• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENTERJEMAHAN ISTILAH BUDAYA DALAM NOVEL ARUS KE DALAM BAHASA THAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENTERJEMAHAN ISTILAH BUDAYA DALAM NOVEL ARUS KE DALAM BAHASA THAI"

Copied!
16
0
0

Tekspenuh

(1)

PENTERJEMAHAN ISTILAH BUDAYA DALAM NOVEL ARUS KE DALAM BAHASA THAI

(Translation of Cultural Terms in Arus Novel to Thai Language)

Aminoh Jehwae

1

1Department of Eastern Language, Prince of Songkla University, Pattani, Thailand.

*Pengarang Koresponden: : ayasalae@hotmail.com Accepted: 10 October 2019 | Published: 21 October 2019

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penterjemahan istilah budaya dalam karya sastera merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam mewujudkan kefahaman tentang budaya sesuatu bangsa. Hal ini kerana bahasa adalah alat dalam menyampaikan maklumat. Sekiranya terdapat kesalahan dalam menterjemahkan sesuatu istilah budaya, maka timbullah kesilapan dalam komunikasi.

Selain memberi keseronokan, sastera juga memberi pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya untuk mengenali budaya sesuatu bangsa sama ada Malaysia atau Thailand. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengenalpasti apakah istilah budaya yang wujud di dalam karya sastera. Seterusnya mengkaji apakah teknik penterjemahan yang digunapakai oleh penterjemah dalam menterjemah istilah yang berkaitan dengan budaya dan bagaimanakah cara mengatasinya. Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap novel Arus (1985) karya Anwar Ridhwan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Thai pada tahun 1988 oleh Jalal. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa jenis istilah budaya dalam novel Malaysia yang kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Thai dengan menggunakan beberapa teknik penterjemahan. Antaranya ialah teknik penokokan, pengurangan dan pengubahan atau pindaan. Walau bagaimanapun, teknik yang sering digunakan oleh penterjemah ialah teknik penokokan dengan cara menambahkan maklumat di dalam teks atau diberikan penjelasan dalam bentuk nota kaki. Selain itu, kajin ini juga didapati penterjemah menghadapi masalah ketidakfahaman tentang istilah budaya yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara Malaysia. Hasilnya penterjemah menggunakan teknik menterjemah istilah tersebut dengan cara mentransliterasikan ke dalam bahasa Thai. Maka istilah yang diterjemahkan itu tidak dapat memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca. Dengan demikian, kajian ini adalah salah satu usaha untuk mencari jalan bagaimanakah caranya untuk mewujudkan kesefahaman baik antara dua negara melalui karya sastera.

Kata kunci: bahasa, budaya, penterjemahan, sastera, teknik

Abstract: Translating cultural terms into literary works is one of the most important elements in establishing an understanding of a nation's culture. This is because language is a tool for communicating information. If there is a mistake in translating a cultural term, then there is an error in communication. In addition to having fun, the literature also provides knowledge on various aspects of life, especially to know the culture of a nation whether Malaysia or Thailand. Thus, this paper will identify what cultural terms exist in literary works. Next, this paper studied the translation techniques used by translators in translating terms related to culture and how to overcome them. This study focuses on Anwar Ridhwan's Arus (1985) novel, which was translated into Thai in 1988 by Jalal. This study found that

(2)

there are several types of cultural terms in Malaysian novels that were later translated into Thai using several translation techniques. These include techniques of addition, reduction and modification or adjustment. However, the technique most often used by translators is punctuation techniques by adding information in the text or providing explanations in the form of footnotes. In addition, this study also found that translators have difficulty understanding the cultural terms associated with plants found in Malaysia. As a result, the translator used the technique of translating the term by translating it into Thai. Thus the translated term cannot give the reader a clear understanding. Thus, this study is an attempt to find a way to establish a good understanding between the two countries through literary works.

Keywords: language, culture, translation, literature, technique

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Penterjemahan merupakan tindakan yang dilakukan terhadap bahasa, iaitu satu proses menggantikan teks dari satu bahasa kepada satu teks ke dalam bahasa yang lain (Catford, 1996:1). Oleh itu, penterjemahan diklasifikasikan sebagai salah satu cara manusia berkomunikasi dengan memerlukan penterjemah sebagai perantaraan. Hal ini kerana penterjemah berperanan sebagai pembuka ruang lingkup komunikasi ke peringkat global dalam penyebaran ilmu. Kini bidang penterjemahan bukan hanya mendapat perhatian dari ahli linguistik tetapi juga pakar dalam bidang agama, sastera, sains dan falsafah. Dalam menterjemahkan sesebuah teks pasti memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diterjemahkan. Selain ilmu bahasa, penterjemah perlu mempunyai pengetahuan tentang budaya yang merupakan salah satu aspek yang amat penting. Bahasa dan budaya saling berkaitan seperti yang dikatakan oleh Vermeer (2000:

222), “language is a part of a culture”. Begitu juga dengan Boas (1858-1942 dalam Duranti, 1997: 24). Beliau menyatakan hubungan antara budaya dengan bahasa adalah rapat, malah sebenarnya budaya dan bahasa saling mempengaruhi. Selain itu, pengasas ilmu antropologi Amerika Syarikat turut menegaskan bahawa seseorang itu tidak dapat memahami dua budaya asing dengan sebenarnya sekiranya tidak memahami sesuatu bahasa itu. Hal ini bermakna setiap bahasa mempunyai istilah-istilah budaya yang menggambarkan keunikan pengamal bahasa itu sendiri dan istilah-istilah tersebut sukar untuk difahami oleh pengamal bahasa yang lain. Oleh itu, satu alat perantara diperlukan untuk membolehkan pengamal sesuatu bahasa memahami budaya pengamal bahasa yang lain, iaitu penterjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Sekiranya tidak ada usaha penterjemahan dilakukan, kefahaman terhadap budaya asing oleh pengamal bahasa lain adalah hampir mustahil. Maka penterjemahan kini dilihat bukan sahaja sebagai proses peralihan dua bahasa tetapi juga melibatkan peralihan dua budaya.

Kertas kerja ini memperlihatkan hubungan yang erat antara budaya dan penterjemahan.

Selain itu juga ingin membuka jalan untuk meneroka dan mendapatkan gambaran yang jelas tentang istilah budaya dalam penterjemahan karya sastera daripada bahasa Melayu ke dalam bahasa Thai.

