• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENGGUNAAN MODUL SMART-FLIP KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH ALGEBRA DAN STATISTIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENGGUNAAN MODUL SMART-FLIP KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH ALGEBRA DAN STATISTIK"

Copied!
19
0
0

Tekspenuh

(1)

PENGGUNAAN MODUL SMART-FLIP KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH ALGEBRA DAN

STATISTIK

1Lim Hwee Cheng

2 Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan Modul SMART-FLIP dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statisitik dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Hasil tinjauan awal melalui penyemakan tutorial dan Ujian Pengukuhan Matematik pelajar berserta temu bual bersama pelajar dan pensyarah menunjukkan pelajar Generasi Y masih tidak mahir dalam menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik seperti persamaan serentak, pemfaktoran dan penyelesaian statistik sungguhpun dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus. Ramai pelajar tidak sempat menyelesaikan masalah dalam masa yang diperuntukkan di samping melakukan kesilapan pengiraan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada pendedahan penggunaan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus melalui Modul SMART-FLIP yang boleh dicapai oleh pelajar pada bila- bila masa. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Jurusan Sains Program Satu Tahun (PST), semester 2 sesi 2017/2018 di Kolej Matrikulasi Johor. Instrumen kajian meliputi ujian pra, ujian pasca, semakan tutorial, Ujian Pengukuhan Matematik dan temu bual digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian mendapati penggunaan Modul SMART-FLIP bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik malah dapat mengurangkan bilangan kesilapannya. Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 49.5% berbanding ujian pra. Para peserta memberi maklum balas yang positif dan masing- masing mengakui bahawa penyelesaian masalah menjadi lebih mudah, cepat dan tepat setelah bijak guna (smart used) kalkulator saintifik ini melalui Modul SMART-FLIP. Modul SMART-FLIP juga amat sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan pelajar di Kolej Matrikulasi Johor khasnya dan semua pelajar di kolej-kolej awam atau swasta di seluruh negara amnya.

Kata kunci: Generasi Y, Digital, Persamaan serentak, Pemfaktoran, Algebra, Statistik.

limhweecheng@kmj.matrik.edu.my

(2)

THE USE OF SMART-FLIP MODULE TO ENCHANCE STUDENTS SKILL IN SOLVING ALGEBRA AND STATISTICAL PROBLEMS

Abstract

This study aimed to identify the effectiveness of using the SMART-FLIP Module in solving Algebra and Statistics Problems among Johor Matriculation College students. The results of the preliminary survey through the review of tutorials and students' Mathematical Strengthening Exam as well as the interviews with students and lecturers show that Generation-Y students are still not proficient in solving Algebra and Statistics problems such as simultaneous equations, factoring and statistical solutions although they are allowed to use Casio fx-570 ES Plus scientific calculator. Many students did not able to solve the given problems in the allotted time and made mistakes. Therefore, action planning was focused on exposing the use of the Casio fx-570 ES Plus Scientific Calculator through SMART-FLIP Module that students could access at any time. The study design is an Action Research. The study sample consisted of 40 students from the One Year Program of Science (PST), the second semester of the 2017/2018 session at the Johor Matriculation College. Research instruments were pre-test, post-test, the review of tutorials and students' Mathematical Strengthening Exam and interviews to collect the data. The study found that the use of the SMART-FLIP Module not only improved the ability of students in solving the Algebra and Statistics problems and also reducing the number of errors. Post-test results show a 49.5% improvement over pre-test. The study participants gave positive feedbacks and acknowledged that solving the Algebra and Statistical problems were easier, faster and more accurate after using the scientific calculator through the SMART-FLIP Module. The SMART-FLIP module is also suitable for all students at Johor Matriculation College in particular and all students in public or private colleges throughout the country.

Keywords: Generation-Y, Digital, Simultaneous equations, Factorization, Algebra, Statistics.

(3)

PENGENALAN Latar belakang Kajian

Penggunaan kalkulator saintifik sebagai alat bantu pembelajaran subjek Algebra dan Statistik dalam kalangan pelajar merupakan suatu revolusi baru yang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi abad ke-21 ini. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0), sistem pendidikan kita bukan lagi mahu melahirkan pelajar yang mahir menguasai kemahiran sifir dan konsep untuk digunakan bagi menjawab masalah Matematik mudah sahaja. Keutamaan harus diberi kepada aplikasi konsep Matematik dalam penyelesaian masalah Matematik yang rumit. Kita perlu menyediakan pelajar yang mampu membuat keputusan, meneroka masalah yang lebih mencabar dengan penuh keyakinan serta mampu menghadapi apa juga cabaran mendatang.

Penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Matrikulasi adalah asas untuk merealisasikan matlamat ini. Idea-idea Matematik melalui penyiasatan, penerokaan, generalisasi, analisis dan sintesis menggunakan kalkulator saintifik mampu melahirkan pelajar yang lebih kritis dan kreatif, mampu menganalisa data serta maklumat dan membuat keputusan yang bijak. Menurut Marzita (2012) dalam Laporan isu-isu kontemporari pendidikan Matematik ada menyatakan dapatan TIMSS pada tahun 2012 menunjukkan penggunaan kalkulator dalam Matematik akan mempengaruhi pencapaian pelajar ke peringkat lebih baik. Penggunaan kalkulator saintifik dengan cekap perlu diberi penekanan kerana ia boleh meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah Statistik dan Algebra yang melibatkan pengiraan rumit.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Berdasarkan refleksi sesi PdP yang lepas, pengkaji mendapati bahawa tahap penggunaan kalkulator saintifik dalam kalangan pelajar Matrikulasi masih terbatas penggunaannya pada proses perdaraban, pembahagian, penjumlahan dan pengurangan. Pelajar-pelajar masih tidak mahir menggunakan fungsi-fungsi Algebra dan Statistik dalam kalkulator saintifik. Melalui dapatan awal kajian ini, pengkaji mendapati kebanyakan pelajar masih tidak mengetahui berbagai masalah perhitungan statistik, aljabar, kalkulus dan sebagainya dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat dengan kalkulator saintifik. Berdasarkan semakan Ujian Pengukuhan Matematik dan tutorial pelajar yang diajar oleh pengkaji, hampir 65% pelajar melakukan kesilapan masalah Algebra seperti pemfaktoran polinomial darjah 3 dan

(4)

penyelesaian persamaan serentak 3 anu. Sebanyak 70% pelajar tidak sempat menyelesaikan masalah Statistik seperti masalah sisihan piawai akibat daripada ketidakcekapan penggunaan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus. Ekoran daripada itu, pengkaji mula memikirkan idea menghasilkan Modul SMART-FLIP untuk memahirkan pelajar menggunakan fungsi- fungsi kalkulator saintifik dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik.

Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah membuat tinjauan masalah berdasarkan objektif kajian melalui pengumpulan data awal dengan lebih mendalam untuk memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Berdasarkan hasil temu bual dengan lima orang pelajar dan dua orang pensyarah Matematik yang lain, pengkaji mendapati bahawa 80% pelajar-pelajar sungguhpun mempunyai kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus tetapi masih tidak mahir menggunakan fungsi- fungsinya terutamanya dalam pengiraan matematik Algebra atau Statistik yang rumit.

Mereka masih menggunakan cara pengiraan konventional yang panjang. Melalui pemerhatian pengkaji, 80% pelajar berasa bosan dan fobia ketika berdepan dengan masalah matematik yang memerlukan pengiraan yang rumit ini. Keadaan sebegini amat membimbangkan pengkaji kerana ketidakcekapan pelajar yang berterusan ini akan menjelaskan prestasi dan minat pelajar terhadap Matematik (Johari, 2014).

FOKUS KAJIAN

Tajuk ini dipilih kerana kebanyakan pelajar sungguhpun mempunyai kalkulator saintifik tetapi tidak mahir mengoperasikannya. Fokus kajian ini dipilih berdasarkan kriteria kepentingan, kebolehtadbiran dan kerelevanan. Dari segi kepentingan, kajian ini berfokuskan topik-topik Algebra dan Statistik yang sukar bagi pelajar-pelajar dan sering membuat kesilapan (Jadual 1). Mereka memerlukan kemahiran mengoperasikan fungsi- fungsi kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah ini.

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul Jadual 1

Kemahiran fungsi kalkulator saintifik

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

(5)

Jadual 1

Kemahiran fungsi kalkulator saintifik

Jadual 1 di atas menunjukkan Kemahiran fungsi kalkulator saintifik. Dari aspek kebolehtadbiran, pengkaji dapat menguruskan kajian ini kerana pengkaji memang mengajar kursus Matematik di Kolej Matrikulasi Johor dan berjaya mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Johor. Fokus kajian ini sangat relevan kepada Kolej Matrikulasi iaitu keperluan menangani masalah penyelesaian Algebra dan Statistik. Melalui bantuan pelajar dalam meningkatkan kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik ini, diharapkan bilangan kesilapan masalah Algebra dan Statistik dikurangkan dan pelajar-pelajar dapat menjawab soalan ujian dan peperiksaan yang akan datang dengan lebih baik dan tepat.

Pengkaji turut memilih tajuk kajian ini berdasarkan beberapa tinjauan kajian lepas.

Kajian Dylmoon (2000) yang bertajuk Penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik Sekolah Dasar dan Dila (2012) yang bertajuk Keberkesanan penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah telah mendorong pengkaji membuat kajian ini.

