• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR IPTA MERENTAS JANTINA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR IPTA MERENTAS JANTINA"

Copied!
23
0
0

Tekspenuh

(1)

16

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR IPTA MERENTAS JANTINA

Siti Kausar Zakaria1* dan Mohd Noor Daud2

1 Tanjung Malim, MALAYSIA

2 Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: sitikausar@yahoo.com Article Information:

Article history:

Received date : 1 October 2020 Revised date : 23 November 2020 Accepted date : 27 November 2020 Published date : 4 December 2020

To cite this document:

Zakaria, S., & Daud, M. (2020).

KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR IPTA MERENTAS JANTINA.

International Journal Of Education And Pedagogy, 2(4), 16-38.

Abstrak: Kajian bertujuan untuk menghuraikan kemahiran insaniah pelajar Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPTA tempatan dan perbezaannya berdasarkan jantina. Kaedah tinjauan yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ujian rintis yang dijalankan menunjukkan soal selidik yang dibina dan diubahsuai daripada instrumen terdahulu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel kajian terdiri daripada 346 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata daripada kumpulan jantina. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min kemahiran insaniah pelajar, manakala statistik inferensi iaitu MANOVA, digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki mendapat skor min yang lebih tinggi dalam kesemua item kemahiran insaniah berbanding pelajar perempuan.

Berdasarkan analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan merentas jantina. Persekitaran kondusif seperti pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum melalui model- model terapan kemahiran insaniah perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan pelajar perempuan melibatkan diri dengan lebih aktif.

Kata Kunci: Kemahiran Insaniah dan Jantina.

(2)

17

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Sumber daripada Universiti North Caroline State menyatakan ujian psikometri yang dijalankan semasa sesi temuduga meminta pekerjaan sebahagian besarnya tidak dinilai berdasarkan kepada PNGK (Purata Nilaian Gred Kumulatif) tetapi pada kemahiran insaniah yang dimiliki graduan.

Aspek yang dinilai adalah seperti berkomunikasi, sikap terhadap kerja, bekerja dalam kumpulan, menepati masa, menyesuaikan diri dengan keperluan kerja, bekerja dalam tekanan, tidak bergantung, dan boleh bekerja dengan orang daripada berbagai-bagai golongan dan latar belakang.

Menurut Zafir et al. (2012) kemahiran keinsanan atau kemahiran untuk bekerja adalah sama penting dengan kemahiran keintelektualan yang diperolehi mahasiswa sepanjang berada di universiti.

Secara umum, kemahiran insaniah juga dikenali sebagai kemahiran generik. Ia telah digubal oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan tujuan meningkatkan kompetensi kebolehgajian graduan (Mohd Jailani dan Azami 2007). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah diperkenalkan dan dilancarkan pada 22 Ogos 2006 oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Tujuan penggubalan modul tersebut antara lain adalah untuk melahirkan insan berkualiti, berketerampilan dan mampu berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk IPT mengandungi lapan juzuk kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional, dan kemahiran kepimpinan. Kemahiran ini dibangunkan melalui aktiviti pembangunan insaniah melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

2. Latar Belakang Kajian

Prestasi PNGK yang cemerlang merupakan aspek penting yang menjadi penentu kepada kebolehgajian graduan. Isu prestasi akademik yang lemah dalam kalangan pelajar IPT akan mengagalkan usaha bagi melahirkan individu yang berilmu yang boleh menangani cabaran semasa. Walaubagaimanapun dalam dunia pekerjaan pada abad ke-21, faktor kebolehgajian graduan IPT bukanlah ditentukan oleh faktor PNGK yang tinggi semata-mata tetapi yang lebih diutamakan adalah tahap penguasaan kemahiran insaniah graduan dan menjadi faktor sangat diambil kira oleh majikan semasa memilih pekerja yang sesuai (Mohd Fairus Awang et al. 2011).

Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar di sebuah fakulti di IPT tempatan. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk IPT telah dilaksanakan dalam aktiviti kurikulum iaitu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu penerapan dalam subjek kursus (embedded subject) dan subjek mandiri (stand alone subject) serta dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kesukanan, kesenian dan lain-lain. Salah satu cara untuk menerapkan KI dalam PdP ialah melalui aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student-centered).

(3)

18

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

2.1 Permasalahan Kajian

Kelemahan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar merupakan isu utama yang dibincangkan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh KPT (2011), graduan universiti awam kurang menguasai kemahiran insaniah pada tahap yang amat memuaskan. Kemahiran insaniah yang dikenalpasti ialah kemahiran berbahasa Inggeris iaitu hanya 4.3 peratus pelajar menunjukkan tahap yang amat memuaskan dan hanya 29.7 peratus pada tahap sederhana. Ini diikuti dengan kemahiran analitikal dan menganalisis dengan hanya 36. 2 peratus pelajar menguasai pada tahap yang amat memuaskan.

Selain daripada itu komunikasi interpersonal, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dikenalpasti antara yang kurang memuaskan dikuasai pelajar fakulti ini (Alumni UKM 2012).

Menurut Buku Pengesanan Graduan pada tahun 2012 membuktikan PNGK bukanlah isu utama kepada kebolehpasaran pelajar kerana majoriti daripada mereka iaitu 53.4 peratus meraih PNGK yang cemerlang antara 3.00 – 3.66 dan 7.5 peratus PNGK antara 3.67 - 4.00. Nilai akademik yang berkait rapat dengan IQ tanpa diiringi dengan potensi kerjaya dan pemikiran kreatif menyebabkan pelajar tidak boleh mengatasi cabaran kerjaya serta berkemampuan menjana idea dan produk yang baharu, kreatif dan inovatif.

Buku Pengesanan Graduan tahun 2012 juga menunjukkan bahawa graduan perempuan tidak mendahului graduan lelaki dari aspek kemahiran insaniah (Alumni UKM 2012). Kajian diseluruh IPTA mendapati graduan lelaki lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding graduan perempuan.

Keadaan ini membimbangkan kerana jumlah kemasukan pelajar perempuan ke IPTA adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (Mohd Lazim 2009).

2.2 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina.

