• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pelaksanaan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Pensyarah IPGK PM Semasa Pandemik COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pelaksanaan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Pensyarah IPGK PM Semasa Pandemik COVID-19"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Pensyarah IPGK PM Semasa Pandemik COVID-19 (Implementation Of Teaching And Facilitation Online Lecturer

MWTC, During The COVID-19 Pandemic)

Fatimah Mustaffa1, Kamarudin Abu Hassan1, Salinah Pit1

1 Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, IPGK Perempuan Melayu, Malaysia

*Pengarang Koresponden: faten69ipgkpm@gmail.com Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini memfokuskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dalam talian Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM) semasa Pandemik COVID-19. Pensyarah memainkan peranan penting dalam menentukan hasil pembelajaran dalam tempoh Peritah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pelaksanaan PdPc semasa pandemik ini adalah cabaran buat pensyarah dari aspek pengetahuan, resos, kemudahan dan perkembangan profesionalisme menyumbang impak yang besar ke atas kualiti PdPc. Satu kajian kuantitatif melibatkan 30 orang pensyarah telah dijalankan untuk mengetahui pandangan pensyarah berhubung pelaksanaan PdPC sepanjang tempoh PKP. Soal selidik berskala lima likert telah diedarkan kepada kesemua peserta kajian untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tiga konstruk utama iaitu pandangan pensyarah terhadap amalan pengetahuan teknologi, amalan pengetahuan teknologi pedagogi dan kreativiti. Data dapatan soal selidik telah dianalisis menggunakan Model Rasch bagi mendapatkan min persetujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah Pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama aspek kreativiti yang berada pada tahap interpretasi yang tinggi. Penyarah juga menguasai amalan pengetahuan teknologi dan amalan pengetahuan teknologi pedagogi yang berada pada tahap interpretasi yang tinggi.

Kata kunci: PdPc, Pandemik COVID-19 dan Pensyarah

Abstract: This study was conducted to identify the implementation of online Learning and Facilitator (LnF) Lecturer Malay Women Teachers' College (MWTC) during Pandemik COVID-19. Lecturers play an important role in determining the learning outcomes during the PKP period can be implemented effectively. The implementation of LnF during this pandemic is a challenge for lecturers, therefore knowledge, resources, facilities and professional development contribute a great impact on the quality of LnF. A qualitative study involving 30 lecturers was conducted to find out the views of lecturers on the implementation of LnF during the period of pandemic. A five-likert scale questionnaire was distributed to all study participants to gather information related to three main constructs, namely lecturers' views on technological knowledge practices, pedagogical technology knowledge practices and creativity. Questionnaire data were analyzed using Rasch Model to obtain mean agreement.

The findings of the study show that the lecturers have a positive view of LnF online during the Pandemic period COVID-19 especially the aspect of creativity is at a high level of interpretation. MWTC lecturers also master the practice of technological knowledge and the practice of pedagogical technology knowledge which is at a high level of interpretation.

(2)

Keywords: Teaching and learning, Pandemic COVID-19 and Lecturer

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah sistem pendidikan dan pelaksanaan PdPc masa kini. Pendekatan PdPc dan juga pelaksanaan tugas harian ternyata sangat mencabar di norma baru, yang mustahil jadi tak mustahil dimana PdPc yang disifatkan tak boleh dahulu kini sudah jadi boleh seperti PdPc bersemuka dalam talian (Muhyiddin, 2020). Menurut Mohd. Airul (2020), pandemik ini menunjukkan amalan normal baru PdPc dalam kalangan pensyarah IPGK PM mesti komprehensif merangkumi pensyarah bersemuka dalam talian, syarahan dalam talian dan pentaksiran juga dilaksana dalam talian. PdPc dalam talian norma baru ini, pensyarah IPGK PM perlu tangkas, cekap serta dapat menyesuaikan diri dengan kebiasaan norma baharu.

