• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENDIDIKAN JIMAT CERMAT DALAM PANTUN: ANALISIS PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENDIDIKAN JIMAT CERMAT DALAM PANTUN: ANALISIS PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)"

Copied!
17
0
0

Tekspenuh

(1)

209

PENDIDIKAN JIMAT CERMAT DALAM PANTUN: ANALISIS PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

(THRIFT EDUCATION IN POETRY: ANALYSIS FOUR-SEGMENT POEM THRIFT )

Mohd Rosli Saludin, Ph.D

1 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Uuiversiti Kebangsaan Malaysia

1 Corresponding author:dmohdroslisaludin@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini adalah tentang, ‘Pendidikan Jimat Cermat Dalam Pantun,’ dan kajiannya menggunakan Pendekatan Strukturalisme. Analisis dibuat terhadap maksud setiap rangkap, bentuk pantun pendidikan jimat cermat, gaya bahasanya yang berkesan, pandangan dan cadangan. Kajian dibuat terhadap pantun yang terpilih iaitu Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) oleh Zailani Taslim (2011) yang bertujuan untuk melihat akan keberkesanannya.

Dapatan kajian menunjukkan maksud setiap rangkap pantun, bentuk pantun dan gaya bahasanya sangat berkesan dalam memberikan Pendidikan jimat cermat dan khalayak akan cepat faham dengan apa yang disampaikan. Maksud isi yang mendalam, bentuk pantun empat kerat yang jelas dan yang paling menarik gaya bahasa yang menerap ke jiwa pembaca kerana gaya bahasa yang indah dan tepat. Kesan kajian ini adalah terhadap semua pihak iaitu kempen pendidikan jimat cermat sangat berkesan menggunakan medium pantun kerana lebih cepat sampai ke jiwa semua khalayak.

Kata kunci: Pendidikan, jimat cermat, pantun.

(2)

210

ABSTRACT

This study is about ‘Thrift Education in Poetry,’ and this study uses the Structuralism Approach. An analysis is made on the meaning of each stanza, the form of the educational poem on frugality, its effective language style, views and suggestions. A study was done on selected verses to see its effectiveness. The findings of the study show that the meaning of each verse, the form of the verse and the style of language are very effective in providing education on thrifting and the audience will quickly understand what is presented. The meaning of the content is deep, the form of a clear four-segment poem and it applies to the soul of the reader because of the beautiful and precise style of language. This study has a profound effect on all parties, as the Thrift Education campaign is very effective in using the medium of poetry because it leaves a deep impression on its audiences.

Keywords: Education, thrift, poetry.

PENGENALAN

Pendahuluan

Salah satu puisi tradisional Melayu pada ketika dahulu ialah pantun. Pantun telah digunakan oleh masyarakat tradisional ketika mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Pantun dilahirkan dengan mewujudkan sesuatu maksud tertentu dan juga bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan keindahan kata dalam khazanah bahasa Melayu memperlihat daya pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi.

Sejajar dengan ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana secara tidak langsung penggunaan pantun ini dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Selain itu, pantun dikenali sebagai ‘parikan’

dalam bahasa Jawa manakala dalam bahasa Sunda pula dikenali sebagai ‘paparikan’.

Menurut Harun Mat Piah (1989), definisi pantun adalah berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau strukturnya. Aspek dalaman sesebuah pantun meliputi unsur

(3)

211

estetika dan isi iaitu terdapat tema dan persoalan.Unsur estetika dalam sesebuah pantun pula dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Aspek yang pertama adalah berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut pandangan masyarakat dunai manakala aspek yang kedua adalah berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Masyarakat tradisional pada masa dahulu menyampaikan pantun dalam bentuk lisan. Sejajar dengan era globalisasi, pantun juga wujud dalam bentuk tulisan juga. Pada zaman moden ini, dapat dilihat kebanyakan masyarakat tidak menggunakan pantun untuk berkomunikasi antara satu sama lain bahkan mereka hanya menggunakan pantun dalam sesuatu upacara tertentu seperti majlis dan pertandingan sahaja. Ini kerana penggunaan pantun dalam pengucapan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Penggunaan pantun dalam sesuatu upacara dapat mengukuhkan penyampaian hasrat dan buah fikiran seseorang yang berucap.

