• Tiada Hasil Ditemukan

ANALISIS NILAI DAN PENGAJARAN DALAM BUKU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ANALISIS NILAI DAN PENGAJARAN DALAM BUKU"

Copied!
70
0
0

Tekspenuh

(1)‘PANTUN BERKAIT PERI LOKA TANAH MELAKA’ KARYA ‘AZIMIN DAUD.. NUR EMY AMIRAH BINTI ZAWAWI C18A0279. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. FYP FTKW. ANALISIS NILAI DAN PENGAJARAN DALAM BUKU.

(2) FYP FTKW ANALISIS NILAI DAN PENGAJARAN DALAM BUKU ‘PANTUN BERKAIT PERI LOKA TANAH MELAKA’ KARYA ‘AZIMIN DAUD.. NUR EMY AMIRAH BINTI ZAWAWI C18A0279 TESIS INI DIKEMUKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. FEBRUARI 2022.

(3) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau Institusi.. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati TERBU. sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh) Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati. SEKATAN. sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Dari tarikh sehingga. SULIT. TERHAD. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972) (Mengandungi ditetapkan. oleh. maklumat terhad yang organisasi di mana. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. EmyAmirah Tandatangan. Anis Tandatangan. 980629036382 No. Kad Pengenalan Tarikh: 20 Februari 2022 Tarikh: 20980629036382 FEBRUARI 2022. PUAN SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI Nama Penyelia Tarikh: 20 Februari 2022. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(4) Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurniaNya, saya telah menyiapkan penulisab kajian ilmiah yang bertajuk Analisis Nilai dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud dengan jayanya. Kerjasama dan sokongan padu daripada keluarga, pensyarah, ketua jabatan, rakan seperjuangan serta pelbagai pihak yang telah mempengaruhi impian saya dalam menamatkan penyelidikan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan melalui elektif Kesusasteraan Warisan ini. Kejayaan menyiapkan tesis ini memerlukan cabaran dan pengorbanan yang perlu dilalui bukan sahaja diri sendiri malah melibatkan individu-individu tertentu yang telah banyak membantu malah berkongsi pengalaman terhadap setiap masalah yang dihadapi. Sesungguhnya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala budi serta jasa yang diberikan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih tidah terhingga kepada pensyarah yang bertindak selaku penyelia saya iaitu Puan Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi yang penuh sabar dan komited membei tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat bagi membantu saya menyiapkan kajian. Sesungguhnya, ilmu yang telah dicurahkan akan dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai satu keperluan dan ibadah dalam menerokakan pengetahuan yang bermaklumat serta berguna kepada diri saya dan juga masyarakat. Akhir sekali, saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan tersayang iaitu ibu bapa saya Siti Rohani Binti Awg Mat dan Zawawi Bin Mahmood yang tidak pernah putus dalam menghidupkan semngat untuk saya terus berjuang dalam urusan pengajian ini. Tanpa sokongan dari mereka, mungkin saya tidak mampu sampai ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas segala nasihat, dorongan, doa dan restu bagi saya mencapai inspirasi dan berjaya menjalankan kajian ilmiah ini.. Sekian, terima kasih.. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) ABSTRAK Penyelidikan dibuat agar dapat mengenal dengan terperinci serta menganalisis nilai dan pengajaran yang ada pada buku ‘Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu melalui Penddekatan Moral. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai dan pengajaran yang terkandung dalam buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ ini dapat memberi pengajaran serta pendidikan kepada seseorang individu dan komuniti masyarakat. Pendekatan moral diambil dalam Teori Pengkaedahan Melayu ini dilihat sesuai dalam merungkaikan nilai dan pengajaran yang terkandung didalamnya. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih Pendekatan Moral dalam kajian ini. Hal ini kerana teori Pengkaedahan Melayu dan Pendekatan Moral yang dipilih sangat sepadan dan menepati kesemua objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji mengkaji nilai dan pengajaran yang terdapat dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Bukan itu sahaja, pendekatan moral ini juga bertepatan dengan nilai-nilai yang baik yang terkandung dalam buku pantun berkait ini. Nilai moral adalah suatu himpunan norma dan adat yang ditularkan oleh masyarakat kepada individu dan mewakili cara bertindak yang baik atau betul. Hal ini menjelaskan bahawa nilai moral adalah nilai yang membantu kita dalam melakukan perbezaan bagi yang hak dan batil serta yang positif dan negatif. Nilai-nilai moral juga dapat dipraktikkan dalam diri seseorang individu dan masyarakat dalam kehidupan anggota masyarakat. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai dalam merungkaikan lagi nilai dan pengajaran dalam setiap pantun tradisional Melayu. Kata kunci: Nilai, Pengajaran, Pantun Melayu, Pantun Berkait, Teori Pengkaedahan Melayu, Teori Pendekatan Moral.. FYP FTKW. Analisis Nilai Dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ Karya ‘Azimin Daud..

(6) ‘Azimin Daud.. ABSTRACT Research was done in order to identify in detail and analyze the values and lessons contained in the book 'Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka' by 'Azimin Daud. This study adopts a qualitative study design that is a descriptive analysis of the literature method. The basis and policy of the study is analyzed through the Theory of Malay Methodology through the Moral Approach. The findings of this study found that the values and teachings contained in the book 'Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka' can provide teaching and education to an individual and the community. The moral approach taken in the Theory of Malay Methodology is seen as appropriate in explaining the values and teachings contained therein. Therefore, the researcher has chosen the Moral Approach in this study. This is because the theory of Malay Methodology and Moral Approach chosen are very similar and suitable the objectives of the study selected by the researcher to study the values and teachings found in the book Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka by ‘Azimin Daud. Not only that, this moral also approach coincides with the good values contained in this related verse book. Moral values are a collection of norms and customs that are transmitted by society to individuals and represent a good or right way of acting. This explains that moral values help us in making a distinction between what is right and wrong as well as what is positive and negative. Moral values can also be practiced in an individual and society. Therefore, this study gives implications to researchers as in further unraveling the values and teachings in each traditional Malay poem. Keywords: Values, Teaching, Malay Poems, Related Poems, Malay Methodology Theory, Moral Approach Theory.. FYP FTKW. Value Analysis And Lessons In Books ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ By.

(7) Bil. Halaman. ABSTRAK. 1. BAB 1 PENDAHULUAN. 2. 1.0. Pengenalan. 1.1 Latar Belakang Kajian. 2. 1.2 Permasalahan Kajian. 7. 1.3 Persoalan Kajian. 8. 1.4 Objektif Kajian. 8. 1.5 Definisi Konsep. 9. 1.5.1. Nilai. 9. 1.5.2. Pengajaran. 10. 1.6 Skop dan Batasan Kajian. 10. 1.7 Kepentingan Kajian 1.7.1. Peranan Nilai dan Pengajaran dalam pantun Melayu 11. 1.7.2. Peranan Pantun Melayu Tradisional. 12. 1.8 Pembahagian Bab. 13. 1.9 Kesimpulan. 13. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.0. Pengenalan. 14. 2.1 Kajian Lepas. 14. 2.2 Kesimpulan. 29. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan. 30. 3.1 Metodologi Kajian. 30. a) Bacaan. 31. b) Analisis Dokumen. 31. c) Pengelasan. 31. 3.1.1. Pendekatan Kajian. 33. 3.2 Teori Pengkaedahan Melayu. 34 1. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.

(8) Pengkaedahan Alamiah. 35. 3.2.2. Pengkaedahan Keagamaan. 35. ➢ Pendekatan Moral. FYP FTKW. 3.2.1. 36. 3.3 Rekabentuk Kajian. 37. 3.4 Kerangka Konseptual. 38. 3.5 Keterangan Kerangka Konseptual. 39. 3.6 Kesimpulan. 40. BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. 41. 4.1 Nilai. 41. 4.1.1. Nilai dan Pengajaran dalam Pantun. 42. 4.1.2. Nilai yang terkandung dalam pantun. 44. 1. Nilai Kehebatan. 44. 2. Nilai Kebijaksanaan. 45. 3. Nilai Kesetiaan. 46. 4. Nilai Kesopanan. 47. 5. Nilai Kasih Sayang. 48. 4.2 Pengajaran 4.2.1. 49. Pengajaran terkandung menerusi pantun. 50. 4.3 Nilai dominan dalam Pantun Melayu terpilih. 53. 4.4 Kesimpulan. 53. BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pengenalan. 55. 5.1 Rumusan. 56. 5.2 Implikasi Kajian. 56. 5.3 Cadangan Kajian. 57. 5.3.1. Peranan Nilai dan Pengajaran dalam Pantun Melayu. 5.3.2. Peranan Pantun Melayu Tradisional. 58. 5.3.3. Peranan Institusi Pendidikan. 58. 5.3.4. Peranan Penerbit Karya Kesusasteraan Melayu 59. 5.4 Kesimpulan. 60. RUJUKAN. 2. 58.

(9) PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Pada bahagian ini akan memperincikan mengenai pengantar projek penyelidikan kajian yang mempunyai latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian kepentingan kajian dan batasan kajian. Perbincangan ini juga mengupas mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun berkait dalam buku pantun Melayu iaitu buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Oleh yang demikian, sebelum menelusuri dengan lebih mendalam lagi aspek yang dibincangkan adalah seiring dengan penggunaan teori, maka pemahaman mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu harus diketengahkan bersama-sama dengan objektif, persoalan kajian, permasalahan kajian, definisi konsep, analisis kajian dan kesimpulan bab ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Pantun adalah tergolong daripada puisi tradisional anggota masyarakat Melayu yang lahir ketika zaman primitif lagi. Hal ini bermaksud ketika era masyarakat Melayu ketika itu tidak dapat membaca, mengeja dan menulis. Oleh itu, pantun dihasilkan dalam bentuk pengucapan dan ia berfungsi untuk memberi idea, menzahirkan hasrat hati terhadap seseorang atau ingin menyampaikan sesuatu perkara yang bermaksud untuk menyindir, menyampaikan nasihat, berjenaka dan sebagai hiburan. Pantun tradisional Melayu mempunyai beberapa jenis pantun seperti pantun nasihat, pantun jenaka, pantun budi, pantun adat, pantun teka-teki serta banyak lagi. Setiap jenis pantun yang dihasilkan memiliki fungsinya yang tersendiri. Dalam kalangan masyarakat Melayu, pantun adalah suatu corak penyampaian yang berseni digunakan pada situasi yang tertentu seperti dalam majlis atau untuk tujuan menyampaikan sesuatu keinginan yang berbentuk kiasan. Penyampaian pantun diguna untuk memberi kiasan yang berbentuk sindiran kebiasaan bermaksud agar seseorang dinasihati itu tidak marah, tetapi masih dapat menerima nasihat yang diberikan serta meninggalkan perbuatan yang tidak disukai oleh masyarakat. Bukan itu sahaja, seseorang yang mendeklamasikan pantun perlu memahami kandugan pantun. Hal ini kerana pantun yang diucap merupakan pertimbangan dalam 3. FYP FTKW. BAB 1.

