• Tiada Hasil Ditemukan

Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 202-214

Diserahkan: 28 Februari 2017 Diterima: 31 Mei 2017

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SELANGOR

The Learning of Arabic Reading Skills at Integrated Religious Primary Schools (SRAI) Selangor

1Mohamad Syukri Abd Rahman, 1Mohd Izzuddin Mohd Pisol

1Adnan Mat Ali, 1Ahmad Ismail, & 2Mohd Kamal Radiman msyukri@kuis.edu.my, mohdizzuddin@kuis.edu.my

adnan@kuis.edu.my & ahmad@kuis.edu.my

1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

2Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

ABSTRAK

Sekolah Rendah Agama Integrasi negeri Selangor merupakan sebahagian institusi penting dalam penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Namun begitu sistem ini menghadapi beberapa cabaran, antaranya ialah kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kelemahan tersebut sering dikaitkan dengan keupayaan dan peranan guru Bahasa Arab di dalam bilik darjah.

Secara perbandingannya dengan guru-guru mata pelajaran yang lain, guru-guru Bahasa Arab dikatakan masih lagi mempunyai beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, kajian ini akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab, di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI.

Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini seramai 419 orang murid daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 212 (50.6%) adalah murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Dapatan kajian ini secara keseluruhan menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam kemahiran membaca bahasa Arab seperti menggunakan objek sebenar dalam menerangkan makna perkataan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus.

Kata Kunci: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pembelajaran Kemahiran Membaca, Bahasa Arab.

(2)

203 ABSTRACT

Integrated Religious Primary Schools in Selangor are one of the institutions that play an important role in the propagation of the use of Arabic language in Selangor.

However, this system is presently experiencing a few challenges, among others is the students’ inability to master the Arabic language. This weakness is often linked to the issue of compentency and role of the Arabic language teacher in the classroom. When compared to teachers who are teaching other subjects, the Arabic language teachers are identified to have some weaknesses in applying the latest method and approach in the teaching and learning in their classrooms. Therefore, this study will look at the students’ perceptions towards the learning of Arabic reading skills at Integrated Religious Primary schools around Selangor. Among the objectives are to identify the effectiveness of the implementation of teaching and learning of Arabic reading skills that the students have to go through in learning it and also to identify the strengths and weaknesses in the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI. It is hoped that this study can increase the level effectiveness in the teaching and learning of the Arabic language at Integrated Religious Primary Schools throughout Selangor. This study utilizes the descriptive observation method because the objective is to observe and explore in order to explain the phenomenon that is happening. There are 419 pupils from nine schools involved in this study whereby 212 (50.6%) of the students are male and 207 (49.4%) are female. The overall finding indicates that teachers do not vary the activities in their teaching and learning of Arabic reading skills for example by using real-life objects when explaining the meaning of words. Besides that, the finding also shows that the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI does not give much emphasis on the use of the dictionary.

Keywords: Integrated Religious Primary Schools (SRAI), the learning of reading skills, Arabic language.

(3)

1.0 PENGENALAN

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mula dilaksanakan pada tahun 2000 melalui proses projek rintis di sepuluh buah sekolah. Pengubahsuaian ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Islam berdasarkan resolusi Tonggak ke sepuluh YAB Menteri Besar Selangor dalam meningkatkan penghayatan, kefahaman Islam dan moral melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh dalam kalangan murid di peringkat pendidikan rendah. Sehingga tahun 2010, sebelas buah SRAI telah beroperasi di lapan buah daerah.

Pentadbiran dan pengurusan SRAI adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Perlaksanaan kurikulum SRAI adalah menggabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dibawah JAIS. Manakala, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)/Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perjalanan waktu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sesi persekolahan iaitu dua jenis sesi persekolahan (satu sesi persekolahan atau dua sesi persekolahan). Sistem pendidikan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) telah berjaya mendidik pelajar untuk menyambung ke peringkat Sekolah Menengah, khususnya dalam aliran agama. Sambutan masyarakat terhadap sistem ini juga amat memberangsangkan dari masa ke semasa. Namun di sebalik kejayaan, sistem ini menghadapi pelbagai cabaran arus pendidikan semasa. Antaranya pendidikan bahasa Arab. Dalam ruang yang terhad ini penulis cuba membincangkan tajuk “ Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor” bagi melihat sejauh mana kejayaan sistem ini dalam pengajaran bahasa Arab.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH

Pengajaran kemahiran membaca seharusnya membina kemahiran di kalangan pelajar untuk memilih bahan bacaan yang berbeza menurut kecenderungan mereka sendiri. Sekiranya kemahiran itu sudah dapat dikuasai, pelajar akan memiliki kemahiran membaca dengan pantas dan dapat menguasai maklumat dengan baik. Kemahiran ini akan dapat dikuasai melalui latih tubi, menguasai bacaan dengan fasih dan memberikan tumpuan kepada isi-isi penting dalam bahan bacaan tersebut. Kemahiran juga akan muncul melalui aktiviti penyelidikan ilmiah dan

(4)

205 minat pelajar terhadap bahan-bahan bacaan. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan berpendapat bahawa kemahiran membaca boleh diperincikan kepada menguasai kemahiran-kemahiran seperti berikut:

i. Kemahiran menguasai atau memahami dengan baik bahan yang dibaca.

ii. Kemahiran mengumpul maklumat.

iii. Kemahiran belajar.

Penguasaan yang baik dalam kemahiran membaca merupakan asas penting kepada penulisan yang baik (Wan Azura, 2007). Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang terakhir dalam mempelajari bahasa asing. Ini kerana ia memerlukan kemantapan dalam menggayakan ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran (Rosni, 2009). Menguasai kemahiran menulis dapat menjadikan pelajar lebih yakin untuk menguasai bahasa Arab. Melalui pembacaan yang luas, pelbagai gaya bahasa dan struktur ayat yang pelbagai dapat dikuasai (Wan Azura, 2007).

3.0 PENYATAAN MASALAH

Mengikut Ali Madkur (1985), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa Arab kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yang mengajar bahasa Arab kepada penuntur bukan Arab di negara luar (bukan negara Arab) tidak mempunyai latihan yang mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran profesional, kebudayaan dan pengetahuan. Kelemahan guru bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al- Hardlu (1980) yang menyatakan bahawa pengalaman Ma’had Khartoum Antarabangsa dalam melatih guru-guru bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam bahasa Arab dan menggunakan bahasa dengan baik. Kesan daripada kelemahan ini menyebabkan pengajaran bahasa Arab hambar dan kurang berkesan kerana para pelajar tidak dapat menjadikan mereka sebagai model dalam penguasaan bahasa Arab, selain proses pengajaran dan pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Secara umum dapat dinyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia berada ditahap yang membanggakan namun pencapaian objektifnya masih dipertikaikan dalam kalangan para pendidik dan pengkaji. Saufi Man (2003), menyatakan

(5)

bahawa halangan besar kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah adalah tertumpu kepada kemahiran guru dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakkan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, terdapat beberapa halangan dan permasalahan dalam melaksanakan pengajaran bahasa Arab. Antaranya ialah pelaksanaan teknik mengajar kemahiran membaca bahasa Arab masih cenderung kepada teknik terjemahan teks (Hamid Norni Hamid, Aishah Hasman, Zahriah Hussin, Kamarulzaman Abd. Ghani, 2010).

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka.

ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI.

3.2 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pihak sekolah berkenaan dan guru-guru bahasa Arab dalam meningkatkan kualiti pengajaran. Ia juga dapat memberikan panduan kepada Bahagian Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum dalam menyediakan latihan kemahiran mengajar bahasa Arab kepda guru-guru berkaitan. Selain itu, ia juga memberi input kepada para penyelidik berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat Sekolah Rendah, khususnya SRAI di negeri Selangor.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan prosedur penting dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis data bagi memastikan dapatan penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. Justeru itu, bagi

(6)

207 memberi gambaran yang jelas tentang kajian ini pengkaji mengemukakan kaedah pelaksanaan kajian meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian dan persampelan kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian dan Kaedah Persampelan

Kajian ini menggunakan proses pengumpulan data menggunakan persampelan rawak mudah berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Mohd Majid (2005), persampelan rawak mudah menghendaki setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Selain itu, persampelan rawak mudah sesuai dilakukan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang seragam. Kajian ini merupakan satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005).