Pantun dapat dikenal pasti dengan beberapa ciri-ciri. Antaranya ialah pantun mempunyai rangkap yang berbeza iaitu setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat. Biasanya, pantun terdiri daripada empat baris ketika dituliskan dan rima akhir bagi setiap pantun adalah a-b-a-b.Setiap rangkap dalam sesebuah pantun itu mempunyai pembayang dan maksud yang tersendiri.Wujudnya hubungan makna antara pembayang dengan bahagian maksud. Pembayang merujuk kepada baris ayat yang berada di permulaan pantun manakala maksud atau isi akan berada di bahagian dua baris yang terakhir (Mohd Rosli Saludin, 2014). Pantun dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut isinya.

Contoh pantun nasihat digunakan untuk memberi nasihat kepada seseorang manakala pantun jenaka digunakan untuk memberi unsur humor dalam kehidupan seharian. Setiap jenis pantun ini dikatakan memiliki variasi bentuk dan isinya yang tersendiri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), jimat bermaksud cermat tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu, hemat dan tidak boros manakala maksud cermat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula ialah hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat dan tidak boros. Secara ringkasnya, jimat cermat bermaksud tidak boros dalam berbelanja sesuatu sama ada dalam bentuk wang ataupun dalam bentuk barang. Amalan

(4)

212

jimat cermat sangat penting dalam kehidupan manusia kerana sekiranya manusia tidak mengamalkan amalan sikap jimat cermat, maka akan berlakunya pembaziran. Oleh itu, amalan jimat cermat sangat penting dalam mengelakkan berlakunya pembaziran.

Objektif Kajian

i. Mengenal pasti maksud bagi setiap rangkap dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat.

ii. Mengenal pasti bentuk yang terdapat dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat.

iii. Mengenal pasti gaya bahasa yang terdapat dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat.

iv. Mengenal pasti pandangan dan cadangan yang boleh diberikan berdasarkan pantun yang mempunyai unsur pendidikan jimat cermat.

Soalan Kajian

i. Apakah maksud bagi setiap rangkap dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat ?.

ii. Apakah bentuk yang terdapat dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat

?.

iii. Bagaimanakah gaya bahasa yang terdapat dalam pantun yang berunsurkan pendidikan jimat cermat ?.

iv. Apakah pandangan dan cadangan yang boleh diberikan berdasarkan pantun yang mempunyai unsur pendidikan jimat cermat ?.

(5)

213

Kepentingan Kajian

Umumnya, jimat cermat merupakan amalan yang terpuji bagi orang yang mengamalkan amalan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maksud bagi setiap rangkap, bentuk dan gaya bahasa yang terdapat dalam pantun yang berunsurkan jimat cermat. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti pandangan dan cadangan yang boleh diberikan berdasarkan pantun yang mempunyai unsur jimat cermat.

Dapatan kajian yang diperoleh membolehkan seseorang itu mengetahui bentuk dan gaya bahasa unsur jimat cermat dalam pantun dengan lebih mendalam. Oleh itu, kajian ini memberi kepentingan iaitu semua orang dapat mengetahui unsur pendidikan jimat cermat yang telah digunakan dalam pantun. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan rujukan dalam bidang sastera pada masa akan datang.

Batasan Kajian

Kajian ini memberi penekanan kepada unsur pendidikan jimat cermat dalam pantun. Bahan yang digunakan dalam mengkaji unsur pendidikan jimat cermat dalam pantun ini ialah buku Antologi Kasut Kelompak Jantung Tingkatan Satu. Tajuk bagi pantun ini ialah Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) iaitu pantun ini ditulis oleh Zailani Taslim (2011). Pantun ini banyak mengaitkan unsur pendidikan jimat cermat dalam sesebuah pantun iaitu setiap rangkap telah diterangkan mengenai amalan pendidikan jimat cermat.