(10) mengucapkan, dibimbangi akan menyebabkan kesalahfahaman oleh khayalak khususnya pantun sindiran dan nasihat. Bukan itu sahaja, pengucapan pantun yang mempuyai kaitan dengan budi dan jenaka. Kaedah dan adat melantunkan pantun juga perlu dititikberatkan supaya penyampaian makna sesuatu pantun itu diucapkan dapat diterima baik oleh pendengar. Oleh yang demikian, pantun Melayu yang dicipta mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk individu dan masyarakat Melayu yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu terutamanya golongan yang berusia mempunyai pelbagai kata-kata nasihat yang berhikmah. Oleh yang demikian, golongan masyarakat Melayu yang berusia ini pastinya mempunyai pengalaman kehidupan yang sangat panjang yang mampu memberikan tunjuk ajar kepada golongan muda. Oleh itu, jika mereka mengetahui terdapat elemen yang berunsurkan negatif atau bertujuan untuk menyampaikan nasihat kepada golongan muda khususnya, golongan tua ini akan menggunakan pantun dalam menyampaikan nasihat dan didikan. Selain pantun nasihat, pantun agama dibina oleh masyarakat terdahulu yang berperanan sebagai mendidik masyarakat. Pantun agama yang dbina adalah untuk memberikan pengajaran dan panduan hidup kepada semua lapisan masyarakat supaya terus berada dalam landasan kehidupan yang benar. Setiap bait-bait rangkap pantun agama ini mengandungi isi penyampaian yang mendorong masyarakat untuk mengikuti syariat agama yang ditetapkan dalam Islam. Selain itu, pantun berfungsi sebagai medium menyampaikan perasaan kasih, sayang, cinta, rindu dan banyak lagi. Pantun Melayu juga berfungsi dalam menyampaikan rasa kasih dalam kalangan anggota masyarakat Melayu seperti sayang kekasih kepada cinta hati, suami isteri atau anak kepada ibubapa. Bukan itu sahaja, penciptaan pantun Melayu juga menitikberatkan tentang pemilihan diksi yang yang puitis dan bermakna dihiasi yang boleh menzahirkan luahan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang terdalam. Oleh yang demikian, tergambar setiap bait-bait yang diungkapkan dalam setiap rangkap pantun mencerminkan masyarakat Melayu bijak dalam mencipta pelbagai jenis pantun mengikut perasaan, keadaan dan emosi. Seterusnya, pantun juga berfungsi untuk mengungkapkan penghargaan kepada individu atau dalam bentuk komuniti atau masyarakat. Masyarakat Melayu sangat terkenal sebagai masyarakat yang pandai mengenang budi dan jasa. Oleh itu, terdapat pelbagai pantun Melayu yang dibuat untuk mengungkapkan penghargaan dan sebagai terima kasih kepada individu yang telah memberi kebaikan kepada mereka. Jenis pantun ini dapat memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu kaya dengan budi bahasa dan kreatifan dalam 4. FYP FTKW. menyampaikan kandungan pantun. Jika ia tidak dititikberatkan oleh individu yang.

(11) berbunga yang dapat membahagiakan orang yang mendengar. Bukan itu sahaja, ia juga dapat melihat masyarakat Melayu pada ketika dahulu sangat mementingkan orang yang berbudi bahasa serta menyanjungi individu tersebut. Pantun tradisional Melayu adalah sebuah medium pengucapan dan penyampaian yang mempunyai pelbagai fungsinya yang tersendiri kepada seseorang individu mahupun masyarakat. Seterusnya, pantun termasuk dalam kategori puisi tradisional dan mempunyai empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Setiap rangkap terdiri kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap pantun berkait tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkaprangkap pantun tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk menyempurnakan idea. Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun adalah meliputi unsur estetik dan isi seperti tema dan persoalan. Keindahan pantun dibuktilan berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkait dengan penggunaan simbol tertentu yang terdapat pada pantun mengikut anggapan dan perspektif masyarakat Melayu. Kedua, hubungan maksud antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Oleh itu, menurut Za’ba yang menyifatkan cara rangkapan tertua dan asal penciptaanya adalah milik masyarakat Melayu. Ketika itu, orang Melayu belum pandai dan mengetahui mengenai surat-menyurat, mereka terlebih dahulu bijak berpantun dan menjadi suatu tradisi mereka dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu. Dapat diringkaskan, bahawa pantun adalah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813). Setiap rangkap biasanya empat baris atau dua baris. Bagi pantun yang terkenal dalam kalangan masyarakat, rangkanya mempunyai empat baris iaitu terdiri daripada dua baris pembayang dan dua baris maksud. Secara umumnya, pantun juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti setiap bait itu terdiri 4 baris dan tiap baris terdiri 8 hingga 12 suku kata. Selain itu, mengandungi sajak bersilang seperti a,b,a,b dan a,a,a,a dan baris pertama dan kedua adalah sampiran. Manakala, baris ketiga dan keempat adalah isi. Rangka pantun terbahagi dua bahagian sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, sering kali berkaitan dengan unsur alam dan biasanya ia tidak mempunyai perkaitan dengan bahagian kedua yang memberi maksud selain untuk menyampaikan rima. Seterusnya, dua baris terakhir adalah isi yang merupakan tujuan dan maksud dari sesebuah pantun itu. Selain itu, pantun juga mempunyai jenis-jenis dan ketegori seperti pantun nasihat, pantun muda, pantun jenaka, pantun teka-teki, pantun agama, pantun adat, pantun kepahlawanan dan banyak lagi. Antara pantun yang. 5. FYP FTKW. berbahasa. Bahkan, setiap ungkapan yang diucapkan mempunyai bahasa yang berseni dan.

(12) teka-teki dan pantun jenaka. Bukan itu sahaja, pantun berkait merupakan sejenis pantun yang disusun dengan berpandukan peraturan-peraturan pantun dan sering berkait diantara bait pertama dan bait seterusnya sehingga kepada penutup. Dalam penyusunan dan mencipta pantun berkait ini memerlukan keupayaandalam memilih tema dan juga jalan penceritaan. Pantun berkait atau dikenali juga sebagai pantun berangkai merupakan jenis pantun yang disusun dengan secara berangkai dimana bait permulaan itu mempunyai kaitan rapt dengan bait selepas itu sehingga pada bait akhirnya. Kebiasannya, pantun mempunyai bait-bait rangkap lebih dari dua. Bukan itu sahaja, pantun berkait juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu baris kedua dan keempat pertama itu diambil menjadi baris ke satu dan ketiga bait kedua. Baris kedua serta keempat kedua digunakan itu menjadi baris dan juga ketiga bait ketiga, bentuknya terikat, empat baris terdiri dari satu rangkap, rima akhir yang terikat atau berseling, diantaranya satu rangkap dengan rangkap lainnya itu terdapat lanjutan maksud atau juga isi cerita, terdapat juga didalamnya unsur-unsur nasihat, sindiran, teguran, keagamaan dan banyak lagi. Di samping itu, dalam teks kajian iaitu buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka hasil karya ‘Azimin Daud merupakan pantun berkait yang mempunyai nilai dan pengajarannya yang tersendiri. Di dalam buku pantun ini mengisahkan tentang episod dan perjalanan sejarah empayar Melaka yang menuju kejayaan dan disorot fasa demi fasa. Terdapat lima fasa dalam menceritakan episod dan perjuangan Tanah Melaka iaitu Fasa 1: Pengasas Kerajaan dan Empayar Melaka, Fasa 2: Ceritera Empayar Melaka, Fasa 3 : Dakwah dan Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Fasa 4 : Pusat Tamadun Melayu Warisan dan Legasi di Pelosok Negara, Rantau dan Dunia dan Fasa 5: Melaka Terus Gemilang. Ini lah magis tawarikh Kesultanan Melayu Melaka yang diketengahkan oleh ‘Azimin Daud dalam karyanya. Karya ini memperlihatkan bagaimana fasa-fasa kegemilangan empayar Melaka pada suatu ketika dahulu sehingga musuh cemburui akan kegemilangan ini sehingga cuba untuk meruntuhkan empayar Melaka. Umum sudah mengetahui mengenai sejarah Melayu Melaka, tetapi dalam karya ini pengarang iaitu ‘Azimin Daud mengabdikan sejarah dari zaman kegemilangan ke dalam bentuk pantun berkait. Hal ini dapat dilihat bagaimana pengarang menyatukan kesusasteraan den sejarah dalam satu karya yang menarik. Oleh yang demikian, karya yang dihasilkan oleh pengarang dapat mengangkat karya kesusasteraan dan sejarah dalam satu masa.. 6. FYP FTKW. popular dalam kalangan masyarakat Melayu ialah pantun nasihat, pantun berkait, pantun.

