• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pengaruh Bahasa Melanau Dalat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun Dua

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pengaruh Bahasa Melanau Dalat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun Dua"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Pengaruh Bahasa Melanau Dalat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun Dua

(Influence of Melanau Dalat Language in Teaching and Learning Malay Language for Year Two Students)

Aziz Polai1*, Zamri Mahamod2

1 S.K Sungai Ilas, Dalat, Malaysia

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: azizthegunners@gmail.com

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dilahirkan sehinggalah pandai berkata- kata. Dengan kata lain, bahasa ibunda dipelajari daripada ibu bapa atau orang yang menjaga murid tersebut sejak dari lahir.

Data diperoleh daripada rakaman perbualan dan soal selidik 10 orang murid Tahun Dua yang berbangsa Melanau yang bersekolah di sekolah kebangsaan di daerah Dalat, Sarawak. Data menganalisis tentang jenis-jenis strategi komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan mesej. Hasil kajian mendapati terdapat empat strategi yang digunakan oleh murid untuk menterjemah Bahasa Melanau ke Bahasa Melayu iaitu terjemahan literal, penukaran kod bahasa, penggunaan partikel ‘lah’ dan pengulangan. Penggunaan strategi terjemahan literal adalah yang paling kerap dan paling berkesan digunakan oleh murid. Situasi ini berlaku disebabkan pengaruh keluarga dan persekitaran murid yang menuturkan bahasa ibunda di rumah. Diharap guru bahasa Melayu dapat membantu murid menguasai Bahasa Melayu dengan merancang strategi yang paling berkesan dan bersesuaian dengan kemampuan murid.

Guru Bahasa Melayu juga perlu mempelbagaikan aktiviti yang menarik yang dapat meningkatkan minat dan kosa kata murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Peranan ibu bapa di rumah turut perlu dititikberatkan untuk menarik minat murid bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Kata kunci: bahasa ibunda, bahasa Melanau, terjemahan literal

Abstract: Language origins or socially called mother tongue refers to the first language a person learns from the moment of birth until he is able to converse properly. In other words, the first language grammar or structure is learned from the parents or the person who takes care of the student right after birth until they are able to converse properly. Data were obtained from recordings of conversations and questionnaires of 10 Melanau Year Two students attending a national school in Dalat district, Sarawak. The data analyzes the types of strategies used in the communication to convey the content of the conversation. The study found that there are four strategies used by students to translate Melanau language to Malay language that is the literal translation, language code conversion, the use of particle 'lah' and repetition. The use of literal translation strategies is the most frequent and most effective use by students. This situation occurs due to the influence of the family and the environment of students who speak their mother tongue at home. It is hoped that the Malay language teachers can help students master in Malay language by designing the most effective strategies and appropriate to the abilities of students. Malay Language teachers also need to be more creative in creating lessons in Bahasa Melayu language that could increase the interest and vocabulary of students

(2)

during every lesson conducted. The role of parents in the home also needs to focus on amplifying the students interest in using Malay language as part of their daily conversation.

Keywords: mother tongue, Melanau language, literal translation

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pencapaian murid bertambah baik jika pendidikan di sekolah dilakukan dalam bahasa ibunda.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta dijadikan sebagai bahasa pengantar pendidikan semenjak kemerdekaan. Merujuk kepada penyata Razak 1956 dan Ordinan Murid 1957 tercatat bahawa dalam sistem pendidikan di Malaysia terbentuk dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat utamanya adalah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menjelaskan Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu.

Menurut Dayang Sufilkawany dan Wan Muna Ruzanna (2016), bahasa Melayu mempunyai kesukaran untuk dikuasai oleh murid-murid bukan penutur jati bahasa tersebut terutamanya bagi murid- murid di pedalaman yang mendorong mereka untuk menguasai bahasa tersebut.

Di Malaysia, murid- murid secara amnya telah terdedah dengan pelbagai jenis bahasa.

Kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh etnik- etnik yang berbeza membuktikan bahawa bahasa Melayu bukanlah satu- satunya bahasa ibunda di negara ini. Perkara ini bertepatan dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan kepercayaan yang diamalkan oleh etnik dan kaum di Malaysia. Bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa kedua atau bahasa ketiga bagi golongan masyarakat yang bukan berbangsa Melayu (Khairul Nizam dan Wan Muna Ruzanna, 2017). Sehubungan itu, sejak pelaksanaan Dasar Bahasa Melayu, bahasa Melayu telah meningkat menjadi bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh semua golongan terutama murid di sekolah.