Oleh itu, pengkaji memutuskan penggunaan Modul SMART-FLIP adalah sangat sesuai dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik serta mengurangkan kesilapan masalah Algebra dan Statistik.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang terdiri daripada Generasi Digital dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik melalui Modul SMART-FLIP. Dua objektif khusus kajian ini adalah

Jadual 1

Kemahiran fungsi kalkulator saintifik

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Jadual 1 di atas menunjukkan Kemahiran fungsi kalkulator saintifik. Dari aspek

kebolehtadbiran, pengkaji dapat menguruskan kajian ini kerana pengkaji memang mengajar kursus Matematik di Kolej Matrikulasi Johor dan berjaya mendapat kebenaran daripada pihak

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul Kemahiran fungsi kalkulator saintifik

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu

Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik

3´ 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

Topik Kemahiran

Algebra Penyelesaian persamaan serentak 3 anu Pemfaktoran polinomial berdarjah 3 Penyelesaian matrik 3 3

Statistik Min data terkumpul dan tidak terkumpul

Sisihan piawai data terkumpul dan tidak terkumpul

(6)

i. Menguji penggunaan Modul SMART-FLIP dalam meningkat kemahiran pelajar mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik

ii. Menguji penggunaan Modul SMART-FLIP dalam mengurangkan bilangan kesilapan masalah Algebra dan Statistik dalam kalangan pelajar.

Soalan Kajian

i. Adakah Modul SMART-FLIP dapat meningkatkan kemahiran pelajar mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik dalam menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik?

ii. Adakah Modul SMART-FLIP dapat mengurangkan bilangan kesilapan masalah pengiraan Algebra dan Statistik dalam kalangan pelajar?

Kepentingan Kajian

Tinjauan yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Generasi Y tidak mahir dan lambat dalam menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik seperti persamaan serentak, pemfaktoran dan statistik sungguhpun dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus. Kajian ini penting unt xuk membantu pelajar menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus sebagai pemudah cara yang penting dalam kemahiran penyelesaian masalah Algebra dan Statistik. Modul SMART-FLIP yang merupakan e- panduan dalam bentuk flipbook dan video rakaman akan dapat mendorong pelajar memilih fungsi kekunci yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengiraan. Modul digital yang direka oleh pengkaji ini mengandungi unsur-unsur teks, gambar, audio atau video.

Secara tidak langsung, rasa bosan dan fobia pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran Matematik. Tambahan lagi, pelajar dapat mencapai ilmu penggunaan kalkulator ini setiap waktu tanpa dibatasi ruang dan waktu. Pelajar juga berpeluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah atau dikenali sebagai konsep pembelajaran Flipped Classroom. Pelajar boleh mengulang tayang video cara penggunaan di samping membaca e-panduan pengguna itu. Selain itu, hasil kajian ini juga penting kepada pihak pentadbiran kolej iaitu menyarankan kepada semua pensyarah Matematik menyebarkan ilmu ini secara meluas kepada semua pelajar dalam atau luar kolej melalui media sosial seperti WhatsApp, Google Classroom, Facebook dan sebagainya.

Batasan Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada bidang Algebra dan Statistik mengikut sukatan Matematik

(7)

Sains Matrikulasi Program Satu Tahun. Topik-topik yang terpilih dalam kajian ini adalah Pemfaktoran polinomial berdarjah 3, Penyelesaian sistem persamaan linear 3 variable, Pengoperasian matrik dan Penyelesaian data statistik. Kajian ini hanya terbatas kepada penggunaan kalkulator saintifik yang berjenama Casio fx-570 ES Plus sahaja. Gajet tersebut dipilih kerana ia merupakan versi kalkulator yang dibenarkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar gunapakai ketika menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi nanti. Kajian ini hanya melibatkan seramai 40 orang pelajar Jurusan Sains Program Satu Tahun (PST), semester 2 sesi 2017/2018 di Kolej Matrikulasi Johor. Perlaksanaan kajian Modul SMART-FLIP ini difokus kepada kumpulan pelajar aras sederhana dan lemah yang terpilih.

Tinjauan Literatur

Kalkulator telah lama digunakan dalam sekolah-sekolah di negara barat. Colin (1982) mendapati bahawa melalui kaedah pemerhatian, kalkulator dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tentang Algoritma yang mereka lakukan dalam kerja tradisi (kertas dan pensel). Pengkaji beranggapan bahawa penggunaan kalkulator saintifik akan membantu pelajar–pelajarnya mengenal pasti dan memahami sesuatu pola atau teori Matematik itu dengan lebih mudah dan cepat jika mereka memanfaatkan penggunaan kalkulator.

Dalam bidang Pendidikan Matematik, kalkulator saintifik digunakan secara meluas dalam fungsi-fungsi Matematik tertentu seperti fungsi trigonometri yang pernah tradisional mendongak dalam table serta penghitungan data longgokan yang besar dalam fungsi Statistik. Menurut Dylmoon (2000) dalam kajiannya bertajuk Penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik Sekolah Dasar menyatakan bahawa kalkulator merupakan produk teknologi yang diciptakan untuk membantu manusia dan telah dirasakan manfaatnya.

