• Tiada Hasil Ditemukan

Pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam merawat penyakit gelisah (anxiety disorder)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam merawat penyakit gelisah (anxiety disorder)"

Copied!
55
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

PENDEKATAN KHAUF DAN RAJA’ AL-GHAZALI DALAM MERAWAT PENYAKIT GELISAH (ANXIETY DISORDER)

NUR SUMAIYAH BINTI ABU BAKAR

SARJANA SASTERA (PENGAJIAN ISLAM)

(3)
(4)

Kebenaran Mengguna

Kertas kajian penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi keperluan penganugerahan Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Islam) Universiti Utara Malaysia. Saya bersetuju menjadikan tesis ini sebagai bahan rujukan di perpustakaan. Saya juga bersetuju atas sebarang bentuk salinan samada keseluruhan tesis atau sebahagian daripadanya bagi tujuan akademik adalah dibenarkan dengan keizinan Dekan Awang Had Salleh, Graduate School, UUM College of Arts and Sciences. Sebarang penyalinan, penerbitan dan penggunaan ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada penyelidik. Penyataan rujukan kepada penyelidik dan UUM perlu dinyatakan jika sebarang bentuk rujukan dibuat ke atas tesis ini.

Sebarang permohonan untuk menyalin atau mengguna tesis ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya perlulah merujuk kepada:

Dekan

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok

(5)

ii

Abstrak

Secara fitrahnya, kejadian manusia memiliki dua komponen utama iaitu rohani dan jasmani. Komponen kerohanian memerlukan pengisian berbentuk spiritual seperti keagamaan dan aktualisasi diri. Komponen jasmani memerlukan makan, minum, pakaian dan pelbagai perkara yang menyenangkan kehidupan manusia.

Ketidakseimbangan dalam memenuhi keperluan kedua-dua komponen tersebut boleh menyebabkan muncul pelbagai masalah dalam diri manusia seperti kegelisahan, kemurungan, tekanan dan seumpamanya. Kegelisahan merupakan suatu yang normal, malahan ia adalah fitrah kejadian manusia itu sendiri Allah SWT menciptakan manusia dengan tabiat resah dan gelisah. Namun, bukan suatu yang normal jika kegelisahan ini berlanjutan dan tidak dapat dikawal dengan baik.

Sebaliknya, ia merupakan permasalahan pada jiwa iaitu penyakit gelisah (anxiety disorder). Justeru, kajian ini memfokuskan kepada konsep penyakit gelisah menurut Islam; kaedah merawat penyakit ini berdasarkan konsep khauf dan raja’ yang diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali serta kesesuaian mengaplikasikan kedua-dua konsep tersebut dalam masyarakat hari ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif. Data-data diperolehi melalui kajian kepustakaan serta temu bual bersama tiga (3) orang pakar dalam bidang tasawuf dan tiga (3) orang pakar dalam bidang psikologi klinikal. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati, penyakit gelisah menurut Islam adalah sunnatullah terhadap ciptaan manusia yang mempunyai nafsu dan pelbagai kehendak diri yang tidak terbatas. Konsep khauf dan raja’ berperanan dalam membentuk sifat takut kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan menerapkan konsep pengharapan serta kebergantungan terhadap-Nya dalam menangani keperluan nafsu dan pelbagai kehendak diri tersebut. Konsep ‘khauf’ dan ‘raja’ juga telah diaplikasikan oleh informan kajian ini yang terdiri daripada psikiatri dan kaunselor dalam sesi yang dijalankan ke atas klien yang mengalami penyakit gelisah.

Walaupun pelbagai jenis rawatan serta ubat-ubatan telah diberikan kepada klien, tetapi di akhir sesi kaunseling mereka akan menerapkan juga nilai-nilai Islam dalam sesi tersebut. Berdasarkan dapatan, proses merawat penyakit gelisah memerlukan kepada kaedah moden dan Islam kerana ia bersifat saling melengkapi. Gabungan kedua-dua kaedah ini diyakini mampu menangani penyakit gelisah yang melanda masyarakat pada hari ini.

Kata Kunci: Al-Ghazali, Khauf, Raja’, Penyakit gelisah, Kaunseling.

(6)

Abstract

By nature, human beings possess two main components, namely the spiritual and the physical. The spiritual component requires spiritual replenishment such as religion and self-actualisation. The material component involves eating, drinking, clothing, and various pleasant attributes of human life. An imbalance in meeting the needs of these two components can cause various problems in humans such as anxiety, depression, stress and the like. Anxiety is a natural occurrence; in fact, it is human nature that Allah SWT created them with uneasiness and restless habits. However, it is not normal if the anxiety persists and becomes unmanageable. Contrarily, this is a soul problem known as an anxiety disorder. Thus, this study focuses on the concept of anxiety disorder according to Islam; the method of treating this disease is based on the concept of khauf and raja’ introduced by Imam al-Ghazali and the suitability of applying both concepts in the present society. The study design was qualitative. The data were obtained through a literature review and interviews with three (3) experts in Sufism and three (3) experts in the field of clinical psychology. The data were analyzed using the approaches of content analysis and thematic analysis. The results of the study found that according to Islam, anxiety disorder is sunnatullah towards the creation of human beings who have unlimited lust and various self-desires. The concepts of khauf and raja' play a role in developing fear of Allah the Almighty and applying the concept of hope and dependence on Him in dealing with the needs of lust and various self-desires. The concepts of khauf and raja’ were also applied by the informants of this study consisting of psychiatrists and counselors during the sessions with clients suffering from anxiety disorders. Although various types of treatments and medicines have been given to the clients, they will also apply Islamic values towards the end of the counselling sessions. Based on the findings, the treatment of anxiety disorders necessitates the use of both modern and Islamic methods as they are complementary. The combination of these two methods is thought to be effective in treating the anxiety disorders that plague modern society.

Keywords: Al-Ghazali, Khauf, Raja ’, Anxiety disorder, Counseling.

(7)

iv

Penghargaan

Alhamdulillah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta pengikut baginda yang sentiasa memperjuangkan Islam. Berkat kesabaran dan kesungguhan serta petunjuk yang dikurniakan oleh Allah SWT, pengkaji dapat menyiapkan kajian ini dengan baik.

Di ruangan ini, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta ribuan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Solahuddin Abdul Hamid selaku penyelia pertama dan Puan Afifah Abu Yazid selaku penyelia kedua yang banyak membantu beri nasihat, dorongan serta tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian ini. Setiap bimbingan, idea dan saranan yang diberikan banyak membantu pengkaji dalam dunia penulisan. Di samping kesabaran serta senang dihubungi turut memudahkan lagi pengkaji dalam menyiapkan kajian ini. Kemudian, tidak lupa juga kepada pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM dan Raudhatul Ilmi yang menyediakan kitab- kitab serta bahan rujukan untuk kajian ini.

Seterusnya, semoga Allah SWT merahmati almarhum ayahanda Abu Bakar bin Yaakob dan sekiranya terdapat pahala dalam pembelajaran ini diniatkan untuk arwah. Ucapan terima kasih juga untuk bonda tersayang Saudah binti Murad serta ahli keluarga yang tidak jemu dalam memberi semangat, dorongan serta bantuan kewangan kepada pengkaji sepanjang kajian dijalankan. Tanpa dorongan dan kemudahan yang diberikan mana mungkin pengkaji dapat menyempurnakan kajian ini.

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang diberikan dan pengkaji harap hasil daripada kajian ini menjadi suatu ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama pada masa akan datang.

Nur Sumaiyah binti Abu Bakar Calon Sarjana Sastera (Pengajian Islam)

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences

Universiti Utara Malaysi

(8)

Isi Kandungan

Kebenaran Mengguna……… i

Abstrak ………. ii

Abstract………. iii

Penghargaan……….. iv

Isi Kandungan ………... v

Senarai Jadual………....viii

Senarai Rajah………..ix

Senarai Singkatan………x

BAB SATU PENGENALAN……….…...….1

1.1 Pendahuluan………....1

1.2 Latar Belakang Kajian………2

1.3 Penyataan Masalah Kajian………...6

1.4 Persoalan Kajian………... 12

1.5 Objektif Kajian………. 12

1.6 Definisi Operasional ………... 12

1.6.1 Gelisah……….... 13

1.6.2 Khauf………... 15

1.6.3 Raja’……….... 17

1.7 Kerangka Konsep Kajian……….. 18

1.8 Ulasan Karya……….... 19

1.8.1 Perbincangan Mengenai Konsep Penyakit Gelisah………. 20

1.8.2 Perbincangan Mengenai Konsep Khauf dan Raja’………. 23

1.9 Skop Kajian……….. 26

1.10 Biografi Imam al-Ghazali………. 27

1.11 Kepentingan kajian……….. 28

1.12 Rumusan………... 30

BAB DUA TINJAUAN LITERATUR……….31

2.1 Pendahuluan………31

(9)

vi

2.2.1 Al-Quran……….32

2.2.2 Al-Hadith………35

2.2.3 Sarjana Islam………...39

2.3 Fitrah Hidup Manusia dengan Sifat Gelisah………...42

2.4 Mengenal Allah SWT Sebagai Penawar Menangani Penyakit Gelisah……..44

2.4.1 Taubat……….45

2.4.2 Sabar………...47

2.4.3 Solat………50

2.5 Konsep Khauf dan Raja’ al-Ghazali………...52

2.5.1 Khauf………..52

2.5.1.1 Hakikat Khauf ……….53

2.5.1.2 Ciri-Ciri Khauf……….57

2.5.1.3 Kelebihan Khauf dalam Kehidupan Manusia……….58

2.5.2 Raja’………60

2.5.2.1 Hakikat Raja’………..61

2.5.2.2 Ciri-Ciri Raja’………...64

2.5.2.3 Kelebihan Raja’ dalam Kehidupan Manusia………...66

2.5.3 Cara Menggabungkan Khauf dan Raja’dalam kehidupan……….68

2.6 Rumusan……….71

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN………...72

3.1 Pendahuluan………....72

3.2 Reka Bentuk Kajian………72

3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data……….72

3.3 Sampel Kajian ……….75

3.4 Latar Tempat………...76

3.5 Prosedur Pengumpulan Data………...77

3.6 Analisis Data………...78

3.7 Rumusan……….80

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN………... 81

4.1 Pendahuluan………... 81

4.2 Latar Belakang Informan... 81

(10)