Penguasaan sesuatu bahasa sangat penting dalam kehidupan rutin seseorang individu. Bahasa berperanan untuk memperoleh serta menyampaikan pelbagai maklumat semasa interaksi sesama manusia. Dasar pendidikan pula menyatakan bahawa bahasa membolehkan masyarakat menguasai ilmu dan kemahiran serta nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi (Akta Pendidikan, 1996). Penguasaan lebih daripada satu bahasa dapat meningkatkan manusia ke satu tahap yang tinggi dari sudut ilmu dan pengetahuan. Selain itu, seseorang individu itu mudah bertutur dan berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan masyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa kedua memerlukan seseorang menguasai bahasa asing dengan melalui proses mempelajari sesuatu bahasa baharu. Menurut Zamri (2021), penguasaan bahasa kedua diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran secara formal.

Walaubagaimanapun, individu tersebut belum tentu dapat bertutur dengan baik walaupun telah mempelajari sesuatu bahasa kedua secara formal untuk beberapa tahun (Zulkifley, 2005).

Untuk menguasai bahasa kedua, seseorang perlulah menguasai dan memiliki asas yang kukuh dalam bahasa pertama. Apabila bahasa pertama sudah kukuh, barulah proses penerimaan bahasa kedua dapat dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya (2012), menyatakan bahawa pembelajaran bahasa kedua berlaku lebih terkemudian dengan andaian bahawa bahasa pertama telah kukuh dikuasai oleh kanak-kanak. Justeru,

(3)

penguasaan bahasa kedua hanya boleh berlaku sekiranya bahasa pertama yang diperoleh sudah mencapai tahap pengusaan yang baik atau hampir sempurna.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penguasaaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan kanak- kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun merupakan satu cabaran kepada para pendidik. Walaupun kanak-kanak dapat menguasai pelbagai bahasa dengan mudah dalam usia muda namun pandangan ini tidaklah semudah yang disangkakan (Ellis, 2002). Sememangnya, kanak- kanak dapat menguasai bahasa kedua dengan lebih mudah dibandingkan dengan golongan dewasa. Kanak- kanak lebih hebat berbanding golongan remaja dalam menguasai bahasa kedua disebabkan otak mereka lebih fleksibel. Hal ini adalah disebabkan golongan dewasa bergantung pada pembelajaran yang bersifat eksplisit berbanding kanak-kanak yang terdorong oleh kematangan (Ellis, 2002).

Kajian tentang pemerolehan bahasa kedua (Jarvis & Pavlenko, 2007) menunjukkan bahawa terdapat salah faham tentang cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Pemerolehan bahasa kedua mengambil masa yang lama, lebih susah dan mencabar. Proses penguasaan bahasa kedua ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pengaruh ini termasuk kepelbagaian budaya dan bahasa di sekolah. Kepelbagaian ini dianggap sebagai satu cabaran besar dalam sistem pendidikan. Perkara yang unik dalam penyelidikan pembelajaran bahasa kedua adalah hubungan antara dua bahasa dalam fikiran yang sama. Proses pemindahan bahasa yang luas berlaku sama ada dari bahasa pertama ke bahasa kedua, bahasa kedua ke bahasa pertama (pemindahan balik) atau bahasa kedua ke bahasa lain (pemindahan sisi) (Jarvis & Pavlenko, 2007).

Menurut Brown (2007), kebanyakan kajian tentang pembelajaran bahasa kedua berkisar pada pembelajaran aktif, pembelajaran kolaborasi, pelbagai keupayaan kumpulan murid, pengajaran holistik dan kesahihan penilaian yang ditujukan kepada kanak- kanak daripada budaya dan bahasa pelbagai latar belakang. Cabaran dalam menguasai pelbagai bahasa dipermudah dengan inovasi pendidikan dan strategi pengajaran yang berkesan (Cook, 2008). Dari perspektif yang lain pula, cabaran mendidik pelbagai kelompok murid dengan berkesan menggalakkan pembaharuan dalam sistem pendidikan. Pengajaran bahasa yang bersifat praktikal adalah mustahil tanpa dipermudah (Cook, 2007). Hal ini adalah disebabkan penguasaan bahasa kedua terdorong oleh kuasa kematangan transformasi yang bersifat intrinsik dan tidak sama dengan kanak- kanak monolingual (Jarvis & Pavlenko, 2008). Oleh itu, usaha penerapan bahasa kedua yang dianggap sebagai satu cabaran yang memerlukan pendekatan bahasa pertama merupakan aset terbesar dalam pembelajaran bahasa asing dan menyediakan sistem sokongan pemerolehan bahasa.

