• Tiada Hasil Ditemukan

View of TEKNIK PENYOALAN LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of TEKNIK PENYOALAN LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

68

TEKNIK PENYOALAN LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

(ORAL QUESTIONING TECHNIQUE FOR TEACHING AND LEARNING IN MALAY LANGUAGE)

1Fatimah binti Ibrahim, Ph.D

2Noor Liza binti Abdullah

1, 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak.

1 Corresponding author:fatimah@ipgmipoh.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji teknik penyoalan lisan yang digunakan oleh guru praperkhidmatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek yang dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), aras kognitif soalan dan lingkaran soalan. Dua orang guru praperkhidmatan yang mengajar Bahasa Melayu semasa praktikum Fasa 1 dijadikan sebagai peserta kajian. Kaedah pemerhatian dan semakan dokumen digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian kerap menggunakan penyoalan lisan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, kaedah penyoalan lisan peserta kajian lebih tertumpu pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Peserta kajian kurang menyerapkan aplikasi kemahiran berfikir melalui penyoalan lisan yang digunakan.

Lingkaran soalan yang berkaitan negara atau lingkaran global juga kurang diberi tumpuan berbanding lingkaran soalan yang berkaitan dengan individu dan masyarakat. Murid pula kurang diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi kerana peserta kajian lebih suka menggunakan aras penyoalan rendah dan sederhana.

Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa kekurangan penyoalan lisan pada aras kognitif tinggi, berserta lingkaran soalan yang terbatas dalam pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan penglibatan murid dan budaya berfikir aras tinggi masih terhad.

Kata kunci: Penyoalan lisan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, aras kognitif soalan, lingkaran soalan.

ABSTRACT

This study was conducted to study the technique of verbal questioning used by pre-service teachers during teaching and learning of Malay language. The aspects studied are the

(2)

69

frequency of questions posted to student in the teaching and learning process, the cognitive level of questions and circle of questions. Two pre-service teachers were involved as participants of this study during phase 1 practicum. The observation method and the document analysis were used to collect the data and analyzed using descriptive statistics. The findings showed that participants frequently used verbal questions in class during teaching and learning sessions.The participants were more focused on low and medium level questions than on high level questions. The participants did not absorb the application of the thinking skills through oral questioning.Questions related to country or global circles are less focused than individual and community related questions. Students are less likely to be given enough time and resources to apply high level thinking skills because the paticipants prefer to use low and medium level questions.The conclusions of this study indicated that the lack of verbal inquiry in high cognitive areas along with a limited range of questions in teaching and learning has resulted in limited student engagement and high level of thinking culture.

Keywords: Verbal questioning, teaching and learning of Malay language, cognitive level of question, circles of question.

PENGENALAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21, kemahiran teknik penyoalan mesti dikuasai oleh guru. Martin (2006) berpendapat bahawa teknik penyoalan guru yang berkesan dapat merangsang pemikiran murid dan seterusnya membantu guru untuk memahami pencapaian murid. Dalam hal ini Cotton (2001) mengklasifikasikan tujuan penyoalan guru dalam pengajaran yang melibatkan tiga aspek utama, iaitu bagi memantau pembelajaran murid, meneliti dan membuat semakan tentang kemajuan murid, serta menggalakkan suasana pembelajaran murid.

Kemahiran teknik penyoalan yang baik adalah sebahagian daripada kemahiran komunikasi lisan yang dapat memberi kesan terhadap murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP), interaksi antara guru dengan murid secara berkesan banyak bergantung kepada kemahiran teknik penyoalan yang dikemukakan oleh guru. Justeru, keupayaan dan kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan baik atau sebaliknya bergantung kepada kemahiran komunikasi lisan.

