• Tiada Hasil Ditemukan

View of Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(Preschool Teachers’ Perceptions of the Teaching Quality of Early Childhood Education)

Zil Afiqah Abd Aziz1*, Suziyani Mohamed1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: zilabdaziz@gmail.com

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia kini mula mencapai pertumbuhan positif yang meliputi kesedaran terhadap pembelajaran awal bagi kanak-kanak. Kini, keperluan PAKK menjadi hal utama kepada ibubapa bagi merancang keberhasilan pembelajaran kanak-kanak apabila memasuki alam persekolahan. Kepentingan itu, turut memberi kesan terhadap keberkesanan pengajaran guru prasekolah. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) berdasarkan beberapa domain kajian.

Pemilihan domain kajian diperolehi daripada Model Kerangka untuk Pengajaran Charlotte Danielson (2007). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pembentukan item soal selidik kajian diadaptasi daripada kajian lepas. Selain itu, pemilihan responden seramai 50 orang guru prasekolah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah di Zon Bangi Daerah Hulu Langat. Dapatan dua domain kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bagi melihat skor min dan sisihan piawai manakala peratusan dan min digunakan bagi melihat hasil dapatan profil responden.

Hasil dapatan menunjukkan kedua-dua domain ini iaitu i) perancangan dan persediaan (min

= 4.30 dan SP = 0.419) serta ii) persekitaran bilik darjah (min = 4.57 dan SP = 0.402) adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa kualiti pengajaran guru prasekolah cemerlang mampu mempengaruhi proses pembelajaran dalam bilik darjah demi melahirkan kanak-kanak berkemahiran dan berimpian tinggi. Oleh itu, guru prasekolah perlu sentiasa berdaya maju, kreatif dan bersemangat untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang komprehensif.

Kata kunci: Kualiti pengajaran PAKK, guru prasekolah, pendidikan awal kanak-kanak, perancangan dan persediaan, persekitaran bilik darjah

Abstract: Early Childhood Education (ECE) teaching quality in Malaysia is now begin to grow positively involving awareness of children learning. Nowadays, the need for ECE is the main thing for parents to their children learning outcomes. This indicator can affect the effectiveness of learning preschool teachers. Thus, this study was conducted to look at the preschool teacher perception towards ECE based on several domain. The domain in this study adapted from the framework if Charlotte Danielson Teaching Evaluation Model to evaluate the quality of teacher practices. The quantitative approach is used in this study and using questionnaire instruments. The instruments on this study adapted from previous studies. This study involved 50 respondents was chosen based on simple random samples in Hulu Langat District Bangi Zone, Selangor. The finding domains are analyzed using descriptive statistical

(2)

analysis methods to view mean and standard deviations, for respondent profile finding used to percentage and mean. The finding shows i) planning and preparation (mean = 4.30 and SD = 0.419) and classroom management (mean = 4.57 and SD = 0.402) is at high level. As a conclusion, it shows that the quality of teaching is capable to influencing the learning process in the classroom to produce skilled and child dreams. Thus, preschool teachers need to be viable, creative and enthusiastic to produce comprehensive teaching activities.

Keywords: ECE Learning Quality, preschool teachers, Early Childhood Education, planning and preparation and classroom management

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kualiti amalan pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) kini dianggap semakin berkembang maju selaras dengan pertambahan bilangan prasekolah baik kerajaan mahu pun swasta. Pemilihan guru prasekolah berkualiti mampu mempengaruhi keberkesanan dan pengajaran PAKK. Menurut Low, Amiruddin & Rafidah (2014), mengatakan bahawa guru prasekolah berperanan mendidik kanak-kanak bagi menentukan kualiti dan keberkesanan sistem pengajarannya. Proses pembelajaran berpusatkan murid, kaedah pengajaran melalui bermain, pembelajaran berasaskan inkuiri serta pendekatan bersepadu dan bertema adalah strategi pengajaran yang diterapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017.

Menurut Hashimah (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia kini menyediakan sebuah modul pembelajaran baru pendidikan prasekolah iaitu KSPK semakan 2017. Rasionalnya, merupakan titik perubahan dalam pembentukan kurikulum yang holistik berdasarkan keperluan dan mempunyai kelarasan yang sama dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Keberkesanan pengajaran guru prasekolah dilihat berdasarkan pemahaman dan kesediaan mereka demi melaksanakan kurikulum dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang menarik disamping mencabar pemikiran kanak-kanak.

