DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2057
Kesan Persepsi Sosial, Ekonomi, Persekitaran Terhadap Kualiti Hidup Komuniti Di Acara Sukan Triathlon, Perak 2022
(Impact Perception Social, Economic, Environmental on Quality of Life Community at Sporting Events Triathlon, Perak 2022)
Azlina Zid1 , Rozita Abd Latif2* , Siti Aishah Wahab3 , Maizan Mohd Nor4 , Jamatul Shahidah Shaari5 ,
Fadli Fizari Abu Hassan Asari6
1Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Email: azlinazid@uitm.edu.my
2Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Kampus Seremban, 73000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Email: rozita.abdlatif@uitm.edu.my
3Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Email: sitia532@uitm.edu.my
4Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Email: maizan787@uitm.edu.my
5Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Email: jamatul@uitm.edu.my
6Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Kampus Arau, 02600 Arau, Perlis, Malaysia.
Email: fizari754@uitm.edu.my
CORRESPONDING AUTHOR (*):
Rozita Abd Latif
(rozita.abdlatif@uitm.edu.my) KATA KUNCI:
Sosial Ekonomi Persekitaran Kualiti Hidup Komuniti KEYWORDS:
Social Economic Environmental Quality of Life Community CITATION:
Azlina Zid et al. (2023). Kesan Persepsi Sosial, Ekonomi, Persekitaran Terhadap Kualiti Hidup Komuniti Di Acara Sukan Triathlon, Perak 2022. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
ABSTRAK
Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan kepada pembangunan masyarakat secara lestari, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP).
Kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat negara yang menyedari faedah diperoleh apabila mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton dan peminat dari dalam dan luar negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) terhadap kualiti hidup (QoL) komuniti yang memberi sokongan terhadap penganjuran sukan Perak Triathlon 2022 di Marina Island, Lumut Perak. Data dari instrumen Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Impact Perception of Social, Economic and Environment dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kesan persepsi sosial menunjukkan skor min paling tinggi dengan M=3.93 (SD=0.901). Ini diikuti kesan persepsi ekonomi M=3.58 (SD=0.998) dan kesan persepsi persekitaran M=3.51( SD=0.953). Hasil dapatan hubungan antara kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) dan kualiti hidup (QoL) komuniti menunjukkan hubungan yang negatif dan lemah (r=-1.113, p >.05). Hasil kajian ini dijangka memberi manfaat kepada pihak penganjur untuk memastikan komuniti mendapat pelbagai faedah dari
8(1), e002057.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2057 penganjuran yang diadakan terutama dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
ABSTRACT
Organizing major sporting events often affects the sustainable development of society, in particular social, economic and environmental relations (SEE). The success of this event is highly dependent on the local community of the country who realize the benefits of holding the event with the presence of spectators and fans from both local and foreign. Thus, this study aims to look at the impact of social, economic, environmental perception (SEE) on the quality of life (QoL) of the community that supports the organization of the Perak Triathlon 2022 sport in Marina Island, Lumut Perak. Data from the Satisfaction with Life Scale (SWLS) and Impact Perception of Social, Economic and Environment instruments were analyzed using descriptive and inferential statistics. The impact of social perception showed the highest mean score with M=3.93, SD=0.901. This was followed by the impact of economic perception (M=3.58, SD=0.998) and the impact of environmental perception (M=3.51, SD=0.953). The findings of the association between the effects of social, economic, environmental perception (SEE) and quality of life (QoL) of the community showed a negative and weak relationship (r=-1.113, p >.05). The results of this study are expected to have an impact and benefit to the organisers to ensure that the community benefits from the organization especially in improving the quality of life of the local community.
Sumbangan/Keaslian: Kajian ini akan memberi implikasi kepada pembangunan komuniti di Lumut Perak dari aspek sosial, ekonomi serta persekitaran. Hasil kajian ini akan memberi panduan kepada pihak kerajaan dan pihak penganjur agar perlaksanaan aktiviti sukan haruslah menitikberatkan aspek kehidupan komuniti dalam memastikan setiap individu mendapat manfaat dari aktiviti yang dijalankan.
1. Pengenalan
Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan yang signifikan kepada pembangunan masyarakat secara lestari, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP) (Kaplanidou, & Karadakis, 2010). Menurut Kurtzman dan Zauhar (2003), penganjuran acara sukan utama ini secara tidak langsung merupakan salah satu produk pelancongan sukan yang berkembang pesat di seluruh dunia dari aspek sosial mahupun ekonomi. Malaysia kini semakin dikenali dengan penganjuran beberapa sukan bertaraf dunia, antaranya Royal Langkawi International Regatta, Ironman Triathlon, Formula 1 Grand Prix Malaysia, Perlumbaan Petronas Primax 3 Merdeka Millineum Endurance, Super GT, Grand Prix Motosikal Malaysia dan Piala Monsun. Kesemua acara sukan bertaraf antarabangsa ini membawa pulangan lumayan kepada masyarakat dan negara. Di Amerika Syarikat (AS), sukan merupakan industri terbesar dan pesat dan menjadi penyumbang utama ekonomi dengan keuntungan industrinya mencecah sehingga AS$700 bilion (RM3,500 billion) pada tahun 2014 (Kearney 2014). Berdasarkan kajian oleh Sports Global Market Report (2021), nilai pasaran global sukan mencecah hampir USD388.3 bilion pada tahun 2020 dan prospek industri sukan dijangka terus
positif dan akan berkembang mencecah USD 599.0 bilion pada tahun 2025 seterusnya USD 826.0 bilion pada tahun 2030.