(13) yang digagaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1899. Teori ini diilhamkan kerana kesan daripada kelemahan teori Barat yang telah mengkaji karya sastera Melayu. Jika sebelum ini pengkarya banyak membuat konsep peniruan daripada teori Barat dalam karya, maka kaedah ini merupakan penggantian kepada pengkarya tempatan menggunakan teori atau kaedah tempatan yang lebih fleksibel dan sinonim dengan karya sastera Melayu (Sahlan Mohd Saman, 1999:52). Masyarakat Melayu mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi, di mana mempunyai nilai moral dalam setiap kehidupan. Sifat yang unik dan kreatif terhadap alam juga merupakan suatu kisah dan cerita yang terbentuk hasil karya yang indah iaitu dimasukkan dalam kesusasteraan Melayu ini. Oleh hal yang demikian, sastera Melayu perlu mempunyai kaedah yang tersendiri agar sifat asli sesuatu karya itu tidak hilang dan ketinggalan dek zaman. Hashim Awang (2002:12) telah membahagikan kepada dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Oleh itu, penyelidik menggunakan Pengkaedahan Alamiah dalam penyelidikan ini ekoran dilihat amat sesuai dan berkait rapat Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud yang dikaji. Pengkaedahan Alamiah didasarkan kepada suatu kejadian alam yang mempunyai fungsi dari kesan kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, ia juga berpandukan kepada jalan hidup dan bentuk kehidupan manusia yang menggunakan kejadian alam sebagai separuh dalam kehidupan mereka. Selain itu, alam digunakan sebagai sumber dalam meneruskan kehidupan seperti alam dapat memberi sumber makanan, pekerjaan, pengalaman, dan pengajaran kepada masyarakat agar dapat melangsungkan kehidupan dengan baik. Hashim Awang telah memecahkan Pengkaedahan Alamiah kepada tiga pendekatan iaitu Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Pendekatan Gunaan merupakan satu ciptaan yang mempunyai sebab, tujuan, fungsi, hikmah, ukuran serta imbangan yang mampu menerangkan dalam karya sastera (Zurinah Hassan, 2010). Kaedah ini perlu digunakan kerana sastera adalah ciptaan manusia yang berfungsi untuk dimanfaatkan bersama masyarakat. Seterusnya, pendekatan yang digunakan pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah Pendekatan Moral. Pendekatan Moral adalah termasuk dalam Pengkaedahan Alamiah yang tercipta daripada pengalaman hidup individu dan masyarakat secara bersama. Pengalaman hidup yang mempunyai kebaikan atau keburukan keduanya memberi implikasi berpandukan corak pemikiran masyarakat yang menganggap pengalaman yang berlaku adalah suatu yang baik atau tidak. Sebahagianya, pengalaman tersebut membawa moral terhadap kehidupan dan setelah itu dapat diukirkan didalam karya sastera.. 7. FYP FTKW. Teori yang bertepatan dengan kajian yang dijalankan adalah Teori Pengkaedahan Melayu.

(14) demikian teori Pengkaedahan Melayu dan Pendekatan Moral yang dipilih sangat sesuai dan menepati kesemua objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji mengkaji nilai dan pengajaran yang terdapat dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Bukan itu sahaja, pendekatan moral ini juga bertepatan dengan nilai-nilai yang baik yang terkandung dalam buku pantun berkait ini. Nilai moral adalah suatu himpunan norma dan adat yang ditularkan oleh masyarakat kepada individu dan mewakili cara bertindak yang baik atau betul. Hal ini menjelaskan bahawa nilai moral adalah nilai yang membuatkan kita membandingkan antara hak dan batil serta negatif dan. Nilai-nilai moral juga dapat dipraktikkan dalam diri seseorang individu dan masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. 1.2 Permasalahan Kajian Penyelidikan ini membincangkan tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu yang berpandukan buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang lahir ketika zaman primitif. Oleh itu terdapat keterbatasan dalam mencari maklumat kerana teks yang dikaji belum mendapat sambutan kajian oleh mana-mana pengkaji yang lain. Dalam meneruskan keberlangsungan kajian, pengkaji telah mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai jenis-jenis dan bentuk pantun berkait itu. Bukan itu sahaja, pengkaji juga menjelaskan bagaimana pantun berkait itu difahami dan dibaca dengan baik oleh pembaca. Oleh yang demikian, maklumat mengenai pantun berkait sedikit sebanyak dapat dilengkapkan oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian ini. Di samping itu, teks sastera seperti puisi tradisional ini kurang sambutan dari para pembaca kerana kebanyakan khalayak hanya lebih meminati pembacaan ringan dan tidak berminat membaca dan menghayati puisi-puisi tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, karya sastera ringan seperti novel picisan lebih diminati atau menjadi kegemaran tanpa memerlukan pemaknaan yang mendalam terhadap ayat atau perkataan yang disampaikan dalam teks. Hal ini kerana puisi tradisional mempunyai kualiti bahasa yang tinggi dalam memahami maksudnya. Oleh yang demikian, jika ingin menarik minat para pembaca remaja, sesebuah karya sastera sastera itu perlulah mengandungi keupayaan untuk menajamkan pemikiran untuk menghayati nilai-nilai kemanusian, kemasyarakatan dan perkara berhubung dengan kehidupan manusia (Othman Puteh, 1998). Oleh yang demikian, penyelidikan ini menjunam ke arah kelopongan dunia sastera mengenai tajuk kajian iaitu nilai dan pengajaran dalam teks pantun terpilih karya ‘Azimin Daud. Hal ini kerana teks yang dikaji oleh pengkaji belum lagi dikaji oleh mana-mana 8. FYP FTKW. Oleh yang demikian, penyelidik memilih Pendekatan Moral dalam penyelidikan ini. Hal ini.

(15) dunia kesusasteraan. 1.3 Persoalan kajian Antara persoalan yang di fokuskan oleh penyelidik dalam melakukan penyelidikan adalah:. I.. Apakah nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu karya ‘Azimin Daud?. II.. Sejauh manakah nilai dan pengajaran yang terkandung dalam pantun-pantun Melayu terpilih?. III.. Apakah kategori nilai dan pengajaran yang dominan dalam pantun-pantun Melayu terpilih?. 1.4 Objektif Kajian Antara objektif kajian dalam penyelidikan ini ialah:. 1. Mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu terpilih.. 2. Menganalisis nilai dan pengajaran yang terkandung menerusi pantun-pantun terpilih.. 3. Menilai kategori nilai dan pengajaran yang dominan dalam pantun-pantun Melayu terpilih. 1.5 Definisi Konsep Semasa menjalankan kajian ini beberapa istilah yang berkaitan dengan konsep projek penyelidikan ini dilaksanakan. Justeru itu, bagi memastikan kajian ini mampu dilaksanakan dengan teliti, konsep-konsep yang diguna pakai dalam kajian ini diberi penjelasan dari sudut definisinya seperti berikut: 1. Nilai. 9. FYP FTKW. pengkaji tempatan. Oleh itu, penyelidikan ini ingin mengisi kelopongan yang wujud dalam.

(16) (Moral Value) (Mustari Mustafa, 2011 : 15). Dalam kehidupan seharian, nilai adalah sebuah perkara yang sangat berharga, bernilai, bermutu, mempamerkan kualiti dan memberi manfaat untuk masyarakat. Dalam kajian ini, nilai adalah sebuah kualiti yang berunsur moral. Dalam falsafah, definisi ini digunakan untuk menunjukkan kata benda abstrak yang artinya berharga yang setara dengan kebaikan. Oleh itu, beberapa tokoh telah memberi istilah mengenai nilai seperti menurut Max Scheler menyatakan bahawa nilai merupakan kualiti yang tidak bergantung dan tidak berubah seiring dengan perubahan barang. Seterusnya, menurut Ahmad Tafsir (1990) pula meletakkan nilai setelah membahas teori pengetahuan dan hakikat yang merupakan sistematik dalam pembahasan falsafah. Nilai selalunya berhubung kait dengan perkara yang menjadi pendukungnya. Hal ini bermaksud nilai adalah elemen yang terpenting dalam setiap perkara yang dilakukan kerana dengan nilailah dapat memudahkan sesuatu perkara itu dijalankan. Manakala, menurut Ngalim Purwanto (1987) menyatakan nilai yang ada pada seseorang dipengaruhi dengan wujudnya adat istiadat, etika, kepercayaan dan agama yang dianutinya. Segala perkara itu mempengaruhi sikap, pendapat dan pandangan individu yang tercermin dalam cara beraksi dan kelakuan dalam membuat keputusan. Pandangan dan pendapat maksud yang diberikan oleh tokoh-tokoh jelas menunjukkan nilai wujud kepada individu, masyarakat dan agama merupakan aspek yang terpenting dipandang serta menduduki kedudukan yang tertinggi. Dari kesemua istilah tersebut, dapat ditakrifkan bahawa nilai ialah semua hal yang bekait perlakuan manusia mengenai baik atau buruk yang dibincangkan oleh agama, tradisi, etika, moral dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. Nilai juga dijadikan sebagai cerminan diri kepada seseorang itu untuk orang sekelilingnya mengenali sifat dan sikap seseorang insan itu. Menurut Jirzanah (2010 : 20), nilai mempunyai hierarki yang tersendiri dan hierarki nilai yang disusun berpandu urutan pentingnya sehingga dapat membuat kategori nilai yang sesuai. Secara amnya, individu akan cenderung untuk menyukai nilai yang baik. Walau bagaimanapun, wujud penyimpangan yang ada ketikanya individu itu memilih nilai lebih bawah kerana sesuatu daya penarik yang tidak memberikan apa-apa nilai. Urutan hierarki merupakan urutan tindak balas kepada respon yang kreatif dan bermoral. Menurut Hamid Darmadi (2004 : 29) mengatakan bahawa moral itu adalah keperibadian yang telah sebati dalam diri seseorang itu dan menyebabkan tingkah lakunya adalah berpandukan nilai tersebut. Oleh yang. 10. FYP FTKW. Secara etimologinya nilai merupakan pandangan kata value (Bahasa Inggris).