2. Mengenal pasti perbezaan kemahiran insaniah antara jantina.

2.3 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif di atas, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:

2.3.1 Soalan Kajian 1

Apakah kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina?

2.3.2 Soalan Kajian 2

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina?

(4)

19

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

2.4 Hipotesis Kajian

Bagi soalan pertama kajian, data yang akan dianalisis berbentuk deskriptif dengan menggunakan skor min, sisihan piawai dan peratus. Bagi soalan kedua data dihuraikan secara inferensi yang mempunyai hipotesis berikut;

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah berdasarkan jantina.

2.5 Kerangka Teoretikal Kajian

Penjanaan kemahiran insaniah di IPT diterapkan melalui proses PdP menerusi kurikulum atau model terapan. Antaranya seperti dalam pembelajaran berasaskan masalah/Problem Based Learning (PBL), pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek/Problem Oriented Project Based Learning (POPBL), pembelajaran kooperatif, e-learning dan lain-lain. Selain daripada modul kemahiran insaniah juga diterapkan dalam aktiviti-aktiviti sokongan berbentuk kokurikulum sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) (KPT 2006). Kajian ini bertujuan melihat profil kemahiran insaniah pelajar berdasarkan modul kemahiran insaniah seperti yang digariskan KPT.

Kaedah PBL dan POPBL ialah salah satu kaedah pembelajaran yang mendedahkan pengalaman sebenar dan bertumpu kepada pelajar. Terdapat dua jenis pengalaman sebenar iaitu pertama pengalaman melalui pendidikan formal melalui aktiviti pemerolehan maklumat serta mengaplikasinya terus dalam bentuk kemahiran. Kemahiran yang dicapai tidak akan diperolehi melalui proses kognitif semata-mata tetapi perlu dialami sendiri dalam situasi yang sebenar dan bersesuaian. Pendekatan ini boleh dilaksanakan oleh IPTA dalam bentuk latihan praktikal seperti latihan keguruan, latihan pengurusan, pentadbiran, kerja sosial dan sebagainya. Kedua, pengalaman yang diperolehi menerusi penglibatan terus dalam aktiviti kehidupan seharian dan tidak melibatkan pendidikan formal.

Carl Rogers (1902-1987) mengatakan pembelajaran melalui pengalaman ialah pembelajaran yang bermakna. Ini kerana ia menekankan keperluan dan kehendak sebenar yang ingin dicapai oleh pelajar. Ciri-ciri pembelajaran ini menurut Rogers ialah penglibatan secara peribadi (personal- involement), kehendak sendiri (self-initiated), penilaian kendiri (self-evaluated) dan memberi kesan yang menyeluruh kepada pelajar (pervasive effect on learner).

Pembelajaran berasaskan makna atau pengalaman yang dikenali sebagai meaningful learning bukannya rote learning ini memberi impak yang besar kepada penjanaan bagi setiap kemahiran insaniah yang diperlukan pelajar. Pembelajaran rote learning yang biasa diamalkan di IPT khususnya dalam pembelajaran kursus Sains kemanusiaan perlu diubah kerana pembelajaran ini tidak mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar. Ini menyebabkan timbulnya kekakuan dalam proses penjanaan kemahiran itu sendiri (Hussain et al. 2006).

(5)

20

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Modul kemahiran insaniah KPT telah dibangunkan berdasarkan kepada beberapa teori pembelajaran iaitu teori kognitif, behaviorisme dan sosial yang menjadi asas kepada pembinaan modul dan kerangka kemahiran insaniah yang diguna pakai oleh IPT di Malaysia. Menurut teori kognitif, pembelajaran berlaku apabila pengalaman lampau memberi kesan kepada pengalaman dan pembelajaran yang baharu. Dalam erti kata lain pembelajaran hanya akan berlaku apabila pengetahuan yang sedia ada pada pelajar dapat diintegrasikannya dengan ilmu yang baharu diterimanya dan menghasilkan satu konsep atau maklumat yang baharu dan berguna. Konsep, pengetahuan dan pengalaman ini dikenali sebagai kemahiran boleh pindah atau transferrable skills. Teori ini juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklmuat dimana individu menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar atau tidak sedar.

Teori behaviorisme mengatakan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan daripada segi tingkah laku dan keperangaian termasuklah tingkah laku luaran dan dalaman. Proses ini memerlukan pengulangan sehingga menjadi satu tingkah laku yang kekal atau tabiat. Teori ini berasaskan teori classical conditioning yang didukung oleh ahli behavioisme iaitu Ian Pavlo di Rusia dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Teori ini boleh memberi kesan kepada pelaksanaan kemahiran insaniah dalam konteks pelajar yang dilatih untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran yang diperlukan seiring dengan tuntutan semasa. Pelajar haruslah bersedia untuk menerima perubahan dan pengalaman yang baharu serta perlu diperkukuhkan daripada semasa ke semasa.

(6)

21

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Teori sosial mengatakan pembelajaran berlaku melalui berlaku peniruan, pemodelan, teladan dan pemerhatian hasil daripada interaksi individu dengan persekitarannya. Terdapat empat unsur utama dalam pemerhatian iaitu perhatian, mengingat, peneguhan, motivasi (Syarifah Hapsah 2006). Teori-teori yang disebutkan merupakan teori-teori yang menjadi asas kepada pelaksanaan modul kemahiran insaniah. Kajian ini melihat kepada teori lain iaitu teori kecerdasan pelbagai dan teori gaya pembelajaran yang menjadi isu yang dibincangkan dalam dunia pendidikan dan kerjaya khususnya yang dikatakan boleh memberi kesan dan implikasi terhadap potensi dan pembangunan kerjaya. Teori-teori dan modul ini digabungkan untuk membentuk satu kerangka teori sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Modul Kemahiran Insaniah untuk Pelajar IPT (KPT 2006)

2.6 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah universiti awam dan tidak dijalankan keatas universiti awam lain.

Pengkaji memilih universiti ini kerana memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari segi faktor jarak, tempoh masa kajian dan kewangan.

