• Tiada Hasil Ditemukan

“Tamadun dan Peradaban Islam:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "“Tamadun dan Peradaban Islam:"

Copied!
193
0
0

Tekspenuh

(1)

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN

TAMADUN DAN WARISAN ISLAM 2017 (TAWIS 2017)

“Tamadun dan Peradaban Islam:

Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Tarikh: 25 Safar 1439H bersamaan 14 November 2017 (Selasa) Tempat: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Editor:

Rosilawati Mohd Hanapi, Mashitoh Yaacob, Mohamad Sabri Haron, A'dawiyah Ismail, Fariza Md Sham, Nur Asilah Kithuru Mohamed, Zubaidah Mohd Nasir, Siti Salwa Salim, Wan Aishah Wan Mohd Nowalid

& Faris Hariyanto

Anjuran bersama:

(2)

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Diterbitkan oleh

Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia,

Selangor, MALAYSIA bersama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

2017

(3)

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

© Sekretariat TAWIS 2017,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia; Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 2017.

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi dan isi kandungan prosiding ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain yang direka pada masa akan datang sebelum mendapat izin bertulis daripada Sekretariat TAWIS 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, MALAYISA; Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA; Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Maktab, Seksyen 12, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA;

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tingkat Bawah Lot 1, Bangunan TH, 148, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (2017 : Selangor)

PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM 2017 (TAWIS 2017) : “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa

Kreativiti dan Inovasi” / Dianjurkan oleh: Sekretariat TAWIS 2017, Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor MALAYSIA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 14 November 2017, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) MALAYSIA ; Editor

ROSILAWATI MOHD HANAPI, MASHITOH YAACOB, MOHAMAD SABRI HARON, A’DAWIYAH ISMAIL, FARIZA MD SHAM, NUR ASILAH KITHURU MOHAMED, ZUBAIDAH MOHD NASIR, SITI SALWA SALIM, WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID, FARIS HARIYANTO.

ISBN 978-967-15103-2-2

1. Ummah (Islam)--Congresses. 2. Civilization, Islamic--Congresses.

3. Islam and science--Congresses. 4. Islam and state--Congresses.

I. Rosilawati Mohd Hanapi, 1983-. II. Mashitoh Yaacob.

III. Mohamad Sabri Haron. IV. Adawiyah Ismail, 1976-.

V. Fariza Md. Sham. VI. Nur Asilah Kithuru Mohamed.

VII. Zubaidah Mohd Nasir. VII. Siti Salwa Salim.

IX. Wan Aishah Wan Mohd Nowalid. X. Faris Hariyanto. XI. Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Islam Hadhari (HADHARI).

XII. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. XII. Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Pengajian Islam. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. XIV. Institut Latihan Islam Malaysia. XV. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

XVI. Judul.

297.2709595

(4)

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Dianjurkan oleh:

Sekretariat TAWIS 2017

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Institut Islam Hadhari (HADHARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

14 November 2017

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) MALAYSIA

2017

(5)
(6)

EDITOR

ROSILAWATI MOHD HANAPI MASHITOH YAACOB MOHAMAD SABRI HARON

A’DAWIYAH ISMAIL FARIZA MD SHAM

NUR ASILAH KITHURU MOHAMED ZUBAIDAH MOHD NASIR

SITI SALWA SALIM

WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID FARIS HARIYANTO

(7)

6

ISI KANDUNGAN

PRAKATA 8

SESI PEMBENTANGAN SELARI 1

NILAI KARAKTER DAN METODE PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TASAWUF

Nurcahaya, Akbarizan, Srimurhayati, Nurrahmi Hayani & Afdhal Rinaldi

9

PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) DI KOLEJ KOMUNITI DALAM PERLAKSANAANNYA DI INSTITUT PENDIDIKAN AGAMA

Mohammad Hafeez Md Ramli, Muhammad Arasz Salleh & Mathayu Abdul Jamai

17

PENGARUH HALLYU TERHADAP TINGKAH LAKU REMAJA DI IOI MALL, MALAYSIA

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar

25

SESI PEMBENTANGAN SELARI 2

PENGEMBANGAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT MAZHAB SYAFI’I DALAM FATWA NEGERI TERENGGANU

Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, Jamsari Alias, Azizi Umar & Zulkifli Mohamad

33

KONSEP REZEKI MENURUT ISLAM DALAM KONTEKS USAHAWAN:

KAJIAN PERSEPKTIF TAMADUN ISLAM Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim

47

PSIKOLOGI CINTA DALAM DRAMA DAN PENGARUHNYA KEPADA TAMADUN ISLAM

Nur Aina Mohd. Yaakop, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fariza Md Sham & Nurul Aiman Mat Abdul

61

PEMBINAAN PERADABAN REMAJA MELALUI PENDEKATAN DAKWAH TARGHIB DAN TARHIB

Nor Azizah Mustapha, Fariza Md Sham & Ahmad Irdha Mokhtar

67

KEPERLUAN SABAR SEBAGAI ELEMEN KECERDASAN SPIRITUAL DALAM PEMBENTUKAN PERSONALITI MENURUT PERSPEKTIF HADIS Suriani Sudi & Fariza Md Sham

79

(8)

7

SESI PEMBENTANGAN SELARI 3

PERANAN ULAMA DALAM TUNTUTAN KEMERDEKAAN DI KELANTAN Farid Mat Zain, Izziah Suryani Arshad, Azmul Fahimi Kamaruzaman & Mohd Fazmie Deraman

89

WARISAN KETATANEGARAAN MELAYU MENERUSI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR 1312 (1895)

Hanif Md Lateh@Junid, Izziah Suryani Arshad@Mat Resad & Ahmad Saiful Abdul Manaf

107

CABARAN MEMBINA KEMAJUAN BANGSA DALAM KARYA ABDULLAH ABDUL RAHMAN: MATARAHARI MEMANCAR TARIKH KERAJAAN JEPUN Ermy Azziaty Rozali

117

POLA PENULISAN HADIS ARBACĪN SEBELUM AL-IMĀM AL-NAWAWĪ Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid, Ahmad Asmadi Sakat & Siti Zahidah Kosran

125

TINJAUAN AWAL ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil

135

SESI PEMBENTANGAN SELARI 4

INOVASI DAN KECERIAAN DI SURAU-SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TERPILIH DI MALAYSIA

Abdul Munir Ismail

147

IBADAH DAN TAHAP PENGAMALANNYA TERHADAP PELAJAR POLITEKNIK ZON TENGAH

Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham & A’dawiyah Ismail

173

TAHAP KEPRIHATINAN GURU MENERAPKAN UNSUR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB BERDASARKAN MODEL CBAM (CONCERN-BASED ADOPTION MODEL)

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharudin

183

KOMUNIKASI SEMUT: ANTARA WAHYU DAN SAINS KEJURUTERAAN Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah

189

(9)

8

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya, kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekretariat seminar yang berjaya menganjurkan seminar TAWIS 2017 seterusnya berjaya menerbitkan prosiding ini.