Penganjuran sukan menjadi antara penjana ekonomi di Malaysia apabila memiliki beberapa kelebihan iaitu dari segi tempoh masa acara sukan berlangsung beberapa hari, liputan publisiti yang meluas melalui media cetak dan elektronik, menerima tajaan daripada pelbagai syarikat multinasional dan domestik serta memberi peluang penduduk tempatan menjalankan perniagaan dalam tempoh kejohanan berlangsung. Menurut Gursoy dan Kendall (2006), kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat negara yang menyedari faedah diperoleh apabila mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton dan peminat dari dalam dan luar negara. Ini semestinya akan memberi kesan terhadap ekonomi, sosial budaya dan persekitaran penduduk setempat.
Menurut Sautter dan Leisen (1999), sokongan penduduk tempatan adalah penting kerana mereka adalah faktor utama dalam perancangan dan kejayaan acara sukan utama.
Merujuk Worsley (1977), komuniti adalah sekelompok manusia mendiami kawasan sama, mempunyai kesefahaman autonomi politik, persahabatan, kepercayaan agama, pelbagai etnik dan kerap ada fungsi atau pekerjaan yang dominan. Malahan, beberapa ahli sosiologi menganggap komuniti merupakan satu unit walaupun terdapat banyak bentuk perbezaan yang perlu diambil kira dalam konteks berbeza.
Dalam melaksanakan penganjuran sukan, sesebuah negara mahupun negeri perlulah bersedia dengan menyediakan segala kemudahan infrastruktur yang baik. Menurut Roche (1994), penganjuran acara memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang kepada sesebuah negara atau komuniti antaranya dari segi pembangunan pusat pelancongan (Kang & Perdue, 1994), penghargaan kepada sesebuah komuniti (Jeong &
Faulkner, 1996) dan peningkatan kepada taraf hidup masyarakat tempatan (Goeldner &
Ritchie, 2003). Menyedari tentang kepentingan penganjuran acara, Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia bagi menarik lebih banyak lagi penganjuran acara sukan yang bertaraf antarabangsa. Penganjuran acara sukan meninggalkan impak yang amat ketara dari segi ekonomi dan persekitaran yang mana peningkatan kepada kadar pertukaran mata wang asing dan seterusnya dapat meningkatkan imbangan pembayaran negara. Ini sekali gus mampu meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk tempatan.
Namun begitu, terdapat beberapa isu yang memberi kesan terhadap komuniti setempat.
Antaranya penganjuran pelbagai program aktiviti di lokasi yang ditetapkan kemungkinan tiada kesediaan dan ketidakmampuan dari aspek kemahiran menyebabkan penduduk setempat terpinggir dan sukar untuk dilaksanakan aktiviti tersebut dengan cemerlang.
Selain itu, isu perkauman juga telah mula membentuk komuniti yang tidak sihat. Media sosial dijadikan platform menyebarkan api perkauman dan sikap rasis menjadi lebih memburukkan keadaan (Nadzri, 2020). Ini menyebabkan perhubungan sosial budaya tidak lagi harmoni dan menganggu kualiti hidup penduduk setempat. Tambahan juga, kelembapan ekonomi negara akibat pelbagai krisis antaranya isu politik dan COVID-19 telah memberi kesan besar terhadap pembangunan komuniti global termasuk Malaysia (Shahrizan Salian, 2020). Oleh itu, kajian kesan persepsi SEP komuniti terhadap acara sukan Perak Triathlon akan menjadi landasan terbaik untuk mengenal pasti tahap perpaduan antara kaum, peningkatan ekonomi dan kesihatan, persekitaran terhadap kualiti hidup komuniti di Lumut Perak.
Kualiti hidup merupakan konsep yang subjektif, multidimensi yang mentakrifkan tahap standard untuk kesejahteraan emosi, fizikal, bahan dan sosial (Costanza et al., 2007).
Pelbagai indikator yang berbeza digunakan bagi menentukan kualiti hidup, namun secara asasnya kualiti hidup merupakan lambang kepada kemajuan negara (Peterson &
Malhotra, 2000). Ini bermaksud setiap penduduk mempunyai hak bagi mendapatkan serta menikmati kualiti hidup yang baik dan diperlukan. Justeru itu, penganjuran acara sukan utama secara langsung dilihat mampu meningkatkan kualiti hidup dengan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti antaranya membuka perniagaan dan membantu membina infrastruktur dan kemudahan sukan di kawasan penduduk. Selain itu, acara sukan ini juga akan meningkatkan perpaduan dan kesejahteraan pelbagai kaum serta membentuk jaringan kerjasama dengan pihak luar dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan penduduk tempatan. Justeru itu, kajian ini akan melihat bagaimana kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) mempengaruhi kualiti hidup (QoL) komuniti yang memberi sokongan terhadap penganjuran sukan Perak Triathlon 2022 di Marina Island, Lumut Perak. Perak Triathlon ialah acara yang menguji tahap kecergasan dan kekuatan fizikal dan mental. Ini melibatkan tiga jenis disiplin iaitu berenang (1.5km), berbasikal (40km) dan berlari (10km). Perak Triathlon merupakan edisi ke-3 yang dianjurkan oleh XS Elite Performance. Kejohanan ini merupakan sukan bertaraf antarabangsa, dihadiri oleh peserta dari seluruh dunia yang akan bersaing meraih gelaran juara aksi lasak. Oleh itu, objektif kajian ini adalah:
i. Mengukur kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) komuniti terhadap acara sukan Triathlon di Lumut Perak
ii. Mengenal pasti hubungan kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) dengan kualiti hidup (QoL) komuniti terhadap acara sukan Triathlon di Lumut Perak.