Kemahiran Insaniah Pelajar

Komunikasi

Pembelajaran Berterusan &

Pengurusan Maklumat

Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah

Kerja Berpasukan

Keusahawanan

Etika Moral & Profesional

Kepimpinan

Jantina Pelajar

(7)

22

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

2.7 Definisi Istilah

Dalam kajian ini beberapa istilah akan didefinisikan bagi memantapkan lagi konsep dan teori kajian. Definisi operasional diterangkan seperti di bawah.

Kemahiran bermaksud kecekapan atau kepandaian (Kamus Dewan 2000). Kemahiran insaniah atau juga dikenali sebagai kemahiran generik adalah kualiti, kebolehan dan ciri-ciri yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. Istilah-istilah lain yang diguna pakai ialah seperti core skills, essential skills, employability skills, transferable skills, trans disciplinary goals dan lain-lain lagi (Rashidi Abbas 2008).

Kemahiran insaniah (KI) untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah digariskan oleh KPT (2006) sebagai attribut yang perlu dikuasai. Terdapat tujuh juzuk kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah; kerja berpasukan;

pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat; kemahiran keusahawanan; etika moral dan profesional; dan kemahiran kepimpinan. Bagi setiap juzuk yang dinyatakan akan diperincikan di sini.

a) Kemahiran komunikasi

Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi berkesan. Ianya mempunyai tiga tahap penguasaan iaitu tahap pertama merupakan kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan berkesan, tahap kedua kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar aktif dan memberi maklum balas dan tahap ketiga ialah kebolehan membuat pembentangan secara jelas yang bersesuaian dengan tahap pendengar.

b) Kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

Kemahiran ini melibatkan tiga tahap kemahiran iaitu tahap pertama kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi yang kompleks dan kabur serta membuat penilaian justifikasi, tahap kedua kebolehan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan dan tahap ketiga kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.

c) Kemahiran kerja berpasukan

Kemahiran ini melibatkan tiga tahap iaitu tahap pertama kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara efektif untuk mencapai objektif bersama, tahap kedua memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan dan tahap ketiga kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain.

(8)

23

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

d) Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Kemahiran ini merangkumi dua tahap penguasaan iaitu tahap pertama kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber dan tahap kedua ialah kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.

e) Kemahiran keusahawanan

Kemahiran ini melibatkan tiga tahap penguasaan iaitu pertama kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, tahap kedua kebolehan merangka perancangan perniagaan dan tahap ketiga ialah kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.

f) Kemahiran etika moral dan profesional

Kemahiran ini merangkumi dua tahap penguasaan, tahap pertama ialah kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar, dan sosiobudaya dalam amalan profesional.

g) Kemahiran kepimpinan

Kemahiran ini melibatkan tiga tahap penguasaan iaitu tahap pertama pengetahuan tentang teori asas kepimpinan, tahap kedua kebolehan untuk memimpin projek dan tahap ketiga kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.

2.8 Kajian Kemahiran Insaniah Merentas Jantina

.Kedua-dua kajian yang ditemui penyelidik seperti kajian seperti Shaharuddin et al (2010), Usha Malini dan Chong Yuen (2007) dan kajian luar negara oleh Smith dan Kruger (2008) mendapati terdapat perbezaan penguasaan kemahiran insaniah merentas jantina. Kajian yang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan ialah kajian Poh Keong (2014).

Kajian Shaharuddin et al. (2010) mendapati pelajar lelaki mempunyai tahap penguasaan sehingga lapan jenis kemahiran insaniah manakala pelajar perempuan menguasai sehingga enam jenis kemahiran.Kajian dijalankan keatas 1,262 pelajar tahun satu ambilan 2008/2009 di UKM. Aspek kemahiran insaniah yang dilihat ialah kemahiran bersosial, kesedaran persekitaran, etika dan profesional, kecerdasan rohani, kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran globalisasi, keusahawanan dan pentadbiran.

Usha Malini dan Chong Yuen (2007) pula mendapati pelajar lelaki lebih menguasai kemahiran khusus seperti kepimpinan, pemikiran strategik, kemahiran kewangan, pemahaman global dan kemahiran untuk menyelasaikan masalah secara kreatif berbanding pelajar perempuan. Pelajar perempuan dilaporkan menguasai kemahiran bertanggungjawab, jujur dan menerima perubahan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua jantina menunjukkan tahap penguasaan yang lemah pada aspek kemahiran berkomunikasi secara lisan dalam bahasa Inggeris.

(9)

24

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kajian luar negara juga memperolehi dapatan yang sama apabila Smith dan Kruger (2011) mendapati perbezaan yang ketara antara jantina pada kemahiran interpersonal bagi aspek kemahiran kerja berpasukan, keterlibatan dan jaringan politik. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada kemahiran kesedaran kerjaya, komunikasi, pentadbiran, kesedaran alam sekitar dan intelektual. Kajian dijalankan dalam kalangan pelajar Pentadbiran Perniagaan di Metropolitan Universiti Nelson Mandela, Afrika Selatan. Sampel terdiri daripada 205 orang pelajar siswazah di universiti itu.

Walaubagaimanapun dapatan kajian Keong (2014) adalah sebaliknya apabila mendapati tiada perbezaan kemahiran insaniah antara jantina. Kajian dijalankan dalam kalangan pelajar tahun akhir Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Seramai 350 sampel bagi sesi 2013/2014 terlibat dalam kajian.

2.9 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah pemerolehan data ialah kaedah soal selidik. Kaedah deskriptif digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk menguraikan min atau purata kemahiran insaniah pelajar mengikut jantina. Analisis statistik inferensi pula digunakan bagi mengenal pasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah antara jantina. Perbezaan antara pembolehubah yang ditentukan ialah kemahiran insaniah sebagai pembolehubah bersandar dan jantina sebagai pembolehubah tidak bersandar.

3. Penganalisisan Data 3.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif digunakan menganalisis data iaitu analisis ukuran kecenderungan memusat iaitu min.