Berdasarkan analisis kajian lepas menunjukkan Juliana & Norafidah (2017), mengenai pengetahuan dan kemahiran guru pada abad ke-21 membincangkan tentang tahap kualiti seseorang guru dalam persediaannya sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan kepentingan guru prasekolah berkualiti dan cemerlang mampu membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak.

Selain itu, dikatakan kaedah pengajaran guru prasekolah yang diamalkan memberi kesan terhadap perkembangan emosi, fizikal, kognitif, kemahiran komunikasi, sosial serta bahasa bagi membentuk personaliti kanak-kanak. Menurut Muhammad Haziq et. al (2020) guru prasekolah merupakan insan penting membantu pembinaan jati diri kanak-kanak.

Menurut Nurzarina & Roslinda (2017), kajian kefahamanan guru prasekolah dalam kemahiran abad ke-21. Kajian membincangkan perubahan pembelajaran yang diubah mengikut aras kesesuaian zaman berteknologi tinggi bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak. Menurut kajian ini, terdapat dua asas kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran berteknologi yang merupakan hasil gabungan menjadi kemahiran pada abad ke-21.

Kepentingan teknologi memudahkan rutin pekerjaan guru prasekolah bagi proses pencarian

(3)

maklumat, penilaian kemajuan kanak-kanak atas talian dan mengingtegrasikan kurikulum sebagai metod pembelajaran kreatif.

Berdasarkan jurang kajian, banyak faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran PAKK antaranya pemilihan kelayakan guru prasekolah, infrastruktur bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta pentaksiran kurikulum. Menurut Mariani (2006), melihat trend dan isu dalam PAKK, faktor kepayahan dan kesukaran guru prasekolah baru bagi melaksanakan pentaksiran kurikulum PAKK adalah isu utama kegagalan PAKK. Dengan itu, kualiti pengajaran PAKK akan lemah dan merugikan.

Tambahan pula, kurangnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan teknologi, pemilihan bahan mengajar tidak sesuai adalah antara faktor ketidaksediaan guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Menurut Fakhri & Mohd Isa (2016), kajian menjelaskan guru prasekolah sangat memerlukan latihan, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baik kerana kepentingannya akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak- kanak, kepercayaan ibubapa dan sokongan masyarakat.

Manakala bagi kajian Che Nidzam, Noraini, Mazlini, Marzita dan Mohd Hairy (2013), melihat faktor persekitaran bilik darjah mempengaruhi keselesaan kanak-kanak. Kajian kuantitatif yang dijalankan terhadap 916 responden berkaitan persekitaran fizikal dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hasil kajian mendapati persekitaran bilik darjah yang baik, kondusif dan mencapai standard ruang bilik darjah mampu meningkatkan minat dan motivasi murid semasa pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Pengisian kandungan pembelajaran yang hebat tanpa suasana yang ceria tidak akan membantu minat malah menganggu emosi kanak-kanak.

Melalui isu tersebut, pengkaji membuat pemilihan aspek kajian yang diperolehi daripada Model Kerangka Untuk Pengajaran Charlotte Danielson (2007). Berdasarkan model ini, terdapat empat elemen utama bagi melihat kesesuaian kualiti pengajaran PAKK dalam kajian ini. Elemen tersebut merangkumi aspek perancangan dan persediaan, persekitaran bilik darjah, pengajaran serta tanggungjawab profesional. Oleh itu, kajian ini memilih dua aspek model tersebut sebagai fokus utama kajian iaitu perancangan dan persediaan serta persekitaran bilik darjah. Justeru, kedua-dua aspek kajian ini dilihat mampu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran guru prasekolah di Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari aspek perancangan dan persediaan serta persekitaran bilik darjah.

Aspek Perancangan dan persediaan serta persekitaran bilik darjah

Aspek pertama, perancangan dan persediaan sebelum, semasa serta selepas aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) penting terhadap kualiti pengajaran guru prasekolah.