(17) dan dipupuk tetapi berkiblatkan nilai yang wujud dalam dirinya. 2. Pengajaran Menurut Noraini Omar (2004) menyatakan pengertian pengajaran berdasarkan kajian oleh Shahabuddin (2003) bahawasanya pengajaran adalah suatu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Hal ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang dimiliki. Selain itu, pengajaran dari segi etimologinya membawa maksud teladan dan teguran yang diperolehi semasa atau setelah menimba ilmu. Hal ini memberi pengertian bahawa pengajaran yang baik dalam membentuk kepribadian diri yang baik sebagaimana telah disampaikan dalam setiap rangkap pantun Melayu. Setiap rangkap pantun Melayu mempunyai nilai pengajaran yang tersendiri dalam memancu masyarakatnya menjadi masyarakat yang penuh dengan tauladan dan nilai-nilai yang baik. 1.6 Skop Dan Batasan Kajian Skop kajian ini juga dilakukan berdasarkan buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud yang dipilih oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji ingin memfokuskan kepada teks-teks yang terpilih sebagai penyempurnaan kepada penyelidikan yang dijalankan. Manakala, analisis yang dilakukan terhadap teks-teks terpilih karya ‘Azimin Daud ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya ‘Azimin Daud ini. Hal ini kerana pengkaji ingin membuktikan nilai dan pengajaran yang dapat membentuk masyarakat Melayu supaya lebih beradab dan bertamadun. Selain kepada skop kajian dengan menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu dan memilih Pengkaedahan Alamiah dan menggunakan Pendekatan Moral dalam mengkaji kajian ini. Hal ini kerana Pendekatan Moral sangat sesuai digunakan dalam menganalisis nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu berdasarkan teks Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka ini. Kajian ini dibatasi dengan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu iaitu digunakan oleh masyarakat Melayu khususnya pada zaman terdahulu sehingga pada hari ini. Pantun Melayu merupakan suatu bentuk penyampaian yang menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada pembaca. Pantun Melayu juga mempunyai pelbagai jenis seperti pantun berkait yang menjadi pilihan pengkaji untuk dikaji dalam penyelidikan.. 11. FYP FTKW. demikian, setiap tingkah laku dan jati diri seseorang individu tersebut akan terus dibina.

(18) Kajian ini telah memberikan peranan untuk pertambahan kajian mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu dan analisis nilai dan pengajaran dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka. Selain itu, kajian ini juga memberi dorongan kepada para sarjana dan pengkaji yang lain untuk membuat kajian dengan lebih mendalam serta menggunakan teori lain sama ada teori dalam dunia sastera atau luar bidang sastera. Di samping itu, kajian ini mampu menambahkan lagi jumlah kajian sastera yang menjurus dalam konteks nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu dalam mengembangkan dunia kesusasteraan di Malaysia. Seterusnya kajian ini juga dapat memberi pengenalan mengenai pantun Melayu yang telah lama sejak masyarakat Melayu dalam zaman primitif lagi. Hal ini kerana adalah untuk memastikan dan mendedahkan kepada generasi kini yang semakin kurang mengenali tradisi warisan nenek moyang. Pantun tradisi atau warisan ini diturunkan turun temurun oleh masyarakat Melayu dahulu kala kepada generasi pada hari ini. Di samping itu, dengan adanya kajian ini dilakukan semoga dapat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada masyarakat di luar sana terutamanya, generasi muda pada hari ini mengenai khazanah warisan masyarakat Melayu. 1.7.1 Peranan Nilai dan Pengajaran dalam pantun Melayu Pantun tradisional Melayu merupakan sebuah karya yang terulung dalam kehidupan masyarakat dalam mendidik dan membentuk individu serta komuniti ke arah yang lebih baik dan berintelektual. Oleh itu, menerusi karya ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ ini akan dijadikan rujukan kepada semua masyarakat untuk ke arah pembentukan moral yang lebih baik. Selain itu, setiap nilai dan pengajaran tersebut memamparkan nilai moral yang mengajak semua anggota masyarakat mencontohi nilai-nilai dan pengajaran yang disampaikan. Bukan itu sahaja, nilai dan pengajaran ini dapat memberi ilmu dari pelbagai sudut yang boleh diamalkan dalah kehidupan seharian seseorang individu dan masyarakat. 1.7.2 Peranan Pantun Melayu Tradisional Pantun dapat dikategorikan sebagai salah satu puisi tradisional anggota masyarakat Melayu yang lahir ketika zaman primitif sejak dahulu lagi. Hal ini bermaksud ketika era masyarakat Melayu ketika itu tidak dapat membaca, mengeja dan menulis. Oleh itu, pantun dihasilkan dalam bentuk pengucapan dan ia berfungsi untuk memberi idea, menzahirkan hasrat hati terhadap seseorang atau ingin menyampaikan sesuatu perkara yang bermaksud untuk menyindir, menyampaikan nasihat, berjenaka dan sebagai hiburan.. 12. FYP FTKW. 1.7 Kepentingan Kajian.

(19) Tanah Melayu mahupun di Nusantara. Setiap penyampaian yang disampaikan atau diungkapkan di sebalik bait-bait rangkap mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Makna tersebut pula mengandungi nilai-nilai dan pengajaran dalam mendidik anggota masyarakatnya menjadi lebih baik dan bertamadun. Selain itu, pantun tradisional Melayu juga adalah suatu bentuk pengucapan yang mengandung pelbagai hikmah seperti nilai dan pengajaran dan secara tidak langsung telah melambangkan sebuah ketamadunan yang unggul masyarakat Melayu. Kajian ini turut dapat memberi dan membantu pendedahan kepada para pelajar bagi membincangkan dan membuat kajian mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu karya ‘Azimin Daud. Hal ini kerana nilai dan pengajaran yang terdapat dalam teks pilihan dapat diharapkan dapat membantu membantu masyarakat secara khususnya kepada penyelidik dalam membantu menjalankan kajian yang dilakukan serta memberi pengetahuan dan mendidik masyarakat pada hari dalam membentuk sikap dan jati diri dengan lebih baik. Hal ini secara umunya dapat melahirkan golongan masyarakat yang bertamadun dan beradab kepada bangsa, agama dan negara. Oleh itu, menerusi kajian ini juga boleh dijadikan sumber panduan kepada pelajar dan pengkaji sebagai sumber rujukan disamping dalam dunia pendidikan dan juga projek kajian masa akan datang. 1.8 Pembahagian Bab Kajian ini terdiri daripada pembahagian beberapa bab. Bab pertama dimulai dengan bab pendahuluan. Bahagian bab ini mengandungi kepada pengenalan, sudut latar belakang kajian, permasalahan yang terdapat dalam kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop dan batasan mengikut tempoh kajian, kepentingan kajian, pembahagian bab dan akhir sekali rumusan. Seterusnya dalam bab 2 pula memuatkan kajian lepas. Hal ini dimana kajian-kajian lepas akan dilaksanakan daripada pengkaji terdahulu mengenai pengarang dan karyanya, fokus kajian lepas iaitu kajian mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu serta kajian mengenai penggunaan teori terhadap mana-mana kajian terdahulu. Di samping itu, bab 3 pula memberi penerangan mengenai metodologi kajian dan kerangka teori. Di bahagian akan dijelaskan mengenai perkaitan dengan istilah yang tepat dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang. Di bahagian bab tersebut juga diterangkan bagaimana sesebuah kutipan data itu diperolehi. Teknik analisis data kualitatif iaitu dari bacaan, penerangan, pengelasan dan penafsiran akan dibincangkan secara mendalam dalam bab tiga ini. 13. FYP FTKW. Pantun tradisional Melayu Melaka adalah sebuah simbolik kepada bangsa Melayu baik di.

(20) yang pertama iaitu analisis nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu yang berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang. Seterusnya, bab 4 juga merupakan bab yang akan membincangkan mengenai analisis kajian yang seterusnya iaitu mengenai nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu. Kesemua analisis ini akan berdasarkan penggunaan Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang di samping mengaitkan teks pilihan iaitu hasil karya dari ‘Azimin Daud yang bertajuk Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka. Selain itu, bab 5 pula membincangkan mengenai kesan-kesan seperti kesan kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara daripada nilai dan pengajaran yang diperolehi daripada pantun Melayu karya ‘Azimin Daud yang bertajuk Peri Loka Tanah Melaka. Kesankesan dan impak yang diperolehi akan diteliti menerusi penggunaan Teori Pengkaedahan Melayu yang dipelopori oleh Hashim Awang. Bab terakhir tersebut juga membincangkan mengenai rumusan dan kesimpulan kepada keseluruhan kajian. Di samping itu, cadangan kajian turut dianjurkan di dalam bab ini. Seterusnya, bab ini dapatan kajian mengenai nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu berdasarkan buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. 1.9 Kesimpulan Kesimpulannya, bab satu ini merupakan penulisan pendahuluan yang menyentuh dari sudut latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian. Pendahuluan ini juga telah membuat pendedahan yang padat kepada semua yang berkaitan dengan tajuk bagi membantu mengukuhkan lagi kajian yang ingin dilakukan nanti. Oleh itu, kajian analisis nilai dan pengajaran dalam pantun Melayu akan dapat membantu para pengkaji yang lain dalam menjalankan kajian mereka dan diharapkan kajian yang dilakukan berpanjangan dengan menggunakan kepelbagaian teori atau isu lain yang ingin dikupas. Oleh yang demikian, pendahuluan ini akan menjadi satu permulaan yang berimpak dan kukuh kepada pembaca dan pengkaji-pengkaji terutama kepada generasi akan datang.. 14. FYP FTKW. Bab 4 pula akan membincangkan mengenai perbincangan kajian iaitu di bahagian analisis.

(21) FYP FTKW BAB 2 SOROTAN KAJIAN. 2.0 Pengenalan Pada bab kedua ini, pengkaji telah memasukkan beberapa kajian lepas yang telah diambil dan dirujuki dalam sepanjang menyiapkan kajian ini. Kajian ini mengenai tinjauan terhadap kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain sesuai dan berkenaan dengan topik kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Antara kajian lepas yang diambil oleh pengkaji adalah berdasarkan nilai-nilai, pengajaran, pantun-pantun Melayu dan kajian yang mengaplikasikan teori yang sama iaitu Teori Pengkaedahan Melayu. Selain itu, penelitian yang dilakukan oleh pengkaji ke atas setiap kajian-kajian lepas yang diambil atau dipilih adalah daripada pengkaji-pengkaji yang diitiraf serta kajian yang berilmiah kajian yang dilakukannya. 2.1 Kajian Lepas Norazimah Zakaria, Azlin Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hamida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaludin, Mashitah Sulaiman dan Rosmah Derak (2017) melalui Jurnal Kemanusian dan Sains Sosial yang bertajuk Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Kajian ini membincangkan mengenai akal budi orang Melayu yang ada dalam Pantun Melayu. Akal budi tersebut dapat merangkumi perbuatan, pemikiran serta sikap atau seseorang dalam mendukung kehalusan jiwa, kebijaksanaan serta keindahan. Nilai jati diri dapat dimaksudkan dengan bijak dalam melontarkan pandangan dan pendapat. Nilai jati diri amat penting yang diterapkan dalam karya-karya sastera Melayu tradisi. Seni sastera Melayu tradisi sangat kaya dengan pemilihan kata-kata yang indah bahkan mengandungi nilai-nilai moral yang dapat diterapkan kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Bukan itu sahaja, kajian ini juga telah mengariskan nilai-nilai moral yang ada dalam pantun Melayu 15.