Selain itu, beberapa buku rujukan tambahan telah digunakan sebagai maklumat tambahan.

Antara buku rujukan tambahan yang digunakan ialah buku Puisi Melayu Tradisional yang dikarang oleh Mohd Rosli Saludin, buku Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu yang dikarang oleh Amat Juhari Moain, buku Memahami Puisi Melayu Tradisional yang ditulis oleh A. Halim Ali dan lain-lain. Dengan adanya buku rujukan tambahan ini, pengkaji telah menggunakannya untuk memberi maksud tentang pantun dan sedikit maklumat yang akan dimasukkan dalam dapatan kajian.

(6)

214

Pengkaji memilih Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) ini kerana pengkaji berpendapat bahawa pantun ini mempunyai maksud yang dekat dengan tajuk yang telah diberi.Pantun ini menceritakan tentang amalan pendidikan jimat cermat yang harus diamalkan oleh semua orang.Dalam pantun ini juga memperlihatkan terdapatnya unsur jimat cermat iaitu setiap rangkap dalam pantun itu telah dikaitkan dengan tajuk yang diberi iaitu unsur jimat cermat dalam pantun.Selain itu, maksud dan bahasanya dalam setiap rangkap dalam pantun itu mudah difahami oleh semua orang.Oleh itu, pengkaji telah memilih pantun ini untuk dijadikan sebagai bahan bagi memudahkan pengkaji untuk menganalisis isi-isinya.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks. Analisis berlandaskan pendekatan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip teori Strukturalisme (Abdul Halim Ali, 2011). Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis). Kaedah ini dipilih adalah disebabkan pengumpulan data dan analisis data bersumberkan kandungan teks sebuah pantun yang mengkaji unsur pendidikan jimat cermat dalam Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) iaitu pantun ini ditulis oleh Zailani Taslim (2011).

Pendekatan Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam mengkaji unsur pendidikan jimat cermat dalam pantun ini ialah pendekatan strukturalisme. Pendekatan ini berasaskan kepada prinsip-prinsip teori Strukturalisme (Abdul Halim Ali, 2011). Ferdinand de Saussure merupakan seorang ahli falsafah Swiss pada tahun 1857-1913. Beliau menyatakan bahawa bahasa mempunyai struktur dalamnya yang tersendiri dan peraturan-peraturannya yang sistematik.

Sebenarnya, teori Strukturalisme merupakan suatu percubaan untuk menerapkan teori

(7)

215

linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain iaitu bukan hanya bahasa itu sendiri yang diterapkan. Berdasarkan kenyataan teori strukturalisme, pendekatan strukturalisme sebenarnya meneliti dan menitik beratkan perkara-perkara dalaman yang membentuk rangka sesebuah teks.Rangka sesebuah teks seperti genre drama, cerpen dan novel termasuklah tema, plot, tema, perwatakan, bahasa serta sudut pandangan.

Dalam kajian ini, dapat dilihat bahawa genre puisi seperti pantun mempunyai unsur-unsur lain juga. Antaranya ialah rima, bentuk, nada, rangkap dan gaya bahasa seperti aliterasi, asonansi, metafora, simile dan lain-lain.Semua ini akan dikaji berdasarkan pantun yang mempunyai unsur jimat. Oleh itu, pendekatan strukturalisme sangat penting dalam mengkaji unsur jimat cermat dalam sesebuah pantun. Pendekatan yang digunakan dalam mengkaji pantun unsur jimat ini dapat memberi maklumat yang lebih tepat apabila dikaji secara mendalam. Hal ini kerana dalam sesebuah pantun tersebut mempunyai pembayang dan maksud. Bukan itu sahaja, dalam menganalisis teks dan memahami makna sesebuah pantun itu, terdapat enam prinsip teori Strukturalisme yang perlu digunakan dalam pendekatan ini. Antaranya ialah keseluruhan, perkaitan, regulasi diri, transformasi, analisi sinkronik dan desentralisasi. Secara tepatnya, keenam-enam prinsip ini harus digunakan dalam memahami makna dan menganalisis teks pantun tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Maksud Setiap Rangkap Pantun

