• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Kebimbangan Pertandingan Sukan Di Kalangan Atlet Ragbi Institusi Pengajian Tinggi Di Negeri Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Kebimbangan Pertandingan Sukan Di Kalangan Atlet Ragbi Institusi Pengajian Tinggi Di Negeri Johor"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Kebimbangan Pertandingan Sukan Di Kalangan Atlet Ragbi Institusi Pengajian Tinggi Di Negeri Johor

(Level of Sport Competition Anxiety Among Rugby Athletes in Higher Education Institutions in the State Of Johor)

Norsafuan Mohd Jaafar1*, Tajul Arifin Muhamad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

*Pengarang Koresponden: safuan.jaafar@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kebimbangan pertandingan sukan di kalangan atlet ragbi institut pengajian tinggi di negeri Johor. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang atlet ragbi yang mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor. Kajian ini telah menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Smith et al.

(2006) Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) sebagai instrumen kajian bagi mengkaji tahap kebimbangan pertandingan sukan atlet ragbi institusi pengajian tinggi di negeri Johor. Ujian kecenderungan memusat menunjukkan min dan sisihan piawai bagi 3 subskala di dalam Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) dengan subskala tahap kerisauan mencatatkan min paling tinggi iaitu 3.34 (SD=1.105) manakala tahap gangguan konsentrasi merekodkan min paling rendah iaitu 2.26 (SD=0.898).

Kata kunci: kebimbangan pertandingan sukan, ragbi, institusi pengajian tinggi

Abstract: The objective of the research is to find the level of sport competition anxiety among rugby athletes in higher education institutions around the state of Johor. The subjects of the research consisted of 80 rugby athletes who represent their own university rugby team in Johor. A questionnaire developed by Smith et al. (2006), Sport Anxiety Scale-2, was used to measure the level of sport competition anxiety among research subjects. Central tendency test shows the mean and standard deviation of 3 subscales in Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) with worry score recorded the highest mean of 3.34 (SD=1.105) while concentration disruption score recorded the lowest mean of 2.26 (SD=0.898).

Keywords: sport competition anxiety, rugby, higher education institution

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sukan adalah penting di peringkat Institusi Pengajian Tinggi kerana ianya dapat membantu melahirkan generasi holistik dan profesional yang dapat menyumbang kepada pembangunan sahsiah negara, melahirkan generasi yang berfikiran matang serta memiliki daya tahan fizikal dan mental yang kuat. Kementerian Pengajian Tinggi, melalui institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara, amat menggalakkan para pelajarnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum termasuk sukan, dengan ragbi menjadi antara salah satu sukan yang menjadi antara salah satu sukan yang dipertandingkan pada Sukan Intitusi Pengajian Tinggi (SUKIPT). Sukan ragbi memerlukan ketangkasan dan kekuatan fizikal pemainnya kerana secara asasnya, sukan ini memerlukan pertembungan secara fizikal yang mudah menyebabkan

(2)

kecederaan kepada pemain. Walau bagaimanapun, sukan ini menerapkan disiplin diri dan semangat berpasukan yang kuat melalui elemen dan undang-undang permainan yang berteraskan semangat kesukanan yang tinggi.

Seseorang atlet yang menceburi bidang sukan tertentu bukan sahaja perlu menyiapkan diri dari segi fizikal dan teknikal, malahan juga mereka perlu bersedia dari segi mental dan berpengetahuan dalam psikologi sukan. Aspek kebimbangan atlet dalam menghadapi sesuatu pertandingan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan sama ada atlet dapat memberikan prestasi yang terbaik dalam sesuatu pertandingan. Kebimbangan didefinisikan sebagai sesuatu keadaan fisiologikal yang menyebabkan seseorang itu cepat cemas dan risau tanpa dikaitkan dengan sesuatu sebab (Speilberger, 1996). Weinberg & Gould (1999) pula menjelaskan bahawa kebimbangan adalah keadaan emosi negatif yang mempunyai ciri-ciri ketakutan, bimbang dan dikaitkan dengan kebangkitan dalam badan.