Ia dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 2005). Sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah Sekolah Rendah Agama Integrasi di negeri Selangor yang mempunyai sebelas buah sekolah. Responden kajian ini adalah murid-murid sekolah berkenaan.

Seramai 419 orang murid daripada sepuluh buah sekolah telah diilih sebagai responden kajian ini melibatkan 212 (50.6%) orang murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Jumlah responden yang diambil berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian daerah. Sekurang-kurang 42 orang murid akan dipilih secara rawak daripada setiap sekolah bagi menjawab borang soal selidik. Keutamaan ini diberikan kepada murid-murid darjah 6. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa dalam menjalankan kajian ini penyelidik menggunakan pensampelan gugus (Asmah Haji Omar, 2002:59).

(7)

4.2 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Soal selidik ini menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam kaedah penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min untuk melihat kekerapan dan frekuensi. Kajian ini dilakukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi di negeri Selangor dengan melibatkan 10 buah sekolah iaitu:-

i. SRA Integrasi Bandar Baru Bangi ii. SRA Integrasi Sungai Manggis

iii. SRA Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah iv. SRA Integrasi Pekan Beranang

v. SRA Integrasi Sungai Chinchin

vi. SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor vii. SRA Integrasi Muhammadiah, Pekan Sabak

viii. SRA Integrasi Dato' Mufti Yusoff Sahabuddin ix. SRA Integrasi Taman Keramat

x. SRA Integrasi Salak Tinggi

4.3 Analisis Data

Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Data-data daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus dan min, terutama yang berkaitan dengan latar belakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau pembolehubah kajian.

4.4 Kajian Rintis

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang (1989) bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu. Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah disemak semula samada ia bersesuaian dengan

(8)

209 murid darjah enam atau pun tidak. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis soal selidik murid berada pada nilai 0.772. Hal ini menggambarkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu, dapat dilihat bahawa murid hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal selidik yang diberikan. Ujian bagi menentukan kebolehpercayaan kajian rintis ini dilakukan menggunakan ujian cronbach. Chua (2006) meyatakan nilai alfa 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan hasil analisis data yang diproses berasaskan metodologi dan kaedah yang telah ditentukan. Dalam bahagian ini pengkaji cuba membincangkan dapatan kajian berteraskan demografi responden dan persepsi murid terhadap pembelajaran kemahiran membaca.

Jadual 1: Maklumat Profil Murid Berdasarkan jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 212 50.6

Perempuan 207 49.4

Jumlah 419 100

Jadual 1 menunjukkan taburan latar belakang murid, seramai 419 orang murid daripada sepuluh buah sekolah telah terlibat melibatkan 212 (50.6%) adalah murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan.

Berdasarkan jadual 2 mendapati skor min bagi kemahiran membaca pada keseluruhannya berada di antara nilai 1.74 hingga 4.36. Dapatan kajian menunjukkan item Bb 11 “Guru saya menterjemahkan makna perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu” mencapai nilai min pada tahap tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 4.36. Manakala item Bb 1 “Guru saya meminta

(9)

murid membaca perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas” berada pada tahap sederhana tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 3.73.

Jadual 2: Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Kemahiran Membaca

Bil Penyataan TP JJ KK K SK Min INT

Bb1 Guru saya meminta murid membaca perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas.

13 3.1%

51 12.2%

107 25.5%

115 27.4%

133 31.7%

3.73 ST

Bb2 Guru saya membimbing murid membaca perkataan bahasa Arab.

8 1.9%

55 13.1%

94 22.4%

149 35.6%

113 27.0%

3.73 ST

Bb3 Guru saya membimbing murid membaca ayat bahasa Arab.

8 1.9%

74 17.7%

108 25.8%

146 34.8%

83 19.8%

3.53 ST

Bb4 Guru saya meminta murid membaca ayat bahasa Arab dengan bacaan kuat.

48 11.5%

100 23.9%

109 26.0%

77 18.4%

85 20.3%

3.12 ST

Bb5 Guru saya memastikan murid memahami makna perkataan bahasa Arab yang dibaca.

8 1.9%

28 6.7%

83 19.8%

112 26.7%

188 44.9%

4.06 T

Bb6 Guru saya meminta murid membaca ayat bahasa Arab secara senyap kemudian menjawab soalan kefahaman.