4.3 Konsep Penyakit Gelisah (Axiety Disorder) Menurut Perspektif Klinikal dan

Islam……… 85

4.3.1 Penyakit Gelisah Menurut Perspektif Klinikal………... 85

4.3.2 Penyakit Gelisah Menurut Perspektif Islam……….... 91

4.4 Pendekatan Khauf dan Raja’ al-Ghazali dalam Menangani Penyakit Gelisah………... 99

4.4.1 Pendekatan Islam………...99

4.4.2 Pendekatan Klinikal………...102

4.5 Rumusan………...107

BAB LIMA PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN…………...108

5.1 Pendahuluan………...108

5.2 Implikasi Kajian………....109

5.3 Cadangan Kajian………...112

5.3.1 Cadangan Kepada Ibu Bapa………..113

5.3.2 Cadangan Kepada Guru………114

5.3.3 Cadangan Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)……. 115

5.4 Cadangan Usulan Kajian……….…………..115

5.5 Rumusan………..…….116

RUJUKAN………. 117

LAMPIRAN………... 124

(11)

viii

Senarai Jadual

Jadual 4.1……….. 82

(12)

Senarai Rajah

Rajah 1.1………... 10 Rajah 1.2………... 19 Rajah 3.1……….. 79

(13)

x

Senarai Singkatan

SWT Subhanahu wa Ta’ala

SAW Salallahu’alaihi wasallam

UUM Universiti Utara Malaysia

UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

EBM Evidence Based Medicine

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah

trj. Terjemahan

t.th Tanpa Tahun

cet. Cetakan

(14)

BAB SATU PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Islam adalah agama fitrah yang dianuti oleh setiap Muslim di muka bumi ini. Setiap ajarannya adalah berlandaskan wahyu dan syariat yang telah digaris bertepatan dengan fitrah manusia yang mempunyai pelbagai keinginan. Allah SWT menciptakan manusia terdiri daripada dua komponen utama iaitu rohani dan jasmani.

Oleh yang demikian, keunggulan dan keutuhan peribadi serta rohani yang baik perlu dibangunkan di dalam diri setiap Muslim agar kedua-dua aspek ini dapat diseimbangkan dalam kehidupan harian. Kesan ketidakseimbangan kedua-dua aspek ini boleh menyebabkan muncul pelbagai masalah psikologi seperti kesedihan, kegelisahan, tekanan dan kemurungan. Hal ini jika tidak diberi perhatian dengan segera, ia boleh menjadi gangguan pada jiwa setiap Muslim masa kini. Menurut Haron Din (2011), manusia hilang ketenangan rohani dan hati berpunca daripada dua sebab utama. Pertama, rasa kecewa yang melampau akibat daripada kegagalan memiliki sesuatu yang berbentuk material. Kedua, akibat kurangnya pengisian nilai rohani yang luhur di dalam jiwa manusia.

Dalam konteks disiplin tasawuf, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (2000) telah membina beberapa kaedah psikoterapi Islam bagi merawat pelbagai masalah emosi dan spiritual. Antara kaedah yang akan dibahaskan di dalam kajian ini adalah berkaitan dua konsep utama iaitu khauf dan raja’. Kedua-dua elemen ini merupakan sifat mahmudah dan suatu mekanisme tazkiyah al-nafs yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Konsep khauf boleh menjauhkan diri daripada maksiat dan

(15)

117

RUJUKAN

‘Abdullah Nasih ‘Ulwan. (2011). Tarbiyyat al-Awlad fi al-Islam. Kaherah: Dar as- Salam. Cet. 36.

Abd. Rahman Muhammad Iswa’. (1970). Dirasat Saikulujiyyah. Iskandariah:

Mansya’ah al-Nasyir al-Ma’arif.

Abd. Rauf Dato Hj. Hassan, Abd. Halim Salleh & Khairul Amin Mohd. Zain. (2006).

Kamus Melayu Arab. Selangor: Oxford Fajar. Cet. 3.

Abdullah Basmeih, S. (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al- Quran. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Abu Daud, Sulaiman bin al-Ash’as bin Ishak bin Basyir al-Azdi al-Sajastani. (2015).

Sunan Abi Daud. Darr al-Hadharah.

Ade Chita Putri Harahap, Dinda Permatasari Harahap & Samsul Rivai Harahap.

(2020). Analisis tingkat stres akademik pada mahasiswa selama pembelajaran jarak jauh di masa covid-19. Jurnal Kajian Kaunseling & Pendidikan, 3(1), 10-14.

Ahmad Hisham Azizan & Che Zarrina Sa’ari. (2009). Terapi solat dalam menangani penyakit gelisah (anxiety) menurut perspektif psikoterapi Islam, Jurnal Usuluddin, 29, (1-43).

Ahmad Hisham Azizan. (2009). Solat Dan Nilai-Nilai Spiritual Dalam Menangani Gelisah Dalam Kalangan Remaja Islam: Kajian Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (Sbpi), Selangor. (tesis sarjana yang tidak diterbitkan).

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Ahmad Ridha Hasbullah. (1996). Taqarrub: Mencari Redha Allah: Bagaimana Mendekatkan Diri kepada Allah SWT. Kuala Lumpur: Era Visi Sdn. Bhd.

Ahmad Taha. (1992). (Terj). Ismail Ibrahim. Kedoktoran Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-‘Ulyawi, Syaikh Shalih. (2007). Muhasabah An-Nafs. Riyadh: Maktab Dakwah dan Bimbingan Jaliyat Rabwah.

Al-Bukhari, Abu Abd. Allah Muhammad Ismail. (2002). Sahih al-Bukhari. Beirut:

Darr Ibn Kathir. Jil. 1.

Al-Bukhari. (2001). (Terj). Muhammad Zahir Nasir. Sahih al-Bukahari. Darr Tuwakh al-Najah. cet. 1.

(16)

Al-Ghalayayni, Mustafa. (1987). Jami’ al-Durus al-Arabiyyah. Beirut: Maktabah al- Ash’ariyyah.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Ahmad. (2000). Ihya’Ulum al-Din, Kaherah: Dar al-Taqwa li ak-Turath.

Al-Ghazali. (1981). Ihya ‘Ulumiddin, (Terj). Prof. TK. H. Ismail Yakub, Singapura:

Pustaka Nasional.

Al-Ghazali. (1986). “Rawdah al-Talibin wa ‘Umdah al-Salikin”, Majmu`ah Rasa’il al-Imam al-Ghazali, Jil. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Al-Ghazali. (1986). Masalah Takut dan Harapan, (Terj). M. Abdul Mujieb As, Surabaya: Mahkota.

Al-Ghazali. (2007). Minhaj al-‘Abidin Imam al-Ghazali. (Terj). Abu Mazaya al- Hafiz. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Al-Jauziah, Ibn Qayyim. (2010). Indahnya Sabar. (Terj). A. M. Halim. Jakarta:

Maghfirah Pustaka.

Al-Jurjani, Ali bin Muhammad Syarif. (1985). Kitab Al-Ta’rifat. Beirut: Maktabah Lubnan.

Al-Makki, Abu Talib. (1997). Qut al-Qulub fi Mu’amalah al-Mahbub wa Wasf Tariq al-Murid ila Maqam al-Tawhid. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Ilmiyyah.

Al-Maragiy, Ahmad Mustafa. (2001). Tafsir al-Maraghiy. (Terj). Muhammad Thalib. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Jil. 6,8 & 15. Cet. 1.

Al-Mubarak . Abu Ezzat. (2010). Jalan Menuju Syurga: Khauf. Selangor: Pustaka Jiwa.

Al-Mubarak, Abu Ezzat (2010). Jalan Menuju Syurga: Raja’. Selangor: Pustaka Jiwa.

Al-Nawawi, Imam Mahyuddin Abi ZakariaYahya . (1929). Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Darr al-Fawaid

Al-Nawawi. (2010). Ringkasan Riyadhus Solihin. (Terj). Syeikh Yusuf al-Nabhani.

Kuala-Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Al-Naysaburi. (1970). Gharaib al-Quran wa Gharaib al-Furqan. Kaherah: Sharikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa. Jil. 29.

Al-Qardawi, Yusuf. (1995). Al-Ibadah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.

(17)

119

Al-Qazwini Ibn Majah, Imam Muhammad bin Yazeed. (2007). English Translation of Sunan Ibn Majah. Jeddah: Darussalam. vol. 5.

Al-Qurthubi. (2008). Tafsir al-Qurthubi. Jakarta: Pustaka Azzam.

Al-Qurtubi, Abu Abdillah Muhammad b. Ahmad al-Ansari. (1996). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Cet. 2. Kaherah: Dar al-Hadith.

Al-Qushayri. (1971). Tafsir Sufi Kamil li al-Quran al-Karim. Kaherah: al-Hai’ah al- Misriyyah al-‘Ammah li al-Ta’lif wa al-Nashr. Jil 6.