2. Latar belakang Kajian

Kertas kerja ini turut membincangkan sejarah perkembangan penterjemahan karya sastera dari Malaysia ke dalam bahasa Thai di Thailand. Sejarah penterjemahan karya sastera di Thailand dapat dibahagikan kepada 2 era, iaitu:

(3)

1. Era Sebelum Penubuhan Asean 2. Era Selepas Penubuhan Asean

Era Sebelum Penubuhan Asean

Pada zaman ini karya sastera Malaysia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Thai amatlah banyak. Ia terdiri daripada pelbagai genre sama ada puisi, cerpen dan juga novel. Namun novel dan cerpen paling banyak diterjemahkan berbanding dengan puisi. Berdasarkan penelitian, penterjemahan karya sastera Malaysia dari bahasa Melayu ke dalam bahasa Thai di Thailand bermula dari tahun 1978 dengan munculnya sebuah antologi puisi, iaitu Bod Kawi Haeng Asean. Namun bahasa asal adalah bahasa Inggeris. Manakala karya sastera yang berasal dari bahasa Melayu ialah antologi cerpen Klab Soo Chonabod hasil terjemahan Dusani Sributra pada tahun 1979. Selain itu, terdapat dua buah novel Malaysia yang telah diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Thai, iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge karya Shahnon Ahmad. Bagi kriteria pemilihan karya sastera untuk diterjemahkan itu, kebanyakan dilakukan berdasarkan pandangan penterjemah dan juga penerbit. Secara umumnya karya yang diterjemahkan itu dapat menggambarkan sosiobudaya sebenar orang Melayu di Malaysia supaya orang Thai dapat mengenali budaya Malaysia melalui sastera. Sastera telah mewakili orang Malaysia dalam menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat Malaysia. Malah faktor karya itu pernah menerima anugerah juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan karya terutama anugerah Sea Write. Begitu juga dengan pemilihan karya sastera Thai yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Didapati buku terjemahan karya sastera di Thailand separuhnya merupakan projek kerjasama antara Thailand dan Malaysia seperti Antologi Cerpen Melayu-Thai Pliuw Piang Siang Mai yang dianggap sebagai projek kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan PSU. Buku terjemahan ini diterbitkan pada tahun 2001. Seterusnya Truth Globalize yang diterbitkan pada tahun 2010 dengan menganduni puisi dan cerpen dari dua buah negara. Namun buku ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu dan Thai. Hasil terjemahan dan penterjemah dapat dilihat melalui jadual berikut:

Jadual 1: Sejarah perkembangan penterjemahan karya sastera di Thailand pada era sebelum penubuhan Asean

No. Judul asal Judul yang diterjemah

Penulis Penterjemah Tahun yang diterjemah

Bahasa asal

Genre 1. Poem From

Prison

Bod Kawi Jak Kook

Said Zahari

Pongphan 1978 Inggeris puisi

2. Dipilih dari beberapa orang penulis

Klab Soo Chonabod

10 orang Dusani Sributra 1979 Melayu cerpen

3. Poem From Asean

Bod Kawi Haeng Asean

10 orang Witayakorn Chiangkool

1979 Inggeris puisi

4. Ranjau Sepanjang Jalan

Thad Paendin Shahnon Ahmad

Kanyarat Phatomkulamai

1980 Inggeris novel

5. Arus Krasae Chiwit Anwar Ridhwan

Jalal 1988 Melayu novel

6. Seorang Tua di Kaki Gunung

Poo Thau ti Cheng Kao

Azizi Haji Abdullah

S. Alyufri 1993 Melayu novel

7. Srengenge Pookao Athan Shahnon Ahmad

Kitima Amornthat

2000 Inggeris novel

8. Dipilih dari Pliuw Piang 6 orang Abdulrazak 2001 Melayu cerpen

(4)

beberapa orang penulis

Siang Mai penulis Thai 6 orang penulis Malaysia

Panaemalae dan Hares Chedo

9. Tivi Thoratad Shahnon

Ahmad

Abdulrazak Panaemalae

2009 Melayu Novel

10. Dipilih dari beberapa orang penulis

Truth Globalize

7 orang penulis Thai 7 orang penulis Malaysia

Abdulrazak Panaemalae dan rakan-rakan

2010 Melayu puisi dan

cerpen

11. Dipilih dari beberapa buah cerpen yang menarik

Mua Namman Mod Lok Rao

Ja Yed

Amerika

S.M. Zakir Abdulrazak Panaemalae dan rakan-rakan

2012 Melayu cerpen

Berdasarkan rajah di atas dapat dirumuskan bahawa sejarah perkembangan penterjemahan karya sastera dari Malaysia ke dalam bahasa Thai di Thailand telah berada dalam tahap yang tidak memuaskan kerana jumlah buku terjemahan masih sedikit sekiranya berbanding dengan tempoh yang agak panjang. Malah masih terdapat jarak yang begitu jauh antara tahun 2001- 2010. Sedangkan pada tempoh tersebut wujud karya sastera yang hebat di negara Malaysia.

Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah bahasa. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di Malaysia. Karya sastera di Malaysia telah dituliskan ke dalam bahasa Melayu. Untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Thai, ia memerlukan penterjemah yang pakar ke dua-dua bahasa sama ada Thai dan juga Melayu. Selain ilmu bahasa, pemahaman tentang budaya juga perlu dititikberatkan oleh penterjemah dengan cara mempelajari atau merujuk terus kepada penutur jati. Malah sejak kebelakangan ini kerjaan Thai tidak memberi sokongan sepenuhnya terhadap projek penterjemahan karya sastera terutama sastera dari negara jiran. Menurut Tanya Sangkapantanon (2014) negera Thai menganggap sastera dari Barat lebih hebat dari negara jiran atau negara Asean. Hal ini kerana mereka memandang negara jiran lebih mundur kerana merupakan negara yang pernah dijajah oleh Barat.

Maka orang Thai melihat dirinya lebih maju disebabkan tidak pernah ditakluki oleh mana-mana kuasa.

Era Selepas Penubuhan Asean

Kewujudan Asean telah membuka minda masyarakat untuk memahami gaya hidup negara dalam Asean. Begitu juga dengan negara Thai, terdapat pelbagai projek yang telah dijalankan demi mewujudkan kesefahaman baik antara negara anggota sama ada melalui pendidikan, perniagaan, pelancongan dan sebagainya. Selain mengadakan seminar atau persidangan sastera, penterjemahan karya sastera dari Malaysia ke dalam bahasa Thai adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara dua buah negara.

Masyarakat Thai dapat mengenali negara Malaysia bukan hanya melalui buku akademik seperti sejarah dan politik, tetapi juga dapat memahaminya melalui pembacaan karya terjemahan yang pasti dapat memberi kesoronokan dan hiburan kepada pembaca.