Namun begitu golongan ortodoks ekabahasa menganggap bahasa pertama hanyalah gangguan yang berterusan dalam pembelajaran bahasa kedua (Wolfgang, 2007). Salah satu perdebatan yang berpanjangan dalam kalangan guru bahasa adalah tentang kewajaran menggunakan bahasa pertama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Kumpulan pertama berpendapat bahawa bahasa pertama tidak harus digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Aliran konvensional ini berpegang pada pendirian bahawa penggunaan ekabahasa adalah penghalang proses pengajaran bahasa yang berkesan. Aliran konvensional ini tidak bersetuju dengan idea pembelajaran bahasa kedua dilakukan dengan sokongan bahasa pertama.

(4)

Idea penutur jati merupakan salah satu idea yang bersifat kompleks dalam pengajaran bahasa kedua. Hal ini adalah kerana konsep ini tidak dapat dijelaskan dengan baik dan sasaran untuk mewujudkan ke arah penutur jati monolingual merupakan sesuatu yang tidak realistik (Georgia

& Ioannis, 2009). Namun begitu, bagi penyokong idea pengajaran bahasa kedua tanpa pengaruh bahasa pertama menyuarakan masalah dalam pembelajaran bahasa yang sering diperlihatkan oleh murid dari segi fonologi, kosa kata dan tatabahasa adalah berpunca daripada kebiasaan penggunaan bahasa pertama (Zamri, 2021).

Kumpulan kedua pula menyokong dan menggalakkan penggunaan bahasa pertama dalam proses pembelajaran bahasa kedua. Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa pertama murid dianggap sebagai satu kelebihan yang sangat berharga. Malah guru yang dapat bertutur dalam bahasa pertama dikatakan dapat menjadi guru yang baik (Wolfgang, 2007). Persoalan sama ada wajar menggunakan bahasa pertama dalam pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya ditentukan oleh pelbagai faktor. Antara faktor ini termasuklah norma sosial dan budaya, matlamat dan motivasi murid, umur dan kemahiran asas murid dan penggunaan bahasa kedua di luar persekitaran sekolah. Dalam pada itu, faktor- faktor yang sama ini boleh menghasilkan pendekatan dan hasil yang berbeza bagi setiap guru. Pelaksanaan kaedah dan amalan yang berbeza mengikut keadaan dan kesediaan murid dapat membuahkan hasil yang baik.

Menurut Jarvis dan Pavlenko (2007), terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemindahan bahasa merupakan fenomena yang perlu dipertimbangkan dalam proses penguasaan bahasa kedua. Kajian telah membuktikan bahawa banyak kemahiran yang dikuasai semasa mempelajari bahasa pertama sebelum dapat dipindahkan kepada bahasa kedua (Kasper

& Omori, 2010). Antaranya ialah kemahiran analitik yang membolehkan kanak- kanak mempelajari bahasa kedua dengan mudah. Dengan menggunakan bahasa pertama, seseorang murid dapat berfikir, berkomunikasi dan memperoleh pemahaman intuitif tatabahasa. Bahasa pertama bukan sahaja dapat memantapkan penguasaan tatabahasa, tetapi juga membuka ruang untuk menguasai tatabahasa lain kerana bahasa pertama dianggap kunci utama untuk penguasaan bahasa asing dengan lebih pantas, tepat dan secara menyeluruh. Walaupun tanggapan ini dianggap bersifat radikal, namun peranan bahasa pertama dalam pembelajaran bahasa kedua tidak dapat dinafikan. Namun begitu, penggunaan bahasa pertama perlulah berhati- hati dan tidak secara rawak.

Gangguan bahasa adalah kurang apabila kedua- dua bahasa ini memperlihatkan ciri bahasa yang berbeza. Namun begitu, hal ini menyebabkan pemahaman bahasa menjadi lebih sukar.