Di dalam sesuatu pertandingan sukan, tahap kebimbangan mampu menjadi halangan kepada seseorang atlet untuk mempamerkan prestasi yang terbaik lantas gagal membantu pasukan mencapai kejayaan yang dikehendaki. Atlet yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi akan terdedah kepada kegagalan untuk membuat keputusan yang tepat di dalam pertandingan.

Ini menjejaskan perancangan dan latihan yang telah dibuat sepanjang tahun, hanya kerana kegagalan atlet untuk mengawal tahap kebimbangan mereka. Dari sudut psikologi sukan pula, kebimbangan pertandingan sukan ini disifatkan sebagai suatu aspek penentu di dalam pembangunan jangka panjang seseorang atlet. Seseorang atlet boleh mempunyai bakat yang hamper sama tetapi tahap kebimbangan sukan akan menjadi penanda aras sejauh manakah atlet itu akan berjaya di dalam sukan yang diceburi.

Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan dan kejurulatihan pasukan ragbi institusi pengajian tinggi di Johor untuk mendapatkan cara terbaik bagi memotivasikan pemain-pemain mereka, sekaligus mengurangkan tahap kebimbangan pertandingan sukan pemain-pemain ragbi yang mewakili pasukan IPT masing-masing, seperti yang dibuktikan oleh Pearlman (2009) di dalam kajiannya yang menyatakan bahawa motivasi adalah penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Kajian ini, yang menumpukan kepada atlet ragbi, pula diharap dapat membuktikan kaitan di antara motivasi atlet pada tahap terbaik mampu untuk membantu mereka mengurangkan tahap kebimbangan pertandingan sukan, sekaligus membolehkan mereka untuk mempamerkan prestasi terbaik di dalam setiap pertandingan yang disertai. Kajian lepas yang membincangkan berkenaan tahap kebimbangan pertandingan sukan jarang memberi tumpuan khusus kepada sukan ragbi di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Jika dilihat dari konteks pasukan ragbi kebangsaan 7 sebelah, khususnya, majoriti pemain terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara lantas menjadikan kajian yang memberi fokus di kalangan pelajar-atlet dari institusi pengajian tinggi adalah sangat perlu.

Kajian ini memberi objektif untuk mengenalpasti corak tahap kebimbangan pertandingan sukan di kalangan atlet ragbi yang mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor. Secara kesimpulannya, kajian ini menumpukan kepada analisa tahap kebimbangan pertandingan sukan di kalangan pemain ragbi di institusi pengajian tinggi negeri Johor.

(3)

2. Kajian Literatur

Kebimbangan didefinisikan sebagai tahap emosi negatif seseorang individu yang terhasil daripada perasaan gementar, kerisauan dan ketakutan, di mana ianya dikaitkan dengan kebangkitan di dalam badan (Weinberg dan Gould, 1999). Spielberger (1966) pula telah menyatakan kebimbangan sebagai satu keadaan fisiologikal yang menyebabkan seseorang individu itu cepat merasa cemas dan risau tanpa dapat dikaitkan dengan seseuatu sebab yang khusus. Kebimbangan terlahir daripada rangsangan tekanan disebabkan oleh penyesuaian pada faktor fisiologi badan seseorang, tingkah laku dan kognitif, di mana perasaan ini mampu untuk menjejaskan prestasi seseorang atlet (Tamorri, 2004). Rasa bimbang ini boleh hadir dengan secara tiba-tiba dan ianya mampu untuk mempengaruhi seluruh perasaan seseorang individu (Rosli, Lim dan Hamdan, 2015). Hardy, Jones dan Gould (1996) pula menegaskan kebimbangan akan terhasil apabila seseorang individu itu merasakan ragu-ragu akan keupayaan diri masing-masing untuk menghadapi tekanan.