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam 2017 (TAWIS) 2017 anjuran bersama di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Seminar ini memfokuskan kepada isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam membina peradaban Islam melalui pelbagai aspek seperti kebudayaan, pendidikan, hiburan, kesenian, sosial, politik dan lain-lain. Isu-isu dan cabaran ini memerlukan wadah untuk percambahan idea ke arah menangani dan penyelesaian.

Dengan tema “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

penganjuran TAWIS 2017 mampu memberikan solusi kepada masyarakat tentang pembinaan ketamadunan masyarakat yang berteraskan Islam melalui pembentangan hasil-hasil penyelidikan berkaitan tamadun Islam. Di samping itu, seminar ini menjadi medan dalam kalangan sarjana dan pengkaji dalam bidang Tamadun Islam untuk berkumpul, berbincang dan berkongsi idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi.

Dalam pembinaan tamadun masyarakat yang berteraskan Islam, kita menghadapi cabaran terutama dalam mendepani gelombang Revolusi Industri ke 4 yang tidak menjadikan nilai-nilai kemanusiaan sebagai dasarnya. Oleh itu, satu perbincangan dalam konteks ini diharap dapat dirungkai dalam seminar TAWIS 2017 kali ini. Di samping itu juga diharapkan dengan perbincangan ilmiah dapat membantu JAKIM dalam merealisasikan Pelan Strategik JAKIM iaitu Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Syumul bagi Melahirkan Khaira Ummah di samping untuk membina masyarakat yang kukuh akidah dan patuh syariah.

Semoga perbincangan ilmiah dalam prosiding ini menjadi input untuk dimanfaatkan oleh ahli akdemik, pelajar dan masyarakat umum.

Editor & Pengerusi Seminar Prof Madya Dr Fariza Md Sham Amran Awaluddin

(10)

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

9

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi Nilai Karakter dan Metode Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Tasawuf

Nurcahayab, Akbarizana, Srimurhayatib, Nurrahmi Hayanic, Afdhal Rinaldia

a Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA

b Fakulats Tarbiyah dan Pendidikan, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA

c Fakultas Ekonomi dan Ilmu Sosial, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA

Abstrak

Tasawuf dikenal sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karakter yang hebat. Meskipun diakui pula bahwa tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis. Penulis melihat bahwa banyak ide-ide tasawuf mengenai pendidikan karakter sangat relevan pada zaman sekarang. Penelitian ini membatasi permasalahan-permasalahan;

apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf, dan bagaimana metode pendidikan karakter dalam tasawuf. Penelitian ini masuk dalam library research. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan yang tepat untuk penelitian ini. Menurut Krippendorff, desain analisis isi secara rinci terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data, pengurangan data, inferensi dan analisis data. Hasil penelitian ini menunjukkan pertama, nilai-nilai afektif pendidikan yang diajarkan dalam tasawuf adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah (teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah (senang dan suka). Kedua, metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah), metode tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.

Kata Kunci: Tasawuf; pendidikan karakter; nilai karakter

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Penelitian ini dilatarbelakangi oleh bahwa bangsa Indonesia berkeinginan untuk membangun pendidikan yang berkarakter. Pendidikan karakter menjadi perhatian utama negara Indonesia, tidak hanya untuk kepentingan individu, akan tetapi demi kepentingan bersama dalam rangka mempersiapkan generasi yang menjadi pewaris

Pengarang Utama. Alamat e-mel: nurcahaya@uin-suska.ac.id

(11)

10

estafet kepemimpinan di masa akan datang, yang dapat menciptakan kemajuan dan kedamaian dalam masyarakat.

Namun keinginan untuk membangun pendidikan yang berkarakter tersebut belum menampakkan hasilnya sampai saat ini. Hal ini dibuktikan bahwa pendidikan karakter di sekolah selama ini baru menyentuh pada tingkatan pengenalan norma atau nilai-nilai, dan belum pada tingkatan internalisasi dan tindakan nyata dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut penulis, karakter sebenarnya telah diajarkan secara sistematis oleh tasawwuf. Tasawuf dikenal sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karekter yang hebat. Meskipun diakui pula bahwa tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis.

Telah diketahui secara luas, tasawuf memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan sistem pendidikan yang khas di mana persoalan spritual mendapat tempat yang dominan. Dalam perkembangan selanjutnya, perkataan tasawuf dapat pula diartikan secara khusus sebagai jalan rohani (tariqah) yang menuju kepada pencapaian kesempurnaan moral dan pengetahuan intuitif mengenai Tuhan. Jalan rohani (tariqah) ini secara esensial menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing seorang salik dengan mengikuti suatu cara berfikir, merasa dan bertindak tertentu (Al-Taftazani 1989).

Pembentukan karakter yang baik merupakan hal yang penting dalam pendidikan. Hal ini sejalan dengan sufisme itu sendiri yang menekankan pentingnya akhlak sebagai dasar karakter. Di sini dikutip kata-kata Ibn Qayyim, yang artinya: “semua mereka yang berbicara tentang ilmu ini (dalam Islam) menetapkan bahwa Tasawuf sama artinya dengan akhlak”. Abu Haffaz al-Haddad, salah seorang sufi awal, seperti yang dikutip oleh al-Taftazani mengatakan “Tasawuf adalah suatu tata kesopanan, setiap waktu, hal dan maqam mempunyai tata kesopanan yang diperlukan”. (Al-Taftazani 1989).

Kualitas individu menurut pendidikan versi tasawuf tidak hanya diukur berdasarkan ilmu pengetahuan saja, tetapi yang paling mendasar adalah karakter yang kuat. “Kita lebih memerlukan sedikit adab daripada sejumlah besar ilmu pengetahuan”. (Al-Taftazani 1989).

Jadi dapat dinyatakan bahwa tasawuf memiliki kontribusi yang sangat kuat untuk membentuk pribadi- pribadi yang berkarakter melalui doktrin dan ajarannya. Doktrin dan ajaran tersebut dikenal dengan maqam dan hal.

2. Masalah

Untuk mengarahkan penelitian ini maka penulis membatasi permasalahan-permasalahan pokok sebagai berikut:

i. Apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf?

ii. Bagaimana metode pendidikan karakter dalam tasawuf?

3. Metode

Objek penelitian ini adalah buku, sedangkan buku tersebut masuk dalam kategori perpustakaan, maka jenis penelitian ini penulis masukkan dalam “library research”. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan yang tepat untuk penelitian ini. Menurut Krippendorff (Darmiyati Zuchdi 1998) desain analisis isi secara rinci terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data, pengurangan data, inferensi dan analisis data.