Semua murid yang bertutur bahasa kedua bermula dengan andaian bahawa setiap perkataan dalam bahasa pertama ada terjemahan yang sama maksud dalam bahasa kedua. Maka, satu- satunya cara memulakan komunikasi dalam bahasa kedua adalah dengan terjemahan perkataan demi perkataan atau berfikir dalam bahasa pertama. Menurut Kasper (2010), pembelajaran yang berjaya adalah apabila bahasa kedua yang dituturkan dapat dibezakan dengan jelas.

Dalam situasi ini, walaupun penguasaan bahasa kedua dipengaruhi oleh struktur bahasa pertama namun keupayaan untuk membezakan struktur kedua- dua bahasa ini memperlihatkan penguasaan yang sebenarnya. Dalam pada itu, Cook (2008) berpendapat bahawa seseorang yang menguasai dua bahasa merupakan individu yang berbeza dengan penutur monolingual kerana pendedahannya pada pelbagai kecekapan atau kemahiran.

Dalam erti kata lain, pelbagai kecekapan ini mewakili keadaan dua sistem tatabahasa dalam minda. Malahan individu yang menguasai pelbagai bahasa memperlihatkan nilai yang berbeza daripada individu yang hanya tahu menuturkan dalam satu bahasa. Dari sudut yang lain pula,

(5)

(Cook, 2005). Perkara yang perlu disedari tentang pengajaran bahasa ialah setiap murid mempunyai pemikiran dan kehendak yang berbeza. Mereka memainkan peranan dengan pelbagai cara dalam konteks yang berbeza jika berbanding murid monolingual.

3. Pernyataan Masalah

Bahasa pertama sememangnya memberikan pengaruh yang besar kepada murid untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Penguasaan bahasa Melayu mengkehendaki murid untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dengan baik.

Menurut Kamiliah Ayu dan Zamri (2015), individu yang dapat menuturkan bahasa dengan baik tidak semestinya dapat menulis dengan baik kerana bentuk dan corak yang berbeza, malah gaya penyampaiannya juga agak berbeza. Proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah merupakan asas utama seseorang murid untuk memperkembangkan penguasaan bahasanya ke peringkat yang lebih tinggi.

Murid-murid etnik Iban bersikap positif dan bermotivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu (Jerie & Zamri, 2011). Berdasarkan kajian ini, murid-murid Iban memiliki kesungguhan yang tinggi dalam menguasai pembelajaran bahasa Melayu. Namun kajian ini disangkal oleh Ilangko, Noorulafiza dan Siti (2013) yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor khususnya, keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah. Pengaruh persekitaran linguistik juga turut memberikan pengaruh seperti tempat tinggal, penggunaan bahasa di rumah, latar belakang rakan dan jiran sememangnya mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah di pedalaman Sarawak dilihat memberikan impak yang negatif dalam penguasaan kemahiran kerana dipengaruhi oleh penggunaan bahasa komunikasi harian murid. Sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan tentang faktor sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Roslind (2003) telah menjalankan kajian di Sri Aman, Sarawak terhadap murid tingkatan 2 dan 5 dalam pembelajaran bahasa Melayu. Abdullah (2004) telah mengkaji sikap dan motivasi murid- murid Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian terhadap sikap murid Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu pula telah dijalankan oleh Zamri dan Zarina (2001).

Di daerah Dalat, Sarawak, majoriti penduduk di sini merupakan masyarakat Melanau yang menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa komunikasi harian mereka. Walaupun, penduduk di sini menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa pertama, namun dialek yang dituturkan berbeza mengikut kampung atau kawasan-kawasan tertentu. Perkara ini menyebabkan murid-murid yang berada pada peringkat awal persekolahan mengalami kesukaran untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kegagalan menguasai bahasa Melayu dengan baik menyebabkan prestasi akademik berada pada tahap yang kurang memuaskan. Alat-alat artikulasi murid sudah terbiasa menyebut perkataan dalam bahasa ibunda, dan ini mengganggu nada dan intonasi murid untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Menurut Chew, 2016 bagi murid yang bukan penutur jati, mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu merupakan satu proses mempelajari lakuan baharu.