(3)

70 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, semua guru bahasa dilatih bagi mengaplikasi kemahiran teknik penyoalan yang pelbagai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penyoalan guru menunjukkan bahawa terdapat segelintir guru yang tidak dapat menguasai atau mengabaikan penyoalan di dalam bilik darjah dan hanya berfokus kepada penyoalan pada aras kognitif rendah dan sederhana (Supramani, 2006; Seman, 2005; Waheedawati, 2003). Kebanyakan soalan yang dikemukakan oleh guru-guru pula hanya memerlukan murid mengingati semula pelajaran yang lalu dan guru tidak menggunakan peluang bagi mengemukakan soalan pada aras kognitif yang tinggi walaupun pengajaran guru berpusat kepada murid (Zamri & Nor Razah, 2011; Nazrulhaiza, 2003 ).

Terdapat juga soalan-soalan yang dikemukakan oleh sesetengah guru semasa mengajar kadangkala tidak terancang dan teratur serta mengabaikan penggunaan kemahiran penyoalan (Nazrulhaiza, 2003). Kajian Moyer dan Milewicz (2002) tentang kemahiran penyoalan guru- guru praperkhidmatan pula menunjukkan bahawa guru praperkhidmatan kerap menggunakan teknik kemahiran penyoalan yang bersifat memberi panduan serta bertujuan untuk membimbing murid bagi mendapatkan jawapan sebenar. Kepincangan yang berlaku dalam kemahiran teknik penyoalan ini pula lebih banyak dikaji dalam kalangan guru terlatih yang berpengalaman mengajar dalam lingkungan 5 hingga 24 tahun berbanding dengan guru praperkhidmatan (Zamri & Nor Razah, 2011; Zanaton Iksan & Esther Gnanamalar, 2012;

Supramani, 2006).

Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengisi kelompangan penyelidikan yang berkaitan dengan kemahiran teknik penyoalan dalam kalangan guru praperkhidmatan. Guru praperkhidmatan merujuk kepada guru-guru belum terlatih yang sedang mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru. Salah satu aspek latihan bagi guru-guru praperkhidmatan ini ialah menggalakkan mereka mengamalkan strategi untuk meningkatkan kemahiran penyoalan mengikut aras kognitif yang sesuai agar mereka bersedia untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan penyoalan pada masa hadapan.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran teknik penyoalan dari segi aras kognitif soalan, lingkaran soalan dan kekerapan soalan ketika guru praperkhidmatan memulakan PdP, semasa PdP dan penutup PdP berdasarkan hierarki Taksonomi Bloom (1956) yang disemak semula

(4)

71

oleh Anderson dan Krathwohl (2001) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Kementerian Pendidikan Malaysia pula menetapkan bahawa elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk kepada peringkat mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Manakala peringkat memahami dan mengingat dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR).

Rajah 1 . Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Rendah mengikut Taksonomi Bloom (Anderson & Krathwohl, 2001)

Soalan Kajian

Secara khusus, kajian ini dilaksanakan bagi menjawab soalan-soalan berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan penggunaan aras kognitif soalan ketika guru praperkhidmatan memulakan PdP, semasa PdP dan penutup PdP?

ii. Adakah terdapat perbezaan jenis lingkaran soalan yang digunakan oleh guru praperkhidmatan sepanjang proses PdP Bahasa Melayu?

iii. Berapakah kekerapan taburan soalan yang dikemukakan oleh guru praperkhidmatan ketika memulakan PdP, semasa PdP dan penutup PdP?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian diperoleh dalam latar semula jadi, difahami keadaan sebenar dan dapat ditafsir berdasarkan perlakuan yang ditunjukkan oleh

Men-cipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

(5)

72

peserta kajian yang merupakan guru praperkhidmatan dan sedang menjalani praktikum fasa pertama selama dua bulan. Kaedah pemerhatian dan semakan dokumen digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Tempoh masa kajian selama empat minggu digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang kemahiran teknik penyoalan yang digunakan oleh peserta kajian. Pengkaji merekod data menggunakan nota lapangan dan senarai semak yang berfokus kepada aras kognitif soalan, lingkaran soalan dan kekerapan taburan soalan.

Melalui teknik pemerhatian, pengkaji dapat memerhati dan mendengar apa yang berlaku di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan dalam suasana yang semula jadi (naturalistic setting) dalam tempoh masa satu jam bagi setiap sesi.