Berdasarkan penelitian, selepas Asean ditubuhkan terdapat hanya sebuah buku terjemahan karya sastera dari Malaysia, iaitu Kampung Lama yang diterjemahkan pada tahun 2018 oleh beberapa orang penterjemah. Buku ini adalah buku antologi cerpen yang terdiri daripada hasil karya 7 orang penulis Malaysia dan Thai yang merupakan penulis anugerah Sea Write.

Sebanyak 7 buah cerpen Thai dan 7 buah cerpen Malaysia yang terkandung dalam buku

(5)

ini.Walaupun kedatangan Asean tidak memberi kesan baik terhadap dunia penterjemahan karya sastera Malaysia di Thailand, tetapi masih terdapat beberapa badan sama ada dilakukan secara peribadi atau melalui organisasi untuk meneruskan semula projek penterjemahan karya sastera dari dua buah negara. Namun ia tetap memerlukan kerjasama yang kuat dari beberapa pihak. Ketidakstabilan negara juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan beberapa projek tergendala.

3. Permasalahan Kajian

Istilah budaya merupakan perkara yang sinonim dengan penterjemahan teks sastera. Rata-rata sarjana terdahulu memperkatakan bahawa terdapat kesukaran dalam menterjemahkan perkataan istilah budaya (Newmark, 1988; Venuti, 2000; Goh & Azman, 2009; Holzwarth, 2009; Kim,2010; Katan, 2013). Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengenal pasti strategi penterjemahan yang sesuai digunakan oleh penterjemah bagi menterjemahkan perkataan- perkataan yang berkaitan dengan budaya, khususnya budaya Melayu di Malaysia. Pengkaji mendapati bahawa kajian tentang penterjemahan unsur budaya bagi teks sastera daripada aspek pendekatan dan prosedur penterjemahan agak kurang dilakukan. Hal ini menyebabkan kebanyakan penterjemah mengalami kekeliruan menggunakan kaedah yang sesuai dalam menterjemah, terutamanya dalam teks-teks yang mempunyai banyak unsur budaya. Pada masa yang sama, sarjana-sarjana terjemahan seperti Newmark (1988), Nord (1997), Abdullah

& Ainon (2001), dan Goh (2007) mencadangkan bahawa untuk menterjemahkan teks sastera, para penterjemah teks sastera pula menyenaraikan semula pengalaman menterjemah bentuk- bentuk teks tersebut. Oleh itu, isu pendekatan dan teknik penterjemahan menarik untuk diulas dan dianalisis kesesuaiannya. Bersesuaian dengan genre novel dan cerpen yang kaya dengan unsur-unsur budaya, bahasa, bahasa kiasan dan sebagainya, maka wajarlah teks ini dikupas dari segi teknik dan strategi penterjemahan.

4. Objektif kajian

a) Mengenal pasti istilah budaya dalam novel Arus dan terjemahan dalam bahasa Thai, iaitu Krasae Chiwit

b) Menganalisis teknik penterjemahan istilah budaya yang digunakan dalam novel terjemahan bahasa Thai Krasae Chiwit

5. Bahan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan karya sastera berbentuk novel, iaitu Arus (1985) karya Anwar Ridhwan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Thai pada tahun 1988 oleh Jalal dengan judulnya Krasae Chiwit.

6. Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan teks asal dalam Bahasa Melayu dan teks terjemahan dalam bahasa Thai. Data yang diperoleh daripada terjemahan Krasae Chiwit merupakan teks terjemahan sastera Melayu oleh penterjemah dari Thailand. Kajian ini tergolong dalam bidang penterjemahan teks kreatif. Kajian ini juga menggunakan pendekatan penterjemahan yang dikemukakan oleh Newmark (1988). Selain itu, pengkaji hanya membataskan kajian kepada aspek budaya bagi kedua-dua negara, iaitu Malaysia dan Thailand. Aspek-aspek lain tidak akan disentuh oleh pengkaji dalam kajian ini.

7. Sorotan kajian

Penterjemahan merupakan bidang yang sangat penting dalam masyarakat terutama

(6)

masyarakat yang berbilang bangsa seperti di Thailand. Melalui penterjemahan sastera Melayu ke dalam bahasa Thai, maka rakyat Thai dapat mengenali bahasa dan budaya orang Melayu secara terdekat. Terdapat beberapa kajian yang telah mengkaji tentang penterjemahan istilah budaya dalam karya sastera. Antaranya ialah Khairunisah (2008) dalam kajiannya yang bertajuk Unsur Budaya dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka BM-Bahasa Jerman: Satu Analisis. Kajian ini adalah berasaskan kepada teks cerita jenaka Melayu yang bertajuk Lebai Malang yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman.

Der ungluks-geistliche. Cerita Pak Belalang pula telah diterjemahkan sebagai vater heuschreck daripada buku Matahari, iaitu koleksi teks terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffmann, Albert Lehmenkuhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn, dan Zaini Zahari yang telah diterbitkan pada 1996. Pengkaji telah meneliti aspek pengalihan ciri-ciri budaya teks sumber ke teks sasaran. Hasil kajian didapati masalah dalam pengalihan budaya dalam penterjemahan yang dilakukan, fungsi atau kesan teks terjemahan adalah sama seperti fungsi sebenar cerita jenaka Melayu dan panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini.

Kajian berkaitan Cultural Translation: A Case Study of Kyeongbokgung Palace telah dilakukan oleh Lee pada tahun 2010. Dalam kajiannya, pengkaji menyatakan bahawa terjemahan melibatkan bahagian komunikasi budaya dan proses pemindahan kebudayaan.