(22) yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kajian ini mengkaji nilai-nilai baik dalam pantun Melayu agar nilai jati diri dalam pantun Melayu dapat mendidik masyarakat dari peringkat kanak-kanak melalui ungkapan-ungkapan serta kandungan pantun yang menjadi cermin jati diri bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, kajian ini juga menggunakan pendekatan Braginsky V.I (1994) mengenai bentuk keindahan dan faedah dan melihat makna dan fungsi pantun kepada masyarakat. Oleh itu, setiap pengajaran dan nilai yang ditunjukkan dalam pantun Melayu dapat membentuk seseorang insan itu ke arah yang baik. Dalam bahagian perbincangan, pengkaji memasukkan pendapat Tenas Effendy (2004 : 123) yang mengatakan tradisi Melayu itu amatlah sopan dari segi pergaulannya. Oleh itu membawa maksud pantun mempunyai pelbagai bentuk dalam kalangan masyarakat Melayu seperti “pantun larangan” dan banyak lagi. Dalam pantun larangan itu sendiri mendidik masyarakat untuk berhati-hati dan berwaspada. Contohnya, ungkapan pantun larang ialah “banyak tertawa banyak dukanya”. Setiap pantun Melayu mempunyai fungsi, nilai dan pengajaran yang tersendiri dalam mendidik masyarakatnya. Jelaslah, pantun Melayu adalah cerminan jati dan akal budi orang Melayu dari dahulu kala lagi sehingga kini. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan oleh saya akan membawa lagi penambahan nilai-nilai yang baik dalam pantun-pantun Melayu yang sememangnya kaya dengan pelbagai unsur-unsur moral. Seterusnya, Abdurahaman Abror (2011) dalam Jurnal Pengajian Islam yang bertajuk “Nilai Budi Keislaman Dalam Pantun Melayu Pontianak”. Kajian ini memfokuskan mengenai kepandaian masyarakat Melayu di Pontianak, Indonesia dalam pantun tradisi Melayu. Kajian tersebut memamparkan Adat dan Islam sebagai sumber nilai asas kepada masyarakat Melayu di Pontianak yang mempengaruhi perlakuan dan sikap seseorang itu. Bertepatan dengan konsep manusiawi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Pontianak iaitu kesatuan “jasmanai-rohani” yang meliputi kemampuan fizikal, emosi, sosial dan spiritual. Jika seseorang insan itu mempunyai kesemua ciri tersebut, insan tersebut dianggap ideal serta menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Dalam usaha masyarakat Pontianak mengorientasikan nilai budi dan tujuan mereka telah pun memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi lahiriah masyarakat Melayu yang mempunyai pengetahuan untuk menjaga tata tertib dan budi pekertinya. Disebabkan itu, masyarakat Pontianak terkenal dengan masyarakat yang tahu adat atau beradat. Seiring dengan perubahan zaman, konsep budi masyarakat Melayu telah mengalami banyak perubahan, dimana nilai diri dan status sosial diukur dari segi kepentingan material semata-mata. Oleh itu, pengkaji telah menyatakan dalam kajiannya di mana hubungan sosial dan budi semakin hari semakin menghilang. Secara tidak langsung, nilai dan tata tertib dalam masyarakat semakin hari semakin merosot. Bagi mengelakkan perkara sedemikian terjadi, masyarakat Pontianak, Indonesia amat menjaga 16. FYP FTKW. seperti nilai dalam tunjuk ajar, cara hidup beragama, bermasyarakat dan sebagainya. Oleh.

(23) masyarakatnya. Oleh yang demikian, masyarakat Melayu di Pontianak amat mementingkan nilai-nilai budi serta nilai keislaman dalam setiap pantun Melayu mereka agar ia dapat menjadi contoh kepada masyarakatnya secara khususnya dan masyarakat Melayu lainnya secara amnya. Selain itu, Nirwana Sudirman dan Zulkifley Hamid (2016) dalam Jurnal Melayu yang bertajuk “Pantun Melayu Sebagai Cerminan Kebitaraan Perenggu Minda Melayu”. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perenggu minda orang Melayu dalam Pantun Melayu itu sendiri. Karya yang telah dijadikan rujukan untuk kajian ini adalah buku Kurik Kundi Merah Saga (2013) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya tersebut dipilih kerana terdapat pelbagai metafora yang dijadikan sebagai gambaran kepada perenggu minda orang melayu yang menjadi faktor utama kajian dijalankan. Perenggu minda Melayu amat sinonim dengan pantun Melayu. Bukan itu sahaja, penyelidik juga menggunakan kaedah penganalisian teks, dimana 5653 buah pantun yang terdapat dalam buku tersebut dipilih oleh penyelidik. Penyelidik telah mengambil 110 pantun berdasarkan pengkategorian yang dibuat oleh penulis buku “Kurik Kundi Merah Saga”. Dalam kajian ini juga, penyelidik telah menggunakan teori Semantik Kognitif yang dicadangkan oleh George Lakoff dan Mark Johnson (1980) sebagai landasan kajian. Dalam bahagian dapatan kajian pula, penyelidik telah memaparkan gaya pemikiran Melayu yang banyak dipengaruhi dengan unsur alam sekitar seperti flora dan fauna yang merupakan latar belakang dalam kehidupan orang Melayu dari dahulu kala. Dalam kajian pantun ini juga, terdapat pelbagai gaya bahasa yang jelas menggambarkan orang Melayu memiliki sifat berkasih sayang, adat-adat kehidupan, budi bahasa dan nilai keagamaan yang tinggi dalam pantun-pantun yang dicipta. Hal ini kerana pantun Melayu mempunyai nilai keindahan yang tersendiri dalam mencipta dan pemilihan kata dalam membentuk sesebuah pantun yang baik. Jelaslah, pantun Melayu merupakan gambaran kebitaraan masyarakat Melayu dari dahulu lagi dalam menyampaikan sesebuah nasihat dan pengajaran. Selanjutnya, Tuti Andriani (2012) dalam Jurnal Sosial Budaya yang bertajuk “Pantun Dalam. Kehidupan. Melayu. (Pendekatan. Historis. Dan. Antropologis)”.. Kajian. ini. membincangkan mengenai Pantun Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu dari dahulu kala sehingga kini. Pantun merupakan puisi yang dipengaruhi oleh sastera Arab dan India. Pantun juga ditakrifkan sebagai puisi lama serta terkenal dalam anggota masyarakatnya, bahkan pantun masih lagi diguna pakai dan diamalkan dalam adat serta komuniti masyarakat. Hal ini kerana pantun Melayu mempunyai maksud serta pemilihan kata yang dapat memancu seseorang insan untuk membentuk diri yang baik melalui kandungan dan penyampaiannya. Walau bagaimanapun, nilai-nilai pantun Melayu tidak lagi berpaksikan dalam menyampaikan nasihat dan pengajaran tetapi dapat membentuk individu dan masyarakat dengan nilai-nilai 17. FYP FTKW. masyarakatnya agar nilai budi keislaman yang luhur tetap terpelihara dalam kehidupan.

(24) bangsa Melayu. Jika ditanya kepada masyarakat luar mengenai pantun pastilah yang ada dipikiran mereka adalah pantun merupakan indentiti masyarakat Melayu Nusantara. Pada masa kini, pantun lebih bersifat atau berbentuk gurauan atau “ajuk-mengajuk” yang kebiasaannya berlaku antara individu dengan individu yang lainnya. Pantun telah kehilangan fungsi dalam membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai jati diri dan nilai insaniah yang tinggi. Walau bagaimanapun, tidak terlambat lagi kita dalam memupuk kembali fungsi yang sebenar kepada masyarakat masa kini. Selain itu, kemasukkan beberapa rangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai murni dan pengajaran dalam kajian ini mengukuhkan kajian pantun dalam kehidupan Melayu yang menzahirkan pelbagai adat, nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya. Oleh yang demikian, pantun yang dimasukkan dalam kajian ini merupakan modus operandi dalam mengaplikasikan pendekatan Historis dan Antropologi dalam kajian pantun dalam kehidupan Melayu. Seterusnya, Wafa Masrura, Sabari dan Sunandar dalam Jurnal Agama, Masyarakat, Budaya Adat dan Sejarah yang bertajuk “Pantun Melayu SAMBAS Sebagai Media Dakwah”. Kajian ini adalah berdasarkan karya Pantun Melayu Sambas dalam tradisi Majlis Perkahwinan. Kajian ini bertujuan untuk menyampaikan pesanan dan nasihat akidah yang dalam karya sastera tersebut kepada masyarakat mengenai majlis perkahwinan di Desa Seranggam. Kajian ini juga menggunakan kaedah deskriptif dan sumber data yang diperolehi oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian tersebut adalah data primer dan sekunder. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Sementara itu, teknik analisis data dilakukan dengan pengumpulan dan akhir sekali membuat kesimpulan setelah ke semua data dikumpul. Dalam mengkaji kesahihan data, penyelidik menggunakan tahap kepercayaan (kredibiliti) iaitu kaedah triangulasi dan pemeriksaan anggota. Hasil kajian yang dapat diperolehi adalah pesanan atau nasihat yang berasaskan keimanan kepada Allah SWT yang merangkumi rukun iman yang mengajak setiap manusia mengamalkan segala suruhannya serta meninggalkan segala larangannya. Jelaslah, dalam kajian ini, penyelidik memperoleh objektif yang dikaji mengenai kajian terhadap pantun Melayu Sambas dalam tradisi Majlis perkahwinan. Selanjutnya, Abdul Halim Ali (2011) dalam Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu yang bertajuk “Konsep Keindahan Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional”. Kajian tersebut dijalankan adalah untuk membincangkan konsep keindahan yang ada dalam kesusasteraan Melayu tradisional berasaskan gagasan estetika yang di kemukan oleh Muhammad Haji Salleh dan Braginsky. Analisis dilakukan adalah berdasarkan dua teks sastera iaitu “Puitika Sastera Melayu (2000)” karya Muhammad Haji Salleh dan karya “Erti Keindahan dan Keindahan Erti (1994)” oleh Braginsky. Dalam penganalisian dilakukan terdapat tiga 18. FYP FTKW. moral. Pantun merupakan indentiti masyrakat Melayu kerana pantun adalah karya sastera asli.