3.2 Analisis Inferensi

Ujian MANOVA digunakan bertujuan untuk menganalisis data yang diperolehi berdasarkan persoalan kajian dua. Pembolehubah tidak bersandar dalam persoalan kajian ini ialah jantina dan pembolehubah bersandarnya ialah skor min setiap item kemahiran insaniah. Ini dijelaskan dalam Jadual 1 di bawah;

________________________________________________________________________

Bil. Persoalan Kajian Ujian Statistik

________________________________________________________________________

1. Apakah kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina ? Deskriptif 2. Adakah terdapat perbezaan kemahiran insaniah pelajar

berdasarkan jantina? MANOVA

________________________________________________________________________

Jadual 1: Analisis Statistik Mengikut Soalan Kajian

(10)

25

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.3 Reka Bentuk Kajian Tinjauan

Rajah 2 Model Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

(Soal Selidik) Deskriptif

Analisis Pola (Min dan SD)

Kemahiran Insaniah

Analisis Perbezaan

(MANOVA)

Lelaki

Perempuan

P E R B E Z A A N

Kemahiran Insaniah - Komunikasi

- Pemikiran Kritis &

Penyelesaian Masalah

- Kerja Berpasukan - Pembelajaran Berterusan &

Pengurusan Maklumat - Keusahawanan - Etika & Moral Profesional - Kepimpinan REKA BENTUK KAJIAN TINJAUAN

(11)

26

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini ialah keseluruhan pelajar iaitu seramai 955 orang. Jika mengikut populasi jantina pelajar, pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki iaitu perempuan seramai 637 dan lelaki 318 orang. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak berstrata (probabilistic stratified sampling).

Penyelidik membahagikan atau mengklasifikasikan populasi dengan ciri-ciri yang spesifik seperti jantina.

Populasi kajian ini ialah seramai 955 orang dan jika berdasarkan jadual penentu saiz oleh Krejcie dan Morgan (1970) sampel ini menunjukkan saiz sampel minimum yang diperlukan ialah 275 orang. Jika menurut stratum jantina, 29 peratus daripada bilangan populasi atau 275 orang sampel.

Ini bermaksud sampel lelaki adalah seramai 96 orang manakala sampel perempuan seramai 191 orang. Ini ditunjukkan secara terperinci dalam Jadual 2 berikut.

__________________________________________________________________________

Jantina Saiz populasi Saiz sampel Peratusan (%) /jumlah soal selidik sampel diedarkan.

Lelaki N=318 96/275 33%

Perempuan N= 637 191/275 67%

Jumlah 955 (100%) 275/955 100%

Jadual 2: Saiz populasi, saiz dan peratusan sampel berdasarkan stratum jantina.

(12)

27

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.5 Instrumentasi

Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 2 bahagian utama iaitu bahagian A, bahagian B. Ringkasan bagi setiap kandungan bahagian soal selidik diperincikan dalam jadual 3 berikut;

______________________________________________________________________________

Bahagian Pemboleh ubah Bil. Item Sumber

_____________________________________________________________________________________________

Bahagian Demografi Responden (1) Dibina sendiri oleh

A A (1) Jantina 1 penyelidik.

Bahagian Kemahiran Insaniah (49) Adaptasi daripada

B B(1) Nur ’Ashiqin (2006)

KK1, KK2, KK3, KK4, KK5,

KK6 & KK7 (7)

B(2)

KPKPM1, KPKPM2, KPKPM3, KPKPM4, KPKPM5, KPKPM 6

& KPKPM 7 (7)

B(3)

KKB1, KKB2, KKB3, KKB4, KKB5, KKB6 & KKB7 B(4)

KPBPM1, KPBPM2, KPBPM3, KPBPM4, KPBPM5, KPBPM 6

& KPBPM 7 (7)

B(5)

KKuk1, KKu2, KKu3, KKu4,

KKu5, KKu6 & KKu7 (7)

B(6) KEMP1, KEMP2, KEMP3, KEMP4, KEMP5, KEMP6 &

KEMP7 (7)

B(7)

KKep1, KKep2, KKep3, KKep4,

KKep5, KKep6 & KKep7 (7)

_____________________________________________________________________________________________

Jadual 3: Soal Selidik Pelajar

Bahagian B mengandungi soal selidik jenis tertutup atau pilihan jawapan yang menggunakan soalan pemeringkatan Likert lima aras iaitu sangat setuju (SS) yang diberi nilai 5, setuju (S) yang diberi nilai 4, kurang setuju (KS) yang diberi nilai 3, tidak setuju (TS) yang diberi nilai 2 dan akhirnya sangat tidak setuju (STS) yang diberi nilai 1. Jadual pemeringkatan Likert ditunjukkan dalam jadual 4 berikut;

______________________________________________________________________________

Bentuk skala lima aras

5 4 3 2 1 Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak

Setuju

(SS) (S) (KS) (TS) (STS)

Jadual 4: Skala Likert Lima Aras

(13)

28

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Seramai 40 orang responden yang mempunyai ciri-ciri populasi yang sama dengan responden akan dilibatkan dalam kajian.

Ujian korelasi inter-item ini bagi mendapatkan kesahan konstruk. Ujian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti item-item yang perlu dikekalkan atau digugurkan. Item-item yang mempunyai nilai sepunya yang kurang < 0.3 perlu digugurkan dan diubahsuai. Hasil ujian yang diperolehi mendapati nilai r bagi konstruk-konstruk kecerdasan pelbagai ditunjukkan dalam Jadual 5.

_______________________________________________________________________________________

Item Nilai (r)

_________________________________________________________________________

D(1) Komunikasi (kk1, kk2, kk3, kk4, kk5, kk6, kk7) .429 sehingga .418 D(2) Pemikiran Kritikal dan Kritis.

(kpkkm1, kpkkm2, kpkkm3, kpkkm4, kpkkm5,

kpkkm6, kpkkm7) .413 sehingga .634

D(3) Kerja Berkumpulan (KKB1, KKB2, KKB3,

KKB4, KKB5, KKB6, KKB7) .428 sehingga .737

D(4) Pembelajaran Berterusan dan

Pengurusan Maklumat (Kpbpm1, kpbpm2,

kpbpm3, kpbpm4, kpbpm5, kpbpm6, kpbpm7) .411 sehingga 485 D(5) Keusahawanan (KKu1, KKu2, KKu3, KKu4,

KKu5, KKu6, KKu7) .429 sehingga .813

D(6) Etika Moral dan Profesional (KEMP1, KEMP2,

KEMP3, KEMP4, KEMP5, KEMP6, KEMP7) .432 sehingga .564 D(7) Kepimpinan (KKep1m KKep2, KKep3,

KKep4, KKep5, KKep6, KKep7) .405 sehingga 631.