Dalam mendukung matlamat ini, laman sesawang rasmi Istana Kyeongbokgung telah dikaji berdasarkan fungsinya sebagai medium terjemahan bahasa Korea kepada bahasa Inggeris. Menurut beliau laman sesawang ini menjadi pangkalan data yang menyeluruh berkaitan ciri-ciri kebudayaan dan bahasa seperti ekologi, budaya sosial, kepercayaan dan agama, dan budaya linguistik. Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh beliau telah memilih laman sesawang rasmi Istana Kyeongbokgung untuk dikaji dengan menganalisis maklumat daripada laman sesawang ini. Kemudian, aspek yang dikaji pula adalah maklumat daripada perspekstif terjemahan dan ciri-ciri kebudayaan bahasa termasuk ekologi, bahan budaya, budaya sosial, budaya kepercayaan agama dan budaya linguistik, atau pemindahan, dan kaedah penterjemah menyampaikan budaya orang Korea kepada orang Inggeris.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya masalah linguistik akibat perbezaan penyusunan sintaksis, dan susunan perkataan daripada sistem bahasa Korea kepada bahasa Inggeris. Antara masalah yang wujud adalah ayat yang dihasilkan daripada laman sesawang ini adalah panjang dan rumit, manakala ayat-ayat dalam teks sumber yang mencirikan kesopanan dan maruah kerabat diraja dipendekkan menjadi ayat pendek dan mudah dalam bahasa sasaran. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terjemahan bahasa Inggeris berkaitan dengan pemindahan kebudayaan agak ringkas dan padat. Hal ini demikian kerana penilaian keberkesanan penyampaian maklumat dan sumbangan penterjemah untuk menghasilkan teks sasaran dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, terjemahan kebudayaan memerlukan kemahiran linguistik dan penilaian penterjemah untuk menghasilkan terjemahan yang difahami dalam konteks yang lebih luas. Malah, beliau turut menyatakan bahawa peranan penterjemah tidak hanya terbatas kepada bahasa sahaja, tetapi sebagai perantara bahasa, terutamanya dalam terjemahan kebudayaan. Beliau menyimpulkan bahawa penambahan atau pengurangan maklumat dalam terjemahan adalah terletak pada pertimbangan penterjemah itu sendiri.

Kajian bertajuk An Analysis of Culture-specific Items in the Persian Translation of

“Dubliners” Based on Newmark’s Model yang dijalankan oleh Hosseini Maasoum & Hoda Davtalab pada tahun 2011 berkaitan dengan cara menangani perbezaan strategi diguna pakai

(7)

dalam menterjemah teks. Beliau menyatakan bahawa setiap penterjemah sepatutnya mempunyai ilmu pengetahuan tentang item khusus budaya. Hal ini demikian kerana dalam terjemahan, item khusus budaya tersebut merujuk kepada konsep dan perbendaharaan kata yang tersendiri dalam budaya tersebut. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti strategi yang diguna pakai untuk mencari maksud item khusus budaya yang diaplikasikan oleh penterjemah yang berlainan dalam teks kesusasteraan yang berlainan.

Bagi tujuan ini, penterjemah perlu mencari kesetaraan konsep yang terdapat dalam teks sasaran. Dalam situasi apabila konsep terjemahan adalah tidak setara, penterjemah tidak boleh menukar ganti maklumat walaupun dalam dua dialek bahasa yang sama. Hal ini demikian kerana terdapat banyak perkataan dalam setiap satu bahasa tidak mempunyai kesetaraan sepenuhnya dalam teks sasaran. Penterjemah perlu mempertimbangkan bukan sahaja kedua bahasa tersebut, tetapi juga dua budaya kerana terdapatnya konsep dalam bahasa sumber yang tidak mempunyai leksikal setara dalam bahasa sasaran. Situasi ini mungkin disebabkan oleh faktor perbezaan geografi, adat resam, kepercayaan, pandangan dunia, dan sebagainya.

Menurut Katan (2013) dalam artikelnya yang bertajuk Cultural Approaches to Translation terdapat banyak pendekatan budaya yang diguna pakai dalam terjemahan. Beliau juga menyatakan bahawa aspek penterjemahan untuk budaya pula lebih menekankan aspek konteks dan budaya yang boleh diterima oleh pembaca. Bagi bentuk terjemahan ini, beliau telah memberikan contoh bahawa Nida yang telah menterjemahkan kitab Bible telah menggunakan pendekatan antropologi untuk menerangkan teks sumber berdasarkan fungsi dinamik. Penterjemahan dikatakan sebagai proses menghasilkan semula bahasa pembaca sasaran dengan sehampir mungkin yang mengambil kira makna dan gaya bahasa.

Penterjemah dikatakan tidak mencapai matlamat menyampaikan maklumat jika pembaca teks sasaran bermasalah memahami budaya yang terkandung dalam terjemahan. Beliau turut mendapati bahawa Nida (1964) mengaplikasikan struktur semantik Chomsky dalam menterjemah ikatan budaya.

Sebuah kajin di peringkat Doktor Falsafah yang bertajuk Penterjemahan Unsur Budaya dalam Antologi Cerpen Bahasa Korea-Bahasa Melayu Perjalanan ke Samp’o oleh Cho Minsung pada tahun 2016. Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan dan kebolehterjemahan yang digunakan dalam terjemahan teks antologi cerpen bahasa Korea dan bahasa Melayu.

Beliau menggunakan tiga pendekatan dalam menganalisis data. Pendekatan pertama yang digunakan adalah berdasarkan pandangan tiga orang sarjana iaitu, Keesing (1958), Newmark (1988) dan Katan (2012). Pendekatan kedua ialah strategi terjemahan Venuti (1995), iaitu terjemahan berunsur tempatan dan terjemahan berunsur asing. Pendekatan ketiga ialah menggunakan prosedur Newmark (1988) dan Aixelá (1996). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa strategi penterjemahan unsur budaya mengandungi pelbagai pendekatan atau tidak terikat pada satu pendekatan. Hasil pilihan strategi penterjemahan unsur budaya Korea dan Malaysia bergantung pada kewujudan unsur budaya bahasa sumber dalam bahasa sasaran.

Pengkaji mendapati bahawa kajian yang pernah dilakukan dalam bidang terjemahan tidak terhad kepada bidang tertentu sahaja, sebaliknya mencakupi bidang sains/ teknikal, media berita, gender, ideologi, sastera, dan sebagainya. Rumusan sorotan ini juga menunjukkan bahawa lebih banyak kajian bertumpu kepada penterjemahan teks sastera secara keseluruhannya. Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa isu budaya menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Namun, sehingga kini masih belum ada kajian yang dijalankan secara mendalam terhadap terjemahan unsur budaya negara Korea-Malaysia

(8)

dalam analisis teks sastera. Kelompangan dalam hal ini menyebabkan pengkaji meneliti unsur ini dalam karya terjemahan. Oleh itu, kajian yang bakal dilakukan ini adalah untuk memperluaskan lagi khazanah ilmu pengetahuan secara amnya, dan penterjemahan secara khususnya, di samping menangani lompang yang belum dipenuhi dalam penyelidikan penterjemahan.