Semasa kajian, pengkaji berperanan sebagai pemerhati tidak turut serta. Nota lapangan pemerhatian, senarai semak rakaman audio digital dan video turut digunakan semasa pemerhatian. Senarai semak yang dibina berfokus kepada teknik kemahiran penyoalan guru dari segi aras kognitif soalan, lingkaran soalan dan kekerapan soalan yang dikemukakan semasa PdP. Senarai semak juga membolehkan pengkaji memfokus dan merekodkan tingkah laku yang dikehendaki sahaja.

Terdapat dua orang guru praperkhidmatan yang mengajar Bahasa Melayu telah dipilih sebagai peserta kajian. Mereka merupakan guru pelatih yang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pemerhatian bagi sesi PdP setiap guru praperkhidmatan dilakukan sebanyak tiga kali. Analisis data dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom yang telah disemak semula (2001). Aspek yang diperhatikan ialah PdP guru Bahasa Melayu yang menggunakan Standard Pembelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Analisis data daripada nota lapangan dan senarai semak dianalisis untuk melihat kekerapan dan peratus guru menggunakan aras kognitif soalan, lingkaran soalan dan kekerapan taburan soalan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibincangkan mengikut soalan kajian, iaitu aras kognitif soalan, jenis lingkaran soalan dan kekerapan taburan soalan mengikut aras dan jenis dalam kalangan guru praperkhidmatan sepanjang proses PdP berlangsung.

i. Adakah terdapat perbezaan penggunaan aras kognitif soalan ketika guru praperkhidmatan memulakan PdP, semasa PdP dan penutup PdP?

(6)

73 Aras Soalan

Berdasarkan pemerhatian, terdapat perbezaan dari segi penggunaan aras kognitif soalan dalam kalangan guru praperkhidmatan ketika memulakan PdP (MP), semasa PdP(SP) dan penutup PdP(PP). Jadual 1 dan 2 menunjukkan penggunaan aras kognitif soalan guru praperkhidmatan mengikut sesi pemerhatian. Sepanjang tiga kali pemerhatian, guru 1 mengemukakan 65 soalan dan guru 2 mengajukan 78 soalan sepanjang proses PdP berlangsung.

Jadual 1

Aras Kognitif Soalan Guru Pelatih 1 Aras

Kognitif Soalan

Peringkat Penyoalan

Pemerhatian 1

Pemerhatian 2

Pemerhatian 3

Jumlah dan Peratus Keseluruhan mengikut Aras Kognitif Soalan

F F F Jum. %

Mengingat

MP SP PP

3 3 1

2 4 2

2 1 1

19 29.2%

Memahami

MP SP PP

2 5 1

2 3 2

2 6 2

25 38.5%

Mengaplikasi

MP SP PP

0 2 0

1 2 0

1 2 0

8 12.3%

Menganalisis

MP SP PP

0 1 0

1 1 0

0 2 0

5 7.7%

Menilai

MP SP PP

0 1 1

0 1 1

0 2 0

6 9.2%

Mencipta

MP SP PP

0 0 0

0 0 0

0 2 0

2 3.1%

Jumlah Soalan

20 22 23 65 100%

Jadual 1 menunjukkan kekerapan aras kognitif soalan yang digunakan oleh peserta kajian ketika memulakan PdP (MP), semasa PdP (SP) dan penutup PdP (PP). Guru 1 telah mengajukan 65 soalan. Sebanyak 67.7% soalan tertumpu pada aras mengingat dan memahami, iaitu di aras rendah manakala selebihnya 32.3% pada aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

(7)