Manusia memang tidak dapat menghindari dari hasil teknologi. Demikian pula para pendidik haruslah senantiasa mencuba hasil teknologi baru yang dapat diterapkan dalam pembelajaran agar para graduan dapat cepat menyesuaikan diri dengan pekerjaan.

Kajian Marzita (2012) pula menyatakan bahawa kesan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara-negara maju belum lagi menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahawa terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa murid-murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang

(8)

lebih baik dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan mengubah sikap pelajar terhadap Matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap Matematik (Johari, 2014). Kajiannya mengenai Keupayaan dan kelemahan menyelesaikan masalah Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Skudai mengatakan bahawa kemerosotan dalam keputusan Matematik adalah disebabkan oleh keupayaan menyelesaikan masalah Matematik adalah lemah dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, penyesuaian strategi penyelesaian ke arah era elektronik digital yang boleh merangsang dan meningkatkan pencapaian mereka dalam ilmu Matematik perlu dilakukan.

Menurut Erliza (2016) dalam kajiannya mengenai Penggunaan kalkulator dalam Pembelajaran Matematik menyatakan bahawa manfaat penggunaan kalkulator dalam pembelajaran dari segi pemahaman konsep, latih tubi, penjimatan masa dan memudahkan penyelesaian masalah Matematik.

Modul SMART-FLIP boleh juga dijadikan modul Flipped Classroom yang membolehkan pelajar untuk mengakses pembelajaran pada bila-bila masa sahaja dan memberi keutamaan untuk akses pembelajaran secara segera serta mudah alih diperlukan oleh pelajar (See & Conry, 2014). Berdasarkan kajian Hewitt et al. (2015), modul pembelajaran Kejuruteraan berasaskan kaedah atas talian ini dilihat berjaya dan mendapat maklum balas yang baik dalam kalangan pelajar. Zanariah (2017) menyatakan pendekatan video atau teks pembelajaran secara dalam talian membolehkan pelajar mengakses pengetahuan terlebih dahulu mengenai kandungan bidang ilmu yang akan diajar sebelum kelas sebenar. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Jansen, Van den Hooven, Jägers dan Steenbakkers (2002) menjelaskan pelajar muda telah biasa pembelajaran bahan dalam talian dan sesuai dengan gaya hidup dan kerja masa depan.

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Jurusan Sains Program Satu Tahun, Kolej Matrikulasi Johor yang mempelajari kursus Matematik. Peserta kajian dibahagi kepada dua kumpulan (sederhana dan lemah), masing-masing terdiri daripada 20 orang setiap kumpulan.

Mereka dikelompokkan mengikut tahap penguasaan matematik yang hampir sama berdasarkan ujian pengukuhan matematik. Peserta kajian berketurunan Melayu dan terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan yang berumur 18 tahun.

(9)

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan berdasarkan Model Lewin (1948) dalam satu kitaran seperti Rajah 1. Pengkaji bermula dengan menjalankan refleksi terhadap masalah pelajar dalam Algebra dan Statistik. Seterusnya pengkaji merancangkan langkah penyelesaian melalui Modul SMART-FLIP. Pengkaji juga menentukan kumpulan sasaran untuk melaksanakan intervensi Modul SMART-FLIP dan akhirnya pengkaji memerhatikan hasil dapatan kajian dan menentukan keberkesanannya. Pengkaji menggunakan gabungan data kuantitatif dan kualitatif dalam pengutipan data kajian. Kaedah penyelidikan kuantitatif dipilih adalah untuk mengukur pencapaian peserta melalui instrumen-instrumen ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji juga mengumpulkan data kualitatif melalui semakan tutorial berserta Ujian Pengukuhan Matematik peserta. Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual dengan sampel peserta yang gagal untuk mengenal pasti pola kesilapan Algebra dan Statistik yang mereka hadapi. Kedua-dua kumpulan peserta akan diberikan ujian pra sebelum kajian dilaksanakan dan ujian pasca selepas kajian dilaksanakan

.

Rajah 1.Langkah Perlaksanaan Kajian Tindakan Modul SMART-FLIP

Perlaksanaan intervensi Modul SMART-FLIP terbahagi kepada tiga aktiviti utama berikut:

Aktiviti 1: Pengkaji mendedahkan penggunaan Modul SMART-FLIP kepada peserta kajian melalui aplikasi online Flipsnack.

Aktiviti 2: Peserta kajian diberi masa 1 hari untuk mengakses Modul SMART-FLIP melalui gajet digital.

Aktiviti 3: Peserta kajian membuat latih tubi berdasarkan lembaran kerja Algebra dan Statistik melalui Kod QR.