Pelaksanaan PdPc norma baharu dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID- 19 dalam kalangan pensyarah, pensyarah memainkan peranan penting untuk menentukan hasil pembelajaran dalam tempoh PKP ini dapat dilaksanakan dengan berkesan (Abdullah & Ainon, 2006 dan Askin, 2002). Pensyarah IPG perlu mencuba dan mengguna proses, strategi dan pendekatan baharu, seterusnya akan menjadi sebahagian kehidupan. Oleh itu pengetahuan, resos, kemudahan dan perkembangan professionalisme menyumbang impak yang besar keatas kualiti PdPc (Abdul Rahim et. al.,2000). Mohamad, H. (2020) menyatakan institut pendidikan perlu mempunyai perancangan pereka instrusional yang mengkonseptualisasi kandungan e- learning komprehensif supaya mudah difahami oleh siswi pendidik. Justeru menurut beliau lagi, IPGK PM perlu membuat pelaburan dalam teknologi untuk membangunkan PdPC dalam sistem talian supaya bersedia hadapi risiko (Koehler & Mishra, 2009) seperti pandemik COVID-19. IPG perlu kehadapan dalam penyelidikan dan pengembangan untuk membina platform khusus masing-masing yang merangkumi aspek ‘realtime’ dan ‘non-realtime’ yang boleh dijadikan sebagai panduan. Platform yang IPG guna sekarang adalah kepunyaan pihak ketiga seperti Zoom, Google Apps yang berisiko kebocoran maklumat peribadi (Najmi, 2020).

Platform PdPc dalam talian ini suatu kerpeluan ke arah menuju Malaysia maju.

Di dalam era digital revolusi terkini, Mohamad (2020) menyatakan bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah PdPc secara dalam talian. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan. Oleh itu kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan PdPc dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19 dalam kalangan Pensyarah IPGK PM.

Penyataan Masalah

Pelaksanaan PdPc dalam talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah PdPc dalam talian seperti ‘Google Classroom”

merupakan suatu keperluan (Mustaffa, Abu Hassan dan Pit, 2021). Kebanyakan universiti dan institusi tempatan baik awam mahupun swasta termasuk institut pendidikan guru (IPG) di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah PdPc secara maya atau secara dalam talian (KPM 2019 dan Mohomad 2020) bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.

Untuk memastikan kaedah pembelajaran dalam talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara

(3)

interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi, permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian (Najmi 2020).

Justeru, setiap pensyarah harus memperkenalkan apparatus dan metodologi yang dapat membantu meningkatkan kualiti amalan PdPc dengan menyediakan informasi yang berguna tentang pelajar dan aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka dalam sistem pembelajaran atas talian. Selain itu juga, pensyarah dan juga institusi yang menjalankan kaedah PdPc atas talian perlu memastikan bahawa rangkaian sosial adalah boleh dipercayai dan mampu untuk mengukur prestasi akademik sebenar selain memastikan jaringan keselamatan yang terkawal agar tiada isu kebocoran maklumat yang tidak wajar. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan PdPc dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19 dalam kalangan Pensyarah IPGK PM.

Objektif Penyelidikan

i. Mengenal pasti pandangan pensyarah tentang amalan PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19.

ii. Mengenal pasti faktor-faktor penyumbang utama kreativiti PdPc dalam talian pensyarah semasa tempoh Pandemik COVID-19.

Persoalan Penyelidikan

i. Apakah pandangan pensyarah tentang amalan PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19?

ii. Apakah faktor penyumbang utama kreativiti PdPc dalam talian pensyarah semasa tempoh Pandemik COVID-19?

Ulasan Kajian Lepas

Di negara maju seperti Amerika dan Eropah, penggunaan teknologi dalam PdPc telah dianggap sebagai agen yang berupaya untuk meningkatkan potensi dan kemahiran dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, keperluan ini juga semakin mendesak semasa pendemik ini dan kepentingannya untuk dikuasai oleh pensyarah dalam bidang pengajaran. Dalam merealisasikan impian ini, banyak langkah proaktif telah diperkenalkan oleh kerajaan dan IPG antaranya menggalakkan guru-guru sekolah dan pensyarah menggunakan pembelajaran abad ke 21 (KPM, 2019). Usaha ini dilihat sebagai langkah bijak dan seiring dengan negara-negara lain yang mula menterjemahkan aplikasi teknologi maklumat dalam proses PdPc seperti yang berlaku di negara Australia, Hong Kong, New Zealand dan Singapura (William, 2000).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahbaik sistem pendidikan dan juga memikul tanggungjawab yang amat berat dalam memastikan sistem pendidikan negara sentiasa relevan dalam perkembangan pesat dunia (Mustaffa, Abu Hassan dna Pit, 2021). Dalam hal ini, Kuppusamy & Norman (2021)) menjelaskan penggunaan “Google Classroom” boleh bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pedagogi pensyarah. Atika (2020) menyatakan bahawa penggunaan bahan interaktif multimedia courseware telah menjadikan pembelajaran Pendidikan Khas lebih menyeronokkan dan berjaya menarik minat pelajar. Sementara itu kajian Norizan Abdul Razak (2003) terhadap 60 orang guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah medapati 60 peratus guru pelatih belajar mengenai ICT semasa proses pengajian di institut, manakala 27 peratus belajar sendiri dan 18 peratus belajar daripada luar proses pengajian di institut. Dapatan kajian ini menunjukkan pemerolehan

