam' , Jurnal Pendidikan,2005.

AdibahAbdul Wahab & Joni Tamkin Borhan, "ImpakZakat dalam Membangunkan Sosioekonomi di Malaysia: Penilaian Teori dan Praktis." Kerta Kerja Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara, 207 4.

Azman, A. R., & Ahmad Wifaq, M. "Kelayakan dan Kedudukan Pelajar sebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif Islam." Jurnal Pengurusan Jawhar,20ll.

Azman, A. R., Mohammad, H. A., & Syed Mohd Najib, S. O. "Zakat institution in Malaysia: Problems and Issues." Global Jownal Al-Thaqafah 2(l) (2012):

35-41.

Hairunnizam Wahid & Radiah Abdul Kader. "Localization of Malaysian Zakat Dishibution; Perceptions of Amil and Zakat Recipients." In Abdul Ghafar

(19)

et al. (ed.). Proceedings of Seventh International Conference. The Tawhidi Epis t emo lo gt : Z akqt and Waqlf E c onohy, 20 10, 461 -484.

Jabatan Wakaf, Zakat danHaji. Manual Pengurusan Agihan Zaka|2008.

Kahf, M. "The Performance of The Institution of Zakat in Theory and Practice.

International Conference on Islamic Economics Tbwards the 2lst Century."

Kuala Lumpur, April 26-30,1999.

Lembaga Zakat Selangor. "Info Zakat". Laporan Kutipan dan Agihan Zqkat.2014.

LembagaZakat Selangor. Laporan Pengurusan Zakat Selangor, www.e-zakat.com.

my,2004.

Muhammad Syukd Salleh. Lokalisasi Pengagihan Zakat: sat.t Cadangan Teoritis.

Dalam Hailani & Abdul Ghafar (ed.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian &

Perundangan Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

Al-Qaradawi,Y. Hukum Zakqt - Studi Komparatif Mengenai Status dan Filasafat Zakat berdasarkan Quran dan Hadis. Terj. Salman Harun et al. Indonesia:

Penerbit Litera Antara Nusa. 1996.

Al-Qardawi, Yusuf. Fiqh al-Zakah. Cairo: Maktabah Wahbah, 2006.

Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. "Cadangan Melokalisasikan Pengagihan Zakat: Persepsi Amil dan Penerima Zakat."

Kertas Kerja Seminar SEBUMI 3 2010. Penjanaan Ilmu Serumpun Ke arah Kelestarian Penyelidikan dan Kecemerlangan Akademik, 20 I 0.

Radiah Abdul Kader, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. "Faktor Penentu Terhadap Cadangan Lokalisasi Pengagihan Zakat: Pendekatan Analisis Pengesahan Faktor (CFA)." Dalam Mariani Abdul Majid et al. (eds.).

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V 2010: Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi. Jilid II, 2010, 88-103.

Salleh, M.S. Lokalisasi Pengagihan Zakat: Satu Cadangan Teoritis. Dalam Hailani

& Abdul Ghafar (eds.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. "Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal, di Malaysia."

International Journal of Management Studies 13 (2) (2006):175-196.

44

(20)

r s B N 9 7 8 - 9 6 7 - 1 3 5 8 3 - 1 - 3

ilililLillil||ilil|t|

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /109 pengukuran kualiti hidup yang diukur secara psikologi atau dalaman yang

Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran koperasi di Negeri Selangor untuk menjalankan kewajipan membayar zakat pemiagaan dan juga

Kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan pelaksanaan agihan zakat dapat diberikan kepada golongan sasaran fakir dan miskin yang tepat dengan mengambil

Secara umumnya, objektif kajian ini ialah untuk mencadangkan kadar haddul kifayah yang relevan kepada pelajar khususnya kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang menuntut di

Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang diterima oleh asnaf Orang Asli di perkampungan Orang Asli daerah Sepang, Selangor di bawah kategori

Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang diterima oleh asnaf Orang Asli di perkampungan Orang Asli daerah Sepang, Selangor di bawah kategori

Sebagai contoh Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menurunkan kuasanya kepada Penolong Amil yang dilantik di institut pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih untuk menguruskan

Faktor-faktor Kesedaran Terhadap Perpustakaan Digital di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Kajian ini mendapati bahawa lebih daripada dua pertiga responden