Kebimbangan di dalam sukan boleh dikategorikan kepada dua subskala iaitu kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik (Parnabas dan Mahamood, 2010). Menurut Parnabas dan Mahamood (2010) juga, kebimbangan kognitif adalah satu keadaan di mana komponen mental seseorang atlet akan berasa risau akan gagal beraksi dengan baik di dalam seseuatu pertandingan, takut pada kekalahan, tenggelam punca ketika beraksi, bimbang akan memberikan prestasi yang buruk, tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian serta tidak yakin akan kebolehan sendiri. Kebimbangan somatik pula didefinisikan sebagai aspek fisiologikal dan afektif atlet yang terhasil daripada kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri atlet tersebut (Parnabas dan Mahamood, 2010). Antara tanda-tanda kebimbangan somatik adalah peningkatan kadar nadi, rasa tertekan, takut, berpeluh, perut memulas, otot menjadi keras, darah murah, rasa ketegangan, tekanan darah menjadi tinggi, tekak berasa kering dan tangan atau badan menjadi menggeletar (Aris Fazil, 2005; Jarvis, 2006; Martens et al., 1990;

Parnabas dan Mahamood, 2010; Shaharudin, 2001).

Kajian yang dijalankan terhadap tahap kebimbangan dan prestasi atlet bukan profesional mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara tahap kebimbangan dan juga prestasi atlet (Hannon dan Fitzgerald, 2006). Kebimbangan pra-pertandingan sukan didapati akan berada pada tahap tinggi dan kekal pada keadaan yang sama dan stabil pada ketika masa semakin hampir dengan hari pertandingan (Cox, 2002). Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hanton, Fletcher dan Coughlan (2005) ke atas atlet elit antarabangsa, mereka mendapati terdapat beberapa tekanan pertandingan dan pasukan yang mampu untuk menjejaskan prestasi atlet. Di antara jenis tekanan pertandingan yang sering terjadi adalah masalah persediaan atlet, kerisauan akan terjadinya kecederaan dan tekanan yang lahir daripada pertandingan itu sendiri.

Jurko, Nesic dan Stojanovic (2013) pula telah membuat kajian mengenai kebimbangan pertandingan sukan dengan keyakinan diri dalam kalangan pemain bola tampar wanita. Hasil daripada kajian ini menunjukkan atlet bola tampar mempunyai tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang sama, manakala tahap keyakinan diri pula berada pada tahap yang sederhana.

Dapatan kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang negatif di antara kebimbangan kognitif dengan keyakinan diri atlet bola tampar. Kajian yang dilakukan oleh Papastergiou, Proios, Yiannakos dan Galazoulas (2010) ke atas 125 orang atlet lelaki dan 139 orang atlet wanita yang terlibat di dalam sukan bola baling pula mendapati pemenang sesuatu pertandingan mempunyai tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang rendah serta mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Dalam satu kajian lain yang dijalankan oleh Kais (2005) pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kebimbangan

(4)

somatik atlet bola tampar elit dan bukan elit. Berdasarkan analisis varians, kajian ini berjaya membuktikan bahawa atlet bola tampar elit mempunyai tahap kebimbangan kognitif yang rendah berbanding dengan tahap keyakinan diri yang tinggi. Selain itu juga, atlet bola tampar elit melihat kebimbangan sebagai suatu faktor yang mampu membantu mereka untuk meningkatkan prestasi pada tahap terbaik sedangkan atlet bukan elit pula melihat kebimbangan sebagai suatu faktor yang mampu untuk menjatuhkan prestasi mereka.

Sehubungan dengan itu, artikel ini akan membincangkan berkenaan tahap kebimbangan pertandingan sukan di kalangan atlet ragbi pada peringkat tertiari, di mana fokus akan diberikan kepada institusi pengajian tinggi di sekitar negeri Johor.

3. Metodologi

Kajian ini secara khusus menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjuan. Kaedah tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dalam mengumpul data daripada responden yang dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, soal selidik telah diajukan kepada pemain-pemain ragbi yang mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor. Responden kajian bagi kajian ini adalah terdiri daripada pemain-pemain ragbi yang menyambung pengajian dan mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor. Pemilihan sampel sebagai responden di dalam kajian ini dibuat menggunakan persampelan rawak mudah memandangkan karekter setiap item di dalam populasi mempunyai identiti yang lebih kurang sama. Ini membolehkan sampel yang dipilih dapat mewakili keseluruhan populasi.

Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik bentuk tertutup, di mana responden dikehendaki memberi jawapan berdasarkan pilihan yang telah diberi sahaja. Soal selidik yang digunakan pula ialah Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) yang dibangunkan oleh Smith et al. (2006).