(25) sendiri. Apabila terus ditelusuri perbezaan tersebut adalah disebabkan perbezaan pendekatan. Hal ini dimana Braginsky bersandar kepada idea Yury Tynyanov yang mementingkan aspek deskripsi tekstual yang dihubungkan sokongan sumber Islam, manakala Muhammad Haji Salleh yang tidak bersandarkan sokongan sumber agama Islam. Analisis yang dibuat oleh pengkaji adalah sebuah analisis kepustakaan, manakala perbincangan dibuat secara deskriptif. Hasil analisis pengkaji mendapati dua gagasan tersebut menjadi asas akademik dalam memahami makna keindahan dalam kesusasteraan Melayu melalui perspektif yang berbeza. Dapatan kajian Braginsky menghasilkan komunikasi yang signifikan antara teks dengan agama Islam sebagai asas utama yang membentuk dan memancarkan keindahan. Sementara itu, Muhammad Haji Salleh menemukan hubungan tekstual teks dengan warisan bangsa Melayu sebagai terasnya. Kesimpulannya, jurus pandang antara Braginsky dan Muhammad Haji Salleh menunjukkan tiga asas yang dominan iaitu warisan Melayu, tekstual teks dan unsur Islam yang mempengaruhi dan memancarkan keindahan dalam kesusasteraan Melayu. Selepas itu, Hasni Raudati (2018) dalam Jurnal Online yang bertajuk “Nilai-nilai Edukatif Dalam Tunjuk Ajar Melayu Karya Tenas Effendy (Kajian Sosiologi Sastra). Kajian ini membincangkan nilai-nilai edukatif yang terdapat dalam pantun “Tunjuk Ajar Melayu karya Tenas Effendy. Antara nilai-nilai edukatif yang terdapat dalam karya Tenas Effendy ialah nilai agama, nilai moral, nilai sosial dan nilai budaya. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah kualitatif deskriptif. Hasil daripada data yan diperoleh mendapati karya Tenas Effendy iaitu Tunjuk Ajar Melayu mengutamakan pendidikan moral tentang sikap dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan peribadi atau pun bermasyarakat. Manakala, pemerolehan data yang diperolehi dalam pantun “Tunjuk Ajar Melayu” karya Tenas Effendy yang merupakan sebuah karya pantun nasihat. Bukan itu sahaja, karya Tenas Effendy juga membincangkan pendidikan moral dalam kehidupan seseorang individu mahupun kelompok masyarakat. Jelaslah, nilai edukatif yang paling dominan atau menyerlah dalam kajian ini ialah nilai edukatif moral. Hasil daripada penelitian mendapati dan disimpulkan bahawa pantun Tunjuk Ajar Melayu ini termasuk jenis pantun nasihat. Pantun-pantun tersebut merupakan media tunjuk ajar yang dilakukan oleh orang-orang tua Melayu sebagai bentuk didikan agar keturunannya menuruti segala nasihat yang tersirat dengan baik. Seterusnya, Norazimah Zakaria (2015) dalam Jurnal Peradaban Melayu yang bertajuk “Penghayatan Nilai Murni Dalam Pembangunan Modal Insan Melalui Kesusasteraan Melayu Tradisional”. Kajian ini membincangkan mengenai nilai dan budaya Melayu yang menjadi asas pembentukkan masyarakat dalam kesusasteraan Melayu Tradisional. Perkara yang utama dibincangkan adalah mengenai adab-adab Melayu yang amat menitikberatkan nilai19. FYP FTKW. perbezaan yang jelas bagi cara mengkonsepsikan keindahan dan konsep keindahan itu.

(26) masyarakat Melayu amat menjaga adab-adab mereka sehingga kini bahkan masih lagi utuh serta sinonim. Oleh yang demikian nilai, budaya, dan adat Melayu adalah aspek yang terpenting kemelayuan dalam masyarakat Melayu. Pada kesimpulannya, pengkaji melontarkan pendapat agar nilai bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan dikembangkan untuk membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan aman. Selanjutnya, Syahidatul Syahadah Yusof dan Muhd Norizam Jamian (2020) dalam Jurnal Melayu Sedunia yang bertajuk “ Penaakulan Moral dalam Pantun Pak Nazel 101 Perkara”. Kajian ini membincangkan mengenai penaakulan moral dalam pantun Melayu berdasarkan buku Pantun Pak Nazel 101 Perkara karya Nazel Hashim Mohammad (2012). Pengkaji mengkaji fungsi pantun dan nilai yang dibawa oleh pantun itu sendiri. Antara fungsi pantun ialah menyampaikan nasihat, didikan dan pengajaran termasuklah mempunyai unsur moral. Dalam kajian ini, sebanyak 1045 buah pantun dijadikan sebagai data kajian. Manakala, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis unsur-unsur moral yang terdapat dalam pantun Melayu. Analisis dilakukan melalui teknik pentafsiran dan penganalisian bersandarkan perspektif penaakulan moral yang mengandungi empat elemen iaitu pemikiran rasional, pemikiran optimis, pemikiran normatif dan pemikiran bijaksana. Intihannya, pantun merupakan warisan tradisi lisan yang melambangkan kebijaksanaan orang Melayu dalam menyampaikan sindiran, jenaka, nasihat dan pelbagai lagi unsur moral yang lain. Secara keseluruhannya, Pantun Pak Nazel 101 Perkara merupakan pantun yang menjadi wadah didaktik. Kandungan kumpulan pantun ini sarat dengan unsur-unsur nasihat dan nilai moral yang tinggi bertujuan untuk menyedarkan masyarakat sepanjang zaman. Selepas itu, Mohd Firdaus Che Yaacob’ dan Normaliza Abd Rahim (2016) dalam Jurnal Pembangunan Perniagaan dan Sosial yang bertajuk “Nilai Baik Hati Menerusi Cerita Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu”. Kajian ini membincangkan mengenai cerita rakyat yang merupakan khazanah sastera Melayu yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Cerita rakyat ini juga disampaikan secara lisan yang sarat dengan perutusan nilai. Cerita rakyat adalah sebuah cerita yang mengandungi pelbagai nilai-nilai yang dapat membentuk seseorang pembaca mempunyai kepribadian yang baik. Pengkaji juga menekankan cerita rakyat adalah salah satu medium perantaraan dalam mendidik masyarakat mengenai nilai-nilai moral yang baik. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan kenalpasti dan menganalisis nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu, khususnya kepada masyarakat Melayu. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu bagi memantapkan lagi kajian yang dihasilkan. Hasil kajian mendapati cerita rakyat mempunyai hampir keseluruhan nilai baik hati iaitu nilai yang amat penting dalam kalangan masyarakat. 20. FYP FTKW. nilai murni di dalamnya. Adab dan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan kerana.

(27) Sastra dan Pembelajaran yang bertajuk “Struktur Dan Nilai-Nilai Pendidikan Ketakwaan Dalam Tunjuk Ajar Melayu Versi Tenas Effendi”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan menjelaskan nilai pendidikan dan bentuknya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif, dimana pengkaji mengambil salah satu topik dalam Tunjuk Ajar Melayu karya oleh Tenas Effendi iaitu “Ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa”. Selain itu, pengkaji mengumpul data dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil kajian yang dijalankan tersebut mendapati bentuk karya “Tunjuk Ajar Melayu” mempunyai watak yang sama dengan puisi lama seperti ekspresi terdiri dari 2 hingga 7 baris per bait puisi. Dalam aspek pendidikan nilai- nilai yang ditekankan dalam karya tersebut adalah aspek agama “ketakwaan Tuhan”. Kesimpulannya, nilai pendidikan dalam karya Tenas Effendi iaitu “Tunjuk Ajar Melayu” mempunyai banyak unsur moral ketakwaan. Selain itu, Hamsiah Juki dan Che Ibrahim Salleh (2017) dalam Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) yang bertajuk “Kesantunan Pantun Melayu Sarawak (The Politeness Words Of Sarawak Malay’s Pantun)”. Kajian ini membincangkan mengenai kesantunan merupakan darah daging dalam budaya dan kehidupan orang Melayu. Kesantunan dapat ditafsirkan dalam dua keadaan iaitu secara lisan dan penulisan. Pantun melayu Sarawak adalah pantun yang digunakan semasa majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian dan sebagainya. Dalam kajian ini, sebanyak 35 rangkap pantun telah dipilih dan kajian telah dijalankan di beberapa buah kampung dan mendapati Kampung Sejaie iaitu salah sebuah kampung yang terletak di Kota Samarahan masih mengamalkan budaya bermukun iaitu menggunakan pantun sebagai bahan utama semasa bermukun. Walau bagaimanapun, budaya bermukun semakin menipis dalam kalangan masyarakat dan secara tidak langsung lebih menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian yang berfokuskan unsur santun yang digunakan dalam mengekalkan budaya dan khazanah lama yang semakin menghilang di dunia iaitu pantun Melayu Sarawak tersebut. Objektif kajian yang diambil oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti bentuk pantun Melayu Sarawak, membincangkan unsur kesantunan dalam pantun Melayu Sarawak dan akhir sekali, bahagian rumusan, pengkaji telah merumuskan kesantunan pantun Melayu Sarawak dari segi makna asal dan kiasan. Selepas itu. Nurul Raihana Abdullah dan Norila Md Salleh dalam Jurnal Peradaban Melayu yang bertajuk “Peranan Watak Utama Menerusi Penonjolan Nilai-Nilai Murni Kbsm Dalam Teks Komsas Novel Songket Berbenang Emas”. Kajian ini mengambil Novel Komponen Kesusasteraan (KOMSAS) yang berjudul “Songket Berbenang Emas” menjadi bahan kajian utama dalam artikel dalam kajian ini. Perbincangan yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai nilai murni melalui watak utama dalam karya tersebut iaitu Dahlia. 21. FYP FTKW. Seterusnya, Yanti Sumarsih, Syahrul Ramadhan dan Auzar (2014) dalam Jurnal Bahasa,.