__________________________________________________________________________

Jadual 5 Nilai Korelasi inter-item (r) bagi Konstruk Kemahiran Insaniah

(14)

29

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Nilai Alfa Cronbach bagi setiap elemen yang diukur dalam soal selidik ini dirumuskan dalam Jadual 6. Korelasi di antara skor setiap item dengan jumlah skor dan korelasi di antara skor setiap setiap item berkenaan (Corrected Item-Total Correlation) digunakan bagi melihat kebolehpercayaan item soal selidik.

___________________________________________________________________________

Elemen Jumlah Item Nilai Alfa Keseluruhan

(B) Kemahiran Insaniah

B(1) Komunikasi 7 .741

B(2) Pemikiran Kritikal dan

Penyelesaian Masalah 7 .738

B(3) Kerja Berkumpulan 7 .837

B(4) Pembelajaran Berterusan

& Pengurusan Maklumat 7 .775

B (5) Keusahawanan 7 .903

B(6) Etika Moral Profesional 7 (.688)* .737

B (7) Kepimpinan 7 (.625)* .779

__________________________________________________________________________

Jadual 6: Jumlah Skor Indek Koefisien Kebolehpercayaan Alfa Cronbach

Petunjuk: * nilai item sebelum diubahsuai

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan elemen kecerdasan pelbagai menunjukkan nilai Alfa Cronbach keseluruhan adalah tinggi iaitu antara .827 sehingga .901. Walaubagaimanapun, bagi item kecerdasan rohani yang bertanda (*) mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah (.641) dan berubah menjadi tinggi (.967) selepas pengubahsuaian item dibuat dan kajian rintis kedua dijalankan. Elemen gaya pembelajaran juga menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara .715 sehingga .916. Seterusnya elemen kemahiran insaniah pula menunjukkan kebolehpercayaan yang boleh diterima iaitu antara .738 sehingga .903 kecuali bagi item (*) iaitu kemahiran etika dan profesional yang memperolehi nilai yang rendah (.688) dan kemahiran kepimpinan (.625). Nilai kebolehpercayaan kemudiannya meningkat kepada .737 dan bagi kemahiran kepimpinan pula kepada .779 selepas pemurnian item dan kajian rintis dibuat pada kali yang kedua. Secara keseluruhannya kesemua item yang akan digunakan dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima.

(15)

30

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4. Analisa Kajian

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan kemahiran insaniah ditunjukkan Jadual 7.

Kemahiran Insaniah Jantina

L P

Komunikasi 3.94

.48

3.86 .51

Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah 3.98

.57

3.87 .57

Kerja berpasukan 4.26

.51

4.11 .56 Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat 4.11

.50

4.06 .52

Keusahawanan 3.46

.77

3.25 .72

Etika dan moral profesional 3.89

.55

3.86 .51

Kepimpinan 4.04

.59

3.99 .55 Jadual 7 Taburan min dan sisihan piawai kemahiran insaniah mengikut jantina

Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi aspek dalam KI (komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional dan kepimpinan) pelajar mengikut jantina. Ini menunjukkan min kemahiran Komunikasi pelajar lelaki (Min = 3.94, SP = .48) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 3.86, SP = .51), Min kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah pelajar lelaki (Min = 3.98, SP = .57) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 3.87, SP = .57). Seterusnya min kemahiran kerja berpasukan pelajar lelaki (Min = 4.26, SP = .51) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 4.11, SP = .56). Min kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat pelajar lelaki (Min = 4.11, SP = .50) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 4.06, SP = .52). Selanjutnya, min kemahiran keusahawanan pelajar lelaki (Min

= 3.46, SP = .77) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 3.25, SP = .72).Min kemahiran etika dan moral profesional pelajar lelaki (Min = 3.89, SP = .55) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 3.86, SP = .51), sementara min kemahiran kepimpinan pelajar lelaki (Min = 4.04, SP = .59) lebih tinggi dari pelajar perempuan (Min = 3.99, SP = .55).

(16)

31

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Sebagai rumusan kepada kemahiran insaniah pelajar, didapati bahawa pelajar lelaki lebih tinggi dalam setiap aspek iaitu komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional dan kepimpinan berbanding pelajar perempuan.

4.1 Perbezaan Kemahiran Insaniah Pelajar Berdasarkan Jantina

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina.

Analisis MANOVA dijalankan bagi melihatperbezaan KI pelajar berdasarkan jantina. Sebelum analisis MANOVA dijalankan, pengkaji terlebih dahulu memastikan kenormalan data bagi mengelakkan sebarang outlier’s yang boleh menganggu ketepatan ujian. Setelah diperhatikan, jumlah sampel yang digunakan adalah banyak dan melebihi had minimum yang diperlukan bagi meneruskan ujian MANOVA. Menurut Chua (2014) saiz sampel seramai 25 orang sudah memadai bagi meneruskan ujian MANOVA. Menurut Pallant (2011) outliers tidak memberi kesan yang besar dalam ujian yang menggunakan sampel yang bersaiz besar.

Analisis MANOVA dijalankan bagi melihat perbezaan KI pelajar berdasarkan jantina. Sebelum analisis MANOVA dijalankan, pengkaji terlebih dahulu menjalankan ujian bagi menentukan matrik kehomogenan varians-kovarians (homogenity of the varians-covariansce matrics) dengan menggunakan ujian Box’s M (Box’s M test). Analisis ujian Box’M dapat dilihat seperti dalam Jadual 8 berikut

Box’s M Nilai-F df1 df2 Sig.