2. Sorotan Literatur
Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan yang signifikan kepada pembangunan masyarakat secara lestari terutama bagi tuan rumah, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP) (Kaplanidou & Karadakis, 2010;
Kim & Kaplanidou, 2019). Gursoy dan Kendall (2006) berpendapat bahawa kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat yang menyedari faedah mengadakan acara tersebut dan acara sukan juga dapat menarik penonton setempat dan antarabangsa dalam bilangan yang ramai.
2.1. Kesan Sosial, Ekonomi dan Persekitaran (SEP) dan Kualiti Hidup (QoL) Komuniti
2.1.1. Kesan Sosial
Kesejahteraan hubungan sosial dalam konteks sosiobudaya dalam kajian ini menekankan aktiviti budaya, rekreasi, pertukaran budaya dan penyertaan sosial dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat (Nor Hayati et al., 2017). Komuniti yang terlibat dengan acara sukan utama akan mendapat manfaat dari penganjuran tersebut dengan menjalinkan hubungan sosial dengan penonton, peminat mahupun pelancong sukan dari seluruh pelosok dunia. Komuniti setempat ini boleh menggerakkan penonton, peminat atau pelancong sukan dengan membuat perubahan kehidupan mereka menerusi sosial budaya yang dipersembahkan (Nor Hayati et al., 2017). Ia menjadikan pengalaman yang menggembirakan dengan mengubah tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik.
Kehadiran penonton dan peminat ke kejohanan acara sukan turut mendedahkan
penduduk setempat dengan perubahan sosial (Jaafar et al., 2015; Kim, 2002). Menurut Aishah (2018) kesan sosial menerusi komunikasi interpersonal mampu membentuk hubungan yang dapat membantu komuniti/ individu dalam pelbagai perkara antaranya seperti mendapatkan pekerjaan, dan sokongan sosial. Malah, hubungan sosial bukan hanya menjurus kepada aktiviti dalam kekeluargaan sahaja malah ia juga merupakan hubungan antara individu dengan masyarakat yang berada di sekitar mereka. Hubungan ini tidak hanya wujud dengan hubungan kekeluargaan malah boleh wujud sekiranya terdapat mutual interest sama ada daripada segi gaya hidup, umur dan minat yang sama antara mereka. Kesefahaman yang wujud sudah pastinya akan mewujudkan hubungan sosial dan jaringan sosial yang baik antara mereka. Perkara ini sudah semestinya penting bagi komuniti setempat berhubungan dengan penonton atau peminat yang hadir di acara sukan triathlon dalam memastikan kualiti hidup yang lebih bermakna.
2.1.2. Kesan Ekonomi
Kesan penganjuran sukan boleh dilihat menerusi perubahan yang ketara terhadap keadaan ekonomi masyarakat setempat (Teng et. al., 2018; Amalu et al., 2012).
Pembangunan di kawasan tumpuan masyarakat setempat terus diusahakan dengan peningkatan pelbagai kemudahan infrastruktur (Jaafar et al., 2015) yang baik dan selamat (Lankford & Howard, 1994). Antara kemudahan ini termasuklah tempat berhibur, pusat kesihatan, pusat membeli belah serta kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih baik, tersusun dan mencukupi. Malah kejohanan acara sukan juga turut mendorong kepada penambahbaikan kemudahan awam seperti bekalan air, pembetungan, lampu jalan, jalan raya, tandas awam dan landskap yang lebih menarik (Kreag, 2001). Aktiviti sukan yang berterusan turut mengundang pelbagai kewujudan pengangkutan awam yang asalnya disediakan bagi kegunaan para atlet. Malah kehidupan masyarakat setempat juga turut berubah dengan adanya pelbagai aktiviti perniagaan mahupun pelaburan. Menurut Proenca dan Soukiazis (2008) sumbangan ekonomi bergantung kepada keupayaan pelaburan serta pembangunan infrastruktur yang baik. Justeru masyarakat mula memikirkan cara terbaik untuk memasarkan barangan produk tempatan yang lazimnya mendapat permintaan tinggi di kalangan para peminat sukan dan pelancong. Barangan kraf tangan yang unik dan menarik juga sebenarnya memberikan satu peluang pelaburan yang tinggi (Jipun, 2019) di kalangan masyarakat tempatan untuk memperkembangkan perniagaan (Stynes, 1997) masing-masing. Malah kegiatan perniagaan yang berlangsung secara besar-besaran ini pastinya memberi peluang kerjaya (Sanggin, 2009) yang lebih baik. Aktiviti ini secara tidak langsung telah dapat menjanakan pendapatan yang agak lumayan di kalangan penduduk setempat sekali gus meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar (Weaver & Lawton, 2001; Sanggin, 2009). Namun begitu, Proenca dan Soukiazis (2008) menjelaskan wujudnya hubungan negatif kualiti hidup dengan keadaan ekonomi yang mana ramai pekerja khususnya di kalangan buruh binaan yang akan kehilangan pekerjaan setelah kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur siap sepenuhnya untuk kegunaan kejohanan utama. Situasi ini akhirnya dilihat Kim (2002) sebagai punca kepada masalah pengangguran di kalangan penduduk. Selain itu harga barangan harian turut melonjak naik, khususnya pasaran makanan hasil dari kehadiran penonton, peminat dan pelancong sukan (Sheldon & Var, 1984).