(4)

pengetahuan teknologi adalah daripada proses pengajian secara formal di institut. Dapatan kajian Bani Hidayat (2020), menunjukkan bahawa semua pensyarah terlibat 100 peratus begitu juga majoriti siswa guru terlibat sama dalam PdPc OLL. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa platform utama PdPc OLL ialah WhatsApp diikuti Google Classroom dan Telegram serta disokong oleh aplikasi media sosial yang lain.

Sehubungan dengan itu, sebenarnya ramai pensyarah telah berusaha menggunakan teknologi dalam proses PdPc seperti penggunaan ‘google classroom’ (Brush et al., 2001; Dawson &

Norris, 2000; Rademacher, Tyler-Wood, Doclar, & Pemberton, 2001; Thomas & Cooper, 2000). Usaha ini berlaku kerana kepercayaan kepada keberkesanan teknologi dalam mempengaruhi proses PdPc. Oleh sebab itu, setiap pensyarah IPGK PM perlu menguasai pengetahuan yang cukup serta kemahiran yang lengkap berkaitan dengan teknologi dalam pendidikan.

Kesimpulannya, pensyarah perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan seperti pendemik yang berlaku dan mengubah corak PdPc pada masa kini iaitu secara dalam talian.

Kesediaan pensyarah untuk mempelajari sesuatu yang baharu merupakan aset utama untuk menghadapi perubahan pesat yang berlaku di dalam industri pendidikan. Furst-Bowe et al.

(1996) dan Chao, Butler & Ryan (2003) berpendapat bahawa pensyarah seharusnya kompeten dan berupaya untuk belajar dengan cara melayari internet kerana ia merupakan sumber terbuka yang utama pada masa kini ke arah pembelajaran abad ke 21.

Metadologi

Reka bentuk kajian yang dijalankan menggunakan tinjauan melibatkan kaedah kuantitatif.

Persampelan kajian ini melibatkan 30 orang pensyarah IPGK PM. Bilangan sampel kajian ditentukan berdasarkan pemilihan saiz sampel dicadangkan Linacre (1999). Alat kutipan data menggunakan borang soal selidik berskala likert merujuk kepada pandangan pensyarah tentang amalan PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik Covid19 dan faktor penyumbang kreativiti melaksanakan PdPc semasa pandemik Covid19. Menurut Piaw (2011), Muijs (2004), Konting (2004) dan Ghazali Darussalam bersependapat bahawa kekuatan penggunaan soal selidik bukan hanya menjimatkan kos, masa dan tenaga, tetapi juga dapatan maklumat soal selidik daripada sampel yang banyak dapat meningkatkan ketepatan anggaran statistik. Data dapatan telah dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada objektif dan soalan kajian yang telah dinyatakan.

Data Penyelidikan

Secara keseluruhan dapatan amalan PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik Covid-19, menjelaskan pensyarah IPGK PM menguasai konstruk amalan pengetahuan teknologi dan amalan teknologi pedagogi.