Al-Qusyairi, ‘Abd al-Karim ibn Hazawin. (2001). Risalah Sufi al-Qusyairi. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Al-Razi, Zayn al-Din Muhammad b. Abi Bakr b. ‘Abd al-Qadir. (1987). Mukhtar al- Sihhah. Madinah: Maktabah Tayyibah.

Al-Syami, Salih Ahmad. (2004) Al-Imam al-Ghazali Hujjah al-Islam wa Mujaddid al-Mi’ah al-Khamisah. (Terj). Ariffin bin Ladarin. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Al-Yazidi, Abi ‘Abd al-Rahman ‘Abdullah b. Yahya b. al-Mubarak. (1985). Gharib al-Quran wa Tafsiruh. Beirut: Alam al-Kutub.

Al-Zamakhsyari, Abi al-Qasim Jar Allah Mahmud bin Umar (1972). Al-Kasysyaf’an Baqaiq al-Tanzil wa ‘uyun al- Aqawil fi Wujuh al-Takwil. Mesir: Syarikat Maktabah wa Matba’ah al Babi al Halabiy wa Auladuh.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1991). al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari’ah wa al- Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir. Jil. 29

Anxiety Disorder Association of America (ADAA). (2019, Disember 4). Mental Health. https://ourworldindata.org/mental-health#anxiety-disorders

Azizi Yahya & Tan Soon Yin. (2007). Kesihatan Mental. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Cet. 2.

Che Zarrina Sa’ari, Sharifah Basirah Syed Muhsin & Mohd. Manawi Mohd Akib.

(2021). Al-halu’ (kecelaruan kebimbangan) dan perbahasannya serta hubungannya dengan psikologi Islam, Jurnal Usuluddin, 49(2), 135-169.

Che Zarrina Sa’ari. (2001). Penyakit gelisah (anxiety/ al-halu’) dalam masyarakat islam dan penyelesaiannya menurut psiko-spritual Islam, Jurnal Usuluddin, 14(12), 1-22.

Chua Yan Piaw. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan; Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill-Education.

(18)

Danial Zainal Abidin. (2015). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Selangor:

PTS Millennia Sdn. Bhd.

Dr. Engku Ibrahim Engku Wok Zin. (2021, Januari 11). Temu Bual Pakar Tasawuf, Cisco Webex.

Dr. Fatihah Addawiah Mohamed. (2020, Oktober 26). Temu Bual Klinikal.

Dr. Norazlina Zakaria. (2020, Disember 30). Temu Bual Pakar Kaunseling Islam.

Duryani. (2017). Peranan Raja’ dalam Menanggulangi Stres Perspektif al-Ghazali.

(tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang.

Fariza Md Sham & Azyyati Mohd Nazim. (2015). Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa, Jurnal Hadhari, 7(2), 63-73.

Fatma Atiqah Mohd. Yusof. (2020, Oktober 27). Temu Bual Klinikal.

Firdaus Abdul Ghani. (2019, November 19). Pakar Psikiatri, Pegawai Psikologi atau Kaunselor, Sama atau Beza?. Astro Awani. Bahan diakses pada 6 Jun 2020, daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakar-psikiatri- pegawai-psikologi-atau-kaunselor-sama-atau-berbeza-223005

Firdaus Abdul Ghani. (2020, Jun 7). Bimbang Sepanjang Masa: Adakah Ia Satu Penyakit?. Astro Awani. Bahan diakses pada 7 April 2022, daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bimbang-sepanjang-masa-

adakah-ia-satu-penyakit-245999

Hairunnaja Najmuddin. (2003). Psikologi Ketenangan Hati Panduan Merawat Jiwa yang selalu Gundah dan Gelisah. Bentong: PTS.

Hamka. (1990). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Hanna Djumhana Bastaman. (2007) Logoterapi: Psikologi untuk Menemukan Makna Hidupdan Meraih Hidup Bermakna. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Rohani. Bandar Baru Bangi: Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia.

Hatta Sidi. (2012). Keresahan: Penyakit & Rawatan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hawwa, Sa’id. (1988). al- Mustakhlis fi Tazkiyah al-Nafs. Kaherah: Dar al-Salam.

(19)

121

Ibn al-Qayyim, (1990). Ar-Ruh: Satu Analisa tentang Roh-Roh Orang Mati dan Orang Hidup. (Terj). Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Ibn Athiyah al-Andalusi. (2016). Al-Muharrar al-Wajiz fii Tafsir al-Kitaab al-‘Aziz.

Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Ibn Kathir. (2004). Tafsir Ibnu Kathir. (Terj) Dr Abdullah b. Muhammad b.

Abdurrahman. b. Ishaq alu Syaikh. Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafii.

Ibn Manzur. (1997). Lisan al-Arab. Cairo: Maktabah Taufiqiyah.

Ibrahim Fiqhy. (2009). Pandang Sisi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Supaya Gelisah Bernilai Ibadah. Petaling Jaya: Kemilau Publika Sdn. Bhd.

Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Imam an-Nawawi. (2015). Keagungan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW al- Azkar Edisi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Cet. 4.

Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim a l-Qushairi al-Naysaburi. (2006). Sahih Muslim. Darr al-Taybah. Jil. 1

Jahid Sidek. (2007). Penyakit-Penyakit Hati: Punca dan Kaedah Rawatan Menurut Prinsip Tasawuf dlm. Seminar Tasawuf Negeri Sembilan 2007. Seremban, Negeri Sembilan, 22 Disember.

John Altrocchi. (1980). Abnormal Behaviour. Harcourt Brace Jovanovic.

Kartini Kartono & Dali Gulo. (1987). Kamus Psikologi. Bandung: CV Pionar Jaya.

Khairunnas Rajab. (2006). Islam dan psikoterapi moden. Jurnal Afkar, 7(4), 133- 156.

Mohd Amir Japri. (2017). Konsep Khauf dan Raja’ Imam al-Ghazali Dalam Terapi Gangguan Kecemasan, (tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan.

Mohd Hafizuddin Ismail. (2018). Konsep Pendidikan Jiwa menurut Pemikiran Sa’id Hawwa menerusi Kitab Al-Mustakhlas fi Tazkiyah Al-Anfus. (tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia.

Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. ed. 4.

(20)

Mohd Nasir Masroom, Siti Norlina Muhamad & Siti Aisyah Abd Rahman. (2015).

Kebimbangan dari perspektif psikologi Islam dan cara mengatasinya berdasarkan surah al-Ma’arij. Jurnal Sains Humanika, 5(1), 61-67.

Muhammad Khairi Mahyuddin, Roslee Ahmad, Atifah Mamat & Awatif Abdul Rahman. (2018). Cabaran abad 21 dan keperluan amalan kerohanian oleh warga emas. Jurnal Ushuluddin Adab dan Dakwah, 1(2), 176-184.

Muslim, al-Hajjaj Abu al-Hassan al-Qusyairi al-Naisaburi. (t.th). Shahih Muslim.

Beirut: Dar Ihya’ al-Turas al-‘Arabi.

Musthafa Abdul Wahid. (2004). Min Rawaa’i’ al-Bayan. Dar Gharib

Nik Abdul Aziz Nik Mat & Abdul Hadi Awang. (2008). Mutiara Dua Tok Guru:

Membangun Ummah. Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn. Bhd.

Nik Norliati Fitri Md Nor & Suriati Ghazali. (2016). Loneliness and its impacts to the health of elderly in rural Pahang. International Journal of Environment, Society and Space. 4(1), 29-37.

Oualid Hechehouche, Mariam Adawiah Dzulkifli & Intan Aidura Alias. (2020). The Quranic-based healing through sound and its psychological effect: a review of literature. IIUM Journal of Human Sciences, 2(2), 75-80.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.).

Newbury Park, CA: Sage Publications.

Portal Rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Penyakit mental.

Bahan diakses pada 8 November 2019, daripada http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental/

Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar. (2020, Disember 31). Temu Bual Pakar Tasawuf, Telegram Recording.

Rafidah Mat Ruzki & Ilah Hafiz Aziz. (2020, Oktober 21). Talian Sokongan Psikososial terima 36,269 panggilan. Berita Harian Online.

,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/744641/talian- sokongan psikososial-terima-36269-panggilan).

Ramli Hassan. (1990). Pengantar Psikiatri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosidi. (2015). Pengantar Akhlak Tasawuf. Samarang: Karya Abadi Jaya.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

(21)

123

Salasiah Hanin Hamjah. (2010). Kaedah mengatasi kebimbangan dalam kaunseling:

analisis dari perspektif al-Ghazali. Jurnal Hadhari, 3(1), 41-57.

Sayyid Qutb. (2000). Tafsir Fi Zilalil Quran. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn.

Bhd. Cet 1.

Schimmel, Annemarie. (1975). Mystical Dimensions of Islam. Chapel Hill: The University of North Carolina Press.

Sharifah Basirah Syed Muhsin. (2015). Kaedah Psikoterapi Berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib Al-Makki. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sharifah Basirah Syed Muhsin. (2017). Kepulihan Al-Halu‘ Berasaskan Maqamat Abu Talib Al-Makki (W.386H). (tesis sarjana yang tidak diterbitkan).

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Siti Zulaiha Zakaria. (2020, November 2). Temu Bual Klinikal.

Subandi. (2011). Sabar sebuah konsep psikologi. Jurnal Psikologi, 38(2), 215-227.

Taylor, S. J. & Bogdan, R. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods:

The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

Ulber Silalahi. (1999). Metode dan Metodologi Penelitian. Bandung: Bina Budhaya.

Zahazan Mohamed & Muhamad Zakaria. (2011). Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Zahra Goodarzi, Leyla Samii, Feeha Azeem, Ramnik Sekhon, Stephine Crites, Tamara Pringsheim, Eric E. Smith, Zahinoor Ismail & Jayna Holroyd-Leduc.