4. Objektif Kajian

Kajian ini mengemukakan tiga objektif seperti yang berikut:

(6)

i. Mengetahui kekerapan penggunaan strategi komunikasi murid- murid Melanau bertutur dalam Bahasa Melayu dengan dipengaruhi bahasa ibunda.

ii. Mengenal pasti strategi yang paling berkesan digunakan oleh murid- murid Melanau semasa bertutur dalam bahasa Melayu.

iii. Mengetahui hubungan strategi komunikasi dengan tahap penguasaan bahasa kedua penutur.

5. Persoalan Kajian

Kajian ini mengemukakan tiga persoalan kajian seperti yang berikut:

i. Apakah strategi komunikasi yang paling kerap digunakan oleh murid- murid Melanau bertutur dalam Bahasa Melayu dengan dipengaruhi bahasa ibunda?

ii. Apakah strategi komunikasi yang paling berkesan yang digunakan oleh murid- murid Melanau semasa bertutur dalam Bahasa Melayu?

iii. Bagaimanakah hubungan strategi komunikasi mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kedua penutur?

6. Dapatan Kajian

Seramai 10 orang murid lelaki Tahun Dua diuji dalam kajian ini. Mereka lebih cenderung menggunakan bahasa Melanau dalam pertuturan harian untuk berkomunikasi dengan keluarga dan juga masyarakat setempat. Penggunaan bahasa Melayu hanya berlaku apabila mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di sekolah. Hasil kajian mendapati terdapat empat strategi yang digunakan oleh murid untuk menterjemah Bahasa Melanau kepada Bahasa Melayu iaitu terjemahan literal, penukaran kod bahasa, penggunaan partikel ‘lah’ dan pengulangan.

Strategi yang Paling Kerap Digunakan

Strategi yang paling kerap ditemui adalah strategi terjemahan literal iaitu sebanyak 40%.

Strategi yang ditemui dalam kalangan responden ini dapat menolong responden menyampaikan mesej dengan lebih sempurna setelah berfikir dalam bahasa ibunda tentang apa yang ingin diujarkan. Strategi ini digunakan untuk memberi peluang mengingat kembali perkataan yang diperlukan dalam bahasa ibunda dan kemudian diujarkan dalam bahasa Melayu. Berikut merupakan sebahagian daripada strategi terjemahan literal yang ditemui dalam data.

Ari tiga itu ada moto langar satu kucing, cikgu. Dia kuat- kuat jerit. Saya ingat dia banyak kaki patah. (Hari Rabu lepas ada sebuah motosikal melanggar seekor kucing, cikgu. Kucing itu mengerang kesakitan dengan kuat. Saya rasa kucing itu patah kaki).

Kekerapan sebanyak 30% strategi penukaran kod digunakan oleh responden dalam kajian ini.

Strategi ini boleh dianggap positif kerana dapat membantu melancarkan komunikasi.

Responden didapati menukar kosa kata kepada bahasa Melanau apabila terdesak untuk menyampaikan mesej. Mereka seolah- olah tidak sedar akan bahasa yang digunakan. Ada juga responden yang terus menukar kod bahasa apabila tidak dapat menyampaikan mesej dalam bahasa kedua. Berikut merupakan sebahagian daripada strategi penukaran kod yang ditemui dalam data.

Kak keman dalam kelas. Cikgu marah nanti. (Jangan makan dalam kelas.Nanti cikgu marah).

(7)

Penggunaan strategi pengulangan adalah yang ketiga terbanyak digunakan oleh responden iaitu sebanyak 20%. Pengulangan yang dimaksudkan adalah pengulangan perkataan, frasa dan klausa. Kebanyakan responden menggunakan strategi pengulangan dengan tujuan untuk membetulkan kesilapan sebutan tatabahasa, memberi penekanan terhadap makna sesuatu perkataan, mengingat kembali kosa kata bahasa Melayu yang ingin diujarkan dan mencari idea yang ingin disampaikan. Berikut merupakan penggunaan strategi pengulangan yang digunakan oleh responden.

(Kawan- kawan Melanau, saya cakap Melanau la, kawan- kawan Melayu, saya cakap Melayu, lagi, kawan- kawan Iban, saya cakap Melayu juga).

Penggunaan strategi penggunaan partikel ‘lah’ turut digunakan oleh responden dalam ayat penyata. Kekerapan sebanyak 10% penggunaan strategi ini menunjukkan strategi ini jarang digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu. Responden terbiasa menggunakan partikel ‘lah’

dalam pertuturan seharian dan terbawa- terbawa penggunaannya dalam pertuturan bahasa Melayu. Strategi penggunaan partikel ‘lah’ adalah seperti yang berikut.