(28) enam kriteria yang perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memilih mana-mana teks sebelum dijadikan sebagai bahan pendidikan di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, pada peringkat pemilihan, para panel penilai novel KOMSAS telah mengenal pasti nilai-nilai murni secara rambang dan subjektif tanpa dibekalkan sebarang instrumen yang khas untuk mengenal pasti nilai-nilai murni (Abdul Halim Ali,2016). Selain itu, pengkaji menggunakan model pendekatan pendidikan karakter oleh Thomas Lickona yang menyentuh mengenai pentakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Pada akhir kajian mendapati pengkai mengkategorikan nilai-nilai murni KBSM mengikut hierarki yang ditetapkan. Selanjutnya, Kasmaizun Enuni Mohd sarji dan Kamariah Kamarudin (2017) dalam Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) yang bertajuk “Nilai Islam Dalam Teks Misa Melayu”. Kajian ini mengkaji tentang nilai Islam adalah nilai yang penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap manusia yang beragama Islam agar mendapat keredhaan daripada Sang Pencipta. Pengkaji menggunakan Teori Takmilah dalam menganalisis nilai-nilai Islam dalam Hikayat Misa Melayu. Selain itu, dapatan kajian pula pengkaji menggariskan aspek penting dalam kerangka pemikiran keagamaan seperti akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Di samping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2004 ; 1081) yang menyatakan nilai merupakan darjat, kualiti, mutu, taraf, sifat ketinggian pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Ke semua nilai Islam yang ditemui telah dianalisis oleh pengkaji menggunakan Teori Takmilah yang dapat memenuhi ke semua aspek prinsip yang berunsurkan Islam dalam Hikayat Misa Melayu. Pemilihan teori difikirkan sesuai oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian iaitu menganlisis nilai Islam memandangkan teori Takmilah merupakan teori tempatan yang berpegang kepada suatu kepentingan tauhid yang telah diperkenalkan oleh seorang tokoh sastera iaitu Shafie Abu Bakar (SAB). Dalam bahagian analisis dan perbincangan pengkaji telah menggariskan aspek akidah, ibadah dan akhlak yang diterapkan dalam teks Misa Melayu iaitu beriman kepada qada dan Qadar, solat, berdoa, khutbah, menghormati orang yang lebih tua, suka menderma dan adil. Kesimpulannya, hampir ke semua tema dan persoalan dalam teks Misa Melayu yang dikaji meliputi pelbagai aspek akidah, ibadat dan akhlak yang merangkumi rukun iman dan perkara yang menyentuh tentang ketauhidan kepada Allah SWT dalam membawa khalayak pembaca ke arah menjadi insan al-kamil dan sentiasa bertakwa dan beriman kepada Allah SWT. Seterusnya, Dewiyani Mulyaning Tyas (2013) dalam menyiapkan Sarjana Pendidikan yang bertajuk : “Pengembangan Buku Pengayaan Menulis Pantun Berbasis Nilai-Nilai Karakter Bagi Siswa Kelas 4”. Kajian ini membincangkan mengenai realiti dunia pendidikan karakter dalam mengintegrasikan nilai-nilai karakter dalam menulis pantun di kelas 4. Pada 22. FYP FTKW. Dalam bahagia pernyataan masalah, Ariff Mohamad (2009) telah mencadangkan sebanyak.

(29) yang sedia ada, keperluan pelajar dan guru terhadap buku pengayaan menulis pantun dan sebagainya. Pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan dengan menganalisis data menggunakan analisis deskriptif kualitatif melalui pemaparan data dan simpulan data. Pada akhir kajian ini, pengkaji menyatakan saranan kepada guru dan pelajar secara khususnya agar memilih buku-buku yang memiliki nilai-nilai karakter sebagai bahan bacaan. Selepas itu, Nurfitriana Maulidiah, Herman J Waluyo dan Slamet Subiyantoro dalam Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia yang bertajuk “Nilai Pendidikan Dalam Syair Kesenian Tundang Mayang Karya Eddy Ibrahim”. Kajian ini meneliti untuk mendeskripsikan nilai-nilai pendidikan dalam syair kesenian “Tundang Mayang” karya Eddy Ibrahim. Pengkaji menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan data yang digunakan dalam penelitian ini adalah berjudul Pesparawi Bangun Kebersamaan, Pancasila itu Sakti dan Formula Tepat Mendidik Anak Menjadi Cerdas dalam karya Eddy Ibrahim. Dalam penelitian yang dilakukan, pengkaji juga meneliti video pementasan Tundang Mayang. Penelitian ini digunakan untuk mengumpul data dari penggunaan kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil daripada penelitian yang dibuat oleh pengkaji menunjukkan terdapat nilai pendidikan sosial, agama dan budaya dalam Syair kesenian Tundang Mayang karya Eddy Ibrahim. Selepas itu, Hanafi, Fatimi, Ismail dan Mohd Zamani (2006) dalam Jurnal Melayu Sedunia yang bertajuk “Penghayatan Nilai-Nilai Murni Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia”. Kajian ini membincangkan penghayatan nilai-nilai murni antara masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India di Malaysia. Perkara utama yang dibincangkan adalah usaha untuk membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang dan harmoni tanpa mengamalkan diskriminasi dalam sesebuah kelompok atau komuniti. Oleh yang demikian, Malaysia telah menggariskan beberapa dasar iaitu Dasar Integrasi Nasional agar usaha untuk kerajaan membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang berjaya direalisasikan. Walaupun demikian, banyak kejadian yang telah menjurus kearah negatif di mana gejala sosial dalam kalangan masyarakat dan kaum kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Dalam kajian ini, pengkaji amat menekankan pendidikan ilmu secara menyeluruh agar ketandusan dari segi penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat dapat dielakkan. Oleh yang demikian, penghayatan nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap ujaran agama yang wujud di dunia dan masyarakat Malaysia perlulah menerapkan nilai-niali moral ini dalam kehidupan mereka secara peribadi. Seterusnya, Cho Min ung dan Mat Zaidi Hussein (2020) dalam Jurnal Puitika yang bertajuk “Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat dari Perspektif Budaya Dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu”. Kajian ini mengkaji tentang pantun Melayu Tradisional mengungkapkan. 23. FYP FTKW. bahagian rumusan, mengkaji menyatakan masalah yang meliputi kondisi buku-buku pantun.

(30) Bukan itu sahaja, pantun berfungsi memancarkan idea dan pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun. Dalam merangka pantun penggunaan unsur yang akrab dengan masyarakat Melayu digunakan seperti menggunakan latar alam sebagai pembayang atau maksud. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian ini ialah kaedah perpustakaan dimana pengkaji meneliti bahan-bahan rujukan dan teks-teks yang berkaitan dengan kajian. Setelah itu, pengkaji menyatakan fungsi-fungsi pantun dalam masyarakat Melayu. Intihannya. Pengkaji menyatakan luahan apabila tradisi berpantun dalam masyarakat Melayu sekarang sekarang hampir luput dan tidak dipedulikan. Setelah itu, Kamsiah Abdullah (2014) dalam Jurnal Pengajian Melayu yang bertajuk “Puisi Intan : Satu Kajian Tentang Penerapan Pengajaran Sastera Dalam Bahasa Melayu”. Kajian ini membincangkan mengenai Puisi Intan dimana pengkaji meletakkan sendiri nama samarannya terhadap puisi serta memasukkan suatu genre yang dikenali sebagai “diamond poems” yang mempunyai nama yang “intan” atau “berlian” yang menyerupai bentuk permata yang bergemerlapan. Kajian ini juga memfokuskan tentang proses pengajaran puisi kepada para peserta Program Sarjana Pendidikan (PDCM). Ketika proses pengajaran dijalankan, pensyarah menerangkan ciri-ciri khas puisi intan tersebut seperti bentuknya yang seperti potong wajik ataupun bentuk inta, bilangan perkataan yang terhad bergantung pada bentuk dan kaitan makna dalam setiap baris. Seterusnya, pengkaji menyatakan bagaimana inin mencipta sebuah puisi intan iaitu mencari dua perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan, berpasangan dan seerti. Banyak pengajaran diperolehi dalam puisi intan ini yang dapat memberi pengajaran kepada pencipta dan pembaca puisi intan. Selain itu, pengkaji juga menggariskan nilai pengajaran Puisi Pantun agar dapat diterapkan kepada pelajar Diploma Pengkhususan Bahasa Melayu. Jelaslah, banyak pengajaran dan nilai yang baik dalam puisi intan ini dan amat sesuai diajar kepada peserta Program Sarjana Pendidikan (PDCM). Seterusnya, Nur Rahmawati, Chairil Effendy dan Sukanto (2015) yang berjudul “Struktur Dan Fungsi Pantun Cucor Mawar Pada Upacara Perkawinan Masyarakat Melayu Mempawah”. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui struktur dan fungsi pantun Mawar pada upacara perkawinan. Skop kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah hanya masyarakat Melayu Mempawah sahaja. Metode yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah menganalisis data dan data diperoleh daripada catatan lapangan, video dan lainnya. Kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk mendeskripsikan hasil analisis yang sesuai dengan masalah iaitu tentang struktur dan fungsi pantun. Manakala, pengkaji menggunakan pendekatan struktural dalam melakukan setiap penelitian. Pendekatan struktural bertolak dari asumsi bahawa karya kreatif memiliki otonomi penuh yang harus dilihat sebagai suatu bentuk 24. FYP FTKW. nilai dan budaya tradisi, persoalan cinta dan kasih sayang, konsep jenaka dan sebagainya..