8. Pendekatan Kajian

Pengkaji menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Newmark (1988) untuk menganalisis unsur budaya. Newmark (1988: 94) menganggap budaya sebagai cara hidup dan mempunyai manifestasinya yang tersendiri bagi sesebuah komuniti yang menggunakan suatu bahasa khusus sebagai cara pengungkapan. Newmark (1988) telah membincangkan konteks penterjemahan budaya berdasarkan kategori budaya yang diadaptasi daripada kategori budaya oleh Nida (1969: 94-103). Menurut Newmark (1988: 96) beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum menterjemahkan unsur budaya. Hal ini termasuklah pengiktirafan terhadap budaya asing yang terdapat dalam teks sasaran bagi menghormati negara dan budaya asing yang terlibat dalam terjemahan tersebut. Berikut merupakan kategori budaya oleh Newmark (1988: 94-103) yang dijadikan sebagai kerangka utama dalam kajian ini, iaitu:

1) Ekologi (flora, fauna, angin, dataran, bukit)

2) Bahan material (artifak, makanan, pakaian, rumah, bandar, kenderaan) 3) Budaya sosial (pekerjaan dan hiburan)

4) Organisasi, adat resam, aktiviti, prosedur dan konsep (politik, pentadbiran, agama, seni)

5) Gerak isyarat dan tabiat

Selain itu, terdapat satu prosedur yang sangat menarik dalam menganalisis teknik penterjemahan istilah budaya dalam karya sastera. Prossedur ini telah dibina oleh Cho Minsung dalam mengnalisis unsur budaya dalam antologi cerpen dari bahasa Korea ke dalam bahasa Melayu. Sebenarnya prosedur ini diubahsuai berdasarkan pendekatan Newmark (1988) dan Aixelá (1996). Ia dapat dilihat melalui rajah seperti berikut:

(9)

Rajah 1 : Taksonomi Prosedur Penterjemahan oleh Cho Minsung

·Sinonim (Synonymy): Dari segi kesetaraan bahasa sasaran yang hampir kepada perkataan bahasa sumber dalam konteks apabila kesetaraan yang tepat mungkin atau tidak wujud.

·Pemindahan (Transference): Proses memindahkan perkataan bahasa sumber kepada teks bahasa sasaran sebagai prosedur penterjemahan.

·Penyejagatan Terbatas (Limited Universalization):

Prosedur ini membenarkan penterjemah menggunakan rujukan yang dimiliki dalam teks sumber dengan syarat rujukan itu dekat unsur dengan budaya sasaran.

·Glos Ekstrateks (Extratextual Gloss): Prosedur ini membekalkan penerangan makna dengan

melampirkan nota kaki, endnote, glosari dan komentari.

·Penyejagatan Mutlak (Absolute Universalization):

Penterjemah menggunakan prosedur ini apabila gagal menemui unsur budaya yang dikenali atau bercadang hendak menyingkirkan konotasi asing dan mahukan rujukan yang umum.

·Glos Intrateks (Intratextual Gloss): Prosedur ini untuk mengelakkan masalah ketaksaan (terdesak) kepada penterjemah boleh menggunakan penerangan tambahan dalam teks sasaran.

·Pengguguran (Deletion): Pengguguran dilakukan ke atas gaya atau penyataan yang tidak berkaitan untuk tujuan pemahaman.

·Calque (Through-Translation): Terjemahan harfiah terhadap kolokasi biasa nama organisasi sebagai komponen majmuk. Unsur Calque ini juga dikenali sebagai pinjam terjemah

·Pencairan (Attenuation): Mengurangkan kekuatan sesuatu perkataan, penyataan atau pun sesuatu idea untuk mudah difahami oleh pembaca teks sasaran.

·Naturalisasi (Naturalization): Membawa unsur budaya ke dalam korpus intertekstualiti yang dirasakan spesifik oleh budaya bahasa sasaran.

9. Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks sumber dan teks sasaran bagi mencapai kedua-dua objektif. Sumber data berupa istilah-istilah budaya yang terdapat dalam novel Arus dan terjemahannya ke dalam Bahasa Thai. Pengumpulan data dilakukan dengan membaca secara mendalam novel Arus dan terjemahannya. Data yang dihasilkan dianalisis secara deskriptif. Istilah-istilah budaya yang terdapat dalam novel dikategorikan berdasarkan kategori Newmark. Terjemahan dari istilah-istilah budaya tersebut kemudian dilihat untuk mengetahui teknik penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah.

10. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap novel Arus, didapati istilah budaya yang wujud di dalam novel tersebut adalah seperti jadual berikut:

Jadual 2: Istilah Budaya dalam Novel Arus

Istilah Budaya Jumlah Istilah

Ekologi 49

Bahan Material 55

Budaya Sosial 9

Organisasi, adat resam, agama 15

Gerak isyarat dan tabiat 14

PROSEDUR PENTERJEMAHAN

(10)

Istilah Budaya Ekologi 1. Kategori Flora

Untuk kategori flora terdapat 18 istilah yang muncul di dalam novel ini, iaitu rumput usar, damar, bunga lalang, pucuk paku, daun nipah, daun kemumu hijau, kepung, resam, keladi merah, dahan randu, merbau, meranti, rotan sega badak, rotan manau telur, pokok pinang, nibung, kurma dan rumput kasar. Dalam menterjemahkan istilah-istilah budaya tersebut, penterjemah telah cuba menggunakan beberapa teknik supaya dapat difahami oleh pembaca.

Dari istilah tersebut penterjemah sering menggunakan teknik sinonim seperti istilah damar, bunga lalang, pucuk paku, daun nipah, daun kemumu hajiau, rotan manau telur dan keladi merah. Hal ini kerana istilah yang wujud dalam bahasa sumber didapati mempunyai kesetaraan dengan perkataan dalam bahasa sasaran. Namun begitu, dalam menterjemahkan istilah budaya ekologi yang berkaitan dengan flora, penterjemah menemui kesulitan sehingga pada akhirnya terpaksa menggunakan teknik calque atau teknik penerjemahan yang dilakukan dengan menerjemahkan frasa atau kata bahasa sumber secara literal. Hasil penterjemahan melalui teknik ini boleh dilihat melalui jadual berikut:

Jadual 2: Istilah Budaya Ekologi untuk Kategori Flora Istilah budaya bahasa Melayu Istilah budaya bahasa Thai

kepung เคปุง (kepung)

resam เรซัม (resam)

rotan sega badak หวายซือฆาบาดะ (wai sega badak)

rumput usar หญ้าอูสัร (ya usar)