(12)

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

11 3.1 Pengumpulan Data

Data dalam penelitian ini diambil dari dokumen historis berupa karya tulis ulama sufi Imam al-Qusyairi dengan kitabnya al-Risalah al-Qusyairiyyah, dan literatur-literatur yang ditulis oleh selain ulama sufi tersebut.

3.2 Reduksi Data

Data dalam penelitian ini dapat saja muncul berulang-ulang dan banyak. Bila hal ini terjadi, maka perlu reduksi data. Dalam penelitian ini, reduksi data dilakukan dengan menyeleksi, mempertahankan teks-teks yang relevan dalam kitab al-Risalah dan mentransformasikan data yang sesuai dengan kriteria permasalahan yang diangkat dalam penelitian ini.

3.3 Inferensi

Inferensi dalam penelitian ini dilakukan dengan mengaplikasikan konstruk analisis yang ada pada teks dalam kitab al-Risalah yang peka konteks untuk menghasilkan suatu inferensi yang tepat.

3.4 Analisis Data

Goetz dan le Compte mengenalkan sejumlah teknik analisis yaitu induksi analitik, analisis tipologik dan komparatif konstan. (Noeng Muhadjir 1990).

4. Pembahasan

4.1 Nilai Karakter dalam Tasawuf

Sufisme pada mulanya adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi lalu berkembang menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di sekeliling seorang guru yang diakui, kemudian tumbuh lagi menjadi sistem guru mursyid, syekh dan murid (salik). Sistem guru dan murid ini merupakan sekolah-sekolah bebas untuk mendapatkan pelajaran dan bimbingan. Pelajaran dan bimbingan tersebut ditujukan untuk mencapai tingkat tertinggi sebagai manusia yaitu manusia seutuhnya atau dalam istilah tasawuf disebut dengan al-insan al-kamil.

Indikator-indikator (ahwal) dalam al-insan al-kamil inilah yang harus dicapai oleh anak didik. Tujuan itu adalah ma'rifatullah sebagai penghayatan iman dan taqwa dalam wujud al-khuluq al-jamil dan cinta (mahabbah) dan rindu (syauq) sebagai manifestasi iman dan taqwa. Prinsip asasi ma’rifah ini adalah iman dan taqwa. Menurut al- Risalah:

Semakin orang mengenal Allah (ma’rifah), semakin takut ia pada-Nya.

(al-Qusyairi, tt.: 313) Ma’rifah yang merupakan tujuan murid. Hal ini sejalan dengan Abdur Rasyid ibn Abd al-Aziz (1975) dalam bukunya al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Thuruq Tadrisiha, yang menukilkan pendapat al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ikhwan as-Shafa tentang rumusan tujuan pendidikan Islam. Ia menyimpulkan bahwa tujuan pendidikan Islam adalah taqarrub kepada Allah melalui pendidikan akhlak.

Lebih jauh lagi Ali Ashraf (1989) menjelaskan bahwa tujuan pendidikan Islam adalah dengan terwujudnya penyerahan mutlak kepada Allah, pada tingkat individu, masyarakat dan kemanusiaan pada umumnya.

(13)

12

Ma’rifah, yang merupakan tingkat penghayatan iman tertinggi menurut tasawuf, dapat merupakan sarana pendidikan dan pembinaan iman kepada Allah yang sangat mantap dan kuat.

Al-Risalah menjelaskan tentang taqwa secara tegas dalam satu bab khusus. Di mana seorang salik (anak didik) harus mencapai derajat taqwa dalam perjalanan spiritualnya. Taqwa menurutnya bukan diperlihatkan semata-mata pengetahuan seperti pengetahuan para teolog dan filosof, bukan pula semata-mata perasaan jiwa yang menerawang seperti perasaan sufi kebanyakan (seperti yang ingin diubah al-Risalah), dan bukan pula hanya semata-mata ketekunan beribadat. Namun lebih jauh dari itu, taqwa dibuktikan dengan tidak menyimpang dari kebenaran, tidak lalai dan tidak pula berlebih-lebihan dan selalu menyebarkan kebenaran dan kebaikan.

Taqwa berkaitan dengan jiwa, al-Risalah menyatakan:

Manakala jiwa seperti kuda, cenderung kepada hawa nafsu, maka manusia mesti mengendalikannya dengan kesalehan. Manakala jiwa berkeras kepala menolak untuk selaras dengan kehendak Tuhan, maka manusia mesti mengendalikannya supaya menolak hawa nafsunya. Manakala jiwa bangkit memberontak maka manusia mesti mengendalikan ini. (Al-Qusyairi, tt.: 99). Untuk melihat bagaimana nilai-nilai karakter tersebut dapat dilihat dari Jadual 1:

Jadual 1: Nilai-nilai karakter dalam tasawuf No Nilai- nilai Karakter

Utamau

Sub Nilai-nilai Karakter Nilai-Nilai Karakter 1 Ma’rifatullah ‘Arif, Ashab Haqq al-Yaqin.

22 Al-Khuluq al-Jamil Al-Khuluq al-Jamil kepada Allah: Mengabdi kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, tunduk dan patuh hanya kepada Allah, berserah diri kepada ketentuan Allah, bersyukur hanya kepada Allah, ikhlas hanya kepada Allah, penuh harap kepada Allah, takut kepada Allah, mohon pertolongan hanya kepada Allah, dan cinta dan rindu kepada Allah.

Al-Khuluq al-Jamil kepada bagi diri sendiri: Menjaga diri untuk tidak melakukan perbuatan tercela dan merusak diri, memelihara kesucian jiwa.

Al-Khuluq al-Jamil bagi sesama: Jangan mengganggu orang lain, jangan pernah bertengkar dengan orang lain dan jangan mencari perselisihan, membina persatuan sesama dalam ikatan persaudaraan yang kuat, Memenuhi janji dan menepati sumpah, berlomba dalam kebaikan, menjauhkan diri dari sikap mencela, menghina dan menggunjing.

Al-Khuluq al-Jamil kepada lingkungan: Memperlakukan binatang dengan baik, tidak menyiksa, menjaga dan memelihara kelestarian alam.

(14)

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

13 33 Cinta (mahabbah)

dan rindu (syauq) sebagai manifestasi iman dan taqwa

a. Dengan cinta hati akan mencari Allah dengan rindu dan harap untuk berjumpa dengan Allah, hatinya tak sanggup untuk menahan rindunya bertemu Allah.

b. b. Manakala ia berbicara, dia berbicara dengan perintah Allah dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala ia bergerak, dia bergerak dengan perintah Allah, dan manakala ia diam, maka diamnya itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah dan dia bersama Allah.