Sebagaimana yang kita tahu, setiap rangkap dalam sesebuah pantun itu mempunyai pembayang dan maksud yang tersendiri. Maka wujudnya hubungan makna antara pembayang dengan bahagian maksud. Baris pertama dan kedua merupakan pembayang manakala baris ketiga dan keempat akan memberi maksud bagi setiap rangkap pantun tersebut. Rangkap satu dalam pantun memberi maksud berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah. ‘Jikalau sentiasa berjimat cermat, rezeki secupak terasa gantang’telah memberi maksud pada rangkap pertama. Rangkap dua

(8)

216

pula menceritakan tentang jimat cermat merupakan amalan yang terpuji manakala membazir pula merupakan amalan yang keji. Contohnya dapat dilihat pada baris ketiga dan keempat yang berbunyi ‘Sikap berjimat cermat amalan mulia, orang boros sahabat syaitan’.

Rangkap ketiga dalam pantun menceritakan bahawa orang yang berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang cerah. Contoh yang dapat dilihat ialah ‘Jika berjimat setiap perkara, pasti terjamin masa hadapan’.

Rangkap keempat memberi maksud bahawa orang yang berbelanja berlebih-lebihan akan menanggung hutang yang banyak. Contoh yang dapat dilihat pada rangkap keempat ialah ‘Membesar belanja sikap sesia, hanya menambah beban kewangan’. Rangkap kelima dalam pantun pula menceritakan bahawa orang yang berjimat cermat akan hidup bahagia kerana amalan ini merupakan tuntutan agama. Contoh yang dapat dilihat ialah ‘Berjimat cermat suruhan agama, jika diamal sejahteralah hidup’.

Rangkap keenam memberi maksud bahawa memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta yang banyak tetapi membazir.Contoh yang dapat dilihat ialah ‘Baik sedikit tetapi berjimat, daripada banyak membazir sahaja’. Rangkap yang terakhir iaitu rangkap ketujuh memberi maksud orang yang membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pasti tidak akan menanggung kerugian. Contoh yang dapat dilihat dalam rangkap ketujuh ialah ‘Segala urusan jika terancag, sikap membazir pasti terelak’.

Bentuk yang Terdapat dalam Pantun

Secara keseluruhannya, Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) mempunyai tujuh rangkap.Setiap rangkap mempunyai empat baris. Perkataan pada setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah perkataan. Contoh yang dapat diberi adalah seperti berikut:

(9)

217

Inderagiri pasirnya umat, Tempat berkelah putera raja;

Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.

Turun ke lading memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak;

Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah perkataan. Biasanya, rima akhir bagi setiap pantun adalah a-b-a-b. Sama dengan pantun empat kerat (Berjimat Cermat) juga di mana ia juga mempunyai rima a-b-a-b pada setiap akhir perkataan. Contohnya dapat dilihat pada rangkap pantun berikut:

Pergi kebelukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang;

Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa gantang.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga ke selatan;

Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa setiap akhir perkataan mempunyai rima a-b-a-b. Setiap akhir perkataan yang dihitamkan menunjukkan rima dalam sesebuah rangkap pantun tersebut. Oleh itu, dapat kita beri kesimpulan bahawa biasanya rima bagi pantun empat kerat ialah a-b-a-b.

(10)

218

Gaya Bahasa

Dalam pantun empat kerat (Berjimat Cermat) ini mempunyai beberapa gaya bahasa yang telah digunakan. Antaranya ialah gaya bahasa metafora, asonansi dan aliterasi.