SAS-2 adalah soal selidik yang menganalisa respon atlet kepada kenyataan-kenyataan berkenaan dengan bagaimana perasaan seseorang atlet sebelum dan ketika sesuatu pertandingan sukan. SAS-2, yang terdiri daripada 15 soalan, merangkumi 3 komponen soalan iaitu tahap kerisauan (worry score), tahap gangguan konsentrasi (concentration disruption score) dan tahap kebimbangan somatik (somatic trait anxiety score), dengan setiap komponen masing-masing mempunyai 5 soalan.

Menerusi soal selidik yang dijalankan, responden dikehendaki membuat pilihan jawapan berdasarkan nilai Skala Likert 1 hingga 5 bagi soal selidik SAS-2 yang telah ditentukan untuk setiap jawapan di dalam soal selidik. Nilai yang telah diberikan kepada setiap item di dalam soal selidik kajian ini adalah 1 hingga maksimum 5, di mana nilai menaik menunjukkan tahap persetujuan daripada sangat tidak setuju kepada sangat setuju.

Kajian ini menggunakan kesahan konstruk bagi mengukur tahap kesahan instrumen yang digunakan di dalam kajian. Kesahan konstruk adalah bertujuan untuk mengukur tahap sejauh mana instrumen yang digunakan mengukur apa yang sepatutnya diukur di dalam kajian.

Pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalaman untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dengan menggunakan Cronbach Alpha bagi keseluruhan instrumen kajian melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Untuk menentukan tahap kebolehpercayaan di dalam kajian ini berada pada tahap yang memuaskan, pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk melihat tahap kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi. Jadual Nilai Kebolehpercayaan boleh dijadikan panduan dalam menaksir kebolehterimaan instrumen kajian

(5)

dari segi kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali kebolehpercayaan (Lim, 2007).

Berdasarkan ujian kebolehpercayaan yang telah dijalankan ke atas 28 item di dalam instrumen kajian berdasarkan respon yang diberikan oleh subjek kajian, nilai Cronbach Alpha adalah 0.867 dan merupakan tahap kebolehpercayaan yang agak tinggi dan boleh digunakan di dalam kajian ini.

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan melalui pengedaran soal selidik kepada responden kajian. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik ini kemudiannya telah dianalisa menggunakan perisian SPSS. Pengkaji telah mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Pengarah Pusat Sukan institusi masing-masing bagi membolehkan kajian dijalankan melibatkan responden yang terdiri daripada pemain-pemain ragbi yang juga merupakan pelajar di institusi tersebut. Setelah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pusat Sukan, barulah pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden.

4. Dapatan Kajian

Di dalam kajian ini, seramai 80 orang sampel yang terdiri daripada atlet ragbi yang mewakili pasukan institusi pengajian tinggi masing-masing di sekitar negeri Johor telah dipilih sebagai subjek kajian. Data yang dikumpulkan daripada soal selidik demografi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan bilangan frekuensi dan peratusan.

Jadual 1: Taburan subjek berdasarkan umur

Umur Frekuensi Peratus

18 tahun 23 28.8

19 tahun 20 tahun 21 tahun

Lebih daripada 21 tahun

25 14 3 15

31.3 17.5 3.8 18.8

Jadual 1 menunjukkan taburan subjek berdasarkan umur. Daripada 80 orang subjek kajian yang telah dipilih, seramai 23 orang (28.8%) berusia 18 tahun, 25 orang (31.3%) berumur 19 tahun, 14 orang (17.5%) berusia 20 tahun, 3 orang (3.8%) berusia 21 tahun dan 15 orang (18.8%) berumur lebih daripada 21 tahun.

Jadual 2: Taburan subjek berdasarkan semester pengaijan

Semester Frekuensi Peratus

1 13 16.3

2 3 4

5 dan ke atas

13 17 4 33

16.3 21.3 5.0 41.3

Jadual 2 pula menunjukkan taburan subjek berdasarkan semester pengajian yang sedang diduduki oleh subjek di institusi pengajian tinggi masing-masing. Seramai 13 orang (16.3%) adalah terdiri daripada pelajar semester 1, 13 orang (16.3%) adalah pelajar semester 2, 17 orang (21.3%) adalah pelajar semester 3, 4 orang (5%) merupakan pelajar semester 4 maanakala 33 orang (41.3%) merupakan pelajar semester 5 dan ke atas.