44 Mujahadah (kesungguhan)

Siapapun yang tidak bersungguh-sungguh pada awal perjalanan spiritualnya tidak akan memperoleh manfaat sedikitpun dari jalannya.

55 Khawf (takut)dan raja' (harap)

a. Tanda takut dan harap adalah kepatuhan yang baik kepada Allah.

b. Harap dengan kasih Allah, harap dengan pahala dan berharap berjumpa dan bercinta dengan-Nya.

66 Iradah (kemauan) Seorang murid tidak akan pernah kendor dalam kemauannya baik siang maupun malam. Dia berjuang keras secara lahiriah, sementara dalam batinnya dia menderita. Dia meninggalkan tempat tidurnya, batinnya sibuk sepanjang waktu, menanggung kesulitan hidup, memikul beban, dia mengembangkan sikap-sikap akhlak yang baik, dia mempraktekkan hidup kepertapaan, memeluk ketakutan dan meninggalkan semua bentuk.

77 Istiqamah (teguh hati) dan sabar

a. Keteguhan hati adalah sifat yang akan menyempurnakan akhlak, tanpa keteguhan hati akhlak akan menjadi buruk

b. Amal-amal lahiriah mereka tidak tercemari oleh kelelahan c. Tidak ada kata berhenti dalam perjalanan mereka

d. Taqwim, menyangkut disiplin jiwa. Iqamah, berkaitan dengan pendidikan dan latihan hati. Istiqamah, berhubungan dengan tindak mendekatkan batin

e. Sabar adalah meminum kepahitan tanpa wajah cemberut

f. Sabar adalah tetap tabah dalam menghadapi malapetaka dengan adab yang baik

88 Hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus)

a. Bebas dari keterikatan dengan sesama makhluk; kekuasaan makhluk tidak berlaku atas dirinya

b. Tak sesuatupun yang memperbudaknya, baik hal-hal duniawi yang bersifat temporal, pencarian hawa nafsu, keinginan, permintaan, niat, kebutuhan maupun kekayaan

c. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya obyek persembahan.

99 Haya’ (malu) a. Malu yang dikarenakan melakukan pelanggaran.

b. Malu karena tidak mampu (merasa kurang).

c. Malu karena melihat yang lebih besar (dalam hal ini kebesaran Allah SWT.).

d. Malu karena ketinggian budi.

e. Malu karena sungkan.

f. Malu karena menganggap sesuatu sebagai terlalu remeh untuk diungkapkan.

g. Malu karena sifat belas kasih dan ini hanya merupakan malu Tuhan 10 Ghirah (cemburu) a. Rasa tak suka jika orang lain memiliki sesuatu yang dimiliki olehnya.

b. Sikap kompetisi untuk menjadi yang terbaik, saling berlomba dalam berbuat kebaikan, dan persaingan dalam belajar.

(15)

14 1 11 Mahabbah (senang

dan suka)

a. Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan

b. Cinta juga akan tumbuh perjuangan yang intensif (demi kekasih) tanpa harus merasa lelah dan capek

4.2 Metode Pendidikan Karakter

Mengenai metode pendidikan ini dalam tasawuf didasarkan asumsi bahwa tasawuf memiliki jalan rohani (maqam). Al-Taftazani menyatakan bahwa jalan rohani itu menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing salik dengan mengikuti suatu cara berfikir, merasa dan bertindak tertentu (al-Taftazani 1989).

Pada awal pertumbuhannya, tasawuf adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi.

Pada mulanya tariqah (maqam), secara sederhana dalam dunia Islam, berarti metode bertahap dalam kontemplasi dan penyadaran diri sufi. Kemudian tumbuh dari abad ketiga menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di sekeliling seorang guru tarekat yang diakui, untuk mendapatkan latihan melalui persekutuan persahabatan. Lalu berkembang lagi (sejak abad ke-6 H) menjadi sistem guru (mursyid) dan murid. Setiap tarekat sufi menjadi suatu persaudaraan keagamaan dengan aturan, doa dan dzikirnya sendiri serta adanya pertemuan-pertemuan yang sering dilakukan. Adalah wajar bahwa para salik dalam tarekat sufi menerima otoritas dan bimbingan guru-guru mereka yang telah menempuh maqain-maqam dalam jalan rohani sufi. Lebih jelas al-Taftazani mengatakan bahwa tarekat-tarekat sufi Islam selalu dan senantiasa merupakan sekolah-sekolah bebas untuk mendapatkan pelajaran dan bimbingan akhlak (al-Taftazani 1989).

Dari pernyataan-pernyataan di atas, bila dihubungkan maka jelaslah bahwa tasawuf sebagai lembaga pendidikan memiliki metode pendidikan khas yang cukup menarik untuk dibicarakan. Ada beberapa metode khas yang dapat penulis tarik dari Al-Risalah, sebagaimana tergambar dari Jadual 2:

Jadual 2: Metode pendidikan karakter dalam Kitab Al-Risalah Al-Qusyairiyyah

NNo Metode Utama UraianUraian

111 Ibadah a. Menegakkan tindak tanduk kepatuhan yang sejati, melaksanakannya tanpa batas.

b. Menjadi hambanya setiap saat, seperti halnya Dia adalah Tuhanmu setiap saat

22 Tauladan Akhlak mulia yang diperlihatkan (diteladankan) oleh orang-orang mulia ditengah-tengah orang-orang mulia

33 Latihan Latihan dalam perjalanan spiritual ini dalam tasawuf disebut dengan riyadhah

44 Cerita Cerita-cerita saleh adalah salah satu tentara Allah, dan hati murid dikuatkan olehnya

55 Pembiasaan Tak ada seorang pun bisa mencapai Tuhan kecuali dengan membiasakan diri terus menerus mengingat (zikir) kepada-Nya

5. Kesimpulan dan Cadangan

Doktrin yang ada dalam sufisme sangat mendukung pendalaman rasa beragama (spiritualitas Islam), keyakinan dan mampu memantapkan dan menghidupkan iman dan taqwa. Doktrin-doktrin itu banyak sekali, namun doktrin-doktrin yang berkaitan dengan nilai-nilai afektif pendidikan yang diajarkan dalam kitab al-Risalah al- Qusyairiyyah adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah

(16)

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

15

(teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah (senang dan suka).

Tasawuf dapat dikatakan memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan sistem pendidikan yang khas, di mana persoalan spiritual mendapatkan tempat yang dominan. Jalan rohani yang dipergunakannya merupakan sebuah metode pendidikan praktis yang amat efektif untuk mencapai tujuan.

Metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah), metode tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.

Adalah merupakan tugas intelektual Islam untuk mengikis sisi-sisi negatif yang terdapat dalam sufisme, karena walau bagaimana pun tasawuf masih atau bahkan sangat dibutuhkan pada zaman sekarang dan masa yang akan datang. Penelitian tentang pemikiran mengenai sufisme dan pendidikan ini belumlah final, ia masih menyisakan bidang-bidang garapan lain. Besar harapan penulis agar penelitian ini dapat dilanjutkan.

