• Tiada Hasil Ditemukan

View of APLIKASI ALAT PENGARANG GRAFIK FLOWGORITHM DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN ALGORITMA PENGATURCARAAN PELAJAR MATRIKULASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of APLIKASI ALAT PENGARANG GRAFIK FLOWGORITHM DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN ALGORITMA PENGATURCARAAN PELAJAR MATRIKULASI"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

62

APLIKASI ALAT PENGARANG GRAFIK FLOWGORITHM DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT DALAM PEMBELAJARAN

ALGORITMA PENGATURCARAAN PELAJAR MATRIKULASI (APPLICATION OF FLOWGORITHM GRAPHIC AUTHORING TOOL IN INCREASING UNDERSTANDING AND INTEREST OF MATRICULATION

STUDENTS WHILE LEARNING ALGORITHM IN PROGRAMMING)

1 Siti Sakinah Mohd Yusof

2 Kamaruddin Ilias, Ph.D

3 Jasman Jabar

4 Shakirin Ahmad Bakary

5 Sharifah Aunah Syed Nordin

1-4 Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Perak

2Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

1 Corresponding author:bm-1621@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Pelbagai strategi Professional Learning Community (PLC) diaplikasikan untuk bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional. Salah satu pendekatan yang menjadi amalan pensyarah ialah Jelajah Pembelajaran (Learning Walk). Hasil daripada Jelajah Pembelajaran ini, pengkaji menggunakan alat bantu mengajar interaktif perisian Flowgorithm di dalam kelas. Peserta kajian seramai lima pelajar dalam pengajian semester dua Sistem Empat Semester dengan pemilihan secara persampelan bertujuan. Instrumen kajian tindakan ini dengan menggunakan soal selidik dan temu bual selaras dengan konsep triangulasi dan telah mendapat pengesahan pakar. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan kefahaman ialah 3.56 serta min minat ialah 3.57 iaitu pada tahap tinggi.

Dapatan temu bual juga menunjukkan reaksi yang positif dalam aspek kefahaman dan minat setelah menggunakan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm berkenaan. Umumnya, penyelidikan ini terbukti telah meningkatkan kefahaman dan pemupukan sikap melalui strategi PLC secara Jelajah Pembelajaran.

(2)

63

Kata kunci: Jelajah Pembelajaran, Flowgorithm, pengaturcaraan, sistem empat semester, program matrikulasi, kefahaman, sikap.

ABSTRACT

Various Professional Learning Community (PLC) strategies are applied to create a professional learning environment. One of the approaches that lecturers practice is the Learning Walk. As a result of this learning tour, the researcher used Flowgorithm software, an interactive teaching aid in the classroom. The participants were 68 students in semester two of the Four Semester System with purposive sampling selection. This action research instrument using questionnaires and interviews is in line with the concept of triangulation and has received expert validation. The findings of the study showed that the overall mean of understanding was 3.56 and the mean of interest was 3.57, which is at a high level. The findings of the interview also showed a positive reaction in terms of understanding and interest after using the graphic authoring tool of the Flowgorithm software. In general, this research has been shown to increase understanding and fostering attitudes through PLC strategies on a Learning Tour.

Keywords: Learning walk, Flowgorithm, programming, four semester system, matriculation program, understanding, interest.

PENGENALAN

Pendahuluan

Kemajuan pelbagai bidang sering dikaitkan dengan kepesatan perkembangan teknologi.

Perkembangan teknologi bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti dan produktiviti, malah turut memberi impak kepada penerimaan masyarakat terhadap teknologi semasa kerana ianya berupaya menarik minat serta mampu menawarkan kemudahan mudah alih (portability-online, offline, anytime dan anywhere). Teknologi yang semakin maju juga boleh menjadi pemangkin kepada perubahan amalan atau proses di dalam sesuatu bidang terutamanya bidang pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah menjadi

(3)

64

semakin popular terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Teknologi boleh diperkenalkan dalam proses PdPc untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan membuat syarahan (kuliah) lebih interaktif (Siti Sakinah Mohd Yusof et al., 2014a).

Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah jurang pencapaian pelajar kerana memberikan impak yang positif kepada guru dan merangsang perubahan dalam amalan pengajaran (Kruse & Johnson, 2016;

Luyten & Bazo, 2019; Qiao et al .,2017). Guru yang mengambil bahagian dalam PLC dapat terlibat dalam dialog profesional dengan guru lain yang mempunyai kepakaran yang sama.

Lebih-lebih lagi, penglibatan guru dalam PLC membantu mereka meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pengajaran (Kruse & Johnson, 2016). Oleh itu, manfaat PLC diterapkan dalam kajian ini melalui penggunaan perisian Flowgorithm dalam PdPc.

Subjek Sains Komputer merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar Program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) yang mengambil Modul 2 (Fizik) dan Modul 3 (Biologi) di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan melalui kuliah, kelas tutoran dan kelas praktikal. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan adalah nota kuliah yang boleh didapati dalam bentuk power point dan juga buku latihan tutor (Siti Sakinah Mohd Yusof et al., 2014a). Seterusnya terdapat banyak perisian pengaturcaraan carta alir seperti LARP, Raptor dan Flowgorithm untuk membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran menyelesaikan masalah pengaturcara novis.

Dalam konteks kajian ini, En. Jasman Jabar, pensyarah Sains Komputer SES telah mencadangkan penggunaan alat pengerang grafik perisian Flowgorithm kerana ianya mudah dipelajari oleh pensyarah dan juga pelajar.

(4)

65

Konteks

Pengaturcaraan komputer telah wujud selama lebih 60 tahun dan seterusnya pelbagai teknik dan alat telah dibangunkan untuk membantu dalam PdPc pengaturcaraan berkenaan. Di dalam kelas, pelajar boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, sederhana atau lemah dan ini akan menyukarkan proses PdPc disebabkan oleh kategori pelajar yang pelbagai berkenaan. Maka satu instrumen khas perlulah digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam topik pengaturcaraan ini supaya tidak terus ketinggalan di dalam kelas.

Oleh itu penggunaan alat seperti perisian Flowgorithm berkenaan bukan sahaja dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah tetapi juga membantu memudahkan proses PdPc di dalam kelas (Siti Sakinah Mohd Yusof et al., 2014b). Di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), En. Jasman Jabar telahpun menggunakan perisian Flowgorithm ini selama beberapa tahun dan seterusnya memperkenalkan perisian ini kepada semua pensyarah Sains Komputer SES untuk digunakan semasa proses PdPc topik pengaturcaraan.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran asas matematik khususnya aritmetik sangat penting dalam penyelesaian permasalahan matematik. Antara kemahiran aritmetik yang dimasudkan di sini ialah seperti operasi asas iaitu pengiraan purata, peratus dan lain-lain. Penyelidik telah mendapati bahawa terdapat kaitan antara pengetahuan asas matematik dengan asas pengaturcaraan.

Pengaturcaraan memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam membuat penyelesaian masalah dan pelajar yang lemah matematik akan turut mengalami masalah yang sama dalam pembelajaran pengaturcaraan. Oleh itu, penyelidik telah menggunakan pendekatan pembelajaran pengaturcaraan secara visual melalui proses PdPc dalam kelas. Penyelidik telah menggunakan alat pengerang grafik perisian Flowgorithm untuk membantu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam topik pengaturcaraan.

(5)

66

FOKUS KAJIAN

Pemilihan Fokus Kajian

Kajian ini perlu dijalankan bagi melihat sama ada penggunaan alat bantu mengajar interaktif iaitu perisian Flowgorithm mampu memberi kesan terhadap kefahaman dan minat pelajar dalam subjek pengaturcaraan. Dalam kajian ini juga, kesan terhadap kefahaman dan kemahiran penyelesaian masalah para pelajar turut diambil berat. Melalui kajian ini, diharapkan dapat menarik perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Matrikulasi dan pensyarah dalam usaha memperbaiki dan mempertingkatkan PdPc bagi topik pengaturcaraan.

