• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kemahiran Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Usahawan Luar Bandar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kemahiran Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Usahawan Luar Bandar"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Kemahiran Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Usahawan Luar Bandar

(Entrepreneurial Skills and Self-Efficacy of Rural Women Entrepreneurs)

Nadia Farhanah Hamzah1*, Norasmah Othman1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nadiafarhanah1195@gmail.com

Accepted: 15 December 2020 | Published: 28 December 2020

________________________________________________________________________________________

Abstrak: Wanita telah menyumbang peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri dilihat dapat menyumbang kepada prestasi, daya saing dan kekuatan usahawan wanita luar bandar. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri usahawan wanita luar bandar. Kajian berbentuk kuantitatif dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan terhadap 76 usahawan wanita luar bandar. Analisis deskriptif telah digunakan bagi mengenal pasti tahap kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri. Dapatan kajian melaporkan bahawa usahawan wanita luar bandar memiliki kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri pada tahap yang tinggi. Ini bermakna mereka berupaya mengurus sumber dan menggabungkan idea-idea baru untuk menghasilkan suatu produk baru. Para usahawan wanita luar bandar juga menggunakan teknologi terkini dalam memasarkan produk dan berupaya menyelesaikan masalah perniagaan. Seterusnya, dapatan kajian ini juga boleh memberi manfaat kepada FELCRA Berhad dalam merancang pelbagai program dan latihan keusahawanan dalam membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Kata kunci: Kemahiran Keusahawanan, Kemahiran Kendiri, Usahawan Wanita

Abstract: Women have played an important role in the country's economic development.

Entrepreneurial skills and self-efficacy are seen to contribute to the performance, competitiveness and strength of rural women entrepreneurs. The study was conducted to examine the level of entrepreneurial skills and self-efficacy of rural women entrepreneurs. A quantitative study was conducted using a survey method towards 76 rural women entrepreneurs. Descriptive analysis was used to identify entrepreneurial skills and self-efficacy level. The findings show rural women entrepreneurs have high level of entrepreneurial skills and self-efficacy. This means they able to leverage resources and integrate new ideas to create new product. The women entrepreneurs also use the latest technology in marketing products and able to solve business problems. Furthermore, the findings of this study can also benefit FELCRA Berhad in planning various entrepreneurship programs and training in helping entrepreneurs achieve success in their business.

Keywords: Entrepreneurial Skills, Self-Efficacy, Women Entrepreneurs

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Dewasa ini, terdapat peningkatan sumbangan golongan wanita dalam langkah pembangunan dan inovasi keusahawanan. Namun begitu, golongan wanita masih kurang digalakkan mencebur diri dalam bidang keusahawanan (Veronica et al. 2019). Dalam hal ini, terdapat juga negara-negara seperti India dan Pakistan yang telah menghalang para wanita mencebur diri dalam bidang keusahawanan. Para wanita menghadapi pelbagai diskriminasi berkaitan jantina malah potensi mereka juga masih tidak diakui oleh masyarakat (Ahmad Nawaz 2018). Para usahawan wanita juga menerima pelbagai halangan terutama daripada aspek sosiobudaya dalam usaha meneroka pasaran baharu (Simon, Chux dan Robertson 2018). Bagaimanapun, para wanita terus berusaha dan akhirnya terdapat peningkatan golongan wanita menceburi bidang keusahawanan di serata dunia (Benard dan Victor 2013). Secara tak langsung, golongan wanita telah membantu dalam pembangunan ekonomi negara (Cesaroni, Demartini dan Paoloni et al. 2017).

Di Malaysia, saiz populasi wanita juga telah meningkat tahun demi tahun, contohnya pada tahun 2019 jumlah wanita adalah 32.6 juta berbanding 32.4 juta pada tahun 2018 (DOSM 2018). Peningkatan populasi wanita ini telah mendorong kerajaan menyediakan pelbagai insentif agar golongan ini juga dapat memberi sumbangan kepada Negara. Usaha ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Rentetan itu, pelbagai pelan dan strategi telah dibentuk bagi tujuan memperkasakan wanita terutama dalam ekonomi. Jurang sosioekonomi mengikut gender cuba diperkecilkan. Usaha-usaha ini jelas terbukti apabila pada tahun 2017, seramai 364,052 usahawan wanita telah berjaya dilahirkan. Kejayaan ini diperoleh hasil sokongan dan insentif daripada kerajaan terhadap golongan wanita (JPM 2020). Malah usaha dan sokongan ini akan terus ditingkatkan apabila KPWKM berhasrat untuk melahirkan seramai 1000 usahawan wanita setiap tahun (KPWKM 2014).