2.2. 3. Kesan Persekitaran
Kehadiran penonton dan peminat ke kejohanan acara sukan turut menyumbang kepada perubahan persekitaran (Creaco & Querini, 2003). Kim (2002) menjelaskan kesan yang wujud kadangkala memberikan nilai positif dan negatif kepada penduduk setempat.
Kesan persekitaran ini dapat dilihat kepada tahap penggunaan tanah bagi pembangunan infrastruktur terutamanya apabila sesuatu kejohanan diadakan serta jumlah pelawat yang datang berkunjung dalam tempoh tertentu (Gartner, 1989). Malah pelbagai kejohanan sukan diadakan secara tidak langsung akan menarik ramai penonton, peminat atau pelancong dan telah menggalakkan lebih banyak kegiatan penerokaan ke atas alam sekitar (Var & Kim, 1989). Situasi ini banyak mengundang kepada perubahan ekologi (Sheldon & Var, 1984), yang secara tidak langsung mengubah rantaian kehidupan alam sekitar (Kim, 2002). Kehadiran jumlah penonton yang ramai turut menyumbang kepada kadar kepadatan (Kreag, 2001) dan kesesakan yang tinggi (Tyrrell & Spaulding, 1984) walaupun ia berlangsung dalam tempoh dan jangka masa tertentu. Persekitaran turut tercemar dari aspek udara, air dan darat. Menurut Lankford dan Howards (1994) majoriti penonton dan peminat menyumbang kepada masalah pembuangan sampah. Penggunaan khidmat pengangkutan yang tinggi pula menyumbang kepada masalah pencemaran udara. Malah kadar penerbangan yang tinggi turut menyumbang kepada kadar pengeluaran bahan buangan yang banyak (Kim, 2002). Pencemaran air turut berlaku terutamanya di kawasan rekreasi dan tasik (Andereck, 1995). Masalah menjadi semakin serius apabila sukan air yang menggunakan perkhidmatan bot dan peluncur air dijalankan tanpa mengira tahap pencemaran yang berlaku. Walau bagaimanapun Gartner (1989), menjelaskan tahap pencemaran yang berlaku tidaklah berapa serius. Sebaliknya kewujudan acara sukan ini sebenarnya telah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik (Perdue et al., 1987). Ini dapat dilihat ke atas usaha pihak kerajaan yang melancarkan pelbagai kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, yang mana ianya merupakan sebahagian usaha memartabatkan alam sekitar serta menggalakkan aktiviti pelancongan.
2.2.4. Kualiti Kehidupan
Kualiti hidup mempunyai konsep yang kompleks, dinamik dan dapat ditentukan melalui beberapa komponen berbeza. Berdasarkan data daripada World Health Organization (WHO) (2012), kualiti hidup dapat didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap kedudukan mereka dalam kehidupan dalam konteks budaya, sistem nilai yang mana mereka hidup adalah untuk mencapai matlamat, jangkaan, standard, kebimbangan yang mana ianya adalah konsep yang luas yang mana ianya mempengaruhi secara kompleks akan kesihatan fizikal seseorang, keadaan psikologi, tahap kebebasan, hubungan sosial, kepercayaan peribadi dan hubungan mereka dengan ciri-ciri penting di persekitaran mereka. WHO (2012) juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa komponen utama yang digunakan untuk mengukur kualiti hidup tersebut iaitu kesihatan fizikal, psikologikal, tahap kebergantungan, hubungan sosial, persekitaran dan aspek keagamaan/ kepercayaan. Kualiti hidup juga ditakrifkan Ivan et al. (2020) turut menjelaskan bahawa kesihatan mental dan psikologi merupakan hal yang penting dalam kualiti hidup. Ini kerana emosi merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira untuk mendapatkan kualiti serta kesejahteraan hidup. Kemurungan akan menyebabkan seseorang mengalami pelbagai perkara negatif seperti kemerosotan tahap kesihatan dan mengganggu aktiviti seharian. Manakala takrifan oleh Varni et al. (2006) menyatakan kualiti hidup sebagai membina sebuah multidimensi yang mencerminkan persepsi diri sendiri dengan keseronokan dan kepuasan kehidupan. Ini turut disokong oleh Chandler dan Robinson (2014) menyatakan bahawa kesejahteraan hidup ialah suatu pengalaman yang subjektif dan ianya berkait rapat dengan kepuasan dan kebahagiaan secara psikologi. Moons et al. (2006) turut menyatakan seseorang yang berpuas hati dengan kehidupannya menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Semakin tinggi kualiti hidup, semakin tinggi kepuasan hidup seseorang itu. Justeru itu, kajian ini akan melihat dari
aspek kepuasan kualiti hidup komuniti dengan mengukur kesan sosial, ekonomi dan persekitaran hasil dari kejohanan acara sukan utama triathlon di Lumut Perak.