(6)

Jadual 3: Taburan subjek berdasarkan jangka waktu terlibat di dalam sukan ragbi

Tahun Frekuensi Peratus

1-2 tahun 14 17.5

3-4 tahun 5-6 tahun

Lebih daripada 6 tahun

11 23 32

13.8 28.8 40.0

Jadual 3 menunjukkan taburan subjek berdasarkan jangka waktu di mana mereka telah terlibat secara aktif di dalam sukan ragbi. Seramai 14 orang (17.5%) telah melibatkan diri di dalam sukan ragbi selama 1 hingga 2 tahun, 11 orang (13.8%) di antara 3 hingga 4 tahun, 23 orang (28.8%) di antara 5-6 tahun manakala 32 orang lagi (40%) telah terlibat di dalam sukan ragbi lebih daripada 6 tahun.

Jadual 4: Taburan subjek berdasarkan tahap tertinggi di dalam sukan ragbi

Wakil Frekuensi Peratus

Sekolah/Universiti 17 21.3

Daerah Negeri Negara

3 47 13

3.8 58.8 16.3

Jadual 4 pula menunjukkan taburan subjek berdasarkan tahap tertinggi yang pernah disertai oleh subjek di dalam sukan ragbi. 17 orang subjek (21.3%) mempumyai tahap tertinggi mewakili sekolah atau universiti, 3 orang (3.8%) mewakili daerah, 47 orang (58.8%) meletakkan mewakili negeri sebagai peringkat tertinggi manakala 13 orang yang lain (16.3%) telah mewakili negara di dalam sukan ragbi.

Jadual 5: Taburan subjek berdasarkan purata tahunan pertandingan ragbi yang disertai

Bilangan pertandingan Frekuensi Peratus

1-2 10 12.5

3-4

5 dan ke atas

34 36

42.5 45.0

Jadual 5 menunjukkan purata tahunan pertandingan ragbi yang disertai subjek kajian. Seramai 10 orang (12.5%) menyertai di antara 1 hingga 2 pertandingan secara purata di dalam setahun, 34 orang pula (42.5%) mengambil bahagian di antara 3 hingga 4 pertandingan ragbi di dalam setahun manakala 36 orang lagi (45%) menyertai 5 dan lebih pertandingan ragbi secara purata di dalam setahun.

Jadual 6: Sport Anxiety Scale-2

Item Min Sisihan piawai

1. Saya merasa khuatir gagal memberi prestasi terbaik di dalam pertandingan 3.51 1.331 2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Saya khuatir akan gagal di bawah tekanan Saya bimbang akan memberi prestasi yang buruk

Saya bimbang berkenaan dengan kemampuan mencapai matlamat pertandingan

Saya risau akan pemain lain akan kecewa dengan prestasi saya

Semasa pertandingan, saya sering memikirkan berkenaan perkara yang tidak berkaitan dengan pertandingan

Fikiran saya sering berlegar-legar ketika pertandingan

Ketika pertandingan, saya sering gagal memberi tumpuan pada perkara yang berlaku

Saya sering hilang konsentrasi ketika pertandingan disebabkan gementar Saya khuatir gagal memberi konsentrasi pada pertandingan

Saya berasa gementar Badan saya merasa kejang

3.02 3.51 3.19

3.46 2.09

2.10 1.99 2.50

2.63 3.25

1.475 1.243 1.360

1.405 1.058

1.121 1.000 1.169 1.247 1.153

(7)

12.

13.

14.

15.