Pendidik yang terlibat dalam mengajar subjek pengaturcaraan sering menghadapi masalah dalam membentuk kefahaman pelajar berkaitan konsep pengaturcaraan dan seterusnya memberi kesan terhadap kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan. Ini disokong oleh Sulaiman Sarkawi dan Shakirin Ahmad Bakary (2011) iaitu kajian berkaitan kesalahfahaman dalam subjek pengaturcaraan masih kurang dikaji.

Pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam mengajar topik-topik abstrak sebegini berhadapan dengan cabaran besar untuk memberi kefahaman yang jitu kepada pelajar terutamanya dengan teknik pengajaran yang hanya berbentuk perkuliahan sahaja.

Menurut Sakinah Mohd Yusof et al. (2018b), kemahiran asas matematik adalah sangat penting dalam keupayaan menyelesaikan masalah matematik. Penyelidik juga mendapati bahawa terdapat kaitan langsung antara pengetahuan asas matematik dengan asas pengaturcaraan. Pengaturcaraan memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam membuat penyelesaian masalah dan pelajar yang lemah matematik akan turut mengalami masalah yang sama dalam pembelajaran pengaturcaraan.

Menurut Jafry Ahmad Daud (2017), masalah yang sering dihadapi dalam pembelajaran digital adalah tiada integrasi pedagogi dalam e-pembelajaran dan menurut

(6)

67

beberapa pengkaji terdahulu, cabaran sebenar bukan sekadar penyediaan kemudahan teknologi tetapi aplikasi pedagogi teknologi dan pendekatan PdPc yang sepatutnya diintegrasikan dalam e-pembelajaran agar proses pembelajaran dalam talian berkesan.

Dalam masalah yang berkaitan, penyelidik dalam kajian rintisnya (2009) di KMPk telah mengenal pasti masalah yang perlu diatasi iaitu perlu ada satu pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam persekitaran e-pembelajaran di KMPk agar proses PdPc memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dan bukan hanya sekadar mengubah nota dari bentuk tradisional kepada bentuk digital.

Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam topik pengaturcaraan adalah faktor pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar itu sendiri (Sakinah Mohd Yusof et al., 2018a). Maka, penggunaan perisian Flowgorithm boleh memberikan impak signifikan terhadap pemahaman dan pencapaian pelajar di dalam kelas. Kajian terdahulu di negara-negara barat menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar yang tinggi di sekolah berkait rapat dengan tahap kerjasama antara guru dalam praktiknya, seperti penilaian terhadap kurikulum dan pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk pelajar (Ronfeldt et al., 2015). Seterusnya pemilihan fokus kajian ini juga adalah berdasarkan kriteria kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kepentingan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan. Maka, satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran e-pembelajaran telah diperkenalkan oleh En. Jasman Jabar iaitu penggunaan perisian Flowgorithm di dalam kelas. Umumnya strategi PLC secara Jelajah Pembelajaran telah digunakan dalam penyelidikan dalam membantu pemahaman dan pengetahuan tentang penggunaan perisian Flowgorithm semua pensyarah Sains Komputer SES iaitu Pn. Siti Sakinah Mohd Yusof, Pn. Sharifah Aunah Syed Nordin dan En. Shakirin Ahmad Bakary.

(7)

68

Tindakan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 15 orang pelajar semester dua Sistem Empat Semester (SES) tentang penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm di dalam kelas. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan Stephen Kemmis (2009).

Rajah 1

Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (2000)

Merujuk Rajah 1, Kemmis (2009) penyelidikan tindakan mengubah amalan orang, pemahaman mereka tentang amalan mereka, dan keadaan mereka mengamalkannya. Pada umumnya, pensyarah yang berkaitan telah bersetuju untuk mencuba menggunakan perisian Flowgorithm. Seterusnya dalam kitaran tersebut, alat pengarang perisian Flowgorithm

(8)

69

digunakan dalam kelas praktikal masing-masing. Satu soal selidik berkaitan kefahaman dan minat diberikan kepada peserta kajian setelah kajian berkenaan dilaksanakan.