61.533 2.136 28 134051.596 0.000

Jadual 8: Box’M perbezaan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina

Jadual 8 menunjukkan terdapat perbezaan varians-covarians yang signifikan dalam kalangan pemboleh ubah bersandar untuk semua aras pemboleh ubah bebas dengan nilai Box’s M = 61.533 dan sig = 0.000 (p<0.001). Ini bermakna, varians-covarians pemboleh ubah bersandar adalah tidak homogenus merentasi pemboleh ubah bebas. Analisis MANOVA kekal dijalankan bagi melihat perbezaan KI pelajar berdasarkan jantina kerana bilangan sampel yang dilibatkan dalam kajian ini dalam jumlah yang banyak (Pallant 2007). Hasil analisis MANOVA dapat dilihat seperti dalam Jadual 9 dan Jadual 10 berikut;

(17)

32

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kesan Nilai Wilks’

Lambda

Nilai F

DK antara kumpulan

DK Dalam

Kumpulan Sig Kemahiran insaniah

pelajar 0.955 2.270 1 344 0.029

Jadual 9: Wlilks’ Lambda perbezaan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina

Jadual 9 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah pelajar Islam berdasarkan jantina dengan nilai Wilks’= 0.955, F (1,344) = 0.029 (p<0.05). Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pelajar berdasarkan jantina adalah ditolak. Bermakna terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran insaniah pelajar antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Perbezaan bagi setiap aspek kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina dengan lebih terperinci di analisis dengan menggunakan MANOVA dapat dilihat seperti Jadual 10 berikut.

Kemahiran insaniah

Jantina N Min Sisihan piawai

Type III Sum of Squares Df

Jumlah kuasa

dua F Sig.

Komunikasi Lelaki 100 3.94 0.48 0.428 1 0.428 1.710 0.192 Perempuan 246 3.86 0.51

Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

Lelaki 100 3.98 0.57 0.835 1 0.835 2.600 0.108 Perempuan 246 3.87 0.57

Kerja berpasukan Lelaki 100 4.26 0.51 1.567 1 1.567 5.227 0.023 Perempuan 246 4.11 0.56

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Lelaki 100 4.11 0.50 0.171 1 0.171 0.656 0.418 Perempuan 246 4.06 0.52

Keusahawanan Lelaki 100 3.46 0.77 3.069 1 3.069 5.676 0.018 Perempuan 246 3.25 0.72

Etika dan moral profesional

Lelaki 100 3.89 0.55 0.031 1 0.031 0.115 0.734 Perempuan 246 3.86 0.51

Kepimpinan Lelaki 100 4.04 0.59 0.218 1 0.218 0.693 0.406 Perempuan 246 3.99 0.55

Jadual 10: MANOVA perbezaan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan jantina

Jadual 10 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran komunikasi pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 1.710 dan sig = 0.192 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 3.94 dan sp = 0.48) mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 3.86 dan sp = 0.51). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran komunikasi antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

(18)

33

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 2.600 dan sig = 0.108 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 3.98 dan sp = 0.57) mempunyai kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 3.87 dan sp = 0.57). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran kerja berpasukan pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 5.227 dan sig = 0.023 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 4.26 dan sp = 0.51) mempunyai kemahiran kerja berpasukan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 4.11 dan sp = 0.56). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran kerja berpasukan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 0.656 dan sig = 0.418 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 4.11 dan sp = 0.50) mempunyai kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 4.06 dan sp = 0.52). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran keusahawanan pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 5.676 dan sig = 0.018 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min

= 3.46 dan sp = 0.77) mempunyai kemahiran keusahawanan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 3.25 dan sp = 0.72). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran keusahawanan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran etika dan moral profesional pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 0.115 dan sig = 0.734 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 3.89 dan sp = 0.55) mempunyai kemahiran etika dan moral profesional yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 3.86 dan sp = 0.51).

Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran etika dan moral profesional antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran kepimpinan pelajar berdasarkan jantina dengan nilai F = 0.693 dan sig = 0.406 (p>0.05). Dari segi min menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 4.04 dan sp = 0.59) mempunyai kemahiran kepimpinan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (min = 3.99 dan sp = 0.55). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran kepimpinan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

(19)

34

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Secara rumusannya analisis deskriptif menunjukkan secara majoritinya pelajar tinggi dalam kemahiran kerja berpasukan diikuti kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan malkumat, kemahiran kepimpinan, kemahiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran etika moral dan profesional. Walaubagaimanapun sederhana dalam kemahiran keusahawanan.

Analisis MANOVA pula mendapati kemahiran insaniah merentas jantina mendapati kesan interaksi jantina memberi pengaruh terhadap kemahiran insaniah pelajar. Ujian menunjukkan perbezaan yang signifikan hanya pada kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan dengan pelajar lelaki memperolehi skor min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan.

______________________________________________________________________________

Persoalan kajian Dapatan Kajian

_____________________________________________________________________________________________

Persoalan 1 Purata pelajar lelaki lebih tinggi skor berbanding Min kemahiran insaniah pelajar perempuan

- kemahiran kerja berpasukan

- kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

- kemahiran kepimpinan

- kemahiran kritis dan penyelesaian masalah - kemahiran komunikasi

- kemahiran etika moral dan profesional.

- kemahiran keusahawanan Persoalan 2

Perbezaan mengikut jantina Terdapat perbezaan

Ho1 ditolak, nilai Wilks’

= 0.858, F (4,341) = 0.043

(p<0.05), ada perbezaan yang signifikan, pelajar lelaki lebih tinggi dalam kemahiran keusahawanan dan kemahiran kerja berpasukan berbanding pelajar perempuan.

Analisis MANOVA juga mendapati tiada perbezaan bagi item kemahiran insaniah yang lainnya.

_____________________________________________________________________________________________

Jadual 11: Ringkasan Dapatan Kajian mengikut Persoalan Kajian

(20)

35

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

4.2 Perincangan Kajian

Kajian menunjukkan purata pelajar lelaki lebih menguasai kemahiran kerja berpasukan pada tahap tinggi diikuti kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat dan kemahiran kepimpinan. Pelajar menguasai kemahiran kerja berpasukan pada tahap tinggi membuktikan mereka mudah menyesuaikan diri dalam kumpulan, mudah membina hubungan yang baik, boleh bekerjasama dan menunjukkan komitmen terhadap kumpulan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan wujudnya jaringan yang baik dari segi kurikulum dan kokurikulum pengajian yang menerapkan kemahiran kerja berpasukan. Ini dibuktikan apabila kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran yang dinilai pada tahap yang sangat memuaskan iaitu 56.1%.