Jadual 1: Amalan Pengetahuan Teknologi

Penyataan Min Tahap

menggunakan Internet 4.80 Tinggi

belajar perkara yang berkaitan dengan teknologi pendidikan 4.10 Tinggi mengikut perkembangan teknologi pendidikan terkini 3.92 Sederhana

Tinggi

mencuba teknologi pendidikan untuk pembelajaran 4.75 Tinggi

memahami isu-isu budaya organisasi yang berkaitan teknologi 4.10 Tinggi menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk membuat laporan 4.10 Tinggi menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi 4.20 Tinggi menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk memproses data 3.78 Sederhana

Tinggi

(5)

menyelesaikan masalah teknikal berkaitan teknologi pendidikan 3.50 Sederhana Tinggi

memahami isu-isu melibatkan etika teknologi 3.90 Sederhana

Tinggi mempunyai peluang berinteraksi dengan pelbagai jenis teknologi pendidikan 4.20 Tinggi

tahu pelbagai jenis teknologi pendidikan 4.30 Tinggi

mempunyai kemahiran teknikal menggunakan teknologi pendidikan 3.50 Sederhana Tinggi

memahami undang-undang tentang teknologi 3.51 Sederhana

Tinggi

mempunyai keupayaan membina koswer multimedia 3.10 Sederhana

Tinggi

Min keseluruhan 4.19 Tinggi

Dapatan kajian ini jadual 1, menunjukkan terdapat tujuh daripada lima belas item bagi pengetahuan teknologi berada pada sederhana tinggi. Antara item tersebut ialah mengikut perkembangan teknologi pendidikan terkini (Min 3.92), menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk memproses data (min 3.78), menyelesaikan masalah teknikal berkaitan teknologi pendidikan (min 3.5), memahami isu-isu melibatkan etika teknologi (min 3.9), mempunyai kemahiran teknikal menggunakan teknologi pendidikan (min 3.5) dan mempunyai keupayaan membina koswer multimedia (min 3.1). Di samping itu. pensyarah juga sentiasa menggunakan Internet, belajar perkara yang berkaitan dengan teknologi pendidikan, mencuba teknologi pendidikan untuk pembelajaran, memahami isu-isu budaya organisasi yang berkaitan teknologi, menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk membuat laporan, menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, mempunyai peluang berinteraksi dengan pelbagai jenis teknologi pendidikan dan tahu pelbagai jenis teknologi pendidikan. Ini menunjukkan, pensyarah IPGK PM sangat menguasai pengetahuan teknologi berdasarkan min keseluruhan 4.19.

Jadual 2: Amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi

Penyataan Min Tahap

tahu menggunakan teknologi untuk PdPc 4.12 Tinggi

boleh menerapkan teknologi dalam proses PdPc 4.13 Tinggi

boleh pilih teknologi pendidikan yang mampu tingkatkan PdPc 3.94 Sederhana Tinggi boleh guna teknologi pendidikan untuk tujuan berkomunikasi semasa PdPc 4.80 Tinggi boleh guna perkakasan teknologi pendidikan bagi tingkatkan PdPc 3.91 Sederhana

Tinggi boleh sesuaikan penggunaan teknologi pendidikan untuk aktiviti PdPc 4.80 Tinggi boleh guna teknologi pendidikan bagi kolaborasi dan komunikasi dengan rakan

sejawat.

4.85 Tinggi boleh berfikir cara teknologi pendidikan mempengaruhi pendekatan PdPc yang

digunakan

4.13 Tinggi boleh guna teknologi pendidikan untuk merangsang kemahiran berfikir aras tinggi

semasa proses PdPc

4.23 Tinggi berfikir secara kritikal cara menggunakan teknologi pendidikan di dalam PdPc 3.89 Sederhana

Tinggi

Keseluruhan 4.28 Tinggi

Daptan kajian ini jadual 2, menunjukkan kesemua 10 item amalan pengetahuan teknologi pedagogi berada pada tahap tinggi dan nilai min keseluruhannya iaitu 4.28. Dapatan ini juga menjelaskan pensyarah menguasai pengetahuan teknologi pedagogi terutamanya dalam aspek boleh guna teknologi pendidikan bagi kolaborasi dan komunikasi dengan rakan sejawat bagi tujuan menguasai teknologi pedagogi dan seterusnya melaksanakan proses PdPc semasa PKP.

Dapatan juga menunjukkan pensyarah menguasai teknologi pendidikan untuk tujuan

(6)

berkomunikasi semasa PdPc serta juga dapat menyesuaikan penggunaan teknologi pendidikan untuk aktiviti PdPc dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19.