(2019). Detection of anxiety symptoms in persons with dementia: a systematic review, Alzheimer’s & Dementia: Diagnosis, Assesment &

Disease Monitoring, 11, 340-347.

Zakiah Daradjat. (1970). Kesehatan Mental. Jakarta: Gunung Agung.

Zulkifli Mohd Yusoff. (2011). Kamus al-Quran. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd

(22)

LAMPIRAN

Temu bual bersama ustazah

Fatma Atiqah (kaunselor) Temu bual bersama Dr. Fatihah Addawiah (pakar psikiatri)

Temu bual bersama Cik Zulaiha (kaunselor)

Hospital Sultanah Maliha, Langkawi

Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi

(23)

125

Soalan Temu Bual

(3 Pakar Bidang Kaunseling Islam dan Tasawuf)

1) Apakah isu yang sering dikaitkan dengan penyakit gelisah dalam masyarakat hari ini?

2) Apakah faktor berlakunya penyakit gelisah dari sudut perspektif agama?

3) Bagaimanakah langkah pencegahan dan rawatan yang perlu diambil bagi mengatasi penyakit gelisah?

4) Apakah implikasi penyakit gelisah kepada keluarga, masyarakat dan negara?

5) Apakah pandangan Prof/Dr tentang pendekatan elemen tasawuf khauf dan raja’ al-Ghazali dalam menangani penyakit gelisah?

(24)

Soalan Temu Bual (3 Pakar Psikologi Klinikal)

1) Apakah isu semasa yang sering kali dikaitkan dengan penyakit gelisah?

2) Adakah penyakit gelisah merupakan permulaan simptom bagi setiap masalah kesihatan mental?

3) Mengenal pasti sejauh mana pakar psikologi klinikal menjadikan elemen khauf dan raja’ al-Ghazali sebagai elemen motivasi dalam menangani penyakit gelisah?

4) Sejauh mana keberkesanan pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam menangani penyakit gelisah?

5) Adakah terdapat amalan agama yang disarankan terhadap pesakit dalam proses pemulihan? Sekiranya ada nyatakan…

6) Bagaimanakah sikap dan semangat yang ditonjolkan oleh pesakit sepanjang sesi terapi?

(25)

127

Transkrip Temu Bual (Klinikal) Informan 1

Nama Responden : Dr. Fatihah Addawiah binti Mohamed Jawatan : Ketua Jabatan Psikiatri

Tarikh & Hari : 26/10/2020 ( Isnin) Masa : 2.30 pm - 3.30 pm

Tempat : Hospital Sultanah Maliha, Langkawi [Masa] Dialog

[00:00:10] Pengkaji: Pada pandangan puan apakah isu semasa yang sering dikaitkan dengan penyakit gelisah (anxiety)?

Erm...ok la…dari sudut psikologi anxiety ni nama lain dia dalam bahasa Melayu kegelisahan, kerisauan atau kebimbangan. Anxiety dengan anxiety disorder ni lain tak sama…anxiety ni normal… tapi anxiety disorder ni adalah kegelisahan yang berpanjangan ataupun yang severe. Kegelisahan tu normal kadang-kadang kita ada dengar berita terkejut, kita dapat tugasan baru kita akan rasa anxious berdebar-debar.

So anxiety disorder ni kalau kerisauan dan kegelisahan ni berpanjangan berlarutan berminggu-minggu sampai 6 bulan sampai tak ada perkara-perkara yang membimbangkan pun kita masih risau ataupun kegelisahan kerisauan tu mengganggu aktiviti harian kita sampai nak keluar rumah takut, nak berdepan dengan orang pun takut. Kalau ada kriteria ini ia adalah anxiety disorder. So kalau kata anxiety biasa ni dengar berita terkejut sikit rasa risau tapi tak berterusan mungkin dengar berita terkejut harini setengah jam lepas tu atau esok ke lega dah. So soalan awak nombor satu ni tentang apakah isu semasa yang sering dikaitkan dengan penyakit gelisah.

Selalunya isu semasa berkaitan stress. Stress boleh datang dalam bentuk kegelisahan.

sesetengah orang mungkin dia stress sebab kerja so dia akan tunjukkan ciri-ciri anxiety tu contoh takut tak siap homework, takut nak jumpa cikgu sebab homework tak siap, takut nak datang kerja, takut majikan tanya kerja tak siap lagi. isu semasa stress tu macam common association dengan anxiety. So kita kaitkan di sini orang yang ada anxiety ni selalunya stress mungkin kawalan stress dia tak betul tak sihat menyebabkan dia dapat anxiety disorder penyakit gelisah ni lah. Condition kes bunuh diri pula boleh dikaitkan dengan anxiety disorder tapi selalunya lebih tinggi kepada depression kemurungan. Anxiety dengan depression dia lain, tapi kadang-kadang sesetengah orang depression ada sikit ciri-ciri anxiety tu… sebab apabila kita buat saringan balik yang dia lebih prominent simptom dia adalah susah hati. Kalau anxiety ni bila kita explore balik dia punya simptom lebih kepada takut. tapi selalunya kita

(26)

kata bunuh diri ni lebih kepada kemurungan la

[00:03:54] Pengkaji : Adakah penyakit gelisah (anxiety) merupakan permulaan simptom bagi setiap masalah kesihatan mental?

Ok… soalan ini adakah… so jawapan dia ya atau tidak. Jawapannya tidak lah…bukan semua penyakit mental ni datang dengan anxiety. Tapi setengah pesakit datang dengan anxiety tapi bila kita follow up balik dan lama-lama kita explore balik rupanya dia adalah depression atau kadang ada juga yang bipolar disorder. Bipolar ni… dia still penyakit yang kategori sama cuma bipolar ni dia ada fasa dia. Fasa kemurungan dan dia ada fasa happy atau marah sangat. So kalau ikut kajian satu dunia penyakit mental yang utama adalah anxiety. Anxiety ni common la…lepas anxiety… depression...lepas depression ni penyakit yang lebih kronik la…macam bipolar disorder… schizophrenia

[00:05:22] Pengkaji: Sejauh mana pakar psikologi klinikal menjadikan elemen khauf dan raja’ al-Ghazali sebagai elemen motivasi dalam menangani penyakit gelisah?

Ok..kami di klinik psikiatri secara tak langsung kami guna konsep khauf dan raja’ ni.

Cuma kita tak bagi tahu klien amalkan khauf …amalkan raja’…Cuma konsep tu seperti mana kefahaman saya khauf takut kepada azab, takut kepada dosa. Raja’ pula kita berharap kepada Allah, bersangka baik kepada Allah. Kita bersangka baik atas apa yang Allah turun kepada kita, terima seadanya supaya menjadi dorongan positif dan motivasi kepada kita..dalam sesi kaunseling… kami di psikiatri ni sesi piskoterapi lebih detail sikit.. lebih tailer kepada setiap klien tu. Contoh klien tu dia ada masalah rumah tangga.. sesi psikoterapi kita tailer kepada masalah dia. Bukan kita bagi kaunseling ni semua orang masalah macam ni kita pukul rata kaunseling macam tu….tak…so pendekatan khauf dan raja’ dalam kaunseling kami ni ada…

Cuma indirectly kita tak sebut ni khauf ni raja’. tapi selalunya. Kita lebih tekankan kepada raja’ la…contoh kita akan cakap apa yang jadi ni kita kena bersangka baik ada hikmah… kebanyakan klien yang ada anxiety ni malah kemurungan pun dia ada banyak pemikiran negatif..aa..contohnya saya tak pandai, kawan saya pandai…saya ni tak boleh berdepan dengan orang ramai...kawan-kawan saya boleh berdepan dengan orang ramai. So benda tu adalah pandangan negatif kita pada diri kita la…so di sini yang kami terapkan kata raja’ tu…kena bersangka baik lah setiap ujian yang datang tu ada hikmah dia…mungkin Allah nak bagi kekuatan dari segi ujian tu..kalau kita bersangka buruk pada diri kita camna kita nak hadapi ujian tu. Yang ni lebih kepada raja’ tu. So kalau khauf ni mungkin bergantung kepada klien jugak.. tengok kalau problem dia macam sesuai dengan pendekatan khauf tu kita akan terapkan lah.

Cuma kami directly tak pernah sebut ni khauf ni raja’…aa ok..sebab even dalam rawatan psikiatri pun kita ada 4 elemen…elemen biologi. Biologi tu maksudnya badan kita, fizikal tubuh badan kita contohnya kita tahu anxiety ni disebabkan faktor biologi faktor ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak tu…so rawatan biologi adalah untuk seimbangkan balik bahan kimia dalam otak tu. Elemen kedua psikologi.

(27)

129

So psikologi ni kita tanya balik cerita dia, sejarah masa silam dia macam mana, personaliti dia macam mana…tu psikologi la.. so dari situ kita terapkan unsur kaunseling unsur psikoterapi. So kat situ khauf dan raja’ tu. Contohnya kalau kita tengok seseorang tu daripada dia kecil sampai dia besar memang asyik negatif je…orang suka pandang negatif kat saya…saya ni tak cantik, saya ni tak pandai, saya ni bodoh…kita nampak psikologi dia ni sangat negative thinking. Kat sini la raja’nya, kita kena terapkan unsur positif naikkan balik semangat dia. Dia sendiri yang kena positifkan diri dia…ok…so elemen ketiga…biopsychosocial…sosial ni maksudnya kita tengok balik punca dia anxiety ni sebab apa…so kita tak tau mungkin personaliti dia satu. Tapi sosial ni mungkin isu semasa yang menyebabkan dia dapat anxiety waktu tu mungkin masalah keluarga, masalah kawan, masalah final year nak submit thesis kena ada dateline, ada masalah kewangan. So di situ elemen sosial tu.