Metafora

Metafora merupakan gabungan daripada dua kata Yunani iaitu ‘meta’ dan ‘pherein’.‘Meta’

dalam bahasa Yunani bermaksud memindahkan manakala ‘pherein’ pula bermaksud membawa. Perkataan metafora biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007). Gaya bahasa metafora merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat, kemas dan teratur. Secara ringkasnya, metafora merupakan pemakaian kata yang mengandungi unsur konkrit dan unsur abstrak iaitu satu dapat dilihat dan satu lagi tidak dapat dilihat oleh orang ramai. Contoh yang dapat dilihat dalam pantun ini adalah seperti berikut:

Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang;

Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa gantang.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa ‘rezeki secupak terasa gantang’ merupakan gaya bahasa metafora yang digunakan dalam pantun. Kata yang menggunakan unsur abstrak ialah ‘rezeki’ manakala kata yang menggunakan unsur konkrit ialah ‘ secupak’ dan ‘gantang’.

(11)

219

Inversi

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:92), inversi ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunannya.

Dengan lebih tepatnya, inversi merupakan ayat songsang. Antara contoh penggunaan gaya bahasa inversi adalah seperti yang berikut:

Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan;

Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa‘masak meranum buah ara’

merupakan gaya bahasa inversi’. Ayat ini dapat ditukarkan kepada ayat biasa iaitu ‘buah ara masak meranum’.

Aliterasi

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:96), aliterasi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan sama ada dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Contoh yang dapat dilihat dalam pantun ini adalah seperti berikut:

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran;

Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa pengulangan konsonan ‘n’

telah diulang pada setiap baris pantun tersebut.

(12)

220

Asonansi

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:103), asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu sama ada dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Contoh yang dapat dilihat dalam pantun ini adalah seperti berikut:

Singgah berehat di kota lama, Kuih dijamah air dihirup;

Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

Berdasarkan contoh yang diberi, dapat dilihat bahawa pengulangan vokal ‘a’ telah diulang pada setiap baris pantun tersebut.

PANDANGAN DAN CADANGAN

Pada pandangan pengkaji, unsur jimat cermat ini haruslah diterapkan dalam sifat semua orang. Amalan jimat cermat ini haruslah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana jimat cermat merupakan amalan yang terpuji dalam kehidupan seseorang. Sebagaimana yang kita tahu, semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Hal ini kerana kehidupan membazir akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Oleh itu, pentingnya jimat cermat dalam kehidupan seharian kita.

Pada pendapat pengkaji, jika kita mengamalkan amalan jimat cermat dalam kehidupan maka masa depan kita akan lebih cerah. Hal ini kerana kita dapat menyemai sikap menabung wang apabila kita mengamalkan amalan berjimat cermat. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan maka kita dapat menabung dengan

(13)

221

lebih banyak. Bak kata peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Wang yang kita simpan itu dapat digunakan apabila kita mempunyai masalah kecemasan. Selain itu, kita harus juga mempunyai perancangan apabila kita membeli sesuatu barang. Kita boleh menyenaraikan barang yang penting untuk dibeli. Dengan ini, kita dapat mengelakkan pembaziran berlaku. Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk mengamalkan amalan jimat cermat dalam kehidupan kerana amalan ini akan menyelesaikan segala masalah yang akan dihadapi oleh seseorang.

Berdasarkan pantun di atas, ianya dapat menyampaikan nasihat kepada masyarakat agar mengamalkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan. Pantun jimat cermat dapat dijadikan panduan kepada masyarakat supaya mereka sentiasa mengamalkan amalan jimat cermat dan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Pada pandangan pengkaji, pantun jimat cermat di atas telah dihasilkan mengikut ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam sesebuah pantun. Selain itu, penggunaan perkataan dalam pantun itu adalah biasa sahaja tetapi makna yang cuba disampaikan itu sangat bermakna dan mudah difahami oleh orang ramai. Dengan adanya unsur jimat cermat dalam pantun, masyarakat akan lebih mengamalkannya apabila mereka membaca pantun tersebut.