Pada masa yang sama, dapatan juga menjelaskan antara item yang paling rendah nilai min ialah item berfikir secara kritikal cara menggunakan teknologi pendidikan di dalam PdPc (Min=

3.89), item boleh guna perkakasan teknologi pendidikan bagi tingkatkan PdPc (Min=3.91 dan item boleh pilih teknologi pendidikan yang mampu tingkatkan PdPc (Min=3.94).

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pensyarah IPGK PM amat menguasai amalan pengetahuan teknologi pedadogi dalam melaksanakan PdPc dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19. Dapatan ini juga menunjukkan dan menjelaskan pensyarah IPGK PM menguasai pengetahuan teknologi pedadogi dan mampu memahaminya dengan menggunakan pengetahuan Teknologi Pedadogi yang kuasainya. Pengkaji juga merasakan pensyarah IPGK PM berada pada tahap sangat menguasai dalam penguasaan teknologi pedagogi terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19. Bermakna berlakunya pandemik Covid 19 langsung tidak menjejaskan pedagogi PdPc dari aspek pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti.

Jadual 3: Kreativiti Pengajaran Pensyarah

Penyataan Min Tahap

terbuka menerima cadangan pelajar 4.32 Tinggi

memotivasikan pelajar 4.75 Tinggi

memberi maklum balas membina terhadap jawapan pelajar 4.85 Tinggi menggunakan laras bahasa yang mudah difahami pelajar untuk berkomunikasi 4.80 Tinggi

mengalakkan pelajar berfikir secara fleksible 4.92 Tinggi

Keseluruhan 4.73 Tinggi

Dapatan kajian jadual 3, menunjukkan kesemua 5 item kreativiti pengajaran pensyarah berada pada tahap tinggi dengan min keseluruhannya adalah 4.73. Aspek mengalakkan pelajar berfikir secara fleksible berada pada tahap min tertinggi iaitu 4.92, diikuti memberi maklum balas membina terhadap jawapan pelajar (min 4.85) dan aspek terbuka menerima cadagan pelajar berada pada paras min paling rendah iaitu 4.32. Dapatan ini menjelaskan bahawa pensyarah sangat menguasai kreativiti pengajaran apabila melaksanakan proses PdPc dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19.

Kesimpulan dapatan ini menunjukkan pensyarah IPGK PM amat kreatif dalam melaksanakan PdPc melibatkan penyaluran ilmu, pengalaman, bahan pengajaran, soal jawab, komunikasi dan kemahiran berfikir aras tinggi. Bermakna pensyarak IPGK PM sememangnya dilatih dan terlatih melalui pengalaman kursus dan bengkel terutama dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Perbincangan

i. Apakah pandangan pensyarah tentang amalan PdPc dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19?

Amalan Pengetahuan Teknologi

Koehler & Mishra (2009), pengetahuan teknologi yang mendalam tentang proses dan amalan serta teknik pengajaran yang merangkumi keseluruhan tujuan, nilai dan matlamat pendidikan.

Pengetahuan teknologi ini adalah satu bentuk generik pengetahuan yang digunakan untuk pembelajaran pelajar, pengurusan kelas, perancangan aktiviti PdPc dan penilaian pelajar (M.

Rusdi, 2017 & HU Jing-Jing, 2014). Kajian ini mendapati bahawa kekuatan utama pensyarah

(7)

menguasai pengetahuan teknologi terutamanya dalam aspek sentiasa menggunakan Internet, belajar perkara yang berkaitan dengan teknologi pendidikan, mencuba teknologi pendidikan untuk pembelajaran, memahami isu-isu budaya organisasi yang berkaitan teknologi, menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk membuat laporan, menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, mempunyai peluang berinteraksi dengan pelbagai jenis teknologi pendidikan dan tahu pelbagai jenis teknologi pendidikan.

Dapatan ini konsisten dengan cadangan yang terdapat dalam Model Perkembangan Profesional Guru dalam ICT yang telah diperkenalkan oleh Yusuf Hashim (2003). Model yang diperkenalkan ini telah memberi penekanan kepada kemahiran menggunakan internet bagi memenuhi syarat literasi dalam ICT bagi seorang pensyarah. Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Furst-Bowe et al. (1996) dan Chao, Butler & Ryan (2003).