Berdasarkan kepada Rajah 2, faktor yang menjadi fokus dalam penyelidikan ini ialah faktor penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm dan keberkesanannya ke atas kefahaman dan minat pelajar. Flowgorithm adalah suatu software yang bertujuan untuk melukis flowchart. Di dalam Rajah tersebut pemboleh ubah kajian yang menyenaraikan variable bersandar, tidak bersandar dan konstan yang merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman dan minat pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan.

Rajah 2

Pemboleh ubah Kajian

Populasi-Pelajar Sistem Empat Semester SES KMPk Konstan-Subjek Sains Komputer (Topik Pengaturcaraan)

Variabel tidak bersandar: Variabel bersandar:

Alat pengerang grafik perisian Flowgorithm Kefahaman pelajar dan minat

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada objektif-objektif berikut:

i. Untuk mengukur kefahaman dan minat terhadap topik pengaturcaraan dengan menggunakan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm.

(9)

70

Soalan Kajian

Berikut merupakan persoalan-persoalan kajian yang timbul semasa kajian ini dijalankan:

i. Adakah terdapat peningkatan kefahaman dan minat terhadap topik pengaturcaraan dengan menggunakan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm?.

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian seramai 15 pelajar semester dua Sistem Empat Semester (SES) melibatkan enam pelajar lelaki dan sembilan pelajar perampuan dengan menggunakan persampelan bertujuan. Semua peserta adalah pelajar berbangsa Melayu.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Srategi Komuniti Pembelajaran Profesional (Jelajah Pembelajaran)

Definisi Jelajah Pembelajaran ialah berjalan di sekeliling kolej dan memerhatikan proses PdPc pensyarah lain dan aktiviti PdPc dalam kelas dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik. Proses jelajah pembelajaran dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu penetapan fokus untuk pemerhatian, pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas dan perkongsian dapatan dengan semua pensyarah di unit, jabatan atau kolej.

Penetapan fokus untuk penyelidikan ini dibuat berdasarkan aspek peningkatan pembelajaran profesionalisme serta mempunyai kepentingan yang berkait rapat dengan penggunaan alat bantu mengajar interaktif iaitu perisian Flowgorithm di dalam kelas. Tiga kelas tutorial En. Jasman Jabar yang melibatkan pelajar seramai 15 orang telah terpilih untuk sesi jelajah pembelajaran ini. Tujuan ketiga-tiga kelas ini dipilih adalah untuk melihat proses

(10)

71

PdPc yang melibatkan dua modul yang berlainan iaitu Modul 2 (Fizik) dan Modul 3 (Biologi).

Rajah 3

Proses Pelaksanaan Jelajah Pembelajaran

Mula

Perbincangan pra pemerhatian

(15 minit)

Perbincangan koridor 1(5 minit) Kelas 1(10 minit)

Kelas 2(10 minit)

Perbincangan koridor 2 (5 minit)

Kelas 3(10 minit)

Perbincangan pasca pemerhatian dan

refleksi (15 minit)

Tamat

(11)

72

Cara Pengumpulan Data

Soal Selidik

Soal selidik yang digunakan dalam instrumen ini mengandungi tiga bahagian. Taburan konstruk dan item mengikut bahagian ditunjukkan dalam Jadual berikut:

Jadual 1

Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik

Bahagian Konstruk Item

A Maklumat Peribadi Pelajar 1-5

B Kefahaman Isi kandungan Perisian 6-10

C Minat Penggunaan Perisian 11-15

Bahagian A merangkumi item-item yang berkaitan peribadi responden iaitu bangsa, jantina, modul dan kelas tutoran. Manakal Bahagian B pula merangkumi item kefahaman isi kandungan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm

(12)

73

Jadual 2

Item Kefahaman Isi Kandungan Penggunaan Alat Pengarang Grafik Perisian Flowgorithm

Item Kenyataan

1. Sesuai dengan objektif

2. Boleh menjelaskan konsep dengan baik 3. Maklumat yang disediakan tepat dan releven

4. Mempunyai latihan yang mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kefahaman pelajar 5. Latihan yang diberi dapat dijadikan sebagai pengukuhan kepada pelajar

6. Aktiviti sesuai dengan tahap pelajar

Bahagian C pula merangkumi item minat penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm.