Masalah pengetahuan asas dan kemahiran keusahawanan yang kurang dalam kalangan usahawan wanita telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada kegagalan mereka dalam perniagaan (Maliani dan Muhammad Shukri 2017). Faktor geografi dan lokasi juga merupakan salah satu lagi penyebab mengapa masyarakat luar bandar khususnya golongan wanita terpinggir daripada memperoleh pengetahuan dan kemahiran tersebut. Elemen pembangunan dan akses kepada pendidikan secara formal yang sukar memberi kesan kepada tahap literasi masyarakat luar bandar (David dan Gasperini 2009, Salpiah 2017). Akhirnya, golongan wanita yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan akan mengoperasikan aktiviti perniagaan mereka secara trial and error iaitu mengurus aktiviti perniagaan tanpa sebarang perancangan yang bersistematik. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang cukup (Azlizan et al. 2017). Usahawan wanita luar bandar juga dilihat tidak mengamalkan teknologi ICT secara berkesan semasa menguruskan aktiviti perniagaan (Siti Masayu 2018; Johan et al. 2018, David dan Gasperini 2009).

Oleh kerana tidak memiliki pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang mencukupi, maka dilaporkan ramai usahawan wanita ini tidak berupaya menyelesaikan masalah. Mereka tidak berani mengambil risiko perniagaan. Natijahnya, para usahawan wanita ini gagal dalam perniagaan kerana tidak mempunyai keyakinan diri, sentiasa berhati-hati dan bertindak selamat dengan memilih perniagaan yang kurang berisiko (Nurulhayah dan Muhammad Hafizuddin 2016). Cabaran dan kelemahan para usahawan wanita perlu diatasi bagi memperoleh kejayaan.

Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada isu dan masalah tersebut memang dihadapi oleh usahawan wanita luar bandar pada masa kini setelah pelbagai usaha dilaksanakan

(3)

oleh KKLB (2019). Kajian ini mengfokuskan kepada kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri usahawan wanita dipenempatan FELCRA Perak. Secara khursusnya, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri usahawan wanita dipenempatan FELCRA Perak.Mulakan dengan beberapa ayat yang memperkenalkan topik kajian kepada pembaca anda. Di sini anda tidak perlu memberikan maklumat yang terperinci.

2. Ulasan Kajian Lepas

Untuk menjadi seorang usahawan atau peniaga yang berjaya, seseorang perlu memiliki kemahiran-kemahiran asas berkaitan keusahawanan (Azmi, Nik Hairi dan Lee 2012, Buerah dan Hussin 2014, Hirsch et al. 2005). Antara kemahiran yang difokuskan dalam kajian ini adalah meliputi kemahiran keusahawanan dan kemahiran kendiri. Kemahiran keusahawanan didapati berkaitrapat dengan kemahiran berinovatif (Hirsch et al. 2005, Abdiansyah dan Upi Sopiah 2016) dan kemahiran sumber (Abdiansyah dan Upi Sopiah 2016) agar produk dihasilkan bersifat inovatif dan kreatif. Seterusnya, para usahawan juga memerlukan kemahiran pengurusan. Tanpa kemahiran pengurusan, kejayaan sukar diperoleh (Alauddin 2014, Adigun 2016). Dengan memiliki kemahiran ini, maka usahawan akan lebih berdisiplin dan berhati-hati supaya perniagaan mampu berdaya saing di pasaran (Mahani dan Suraiya 2019).

Selain itu, kemahiran inovasi juga diperlukan kerana ia dilaporkan berjaya mendorong usahawan membangunkan produk yang lebih menarik untuk memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran semasa (Nor Azira et al. 2016). Dalam hal ini, pelanggan berpendapat bahawa produk yang dicipta dengan kreatif dan berinovasi memiliki kualiti yang lebih baik. Untuk itu, usahawan harus memiliki kreativiti dan inovasi bagi terus memperoleh kejayaan dalam perniagaan (Abdul Aziz 2010). Hal ini kerana kemahiran berinovatif melibatkan penghasilan idea dan proses baru bagi meneruskan perniagaan sedia ada malah berupaya mengukuhkan rangkaian sosial (Gusniar et al. 2017). Kemahiran berinovasi juga menyokong pembinaan pelbagai perspektif dan produk terkini serta meneroka pasaran baru bagi hala tuju jangka panjang (Shuhymee 2013). Justeru, kemahiran berinovatif sangat penting kepada para usahawan untuk terus berdaya saing (Spring 2015).

Seterusnya, kemahiran kendiri telah dipilih kerana ia memenuhi kemahiran paling asas yang perlu ada pada seseorang dewasa bagi melakukan transformasi kehidupan dan hala tuju ekonomi (OECD 2013). Pembinaan kemahiran kendiri ini merujuk kepada Model OECD (2013) dan Murray et al. (2006) dengan mecakupi kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran penyelesaian masalah. Dalam hal ini, kemahiran penggunaan ICT menyokong usahawan menghimpun, memproses dan menghantar segala maklumat serta berkomunikasi secara elektronik (Nur Yuhainis dan Shuhymee 2017). Terutamanya pada tahun 2020, para usahawan telah disaran untuk mengambil manfaat daripada ekonomi digital bagi menjalankan pelbagai tugasan perniagaan secara atas talian disamping perlu menaik taraf operasi menggunakan teknologi untuk mengukuhkan khidmat pelanggan (Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia 2020). Trend terbaru pesanan atas talian dan e-dagang juga telah mendesak para usahawan mempunyai infrastruktur pendigitalan yang berkesan terutamanya akses kepada internet. Pendekatan digital ini menyokong para usahawan memasarkan produk disamping dapat mengurangkan kos perniagaan (JPM 2020).

