• Tiada Hasil Ditemukan

AMIN AFIFI TEKAD RENTAS CONTINENTAL DIVIDE GUNA KERUSI RODA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "AMIN AFIFI TEKAD RENTAS CONTINENTAL DIVIDE GUNA KERUSI RODA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

4/23/2018 USM News Portal - AMIN AFIFI TEKAD RENTAS CONTINENTAL DIVIDE GUNA KERUSI RODA

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5101-amin-afifi-tekad-rentas-continental-divide-guna-kerusi-roda 1/2

Amin Afifi Ismail, 29, tekad memulakan ekspedisi solo merentas Continental Divide, Alaska ke Mexico bermula 21 September ini dengan menggunakan kerusi roda.

“Pengembaraan ini yang mungkin akan mengambil masa sehingga setahun ini akan saya lakukan secara solo bagi mencabar kemampuan diri sendiri dan membuktikan bahawa orang seperti saya juga mampu untuk lakukannya,” kata Amin Afifi yang sungguh bersemangat dalam misi ini dan berharap semua pihak untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau sepanjang ekspedisi ini.

Amin Afifi, graduan Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) ditimpa kemalangan pada tahun 2007 dan menyebabkan kedua-dua belah kakinya lumpuh Pada tahun 2016 pula, kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke paras peha kerana kanser tulang (Osteosarcoma).

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

AMIN AFIFI TEKAD RENTAS CONTINENTAL DIVIDE GUNA KERUSI RODA

11 AUG

(2)

4/23/2018 USM News Portal - AMIN AFIFI TEKAD RENTAS CONTINENTAL DIVIDE GUNA KERUSI RODA

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5101-amin-afifi-tekad-rentas-continental-divide-guna-kerusi-roda 2/2

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya terutamanya PPIP dan semua pusat-pusat tanggungjawab lain yang membantu sehingga saya dapat bergraduasi pada tahun ini walaupun dalam jangka masa yang panjang,” kata Amin Afifi ketika hadir bagi menerima kusyen khas bernilai RM2,448.60 sumbangan dari Tabung Inovasi Untuk Komuniti (INNO4C) di bawah kelolaan Bahagian Jaringan dan Industri (BJIM) USM dan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Anak kelahiran Johor ini sangat bersyukur dengan segala kemudahan yang telah disediakan oleh USM terutamanya kemudahan-kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) di dalam kampus.

Menurut Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) PPIP, Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, pihak kami beruntung kerana mempunyai staf yang sangat berdedikasi dalam membantu Amin Afifi dan juga mendapat sokongan yang baik daripada Dekan PPIP dan juga mantan Dekan.

“Alhamdulillah, akhirnya Amin Afifi dapat menamatkan pengajian serta menjalankan latihan mengajar di sekolah dengan baik,” tambah Shaik Abdul Malik.

Kusyen khas yang disumbangkan itu adalah sangat diperlukan oleh Amin Afifi selain kerusi roda beliau yang telah uzur. Sebelum itu, pihak INNO4C mempertimbangkan sumbangan kaki palsu kepada Amin Afifi namun ianya boleh memberikan kesan sampingan kepadanya.

Tabung INNO4C ialah satu inisiatif hasil kutipan sumbangan daripada komuniti yang membolehkan golongan kurang berkemampuan mendapat sinar harapan untuk meneruskan kehidupan.

Turut hadir adalah Dekan PPIP, Profesor Dr. Hairul Nizam Ismail dan Pengarah Jaringan Komuniti BJIM, Syed Yusof Syed Kechik.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Melalui ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi idea dan juga data-data yang diperlukan untuk melengkapkan penulisan kajian

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Kakitangan Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd yang telah bersusah payah menyediakan segala kemudahan dan keperluan

Selain itu, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Pendang serta Unit Penyelenggaraan Bangunan yang sudi memberi kerjasama kepada saya

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya dan juga penasihat tesis saya Cik Bebbra Mailin kerana banyak memberikan panduan yang tidak ternilai kepada saya

Oleh hal yang demikian, dengan hati yang terbuka, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat membantu saya,

Di dalam ruangan ini saya ingin mengucapkan penghargaaan dan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak dan individi yang banyak membantu saya di "'dalam menghasilkan

Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat diatas segala usaha dan bimbingan yang diberikan sehingga saya dapat menjayakan projek tni.. Saya juga ingin