Pengetahuan merancang aktiviti PdP adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru prasekolah. Menurut Abdul Halim & Nor Mashitah (2015), guru prasekolah perlu pandai merancang aktiviti dan keperluan persediaan yang berdasarkan pengetahuan mereka dalam amalan pedagogi yang berkesan. Pelaksanaan ilmu pedagogi dan kurikulum prasekolah diperolehi melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Oleh itu, ia membantu guru prasekolah mendapatkan garis panduan dan membuat perancangan pembelajaran yang kreatif dan menarik.

(4)

Menurut Suppiah, Nordin & Munirah (2016), perancangan utama bagi rutin aktiviti pembelajaran kanak-kanak adalah penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) yang mempengaruhi persediaan bahan bantu mengajar, emosi kanak-kanak serta kaedah pengajaran guru prasekolah. Dengan ini, penyediaan awal dilakukan supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan sejajar dengan kesesuaian pengalaman dan keperluan kanak-kanak.

Aspek kedua kajian adalah persekitaran bilik darjah yang ceria memberi kesan positif dan merangsang emosi kanak-kanak. Ruang persekitaran bilik darjah merangkumi ruang dalaman dan luaran. Selain itu, menurut National Association for the Education of Young Children NAEYC, 2018 kaedah penyusunan perabot, sistem pencahayaan dan pengudaraan, kebersihan, keselamatan merupakan faktor utama dalam membentuk bilik darjah yang kondusif.

Manakala kajian Jaggil & Muhamad Suhaimi (2018), melihat kesediaan guru prasekolah terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Melalui kajian, mereka mendefinisikan sebagai cara guru dalam membuat rutin perancangan, penyusunan, kepimpinan, kawalan kanak-kanak, pengajaran dan adaptasi penggunaan teknologi sebagai medium utama mengaplikasi pembelajaran kanak-kanak.

Mengikut saranan kerajaan, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017), dirujuk sebagai panduan bagi guru prasekolah memastikan ruang persekitaran fizikal dalam dan luar bilik darjah haruslah kondusif, selamat serta sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak.

Begitu juga menurut Che Nidzam, Saidatul Ainoor & Asmayati (2016), dalam perspektif persekitaran fizikal di dalam bilik darjah adalah dilihat daripada aspek saiz dan bentuk, ruang dan cahaya dalaman, warna tema, tahap kebisingan, perabot dan susun atur tempat duduk serta penggunaan teknologi.

2. Metodologi

Reka bentuk kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kauntitatif. Instrument kajian disediakan dalam borang soal selidik dan menggunakan kaedah tinjauan bagi memperolehi dapatan kajian. Kaedah analisis statistik deskriptif diaplikasikan bagi mencari dapatan min dan sisihan piawai bagi kedua-dua domain kajian. Manakala kekerapan dan min bagi dapatan profil responden.

Pemilihan responden kajian dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Populasi kajian terdiri daripada 65 orang guru prasekolah, Tabika Kemas, Tabika Perpaduan, Genius @Pintar Negara, PASTI dan prasekolah swasta yang terletak di Zon Bangi dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Walaubagaimanapun, saiz sampel kajian yang dipilih adalah seramai 50 orang guru prasekolah berdasarkan jadual persampelan oleh Krejcie & Morgan (1970).

Penggunaan soal selidik sebagai instrument kajian bagi memperolehi dan menganalisis data.

Instrumen kajian diadaptasi daripada kajian Nor Fadilah (2017) dan Liza (2017). Pembahagian soal selidik kajian merangkumi dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mempunyai 6 item soalan iaitu jantina, umur, jenis prasekolah, pengalaman kerja, kelayakan akademik dan jawatan. Bahagian B mempunyai 12 item soalan yang terbahagi kepada dua aspek dalam Model Kerangka Untuk Pengajaran Chorlette Danielson (2007). Setiap satu aspek mempunyai 6 item soalan. Aspek pertama kajian adalah perancangan dan persediaan manakala aspek kedua kajian adalah persekitaran bilik darjah.

Meskipun terdapat pelbagai jenis skala likert bagi mengukur sikap, responden akan menunjukkan tahap ordinal bagi menentukan pendapat mereka. Menurut Edelmen (2000) &

(5)

Bowling (2002) dalam Jo (2010), analisis skala likert 5 mata pilihan diberikan bagi mengukur darjah persetujuan responden terhadap item soal selidik iaitu skala 1=sangat tidak setuju, skala 2=tidak setuju, skala 3=kurang setuju, skala 4=setuju dan skala 5=sangat setuju. Penggunaan skala ini membantu pengkaji mengukur tahap interprestasi berdasarkan persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran PAKK.