Jadual 3

Item Minat Penggunaan Alat Pengarang Grafik Perisian Flowgorithm Item Kenyataan

1 Dapat menarik minat saya belajar pengaturcaraan

2 Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa pembelajaran menggunakan perisian Flowgorithm

3 Penggunaan perisian Flowgorithm dalam PdPc dapat membantu saya meningkatkan kefahaman tentang topik pengaturcaraan

4 PdPc menggunakan perisian Flowgorithm dapat menggalakkan interaksi antara pensyarah dan pelajar

5 Saya seronok belajar menggunakan perisian Flowgorithm ini

Skala soal selidik kefahaman dan minat adalah berbentuk skala liket iaitu sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Soal selidik berkenaan telah mendapat kesahan kandungan daripada tiga pakar daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Perak.

.

(13)

74

Temu bual

Pengumpulan data dibuat secara temu bual tidak berstruktur dan dilaksanakan setelah menggunakan alat pengarang grafik perisian flowgorithm. Temubual berkenaan digunakan untuk mengukur kefahaman dan minat pelajar.

Cara Menganalisis Data

Cara menganalisis data daripada soal selidik berkenaan ialah dengan menggunakan min dan daripada min tersebut akan dapat mengukur tahap kefahaman dan minat pelajar. Pengukuran tahap kefahaman dan minat pelajar ialah min antara 1.00-2.00 adalah pada tahap rendah, min antara 2.01-3.00 adalah pada tahap sederhana dan min antara 3.01- 4.00 adalah pada tahap tinggi. Manakala analisis data temu bual tidak berstruktur adalah melalui analisis kandungan iaitu melihat tema-tema yang berkaitan dengan kefahaman dan minat pelajar.

DAPATAN KAJIAN

i. Adakah terdapat peningkatan kefahaman dan minat pelajar terhadap topik pengaturcaraan selepas penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm?

Soal Selidik

Dapatan soal selidik ini dibahagikan tiga bahagian iaitu demografi responden, kefahaman isi kandungan penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm dan minat penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm.

(14)

75

Dapatan kajian dalam aspek latarbelakang responden meliputi aspek jantina.

Rajah 4

Demografi Responden

26, 38%

42, 62%

JAN T IN A

Lelaki Perempuan

Rajah 4 di atas menunjukkan 42.62% peserta adalah lelaki dan bakinya 26.38 adalah pelajar perempuan. Berikut merupakan analisis data bagi item soalan 6 hingga 10.

Item-item berkenaan berkaitan dengan kefahaman pelajar (isi kandungan perisian Flowgorithm).

(15)

76

Jadual 4

Dapatan Kefahaman Isi Kandungan Penggunaan Alat Pengarang grafik Perisian Flowgorithm

Item Kenyataan Min

1. Sesuai dengan objektif 3.51

2. Boleh menjelaskan konsep dengan baik 3.63

3. Maklumat yang disediakan tepat dan releven 3.59

4. Mempunyai latihan yang mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kefahaman pelajar

3.60 5. Latihan yang diberi dapat dijadikan sebagai pengukuhan kepada pelajar 3.49

Min keseluruhan 3.56

Berdasarkan Jadual 4, min setiap item kefahaman isi kandungan alat pengarang grafik perisian berkenaan adalah melebihi 3.0 iaitu antara 3.49 hingga 3.60. Ini menunjukkan nilai yang tinggi daripada respon yang diberikan pelajar terhadap kefahaman isi kandungan penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm. Min kefahaman keseluruhan ialah 3.56 iaitu pada tahap tinggi.

Jadual 5

Dapatan Minat Penggunaan Alat Pengarang Grafik Perisian Flowgorithm

Item Kenyataan Min

1 Dapat menarik minat saya belajar pengaturcaraan 3.59

2 Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa pembelajaran menggunakan perisian Flowgorithm

3.51 3 Penggunaan perisian Flowgorithm dalam PdPc dapat membantu saya

meningkatkan kefahaman tentang topik pengaturcaraan

3.62 4 PdPc menggunakan perisian Flowgorithm dapat menggalakkan interaksi

antara pensyarah dan pelajar

3.50 5 Saya seronok belajar menggunakan perisian Flowgorithm ini. 3.63

Min keseluruhan 3.57

Berdasarkan Jadual 5, min setiap item minat penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm adalah melebihi 3.0 iaitu antara 3.5 hingga 3.63. Ini menunjukkan nilai yang tinggi terhadap respon yang diberikan oleh pelajar berkaitan minat penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm. Min minat keseluruhan ialah 3.57 iaitu pada tahap tinggi.