Analisis mendapati pelajar lelaki menguasai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat pada tahap kedua tertinggi selepas kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah kemahiran dalam bentuk keinginan seseorang individu pelajar itu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, memperbaiki diri dengan mempelajari ilmu-ilmu baharu.

Ini menunjukkan besar kemungkinan mereka berkeinginan mempelajari ilmu baharu tetapi bukan dalam bentuk melanjutkan pengajian keperingkat Sarjana tetapi dalam bentuk mengikuti latihan- latihan tertentu. Keadaan ini terbukti menurut LKPG (Laporan Kajian Pengesanan Graduan) oleh Alumni UKM (2012) mendapati 74.2 peratus graduan di fakulti ini ingin mengikuti program latihan tambahan bagi membantu meningkatkan kemahiran kerjaya mereka. Walaubagaimanapun LKPG melaporkan lagi program latihan keusahawanan merupakan program latihan tambahan yang paling tidak diminati graduan untuk diikuti selepas bergraduat. Begitu juga dengan program latihan ICT dan program latihan pembangunan kerjaya berbanding program latihan interpersonal dan program latihan berbahasa Inggeris (Alumni UKM 2012). Sedangkan jika dilihat pada dapatan awal kajian, pelajar sememangnya sudah menguasai kecerdasan interpersonal dengan baik.

Keadaan ini menggambarkan pelajar sangat kurang cenderung kepada kemahiran yang berbentuk kreativiti dan inovasi seperti bidang keusahawanan, dan seni kreatif. Keadaan ini juga bertepatan dapatan awal kajian yang menunjukkan pelajar kurang cerdas dalam kecerdasan kinestetik, visual ruang, naturalis dan muzik serta kurang mengamalkan gaya pragmatis dan aktivis (Siti Kausar 2016)

Kemahiran keusahawanan dikuasai pada tahap yang paling rendah berbanding atribut kemahiran insaniah yang lain. Penguasaan yang rendah menunjukan kurangnya penglibatan dalam latihan dan kursus Keusahawanan. Ini dibuktikan dalam kajian pengesanan graduan iaitu 87 peratus mengakui tidak pernah mengikuti sebarang kursus Keusahawanan semasa berada di universiti. Namun demikian, pelajar masih lagi berkeinginan dan bercadang untuk menjadi usahawan iaitu sebanyak 47.2 peratus menunjukkan pada tahap yang memuaskan (Alumni UKM 2012). Ini menggambarkan pelajar memiliki keinginan untuk menjadi usahawan, namun mereka kurang menitikberatkan kepentingan kemahiran ini serta tidak berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu tentang keusahawanan. Keinginan pelajar untuk menjadi usahawan menunjukkan mereka sedar bidang keusahawanan mempunyai prospek yang cemerlang dan menguntungkan. Namun demikian mereka haruslah berani untuk menanggung risiko.

(21)

36

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kelemahan pelajar menguasai kemahiran ini mungkin berpunca daripada orientasi pembelajaran yang bersifat teoretikal yang sukar dihakis. Pembelajaran yang hanya bertumpukan kepada akademik semata-mata tanpa menekankan gaya pembelajaran yang lebih bersifat experimental dan experiential yang menjurus kepada perancangan dan pelaksanaan idea seperti gaya pragmatis dan aktivis menyebabkan graduan yang dilahirkan sukar untuk menceburi bidang ini. Ini kerana bidang seperti ini memerlukan mereka untuk mempunyai personaliti dan gaya yang lebih aktif, ingin mencuba dan berani dalam merancang dan melaksanakan sesuatu idea perniagaan. Dapatan awal kajian yang mendapati gaya aktivis dan pragmatis yang kurang diamalkan oleh pelajar mungkin memberi kesan yang negatif terhadap tahap kemahiran keusahawanan mereka (Siti Kausar 2016) Selain daripada itu kajian juga melihat pada tahap penguasaan kemahiran etika dan moral pelajar sebagai sesuatu yang perlu dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan penguasaaan pelajar adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Penguasaan yang sederhana tinggi yang dikira pada tahap yang memuaskan menunjukkan nilai-nilai etika, moral dan profesionalisme kurang difahami oleh pelajar.

Pengkaji juga berpendapat hal ini berlaku kerana terdapat beberapa nilai-nilai etika dan moral yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Ini kerana nilai-nilai etika merupakan sesuatu yang sering berubah mengikut peredaran masa, tempat dan situasi yang menyebabkan timbulnya pertembungan yang menyebabkan kekeliruan dalam menentukan benar atau salah.

Walaubagaimanapun nilai-nilai etika dan moral yang baik merupakan justifikasi yang berbeza mengikut tempat, budaya, kelompok manusia, organisasi.

Pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan dengan pelajar lelaki lebih menguasai dalam kemahiran kerja berpasukan dan keusahawanan berbanding pelajar perempuan. Keadaan ini mungkin disebabkan ciri-ciri kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan yang memerlukan pergerakan yang aktif dan lasak serta memerlukan banyak aktiviti luar menyebabkan pelajar perempuan kurang menguasai kemahiran ini.

Kajian lepas tentang perbezaan kemahiran insaniah merentas jantina walaubagaimanapun menunjukkan pelajar lelaki bukan sahaja lebih menguasai kedua-dua kemahiran ini berbanding pelajar perempuan bahkan dalam dalam kesemua aspek kemahiran insaniah. Kajian dijalankan pelajar prasiswazah daripada tiga universiti awam di dalam negara (Mohd Lazim 2009). Namun bagi aspek kemahiran memahami perasaan dan emosi orang lain serta tidak bias, kajian Boren- cohen (2013) dan Andrew et. al (2008) mendapati perempuan lebih menguasai kemahiran ini berbanding lelaki. Kemahiran sosial merupakan kemahiran yang merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran etika moral dan profesional serta kemahiran kepimpinan merupakan kemahiran yang amat diperlukan dalam apa jua jenis profesion pekerjaan.

Begitu juga dengan kajian (Rasoul et. al 2014) menunjukkan pelajar perempuan lebih menguasai kemahiran sosial seperti empati, bertimbangrasa, mudah menyesuaikan diri dengan orang lain tidak kira latar belakang dan etnik berbanding pelajar lelaki. Secara rumusannya dapatan yang menunjukkan keselarian dan tidak keselarian.