Saya berasa ketegangan di dalam perut

Kadang-kadang saya rasa menggeletar sebelum atau ketika pertandingan Perut saya meragam sebelum atau ketika pertandingan

2.30 2.29 2.40 2.19

1.095 1.171 1.154 1.103

Berdasarkan Jadual 6, yang menunjukkan 15 item di dalam Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2), item 1 dan 3, iaitu ‘Saya merasa khuatir gagal memberi prestasi terbaik di dalam pertandingan’

dan ‘Saya bimbang akan memberi prestasi yang buruk’, mencatatkan min tertinggi iaitu 3.51 (SD=1.331, SD=1.243). Ini diikuti dengan item ‘Saya risau akan pemain lain akan kecewa dengan prestasi saya’ dengan min 3.46 (SD=1.405), item ‘Saya berasa gementar’ (M=3.25, SD=1.153), item ‘Saya bimbang berkenaan dengan kemampuan mencapai matlamat pertandingan’ (M=3.19, SD=1.360) dan item ‘Saya khuatir akan gagal di bawah tekanan’

(M=3.02, SD=1.475). Dalam pada itu, item 8 iaitu ‘Ketika pertandingan, saya sering gagal memberi tumpuan pada perkara yang berlaku’ merekodkan min terendah iaitu 1.99 (SD=1), diikuti item ‘Semasa pertandingan, saya sering memikirkan berkenaan perkara yang tidak berkaitan dengan pertandingan’ mencatatkan min kedua terendah iaitu 2.09 (SD=1.058) dan min ketiga terendah ialah item ‘Fikiran saya sering berlegar-legar ketika pertandingan’

(M=2.10, SD=1.121). Item-item lain pula mencatatkan min dan sisihan piawai seperti berikut;

‘Saya khuatir gagal memberi konsentrasi pada pertandingan’ (M=2.63, SD=1.247), ‘Saya sering hilang konsentrasi ketika pertandingan disebabkan gementar’ (M=2.50, SD=1.169),

‘Kadang-kadang saya rasa menggeletar sebelum atau ketika pertandingan’ (M=2.40, SD=1.154), ‘Badan saya merasa kejang’ (M=2.30, SD=1.095), ‘Saya berasa ketegangan di dalam perut’ (M=2.29, SD=1.171) dan ‘Perut saya meragam sebelum atau ketika pertandingan’

(M=2.19, SD=1.103).

Jadual 7: Subskala Sport Ansiety Scale-2

Item Min Sisihan piawai

Tahap kerisauan 3.34 1.105

Tahap gangguan konsentrasi Tahap kebimbangan somatik

2.26 2.49

0.898 0.916

Jadual 7 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi 3 subskala di dalam Sport Anxiety Scale-2 (SAS-2) dengan subskala tahap kerisauan mencatatkan min paling tinggi iaitu 3.34 (SD=1.105) diikuti tahap kebimbangan somatik (M=2.49, SD=0.916) manakala tahap gangguan konsentrasi merekodkan min paling rendah iaitu 2.26 (SD=0.898). Ini menunjukkan bahawa tahap kerisauan adalah komponen kebimbangan pertandingan sukan yang menjadi masalah utama dan paling mudah menggugat prestasi atlet ragbi institusi pengajian tinggi di Johor di dalam sebarang pertandingan yang disertai.

5. Perbincangan

Hasil analisis data mentah yang menganalisa corak tahap kebimbangan pertandingan sukan atlet ragbi institusi pengajian tinggi di negeri Johor ini telah mendapati subskala tahap kerisauan mencatatkan min tertinggi (M=3.34, SD=1.105) berbanding subskala tahap kebimbangan somatik (M=2.49, SD=0.916) dan subskala tahap gangguan konsentrasi (M=2.26, SD=0.898). Ramis, Viladrich, Sousa & Jannes (2015), di dalam kajian mereka telah mendapati terdapat kesan yang signifikan di antara umur seseorang atlet dengan tahap kerisauan mereka dalam menghadapi sesuatu pertandingan. Ini kerana semakin tinggi perspektif atlet terhadap sesuatu pertandingan, semakin tinggi tahap kerisauan mereka (Craft et al., 2003). Atlet di peringkat tertiari biasanya akan melihat sesuatu pertandingan sebagai