3. Metod Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dan kaedah tinjauan borang soal selidik. Instrumen Satisfaction With Life Scale (SWLS) yang dibina oleh Diener et al., (1985) digunakan untuk mengukur kepuasan kualiti hidup. Soal selidik mengandungi lima item dan menggunakan skala Likert 5-poin (1-sangat tidak puas, 2-tidak puas, 3- tidak pasti, 4-puas, 5-sangat puas). Manakala instrumen Impact Perception of Social, Economic and Environment oleh Kaplanidou dan Karadakis (2010) digunakan untuk mengukur kesan persepsi sosial, ekonomi dan persekitaran menggunakan soal selidik 15 item dengan skala Likert 5-poin (1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4- setuju, 5-sangat setuju). Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah dengan sejumlah 106 responden telah diperoleh. Berdasarkan Roscoe (1975), peraturan asas untuk menentukan saiz sampel untuk kebanyakan penyelidikan adalah sesuai lebih besar dari 30 dan kurang daripada 500. Analisis kajian ini menggunakan interpretasi skor min dan Kolerasi Pearson yang diperoleh daripada jawapan skala Likert untuk mengukur kesan persepsi SEP terhadap kualiti hidup komuniti di sepanjang kejohanan sukan utama triathlon. Indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpa digunakan bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan setiap faktor.
4. Hasil Kajian
Bagi tujuan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang bakal dikemukakan, satu kajian rintis telah dijalankan. Tujuan utama kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menentukan nilai Cronbach Alpha yang mewakili konsistensi dalaman setiap item soal selidik. Seramai 30 responden telah dipilih yang mencakupi kriteria sebenar sebelum soal selidik tersebut boleh digunakan dalam kajian sebenar.
Berdasarkan pada Jadual 1, nilai Cronbach Alpha bagi item soal selidik sosial, ekonomi dan persekitaran adalah .930. Merujuk kepada Pallant (2007), nilai Cronbach’s Alpha melebihi .7, menunjukkan item-item soal selidik tersebut boleh digunakan dalam kajian sebenar.
Jadual 1: Statistik Kebolehpercayaan
No Faktor Bil Item Nilai Cronbach Alpha
1 Ekonomi 3 0.875
2 Sosial 4 0.915
3 Persekitaran 3 0.905
Keseluruhan 10 0.930
Hasil kajian bagi objektif pertama adalah menggunakan interpretasi skor min oleh Jenkins (2007) di Jadual 2 yang menggunakan analisa skala Likert bagi mengukur kesan persepsi sosial, ekonomi dan persekitaran komuniti terhadap acara sukan triatlon 2022 di Lumut Perak.
Jadual 2: Interpretasi Skor Min Skala Likert
Skor Min Kesan Persepsi SEP
4.21-5.00 Sangat Setuju
3.41-4.20 Setuju
2.61-3.40 tidak pasti 1.81-2.60
1.00-1.80
tidak setuju sangat tidak setuju Sumber: Jenkins (2007)
Jadual 3 menunjukkan kesan persepsi sosial adalah paling tinggi dengan skor min M=3.93 (SD=0.901). Ini diikuti kesan persepsi ekonomi dengan skor min M=3.58 (SD=0.998) dan kesan persepsi persekitaran dengan skor min M=3.51 (SD=0.953). Secara keseluruhan, ketiga-tiga dimensi kesan persepsi sosial, ekonomi dan persekitaran komuniti adalah positif dan setuju terhadap acara sukan triathlon di Lumut Perak.
Jadual 3: Kesan Persepsi SEP Komuniti terhadap Acara Sukan Triathlon di Lumut Perak.
Item Min Sisihan Piawai
Kesan Persepsi Sosialbudaya 3.93 .901
Kesan Persepsi Ekonomi 3.58 .998
Kesan Persepsi Persekitaran 3.51 .953
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan bagi objektif kedua. Ujian analisis korelasi Pearson adalah dalam lingkungan -1 hingga 1. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan negatif yang lemah dan tidak signifikan antara dua pemboleh ubah tersebut, r
=-1.113, p >.05. Ini menunjukkan terdapat perkaitan lemah antara kesan persepsi SEP dan kualiti hidup (QoL) komuniti di acara sukan Traithlon di Lumut Perak.
Jadual 4: Perhubungan Kesan Persepsi SEP dengan Kualiti Hidup (Q0L) Komuniti terhadap Acara Sukan Triathlon di Lumut Perak