(10)

Kaedah Pengumpulan Data

Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca, semakan tutorial dan Ujian Pengukuhan Matematik dan temu bual untuk mengumpul maklumat daripada peserta bagi membuktikan keberkesanan penggunaan Modul SMART-FLIP dalam meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan fungsi-fungsi kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus sebagai pemudahcara penyelesaian masalah Algebra dan Statistik.

I. Semakan Tutorial Pelajar

Pada peringkat awal, hasil semakan tutorial pelajar-pelajar digunakan untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik.

ii. Ujian Pengukuhan Matematik

Ujian Pengukuhan Matematik pelajar digunakan untuk mengenal pasti bilangan kesilapan yang boleh dikurangkan dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik.

iii. Ujian Pra

Kedua-dua kumpulan peserta dikehendaki menduduki ujian pra yang terdiri daripada 5 soalan Algebra dan 5 soalan Statistik sebelum perlaksanaan intervensi. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Ujian pra ditadbir bagi tujuan menentukan tahap kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik dalam kalangan peserta sebelum perlaksanaan tindakan intervensi.

iv. Temu bual

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual lima orang pelajar bagi mengenal pasti keberkesanan Modul SMART-FLIP dalam penyelesaian masalah Algebra dan Statistik.

v. Ujian Pasca

Setelah perlaksanaan tindakan intervensi, peserta menduduki ujian pasca yang tahap kesukarannya adalah setara dengan ujian pra. Instrumen ini digunakan untuk menguji perbezaan markah antara ujian pra dengan ujian pasca bagi mengenal pasti keberkesanan Modul SMART-FLIP dalam meningkatkan kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik. Untuk itu, pengkaji telah membina peratusan pencapaian peserta berdasarkan bilangan soalan yang dengan betul.

(11)

Kaedah Menganalisis Data

Data yang dikumpulkan berdasarkan instrumen kajian dianalisiskan secara deskriptif dengan menggunakan Perisian Statistical Packages for Social Science Windows versi 21.0. Data biasanya dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual. Pada peringkat pertama, ujian bertulis dianalisis berdasarkan jawapan pengiraan betul dan salah. Peratusan juga telah diberikan terhadap hasil ujian tersebut. Pada peringkat kedua, maklumat dan data yang diperolehi melalui sesi temu bual pelajar telah dianalisis untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan intervensi. Untuk menjawab soalan kajian, pengkaji menggunakan hasil dapatan kajian daripada instrumen berbentuk penyemakan hasil tutorial pelajar, Ujian Pengukuhan Matematik, ujian pra, ujian pasca dan temu bual.

DAPATAN KAJIAN

Soalan (i) : Adakah Modul SMART-FLIP dapat meningkat kemahiran pelajar mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik

Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Skor peserta bagi ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis serta diterjemahkan mengikut kumpulan sederhana (Rajah 2) dan kumpulan lemah (Rajah 3) dalam bentuk graf. Analisis perbandingan ujian pra dan ujian pasca selepas perlaksanaan tindakan intervensi jelas menunjukkan markah tertinggi kumpulan sederhana telah meningkat dari 70 kepada 90 manakala markah terendahnya adalah dari 50 kepada 70. Untuk kumpulan lemah pula, markah tertingginya telah mencapai 70 manakala markah terendahnya ialah 60. Peratus peningkatan maksimum untuk kumpulan sederhana ialah 80% (pelajar P7) manakala peratus peningkatan minimum ialah 14% (pelajar P11 dan P18). Untuk kumpulan lemah pula, rata- rata mencecah peratus peningkatan melebihi 50% dan ke atas. Dapatan kajian melalui perbandingan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan peserta menunjukkan peratus peningkatan yang memberangsangkan. Peningkatan ini bermakna Modul SMART- FLIP telah berjaya meningkat kemahiran pelajar mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik.

(12)
(13)

Jadual 2

Skor min dan peratus peningkatan markah ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan kajian

Jadual 2 menunjukkan analisa perbandingan peningkatan prestasi berdasarkan min markah ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan peserta. Keputusan menunjukkan terdapat peningkatan yang menggalakkan dari markah 35.5 kepada 60.5 dengan peratusan peningkatannya sebanyak 70.4%. Manakala bagi kumpulan sederhana pula peratusan peningkatannya ialah 36.8%, iaitu terdapat peningkatan markah dari 58.5 kepada 80. Hasil analisis data menunjukkan peratus peningkatan keseluruhan pelajar adalah 49.5%. Ini bermakna Modul SMART-FLIP berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik.

Temu bual Jadual 3

Hasil temu bual peserta kajian

Jadual 3 di atas menunjukkan hasil temu bual mendapati semua peserta kajian memberi maklum balas yang positif dan masing-masing bersetuju bahawa kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi Algebra dan Statistik dalam kalkulator saintifik meningkat setelah menggunakan Modul SMART-FLIP.