Perkara penting yang perlu diambil perhatian daripada dapatan kajian ini ialah tentang keupayaan membina koswer multimedia dalam kalangan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan tersebut berada pada tahap menguasai bukannya pada tahap sangat menguasai. Kelemahan ini mungkin disebabkan latar belakang pengajian pensyarah yang bukan menjurus kepada pengetahuan tersebut. Kajian menunjukkan majoriti bidang pensyarah terdiri daripada bidang pendidikan yang tidak mempunyai perkaitan yang khusus dalam pengetahuan teknologi terutamanya kemahiran membina koswer multimedia. Dapatan ini selari dengan Noor Awanis et. al (2006) dan mengukuhkan lagi bahawa pensyarah adalah golongan pengguna kepada teknologi sedia ada dan bukannya pencipta kepada sesuatu program. Keadaan ini sesuai dengan latar belakang pensyarah yang bukan dari bidang teknologi. Walau bagaimanapun ianya merupakan salah satu kekuatan bagi pensyarah apabila mampu menguasai kemahiran teknologi (Roblyer, 2006). Kelemahan tersebut mampu ditampung dengan kewujudan kursus teknologi yang diperkenalkan oleh IPGKPM dan juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang wajib dihadiri oleh setiap pensyarah.

Secara keseluruhannya, kajian menjelaskan bahawa pensyarah IPGK PM mempunyai keupayaan menggunakan internet dengan baik dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terkini. Elemen ini membantu pensyarah mempunyai pengetahuan yang baik dalam Pengetahuan Teknologi. Kedudukan ini memberi kelebihan kepada pensyarah kerana perkembangan teknologi yang pesat bermakna kemahiran-kemahiran yang baharu telah muncul dan harus dikuasai oleh pensyarah. Kelebihan ini memberi motivasi dan dorongan kepada pensyarah kerana mereka perlu meningkatkan kemahiran untuk berperanan sebagai agen perubahan. Pensyarah sepatutnya bukan sekadar tahu mengenai teknologi malahan perlu menghayati aspek teknologi yang sentiasa berubah dalam pengajaran seperti yang dicadangkan oleh Mohamad (2020), Loveless, DeVoogd dan Bohlin (2001). Kesimpulannya, kajian mendapati Pensyarah IPGK PM hanya berada pada tahap sangat menguasai Pengetahuan Teknologi.

Amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi

Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) bukan hanya melibatkan soal pengetahuan tentang bagaimana isi pelajaran disampaikan kepada pelajar tetapi juga bersangkutan dengan sejauh mana guru dapat memahami masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut (Shulman, 2005). Dari aspek pedagogi pensyarah perlu mengajar mengikut kemampuan pelajarnya dan juga perlu memahami kepelbagaian keupayaan intelek mereka.

Kemahiran ini akan memudahkan pensyarah dalam menyesuaikan bahan pedagogi menggunakan teknologi. Dari aspek komunikasi, pensyarah perlu menyantuni pelajar semasa membentuk tingkahlaku mereka. Dengan menyantuni pelajar bersama kemahiran pedagogi, pelajar akan dapat memahami ilmu dan nilai yang diberikan dengan mudah.

(8)

Dalam konteks kajian ini, Pengetahuan Teknologi Pedagogi merupakan antara elemen yang dijadikan sebagai kajian utama dalam kalangan pensyarah IPGK PM. Perkara ini dijadikan sebagai kajian utama kerana kepentingannya bagi seorang pensyarah terutamanya ketika melaksanakan proses PdPC. Kajian ini telah membuktikan bahawa Pengetahuan Teknologi Pedagogi merupakan komponen yang sangat dikuasai oleh pensyarah. Kepentingan tersebut telah dinyatakan oleh Koehler & Mishra (2009) apabila mentakrifkan maksud Pengetahuan Teknologi Pedagogi berdasarkan model Pengetahuan Teknologi Pedagogi. Kepentingan ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Najmi (2020); Shulman, 2005; Ishak & Koh, 1992; dan Grossman, 1990. Kepentingan ini juga ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Standard Guru Malaysia (SGM) (2010) juga memberi penekanan yang khusus kepada kepentingan Pengetahuan Teknologi Pedagogi dalam memberi penarafan terhadap guru.