(16)

77

Temu bual

Satu sesi temubual berstruktur telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Untuk meningkatkan lagi kemahiran penyelesaian masalah dalam topik pengaturcaraan, pelajar perlu kembali kepada sebab dan rasionalnya disebalik sesuatu prosedur tersebut dilakukan. Kefahaman yang betul memberi rasional yang betul kepada setiap langkah kerja dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan. Ini membantu pelajar untuk mengelakkan kesilapan yang berpunca daripada miskonsepsi dan kecuaian pelajar.

Dapatan temubual kepada peserta kajian juga menunjukkan terdapat kefahaman dan minat adalah baik setelah menggunakan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm dalam pembelajaran berkenaan. Umumnya peserta kajian berpuas hati dengan penggunaan alat berkenaan.

REFLEKSI

Umumnya semua objektif di dalam kajian ini telah tercapai. Oleh itu, penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm adalah sangat digalakkan bagi membantu meningkatkan tahap kefahaman dan minat pelajar di dalam topik pengaturcaraan. Hasil penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa kaedah PdPc dengan menggunakan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm yang dijalankan berjaya menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan kefahaman topik pengaturcaraan dalam kalangan pelajar SES di Kolej Matrikulasi Perak. Penyelidikan ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa, ini terbukti dengan wujudnya minat yang tinggi dikalangan pelajar. Terbukti perisian Flowgorithm ini mampu menarik minat pelajar dan jika ia ditambahbaikkan lagi sememangnya lebih memberikan kesan yang memuaskan. Ini selari dengan penggunaan alat pengarang grafik perisian Flowgorithm ini bukan sahaja dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah tetapi juga membantu memudahkan proses PdPc di dalam kelas (Siti Sakinah Mohd Yusof et al., 2014b). Strategi PLC secara jelajah pelajaran juga penting dalam berkongsi amalan PdPc yang dapat meningkatkan kualiti PdPc pensyarah.

(17)

78

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Diharapkan penyelidikan dan strategi PLC secara Jelajah Pembelajaran ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi kepada semua institusi pendidikan sejajar dengan seruan transformasi pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

RUJUKAN

Jafry Ahmad Daud. (2017). Kesan pengajaran dan pembelajaran berasaskan integrasi Model Salmon dan Teori Konstruktivisme lima fasa Needham dalam e-pembelajaran subjek Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Perak [Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idirs.

Kemmis, S. (2009). Action research as a practice‐based practice. Educational Action Research, 17, 463-474. 10.1080/09650790903093284

Kemmis, S., & McTaggart, R. (2000) Participatory action research. In Denzin, N.K. &

Lincoln, Y.S., (Eds.), Handbook of qualitative research (pp.567-595).SAGE Publications, Thousand Oaks.

Kruse, S. D., & Johnson, B. L. (2016). Tempering the normative demands of professional learning communities with the organizational realities of life in schools: Exploring the cognitive dilemmas faced by educational leaders. Educational Management Administration & Leadership, 45(4), 588-604. doi:10.1177/1741143216636111

Luyten, H., & Bazo, M. (2019). Transformational leadership, professional learning communities, teacher learning and learner centred teaching practices; Evidence on their interrelations in Mozambican primary education. Studies in Educational Evaluation, 60, 14-31. doi:10

Ronfeldt, M., Farmer, S. O., Mcqueen, K., & Grissom, J. A. (2015). Teacher collaboration in instructional teams and student achievement. American Educational Research

Journal, 52(3), 475-514.

doi:10.3102/00028312155855621016/j.stueduc.2018.11.002

Siti Sakinah Mohd Yusof. (2017). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi mengurangkan kesalahfahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. [Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(18)

79

Siti Sakinah Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof & Amal Zunnairah Abu Bakar (2014a). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Pengaturcaraan. Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat B kali ke - 8, November 2014, Melaka.