Kesan Persepsi SEP Kualiti Kehidupan
Kesan Persepsi SEP Kolerasi Pearson 1 -.113
Sig. (2-tailed) .250
N 106 106
Kualiti Kehidupan Korelasi Pearson -.113 1 Sig. (2-tailed) .250
N 106 106
**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).
5. Perbincangan Kajian
Hasil kajian objektif pertama menunjukkan kesan persepsi sosial adalah skor min paling tinggi M=3.93 (SD=0.901). Ini jelas menunjukkan pelbagai latar belakang peserta, penonton dan peminat seperti bangsa, umur, agama, pekerjaan telah memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan komuniti setempat dengan mengenali dan mempelajari budaya semasa acara triathlon diadakan. Ini turut disokong oleh Jaafar et al., (2015) yang menyatakan kehadiran penonton, peminat ataupun pelancong sukan ke kejohanan acara sukan utama ini mendedahkan masyarakat setempat dengan perubahan sosial yang mendekatkan hubungan mesra antara mereka. Seterusnya, skor min kedua tertinggi adalah kesan persepsi ekonomi M=3.58 (SD=0.998). Ini menunjukkan komuniti positif dan setuju bahawa bandar Lumut yang menjadi tuan rumah acara Triatlon telah meningkatkan peluang perniagaan. Namun begitu hasil
dapatan dari aspek infrastruktur didapati tiada perubahan dan penambahbaikan kepada komuniti. Didapati tiada pengangkutan awam disediakan sepanjang acara berlangsung, hanya kenderaan persendirian dan jaringan komunikasi kekal tidak berubah. Manakala skor min paling rendah namun masih positif dan setuju adalah kesan persepsi persekitaran M=3.51 (SD=0.953). Ini menunjukkan sepanjang acara triathlon ini berlangsung komuniti setempat sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan namun mereka turut menyatakan acara sukan juga menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan kawasan semula jadi serta meningkatkan pencemaran. Menurut Gartner (1996) jumlah tanah yang digunakan untuk tujuan pembinaan infrastruktur, terutama apabila sesuatu pertandingan diadakan adalah petunjuk bagaimana persekitaran memberi kesan kepada manusia
Hasil dapatan kajian bagi objektif kedua menunjukkan hubungan adalah lemah dan negatif antara kesan persepsi SEP dan kualiti hidup (QoL) komuniti sepanjang acara sukan triathlon berlangsung. Ini menggambarkan penganjuran acara sukan ini tidak memberi kesan terhadap kepuasan dalam kualiti hidup komuniti di Lumut Perak. Hasil kajian ini didapati bercanggah dengan kajian-kajian lepas di mana kualiti hidup (QoL) merupakan faktor sokongan yang signifikan terhadap pembangunan kesukanan dan pelancongan bagi sebilangan masyarakat (Andereck et al., 2007). Tambahan, Ma dan Kaplanidou (2016), juga menyatakan kesan persepsi ke atas kualiti hidup komuniti tempatan berbeza-beza, dan penganjuran acara sukan akan memberi kesan positif kepada kualiti hidup (QoL) berdasarkan pembangunan sukan dan emosi. Percanggahan ini kemungkinan disebabkan tidak ramai peminat dan penonton hadir di acara sukan ini untuk memberi kesan kepada sosial, ekonomi dan persekitaran komuniti. Justeru itu, pihak penganjur seharusnya lebih giat lagi membuat promosi dengan membuat hebahan melalui media sosial dan media cetak untuk menyampaikan maklumat dengan lebih luas lagi. Kehadiran penonton, peminat mahupun pelancong sukan pastinya akan membantu meningkatkan ekonomi komuniti dan juga menaiktarafkan pembangunan dan infrastruktur seperti jalan, perparitan, lampu serta kemudahan lain. Tambahan lagi, pengukuhan jaringan sosial komuniti dengan orang luar dari pelbagai bangsa dan budaya akan meningkatkan aliran pengetahuan dan sumber maklumat serta membentuk perilaku yang lebih positif. Ini kerana memahami dan menghargai budaya masyarakat lain menjadikan seseorang itu lebih peka sekali gus membentuk hubungan harmoni dan memuaskan serta lebih terbuka dan bersedia melihat dan menerima nilai yang baik dan universal dalam sesuatu bangsa atau kaum itu.
Secara holistiknya, penganjuran sukan utama Triathlon ini boleh memberi kesan positif dan negatif kepada perkembangan dan pembangunan komuniti setempat. Komuniti setempat di Lumut Perak memberi persepsi impak industri sukan ini sebagai negatif kepada aspek ekonomi, sosial, budaya serta persekitaran alam sekitar terhadap kualiti hidup mereka. Oleh itu, penganjuran sukan ini haruslah menitikberatkan aspek kehidupan komuniti setempat dalam memastikan setiap individu mendapat manfaat dari aktiviti sukan yang dijalankan mencapai pembangunan komuniti yang lestari dan berkualiti
6. Kesimpulan
Hasil dapatan kajian yang tidak signifikan dan lemah antara kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) terhadap kualiti hidup (QoL) ini menunjukkan bahawa penganjur acara sukan dan pihak kerajaan perlu memastikan faktor SEP diberi penekanan apabila mengadakan kejohanan sukan peringkat antarabangsa. Menurut
Murdie et al. (1992) lingkungan puas hati kualiti hidup komuniti setempat bergantung kepada persekitaran dan persepsinya. Penyataan ini membawa kepada pemahaman bahawa penganjuran sukan yang berbeza akan mempunyai tahap kepuasan yang berbeza, maka penunjuk kepada kualiti hidup masyarakat juga turut berbeza mengikut acara tersebut. Perkara berkaitan pengalaman hidup, kehendak, sikap, nilai dan suara hati akan melahirkan persepsi dan pandangan yang berbeza terhadap konsep kualiti hidup seseorang. Tindakan mengukur kesan persepsi komuniti dan kualiti hidup dalam penglibatan acara sukan menjadi sangat penting untuk memastikan industri sukan menjadi salah satu sumber ekonomi utama dan mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia. Tambahan, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa sememangnya akan membawa pelbagai impak yang positif kepada penduduk setempat khususnya dan negara amnya. Pelaburan akan dilakukan untuk jangka panjang seperti membina kemudahan infrastruktur, penambahbaikan sistem pengangkutan, peningkatan dalam aspek kualiti perkhidmatan daripada sektor awam dan swasta, peluang untuk memasarkan produk dan promosi yang sangat bernilai menerusi media antarabangsa.