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Kumpulan Pelajar Markah Purata Ujian Pra

Markah Purata Ujian Pasca

Markah Peningkatan

%

Peningkatan

Lemah 35.5 60.5 25 70.4%

Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%

Gabungan lemah dan

sederhana 47.0 70.3 23.25 49.5%

Peserta kajian Maklum balas

Peserta 1 Modul SMART-FLIP amat membantu saya menyelesaikan masalah Ststistik dan Pemfaktoran.

Peserta 2 B a r u s a y a t a h u g u n a f u n g s i - f u n g s i k a l k u l a t o r C a s i o f x - 5 7 0 E S P l u s . Peserta 3 Baguslah “Guru Maya” SMART-FLIP ini ajar saya guna fungsi-fungsi kalkulator

saintifik untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik.

Peserta 4 Saya rasa gembira kerana sudah tahu menggunakan fungsi-fungsi kalkulator untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik.

Peserta 5 Saya rasa yakin sekarang kerana tahu menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik. Minat saya terhadap Matematik bertambah.

(14)

Soalan 2 : Adakah Modul SMART-FLIP dapat mengurangkan bilangan kesilapan masalah pengiraan Algebra dan Statistik dalam kalangan pelajar?

Hasil Penyemakan Tutorial

Rajah 4. Taburan pola kesilapan pelajar

Rajah 4 di atas adalah analisis dapatan semakan tutorial telah digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah pengiraan Algebra dan Statistik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Masalah paling serius ialah Pemfaktoran Polinomial Berdarjah 3, diikuti oleh Penyelesaian Persamaan Serentak 3 Anu dan Penyelesaian Statistik.

Berpandukan maklumat ini, pengkaji telah menyarankan tatacara mengoperasikan fungsi- fungsi kalkulator saintifik melalui Modul SMART-FLIP sebagai tindakan penyelesaian.

Ujian Pengukuhan Matematik

Rajah 5. Pengurangan bilangan kesilapan selepas perlaksanaan tindakan intervensi

(15)

Merujuk analisis perbandingan Ujian Pengukuhan Matematik dengan ujian pasca selepas intervensi pada Rajah 5, peratusan pengurangan bilangan kesilapan komputasi Matematik adalah paling banyak, iaitu 69%, diikuti oleh Penyelesaian Persamaan Serentak 3 anu, dikurangkan sebanyak 68% dan penyelesaian statistik berjaya dikurangkan sebanyak 60%. Kesilapan-kesilapan lain seperti operasi matrik sebanyak 55% dan Pemfaktoran Polinomial Darjah 3 sebanyak 22%. Kesemua perkara di atas jelas menunjukkan tindakan intervensi ini telah berjaya mengurangkan bilangan kesilapan dalam masalah Algebra dan Matematik Statistik.

REFLEKSI

Dapatan kajian menunjukkan perlaksanaan Modul SMART-FLIP telah memberi impak positif terhadap pembelajaran Algebra dan Statistik. Hasil analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca jelas menunjukkan terdapat peningkatan yang memberangsangkan selepas penggunaan Modul SMART-FLIP. Para peserta telah berjaya mengaplikasikan teknik-teknik yang disarankan dalam Modul SMART-FLIP untuk mengoperasikan fungsi-fungsi yang sesuai dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus bagi menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik. Keputusan ujian pasca yang meningkat ini juga secara tidak langsung telah membuktikan bilangan kes kesilapan pengiraan dalam masalah Algebra dan Statistik telah dikurangkan ke tahap minimum. Secara tidak langsung, kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah pengiraan Algebra dan Statistik juga berjaya dipertingkatkan melalui penggunaan Modul SMART-FLIP ini.

Langkah penyelesaian yang disarankan dalam Modul SMART-FLIP boleh mengurangkan risiko salah kira dan pelajar tidak perlu membuang masa yang banyak untuk mengira nilai melalui cara konvensional. Pelajar-pelajar juga boleh mencapai Modul SMART- FLIP pada aplikasi Flipsnack melalui WhatApps atau Google Classroom di pautan Di samping itu, pelajar juga boleh menonton rakaman video tentang cara pengoperasian fungsi-fungsi Algebra dan Statistik dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus mengikut topik penyelesaian. Rakaman video ini membolehkan pelajar-pelajar mengikuti langkah-langkah pengoperasian fungsi-fungsi kalkulator dengan lebih jelas dan sistematik. Rakaman video ini bukan sahaja boleh https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/.

(16)

dijadikan bahan e-panduan, mereka juga boleh memuat turun fail-fail video ini dan menyebarkannya kepada pihak–pihak lain melalui aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa sahaja. Secara tidak langsung, sebaran ilmu secara meluas tanpa batasan telah dijalinkan dalam komuniti dalam atau luar kolej.