Rujukan

Ahmad, Zainal Abidin. 1976. Memperkembangkan dan Mempertahankan Pendidikan Islam di Indonesia.

Jakarta: Bulan Bintang.

Abrasyi, M. Athiyah al. 1970. Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam, terj. Bustami A. Gani. Jakarta: Bulan Bintang.

Ansari, Muhammad Abd. Haqq. 1997. Merajut Tradisi Syariah dengan Sufisme: Mengkaji Gagasan Mujaddid Syekh Ahmad Sirhindi. Jakarta: Sri gunting.

Aresteh, Reza. 1974. Rumi. The Persian. The Sufi. London: Routledge and Kegan Paul.

Effendi, Djohan. 1993. Sufisme dan Masa Depan Agama. Jakarta: Pustaka Firdaus.

Hasan, Chalijah. 1994. Dimensi-Dimensi Psikologi Pendidikan. Surabaya: Al-Ikhlas.

Madjid, Nurcholish. 1984. Khazanah Intelektual Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Muhaimin. 2008. Paradigma Pendidikan Islam. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Muthahari, Murtadha. 1995. Manazil dan Maqamat dalam Irfan. terj. Ibrahim Habsyi. Dalam Al Hikmah. No.13.

th.1415/1995.

Nasr, Seyyed Hossein. 1980. Living Sufism. London: George Allen & Unwin Ltd.

Nata, Abuddin. 2009. Perspektif Islam Tentang Pembelajaran. Jakarta: Kencana.

Nicholson, R.A. 1979. The Mystic of Islam. London & Boston: Routledge and Kegan Paul.

Qusyairy, Abd al-Karim Ibn Hawazin al. Al-Risalah al-Qusyairiyah. Kairo: tp, 1330 H.

Simuh. 1996. Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: RajaGrafindo Persada.

Sudirman. 1986. Ilmu Pendidikan. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Syaibany, Muhammad al-Toumy al. 1979. Falsafah Pendidikan Islam. terj. Hasan Langgulung. Jakarta: Bulan Bintang.

Tafsir, Ahmad. 1990. Filsafat Umum. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Tafsir, Ahmad. 1992. Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam. Bandung: Remaja RosdaKarya.

Taftazani, Abu al-Wafa al. 1985. Sufi dari Zaman ke Zaman. Bandung: Pustaka.

Taftazani, Abu al-Wafa al. 1989. Sumbangan Taswwuf kepada Pendidikan. Dalam Medium. Malaysia: tp, 1989.

Thoyib, Ruswan dkk.1999. Pemikiran Pendidikan Islam. Kajian Tokoh Klasik dan Kontemporer. Yogyakarta:

Pustaka Pelajar.

(17)

16

(18)

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

17

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pembudayaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti dalam Pelaksanaanya di Institusi Pendidikan Agama

Mohammad Hafeez Md Ramlia, Muhammad Arasz Sallehb, Marhayu Abdul Jamaic

a Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan (BAPB), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

b Kolej Komuniti Jasin, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Taman IKS Merlimau 77300, Merlimau, Melaka, MALAYSIA

c Politeknik Merlimau, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka, MALAYSIA

Abstrak

Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013. kolej komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan PISH bagi institusi pendidikan di Malaysia dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Terdapat beberapa jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama oleh kolej komuniti dalam program PISH ini. Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi pendidikan agama. Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan setelah pelaksanaan program PISH ini. Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang seimbang kepada pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi pendidikan agama melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.

Kata Kunci: Pembudayaan PISH; kolej komuniti; institusi pendidikan agama

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah menjadi agenda penting dalam memberi ilmu dan kemahiran yang bersesuaian kepada rakyat Malaysia. Menerusi pendidikan sepanjang hayat, pendidikan tidak terhad kepada usia muda sahaja malah ianya adalah pembelajaran yang berkesinambungan sepanjang hayat seseorang. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan

Pengarang Utama. Alamat e-mel: arasz_mtqm@yahoo.com

(19)

18

induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020. Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Rentetan dari itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 9 Disember 2013 untuk mendapatkan input awal berkenaan hala tuju PISH.

Pada 21 Januari 2014, Mesyuarat Perancangan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Bil.1/2014 berlangsung dengan dihadiri Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II, Y.Bhg. Tan Sri Yusof Noor Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Ketua Pengarah JPKK, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Dasar Antarabangsa SPT serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan SPT. Mesyuarat Penyelarasan bagi penyediaan bahan/silibus PISH anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran Bil 1/2014 telah diadakan pada 28 Januari 2014 dan disusuli Mesyuarat berikutnya Bil 2/2014 pada 6 Februari bagi tujuan pembinaan, penyelarasan dan kemaskini bahan dan silibus yang berkaitan dengan kursus dan program PISH. Pada tarikh 5 April 2014 Majlis Pelancaran PISH telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang, Johor yang dirasmikan oleh TPM.

Aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH di Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI) kali ke-42 pada 8 Mei 2014 untuk makluman ahli LEPAI.

Seterusnya, pada 4 Jun 2014 Pembentangan Nota Jemaah Menteri bertajuk “Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)” dalam Mesyuarat Kabinet telah dibentangkan. Mesyuarat diteruskan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali ke-6 Bil. 1/2014 pada 16 Jun 2014 dan pada 3 November 2014 Jawatankuasa PISH Nasional diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi memantapkan pelaksanaan PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11 November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH.

Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mewujudkan satu program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) untuk dilaksanakan kepada institusi pendidikan agama. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan pelancaran PISH oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April 2014. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, untuk meningkatkan kemahiran dan berjaya dalam pelbagai kerjaya dunia dan akhirat.

Merujuk kepada Zainab (2012), Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehingga tahun 2016, sebanyak 94 buah kolej komuniti beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kehidupan masyarakat; mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.

2. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat

Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan PSH yang dilaksanakan merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Menurut Mimi Mohaffyza (2011), PSH adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan dimana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Saluran pendidikan melalui PSH

(20)

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

19

berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan komuniti. Dalam konteks keperluan negara, Pendidikan Islam Sepanjang hayat bukan sahaja dapat memenuhi

“The Three Es” iaitu employment, empowerment dan enjoyment tetapi dapat melahirkan modal insan yang lebih syumul dan bersifat lebih holistik. Hal ini disebabkan tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan Islam secara formal di peringkat kanak-kanak dan remaja. Masalah ini berpunca daripada keluarga, ekonomi, dan sistem pendidikan yang bersifat dualisme. Justeru, pendidikan Islam sepanjang hayat adalah laluan kepada peningkatan pengetahuan agama tanpa sekatan masa, umur dan tempat. Menurut Siti Shamsiah Mohd. Sufi, (2009), konteks pembelajaran sepanjang hayat di dalam Islam adalah sangat jelas kerana Islam menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang untuk manfaat manusia sejak dari kecilhinggalah ke akhir hayat. Ia bermaksud bahawa ilmu yang dipunyai oleh manusia tidak pernah cukup malah manusia digalakkan untuk mempelajari sesuatu yang tidak diketahui olehnya supaya menjadi seseorang yang lebih tahu. Pembelajaran seperti ini dapat memperbaiki kehidupan seseorang manusia melalui peningkatan kemahiran kerja, pengislahan sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar institusi institusi pendidikan agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. Menurut Mohd Zainudin (2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat.

PISH dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:

Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah

Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan bahagian dalam Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang terlibat.

Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan

Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu:

i. Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi-agensi yang berkolaborasi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi pondok dan tahfiz yang berdaftar seluruh negara.

ii. Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community college).

Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu yang ditawarkan oleh kolej komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK); dan

iii. Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada aspek fardu kifayah.

(21)

20 Fasa 3 (2021- 2025): Melestarikan Ummah

Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa hadapan. Ini akan menjadi wadah penting untuk rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah. Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang dibangunkan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi dan permintaan komuniti.

3. Institusi Pendidikan Agama

Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang Pengajian Islam adalah satu bidang pengajian yang amat penting bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan harian warganya, di samping menyumbang kepakaran pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, bidang Pengajian Islam ini mestilah jelas dan berfokus hala tujunya, malahan hala tujunya itu mestilah sentiasa dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan ia selaras dengan peredaran dan tuntutan zaman. Di samping itu dapat melahirkan produk yang sesuai untuk kegunaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redha.

Terdapat beberapa kategori sekolah agama di Malaysia berdasarkan pentadbirannya, antaranya adalah seperti yang berikut:

i. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

ii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan kelas aliran agama (KAA).

iii. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

iv. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan menengah.

v. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan menengah.

vi. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan menengah.

vii. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Majoriti sekolah agama rakyat mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain.

viii. NGO yang terdiri daripada persatuan-persatuan yang dikelolakan oleh individu secara pensendirian.

Contohnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

ix. Agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi.

4. Kaedah Pelaksanaan PISH

Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Menurut Aleng (2016), pendidikan di Malaysia pada era globalisasi menghadapi tuntutan yang besar bagi meningkatkan martabat pendidikan di negara ini. Modal insan yang ingin dilahirkan melalui transformasi pendidikan hendaklah berupaya untuk melahirkan modal insan yang berfikiran secara kritis dan kreatif, berinovasi, berkemahiran meyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran global dan dinamik. Bagi kolej komuniti, pendekatan PSH yang dilaksanakan adalah merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Kolej komuniti adalah penggerak utama Program

(22)

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

21

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama.

Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah Tahfiz, Maahad, sekolah pondok dan madrasah. Program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, untuk meningkatkan kemahiran.

Kaedah pelaksanaan program PISH adalah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan impak yang positif supaya program PISH ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi agenda tahunan bagi semua institusi. Terdapat lima tahap pelaksanaan program ini iaitu:

i. Kurikulum

Kurikulum program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah penyediaan kurikulum Pendidikan Islam di mana pihak yang bertanggungjawab adalah pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak yang bertanggungjawab adalah ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat MARA, KV dan lain-lain.

ii. Tenga Pengajar

Dari segi Tenaga Pengajar mereka adalah terdiri daripada Pensyarah KK/Politeknik/ILKA IPG, Guru Pendidikan Islam, Guru Takmir dan Guru KAFA.

iii. Premis

Premis yang akan digunakan sebagai platform program PISH ini dijalankan adalah Masjid/surau, Kolej Komuniti, Politeknik, Sekolah Tahfiz, Sekolah pondok dan lain-lain premis yang bersesuaian.

iv. Sasaran

Sasaran utama bagi melaksanakan program PISH adalah belia/pelajar dan komuniti setempat. Namun bagi mendapatkan lebih penglibatan dari semua pihak, sasaran adalah dibuka kepada segenap lapisan

masyarakat.

v. Penglibatan

Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program PISH ini adalah terdiri daripada pihak JAKIM, pihak Jabatan Agama, pihak KPM, pihak Kementerian / agensi berkaitan dan pihak ILK/MARA.

5. Pelaksanaan PISH di Institusi Pendidikan Agama

Peserta program PISH yang terbahagi kepada 2 jenis program iaitu agama/kerohanian dan kemahiran. Kursus kemahiran lebih mendapat permintaan daripada pelajar institusi pendidikan agama berbanding kursus agama/kerohanian. Antara kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama adalah seperti di bawah:

(23)

22

Jadual 1: Kursus kemahiran yang dilaksanakan di institusi pendidikan agama

Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi pendidikan agama. Jadual 2 menunjukkan peningkatan kolaborasi sebelum pelaksanaan program PISH dan selepas pelaksanaan program PISH. Sebanyak 40 kolaborasi telah diadakan sebelum pelaksanaan program PISH dan selepas pelaksanaan program PISH sebanyak 314 kolaborasi telah diadakan.

Jadual 2: Bilangan Kolaborasi Bil Sebelum Ada Program

PISH

Ada Program PISH

1 40 314

Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan setelah pelaksanaan program PISH ini. Jadual 3 menunjukkan bilangan kursus kemahiran teknikal yang dilaksanakan di institusi pendidikan agama sebelum pelaksanaan program PISH adalah sebanyak 48 kursus dan setelah pelaksanaan program PISH adalah sebanayak 618 kursus.

Jadual 3: Bilangan Kursus Kemahiran teknikal Bil Aktiviti Sebelum ada

program PISH

Ada Program PISH 2 Kemahiran

Teknikal

48 618

Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang seimbang kepada pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Pembelajaran ilmu duniawi berserta ukhrawi dapat meningkatkan nilai diri pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. Ilmu pengetahuan Islam dan ilmu kemahiran merupakan satu gandingan yang utuh dan saling memerlukan anatara satu sama lain. Syamsul Bahri (2007) pula melihat tiga aspek yang perlu diberi perhatian dalam merekayasa modal insan yang beracuankan Islam iaitu melalui pegangan akidah yang teguh, pengamalan kolektif akhlak mulia serta wawasan iman dan muamalah. PISH mempunyai dasar nilai murni yang bertujuan untuk melahirkan generasi manusia yang sejahtera dari segi keilmuan dan juga kehidupan termasuklah pembangunan ekonomi. PISH juga adalah satu kaedah untuk melahirkan generasi yang seimbang dan mampu berdaya saing, mempunyai akhlak yang mulia dan mempunyai ilmu kemahiran untuk membentuk kekuatan ummah dalam membangunkan ekonomi dan indsutri negara.