Boleh juga. Ada susah sikit lah. Tapi…boleh buat lah.

Strategi Komunikasi Yang Paling Berkesan

Strategi yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej adalah strategi terjemahan literal iaitu sebanyak 60%. Strategi ini diperoleh daripada analisis data gabungan temu bual berstruktur dan perbualan kumpulan. Responden banyak menggunakan strategi komunikasi terjemahan literal daripada bahasa ibunda kepada bahasa kedua untuk menyampaikan maklumat. Walaupun responden mengalami kesukaran menggunakan strategi ini, tetapi mereka dapat memikirkan perkataan yang sesuai untuk diujarkan. Oleh yang demikian, responden dapat menyampaikan maklumat yang mudah difahami dan bermakna.

Penggunaan strategi penukaran kod bahasa iaitu sebanyak 20% menunjukkan strategi komunikasi ini kurang berkesan untuk menyampaikan maklumat. Walaubagaimanapun, strategi ini berkesan jika pendengar itu menggunakan bahasa ibunda yang sama seperti penutur.

Kadangkala, responden tidak mempunyai idea untuk meneruskan ujaran kerana mengambil masa memikirkan kosa kata yang sesuai untuk diujarkan.

Sebanyak 10% penggunaan strategi pengisian partikel ‘lah’ semasa berkomunikasi. Responden suka menggunakan partikel ‘lah’ dalam perbualan mereka. Biasanya partikel ‘lah’ digunakan untuk tujuan penegasan sesuatu perkataan atau ayat. Responden menggunakan partikel ‘lah’

bagi melicinkan pertuturan mereka. Penggunaan partikel ‘lah’ pada akhir ayat atau hujung ujaran bukan untuk memberi penekanan, tetapi lebih kepada kemesraan. Pengulangan terlalu banyak partikel ‘lah’ pada akhir ayat atau hujung ujaran menjadikan mesej yang disampaikan kadangkala mengelirukan pendengar, sama ada penutur hendak memberi penekanan atau ayat itu hanya bersifat kemesraan.

Penggunaan strategi pengulangan yang digunakan oleh responden adalah sebanyak 10%.

Penggunaan strategi ini dilihat kurang berkesan kerana terlalu banyak pengulangan sehinggakan ayat yang disampaikan sukar untuk difahami. Responden kelihatan mengambil masa yang lama untuk mencari kosa kata bahasa Melayu yang sesuai diujarkan. Responden juga dilihat berhati- hati dalam pertuturan dan akhirnya akan menggunakan kosa kata yang berulang jika kosa kata yang ingin diujarkan tidak terlintas di fikiran.

(8)

Hubungan Strategi Komunikasi dengan Tahap Penguasaan Bahasa Kedua

Daripada soal selidik, didapati responden berfikir dahulu dalam bahasa ibunda dan menterjemahkannya sebelum bertutur dalam bahasa Melayu. Semasa sesi perbualan kumpulan, ramai antara responden kelihatan berkeyakinan. Mereka mampu bertutur dalam bahasa kedua walaupun terdapat kejanggalan ayat. Malah semasa perbualan, mereka tidak menunjukkan kelemahan yang keterlaluan dalam penggunaan bahasa Melayu. Ujaran mereka lancar, tidak banyak yang tersekat-sekat, seolah-olah mereka memahami soalan dan menjawab kehendak soalan.

Masalah kekurangan pengetahuan linguistik dari segi leksikon atau tatabahasa membantutkan komunikasi responden. Oleh yang demikian, responden yang masih belum menguasai bahasa kedua dengan sepenuhnya lebih banyak menggunakan strategi berdasarkan bahasa ibunda untuk menyampaikan mesej berbanding dengan responden yang mempunyai pengetahuan linguistik bahasa kedua yang agak kukuh untuk berkomunikasi.