74 Jadual 2

Aras Kognitif Soalan Guru Pelatih 2

Aras

Kognitif Soalan

Peringkat Penyoalan

Pemerhatian 1

Pemerhatian 2

Pemerhatian 3

Jumlah dan Peratus Keseluruhan mengikut Aras Kognitif Soalan

F F F Jum %

Mengingat

MP SP PP

2 2 1

2 5 2

3 2 2

21 27.0

Memahami

MP SP PP

3 6 1

3 5 1

2 6 2

29 37.2

Mengaplikasi

MP SP PP

0 2 0

1 4 0

1 4 0

12 15.4

Menganalisis

MP SP PP

0 3 0

1 3 0

0 3 0

10 12.8

Menilai

MP SP PP

0 1 1

0 1 1

0 2 0

6 7.6

Mencipta

MP SP PP

0 0 0

0 0 0

0 0 0

0 0

Jumlah Soalan

22 29 27 78 100

Jadual 2 menunjukkan kekerapan aras kognitif soalan yang digunakan oleh peserta kajian ketika memulakan PdP (MP), semasa PdP (SP) dan penutup PdP (PP). Guru 2 telah mengajukan 78 soalan. Sebanyak 64.2% soalan tertumpu pada aras mengingat dan memahami, iaitu di aras rendah manakala selebihnya 35.8% pada aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Berdasarkan dapatan di atas, kajian menunjukkan bahawa guru praperkhidmatan memang banyak menggunakan soalan aras rendah. Kebanyakan soalan aras rendah yang diajukan oleh guru dapat dijawab oleh murid tanpa memerlukan pemikiran tinggi dan masa yang lama. Murid hanya perlu mengingat semula. Walaupun terdapat aktiviti kumpulan yang berpusatkan murid dilaksanakan dalam PdP, guru tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk mengajukan soalan beraras tinggi. Soalan-soalan dalam latihan juga hanya berfokus pada petikan untuk menguji kefahaman murid. Guru tidak mengambil peluang untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi terhadap murid. Walau bagaimanapun, kedua-dua peserta kajian

(8)

75

masih mengajukan soalan aras kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, iaitu 49 soalan yang mewakili 34.26% daripada keseluruhan 143 soalan.

Dapat dirumuskan bahawa guru-guru praperkhidmatan telah menggunakan soalan aras kognitif Bloom. Soalan yang menguji aras mengingat dan memahami, iaitu 94 soalan (65.7%) lebih banyak digunakan seperti yang dicatat oleh pengkaji, berbanding aras kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Penggunaan aras kognitif rendah ini memberi impak yang pelbagai kepada guru dan murid. Antaranya, PdP guru menjadi aktif kerana murid diuji dengan soalan yang menguji ingatan mereka terhadap pelajaran yang lepas atau jawapan boleh dirujuk di dalam buku dan guru pula dapat membantu murid mengingat fakta yang telah dibincangkan.

ii. Adakah terdapat perbezaan jenis lingkaran soalan yang digunakan oleh guru praperkhidmatan sepanjang proses PdP Bahasa Melayu?

Jenis Soalan

Lingkaran soalan pula ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skop tertentu, iaitu perkara, individu dan persekitaran. Penyoalan berbentuk lingkaran ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Perkara merujuk pada isi pelajaran yang berkaitan dengan individu itu sendiri, iaitu murid. Dalam proses PdP, perkara yang dibincangkan boleh dikaitkan dengan diri murid dengan cara mereka menggunakan pengetahuan sedia ada, pengalaman dan sebagainya. Persekitaran pula merupakan situasi di luar diri murid. Dalam hal ini, kombinasi dua unsur atau tiga unsur tertentu dalam soalan akan meningkatkan keupayaan berfikir murid. Jadual 3 menunjukkan penggunaan lingkaran soalan ketika guru menjalankan sesi PdP.

Jadual 3

Jenis Lingkaran Soalan Guru Praperkhidmatan

Lingkaran Soalan

Guru 1 ( 65 soalan)

Guru 2 (78 soalan)

Jumlah & Peratus Keseluruhan Mengikut Lingkaran

Soalan (143 Soalan)

f % f % Jum. %

Tajuk Individu Persekitaran

45 15 05

69.2 23.1 7.7

39 28 11

50 35.9 14.1

84 43 16

58.7 30.1 11.2

(9)

76

Jadual 3 menunjukkan kekerapan lingkaran soalan yang digunakan oleh guru praperkhidmatan. Guru 1 mengajukan 45 soalan (69.2%) yang bertumpu pada tajuk yang diajar.