(8)

medan untuk membuktikan hasil latihan jangka panjang yang telah diperolehi di zaman persekolahan. Ini berkemungkinan membuatkan mereka akan mempunyai perspektif yang berbeza terhadap pertandingan ragbi di peringkat yang lebih tinggi berbanding ketika di zaman persekolahan dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kebimbangan mereka dalam menghadapi pertandingan.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu pengurus dan jurulatih ragbi di peringkat tertiari untuk menyusun strategi yang bersesuaian bagi mendapatkan hasil yang terbaik daripada atlet mereka. Jika dilihat daripada hasil kajian ini, atlet di peringkat ini lebih mudah terganggu daripada tahap kerisauan mereka serta tahap kebimbangan somatik. Pengurus dan jurulatih perlu mencari jalan untuk membantu atlet mereka mengatasi rasa bimbang di dalam menghadapi sesuatu pertandingan dengan menggunakan pendekatan psikologi sukan seperti imagery, self-talk, visualization dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai bagi mendapatkan hasil yang terbaik daripada atlet-atlet muda ini.

Rasa kebimbangan yang melampau mampu untuk menjejaskan pretasi seseorang atlet dan menyebabkan mereka untuk gagal mencapai matlamat sesuatu pertandingan. Untuk mendapatkan prestasi yang optimum, latihan fizikal dan strategi yang betul sahaja tidak mampu untuk mempengaruhi prestasi atlet pada hari pertandingan. Jurulatih, pengurus dan atlet itu sendiri perlu sedar betapa pentingnya aspek psikologi dalam memainkan peranan bagi mendapatkan hasil yang terbaik daripada seseorang atlet itu, terutamanya pada hari pertandingan. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu pengurus dan jurulatih pasukan ragbi, khususnya, untuk menyusun strategi latihan dan pendekatan yang bersesuaian bagi membantu atlet masing-masing untuk mengawal tahap kerisauan dalam menghadapi sesuatu pertandingan di pelbagai peringkat. Dalam pada itu juga, selain daripada pendekatan latihan yang disusun pihak kejurulatihan, atlet juga mampu untuk mengenalpasti kelemahan mereka masing-masing di dalam mendapatkan prestasi yang terbaik di dalam pertandingan. Mereka perlu mengetahui bagaimanakah cara terbaik bagi mereka mengawal tahap kebimbangan masing-masing sebelum dan ketika sesuatu pertandingan.

Selain daripada itu, kajian ini juga diharap dapat menjurus kepada kajian berkaitan kebimbangan persekitaran sukan yang lebih terperinci terutamanya sampel yang lebih besar serta jenis sukan yang dipelbagaikan. Perbandingan di antara sukan individu dan berpasukan juga dapat membolehkan kajian berkenaan sejauh mana persekitaran cakna memainkan peranan di dalam mengurangkan kebimbangan pertandingan sukan bagi mendapatkan prestasi optimum daripada seseorang atlet. Selain daripada itu, kajian melibatkan kebimbangan pertandingan sukan di antara atlet lelaki dan wanita juga boleh dilakukan memandangkan tahap kebimbangan di antara jantina atlet mampu untuk melihat sejauh mana jantina atlet menentukan tahap kebimbangan pertandingan sukan seseorang atlet itu sendiri. Kajian yang melibatkan kebimbangan pertandingan sukan juga perlu diadakan pada skala yang lebih besar dan menjurus kepada sejauh mana ianya mempengaruhi prestasi dan pencapaian atlet elit di negara ini. Kajian seperti ini dapat membantu Institut Sukan Negara (ISN) untuk menyusun sesi kaunseling dan psikologi bagi membantu atlet negara mendapatkan prestasi terbaik pada kejohanan utama di peringkat antarabangsa.

Rujukan

Aris Fazil Haji Ujang (2005). Kebimbangan Pra-pertandingan dan Orientasi Matlamat di Kalangan Peserta Merentas Desa. Universiti Putra Malaysia.

(9)

Cox, R. H. (2002). Sports Psychology Concept and Applications (5th Ed.). McGraw Hill. United States.

Craft L. L., Magyar T. M., Becker B. J. Feltz D. L. (2003). The Relationship Between the Competitive State Anxiety Inventory-2 and Sport Performance: A Meta-analysis.

Journal of Sport and Exercise Psychology, 25: 44-65.

Hannon, B. & Fitzgerald, P. (2006). Anxiety and Performance in Elite Non-Professional Athletes. Journal of International Medicine and Sports 99(8): 238-240.