No Kursus 1 Simen Fero 2 Pembuatan Biskut 3 Kursus Pembuatan Felt 4 Asas Pemasangan Elektrik 5 Kursus Asas Rekreasi 6 Jahitan

7 Pendawaian Permukaan Lampu, Kuasa & Kuasa Am 8 Pengenalan Bahasa Inggeris

9 Bahasa Inggeris – Parts of Speech 10 Kursus Pembinaan Blogspot 11 Kursus Pembuatan Kek Brownies

12 Kursus Asas Mesin Jahit/Membuat Pola Jahitan Jubah 13 Asas Microsoft Office Word

(24)

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

23 6. Kesimpulan

Kolej komuniti telah memberikan sumbangan dalam pelaksanaan PISH ini. Program PISH ini amat penting untuk melihat sejauh mana program ini benar-benar memberikan kebaikkan kepada semua pihak. Pembudayaan Pendidikan Islam sepanjang hayat di kolej komuniti dalam pelaksanaannya di institusi pendidikan agama dilihat dapat meningkatkan bilangan kolaborasi, peningkatan jumlah peserta dan juga bilangan kursus yang dilaksanakan. Bagi memastikan pembudayaan ini berterusan setiap agensi kerajaan juga dilihat perlu memainkan peranannya bagi merealisasikan objektif ini. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi pendidikan agama melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.

Rujukan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2013. Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi (PPPM (PT) 2015-2025.

Mimi Mohaffyza & Che Munira. 2011. Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Tenaga Pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa Kamal. 2014. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) “Membina Hubungan Dan Merapatkan Ukhuwah”. Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.

Pati anak Aleng. 2016. Transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan, Selanggor, PTS akademia, 4-6 Siti Shamsiah Mohd Sufi (2009, Mei 22). Islam menuntut pembelajaran sepanjang hayat. Arkib Utusan Online.

http:Utusan//ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Renc ana&pg=re_03.htm

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2007. Penelitian Terhadap Dakwah Islamiah. Dlm. Mohd Radhi Ibrahim, Abdul Rahim Arsyad, Roslizawati Ramli, Marina Munira Abdul Mutalib. (Penyt). Intelektualisme & Dakwah Masa Kini. Hlm 37, Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia

Zainab Binti Ahmad. 2012. Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.

(25)

24

(26)

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

25

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi Pengaruh Hallyu Terhadap Tingkah Laku Remaja di IOI Mall Malaysia

A’dawiyah Ismaila,b, Al Mujahidah Abu Bakara

a Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Hallyu atau gelombang Korea antara isu yang mendapat perhatian awam di Malaysia kerana memberi kesan kepada perubahan tingkah laku remaja. Paling membimbangkan jika ia mempengaruhi kehidupan remaja sehingga mengubah gaya kehidupan dari amalan beragama kepada budaya suka berhibur, pemikiran yang taat kepada perintah Allah SWT kepada kebebasan dalam berfikir dan bertindak. Ia memberi kesan tidak baik seperti hilang identiti dan jati diri sebagai remaja muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek hallyu yang mempengaruhi tingkah laku remaja di Malaysia dari segi pakaian, pergaulan dan perlaksanaan peranan dalam kehidupan. Dapatan dalam kertas kerja ini diperolehi daripada borang soal selidik yang dijawab oleh 300 orang responden di IOI Mall. Data dianalisis di dalam perisian komputer SPSS secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan menunjukkan remaja tidak bersetuju dan menunjukkan nilai min yang rendah seperti pakaian artis Korea mempengaruhi cara berpakaian seharian (min=1.87), bergaul bebas dan mesra antara lelaki dan perempuan (min=1.56) dan pernah meninggalkan solat (min=1.32). Kesimpulannya, remaja akur akan pengaruh hallyu kepada tingkah laku dalam kehidupan tetapi ia masih dapat dikawal dan mampu mengekalkan identiti seorang remaja yang hidup berpandukan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, semua pihak termasuk institusi keluarga berperanan penting dalam memastikan remaja berada pada landasan kehidupan yang baik dan menjamin masa depan.

Kata Kunci: Hallyu; tingkah laku; IOI Mall; remaja; isu sosial

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Seiring dengan perkembangan dunia ke arah pemodenan yang begitu pesat, telah timbul berbagai perkara baru di dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan setiap remaja, mereka melalui pelbagai proses perkembangan yang membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Remaja masa kini merupakan sebahagian daripada

Pengarang Utama. Alamat e-mel: ada@ukm.edu.my

(27)

26

masyarakat maju yang berdepan dengan perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan. Cabaran-cabaran baru yang mendatang memberikan tekanan kepada para remaja untuk terus berdaya saing dalam kehidupan. Hal ini kerana menurut Frick & Silverthorn (2001) dalam Nellie (2012) menjelaskan masalah tingkah laku menjadi sebab utama kepada kanak-kanak untuk dibawa ke klinik kesihatan mental dan pusat pemulihan akhlak (Lyman

& Campbell 1996). Walaupun ramai remaja mampu memperoleh kemahiran-kemahiran serta mengambil peluang dalam pelbagai bidang, namun terdapat juga remaja yang kecundang dalam mengatur diri mereka dan termasuk dalam golongan remaja yang bermasalah samaada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Justeru, remaja perlu mempersiapkan diri mereka bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi lebih daripada itu untuk menghadapi cabaran-cabaran dan realiti dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, sebagai generasi muda remaja perlu mempunyai tingkah laku yang dinamik dan relevan. Islam menjadi satu sistem hidup penting yang meliputi semua bidang kehidupan manusia. Sebagai umat Islam, setiap remaja perlu mempunyai tingkah laku yang bercirikan Islam. Agama Islam sebagai ad-deen atau way of life amat menekankan kepada pembinaan tingkah laku yang baik. Kehidupan seorang manusia beragama Islam itu bermula dari awal kelahiran sehingga ke saat kematian dengan berpandukan ajaran Islam. Hal ini kerana, Islam muncul dengan membawa panduan-panduan yang lengkap kepada umat manusia dalam melayari kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran.