Lingkaran soalan yang tertumpu kepada individu pula merangkumi 15 soalan (23.1%) dan 5 soalan (7.7%) bagi persekitaran. Bagi guru 2 pula, didapati mengajukan 39 soalan (50%) yang menumpukan pada tajuk yang diajar. Guru 2 juga mengemukakan sebanyak 28 soalan (35.9%) yang mengaitkan tajuk dan individu. Beliau juga mengemukakan 11 soalan (14.1%) yang mengaitkan tajuk dan persekitaran.

Lingkaran soalan yang berkaitan persekitaran seperti negara atau lingkaran global juga kurang diberi tumpuan oleh kedua-dua peserta kajian berbanding lingkaran soalan yang berkaitan dengan individu dan masyarakat. Murid pula kurang diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi kerana peserta kajian lebih suka menggunakan aras penyoalan rendah dan sederhana. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kekurangan penyoalan lisan pada aras kognitif tinggi, berserta lingkaran soalan yang terbatas dalam pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan penglibatan murid dan budaya berfikir aras tinggi masih terhad.

iii. Berapakah kekerapan taburan soalan yang dikemukakan oleh guru praperkhidmatan ketika memulakan PdP

Taburan Soalan

Kekerapan taburan soalan yang dikemukakan oleh guru praperkhidmatan ketika memulakan PdP, semasa PdP dan penutup PdP sepanjang tiga sesi pemerhatian dipaparkan dalam Jadual 4.

Jadual 4

Kekerapan Taburan Soalan

Peringkat Penyoalan

Guru 1 (65 Soalan)

Guru 2 (78 Soalan)

Jumlah & Peratus Keseluruhan Mengikut Kekerapan Soalan

(143 Soalan)

F % F % Jum. %

MP SP PP

16 38 11

24.6 58.5 16.9

18 49 11

23.0 63.0 14.0

34 87 22

23.77 60.84 15.39

Jadual 4 menunjukkan kekerapan taburan soalan digunakan oleh peserta kajian ketika memulakan PdP (MP), semasa PdP (SP) dan penutup PdP (PP). Guru 1 telah mengajukan 65 soalan. Sebanyak 6 soalan (24.6%) soalan dikemukakan ketika memulakan PdP, 38 soalan (58.5%) soalan dikemukakan semasa PdP dan 11 soalan (16.9%) pada penutup PdP. Manakala

(10)

77

Guru 2 telah mengajukan 78 soalan. Sebanyak 18 soalan (23.0%) soalan dikemukakan ketika memulakan PdP, 49 soalan (63.0%) soalan dikemukakan semasa PdP dan 11 soalan (14.0%) pada penutup PdP.

Dapatan ini menunjukkan peserta kajian banyak mengajukan soalan semasa PdP, iaitu sebanyak 87 soalan (60.84%) berbanding dengan waktu permulaan dan penutup PdP. Dari segi taburan kekerapan soalan menunjukkan bahawa guru praperkhidmatan yang menjadi peserta kajian dapat mengemukakan soalan mengikut kesesuaian masa dan pemberatan dalam sesi PdP.