Kajian juga menunjukkan bahawa Pengetahuan Teknologi Pedagogi merupakan antara elemen utama yang benar-benar dikuasai oleh pensyarah. Pengetahuan Teknologi Pedagogi merupakan suatu kepercayaan yang mampu mempengaruhi pelaksanaan kurikulum di samping dapat mencerminkan perwatakan seorang pensyarah dalam melaksanakan proses PdPc. Menurut HU Jing-Jing, (2014); Loveless et.al., (2000) dan Shahabuddin et al., (2007) sekiranya, seorang pensyarah tidak mempunyai Pengetahuan Teknologi Pedagogi yang baik kemungkinan besar tidak akan dapat mencapai faktor kepuasan dalam melaksanakan PdPc kerana salah satu daripada faktornya adalah bergantung kepada penguasaan Pengetahuan teknologi Pedagogi.

Apakah faktor penyumbang utama kreativiti PdPc dalam talian Pensyarah semasa tempoh Pandemik Covid-19?

Kajian menunjukkan pensyarah IPGK PM sangat menguasai kreativiti dalam PdPc. Antara penunjuknya ialah pensyarah mengalakkan pelajar berfikir secara fleksible, memberi maklum balas membina terhadap jawapan pelajar, menggunakan laras bahasa yang mudah difahami pelajar untuk berkomunikasi, memotivasikan pelajar dan terbuka menerima cadangan pelajar.

Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa pensyarah memiliki ciri-ciri kreativiti yang diperlukan bagi menjana daya kreativiti PdPc. Ciri-ciri yang dimiliki oleh pensyarah dalam dapatan kajian ini adalah bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Chumo, (2014), Baer, (2008), dan Furlong (2005) yang telah mendapati antara ciri yang perlu dimiliki oleh pensyarah untuk menggalakkan perkembangan kreativiti pelajar ialah seperti dapatan dalam kajian ini.

Kreativiti pensyarah dalam proses pengajaran merupakan antara agenda penting dalam matlamat pendidikan negara. Menurut Chumo, (2014), Baer, (2008) dan Furlong (2005) penerapan aspek kreativiti dalam proses pengajaran penting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan berkreatif dikalangan pelajar terutama di peringkat awal persekolahan hingga ke pengajian tinggi. Hal ini telah diakui oleh hampir kebanyakan pakar pemikiran kreatif dunia dengan menyifatkan institusi pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai untuk memupuk kreativiti.

Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama aspek kreativiti berada pada tahap interpretasi tinggi. Pensyarah IPGK PM juga menguasai amalan pengetahuan teknologi dan amalan pengetahuan teknologi pedagogi yang berada pada tahap interpretasi tinggi. Mohamad (2020) dan Najmi (2020) turut

(9)

menyatakan pensyarah perlu ke hadapan dan kreatif kearah pedagogi digital. PdPc menggunakan teknologi mampu mengangkat pedagogi pensyarah terutama dalam cabaran menghadapi PdPc semasa pandemik dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Rujukan

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Syukur Mohd Ali & Mohamad Sani. (2000). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Guru sebagai pendorong dalam darjah. Kuantan:

PTS Publications and Distributor Sdn Bhd.

Ager, R. (1998). ICT in primary schools: Children or computer in control. London: David Fulton Pub. Ltd.

Amabile, T. M. (1996). Creativity in context, Update to the sosial psychology of creativity.

Colorado: Westview Press, Inc.

Amabile, T. M. (1997). Entrepreneurial creativity through motivational synergy . Journal of creativity behavior, 31(1). 18-26.

Askin Asan. (2002). Pre-service teachers‟ use of technology to crete instructional material: a school – college partnership. Journal of Information Technology for Teacher Education, 11(2), 217-231.

Baer, J dan Kaufman, J.C. (2008). Gander differences in creativity. Journal of Creative Behavior, 42: 75-106.

Bryan Coombs, (2006). Mengajar secara efektif. Terj. Siti Aisyah Mohd Elias. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. (2003). Providing a technology edge for liberal arts students.

Journal of Information Education 2: 331-348.