2. Latar Belakang

Remaja merupakan golongan muda yang penting di negara kita. Kepentingan remaja ini selari dengan wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya dengan kekukuhan nilai agama serta kejiwaan dan dipandu oleh tahap etika yang paling tinggi (Lukman & Zurian 2002). Persoalan mengenai peningkatan pelbagai isu tingkah laku dalam kalangan remaja dari semasa ke semasa bukan hanya melibatkan proses pemindahan fakta-fakta ajaran Islam tetapi turut memberi pengharapan agar remaja bertingkah laku mulia sepanjang kehidupan. Ahli psikologi melihat isu tingkah laku sebagai fokus kajian dalam memahami perubahan fizikal, kognitif, emosi dan sosial remaja. Remaja memang mudah dipengaruhi dan mereka seringkali teruja sehingga membuat keputusan untuk bertindak dengan perasaan dan bukan dengan pemikiran yang matang serta jelas. Pernyataan ini disokong dengan kajian PROSTAR yang mendapati tingkah laku dalam kalangan remaja meningkat iaitu 18% daripada 6110 responden mempunyai pengalaman melakukan seks bebas dan menurut statistik Belia Malaysia (2013) mendapati seramai 2092 remaja hamil anak luar nikah serta 14 % remaja pernah mencuba dadah.

Sememangnya, isu sosial merupakan fenomena modenisasi serta kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pernyataan ini disokong dengan kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) (2006) dalam Rozita (2009) menyatakan belia negara yang tidak aktif dalam mengisi aktiviti masa lapang iaitu mereka tidak menyertai aktiviti atau program berpersatuan atau kelab menjadikan kebanyakan mereka lebih suka melepak. McCready (1997) dalam Rozita (2009) turut menjelaskan apabila masa dibiarkan lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah akan menimbulkan kebosanan sehingga mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral. Tambahan pula, golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang dengan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Di samping itu, masyarakat juga sering dihebahkan dengan pelbagai masalah berkaitan tingkah laku samada dari peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Hiburan juga terbukti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak terutama dalam kalangan remaja. Pernyataan ini bertepatan dengan kajian oleh Adiba et al. (2013) menjelaskan semenjak lahirnya rancangan hiburan yang bermanifestasikan realiti, sambutan ke atas industri muzik semakin memberangsangkan. Pada masa kini, fesyen, muzik, drama, filem dan banyak lagi yang berkaitan dengan hallyu (gelombang Korea) menjadi salah satu hiburan yang popular dan digemari bukan sahaja kepada penduduk Korea malah sehingga ke peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia. Hallyu

(28)

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

27

(gelombang Korea) mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan melalui drama, muzik, filem, rancangan realiti dan sebagainya (Nor Hashimah & Zaharani 2011).

Di samping itu, pengaruh hallyu ini semakin jelas rentetan daripada isu yang berlaku baru-baru ini di Malaysia yang dikeluarkan melalui akhbar Sinar Harian (16 Januari 2015) yang berkaitan dengan beberapa remaja wanita yang bertudung telah berpelukan dengan artis lelaki Pop Korea Selatan (K-POP) melalui konsert K-Pop yang dilaksanakan. Remaja wanita ini dipanggil ke pentas oleh artis tersebut dan mereka saling berpelukan sebelum memperkenalkan diri. Remaja wanita tersebut tidak menghalang malah teruja dan tidak merasa malu walaupun dipeluk dihadapan khalayak ramai.

Maka, dapat kita lihat remaja perempuan ramai yang terlibat dengan aktiviti sosial yang membawa kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial mereka. Oleh itu, kajian ini penting kerana berakhlak dan tingkah laku mulia dalam setiap perbuatan mahupun tutur kata akan menjadi kayu ukur serta dinilai oleh Allah SWT.

Persoalannya ialah apakah pengaruh hallyu memberi kesan kepada tingkah laku remaja perempuan dan apakah kesan kepada tingkah laku remaja? Sebagai hipotesis, kajian ini mengandaikan pengaruh hallyu memberi impak kepada tingkah laku berpandukan syariat Islam bagi seseorang remaja perempuan.

3. Metodologi Kajian

Kertas ini adalah untuk mengkaji pengetahuan remaja mengenai Hallyu, cara remaja mendapatkan bahan Hallyu dan pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja.

Kajian ini telah dijalankan di IOI Mall, Putrajaya sebagai satu kajian awal melihat beberapa isu yang berlaku dalam kalangan remaja. IOI Mall terletak di Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya. IOI Mall merupakan pusat membeli-belah yang menyediakan kemudahan-kemudahan hiburan yang canggih dan moden bagi setiap lapisan masyarakat terutama remaja. Selain itu, untuk memenuhi gaya hidup masyarakat setempat IOI Mall turut dilengkapi dengan lebih 100 buah premis kedai yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah Bonia Timepiece, Adidas Neo, Homepro, Tesco dan banyak lagi. Di IOI Mall Putrajaya turut mempunyai tarikan yang utama kepada remaja berbanding premis kedai iaitu GSC, District 21, Icescape dan The Symphony Walk (t.p 2016).

Populasi kajian adalah terdiri daripada remaja perempuan yang beragama Islam dan mengunjungi IOI Mall di Putrajaya. Pemilihan remaja yang berumur 16 tahun hingga 29 tahun dalam kajian ini adalah kerana kesesuaian umur remaja dan peringkat umur pendidikan remaja di Malaysia. Seramai 300 orang telah terlibat dalam menjawab soal selidik dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi lima skala likert dan data telah dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan SPSS.

4. Dapatan Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 300 orang remaja perempuan dan beragama Islam yang mengunjungi IOI Mall, Putrajaya. Hasil daripada kajian yang dijalankan, berikut adalah pengetahuan remaja berkaitan hallyu.

Jadual dibawah menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu (min= 3.84), bagi item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’, diikuti item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’ dengan min=3.78. Item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui rakan-rakan’ menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu (min=3.77).

(29)

28

Jadual 1: Pengetahuan berkaitan Hallyu

Bil. Item Min

1. Saya tahu mengenai hallyu 3.43

2. Saya tahu mengenai hallyu melalui rakan-rakan 3.77

3. Saya tahu mengenai hallyu melalui ahli keluarga 2.38 4. Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat,

facebook, twitter)

3.78 5. Saya tahu mengenai hallyu melalui media elektronik (televisyen,

smartphone, radio)

3.84 6. Saya tahu mengenai hallyu melalui media cetak (majalah, akhbar) 3.06

Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 2: Cara remaja mendapatkan bahan mengenai hallyu

Bil. Item Min

1. Memuat turun lagu, drama dan f

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Matlamat ini dikira penting bagi umat Melayu khususnya yang beragama Islam untuk memahami seterusnya mempraktikkan Islam yang bukan hanya sekadar suatu kepercayaan, tetapi

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak,

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa

Fariza Md Sham dan Idris Zakaria (2006), “Peranan Dakwah dalam Pembangunan Modal Insan: Pembinaan Peradaban Masyarakat Islam di Malaysia,” dalam Prosiding Seminar Tamadun

3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan ,

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak,

“Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di

Kata-kata baru atau kata nahuan yang anda hasilkan mestilah terdiri daripada golongan kata adjektif, kata kerja dan kata nama. Gunakan sepenuhnya format yang berikut untuk