Dari jadual tersebut didapati terdapat kesilapan besar dalam penterjemahan kerana pembaca tidak dapat memahami istilah budaya yang telah disampaikan oleh penulis dalam novel Arus. Masalah ini muncul kerana di negara Thailand mempunyai jenis tumbuhan dan tanaman yang agak berbeza dengan negara Malaysia. Malah hasil terjemahan ini telah dijalankan pada tahun 1988. Ketika itu bahan rujukan amatlah terhad jika berbanding dengan zaman sekaran sebagai mana penterjemah boleh menggunakan laman web google untuk mencari makna yang diingini. Untuk melengkapkan penterjemahan, istilah budaya tersebut dapat diterjemah mengikut teknik sinonim yang boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai Istilah budaya yang diubah

kepung เคปุง (kepung) ชันหอย (chan hoi)

resam เรซัม (resam) เฟิร์น (fern)

rotan sega badak หวายซือกาบาดะ (wai sega badak) หวายเต็ง (wai teng)

rumput usar หญ้าอูสัร (ya usar) หญ้าแฝก (ya faek)

Walau bagaimanapun, satu lagi kesilapan dalam penterjemahan istilah flora, iaitu penterjemah telah melakukan penterjemahan yang tidak betul seperti istilah dahan randu dan meranti. Hasil terjemahan boleh dilihat melalui jadual ini:

(11)

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai yang salah

Istilah budaya yang betul

pohon randu ต้นฝ้าย (ton fai) ต้นนุ่น (ton nun)

meranti ต้นเต็ง (ton teng) ต้นสยา (ton saya)

2. Kategori Fauna

Untuk kategori fauna terdapat 21 istilah yang muncul di dalam novel ini, iaitu musang, Sitam, tikus, monyet, lotong, kera, agas, kunang, ayam putih, anak sepat, ikan bilis, ikan paus, burung undan, buaya jenjulung, buaya jolong-jolong, buaya tembaga, buaya pandan, buaya katak, buaya sendayan, kelalawar dan lalat pikat langau. Dalam kategori ini didapati penterjemah menggunakan teknik sinonim untuk menterjemahkan beberapa istilah budaya yang dianggap sebagai perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Thai. Namun begitu, masih terdapat kesulitan semasa menterjemah istilah budaya yang berkaitan dengan jenis buaya. Penterjemah menggunakan teknik pengguguran beberapa istilah buaya. Dalam novel Arus, penulis telah menyatakan 5 jenis buaya, tetapi dalam novel terjemahan digugurkan dua istilah disebabkan kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Istilah tersebut ialah buaya jenjulung dan buaya jolong-jolong. Walau bagaimanapun, penterjemahan jenis buaya dalam teks terjemahan masih tidak tepat. Hanya satu istilah sahaja yang tepat, iaitu buaya pandan (จระเข้ตีนเป็ด, jarakhe tinped). Hasil terjemahan boleh dilihat melalui jadual berikut:

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai yang salah

Istilah budaya yang betul

buaya jenjulung atau buaya jolong-jolong

จระเข้ท้องเหลือง (jarakeh

tongluang)

ตะโขง (Thakong)

buaya tembaga Tidak diterjemah จระเข้ทองหลาง (jarakeh

tonglang)

buaya katak จระเข้หางยาว (jarakeh hang yao) จระเข้น ้าเค็ม (jarakeh namkem)

Bagi penterjemahan istilah budaya ekologi yang berkaitan dengan iklim, muka bumi, angin dan bukit. Penterjemah telah menggunakan teknik sinonim yang secara umumnya dapat diterjemahkan dengan tepat.

Istilah Budaya Material

Bagi membincangkan istilah budaya material, pengkaji telah menyenaraikan jumlah istilah budaya material yang wujud di dalam novel Arus seperti jadual berikut:

Jadual 3: Istilah Budaya Material dalam Novel Arus

Istilah Budaya material Jumlah Istilah

Makanan 2

Pakaian 7

Rumah 39

Bandar 1

Kenderaan 4

alat muzik 2

(12)

Berdasarkan jadual di atas didapati jumlah istilah budaya material untuk kategori rumah adalah paling tinggi. Hal ini kerana novel ini telah memaparkan kehidupan seorang pawang yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di tepi sungai Usar. Oleh itu, terdapat banyak istilah yang berkaitan dengan rumah sama bahagian rumah, alat dapur, perhiasan rumah, alat pertukangan dan sebagainya. Penterjemah telah menggunakan tiga teknik penterjemahan, iaitu sinonim, glos intrateks dan calque. Ia boleh dilihat melalui jadual berikut:

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai Teknik yang diguna

Tikar pandan เสื่อใบเตย (sua baitei) sinonim

Dulang ถาด (Thad) sinonim

Winchester ปืนวินเชสเตอร์ (Pen Winchester) glos intrateks

Caping จะปิ้ง (chaping) calque

(yang tepat ialah หมวกชาวนา Muak chaona)

Sundang ซุนดัง (Sundang) calque

Manakala istilah budaya material untuk kategori pakaian ditemui hanya tujuh istilah sahaja.

Hampir semua istilah menggunakan teknik calque yang terdiri daripada istilah seluar tongkah, kain sarung, baju kurung, jaket, jean dan topi joki. Hanya satu istilah sahaja yang menggunakan teknik pemindahan, iaitu istilah jubah. Penterjemah telah menterjemahkan ke dalam bahasa Thai dengan istilah เสื ้อคลุม (sue klum). Penggunaan istilah ini dianggap tidak tepat kerana ia hampir sama dengan bentuk baju wanita. Sebenarnya teknik calque lebih jelas lagi maknanya dengan meminjam perkataan dari bahasa Arab, iaitu เสื ้อโต๊บ (Sue thop).

Selain itu, terdapat satu istilah yang menggunakan dua prosedur, iaitu glos intrateks dan calque. Istilah tersebut ialah seluar tongkah yang diterjemah ke dalam bahasa Thai berbunyi กางเกงตงกะฮหลวมๆแบบชาวประมง (kangkeng tongkah luam-luam baeb chao pramong).

Prosedur calque ialah perkataan กางเกงตงกะฮ (kangkeng tongkah) dan prosedur glos intrateks pula ialah perkataan แบบชาวประมง (baeb chao pramong). Sementara penterjemahan bahan material bagi kategori makanan, bandar, kenderaan dan alat muzik didapati penterjemah menggunakan teknik sinonim kerana istilah tersebut mempunyai keserataan dalam bahasa sasaran.