So dari situ kadang-kadang kita explore tu kita alertkan klien tu…ooo ni masalah kamu..kita akan cuba tengok masalah dia boleh selesai ke tak boleh selesai..kita ajar balik penyelesaian dia problem solving skills. Elemen keempat adalah religious…raja’ tu la kembali balik pada agama…kita tak tekankan sangat detail tentang religious ni takut benda tu sensitif. Contohnya, kita kata awak jadi macam ni puncanya dlu awak banyak dosa. Kadang-kadang benda tu sangat sensitif menyebabkan klien rasa down satu. Bila dia datang kat kita dia rasa macam dia kena judge dengan kita pulak..ok..dan sebenarnya kita nak tekankan yang sakit ni adalah puncanya bio, psycho, sosial dan religious tu adalah lebih kepada pendekatan kepada rawatan. Kalau kita kata awak jadi lagu ni mungkin sebab dulu awak banyak dosa…

tak boleh lah..saya pun tak selesa..isu ni sangat sensitif…amalan kita tak sama setiap seorang kan..so kalau kita pukul rata bagi kaunseling camtu most likely klien akan tak datang dah kat kami. So rawatan tu ada 4 elemen tu la..yang elemen keempat tu kita nasihat general je…semasa anxiety ni akan rasa berdebar-debar.. kadang-kadang kita akan ajar teknik- teknik untuk kurangkan ketegangan tu boleh buat teknik pernafasan.

Boleh buat teknik…aaa… distraction. Distraction tu kadang-kadang kita minta dia guna dari sudut agama la…contoh waktu dia tengah stress sangat tu…kita suruh istighfar…ambil wuduk..so kita masih guna aspek religious tu, cuma kita pergi general.

[00:14:07] Pengkaji: sejauh mana keberkesanan pendekatan khauf dan raja’ al- Ghazali dalam menangani penyakit gelisah?

Kesan dia la kan…so kesannya positif la..Cuma kita takde kajian yang specific agama tentang anxiety ni.. saya rasa tak banyak orang buat. Setahu saya takda la..mungkin saya tak up to date dari segi ni tak tahu la kan….tapi sebenarnya apa yang saya katakan tadi 4 elemen tu adalah Evidence Based Medicine (EBM). EBM ni maksud dia approach rawatan kita ni diiktiraf. Contoh jurnal-jurnal pun ada Cuma religious ni mungkin jurnal dia scattered maksudnya pendekatan dari sudut agama Islam lain dari sudut agama Buddha lain. Sebenarnya EBM ni berkesan la dalam psikiatri… kita bukan reka-reka memang ada fakta la…keberkesanannya tinggi

(28)

la…so biologi untuk anxiety kita guna ubat macam ni.. kalau psikologi tu kita tahu certain individu yang personality dia macam tu dia cenderung nak dapat anxiety.

Kalau sosial kita tahu masalah pencetus anxiety. Kalau religious ni untuk rawatan membantu…kalau tak berkesan tu especially dia tak percaya pada Tuhan la. Even ada yang dia Islam tapi dia question saya ni solat, saya puasa…tapi kenapa Allah turunkan dugaan macam ni kat saya. So kita mesti menggunakan pendekatan religious tu. Kat sini la diterapkan raja’..Cuma mungkin sesi kaunseling tu kena intensif sikit…mungkin kita tak boleh terlampau berkasar dengan klien, perlu slow talk dengan dia…dan selalunya berkesanlah..Cuma kita tak boleh harsh sangat dengan dia dan kita kena masukkan religious jugak. Kalau kita tak selesaikan konflik dalaman dia...dia marah kepada Pencipta dia…kalau kita bagi rawatan pun sebenarnya tak settle jugak. Ubat untuk menenangkan. bila dia terlampau gelisah…kita nak bagi kaunseling pun tak boleh.. so kena balik kepada rawatan biologi tu tadi…bagi ubat untuk dia tenang kemudian kaunseling.

[00:18:11] Pengkaji: Apakah antara amalan agama yang disarankan terhadap pesakit dalam proses pemulihan?

Amalan agama macam tadi lah…berzikir…solat…bersangka baik…husnuzon. Dan kadang-kadang kita cakap jugak kat pesakit tentang keadilan. Contohnya banyak orang dia buat baik pada orang tapi dia tak adil pada diri sendiri sehingga dia abaikan kesihatan sendiri…tu la meletakkan sesuatu pada tempatnya…kita ni kita dekat dengan orang… kita buat baik, tapi dengan diri sendiri kita abaikan…waktu tidur kita abaikan, ibadah kita pun kita abaikan, kita punya interaksi dengan keluarga kita abaikan…kadang-kadang saya terapkan unsur-unsur adil tu, which is dalam Islam pun kena adil. Letak sesuatu pada tempatnya. So apabila kita cakap benda tu klien akan cakap…betul jugak selama ni dia lebih pentingkan orang lain. Dia buat untuk orang lain puji dia. Sebaliknya dia pun sengsara…ok..dia buat sesuatu untuk dapat pandangan pada orang lain tapi pandangan dia tak suka pun buat benda tu…so kalau adil tu pun kita patah balik pada unsur Islam. Adil tu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kerja penat-penat tapi ibadah pun tak susun..rutin harian tak diatur..tidur terabai..so zikir tu distraction la..bila gelisah sangat istighfar, ibadah dan baca al- Quran kalau klien boleh baca…selalunya saya advice benda yang simple- simple..zikir baca ayat kursi… Selalunya kalau anxiety biasa still kita kena buat pendekatan rawatan bukan ubat la.. macam kita sendiri kita stress kita buat apa dari segi fizikal, sosial kita…kalau kita stress kita akan bersembang dengan kawan kita, kita makan banyak, kita tidur banyak, kita tengok tv saja tak mahu buat kerja lain..Cuma yang tu kita panggil stress management la..jadi kita kena pilih yang sihat la...ada healthy management dan unhealthy management…tapi banyaknya kita buat yang unhealthy. So bila berterusan kita buat malah bertahun so benda tu dia bawak keburukan pada diri kita pulak…masalah tak selesai makin lama berkumpul- kumpul..so dia cenderung nak dapat anxiety disorder. So kalau kita ada stress kita kena guna healthy way la…contohnya riadah, stress macam mana pun make sure tidur malam cukup, makan terjaga jangan lebih jangan kurang makan. Ada stress dia ambil rokok banyak. Zaman sekarang ni dah zaman dadah banyak. Ada orang stress ja minum arak. Kita tak boleh kata minum arak ni orang Islam tak minum…tak ..bila orang tu stress dia cenderung nak ambil dadah tu lah..alkohol arak ni kami di hospital kategorikan dalam kategori dadah la… so kat sini kita tak boleh sebut khauf lah …eh

(29)

131

awak ni dah la stress minum arak tak dosa ke..benda tu sensitif balik..aa..

menyebabkan dia rasa..eh kita ni judge dia…kalau dia dapat tinggalkan tu kiranya own inside dia sendiri yang capai kat fikiran dia..selalunya yang stress minum arak kuat ni, kita akan nasihat dari segi perubatan. Minum arak ni memudaratkan..mudarat dari segi hati akan rosak, kalau mabuk accident. Kalau nampak klien tu religious tu neutral sikit.. kita kata lagi pun dalam Islam dosa. Tapi kita tak highlight religious tu nombor satu supaya dia pun rasa selesa dengan kita. Dia tak rasa ishh… kat rumah pun mak akan membebel benda tu..datang hospital pun kaunseling doktor benda yang sama. So kita tak nak dia rasa tak selesa tu.

[00:27:37] Pengkaji: bagaimanakah sikap dan semangat yang ditonjolkan oleh pesakit sepanjang sesi terapi?

So yang ni saya pun tak da kajian la…tapi ada pesakit saya yang nampak positif.

Sebab mungkin dia tengok balik kesedaran dia terhadap masalah dia. So ada setengah klien tu dia tahu… ni something wrong pada diri dia dan dia perlu buat sesuatu untuk berubah..bila kita bagi sesi..kita bagi ubat bio, psycho, sosial, religious tu…dia boleh terima…dia lega..tapi bukan jumpa sekali dua dah lega tapi kita akan nampak perkembangan positif dia… tapi tak semua anxiety disorder perlu ubat…kita kena tengok tahap dia..kalau biasa.. just kaunseling je…kita tengok ringan, sederhana atau berat. Selalunya, ringan ni kita tak bagi lah rawatan biologi tu…kita lebih kepada psikologi, sosial dan religious tu… kalau sederhana ke berat tu kita consider. Kalau sederhana tu kita kata awal-awal ni cuba berfikiran positif, cuba selesaikan masalah…kita tengok masalah tu boleh selesai ke tak boleh selesai..buat table yang problem solving skills…ok dan buat pendekatan religious la…kebanyakan berjaya lah…kita pantau dua tiga bulan…masih simptom sama kita kena consel la untuk biologi punya..so di tahap serius tu kena ubat dulu…bila dia serius kita nak bagi kaunseling pun dia terlampau anxious. So rawatan tu dia kena serentak semua. So sikap dan semangat tu ada yang ok dan ada yang tak ok…kebanyakannya ok…kebanyakan anxiety ni yang saya nampak lah dia ada banyak expectation yang tinggi pada diri dia. Contoh kalau tahap student, dia nak dia dapat excellent…sem 1 dia nak dapat pngk 3.5 ke atas..tapi bila dia tak dapat tu dia anxious la…next time nak exam dia jadi anxious. Kembali kita kata dari sesi kaunseling kita kena terapkan raja’ ni..bersangka baik, mungkin Allah tak bagi..usaha lagi…tak mudah putus asa.