Proses pengumpulan data bagi kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 19. Setiap dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan kajian. Analisis penilaian skala daripada jawapan responden membantu meningkatkan kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan.

Nilai kebolehpercayaan item soal selidik kajian ditentukan melalui nilai pekali Alpha Cronbach. Menurut Sekaran (2000) menyatakan julat kurang dari skala 0.60 adalah terendah, julat 0.70 merupakan tahap minimum yang boleh diterima manakala nilai kebolehpercayaan dianggap lebih baik adalah yang melebihi 0.8. Secara keseluruhannya nilai pekali Alpha Cronbach bagi kedua-dua aspek adalah tinggi iaitu 0.776 bagi aspek pertama, perancangan dan persediaan manakala 0.832 bagi aspek kedua, persekitaran bilik darjah.

Jadual 1 menunjukkan Interprestasi skor min kajian ini diperoleh daripada Jamil (2002) dalam kajian Mohd Fauzi et. al (2017), peringkat skala skor min.

Jadual 1: Interprsetasi Skor Min

Skor Min Interprestasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi

3. Dapatan Kajian

Profil Responden

Bilangan responden kategori jantina adalah seramai 45 orang (90%) guru perempuan dan seramai 5 orang (10%) guru lelaki. Pada tahap umur menunjukkan seramai 6 orang (12%) mewakili umur kurang dari 25 tahun, 5 orang (10%) mewakili umur 26-30 tahun, seramai 10 orang (20%) mewakili umur 31-35 tahun, 14 orang (28%) mewakili umur 36-40 tahun, 8 orang (16%) mewakili umur 41-45 tahun dan seramai 7 orang (14%) mewakili umur melebihi 46 tahun. Manakala kategori jenis prasekolah juga menunjukkan 24 orang (48%) bagi prasekolah, 36 (38.3%) bagi tadika swasta, 3 orang (6%) bagi tabika JPNIN, 2 orang (4%) bagi Genius

@Pintar dan 1 orang.

Tambahan itu, berdasarkan pengalaman mengajar di prasekolah dilihat seramai 6 orang (12%) guru berpengalaman kurang dari 1 tahun, seramai 5 orang (10%) guru berpengalaman dari 1 hingga 5 tahun, seramai 14 orang (28%) guru berpengalaman dari 6 hingga 10 tahun, seramai 16 orang (32%) guru berpengalaman dari 11 hingga 15 tahun, 7 orang (14%) guru berpengalaman dari 16 hingga 20 tahun dan seramai 2 orang (4%) guru berpengalaman melebihi dari 20 tahun. Mengikut kelayakan akademik pula, seramai 10 orang (20%) berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, 3 orang (6%) berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 2 orang (4%) berkelayakan Sijil Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak Permata, 19 orang (38%) berkelayakan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 12 orang (24%) juga berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan 4 orang (8%) berkelayakan Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terakhir, bagi jawatan guru

(6)

adalah seramai 43 orang (86%) berjawatan pendidik, seramai 2 orang (4%) berjawatan pembantu pendidik dan seramai 5 orang (10%) berjawatan pelatih.

Aspek 1: Perancangan dan Persediaan

Jadual 2: Perancangan dan Persediaan

Skala Min SP Interpretasi

Kaedah Pengajaran 4.48 0.580 Tinggi

Kandungan Pengajaran 4.44 0.501 Tinggi

Ketepatan Kandungan Pengajaran 4.44 0.577 Tinggi

Penggunaan Bahan Kitar Semula 4.12 0.689 Tinggi

Bahan Bantu Mengajar Berteknologi 4.04 0.605 Tinggi

Penggunaan Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

3.96 0.669 Sederhana Tinggi

Keseluruhan 4.25 0.417 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan kesemua enam item kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) aspek pertama perancangan dan persediaan mempunyai skor yang tinggi dengan julat min 3.96 hingga 4.48. Hasil kajian ini menunjukkan item kaedah pengajaran mencatatkan min tertinggi iaitu (min=4.48; SP=0.580) manakala item penggunaan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pula mencatatkan min terendah dengan (min=3.96; SP=0.669). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) aspek pertama, perancangan dan persediaan adalah (min=4.25; SP=0.417) berada pada tahap tinggi.