Istilah Budaya Organisasi, Adat Resam, Agama

Bagi mengemukakan istilah budaya organisasi, adat resam dan agama dalam novel Arus, pengkaji telah menyenaraikan istilah tersebut melalui jadual berikut:

Jadual 4: Istilah Budaya Organisasi, Adat Resam, Agama dalam Novel Arus

Istilah Budaya material Jumlah Istilah

Organisasi 2

adat resam 6

Agama 8

Berdasarkan jadual di atas didapati jumlah istilah budaya material untuk kategori agama adalah paling banyak. Penterjemah juga menggunakan teknik yang sangat jelas dengan

(13)

menggunakan teknik Glos Ekstrateks (Extratextual Gloss). Teknik ini membekalkan penerangan makna dengan melampirkan nota kaki di dalam novel terjemahan. Hal ini kerana istilah tersebut memerlukan penerangan yang jelas dan mendalam supaya pembaca dapat memahaminya terutama dari kalangan yang tidak mempunyai pengertian tentang agama Islam. Contohnya dapat dilihat melalui jadual berikut:

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai

Teknik Glos Ekstrateks

Malaikat มะลาอีกัต (malaikat)

เทวทูตสวรรค์ของอัลลอฮพระผู้เป็นเจ้า ตามหลักความศรัทธาของมุสลิม จะต้องศรัทธาเชื่อมั่นในหลักศรัทธา 6 ประการ ความเชื่อต่อบรรดามะลาอีกัตเป็นข้อหนึ่งในหลัก 6 ประการนั้น

Qada กอฎอ (qada) การสร้างสรรค์ การด าเนินการและการบัญชาการหมายถึง การที่พระองค์อัลลอฮได้ทรงลิขิตสิ่งต่างๆไว้ในคัภีร์แม่บทโดยสมบรณ์นับแต่บรรพกาล

Alif อะลีฟ (alif) พยัญชนะตัวแรกของอักษรอาหรับ Hadis ฮะดีษ

(hadis)

พระวจนะของท่านศาสดามูอัมหมัด อันเป็นค าพูด การกระท า

และผู้อื่นกระท าหรือพูดต่อหน้าศาสดามูฮัมหมัดโดยท่านศาสดามิได้ทรงห้ามไว้

Kopiah กูปิเยาะฮ์

(kopiah)

หมวกทรงกลมถักด้วยด้ายสีขาว ชาวมลายูนิยมสวมใส่ อันแสดงว่าเป็นผู้อยู่ในธรรมะ หรือเป็นนักเรียนทางศาสนาอิสลามในปอเนาะ

Azan อะซาน

(azan)

เสียงเชิญชวนเพื่อประกอบพิธีละหมาด Imam

Mahdi

อิหม่ามมหาดี

(Imam Mahdi)

อิหม่ามแปลว่าผู้น า มหาดีเป็นชื่อของบุคคลที่จะก าเนิดขึ้นบนพื้นดินพิภพนี้

เพื่อประกอบบความดีอันยิ่งใหญ่จะระงับทุกข์เข็บทั้งหลาย เพื่อให้ราษฎรอยู่ย็นเป็นสุขถ้วนหน้า Loh

Mahfuz

เลาฮุลมะห์ฟูซ (Loh Mahfuz)

ชื่อคัมภีร์ที่พระผู้เป็นเจ้าอัลลอฮ์ทรงก าหนดชะตาชีวิตมนุษย์และสรรพสิ่งบนพื้นพิภพไว้แต่ครั้งบรรพกาล

Selain itu, penterjemah juga menggunakan teknik pengguguran (Deletion) dengan menggugurkan penyataan yang tidak berkaitan untuk tujuan pemahaman. Sebagai contoh, istilah magrib dan isyak. Penterjemah telah menggugurkan dua istilah tersebut di dalam novel terjemahan, tetapi telah memberi keterangan baru yang lebih mudah untuk difahami oleh pembaca. Magrib diterjemah sebagai ละหมาดยามพลบ (lamad yam plob). Isyak diterjemah berbunyi ละหมาดยามหลังตะวันตกดิน (lamad yam lang tawan tok din).

Manakala istilah budaya yang berkaitan dengan organisasi dan adat resam tidaklah menemui sebarang kesulitan dan kesilapan. Bagi teknikya didapati penterjemah menggunakan teknik sinonim yang secara umumnya dapat memberi pemahaman baik kepada pembaca.

Istilah Budaya Gerak isyarat dan Tabiat

Istilah budaya gerak isyarat di dalam novel Arus terdapat sebanyak 9 istilah, iaitu istilah mundar-mundir, menggeleng-geleng, menggesel-gesel, meratah-ratah, berputar-putar, bergoyang-goyang, menggelupur, berkeok-keok dan meronta. Manakala istilah tabiat terdiri daripada 5 istilah, iaitu pendendam, riang, aneh, keras dan buaya. Teknik penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah dapat dilihat melalui jadual di bawah:

(14)

Istilah budaya bahasa Melayu

Istilah budaya bahasa Thai Teknik yang diguna

pendendam ช่างอาฆาต (Chang akhad) sinonim

riang ร่าเริง (rareng) sinonim

aneh แปลกประหลาด (plaek pralad) sinonim

keras แข็งกร้าว (khaeng krao) sinonim

buaya ไอ้เข้ (ai keh) sinonim

Bagi penterjemahan istilah budaya yang berkaitan dengan gerak isyarat, penterjemah turut menggunakan teknik yang sama, iaitu sinonim. Gerak isyarat yang wujud di dalam novel Arus melibatkan manusia dan juga binatang. Dalam novel terjemahan istilah tersebut tidak membawa kekeliruan kepada pembaca.

11. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, terjemahan ialah satu proses pemindahan isi kandungan sesebuah teks dari satu bahasa ke dalam bahasa yang lain dengan setepat mungkin. Tidak dinafikan bahawa menterjemah karya kesusasteraan merupakan satu cabaran kerana proses penterjemahannya tidak seperti genre yang lain. Penterjemah bukan sahaja harus memelihara mesej teks sumber, malahan lebih penting daripada itu penterjemah itu sendiri juga seorang artis yang menghasilkan nilai tambah dalam hasil seni. Kertas kerja ini menganalisis unsur budaya dalam n o v e l A r u s d a n terjemahann y a d a l a m b a h a s a T h a i , iaitu Krasae Chiwit.