Siti Sakinah Mohd Yusof, Sarmila Marlini Mohd Rufin, Aizu Khalili Zohedi & Ng Choon Hong. (2014b). Tinjauan penggunaan bahasa pengaturcaraan secara visual bagi mengurangkan kesalahfahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar.

Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat B kali ke - 8, November 2014, Melaka.

Siti Sakinah Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof & Amal Zunnairah Abu Bakar.

(2018a). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran asas pengaturcaraan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 15, 62-79.

Siti Sakinah Mohd Yusof, Sarmila Marlini Mohd Rufin, Aizu Khalili Zohedi & Ng Choon Hong. (2018b). Tinjauan penggunaan bahasa pengaturcaraan secara visual bagi mengurangkan kesalahfahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi,Volume 14,150-163.

Sulaiman Sarkawi & Shakirin Ahmad Bakary. (2011). Kesilapfahaman konsep semantik dan sintaktik pengaturcaraan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perak.

Multimedia and Creative Content Symposium 2011.

Qiao, X., Yu, S., & Zhang, L. (2017). A review of research on professional learning communities in mainland China (2006–2015). Educational Management Administration & Leadership, 46(5), 713-728. doi:10.1177/1741143217707523

(19)

80

LAMPIRAN LESSON PLAN

Lesson Title : Algorithm (Programming)

Lesson Goals : -Identify input, process and output from a given problem.

-Solve a given problem using algorithm.

Lesson Rationale : Students find it hard to obtain the input, process and output from a given situation.

Parts of Lesson

7E Teacher activities Students activities Anticipated Student Response Introduction Elicit

Engage

-Teacher asks students whether they like coffee or tea.

-Teacher asks students the ingredients to make a cup of coffee or tea.

-Students list all the possible

ingredients to make a cup of coffee or tea.

-All students are able to come out with different answers.

Lesson development

Explore Explain

-Teacher asks the students to fill-in the IPO table.

-Teacher explains the correct IPO table.

-Teacher asks the students to write pseudo code.

-Teacher explains the correct pseudo code.

-Teacher asks the students to draw flowchart.

-Teacher explains the correct flowchart.

-Teacher teaches student to draw flowchart using Flowgorithm.

-Students fill-in the IPO.

-Students to write the pseudo code.

-Students draw flowchart.

-Students draw flowchart using Flowgorithm.

-All students are able to write pseudo code and draw flowchart.

(20)

81

Conclusion Elaborate Extend

-Teacher elaborates that there are more than two options for selection.

-Teacher asks the students to add another option (Milo)

Evaluation Evaluate -Teacher gives additional question.

-Students come out with many possible algorithms.

Self-learning.

Additional Question:

Do an IPO analysis, and then draw a flowchart for a given problem:

The company will give a Hari Raya bonus for all staffs based on their gross salary. If the salary is less than RM1000, the bonus given is 10% else the bonus is 5%. Calculate and display the bonus.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini juga menunjukkan dengan menggunakan aplikasi multimedia yang mengadaptasi prinsip pembahagian segmen dan strategi pembelajaran tutorial dalam pembelajaran

Hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang jelas antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam penguasaan Jawi dengan minat mereka terhadap Pendidikan Islam

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Kumpulan

Hasil kajian ini mencadangkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan perisian kursus dengan peta konsep berkesan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk

Analisis kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan didapati kerap menggunakan maklumbalas minima untuk berfikir, menunjukkan minat, memberi sokongan dan menunjukkan

Peserta kajian juga sangat kreatif dalam memilih bahan pengajaran dan aplikasi yang terkini serta sesuai dengan kaedah pengajaran yang digunakan bagi menarik minat

Didapati dari motivasi minat intrinsik bahawa pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran interaktif akan menunjukkan motivasi yang lebih besar untuk melakukan tugas ketika

Hasil kajian telah memperlihatkan bahawa pelajar menunjukkan minat dan motivasi yang memberangsangkan serta persepsi yang positif dalam mempelajari HTML dengan menggunakan