Justeru itu, penganjuran sukan ini perlu dibincangkan secara teliti dan diambil kira semua faktor kerana pengurusan yang berkualiti dan sistematik sahaja yang mampu membawa pulangan keuntungan dan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan. Oleh itu, kajian ini juga akan menjadi panduan kepada kerajaan dan pihak berkepentingan dalam membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan mengekalkan kestabilan keselamatan dan keharmonian negara melalui perhubungan sosial budaya yang baik dalam membentuk perpaduan nasional.
Kelulusan Etika dan Persetujuan untuk Menyertai Kajian (Ethics Approval and Consent to Participate)
Para penyelidik menggunakan garis panduan etika penyelidikan yang disediakan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti Teknologi MARA. Kebenaran dan persetujuan mengikuti kajian turut diperoleh daripada semua peserta kajian.
Penghargaan (Acknowledgement)
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada Universiti Teknologi MARA(UiTM) yang telah menyalur dana bagi membiayai kajian penyelidikan ini. Ucapan terimakasih juga kepada ahli-ahli projek yang memberi idea dan berkongsi kepakaran dalam membantu menyiapkan penulisan penyelidikan ini. Semoga manuskrip yang dihasilkan ini dapat memberi panduan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua penulis / ahli akademik.
Kewangan (Funding)
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI), Universiti Teknologi MARA yang telah menyalurkan dana menerusi geran Penyelidikan MyRA bagi membiayai kajian penyelidikan ini.
Konflik Kepentingan (Conflict of Interest)
Penulis melaporkan tiada sebarang konflik kepentingan berkenaan penyelidikan, pengarangan atau penerbitan kajian ini.
Rujukan
Aishah, H. (2018). Hubungan interpersonal sebagai pengukuhan jaringan sosial dalam kalangan komuniti bajau laut di Semporna, Sabah’. Jurnal Komunikasi Borneo, 6, 30–
37.
Amalu, T. E., Okpara, D. E., Omeje, V. U., Obi, P. O., & Okoruwa, D. E. (2012). Sosio-economic implication of tourist’s appraisal of the Obudu mountain resort, Cross River State, Nigeria. Journal of Environmental Science, Toxicology and Food Technology, 1(3), 37- 44.
Andereck, K. L. (1995). Environmental consequences of tourism: A Review of recent research. in linking tourism, the environment, and sustainability. Annual Meeting of the National Recreation and Park Association, pp. 77–81, General Technical Report No. INT-GTR-323
Andereck, K. L., Valentine, K., Vogt, C., & Knopf. R. (2007). A Cross-cultural analysis of tourism and quality of life perceptions. Journal of Sustainable Tourism, 15(5), 483- 500.
Chandler, R. C., & Robinson, O. C. (2014). Wellbeing in retirement villages : Eudaimonic challenges and opportunities. Journal of Aging Studies, 31, 10–19.
Costanza, R., Fisher, B., Ali, S., Beer, C., Bond, L., Boumans, R., & Dickinsonf, J. (2007).
Quality of life: An approach integrating opportunities, human needs, and subjective well-being. Ecological Economics, 61(2-3), 267-276.
Creaco S., & Querini G. (2003). The role of tourism in sustainable economic development, Proceeding at 43rd Congress of the European Regional.
Diener, E., Emmons R.A, Larsen, R.J., & Griffin, S. (1985). The satisfaction with Life scale.
Journal of Personality Assessment, 49(1), 71-75.
Gartner, W. (1989). Tourism image: Attribute measurement of state tourism product using multidimensional technique. Journal of Travel Research, 28(2),16-20.
Goeldner, C.R., & Ritchie, J.R.B. (2003). Tourism: Principles, Practices, Philosophies.
Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.
Gursoy, D., & Kendall, K.W. (2006). Hosting mega events: Modeling locals’ support. Ann.
Tour. Res, 33, 603–623.
Ivan, Z., Jose, P. E., Koyanagi, A., Meilstrup, C., Nielsen, L., Madsen, K. R., & Koushede, V.
(2020). Formal social participation protects physical health through enhanced mental health : A longitudinal mediation analysis using three consecutive waves of the Survey of Health , Ageing and Retirement in Europe ( SHARE ). Journal of Social Science & Medicine,13,1-12.
Jaafar, M., Ismail, S., & Rasoolimanesh, S.M. (2015). Perceived social effect of tourism Development: A case study of Kinabalu National Park. Theoritical and Empirical Research in Urban Management, 10(2), 5-20.
Jenkins, J. (2007). English as a lingua franca: Attitude and identity. Oxford: Oxford University Press.
Jeong, G., & Faulkner, B. (1996). Resident perceptions of mega-event impacts: The Taejon International Exposition case. Festival Management & Event Tourism, 4, 3–11.