(22)

37

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

5. Rumusan

Pihak berwajib khususnya pensyarah seharusnya memberi penumpuan dengan menggalakkan pelajar perempuan menyertai aktiviti-aktiviti kemahiran insaniah dengan lebih aktif berbanding sebelumnya. Penerapan kemahiran insaniah samaada dalam bentuk pembelajaran formal mahupun bukan formal atau secara embedded dan secara non-embedded.

Kandungan kurikulum juga tidak seharusnya menfokuskan kepada pemerolehan ilmu berbentuk teori dan fakta semata-mata tetapi juga mementingkan aspek pemerolehan ilmu yang lebih berbentuk kemahiran, boleh dilakukan serta berbentuk pengalaman. Latihan dan kursus yang ditawarkan mungkin memerlukan kelebihan kinestetik yang tinggi seperti memerlukan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berbentuk fizikal (hands on). Dalam dunia pendidikan tinggi, penekanan dan penghargaan yang tinggi terhadap kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi verbal semata-semata sukar dikikis. Tidak dinafikan kedua-dua kemahiran ini mempunyai hubungkait generik dengan kemahiran kerjaya yang lain.

Perbezaan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan antara jantina dengan pelajar lelaki lebih menguasai kedua-dua kemahiran ini seharusnya diatasi. Kemahiran kerja berpasukan yang merupakan elemen penting yang seperti semangat kebersamaan, kekitaan dan saling tolong menolong merupakan kunci kepada kecemerlangan di tempat kerja. Pelajar perempuan seharusnya melihat perkara ini secara serius dengan melihat kepada punca kepada perkara ini berlaku. Mereka disarankan untuk melibatkan diri secara aktif dalam persatuan dan kelab. Begitu juga dengan kemahiran keusahawanan yang lemah dikuasai pelajar perempuan, mereka seharusnya melibatkan diri dalam program-program keusahawanan yang dijalankan pihak universiti serta kursus-kursus keusahawanan lain di luar universiti.

Pihak fakulti dan universiti haruslah mengambil kira aspek ini kerana isu berkaitan jantina sering menjadi topik perbincangan apabila dikaitkan dengan kecemerlangan di tempat kerja. Graduan lelaki juga dilaporkan lebih berkemahiran, cepat dan mudah mendapat pekerjaan berbanding graduan perempuan. Situasi ini akan menjadi lebih kompleks kerana jumlah kemasukan pelajar perempuan dan graduan yang dihasilkan oleh pelajar rata-ratanya adalah perempuan (Alumni UKM 2012).

(23)

38

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Rujukan

Hussain Othman, Abdullah Sulaiman, Mohd Zain Mubarak dan Nik Kamal Wan Mohamed.

(2006). Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Bidang Pengajian Kemanusiaan. Kertas Kerja Seminar Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, anjuran SPACE, UTM, 8- 9 Ogos 2006, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan. (2000). 3rd. ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2001). Agensi kelayakan Malaysia.soalan-soalan lazim.http:///www.mqa.go.my/faq.cfm [31 Januari 2010].

Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Pengurusan IPT. (2006). Pelan Integrasi Nasional, Strategi pelaksanaan peringkat institusi pengajian tinggi. Mohamad Hashim Hj. Omar dlm. Mohd Zahedi Daud. Strategi memantapkan pembangunan sahsiah pelajar. UTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti. Ms. 85-100.

Mohd Jailani Mohd Nor & Azami Zaharim. (2007). Perbandingan Pendekatan Pendidikan Sepadu pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) dengan Model Pendidikan Islam, Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina. Diambil pada 14 jun 2011 daripada http://www.ukm.my/p3k/index.php/ms/muat-turun/prosiding?layout=edit&id=13.

Mohd Fairus Awang, Lily khairiah kadaruddin, Khadijah Najid & Mohd Zaidi Omar.

(2011).Analisa Kebolehgajian Graduan Ijazah Sarjanamuda Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bagi tahun 2011, Seminar Pendidikan Kejuruteraan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran & Alam Bina (PeKA’11) UKM 2011.

Poh Keong, P. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah dalam kalangan Pelajar Kejuruteraan tahun akhir di Politeknik KPM. Tesis Sarjana terbit, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Rashidi Abbas. (2008). Kemahiran insaniah: Meneroka metodologi Rasulullah SAW (Panduan untuk para pendidik).Pahang: Universiti Malaysia Pahang.

Siti Kausar. (2016). Kecerdasan Pelbagai Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam UKM, Tesis Doktor Falsafah terbit, Fakulti Pendidikan, UKM.

Smith, P.B. (2004). Nations, Cultures and Individual: New Perspecties on Old Dilemmas. Journal of Cross-Cultural Psychology, 35, 6-12.

Shaharuddin, A., Noriah Mohd, I., Khaidzir, I., & Jumali, S. (2010). Generic competency profile among students in institute of higher learning: A case study of University Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia. College Student Journal 44 (3), 811- 820.

Usha Malini & Chong Yuen, L. (2007). Persepsi pelajar terhadap atribut pekerjaan dan implikasinya ke atas pendidikan universiti. Sains Malaysiana 36 (2). 213-223.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ujian-t Tidak Bersandar Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat antara Pelajar Lelaki dan Pelajar Wanita Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk

Kajian ini dapat membuktikan bahawa terdapat hubungan bererti yang positif antara variabel bebas kajian kemahiran keusahawanan dan kemahiran pengurusan dan

Namun demikian, pelajar tersebut akan mengusai kemahiran insaniah pada tahap yang tinggi sekiranya mereka mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif seperti berikut: i) mengenal pasti tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT Islam, ii) mengenal pasti jenis

Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran generik seperti ini, maka pihak guru mestilah menerapkan elemen-elemen yang menggalakkan perkembangan

Mengenalpasti kaedah pengajaran yang dominan membantu pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran lisan bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di

Kajian sistematik ini turut menunjukkan bahawa terdapat banyak kepentingan atau faedah kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah kepada pelajar

Kemahiran insaniah adalah kemahiran generik yang merangkumi kemahiran bukan akademik yang perlu diterapkan oleh Institut Pengajian Tinggi bagi memastikan bakal graduannya