Cadangan yang dapat pengkaji utarakan ialah unsur jimat cermat dalam pantun ini harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila unsur jimat cermat dalam pantun ini diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka pelajar akan lebih terdedah dengan amalan jimat cermat ini. Pelajar akan lebih memahami dengan mendalam sekiranya mereka mengamalkan amalan jimat cermat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pentingnya unsur jimat cermat dalam sesebuah pantun tersebut diterapkan dalam kehidupan sama ada kepada masyarakat ataupun pelajar-pelajar sekolah.

(14)

222

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, unsur pendidikan jimat cermat dalam pantun empat kerat (Berjimat Cermat) telah memberi banyak pengajaran kepada masyarakat iaitu masyarakat harus kerap mengamalkan amalan jimat cermat. Umumnya, pantun Melayu merupakan satu hasil ciptaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Oleh itu, wajarlah apabila unsur jimat cermat ini diterapkan dalam sesebuah pantun. Ini kerana masyarakat pada zaman dahulu juga mengamalkan amalan jimat cermat dalam kehidupan dan mereka tidak suka akan pembaziran. Seperti yang diterangkan dalam pantun tersebut, bagi mereka amalan membazir merupakan amalan yang keji. Bukan itu sahaja, amalan pendidikan berjimat cermat ini juga merupakan tuntutan agama.

Unsur pendidikan jimat cermat dalam pantun ini sememangnya dapat memberi banyak pengertian kepada masyarakat. Oleh itu, wajarlah apabila unsur jimat cermat dalam pantun ini disampaikan kepada masyarakat. Semua orang harus mengetahui tentang unsur jimat cermat yang terdapat dalam sesebuah pantun kerana amalan jimat cermat merupakan amalan yang sangat terpuji dalam kehidupan seharian manusia.

RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2013). Memahami puisi Melayu tradisional.Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Abdul Halim Ali. (2013). Pengantar teori & kritikan sastera: Barat dan Malaysia.

Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Amat Juhari Moain. (2008). Pemilihan kata dalam pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosli Saludin. (2014). Puisi Melayu tradisional. Institut Peradaban Melayu.

(15)

223

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). KOMSAS pegangan teras keterampilan. Icon Region Sdn Bhd.

Zailani Taslim. (2011). Kasut Kelopak Jantung. Dewan Bahasa dan Pustaka.

(16)

224

Lampiran

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang;

Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa gantang.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga ke selatan;

Sikap berjimat amalan mulia Orang boros sahabat syaitan.

Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan;

Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan.

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran;

Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan

Singgah berehat di kota lama, Kuih dijamah air dihirup;

Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

(17)

225

Inderagiri pasirnya umat, Tempat berkelah putera raja;

Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.

Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak;

Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak.

(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Za’ba di atas dan bandingan dengan ciri-ciri puisi yang digunakan dalam kajian ini, dapatlah diringkaskan bahawa pantun

Kesimpulannya, deskripsi profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun menggambarkan hubungan antara leksikon tumbuhan-tumbuhan dan lingkungannya, khususnya dalam konteks

dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja

Berdasarkan contoh-contoh pantun, bincangkan kekuatan pertautan unsur berkenaan dalam menyampaikan maksud pantun (Lampiran A).. Mantera masih mempunyai hubungan mistik dan

Apa yang menarik dalam pantun ini juga kerana keempat- empat baris pantun pembayang dan maksud telah menggunakan perulangan frasa “kalok” iaitu yang bermaksud “kalau.”

of Malaya.. yang mengandungi simbol tumbuhan dan haiwan ini hanya dipilih yang diungkapkan dalam rangkap maksud sahaja. Teks pantun Melayu bingkisan permata yang

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Za’ba di atas dan bandingan dengan ciri-ciri puisi yang digunakan dalam kajian ini, dapatlah diringkaskan bahawa pantun

Dalam perkara ini Wilkinson dan Winstedt(1961: iii) mengakui bahawa pantun mempunyai makna yang luas dan dalam; kadang-kadang susah hendak dihuraikan maknanya walaupun oleh