Chumo, C. C. (2014). Effects of practical investigation on scientific creativity amongs secondary schools biology students in Kerincho District, Kenya. Juornal of Education and Practice. 5(8), 43-51.

Cropley, D. H., Kaufman, J. C., & Cropley, A. J. (2011). Measuring Creativity for Innovation Management. Journal of Technology Management &Amp; Innovation, 6(3), 13–30.

https://doi.org/10.4067/S0718-27242011000300002

Diamantes, T. (2007). Technology‟s impact on graduate level learning: Using technology to improve student assignment completion rates. College Student Jurnal, 41(1), 79.

Furlong, V.J. (2005). Initial teacher training and role of the school. Milton Keyness: Open University Press.

Furst-Bowe, J., Boger, C., Franklin, T., Mclntyre, B., Polansky, J., and Schlough, S. (1996).

An analysis of required computer competencies for university students. Journal of Research and Computing Education 28(2): 166-198

Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education.

New York: Teacher College Press.

Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. (2007). Dunia pendidikan dalam era globalisasi:

Peranan dan cabaran. Masalah Pendidikan, Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 30(1), 143-149.

HU Jing-Jing (2014) Acritical review of Pedagogical Content Knowledge’ Components:

Nature, Principal and Trend. International Journal of Education and Research Vol.2 No.4 April 2014.

Hyde & Thomas. (2005). Moving beyond chalk and talk: Using problem-basedlearning in a research methods course sequence. Newark: University of Delaware.

Ishak Haron & Koh Boh Boon. (1992). Asas-asas dalam amalan pedagogi. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

(10)

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge?

Contemporary Issue in Technology and Teacher Education, 9(1).

https://citejournal.org/volume-9/issue-1-09/general/what-is-technological- pedagogicalcontent-knowledge

Kuppusamy, Y. & Norman, H.(2021) Kemahiran teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan Guru di Sek Rendah Tamil. Kertas kerja pembentangan 2nd International Conference on Education, Social Science and Engineering (ICESE 2021) eISBN: 978-967-2476- 15-3 Kuala Lumpur, Malaysia.

Loveless, A., DeVoogd, G. L., & Bohlin, R. M. (2001). Something old, something new….: Is pedagogy affected by ICT?. Dalam A. Loveless, & V. Ellis (Eds.), ICT, pedagogy and the curriculum: Subject to change (m.s. 63-83). London: Routledge Falmer.

Mohamad Idham Md Razak (2020). Covid-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia Maju. Astro Awani, 9 April 2020.

Najmi , S. M. (2020) Pembelajaran alam maya: Ini solusi ketika berdepan Covid-19. Astro Awani 23 Mac 2020.

Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya & Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi guru-guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kertas kerja pembentangan seminar SITMA. Terengganu. 19 – 20 ogos.

Mustaffa, F., Abu Hassan, K. dan Pit, S. (2021), Pelaksanaan PdPc dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di IPGK PM. Kertas kerja pembentangan 2nd International Conference on Education, Social Science and Engineering (ICESE 2021) eISBN: 978-967-2476-15-3 Kuala Lumpur, Malaysia.

Roblyer, M. D. (2006). Integrating educational technology into teaching (5th ed.). Boston, MA: Allyn.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad, (2007). Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, dapatan ini juga mengukuhkan sorotan kajian Manzoor (2020) menjelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian tidak adil kepada

Ini bermaksud faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet dan pemilikan komputer bukan faktor yang

Dalam kajian ini, soal selidik akan dianalis dengan menggunakan perisian Statitiscal Pacakage for Social Science (SPSS) Version 26.0 for Windows yang akan menggunakan frekuensi, min

Cadangan ini adalah berkaitan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa suapaya dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif semasa

Hal ini demikian, berkemungkinan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk turut sama melaksanakan pembelajaran dalam talian (Yahaya et al. Kebelakangan ini,

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej

Kemudian, melihat kepada hasil kajian terdahulu, terbukti bahawa pelajar menunjukkan kesan yang positif terhadap minat, pemahaman dan motivasi mereka dalam

Dapatan dan perbincangan artikel ini dipersembahkan secara naratif untuk menggambarkan proses kajian tindakan bagi membincangkan bagaimana e-PPB berkaitan kajian