Didapati murid yang mempelajari bahasa kedua sangat cekap menggunakan bahasa Melayu pasar. Responden yang kurang fasih atau yang rendah pencapaiannya mengalami masalah mencari-cari perkataan yang sesuai dengan pengulangan yang lebih banyak daripada responden yang mempunyai sumber linguistik yang kukuh. Punca kemerosotan ini dapat dikaitkan dengan kesukaran dan sikap murid Melanau terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

7. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini telah berusaha mendapatkan pelbagai jenis strategi komunikasi yang digunakan oleh murid Melanau semasa berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Kajian lanjutan berkaitan perkara ini bertujuan untuk membantu murid berkomunikasi dalam bahasa kedua walaupun memiliki kosa kata yang terhad.

Dari aspek pedagogi, seorang guru dapat menolong murid penutur bahasa kedua untuk berkomunikasi supaya dapat menyampaikan maksud dengan jayanya. Murid harus diberi latihan aktiviti komunikasi jenis berpandu supaya mereka dapat berkomunikasi dengan mudah.

Sekiranya topik yang diberikan agak sukar, murid cepat bosan. Aktiviti berpasangan atau berkumpulan yang tidak lebih daripada lima orang, dapat menolong murid untuk berkomunikasi. Mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain tentang sesuatu topik yang disediakan oleh guru.

Sebarang aktiviti perbincangan yang dirancangkan untuk murid harus terkawal. Tujuannya supaya murid dapat mengemukakan fakta- fakta tertentu sahaja tentang topik. Keadaan sedemikian tidak memberi peluang bagi murid bercakap tanpa arah tujuan. Perbincangan yang dicadangkan juga tidak seharusnya terlalu serius kerana ini mungkin membosankan murid untuk berkomunikasi.

Sejajar dengan hal ini, generasi muda terutama murid sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Kuasailah bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus terlebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan

(9)

Rujukan

Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi murid dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brown H. D. (2007). Principles of language learning and teaching (5th Edition). New York:

Addison Wesley Longman.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melauu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2), 10-22

Cook V.J. (2008). Second language learning and language teaching. 4th edition. London:

Hodder Educational.

Cook V.J. & Newson, M. (2007). Chomsky’s universal grammar: An introduction. (3rd Edition). Oxford: Blackwell.

Dayang Sufilkawany dan Wan Ruzanna. (2016). Pengaruh Faktor Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 74-84.

Ellis, R. (2002). The place of grammar instruction in the second/ foreign language curriculum.

In Hinkel, E. &S. Fotos (Eds) New perspective on grammar teaching second language classrooms, (pp.17-34). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.

Georgia & Ioannis, G, (2009). The native speaker ideal in foreign teaching. Electronic Journal of Foreign Language Teaching, 6 (2), 200-208.

Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. (2013).

Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1), 65- 74.

Jarvis, S. & Pavlenko, A. (Eds.) (2008). Crosslinguistic influence in language and cognition.

Abingdon: Routledge.

Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam

mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 13- 25.

Kasper, G. & Omori, M. (2010). Language and culture. In N.H. Hornberger & S.L Mckay (Eds.). Sociolinguistics and language education. Bristol: Multilingual Matters.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1956). Penyata Razak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Khairul Nizam dan Wan Ruzanna. (2017). Sikap dan Motivasi Murid Bajau dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 24-33.

Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. (2012). Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology &

Counseling, 5 (12), 30-57.

Roslind Mawing. (2013). Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap murid terhadap bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wolfgang Butzkamm. (2007). Native Language skills as a foundation for foreign language learning. In Wolf Kindermann (Eds.).

Zamri Mahamod. (2021). Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi:

Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod & Zarina Othman. (2001). Sikap murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, 40-43.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi menjawab objektif pertama, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu oleh murid Cina berada pada tahap yang sederhana kerana kebanyakan murid

Keseluruhannya, pelaksanaan kajian akan dapat menerangkan sejauh manakah aras penyoalan dan aras pemikiran dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan

Berdasarkan kedua-dua data ini, bincangkan zaman bahasa Melayu ini digunakan, pengaruh luar yang mempengaruhi bahasa Melayu pada waktu itu, jenis bahasa Melayu yang digunakan, jenis

Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kemahiran abad

Oleh kerana kemahiran bahasa secara relatifnya berkait rapat dengan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, maka kebolehan dan kesediaan murid-murid bermasalah pembelajaran

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan serta kekangan yang dihadapi oleh semasa pengajaran dan pembelajaran

Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid berbahasa ibunda Bahasa Indonesia dengan murid berbahasa ibu bahasa Indonesia terhadap