Berdasarkan maklum balas peserta, majoriti memberi reaksi positif terhadap penggunaan Modul SMART-FLIP. Ramai yang memberi komen positif bahawa modul ini telah banyak membimbing mereka tentang tatacara penggunaan fungsi-fungsi kalkulator saintifik bagi memudah carakan penyelesaian masalah Algebra dan Statistik. Oleh kerana e- panduan ini disusun mengikut topik penyelesaian, kemudahan ini boleh menjimatkan masa mereka untuk mengakses topik yang mereka hendak capai dengan cepat dan mudah. Ada pula komen yang menyatakan Modul SMART- FLIP ini bagai guru maya yang boleh mereka rujuk pada bila-bila masa dengan hanya satu klik pada pautan berkenaan melalui telefon pintar .

Berdasarkan dapatan kajian, implikasi yang diperolehi ialah pendidik dapat mengesan pada peringkat awal masalah-masalah pengiraan dalam Algebra dan Matematik Statistik yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang memiliki kalkulator saintifik tetapi tidak mahir mengoperasikan fungsi-fungsinya. Implikasi ini boleh membantu pelajar yang lemah komputasi untuk hilang rasa fobia malah memupuk keyakinan dan minat semula terhadap subjek Algebra dan Statistik. Dari segi masa pembelajaran, pelajar boleh menjimat banyak masa untuk membuat perhitungan secara konventional yang banyak dan berlarutan. Mereka boleh memperluangkan lebih banyak masa untuk menganalisis masalah Matematik dan membuat konsep Matematik yang lebih mendalam.

Modul SMART-FLIP ini merupakan suatu pendekatan yang sesuai dengan citarasa pelajar generasi yang celik digital ini dan ia akan menyenangkan generasi digital ini untuk belajar menguasai kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik ini dengan lebih baik dan berkesan. Konsep pembelajaran ini mampu mendorong pelajar-pelajar mengakses teknologi digital untuk membolehkan maklum balas pembelajaran yang tepat pada masanya (just-in-time) di samping berperanan sebagai pakar rujuk elite yang boleh dicapai pada bila-bila masa di mana-mana sahaja melalui kemudahan digital.

(17)

Impak daripada penyelesaian masalah pengiraan ini, para pendidik mampu mewujudkan suasana kesoronokan mempelajari Matematik dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Hasil kajian ini telah menggunakan kemudahan digital untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran yang maksimum melalui peningkatan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi nanti jika masalah pengiraan Algebra dan Statistik dapat diselesai dengan bantuan kalkulator saintifik.

Daripada dapatan kajian, pengkaji boleh mengatakan bahawa Modul SMART-FLIP berjaya membantu pelajar-pelajar dalam menguasai kemahiran menggunakan fungsi-fungsi Algebra dan Statistik dalam kalkulator saintifik. Dapatan kajian ini disokong oleh pengkaji- pengkaji lain melalui kajian Cedillo (2002) mengenai Learning Algebra by using it : A promising approach to using calculator in the class room, kajian Dila (2012) tentang Keberkesanan penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah, kajian Dylmoon (2000) mengenai Penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik sekolah dasar dan kajian Marsigit dan Siswanto (2003) bertajuk Pembelajaran Matematik berbantuan kalkulator: Kajian kes penggunaan kalkulator Texas Instrument TI 89 pada PBM Matematik di SMK Muhammadiyah IV Yogyakarta.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Terdapat beberapa perkara telah dikenal pasti sebagai cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya. Penambahbaikan yang pertama ialah memperluaskan skop penyelesaian masalah pengiraan dalam Modul SMART FLIP ke topik Calculus, Probability, Trigonometry dan sebagainya. Seterusnya, menambahkan bilangan saiz sampel atau memperluaskan kumpulan sasaran ke seluruh Kolej Matrikulasi di Malaysia untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh bagi kajian yang dijalankan ini. Di samping itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian ini diubah suai dengan menjadikan suatu kaedah yang boleh diguna pakai untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah Algebra dan Statistik sekolah menengah atau sekolah rendah.

Semoga kajian ini mampu memberi bimbingan belajar kepada pelajar-pelajar yang

(18)

masih tidak menguasai kemahiran penyelesaian masalah Algebra dan Statistik. Adalah menjadi harapan pengkaji bahawa Modul SMART-FLIP yang dihasilkan ini mampu membimbing pelajar-pelajar untuk mengoperasikan fungsi-fungsi sedia ada dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus dengan baik tanpa membawa dampak bagi mereka yang mengakibatkan ketergantungan kalkulator (mental kalkulator).

RUJUKAN

Allsopp, D., Kyger, M., & Lovin, L. (2007). Teaching mathematics meaningfully: Solutions for reaching struggling learners. Baltimore, MD: Brookes Publishing.