Jipun J. (2019). Analisis corak pembelian cenderamata di kalangan pelancong antarabangsa di Sabah. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 4(15), 19-31.
Kang, Y., & Perdue, R. (1994). Long-term impact of a mega-event on international tourism to the host country: A conceptual model and the case of the 1988 Seoul Olympics.
Journal of International Consumer Marketing, 6, 205–225.
Kaplanidou, K., & Karadakis, K. (2010). Understanding the legacies of a host Olympic city:
The case of the 2010 Vancouver Olympic Games. Sport Marketing Quarterly, 19(2), 110-117.
Kearney (2014). Kearney Study: Sports industry growing faster than GDP.
https://www.atkearney.com/news-media/news-releases/news-release/- /asset_publisher/00OIL7Jc67KL/content/id/5273085
Kim K. (2002). The effects of tourism impacts upon quality of life of residents in the community. Virgina Polytechnic Institution and State University, Blacksburg, VA Kim, C. & Kaplanidou, K. (2019). The effect of sport involvement on support for mega sport
events: Why does it matter. Sustainability, 11, 5687
Kreag, G. (2001). The Impacts of Tourism. Minnesota Sea Grant. University of Minnesota.
http://www.seagrant.umn.edu/tourism/pdfs/ImpactsTourism.pdf.
Kurtzman, J., & Zauhar, J. (2003). A Wave in time – The sport tourism phenomena. Journal of Sport Tourism, 8, 35-47
Lankford, S. V., & Howard, D. R. (1994). Developing a tourism impacts attitude scale.
Annals of Tourism Research, 21(1), 121-139.
Ma, S.C., & Kaplanidou, K. (2016). Examining the importance of legacy outcomes of major sports events for host city residents’ quality of life: Applied research in quality of life. International Society for Quality-of-Life Studies, 12(4), 903-923,
Moons, P., Budts, W., & De Geest, S. (2006). Critique on the conceptualisation of quality of life: A review and evaluation of different conceptual approaches. International Journal of Nursing Studies, 43, 891-901.
Murdie, R.A., Rhyne, D., & Bates, J. (1992). Modeling quality of life indicator in Canada: A feasibility analysis. Ottawa: Canada Mortgage and Housing Corporation.
Nadzri, K. (2020, Januari 15). Bahaya provokasi perkauman ibarat bom jangka. Berita Harian.
Nor Hayati, Sa'at., Ibrahim, Mamat., & Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang. (2017). Pola perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial dalam kalangan komuniti muara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Akademika, 87(3),165-178
Pallant, J. (2020). A step by step guide to data analysis using IBM SPSS (7th ed). Routledge, London
Perdue, R. R., Long, P. T., & Allen, L. (1987). Rural resident tourism perceptions and attitudes. Annals of Tourism Research, 14, 420-429.
Peterson, M., & Malhotra, N. (2000). Country segmentation based on objective quality-of- life measures. International Marketing Review, 17(1), 56-73.
Proenca, S., & Soukiazis, E. (2008). Tourism as an economic groth factor: a Case Study for Southern European Countries. Annals of Tourism Research, 14(4), 791-806.
Roche, M. (1994). Mega-events and urban policy. Annals of Tourism Research, 21, 1–19.
Roscoe, J.T. (1975). Fundamental research statistics for the behavioral science, international series in decision process (2nd Ed.). Holt, Rinehart and Winston, Inc.
New York
Sanggin, S. E. (2009). Community involvement in culture and nature tourism in Sarawak.
Akademika, 77, 149-165.
Sautter, E.T. & Leisen, B. (1999). Managing stakeholders a tourism planning model. Annals of Tourism Research, 26(2), 312-28 .
Shahrizan, Salian. (2020, Disember 28), Cabaran Paling Getir Ekonomi Negara. Berita Harian.
sheldon, p., & var, t. (1984). resident attitudes to tourism in North Wales. Tourism Management, 5(1), 40-48
Sports Global Market Report (2021, July 22). COVID-19 Impact and recovery to 2030.
Research and Market
Stynes D. J. (1997). Economic impacts of tourism: A handbook for tourism Professionals, Illinois Bureau of Tourism, Illinois Department of Commerce and Community Affairs.
University of Illinois, Urbana Champaign
Teng T. Y., Yeap A., Yi C. R., Shyuan L. C., Jing T. W., & Xin Y. Y. (2018). Tourism, economic growth, co, emmissions: The case of Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 3(12), 1-10.
Tyrrel, T., & Spaulling, P. (1984). A survey of attitudes toward tourism growth in Rhode Island. Hospitality Education and Research Journal, 8(1), 22-23.
Var T., & Kim Y. (1989). Measurement and finding on the tourism impact. Department of Recreation Park and Tourism Science, Texas A & M University USA. Unpublished manuscript
Varni J.W., Burwinkle T.M., & Seid, M. (2006). The PedsQL™ 4.0 as a school population health measure: Feasibility, Reliability, and Validity, Quality Of Life Research, 15, 203- 215.
Weaver, D., & Lawton, L. (2001). Resident perceptions in the urban-rural fringe. Annals of Tourism Research, 28(2), 349-458.
World Health Organization. (2012). Programme on mental health: WHOQOL User Manual.
Division of Mental Health and Prevention of Substance Abuse: Switzerland Worsley (1977). Introducing sociology harmondsworth. Peguin Books.