Aspek 2: Persekitaran Bilik Darjah

Jadual 3: Persekitaran Bilik Darjah

Skala Min SP Interpretasi

Kaedah Pengurusan Bilik Darjah 4.52 0.544 Tinggi

Penggunaan Prasarana Bilik Darjah 4.34 0.593 Tinggi

Sosio-Emosi Dalam Bilik Darjah 4.46 0.503 Tinggi

Keselesaan Ruang Bilik Darjah 4.66 0.479 Tinggi

Keselamatan Ruang Bilik Darjah 4.74 0.443 Tinggi

Kesesuaian Ruang Bilik Darjah 4.60 0.495 Tinggi

Keseluruhan 4.55 0.377 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan kesemua enam item kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) aspek kedua, persekitaran bilik darjah mempunyai skor yang tinggi dengan julat min 4.34 hingga 4.74. Hasil kajian ini menunjukkan item keselamatan ruang bilik darjah mencatatkan min tertinggi iaitu (min=4.74; SP=0.443) manakala item penggunaan prasarana bilik darjah pula mencatatkan min terendah dengan (min=4.34; SP=0.593). Secara keseluruhannya menunjukkan skor min tahap kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak- Kanak (PAKK) aspek kedua iaitu persekitaran bilik darjah adalah (min=4.55; SP=0.377) berada pada tahap tinggi.

4. Perbincangan

Berdasarkan hasil dapatan kajian aspek perancangan dan persediaan aktiviti menunjukkan guru prasekolah kini sudah mula memahami kehendakan tugasan bagi merancang dan menyediakan aktiviti PdP sebelum dijalankan. Panduan dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membantu guru menghasil dan merealisasikan aktiviti pembelajaran yang seragam dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelaksanaan KSPK

(7)

menjadi tunggak persediaan guru merancang aktivitti mengikut kesesuaian masa dan keperluan kurikulum. Hasil dapatan ini disokong oleh kajian daripada Mohd Nazri & Wan Nurul Baizura (2017) menyatakan penerimaan guru prasekolah terhadap KSPK adalah baik dan bersifat positif. Ia dikatakan KSPK merupakan panduan lengkap, mudah difahami malah membantu guru menyediakan rancangan pengajaran harian.

Amalan pengajaran yang baik dan berkesan membantu meningkatkan semangat dan keyakinan kanak-kanak untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan. Penerapan kaedah pengajaran seperti pengajaran sambil bermain, membuka ruang kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia mereka. Hal ini menunjukkan, guru prasekolah harus mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi bagi membantu kanak-kanak untuk melaksanakan aktiviti mereka.

Menurut Chew & Mohd Fikri (2020), berdasarkan kajian mereka mengatakan bahawa penggunaan kaedah bermain dalam amalan pengajaran berkait rapat dengan motivasi dan sikap guru prasekolah. Oleh itu, keperibadian seorang guru prasekolah yang mantap dan berkebolehan menjadi tuntas kepada amalan guru berkualiti dan manfaat kepada kanak-kanak.

Kecenderungan guru meralisasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa melakukan perancangan dan persediaan dilihat guru mulai menggunakan teknologi. Bantuan daripada aplikasi teknologi untuk mencari maklumat baru dapat memperluaskan ilmu pengetahuan guru supaya guru tidak ketinggalan terhadap pendekatan dan penambahbaikan untuk pencapaian kanak-kanak. Hasil dapatan disokong oleh Abdul Rahim, Nur Elina & Nur Arifah (2019), kajian mereka mengatakan keperluan guru prasekolah menggunakan kemudahan terknologi untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan baharu. Oleh itu, alasan ketinggalan dalam pembelajaran terhadap kanak-kanak tidak akan timbul malah memberi banyak kebaikan dan kemahiran semasa penggunaan teknologi.