97 23.2%

116 27.7%

98 23.4%

78 18.6%

30 7.2%

2.59 SR

Bb7 Guru saya mengunakan objek sebenar (contoh: meja, kerusi dll) dalam menerangkan makna perkataan bahasa Arab.

74 17.7%

160 38.2%

92 22.0%

57 13.6%

36 8.6%

2.57 SR

Bb8 Guru saya memberikan contoh semasa menerangkan makna perkataan bahasa Arab.

16 3.8%

74 17.7%

143 34.1%

112 26.7%

74 17.7%

3.37 ST

Bb9 Guru saya menggunakan kata 58 200 88 45 28 2.49 SR

(10)

211 seerti dalam menerangkan

sesuatu maksud perkataan bahasa Arab.

13.8% 47.7% 21.0% 10.7% 6.7%

Bb10 Guru saya menggunakan kata berlawanan dalam

menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab.

74 17.7%

188 44.9%

96 22.9%

41 9.8%

20 4.8%

2.39 SR

Bb11 Guru saya menterjemahkan makna perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

3 0.7%

9 2.1%

46 11.0%

136 32.5%

225 53.7%

4.36 T

Bb12 Guru saya meminta murid menggunakan kamus semasa belajar bahasa Arab.

225 53.7%

115 27.4%

49 11.7%

24 5.7%

6 1.4%

1.74 SR

Bb13 Guru saya meminta murid meneka makna perkataan bahasa Arab.

37 8.8%

97 23.2%

145 34.6%

92 22.0%

48 11.5%

3.04 ST

Bb14 Guru saya melakukan aktiviti memadan dan melabelkan perkataan dengan gambar.

123 29.4%

151 36.0%

83 19.8%

46 11.0%

16 3.8%

2.24 SR

Min keseluruhan persepsi murid terhadap pembelajaran kemahiran membaca

3.73 ST

Dapatan item Bb 6 “Guru saya meminta murid membaca ayat bahasa Arab secara senyap kemudian menjawab soalan kefahaman” pula memperolehi min 2.59, Bb 7 “Guru saya mengunakan objek sebenar (contoh: meja, kerusi dll) dalam menerangkan makna perkataan bahasa Arab” memperolehi min 2.57, Bb 9 “Guru saya menggunakan kata seerti dalam menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab” memperolehi min 2.49, Bb 10 “Guru saya menggunakan kata berlawanan dalam menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab”

memperolehi min 2.39 dan Bb 14 “Guru saya melakukan aktiviti memadan dan melabelkan

(11)

perkataan dengan gambar” memperolehi min 2.24. Dapatan ini menunjukkan kesemua item memperolehi min yang berada pada tahap sederhana rendah.

Manakala item yang memperolehi min yang berada pada tahap rendah ialah item Bb 12

“Guru saya meminta murid menggunakan kamus semasa belajar bahasa Arab”. Ia memperolehi min 1.73.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa guru kurang mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kemahiran membaca seperti menggunakan objek sebenar dalam menerangkan makna perkataan. Demikian juga penggunaaan kata seerti, kata berlawanan dan memadan perkataan dengan gambar. Hakikatnya penggunaan objek sebenar dalam menerangkan makna perkataan dapat menguatkan ingatan murid dalam menghafal perbendaharaan kata bahasa Arab. Dari sudut yang lain, kekerapan penggunaan kata seerti dan kata berlawanan akan memberi kesan kepada murid dalam proses pengayaan perbendaharaan bahasa Arab. Hal ini akan menyebabkan murid kreatif dalam penggunaan perkataan yang sesuai dalam bertutur dan mengarang karangan bahasa Arab.

Dari segi memadan perkataan dengan gambar, ia amat penting dalam pembelajaran pada peringkat awal kerana murid akan lebih mudah menghafal perkataan tersebut dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.

