• Tiada Hasil Ditemukan

Pakej 1 dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MWac

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pakej 1 dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MWac"

Copied!
1
0
0

Tekspenuh

(1)

NOTIS MAKLUMAN PELAKSANAAN PROGRAM BIDAAN KOMPETITIF BAGI PEMBANGUNAN LOJI JANAKUASA SOLAR PV BERSKALA BESAR (LSS) DI SEMENANJUNG MALAYSIA

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) BAGI PEMILIHAN PEMAJU BERKELAYAKAN & TAPAK PROJEK ---

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) akan menawarkan kuota solar sebanyak 1,000MWac melalui proses bidaan kompetitif di bawah Program LSS@MEnTARI atau Program Large Scale Solar By Malaysian Electricity Industry To Attract RE Investment. Ini merupakan langkah Kerajaan untuk memulihkan dan merangsang ekonomi berikutan penularan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara. Ia juga bertujuan merancakkan pembangunan industri pembekalan elektrik negara khususnya industri tenaga boleh baharu (TBB).

Proses bidaan kali keempat ini menyasarkan kapasiti berjumlah 1,000MWac dengan pakej yang ditawarkan seperti berikut:

Pakej 1 dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MWac. Bagi pakej ini, julat kapasiti yang ditawarkan ialah di antara 10MWac hingga kurang daripada 30MWac; dan

Pakej 2 dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MWac. Bagi pakej ini, julat kapasiti yang ditawarkan ialah di antara 30MWac hingga 50MWac.

Loji-loji janakuasa solar di bawah Program LSS@MEnTARI ini dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023.

Sehubungan dengan itu, ST ingin mempelawa syarikat atau konsortium yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan projek-projek yang berkaitan dengan penjanaan tenaga, memiliki keupayaan teknikal dan kewangan untuk membangunkan, membiayai dan mengoperasi loji janakuasa solar untuk mengambil bahagian dalam proses bidaan kompetitif mengikut kriteria yang ditetapkan dalam dokumen Request for Proposal (RFP).

Dokumen RFP akan dijual mulai dari 31 Mei 2020 sehingga jam 5.00 petang pada 12 Jun 2020 secara dalam talian melalui laman sesawang ST iaitu www.st.gov.my. Bayaran dikenakan sebanyak RM2,000.00 bagi setiap dokumen RFP. Serahan dokumen bidaan yang lengkap adalah sebelum jam 5.00 petang pada 2 September 2020. Mekanisme penyerahan dokumen bidaan akan dimaklumkan melalui laman sesawang ST.

Selaras dengan hasrat Kementerian untuk memastikan pelaburan dalam bidang TBB memberi manfaat kepada rakyat tempatan serta memberikan kesan limpahan serta-merta kepada ekonomi negara, Kerajaan telah menetapkan supaya penyertaan hanya dibuka kepada syarikat-syarikat 100% milik tempatan yang diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia. Syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang berminat untuk menyertai LSS@MEnTARI hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 75% pegangan saham tempatan.

www.st.gov.my lss4@st.gov.my

www.st.gov.my

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan. c) Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman

Bersempena dengan pameran itu, MEDIIU mengambil kesempatan untuk mempromosikan program pengajian Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate) dan Lepasan Ijazah (Postgraduate) di

Projek Akhir Tahun merupakan suatu projek yang agak mencabar di mana setiap pelajar berhadapan dengan pengalaman baru seperti menjalankan analisis di dalam makmal, menganalisis data

Selain itu, kajian kes terhadap ruang dalaman juga perlu di ambilkira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek

Bincangkan Tiga (3) isu yang berkaitan dengan piawai perancangan dalam konteks penyediaan pelan pembangunan projek.'.. (10

Beberapa aspek penting perlu di ambil kira untuk memastikan ruang yang di cadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pelanggan serta keselesaan

Dengan penghasilan Rancangan Perniagaan ini, diharapkan mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang terbabit untuk menyokon dalam melaksanakan projek ini yang

Sampel yang mewakili bahagian abnormal kemudiannya akan dipotong nipis daripada spesimen dan dimasukkan ke dalam kaset tisu berlabel... PEMPROSESAN TISSUE