Selain itu, hasil dapatan aspek kedua persekitaran bilik darjah adalah bersesuaian dengan saranan dan keperluan KSPK. Aspek merangkumi penggunaan kemudahan, kesesuaian keadaan sekeliling, kebersihan, keselamatan dan pencahayaan. Dari segi ini dikatakan pengetahuan dan pengalaman guru adalah faktor utama dalam mewujudkan ruang persekitaran kondusif. Dapatan disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Noor Azman, Mazlina &

Hamidah (2020), pengetahuan dan pengalaman guru yang lama bertugas mampu mewujudkan suasana ceria, selamat dan kreatif dengan kanak-kanak. Oleh itu, guru lebih memahami dan bijak menyesuaikan susun atur ruang persekitaran bilik darjah.

Melalui hasil dapatan aspek ini menjelaskan bahawa keselamatan dan keselesaan ruang persekitaran kanak-kanak adalah faktor utama bagi guru prasekolah. Potensi kecederaan di ruang persekitaran bilik darjah prasekolah amat tinggi sekiranya tidak dibendung. Dapatan ini disokong oleh Alfian, Muthia & Sean (2020) daripada hasil kajian mereka mengkaji tentang bahayanya kecelakaan di bilik darjah. Oleh itu, mereka mendapati teknik demontrasi permainan puzzle membantu kanak-kanak tentang keselamatan dan langkah pencengahannya.

Tambahan pula, kepentingan pengurusan guru prasekolah untuk memastikan persekitaran bilik darjah perlu peka terhadap kesesuaian kanak-kanak semasa menjalani aktiviti PdP. Hal ini kerana suasana persekitaran mempengaruhi emosi, keperibadian serta perasaan kanak-kanak Dapatan disokong oleh kajian Jaggil & Muhammad Suhaimi (2018) serta Sivri & Balci (2015).

Kajian ini selari dengan dapatan kajian mereka yang berpendapat bahawa amalan pengurusan persekitaran guru prasekolah mewujudkan suasana koheren dan ceria adalah berada pada tahap yang tinggi.

(8)

Kekangan yang terdapat dalam kajian ini adalah sewaktu kajian dijalankan pada musim pandemic Covid-19. Pengkaji sukar mendapatkan kerjasama daripada pihak guru prasekolah.

Memandang perkara itu berlaku, pengkaji terpaksa membesarkan skop responden yang dipilih berdasarkan jawatan. Tiga kumpulan responden merangkumi guru, pembantu guru atau pembantu pengurusan murid dan pelatih guru prasekolah. Selain itu juga, pengkaji memilih jenis prasekolah berdasarkan faktor logistik. Meskipun terdapat kesukaran dalam mengumpul data, pengkaji berjaya mengumpul bilangan responden yang ditetapkan. Ia disebabkan pengkaji meminta responden lepas untuk berkongsi rangkaian soal selidik atas talian dengan responden yang layak.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi kedua-dua aspek perancangan dan persediaan serta persekitaran bilik darjah menunjukkan pada tahap tinggi. Aktiviti yang dilakukan memberi impak positif dan berkesan kepada kedua-dua aspek kajian ini. Dengan itu, perancangan dan persediaan awal merancang aktiviti pembelajaran yang bersifat produktif, koheran dan kreatif dapat meningkatkan kemajuan prestasi pembelajaran dan kemahiran kanak-kanak. Disamping itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif, selamat dan ceria dapat membantu kanak-kanak menerokai, melatih pembangunan jati diri, membentuk kemahiran serta kejayaan dan kecemerlangan akademik mereka.

Rujukan

Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony & Nur Arifah Syahindah Zainudin. 2019.

Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak (8): 33-41.

Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi. 2015. Pengetahuan persediaan

pengajaran Guru prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4): 90-108.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy Ibrahim. 2013. Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI (6).

Che Nidzam Che Ahmad. Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahaya. 2016. Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia (6) 1: 101-120.

Chew Fong Peng & Mohd Fikri Ismail. 2020. Pelaksanaan pendekatan bermain dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (9) 1: 14-25.

Danielson, C. 2007. Enhancing Professional Practice: A Framework for Teaching. 2nd Edition. Alexandria, VA: ASCD.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isa Awang. 2016. Isu kesediaan guru dalam amalan

melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. EDUCATUM – Journal of Social Science (2): 1-7.

Hashimah Hussein. 2013. Perasaan dan pendapat pelajar diploma pendidikan prasekolah Terhadap kursus sains untuk murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (2): 83-100.

Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. 2018. Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap

Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (3) 4: 6-22.

Jo Thomas. 2010. Analising Thurstone And Likert Attitude Scales as Data Collection

(9)

Methods. Journal of Paramedic Practice (3) 5: 250-255.

Juliana Osong & Norafidah Noralidin. 2017. Persediaan pengetahuan dan kemahiran guru abad ke-21. Diakses pada 14 Mei 2019 dalam laman sesawang www.academia.edu/12502783/persediaanpengetahuandankeahiranguruabadke-21.

Low Suet Fin. Amiruddin Zainuddin & Rafidah Ruhani. 2016. Standard guru malaysia: tahap Pengetahuan guru pelatih PISMP IPG Kampus Ilmu Khas. Jurnal Penyelidikan Tempawan (31): 62-78.

Kementerian Pendidikan Malaysia (a). 2017. Dokumen Standard dan Penaksiran Kebangsaan (Pendidikan Prasekolah).

Kementerian Pendidikan Malaysia (b). 2017. Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: satu

penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Liza Isyqi Ramli. 2017. Attitudes of preschool teachers towards the introduction of inclusive Education (IE) in Malaysia Government Preschools. Degree of Doctorate of Philosophy: The University of Leeds School of Education.

Mariani Md. Nor. 2006. Reality Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Masalah Pendidikan 2006: Universiti Malaya. 81-90.

Mohd Nazri Abdul Rahman & Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor. 2018. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017: Retrospeksi Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan (5) 3: 59-71.

Mohd Fauzi Ali. Abdul Razaq Ahmad & Ahmad Ali Seman. 2017. Teachers’ competencies in teaching and learning history (5): 220-228.

Muhammad Haziq Mohd Sharif. Nur Amirah Sidek. Siti Sarah Saharuden. Engku Nurul Amilin Engku Azman. Cynthia Saineh & Shu Bo Yue. 2020. Kursus Asuhan Permata:

implikasi terhadap kualiti amalan pengasuhan kanak-kanak. Southeast Asia Early Childhood Journal 9 (1): 15-27.

National Association for the Education of Young Children (NAEYC). 2018. The 10 NAEYC Program Standard. Daripada www.naeyc.org.

Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. 2017. Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21.

Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Noor Azman Hanif, Mazlina Che Mustafa & Hamidah Yusof. 2020. Kajian empat dimensi pengurusan bilik darjah kea rah pembentukan model pengurusan bilik darjah prasekolah. MJSSH Onine (4) 2: 119-136.

Nor Fadilah Nadzri. 2017. Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Tanjong Malim Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sutan Idris.

Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York:

John Wiley & Sons, Inc.

Sivri. H & Balci. E. 2015. Pre-service teacher’s classroom management self-efficacy beliefs.

International Online Journal of Educational Sciences. 7 (4): 37-50.

Suppiah Nachiappan, Nordin Mamat & Munirah Mamud. 2016. Mengenal pasti aplikasi kognisi dalam rancangan pengajaran harian melalui tunjang sains dan teknologi prasekolah. Jurnal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teachers Education 6 (1): 50-66.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kebanyakan guru prasekolah daerah Pekan berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan kefahaman yang jelas dalam pengajaran kanak-kanak

Kajian Kamisah Buang (2013) mengenalpasti bahawa bahan rujukan yang kurang menjadi faktor dalam melahirkan guru yang lebih mahir. Kajian ini juga menerangkan situasi dimana guru

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada beberapa buah sekolah tadika bagi mengenalpasti persepsi dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti belajar

Kajian ini mencadangkan kepada penyelidik akan datang untuk mengkaji analisis keperluan pendidikan awal kanak-kanak dalam pembelajaran bahasa Arab dan mereka bentuk semula

Antara objektif kajian ini ialah; (a) untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak

Dapatan kajian telah menunjukkan aktiviti Brain Gym memberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah secara keseluruhan dan juga

Walau penulisan kanak-kanak prasekolah berusia enam tahun masih belum menunjukkan struktur binaan ayat yang betul dan gramatis, kajian ini mendapati mereka mampu

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran serta hubungan antara kedua-dua aspek dalam melaksanakan aktiviti muzik dan pergerakan terhadap