Selain perkara di atas, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus. Dalam mempelajari apa jua bahasa guru seharusnya menitikberatkan murid menggunakan kamus agar mereka dapat memperkayakan perbendaharaan kata serta mengetahui makna perkataan baharu. Menurut Asmah (2002: xxii) perbendaharaan kata merupakan unsur paling penting dalam mengetahui sesuatu bahasa dan nahu datang kemudian. Manakala Rosni Samah (2012) pula berpandangan bahawa perbendaharaan kata dilihat sebagai aspek penting yang merentas aspek pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran asas serta ia perlu dibangunkan secara berterusan. Pelajar perlu dibekal dan didedahkan dengan teknik penguasaan perbendaharaan kata yang pelbagai supaya

(12)

213 mereka boleh mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kata bagi mengungkap ayat yang mudah.

Dari sudut yang lain dapat dirumuskan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI menekankan latihan sebutan perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas dan kurang menekankan pembacaan secara senyap bagi menjawab soalan kefahaman. Hal ini bertepatan dengan pandangan Muhammad Kamil al-Naqah (1985), yang menyatakan bahawa antara objektif kemahiran membaca yang ditetapkan adalah dapat menyebut perkataan dengan baik dan tidak menepati pandangan beliau bahawa antara objektif kemahiran membaca memahami dengan terperinci setiap isi perbincangan serta mengetahui hubungan antara isi perbincangan.

Menurut Rosni Samah (2009), sewajarnya guru hendaklah melatih pelajar bagi membaca teks secara senyap sehinggalah mereka dapat membiasakan diri dengannya. Rahsianya adalah dengan membiasakan diri mereka dengan bacaan cepat yang merupakan matlamat daripada kemahiran membaca.

(13)

RUJUKAN

Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I‘dad Mu‘llimi al-Lughah al-Arabiyyah li ghair al- Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud.

Asmah Omar. 2002. Pengenalan. Dalam Za’ba (Eds). Ilmu Mengarang Melayu-Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asni Tahir & Siti Hasnah Tanalol. 2004. Belajar Bahasa Kadazan Dusun: Pendekatan Pembelajaran Hypermedia. Prosiding Program Seminar Kebangsaan Pengajaran Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. 8 – 9 Oktober 2004.

Azman & Goh. 2010. Situasai Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi:

Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Perancis. AJTLHE Vol. 2, No.

2, July 2010, 9-20.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan.

Mc Graw Hill Kuala Lumpur.

Hamid Norni Hamid, AishahHasman, ZahriahHussin, KamarulzamanAbd.Ghani.

2010. Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia:

Pelaksanaan Dan Cabaran. Prosiding 1st International Conference On Islamic Education. 29 th November – 1 Disember 2010. Holiday Villa Hotel & Suites, Subang, Selangor, Persatuan Intelektual Muslim Malaysia.

Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I‘dad Mu‘allimin Ghair Arab li Ta‘lim al-Arabiyyah li Ghair al-Natiqin biha: Tajribah Ma’had Khartoum. Dlm Fi sijill al-Ilm li al-Nadwah al- Alamiyyah Al-Ula li Ta‘lim al-Lughah al-Arabiyyah li ghayri al-Natiqin biha. Jilid 2,ms:43-59. Saudi Arabiya: Universiti Riyadh.

Idris Awang, 1989. Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam Universiti Malaya.

Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Volume 12(2) 566-567.

Rosni Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan Penutur Jati. USIM.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. USIM.

Saufi Man. 2003. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan Inovasi.. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM.

Wan Azura Wan Ahmad. 2007. Pendekatan Dan Strategi Efektif Dalam Penguasaan Bahasa Arab. USIM.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti masalah kemahiran membaca dan menulis mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di

Oleh itu kajian ini bertujuan mengukur tahap kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat (BATTE) dalam kalangan pelajar di Sekolah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sikap guru Bahasa Melayu terhadap keberkesanan dan kekerapan penggunaan BTBM sekolah rendah di daerah Hulu Langat dalam P&P di

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis pengurusan kewangan bagi Majlis Agama lslam negeri (MAIN) setiap negeri di seluruh Malaysia dengan menggunakan nisbah

Penguasaan Kata Kerja Bahasa Arab di kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes.. Fakulti Bahasa dan

Penulisan ini adalah merupakan kajian mengenai persepsi guru Bahasa Inggeris terhadap implimentasi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah- sekolah awam di

Adakah terdapat perkaitan signifikan di antara penggunaan SPB dengan tahap motivasi pembelajaran bahasa secara keseluruhan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama

Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab Peringkat Menengah di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab.. Kuala Lumpur :