Menerusi kajian ini, didapati sebanyak lima jenis istilah budaya yang muncul dalam novel Arus berdasarkan klasifikasi yang telah dikemukakan oleh Newmark. Hasil kajian menunjukkan bahawa istilah budaya bahan material yang berkaitan dengan rumah mempunyai jumlah yang paling tinggi kerana novel ini berkisar tentang kehidupan seorang watak yang tinggal di sebuah kampung. Rumusan daripada analisis penterjemahan jenis istilah budaya dalam teks sebagaimana yang ditonjolkan dalam korpus kajian ini sekali gus menggambarkan kepelbagaian facade dan dimensi dalam meneliti unsur budaya material dan bukan material. Pengkaji telah memaparkan beberapa fenomena yang berlaku dalam proses terjemahan bagi unsur budaya yang membahaskan unsur ekologi, budaya material, budaya sosial, organisasi sosial, gerak isyarat dan tabiat.

Seterusnya, pengkaji merumuskan strategi penterjemahan istilah budaya yang digunakan dalam teks kajian. Analisis yang dilakukan oleh pengkaji adalah dapatan analisis yang telah dijalankan ke atas data-data terkumpul yang mengandungi istilah budaya daripada teks terjemahan. Analisis prosedur penterjemahan dalam kajian ini berpandukan prosedur penterjemahan yang digagaskan oleh Newmark (1988) dan Aixelá (1996). Kajian ini memperlihatkan bahawa teknik sinonim merupakan teknik yang sering digunakan oleh penterjemah apabila sesuatu istilah sudah pun wujud dalam bahasa sasaran. Sekiranya istilah itu tidak wujud, maka menjadi tugas penterjemah untuk mencari teknik yang sesuai supaya makna yang disampaikan mempunyai ketepatan sama ada teknik calque, pengguguran, pemindahan, glos ekstrateks dan glos intrateks. Selain teknik sinonim, penterjemah juga kerap menggunakan teknik calque. Namun begitu, teknik ini telah menimbulkan masalah kepada pembaca kerana istilah yang diterjemahkan masih tidak dikenali oleh pembaca di negara Thai. Maka istilah tersebut tidaklah tepat dan betul. Oleh itu, untuk menghasilkan hasil terjemahan yang lengkap bukanlah mudah seperti mana dalam novel terjemahan ini juga terdapat kesilapan dan ketidaktepatan makna disebabkan beberapa

(15)

faktor. Antaranya ialah kekurangan bahan rujukan, perbezaan geografi, adat resam, kepercayaan, pandangan dunia dan sebagainya.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Publication.

Anwar Ridhwan. (1985). Arus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ainon Muhammad (1987). Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aixelá, J. F. (1996). Culture-Specific Items in Translation, Power, Subversion. Britain:

Multilingual Matters Ltd.

Catford, J. C. (1996). A linguistic Theory of Translation. London: Oxford University.

Cho Minsung. (2016). Penterjemahan Unsur Budaya dalam Antologi Cerpen Bahasa Korea- Bahasa Melayu Perjalanan ke Samp’o. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Duranti, A. (1997). Linguistic Anthropology. Cambridge: Cambridge University Press.

Goh, Y. S., & Azman Che Mat. (2009). Penterjemahan dan Budaya. Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12. Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur:

Persatuan Penterjemah Malaysia.

Holzwarth, H. (2009). Penterjemahan Novel Siddhartha ke dalam Bahasa Melayu. Jurnal Penterjemah, XI, 26-39.

Jalal. (1988). Krasae Chiwit. Bangkok: Projek Penterjemahan Karya Sastera Negara Jiran Yayasan Sathiankosed-Nakhapratheep.

Katan, D. (2013). In the Encyclopedia of Applied Linguistics dalam Chapelle, C. A., (Eds.)

“Cultural Approaches to Translation”. London : Wiley-Blackwell.

Keesing, F. M. (1958). Cultural Anthropology: the Science of Custom. Holt : Rinehart &

Winston.

Khairunisah Sayed Ibrahim. (2008). Unsur Budaya dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka bahasa Melayu - bahasa Jerman: Satu Analisis. Kuala Lumpur: Falkuti Bahasa dan Linguitik, Universiti Malaya.

Kim, J. H. (2010). A Study on Korea-Arabic Translation of Advertisement Texts:

With Focus on Culture-Specitic Terms. Seoul: Hankuk University of Foreign Studies.

Lee, S. J. (2010). Cultural Translation : A Case Study of Kyeongbokgung Palace.

번역학연구, 11(1), 311-337.

Lee, V. (2014). “Knowledge of Word Connotations in the Translation of Culture-Specific Lexis: Findings from a Pilot Study”. 번역학연구, 15(4), 223-250.

Mojtaba Moradi, & Hossain Mohammad Sadeghi. (2014). “Translation of Culture- Specific

Phrases in the Holy Quran”. Theory and Practice in Language Studies, 4(8), 1735-1746.

Nord, C. (1997). Translating as a Purposeful Activity: Functionalist Approaches Explained.

Manchester: St. Jerome Publishing.

Goh, S. S. (2007). Kebolehterjemahan Aspek-aspek Budaya dalam Terjemahan “Shui Hu Zhuan”. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. London: Prentice Hall

Nida, A. E., & Charles, R. T. (1969). The Theory and Practice of Translation. Leiden:

EJ.Brill.of Translation.

(16)

Nida, A. E. (1964). Toward a Science of Translation. Leiden: E.J. Brill.

Tanya Sangkapantanon.“Kan Wijai Wannakam nai Asean (Pengkajian Sastera dalam Asean)”.

27 Jun 2019. http://www.la.ubu.ac.th/news/2014/research_19112014_

Venuti, L. (2000). The Translation Studies Reader. London. New York : Routlege.

Vermeer, H. J. (2000). Skopos and Commission in Translation Action. Dalam Venuti, L.,

& 번역학연구, 11(1), 311

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa modul pengajaran bahasa Arab al-Quran harus mengambil kira beberapa aspek Andragogi yang diketengahkan oleh Knowles terutama

(2020) turut mendapati bahawa penulisan karangan murid tingkatan empat masih kuat dipengaruhi oleh bahasa ibunda Dusun Tindal. Pengkaji mengistilahkan pengaruh bahasa yang berlaku

Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang aras kualiti buku teks Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh

(2012) dalam kajian mereka mengenai persepsi belia terhadap isu politik dan dasar kerajaan Malaysia mendapati bahawa belia menyatakan yang kerajaan kurang berkesan dalam

Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam

Hasil kajian ini telah mendapati bahawa guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 di sekolah menengah daerah Ulu Kinta, Perak Malaysia mempunyai

Hasil daripada kajian mendapati bahawa tema pelajar bermasalah terbahagi kepada tiga iaitu personality pelajar bermasalah, masalah utama pelajar serta pendekatan

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Mohamed 2003a di kalangan pelajar cemerlang perempuan dengan pelajar lemah perempuan mendapati bahawa pelajar cemerlang perempuan