PERBINCANGAN KAJIAN

Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kekurangan teknik penyoalan pada aras kognitif tinggi dan jenis soalan mencapah dalam PdP telah menyebabkan penglibatan murid dan budaya berfikir aras tinggi masih terbatas. Amalan sesetengah guru yang gemar mengemukakan soalan seperti ”Faham tak?”, tanpa menunggu jawapan murid atau pun menyoal ”Faham tak?” dan keseluruhan murid menjawab ”Faham” memberikan gambaran seolah-olah guru hanya bertanyakan soalan demi soalan (bertubi-tubi) tanpa memikirkan respons murid. Oleh yang demikian, soalan-soalan yang mendorong murid untuk berfikir, khususnya soalan mencapah bagi memahami isi pelajaran perlu menjadi tumpuan guru semasa sesi PdP. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kekurangan penyoalan lisan pada aras kognitif tinggi, berserta lingkaran soalan yang terbatas dalam pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan penglibatan murid dan budaya berfikir aras tinggi masih terhad. Justeru, guru praperkhidmatan perlu didedahkan dengan teknik membina soalan mengikut aras kognitif agar dapat meningkatkan kemahiran guru khususnya yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kajian ini menunjukkan kemahiran menyoal merupakan elemen yang penting dalam proses PdP guru Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, guru-guru praperkhidmatan yang menjadi peserta kajian masih kurang mengemukakan soalan-soalan yang mempunyai aras kognitif tinggi. Kemahiran membina soalan mencapah juga kurang dikuasai oleh guru praperkhidmatan yang dijadikan peserta kajian. Lingkaran soalan lebih tertumpu pada tajuk yang dipelajari, berbanding soalan yang berkaitan dengan individu dan persekitaran. Manakala, kekerapan soalan lebih berfokus untuk diajukan semasa PdP berlangsung. Oleh itu, kajian ini memberikan implikasi dalam beberapa aspek dalam pelaksanaan PdP Bahasa Melayu dalam kalangan guru praperkhidmatan, khususnya yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

(11)

78 RUJUKAN

Anderson, L.W.,& Krathwohl, D.R.(2001). A Taxanomy for learning and assessing: A Revison of Bloom’s Taxanomy of educational objectives. New York: Longman.

Cotton, K. (2001). Classroom questioning. Northwest Regional Educational Laboratory.

Retrieved from http://www.nwrel.org/scpd/sirs/3/cu5.html.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Buku panduan penggubalan kertas peperiksaan.

Cyberjaya:Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Martin, D.J. (2006). Elementary Science methods: A contructivist approach (4th Ed.).

Belmont:Thomson Wadsworth.

Moyer, P.S., & Milewicz, E. (2002). Learning to question : Categories of questioning used by preservice teachers during diagnostic Mathematics interviews. Journal ofMathematics Teacher Education, 5, 293-315.

Nazrulhaiza Mohd Zabid. (2003). Teknik Penyoalan dalam pengajaran Sejarah. (Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Othman Lebar. (2015). Penyelidikan kualitatif : Pengenalan kepada teori dan metode.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Supramani, S. (2006). Penyoalan guru: Pemangkin pemikiran aras tinggi murid. Jurnal Pendidikan, 26, 225-248.

Waheedawati Wahap. (2003). Penggunaan penyoalan lisan dalam kalangan guru Sejarah di sekitar bandar Sibu. (Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan).

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu: Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,Vol 1(1), 51-65.

Zainatun Iksan & Esther Gnanamalar Sarojini Daniel. (2012). Corak aliran penyoalan lisan guru dalam proses pengajaran bagi tajuk Elektrokimia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37 (1), 56-67.

http://www.nwrel.org/scpd/sirs/3/cu5.html.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, kajian yang dilakukan ini diharap dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru Bahasa Melayu khusunya dalam memantapkan lagi

Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap sikap antara pelajar lelaki dan perempuan di sekolah swasta dalam pengajaran dan pembelajaran

Oleh itu, kajian ini dijalankan terhadap pelajar Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) bagi mengenal pasti pengetahuan, kesedaran dan kesediaan

Kajian kuantitatif deskriptif pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu (BM) Tingkatan Empat dijalankan antara objektif utamanya adalah untuk

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa dengan min 4.7 dan sisihan piawai .510 pemboleh ubah pengetahuan dan kefahaman skop bidang pengajaran dan

Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap pelaksanaan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mengenalpasti kesediaan

Daripada kajian yang telah dijalankan dan berdasarkan pemerolehan data yang diperolehi, dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran

Hal ini menunjukkan bahawa guru dan khususnya pelajar masih tidak berpuas hati terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu mengajar (BBM)