Dan kalau kata ada setengah klien tu, kita ambil contoh student tu la…dia dah cuba seratus peratus dah… study… tiba-tiba tak dapat apa yang dia nak tu…tulah kita kata konsep bersangka baik tu..so jangan dia duk blamekan diri dia macam apa yang dia usaha tu tak cukup gigih..so kita kena terapkan you dah usaha sedaya upaya mungkin rezeki tu tak sampai lagi..kat situ lah raja’nya bersangka baik terhadap sesuatu..dan kembali kita kata expectation kena turunkan. So kalau expectation dia tinggi melangit bila dia tak dapat dia akan stress lah..so dia kena letak expectation yang realistik dan praktikal..ada setengah klien tu tak boleh terima..kadang-kadang mungkin bila dia rasa sihat sikit dia tinggal ubat..tinggal teknik pernafasan…teknik fikir positif..sebab dia kata ni dah ok dah..kadang-kadang yang tu yang payah tu…tak datang kat kami..hilang setahun…kadang datang balik lepas dua tiga tahun..bila kita explore balik benda yang sama lah…Cuma insiden tu tak sama..tapi tema dia lebih kurang sama…masalah dengan kawan-kawan, bila bertukar kawan la…sebab tu kita selalu nasihatkan klien kita lah pentingnya fikiran positif, ikut arahan ubat, ikut arahan appointment tu…so kalau klien kita yang perlu ubat balik kita akan educate balik,

(30)

kaunseling balik..aaa…kalau nampak dia dah stabil dan dia pun dah stuju nak berhenti ubat kita akan turunkan dos dulu perlahan-lahan…kita akan kaunseling dia..kalau dah turun dos nampak balik ada gejala-gejala anxiety disorder tu nak datang…inform balik kita adjust ubat balik…ada pesakit jumpa lepastu tak jumpa langsung..sebab tu kita kata kadang-kadang penyakit tu boleh datang balik sebab ubat kita ada tempoh rawatan dia dan kalau nak turun dos tu dia tak boleh berhenti terus…dia kena turunkan dos sikit-sikit…lepas kita turunkan dos tu kita pantau.

Gejala dia ada perubahan teruk ke atau sama je..makin elok ke… so bila kata boleh turun dos tu dia tak da gejala baru…kita maintain dulu ubat tu…and then kita turun balik kemudian…so sikap dan semangat ni berbeza-beza..tapi penting tu la bila datang kat kami…kita educate…kesedaran sendiri dan kami di hospital ni ah yang kena bagi kesedaran kat klien..penting dia tu lah educate…kalau kami kat hospital tak bagi education sakit anxiety ni sakit jenis apa, rawatannya macam mana…kita akan kata awak sakit ni makan ubat..jumpa dua tiga bulan…kalau macam tu dia akan berhenti..dia rasa dia sihat dia akan berhenti…sebab tu kita kena selalu educate lah…ok so soalan semua dah covered ya…

(31)

133 Informan 2

Nama Responden : Pn. Fatma Atiqah binti Mohd. Yusof Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Tarikh & Hari : 27/10/2020 ( Isnin)

Masa : 9.00 am – 10.00 am

Tempat : Hospital Sultanah Maliha, Langkawi [Masa] Dialog

[00:00:08]Pengkaji: apakah isu semasa yang sering kali dikaitkan dengan penyakit gelisah (anxiety)?

Anxiety ni kita tak leh letak harapan tinggi sangat. Sampai satu masa kita tak dapat capai kita akan rasa kecewa. Ataupun kita pegang sesuatu terlampau pegang, bila hilang kita akan rasa kehilangan dan tak leh terima.

Isu semasa berkaitan anxiety di hospital ni kebanyakan ada kaitan dengan drug seperti arak dan dadah even orang Islam, sosial semuanya datang dari family sendiri. Masalah sosial seperti pembuanga bayi, contoh ada kes yang saya handle …yang mana dia beranak di rumah dan family tak tau langsung. Kemudian dia buang bayi kat tempat longgokan sampah di belakang rumah dia dan ayah dia jumpa bayi tu…lepastu bawa bayi ke hospital. Family dia memang terkejut tak boleh terima kenyataan yang anaknya dah bersalin. Dari sudut simptom anxiety.. Pesakit tu sendiri tak nampak pun symptom tapi family dia ada mak ayah dia tunjuk kebimbangan tu…mungkin anak dia tu ada tapi pandai kawal..anxiety kana da tahap-tahap dia…Cuma mak ayah dia teruk axiety sebab tak boleh terima kenyataan. Yang lain-lain banyak kes dadah. Kalau dari sudut kaunseling Islam kita tak rawat secara keseluruhan. Kaunseling secara general je la..

sebab kita tau orang yang ada dadah ni susah kan..tapi kami cuba la

[00:03:05]Pengkaji: adakah penyakit gelisah (anxiety) merupakan permulaan simptom bagi setiap masalah kesihatan mental?

Boleh kata ya dan tidak jugak la…sebab semua masalah sakit mental ni tak semestinya bermula dengan anxiety. Tapi dia salah satu symptom la.. anxiety ni kita tengok tahap.

Ada yang boleh control dan ada yang tak boleh.

[00:04:44]Pengkaji: Mengenal pasti sejauh mana pakar psikologi klinikal menjadikan elemen khauf dan raja’ al-Ghazali sebagai elemen motivasi dalam menangani penyakit gelisah?

Memang ada lah diterapkan. Selalunya kalau saya bagi kaunseling untuk patient kita akan tanya dulu dia punya background agama dia camna, background family macam mana. Kebanyakannya mereka ni sembahyang memang out..so, kita nak perbetulkan yang salah ni kena sembahyang la…kalau hubungan dengan Allah tu takda macam mana kita nak ubah diri kita. Satu lagi kalau patient tak tau sembahyang, buat ja mana yang boleh dulu. Contohnya, zikir taubat istighfar

(32)

[00:05:23]Pengkaji: sejauh mana keberkesanan pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam menangani penyakit gelisah (anxiety)?

Penerimaan, ada pesakit yang first impression dia tak leh terima tapi lama-lama bila kita kaunseling dia akan sedar. Kadang-kadang patient ada masalah ni tunjuk ekspresi sedih la…last skali sesi kaunseling tu bila kita tanya dia apa step akan dia buat lepas ni.. dia akan sedar la apa yang perlu dia buat lepas ni dengan cara sembahyang balik.

Contoh sebelum ni dah banyak tinggal. Bila kita bagi kaunseling camtu patient akan tau salah depa..so pesakit sedar lah. Selalu kalau yang datang kat saya sekali tu jela.

Hospital tak kan follow melainkan kes tu berulang dan ada kes-kes tertentu ja akan kami follow up. Banyaknya yang kami cakap kalau nak dapatkan nasihat apa-apa boleh rujuk dengan pejabat agama terus.

[00:07: 14]Pengkaji: Adakah terdapat amalan agama yang disarankan terhadap pesakit dalam proses pemulihan? Sekiranya ada, nyatakan?

Zikir taubat istighfar, sembahyang. Tapi yang paling penting yang saya tekankan kat patient sembahyang dulu. Sebab sembahyang kan benda wajib kan. Kalau benda wajib pun tinggai yang lain-lain tu susah la. Baca al-Quran ada jugak kami sarankan. Tapi tula dah sembahyang pun dak…nak baca al-Quran lagi jauh la. Kadang ada yang datang balik jumpa kita yang dia cakap dia dah berubah dah..sembahyang dah…apa yang saya cakap balik cukup tak awak solat tu..ada yang kata saya start slow-slow dah bagi cukup…xpa la baguih la camtu…lepastu saya akan tanya balik ada tak buat solat taubat, solat tahajud..dan ada yang buat…

tapi kalau yang datang tu zero saya akan tekankan bab solat dulu la.

[00:09:02]Pengkaji: Bagaimanakah sikap dan semangat yang ditonjolkan oleh pesakit sepanjang sesi terapi?

Ada yang datang kat kami ada masalah sosial ni lain sikit lah…ada patient yang datang sini dia tak boleh terima kenyataan dia dah jadi camtu..family atau ibu bapa lagi tak boleh terima kenyataan. Tapi ada patient yang dapat support daripada family. Ada jugak patient yang family tak bantu..duk ward ni sorang-sorang…kiranya ada yang ok dan ada yang tak ok la.

(33)

135 Informan 3

Nama Responden : Siti Zulaiha binti Zakaria Jawatan : Pegawai Psikologi (kaunseling) Tarikh & Hari : 2/11/2020 ( Isnin)

Masa : 4.00 pm – 5.00 pm

Tempat : Klinik Kesihatan Kuah, Langka [Masa] Dialog

[00:00:12]Pengkaji: apakah isu semasa yang sering kali dikaitkan dengan penyakit gelisah (anxiety)?

Symptom anxiety sakit dada, sakit kepala, pendam terlampau lama sampai 2-3 minggu tak boleh lena ni dah termasuk anxiety dan depression dah tak normal tidur.

Asal dia cakap ja orang sangkal…sebab tu bila ada yang mendengar dia lega boleh lena.