Hanton, S., Fletcher, D. & Coughlan, G. (2005). Stress in Elite Sport Performers: A Comparative Study of Competitive and Organizational Stressors. Journal of Sports Sciences 23(10): 1129-1141.

Hardy, L., Jones, G. & Gould, D. (1996). Understanding Psychological Preparation for Sport:

Theory and Practice of Elite Performers. Chichester, UK: Wiley.

Jarvis, M. (2006). Sport Psychology: A Student’s Handbook. New York: Routledge.

Jurko, D., Nesic, G. & Stojanovic, T. (2013). Does Pre-Competitive Anxiety Affect Perceived Competitive Efficacy of Volleyball Players?. Physical Education and Sport 11: 57-64.

Kais, K. (2005). Precompetitive State Anxiety, Self-confidence and Athletic Performance in Volleyball and Basketball Players. Dissertation, Institut of Sport Pedagogy and Coaching Science. University of Tartu, Tartu Estonia.

Karadag, D. & Asci, F. H. (2015). The Reliability and Validity of the Sport Anxiety Scale-2 for Adolescent Athletes. International Exercise and Sport Psychology Congress: 479- 501.

Martens, R., Burton, D., Vealey, R., Bum, L. & Smith, D. (1990). The Development of the Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2), (in:) R. Martens, R.S. Vealey & D.

Burton (eds). Competitive Anxiety in Sport. Champaign, IL: Human Kinetics 1990:

117-190.

Papastergiou, L., Proios, M., Yiannakos, A. & Galazoulas, C. (2010). Differences in Pre- competitive Anxiety between the Athletes in the Category of Young Handball Players in Relation to Their Performance. Physical Training 4: 25-32.

Parnabas, V. A. & Mahamood, Y. (2010). Competitive Anxiety Level Before and During Competition among Malaysian Athletes. Pertanika Journal of Social Science and Human 18(2): 399-406.

Pearlman, J. (2009). Winners & Losers. Psychology Today 42(2): 94-97.

Ramis, Y., Viladrich, C., Sousa, C. & Jannes, C. (2015). Exploring the Factorial Structure of the Sport Anxiety Scale-2: Invariance Across Language, Gender, Age and Type of Sport. Psicothema, 27: 174-181.

Rosli Saadan, Lim Boon Hooi & Hamdan Mohd Ali (2015). Hubungan Antara Kebimbangan Pra Pertandingan dan Orientasi Matlamat Dalam Kalangan Atlet Hoki. Journal of Human Capital Development 8: 37-48.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Speilberger, C. D. (1996). Theory and Research on Anxiety. In Spielberger (Ed.) Anxiety and Behavior. New York: Academic Press.

Tamorri, S. (2004). Neuroscience and Sport Psychology, An Athlete’s Mental Processes.

Barcelona: Paidotribo.

Weinberg, R. S. & Gould, D. (1999). Foundations of Sport and Exercise Psychology, Champaign, IL: Human Kinetics.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sumber lain berkaitan persepsi masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat bukan Islam berbangsa Tionghua adalah sebuah karya daripada Osman Chuah Abdullah (2005)

Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi tumpuan kepada mengenalpasti tahap kesedaran kerjaya (career awareness) dalam kalangan pelajar aliran pengajian Islam di

Kritikan ini mendapati bahawa graduan yang keluar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia ini tidak dapat memenuhi keperluan pasaran industri adalah

melanjutkan kualiti IAIN sebagai lembaga ilmiah, khasnya kualiti pensyarah. Sokongan untuk melanjutkan pengajian tinggi untuk pensyarah ditingkatkan, sama ada di

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan mampu memberi impak yang negatif kepada kemajuan dan pembangunan negara. Ini adalah kerana golongan graduan adalah golongan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan lain yang disebut sebagai kecerdasan pelbagai di kalangan 51 orang ahli akademik di sebuah institusi pengajian tinggi.. Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepercayaan para pendidik terhadap pengajaran tatabahasa di institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengutamakan dua kaedah pengajaran

Faktor-faktor Kesedaran Terhadap Perpustakaan Digital di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Kajian ini mendapati bahawa lebih daripada dua pertiga responden