Bernard (1991). Compelling case for calculators. Jurnal Arithmetic Teacher, Vol 38.

B. Milman, Natalie (2012). The flipped classroom strategy what is it and how can it best be used?. Jurnal Internasional, Vol 9, Issue 3.

Colin (1982). Teaching Mathematics: Calculators in the classroom by Michael Cornelius.

New York: Nicholas Publishing Co.

Dila (2012). Keberkesanan penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah. Retrieved from http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?

AID=50423

Dylmoon (2000). Penggunaan kalkulator dalam pengajaran Matematik sekolah dasar.

ClIkrawlIla Pendidikan, No.7, rllhun XVI, Indonesia.

http://belajarsemuabelajar.blogspot.com/2016/10/penggunaan-kalkulator- dalam.html.

Effandi, Z., & Sabri, A. (2009). Exploring Matriculation students' metacognitive awareness and achievement in Mathematics course. The International Journal of Learning, 16(2), 333-347.

Hewitt, B., Kidd, M., Smith, R., Wearne, S., Hewitt, B., Kidd, M.,& Developing, S. W. (2015, September). Developing a virtual engineering management community. European Journal of Engineering Education, 41(2). Doi: 10.1080/03043797.2015.1056098.

Jansen, W., Van Den Hooven, H., Jägers, H., & Steenbakkers, G. (2002). The added value of e- learning. Informing Science & IT Education, June 19.

.

Erliza (2016). Penggunaan kalkulator dalam pembelajaran Matematik. Dimuat naik daripada

(19)

Johari, H ., & Yeong W.C. (2014). Keupayaan dan kelemahan menyelesaikan masalah Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan lima. (Master Tesis yang tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Liu, Shiang &Tung (1993). Effects of teaching calculator use and problem solving stategies on Mathematics performance and attitude of fifth-grade taiwanese male and female students . Unpublished Dissertation . Memphis State University.

Marzita (2012). SME6044: Isu-isu kontemporari dalam pendidikan Matematik. Retrieved from: http://timss-k3.blogspot.my/2012/05/keberkesanan-penggunaan- kalkulator.html

Marsigit & Siswanto. R. (2003). Pembelajaran Matematik berbantuan kalkulator:Kajian kes penggunaan kalkulator Texas Instrument TI 89 pada PBM Matematik di SMK Muhammadiyah IV Yogyakarta. Seminar Nasional. UPI Bandung.

Ramdania, D. R., Sutarno, H. & Waslaluddin (2013). Penggunaan media flash flip book dalam pembelajaran Teknologi Informasi dan Komunikasi untuk meningkatkan hasil belajar siswa. (Master Tesis yang tidak diterbitkan). Pendidikan Ilmu Komputer, Madrasah Aliyah Al-Hidayah Cikancung.

Roehl, Amy, Shweta Linga dkk (2013). The flipped classroom: An opportunity to engage millennial students through active learning strategies. Texas: Christian University.

Jurnal Internasional, Vol. 105, No. 2.

Sakinah (2012). Penggunaan kalkulator dalam pembelajaran Matematik di Sekolah Dasar. Retrieved from: https://sakiiiinah.wordpress.com/2012/03/09/penggunaan- kalkulator-dalam-pembelajaran-matematika-di-sd/

Tenoch E. Cedillo (2001). Learning Algebra by using it: A promissing approach to using calculator in the class room. Proceedings of the 12 ICMI Study Conference. th

Australia.

Zanariah Ahmad (2017). Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk Politeknik Premier. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam kajian ini, penyelidik telah menjalankan pra-ujian (pre-test) ke atas lima orang yang terdiri dari pemilik Spa perempuan dan teman-teman penulis bagi

a) Mikroorganisma yang disyaki penyebab kepada penyakit, mesti hadir pada setiap perumah yang dijangkiti. b) Patogen yang disyaki hendaklah dipencilkan daripada perumah

Rajah 8 boleh digunakan sebagai rujukan kerana ianya hasil daripada ujian pengukuhan keatas tanah lempung tersebut dan melibatkan tekanan yang berlaku bagi

Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian keseluruhan (skor ujian pasca - skor ujian pra) pelajar FD berbanding pelajar FI setelah menggunakan modul ASIP04

Hasil daripada ujian dan temu bual adalah seperti berikut: (a) kurangnya kefahaman konsep berkaitan luas permukaan dengan menyatakan luas adalah panjang darab

Data dikumpulkan pada pelajar prestasi belajar di kedua-dua pra- ujian dan pasca ujian untuk dua topik yang berbeza (Watak dan Nilai Moral) dalam cerita-cerita

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan ujian Matematik Tahun Empat sekolah rendah menggunakan analisis pengukuran Model Rasch bagi menghasilkan ujian yang

Dengan kata lain, fokus kajian ini adalah untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan dalam min skor ujian pra dan pasca antara pelajar yang diajar dengan menggunakan teknik