Isu semasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Dia berkaitan stress kerana persaingan dalam kelas. Kemudian, sosial adjustment di sesuatu tempat. Contoh perlu bersaing dalam kelas tapi depa tak leh p, kawan-kawan pun lebih hebat dari depa. So depa akan cipta pemikiran negative baru yang aku pun tak perlu hidup di dunia ni even depa ni hanya budak-budak. Sekarang ni budak-budak remaja pun dah ada anxiety. Sebab depa rasa orang tak suka dengan depa. Ketiga, anxiety jadi sebab faktor family. Contoh ada yang mak ayah dia hisap dadah. So klien terpaksa hidup dalam keluarga yang hisap dadah..depa nak bantu pun tak mampu dan hanya pendam ja perasaan tu macam mana aku nak teruskan kehidupan dalam keadaan macam tu..

maka dia akan rasa stress dan gelisah ni akan muncul..sebab dia rasa kesian sangat kat mak ayah dia..sebab dia seorang anak kan…nak report tak boleh sebab mak ayah sendiri. Ia disebabkan faktor sekeliling sebenarnya. Depa tak boleh adjust trigger depa dengan situasi macam tu,,,depa nak teruskan kehidupan depa dengan keadaan macam tu depa tak boleh..sebab tu depa hadirkan perasaan sangat gelisah tu dalam diri depa…

Kemudian satu isu lagi masalah rumah tangga. Seorang suami yang kaki pukul. Isteri sampai tahap trauma dan depression lah bukan tahap anxiety dah… kadang-kadang ada yang stress ja tak anxiety pun…stress bukan anxiety. Stress tu tekanan…ada dua stress. Satu yang biasa dan satu lagi jenis tekanan yang melampau..yang biasa tu contoh kita kena ada stress kalau tidak kita takkan berjaya betul tak..contoh bila seorang bos bagi stress kerja kat pekerja dia sampai perkerja dia tak boleh arrange kerja tu yang mengakibatkan stress yang melampau

[00:04:22]Pengkaji: adakah penyakit gelisah (anxiety) merupakan permulaan simptom bagi setiap masalah kesihatan mental?

(34)

Mild anxiety lama-lama akan jadi depression

Ya pada pandangan kak memang bermula dengan anxiety sebab anxiety ni kan secara ringan… Simptom kebanyakan yang datang klien rasa sakit dada, susah nak bernafas, tak boleh tidur malam, hilang minat nak buat aktiviti harian yang depa suka..contoh dari suka masak tak suka dah lepas tu…banyak kalau nak tengok symptom ni…ada yang tak da mood dah nak berkawan dengan orang…kiranya anxiety la permulaan dia yang paling ringan. macam depression ni akan datang dengan tiba-tiba contoh dia terkejut kehilangan orang yang dia sayang ka..tak boleh terima kenyataan…symptom depress dan anxiety lebih kurang sama..Cuma beza tahap dia ja…

[00:06:25]Pengkaji: Mengenal pasti sejauh mana pegawai psikologi klinikal menjadikan elemen khauf dan raja’ al-Ghazali sebagai elemen motivasi dalam menangani penyakit gelisah?

Kalau ada klien yang kata saya tak perlu pun hidup kat dunia ni. Saya akan cakap kat dia kamu rasa kamu dah banyak pahala. Kamu rasa kalau kamu mati kamu lepas ka dia alam barzakh. Saya akan terangkan berkaitan alam barzakh yang perlu dia hadapi nanti. Kita bagi pendidikan kat dia bahawa alam dunia ni hanya alam sementara.

Kalau raja’ macam contoh klien tadi yang baca mathurat tu…saya akan tanya dia apa yang dia rasa setelah baca mathsurat and klien jawab saya rasa tenang..yang ni yang kita nak. Dia cari sendiri..kak zu akan terang balik la bagi pendidikan…kita walau keadaan macam mana pun Allah still dengan kita. Kebanyakan yang kata nak bunuh diri..depa akan kata tak leh aku ada Allah. Depa sendiri yang terlintas dalam hati camtu. So keja kita sebenarnya tak susah dah pun. Sebab depa sendiri dah sedar..mungkin kita tambah sikit-sikit berkaitan kelebihan ka.

[00:08:01]Pengkaji: sejauh mana keberkesanan pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam menangani penyakit gelisah (anxiety)?

Macam tadi la…bila depa sedar dan amal mathsurat serta solat pa tu kemudian klien tenang…ni sebenarnya faktor pemudah kita untuk bantu dia ..sebab depa sendiri ada galakan diri depa sendiri. Keberkesanan tu ada sebab depa dah berubah..depa akan fkir kalau fikiran negative tu hanya sangkaan sahaja. Kakzu akan cakap kamu sangka atau cakap la bukan-bukan nanti jadi betul macam mana. Semua bergantung pada klien sebenarnya. Ada ja yang tak ok. Kalau yang tak ok ni kena 3 sesi sebab ada klien yang kena lambat tak leh laju. Kami dalam kaunseling ada susur galur yang kena ikut..first penerokaan kemudian penetapan matlamat. Kita akan aim matlamat klien nak berubah untuk apa. Contoh dia nak apa dalam hidup dia..so faktor-faktor lain kita kena bantu la. Apa-apa pun bergantung pada klien kalau dia tak nak berubah itu hak dia. Kita hanya bagi cadangan..

[00:10:05]Pengkaji: Adakah terdapat amalan agama yang disarankan terhadap pesakit dalam proses pemulihan? Sekiranya ada, nyatakan?

Amalkan Mathsurat..klien cakap tak pandai mengaji sangat..kita akan cakap start dengan dengar dulu ayat al-Quran..slow takpa..orang nak berubah tak leh rushing.

Kalau solat akan tekankan juga. Kamu solat cukup tak. bila dia kata cukup..alhamdulillah…semua kena ikut klien…kalau makcik-makcik takkan kita nak

(35)

137

tanya camtu kan..sensitif bab ni..jadi semua kena tengok keadaan klien macam mana dulu…last skali kak zu akan masuk juga nilai-nilai Islam secara hikmah secara halus la..tak leh keras-keras..secara indirect la…lebih kepada perbincangan la..apa yang kamu perlu buat..kalau kita bagi cadangan takut depa tak ikut…so kita tanya depa apa yang perlu buat kalau jadi camni..kena step by step la..bukan semua orang tanak sembahyang..depa nak tapi nak berubah dan konsisten tu..tambah-tambah klien tu dah 10-20 tahun tak sembahyang. Hidayah tu milik Allah kan macam klien tadi la nak ambil dadah kemudian dia tersedar tak boleh ambil sebenarnya. Kita doa supaya Allah mudahkan urusan dia. Mungkin Allah perantaraan kita untuk bantu klien..sebenarnya bukan kita nak ajar klien, lebih kepada klien yang bagi ilmu kepada kita berkaitan kehidupan dia

[00:12:01]Pengkaji: Bagaimanakah sikap dan semangat yang ditonjolkan oleh pesakit sepanjang sesi terapi?

Ada pesakit yang nak..ok saya nak berubah alhamdulillah.. dia tak boleh duduk dalam keadaan anxiety stress pa..tapi yang lain ada masih dalam keadaan terpinga- pinga…masih dalam keadaan takk orang semua tak suka kat saya…so semua bergantung kepada keadaan klien. Kalau camni kami kena cari jalan la macam mana nak bantu klien tu. Kita akan ubah sangkaan-sangkaan klien ni. Isi satu borang kekerapan depa rasa stress kat rumah ketika mana..kiranya ada la penerapan nilai-nilai Islam dalam klinikal ni tak semestinya ubat sahaja..kadang ada pesakit datang nak menyembang ja tak nak ubat pun. Dia perlu kan ubat untuk stabilkan dia ja. Psikiatri akan bagi ubat bergantung kepada tahap klien yang datang macam mana. Tak semua anxiety perlu makan ubat. Ada yang anxiety tak perlu ubat pun kaunseling ja.

Kaunseling ni kirannya kemahiran mendengar sangat penting la. Dengar klien dalam satu jam. Ada yang datang menangis. Kami takkan tinggalkan klien dalam keadaan menangis la..kena bagi reda dulu baru tamatkan. Kalau theraphy 3 jam. Kemudian teknik relaxation untuk anxiety ni iaitu teknik pernafasan pun kita akan buat juga.

Sebab ada pernafasan yang tak betul.

Depa akan mai symptom tadi la sakit kepala sakit dada, tapi check tak da apa. Kita akan buat ujian saringan minda sihat kat doktor kesihatan dulu kemudian baru refer kak zu. Kita akan tengok anxiety atau depression dia tinggi tak. kalau tinggi depa akan jumpa kak zu la. Kalau start Nampak orang lain dah tu kita akan refer kat psikiatri la

Ada klien yang dia memang tak pernah sembahyang. Ada sampai tahap ambil dadah.

Tapi alhamdulillah la hidayah milik Allah dan terdetik dalam hati dia aku buat salah ni dan dia stop tak ambil dadah tu. Kemudian dia kenal lelaki dari sekolah agama dan nak bertunang dah…lelaki sekolah agama ni nakal-nakal pun akan bawa kearah baik juga nanti. Lelaki tu la yang ajar dia sembahyang, baca mathurat…tapi tu la orang keliling sangat penting..kena bagi support. Ada juga yang tadak support tu memang susah la..ada klien yang cakap saya rasa saya tak penting hidup di dunia ni..saya rasa saya nak mati…kak zu kata kalau awak rasa cam nak mati awak rasa pahala awak cukup..nampak macam kasar…tapi sebenarnya dalam teori REBT atau CBT kita akan

(36)

sangkal pemikiran yang negatif

Isu agama ni memang isu sensitive. nak cakap isu agama ni kena tengok klien contoh cam remaja ka kita boleh lagi tegur..kalau orang tua payah juga..ada sorang makcik ni anxiety sampai umur 40 tahun pendam perasaan. So teknik yang diguna hanya mendengar sahaja sebab dia pendam terlampau lama. So kita dengar bagi dia luah.

