• Tiada Hasil Ditemukan

Imuniti kelompok semula jadi bukan kaedah terbaik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Imuniti kelompok semula jadi bukan kaedah terbaik"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Penularan COVID-19

Jika kita fokus kepada imuniti berkelompok secara semula jadi yang dilaksanakan beberapa negara termasuk

di Eropah, ia

sebenarnya bukan satu dasar yang baik kerana mempertaruhkan nyawa orang awam.

Dr Sharifah Azura Salleh, Pakar Mikrobiologi Perubatan dan Ketua Unit Kawalan Infeksi, HUKM

Imuniti kelompok semula jadi bukan kaedah terbaik

Program

vaksinasi lebih selamat, kurang berisiko

kepada rakyat

Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur:Kebergantungan kepada imuniti kelompok secara semula jadi bukan kaedah terbaik menghentikan rantaian penula- ran jangkitan COVID-19 kerana ia meningkatkan risiko kematian dan berpotensi melumpuhkan sis- tem kesihatan negara sekiranya kes melonjak secara mendadak.

Pakar Mikrobiologi Perubatan dan Ketua Unit Kawalan Infeksi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sharifah Azura Salleh, berkata disebabkan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk men- jalankan program vaksinasi ke- rana ia lebih selamat dan kurang berisiko kepada rakyat.

“Malaysia menyasarkan untuk mencapai imuniti berkelompok, tetapi kita menggunakan kaedah vaksinasi kerana kerajaan me- ngutamakan keselamatan rakyat.

“Jika kita fokus kepada imuniti berkelompok secara semula jadi yang dilaksanakan di beberapa negara termasuk di Eropah, ia sebenarnya bukan satu dasar yang baik kerana mempertaruh- kan nyawa orang awam.

“Jika berjaya, individu dijang- kiti itu ada peluang untuk sembuh tetapi jika ia tidak berhasil, me- reka berdepan risiko kematian,”

katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan agensi beritaAgence France-Presse(AFP) mengenai kes jangkitan harian di India pada minggu ini yang men- catatkan angka terendah dalam tempoh lapan bulan dengan kadar kes kematian juga menurun ke- pada dua angka.

Pakar virologi di India berpan- dangan ada kemungkinan anti- bodi bekas pesakit COVID-19 yang membentuk imuniti kelompok, se- kali gus menyumbang kepada pe-

nurunan kes di negara itu.

Dr Sharifah Azura yang juga Pensyarah Perubatan Kanan di HUKM berkata, negara Eropah se- perti Switzerland dan Sweden per- nah mengambil langkah sama me- mutuskan kaedah imuniti kelom- pok semula jadi pada musim se- juk, tetapi ia tidak berhasil hingga memaksa pelaksanaan perintah berkurung bagi menurunkan ju- mlah kes yang terus melonjak.

Katanya, sukar membanding- kan keperluan imuniti berkelom- pok bagi sesebuah negara kerana ada perbezaan daripada pelbagai aspek termasuk lokaliti, infras- truktur, ekonomi serta kepadatan penduduk.

“Sangat sukar membuat per- bandingan antara negara, apatah lagi dengan India kerana kawa- sannya jauh lebih luas berbanding Malaysia dengan kaedah kawalan juga berbeza-beza.

“Apa yang perlu kita fokuskan adalah memastikan sasaran mem- peroleh imuniti berkelompok ter- capai dengan memastikan seku- rang-kurangnya 80 peratus rakyat di negara ini dibekalkan vaksin COVID-19,” katanya.

Beliau menjelaskan, masyara- kat perlu mengambil serius ke- perluan untuk mereka mengikuti program vaksinasi kerana ia sa- tu-satunya kaedah terbaik men- capai imuniti berkelompok dan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di seluruh negara.

“Apa yang penting rakyat Ma- laysia kena terima program vak- sinasi yang akan dijalankan. Ra- mai yang takut dan ragu-ragu (me- nerima suntikan), tetapi perlu di- fahami sekiranya kita gagal men- capai sasaran 80 peratus yang di- vaksin, jangkitan wabak ini akan terus berlaku dan sukar dihen- tikan,” katanya.

AUTHOR: Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my SECTION: NASIONAL PAGE: 6 PRINTED SIZE: 383.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 12,731.00 ITEM ID: MY0042770822

Page 1 of 2 08 FEB, 2021

Penularan COVID-19 Imuniti kelompok semula jadi bukan kaedah terbaik

Berita Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Program vaksinasi lebih selamat, kurang berisiko kepada rakyat

Kuala Lumpur: Kebergantungan kepada imuniti kelompok secara semula jadi bukan kaedah terbaik menghentikan rantaian penularan jangkitan COVID-19 kerana ia meningkatkan risiko kematian dan berpotensi melumpuhkan sistem kesihatan negara sekiranya kes melonjak secara mendadak.

AUTHOR: Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my SECTION: NASIONAL PAGE: 6 PRINTED SIZE: 383.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 12,731.00 ITEM ID: MY0042770822

Page 2 of 2 08 FEB, 2021

Penularan COVID-19 Imuniti kelompok semula jadi bukan kaedah terbaik

Berita Harian, Malaysia

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kuala Lumpur: Kerajaan dilihat bergerak ke arah usaha pemerkasaan pensijilan halal, termasuk mencari kaedah terbaik dalam memberi kuasa sewajarnya kepada Jabatan Kemajuan Islam

Oleh yang demikian, kriteria yang terdapat pada filem ι-karagenan terpegun dengan pewarna campuran semula jadi menunjukkan ia berpotensi untuk digunakan sebagai sensor

Oleh itu, penghasilan pasu yang mempunyai ekstrak bawang putih, pandan dan pasli digunakan sebagai bahan penghalau serangga kerana produk semula jadi ini menunjukkan

Doktor Falsafah Bukan hiasan di dalam kaca Bukan gelaran jadi pembeza Tapi denai mencari Yang Esa Kerana ilmu bukan milik kita untuk tegak mendabik dada.

380 kepada warga universiti pada masa kini kerana mereka perlu memikirkan pendekatan atau kaedah yang terbaik bagi memastikan universiti dapat melahirkan graduan

Rajah di bawah menunjukkan pelbagai kaedah kitar semula yang boleh dilakukan untuk mengitar semula polistirena. Recycling Method Kaedah-Kaedah Kitar

Kuala Lumpur: Banjir teruk mem- bawa lumpur yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung sejak seminggu lalu, bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya di- burukkan

Bagaimanapun, pelaksanaan PKP dalam membendung pandemik COVID-19 yang menjadi ancaman besar kepada kesihatan awam dan ekonomi kali ini masih perlu diperhalusi, terutama faktor