(31) Manakala, teknik pengumpulan data adalah. melalui pemerhatian dan kajian lapangan. Teknik yang digunakan oleh pengkaji juga menganalisis data dan interpretasikan data. Akhir sekali, hasil analisis data menunjukkan pantun Cucor Melayu mempunyai rima, irama dan makna yang terkandung dalam pantun Cucor Mawar. Selanjutnya, Rashidah Mohd, Saedah Siraj dan Zaharah Hussin (2018) dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu yang bertajuk “Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi Dalam PembangunanModul Pengajaran Pantun Melayu Berasaskan Maksud Al-Quran Mengenai Keindahan Flora, Fauna Dan Langit Tingkatan 2”. Kajian ini adalah bertujuan untuk membawa kesepakatan dalam pakar Bahasa Melayu tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan langit untuk meninggalkan kemahiran mencipta pantun Melayu berdasarkan pantun yang berkonsepkan jenaka, pantun teka-teki dan juga pantun sindiran yang berasaskan maksud Al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan aplikasi Fuzzy. Manakala, objektif kajian ialah untuk memperolehi jenis-jenis pantun, ciri-ciri reka bentuk dan sebagainya. Dapatan kajian memamparkan kesepakatan kumpulan pakar yang bersetuju dengan kesemua item. Pada hasil kajian mendapati,. Modul. Pengajaran. Pantun. Melayu. yang. berasaskan. Al-Quran. yang. membincangkan unsur flora, fauna dan langit tingkatan 2 dihasilkan mempunyai nilai pengajaran yang tinggi. Pada bahagian kesimpulan, pengkaji meluahkan pendapat bahawa modul ini boleh dijadikan panduan bahan mengajar komponen sastera (KOMSAS) sekolah menengah. Selepas itu, Nazirah Ismail dan Noor Azam Abdul Rahman (2018) dalam Jurnal Sains Insani yang bertajuk “NIlai Peradaban Melayu Dalam Pantun Peranakan Baba”. Kajian ini membincangkan mengenai pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui Pantun Peranakan Baba pelbagai nilai dan pengajaran dapat diperolehi kerana pantun itu sendiri berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan nasihat, menegur dan mengajar masyarakatnya kearah peribadi yang mulia. Kajian ini merungkaikan nilai peradaban Melayu yang terdapat dalam Pantun Peranakan Baba yang terhad kandungannya. Masyarakat Peranakan Baba merupakan subetnik cina yang terhasil daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Oleh itu, Peranakan Baba mengalami proses akulturasi dengan nilai masyarakat Melayu. Pengkaji telah menggariskan aspek nilai-nilai dalam penciptaan pantun oleh masyarakat Peranakan Baba. Bukan itu sahaja, pengkaji juga memfokuskan objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai-nilai tamadun Melayu yang dominan digunakan dalam pantun Peranakan Baba. Kajian ini juga menggunakan analisis kaedah analisis makna perkataan dan ayat yang terdapat dalam pantun yang dipilih iaitu “Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat (1990 an – 1930 an)” yang disusun oleh Ding 25. FYP FTKW. yang dapat berdiri sendiri (Semi 2012:84)..

(32) terdapat di Malaysia. Selepas itu, Mohd Firdaus Che Yaacob (2015) peringkat Ijazah Master Sastera yang bertajuk “Nilai-Nilai Murni Dalam Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia”. Kajian ini membincangkan mengenai aspek nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kajian ini adalah untuk memaparkan kembali nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Pada objektif kajian pengkaji menganalisis nilai-nilai murni dan merumuskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita Rakyat Melayu dalam buku Seuntai Himpunan 366 cerita Rakyat Malaysia (2013). Dalam bahagian penelitian dan penghuraian, pengkaji menggunakan empat konsep asas Falsafah Pendidikan yang merangkumi konsep menjana mida, emosi, rohani dan banyak lagi. Pengkaji menggunakan pendekatan analisis kandungan kualitatif dalam proses menyiapkan kajian. Intihan, dapatan kajian menunjukkan cerita Rakyat Melayu sememangnya sarat dengan nilai-nilai kebudayaan Melayu sehingga dapat membentuk kepribadian yang baik terhadap khalayak. Seterusnya, Nisdawati, Atmazaki dan Hasnah Faizah (2015) dalam Jurnal Bahasa , Sastra dan Pembelajaran yang bertajuk “ NIlai-Nilai Dalam Teks Cerita Panglimo Awang Pada Tradisi Bukoba. Masyarakat. Melayu. Pasir. Pengaraian”.. Secara. keseluruhan,. kajian. ini. membincangkan mengenai kisah Panglimo Awang yang merupakan sastera lisan dan periwayatan mengenai Panglimo Awang adalah tradisi budaya Melayu yang berlaku di Pasir Pengaraian. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis nilai-nilai yang terdapat dalam Panglimo Awang. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah analisis deskriptif dimana pengkaj imenganalisis setiap kandungan teks dengan teliti. Hasil kajian yang dijalankan mendapati pelbagai bentuk nilai budaya serta pendidikan diperolehi melalui teks Panglimo Awang seperti nilai budaya antara sesame manusia seperti nilai bertanggungjawab, nilai kedua ialah keagamaan iaitu percaya kepada Tuhan, nilai-nilai pendidikan seperti bertanggungjawab dan keempat ialah nilai keprihatinan. Pengkaji juga menjelaskan bahawa Koba merupakan salah satu bentuk sastera lisan yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu yang diiringi dengan alat muzik. Pada bahagian kesimpulan, pengkaji menyarankan agar nilai-nilai budaya dan pendidikan yang terdapat dalam teks Panglimo Awang perlu disarankan kepada pembaca untuk menerapkan dalam kehidupan sehari-hari. Selanjutnya, Norhidayati Ismail (2013) melalui tesis di peringkat Ijazah Master Sastera yang bertajuk “Lambangan Dan Kesantunan Wnita Melayu Dalam Pantun”. Secara keseluruhan kajian ini membincangkan mengenai corak kehidupan dan cara hidup wanita Melayu amat berbeza pada masa kini dan dahulu kala. Akibat daripada arus pemodenan yang. 26. FYP FTKW. Choo Ming. Hasil kajian mendapati pembentukkan nilai kebersamaan antara kaum yang.

(33) terdahulu. Kesopanan dan kesantunan wanita Melayu selalu diangkat di dalam Pantun Melayu dalam setiap bait-bait rangkapnya. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan kaedah analisis teks pantu Melayu dengan menganalisis lambing wanita Melayu yang terdapat dalam pantun Kumpulan Pantun Melayu dan teks pantun Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Nilai kesopanan dan kesantunan yang terkandung dalam teks-teks pantun telah dipaparkan dan diunggah oleh pengkaji agar nilai santun yang mungkin dilupakan oleh masyarakat dapat di ingati kembali dan terus kekal tumbuh dalam diri setiap wanita Melayu. Selepas itu, Zurakintan Abdul Razak dan Che Ibrahim Salleh dalam Jurnal Anatarbangsa Dunia dan Tamadun Melayu yang bertajuk “Pemikiran Melayu Tentang Ilmu Dan Adab Dalam Puisi Melayu Tradisional”. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan mengenai konsep pemikiran Melayu yang berkait rapat dengan Ilmu dan Adab yang dikupas melalui puisi Melayu Tradisional iaitu pantun, peribahasa, dan syair. Pengkaji menyatakan pemikiran Melayu adalah merangkumi aspek-aspek persoalan, pengajaran yang terjadi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Pengkaji juga memasukkan konsep-konsep ilmu dan adab agar dapat dibincangkan secara lebih menyeluruh. Pada kesimpulannya, pengkaji menegaskan agar masyarakat Melayu itu amat menjaga dan mementingkan ilmu pengetahuan dan perihal adab kerana pemikiran bangsa Melayu mempunyai hubungan yang saling melengkapi. Setelah itu, Muhammad Irfan Nyia Abdullah (2013) dari Universiti Sains Malaysia yang bertajuk “Budaya Dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh : Kajian Teori Sastera Budaya”. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis puisi-puisi Muhammad Haji Salleh dan memperlihatkan aspek-aspek budaya yang terkandung dalam puisi-puisi tersebut. Antara aspek yang dikaji adalah berdasarkan 3 tema iaitu manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Hasil kajian mendapati puisi Muhammad Haji Salleh mengajak khalayak mengamalkan ‘budaya perubahan pemikiran’ supaya mampu bersaing di persada dunia dan menggambarkan kekaguman beliau terhadap bangsa barat yang mementingkan budaya ilmu. Kajian ini membawa mesej tentang nilai-nilai positif budaya kerja bangsa Jepun yang jauh lebih baik daripada bangsa Barat yang sepatutnya dijadikan model oleh bangsa dunia. Seterusnya, Jumali Hj Selamat (2009) dalam Jurnal Personalia Pelajar yang bertajuk “Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu Dalam Menjaras Ribut Menerusi Pendekatan Dakwah”. Secara keseluruhan, kajian ini memfokuskan analisis terhadap karya remaja yang melihat kehidupan manusia dan lingkungan sosialnya serta ketakwaan kepada Allah. Analisis yang. 27. FYP FTKW. terus maju sedikit sebanyak telah melunturkan nilai kesantunan yang ada pada wanita Melayu.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seperti kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji mengenai analisis penggunaan kesan bunyi dalam filem seram Munafik ini mempunyai objektif yang tersendiri.. Objektif ini perlu

Berdasarkan dapatan kajian, majoriti bakal guru menyedari bahawa aplikasi kemahiran peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu adalah sesuatu

Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan guru terhadap penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dengan

Hanya peserta kajian yang berpengalaman menjalankan kaunseling gay dan lesbian serta memiliki kriteria persampelan yang diperlukan dipilih untuk ditemu bual oleh pengkaji

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengambil tiga buah lagu daripada kesemua lagu Aman Ra bagi mengkaji representasi sosial yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut

Oleh itu, objektif kajian ini adalah menilai tahap pengetahuan guru melayu dalam aspek sintaksis Bahasa Arab, dan mengenalpasti tajuk sintaksis yang menjadi

2018 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Melayu tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan

Namun begitu, kerana reputasi objektif yang dimiliki oleh kajian kolonial ini, pengkaji moden tentang Islam di Tanah Melayu telah menjadikan bahan milik kolonial ini sebagai