Lain la ada sorang lagi klien yang kata saya tau kita kena sembahyang, so dari situ kita dah nampak dah macam mana penerimaan klien tu.. so apa-apa pun kena tengok atas klien la. Penerapan agama ni kita boleh bagi tapi kena tengok keadaan klien. Tak semestinya sesi pertama kena bagi dah…kalau saya punya style sesi pertama hanya mendengar walaupun dia bercanggah dengan nilai kita…kita dengar ja,,untuk sesi kedua baru start sangkal..dan saya juga akan bagi homework kepada klien untuk carry on dia punya anxiety tu. Ada klien sorang tu saya minta dia melukis apa yang dia rasa..so dia lukis la..rasa tak dihargai, rasa orang tak sayang kat dia. Sebab kita nak cari punca dia..last-last punca dia tak berkawan dan saingan kat sesuatu tempat tu dia rasa terlampau tinggi dan dia tak boleh carry on dan tak boleh adjustment dengan kawasan situ. Sebab tu mereka create suatu pemikiran yang negative. Sebab anxiety pun disebabkan oleh pemikiran negative yang dicipta oleh orang tu sendiri. Contoh fikirkan masa hadapan yang buruk akan berlaku. Isu agama ni kita tak boleh cakap direct kepada klien. Kita boleh guna teori rebt rational emotional behavior theraphy (REBT). Sangkal pemikiran buruk. Kita perlu guna teori ni sebab klien kita holistic.

Kita tak tau klien datang dari keadaan macam mana background macam mana. Kalau klien nak kita dengar ja cakap dia so kita tak boleh guna rebt la. Dia nak cerita ja…so kita guna teori Rogers. Seorang klien akan guna 5 atau 6 teori. Kita akan campur la teori kita nak interrogate semua tu kita tak tau keadaan klien macam mana..tapi last saya akan klien kita kepada Islam. Sebab semua kita akan mati. Untuk bukan Islam kita akan kaitkan dengan agama dia. Contoh dalam kitab veda India..agama you boleh ka bunuh diri ..ataupun kitab bible buddithsme ka semuanya melarang bunuh diri.

Pegawai psikologi klinikal atau kaunseling akan belajar beberapa terapi untuk bantu klien. Kaunselor ni based kepada mendengar kemudian kami akan bantu. Untuk sesi kaunseling bukan kami yang bagi keputusan kepada klien. Apa-apa keputusan semua bergantung kepada klien tu sendiri. Tapi, kita akan bincang dengan klien keputusan yang dia ambil, baik buruk keputusan tu. Kita akan pilih yang mana sesuai untuk dia.

Dan kita serah kepada klien. Term kaunseling celik akal…kiranya sampai klien celik akal maksudnya dia tau sendiri apa yang dia perlu buat untuk diri dia. Kat situ kita boleh terminate dah sesi kaunseling

(37)

139

Transkrip Temu Bual

(Pakar Tasawuf & Kaunseling Islam) Informan 4

Nama Responden : Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar Jawatan : Timbalan Dekan (Penyelidik & Pembangunan), Fakulti

Pengajian Kontemporari Islam, Unisza.

Tarikh & Hari : 31/12/2020 (Khamis) Masa : 11.00 am – 12.00 am

Tempat : Telegram

[Masa] Dialog

[00:01:23]Pengkaji: Apakah isu yang sering dikaitkan dengan penyakit gelisah dalam masyarakat hari ini?

Berdasarkan penelitian ustaz penyakit gelisah dalam masyarakat ni banyak la berlaku.

Kalau lihat pada punca yang zahirnya kerana tak suka, benci, serabut, banyak punca yang tak menyenangkan seseorang tu…mula sikit ja lama-lama jadi banyak dan jadi satu penyakit yang sukar dirawat. Ni secara umum ja. Ni pandangan umum dalam masyarakat.

[00:03:15]Pengkaji: Apakah faktor berlakunya penyakit gelisah dari sudut perspektif agama?

Kalau dari sudut perspektif Islam, sebenarnya manusia dicipta oleh Allah SWT lahir je dibesarkan dengan ada nafsu syahwat iaitu kehendak diri. Yang mana kehendak diri ini bebas yang tidak mahu diikat dengan agama ataupun tidak mahu dibatas dengan batas agama, dan inilah yang dinamakan syahwat kehendak yang sangat mendesak, yang sangat kuat untuk memiliki apa yang dikehendaki tanpa batasan agama. Apabila kehendak syahwat itu tidak diperolehi seperti mana yang dikehendaki oleh individu tersebut maka dia akan menghadapi kegelisahan. Jadi sebagai sunnatullah yang Allah cipta manusia ni sebagai hamba diciptakan dengan keluh kesah dalam al-Quran surah al-Maarij ayat 19

"اعوله قلخ ناسنلإا نإ"

maksudnya sesungguhnya manusia itu dicipta dalam keadaan keluh-

kesah. Bagaimana keluh kesahnya yang Allah gambarkan? Sifatnya begini

رشلا هسم اذإ"

"اعوزج

apabila ditimpa oleh bala bencana, kesusahan, keresahan…jazuua’ iaitu resah,

gelisah…jadi penyakit resah gelisah ni adalah kesan apabila seseorang itu ditimpa musibah. Musibah tu setiap perkara yang tak diingini la tidak disukai. Apabila sebut benda yang tak disukai ni dia ada kait dengan kehendak nafsu syahwat tadi. Syahwatnya dia tidak menerima tidak suka menerima apa yang ditimpa kepadanya. Maka dengan sebab itu kesannya dia gelisah rasa sukar rasa susah nak terima. Dan apabila perkara tu makin banyak akan menjadi penyakit gelisah la. Yang kedua Allah sebut

"اعونم يرلخا هسم ا ذإو"

Apabila Allah SWT kurniakan atau takdirkan padanya kebaikan boleh keseronokan, kesenangan dia akan timbul sifat kedekut, sifat tidak mahu berkongsi, sifat nak

(38)

memilikinya seorang diri. Inilah sifat-sifat yang ada pada manusia yang Allah bina seperti itu. Sebagai sunnatullah Allah bina ada dah sifat camtu sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Dari perspektif agama memang begitu sumber dan punca penyakit gelisah.

[00:10:17]Pengkaji: Bagaimanakah langkah pencegahan dan rawatan yang perlu diambil bagi mengatasi penyakit gelisah?

Erm..seperti mana dimaklumkan yang lepas orang yang gelisah ni dari sudut kaca mata Islam puncanya daripada sifat hatinya yang asalnya dicipta Allah SWT kepada semua manusia sepertimana yang dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19

"اعوله قلخ ناسنلإا نإ"

. Manusia itu diciptakan dalam keadaan keluh kesah

"اعوزج رشلا هسم اذإ"

apabila datang menimpa padanya keburukan perkara yang tidak diingini

dan dikehendaki seseorang maka bagi dia adalah keburukan. Ia akan menimbulkan kesan keluh kesah dan seterusnya

"اعونم يرلخا هسم اذإو"

apabila dikurniakan kepadanya kebaikan..apa sahaja bentuk kebaikan..dia menjadi seorang yang sangat kedekut, sangat sombong dan sangat penting diri sendiri. Ini adalah sifat semulajadi yang Allah cipta.

Keinginan yang ada pada diri manusia itu akan mendorong ke arah sifat ini. Ini adalah fitrah dan sunnatullah yang Allah SWT jadikan kepada semua manusia. Inilah puncanya berlaku penyakit gelisah apabila kehendak diri tidak tercapai. Tapi Allah SWT menyatakan suatu sifat perlu ada pada seorang manusia itu dalam menangani semua masalah kegelisahan berpunca daripada nafsu yang dicipta dalam keadaan keluh kesah tu..apadia? ََ

"ينلصلما لاإ"

kecuali orang-orang yang bersembahyang. ََ

"نومئاد متهلاص ىلع مه نيذلا"

Sembahyang yang macam mana? yang mana sifat sembahyang mereka itu “

نومئاد"

sentiasa

melakukan sembahyang. Allah SWT tidak menyatakan sembahyang tapi Allah menyatakan sifat sembahyang itu adalah berkekalan dilakukan. Ayat ini umum apabila kita meneliti secara terperinci kriteria sifat orang-orang yang dimaksudkan Allah SWT ini kita faham bahawa orang yang sembahyang yang sifatnya begini iaitu yang pertama sekali mestilah orang yang beriman; orang yang membina makna Tauhid kepada Allah SWT;

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“…OK, esok bila guru masuk saja halaqah, dia (pelajar yang lemah) lah orang pertama yang akan dipanggil (oleh guru tasmik) untuk qada’ (tebus) balik apa yang tidak dihafaz

akan aku masukkan dia ke dalam kitab al-Thiq a t, dan dia termasuk orang yang aku istikharahi.” Al-Tirmidhi berkata, “Sungguh Shu„bah berkata tentang Bahaz bahawa

Nor : Tapi satu jala saya rasa kita kena back juga tak kiralaa dia dari kampong ker, minor ker, luar bandar ker apa semua sebab satu Malaysia dah tengok Upin Ipin tu tapi saya

Atau dalam ertikata lain, pernahkah kita berusaha mengolah maklumat saintifik tersebut menjadi mesej pendidikan yang sesuai dengan apa yang diperlukan masyarakat..

Terjemahan : “Sesungguhnya Allah telah mengurniakan rahmatNya kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka

faktor yang mempengaruhi sikap individu sama ada untuk membantu/tidak membantu orang lain2. tahap perkembangan yang dialami seseorang sejak dia lahir hingga

(2) Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa usaha yang melibatkan aktiviti pembekalan tenaga

Sulastry: ya betul Iness saya pun rasa itu kita macam ada kekuatan kalau menolong orang sebab tak pikir masalah kita yang paling berat tapi masa kita dengar orang lain rasa kuat