Para usahawan juga harus memiliki kemahiran penyelesaian masalah kerana ia merupakan keupayaan kognitif individu berfikir dengan lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu

(4)

masalah (Murray et al. 2006). Cabaran globalisasi telah mendorong pembinaan kemahiran- kemahiran terkini yang dikenali sebagai ‘The 21st Century Skills’ meliputi kemahiran penyelesaian masalah untuk lebih berjaya dalam zaman teknologi maklumat (Mohd Zaidi 2017). Seterusnya, kemahiran penyelesaian masalah menyokong usahawan mengurus perniagaan dengan lebih kreatif (Uvathi et al. 2018). Bahkan, kemahiran penyelesaian masalah ini membolehkan para usahawan luar bandar mengatasi segala risiko yang terdapat dalam perniagaan (Ravi dan Nor Aishah 2015; Nurulhayah dan Muhammad Hafizuddin 2016).

Oleh itu, semua konstruk kepada kemahiran-kemahiran para usahawan telah dibina berdasarkan pelbagai sumber dan kajian lepas yang releven antaranya Model OECD (2013) dan Murray et al. (2006) bagi kemahiran kendiri, Spencer dan Spencer (1993) dan Hirsch et al.

(2005) bagi kemahiran keusahawanan. Justeru itu, kemahiran-kemahiran tersebut sangat berkait rapat dengan kejayaan, prestasi serta pembangunan para usahawan (Johan et al. 2018;

Mohd Zain et al. 2015; Ridzwan et al 2017).

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Persoalan kajian 1: Apakah tahap kemahiran keusahawanan usahawan wanita luar bandar dipenempatan FELCRA?

Jadual 1 memaparkan dapatan kajian berkaitan tahap kemahiran keusahawanan usahawan wanita luar bandar secara keseluruhan.

Jadual 1: Tahap Kemahiran Keusahawanan Usahawan Wanita Luar Bandar

Konstruk Min S.P Min S.P Tahap

Kemahiran Keusahawanan 4.54 0.557 Tinggi

i.Kemahiran Pengurusan Sumber 4.50 .620 Tinggi

ii.Kemahiran Berinovasi Dan Pemikiran Kreatif

4.58 .579 Tinggi

Data menunjukkan tahap kemahiran keusahawanan adalah tinggi dengan skor min 4.54, sisihan piawai 0.557. Ini jelas terpapar apabila skor min bagi setiap subkonstruk kemahiran keusahawanan menunjukkan skor min yang tinggi iaitu kemahiran pengurusan sumber manusia (min 4.50, s.p .620) dan kemahiran berinovasi dan pemikiran kreatif (min 4.58, s.p .579).

Maklumat secara perinci berkaitan kemahiran pengurusan sumber dan kemahiran berinovasi dan pemikiran kreatif dipaparkan pada Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Tahap Kemahiran Pengurusan Sumber

Bil Subkonstruk STS-TS TP S-SS

Kemahiran Pengurusan Sumber n % n % n %

UPM2 Menyusun aktiviti mengikut kepentingan peranan. 1 1.3 5 6.5 70 92.1 UPM4 Menyediakan jadual tugasan. 1 1.3 4 5.3 71 93.5 UPW1 Merancang perbelanjaan bagi mendapatkan

keuntungan.

1 1.3 1 1.3 74 97.4 UPM2 Mengurus akaun simpan kira. 1 1.3 2 2.6 73 96.0 UPM3 Mengurus pembayaran gaji pekerja tepat pada masa. 3 3.9 1 1.3 72 94.7 UPM4 Menyelenggara kutipan jualan harian dengan betul. 1 1.3 3 3.9 72 94.7 UPW5 Mengurus kewangan dengan baik bila berhadapan

masalah dengan memiliki simpanan mencukupi.

2 2.6 2 2.6 72 94.7

(5)

UPB1 Menggunakan bahan asas perniagaan tanpa pembaziran.

3 3.9 4 5.3 69 90.8 UPB3 Mendapatkan bahan asas perniagaan berkualiti. 2 2.6 3 3.9 71 93.5 UPB4 Mendapatkan bahan asas perniagaan pada harga

rendah

1 1.3 4 5.3 71 93.5 UPS3 Memberi gaji yang setimpal dengan kerja. 1 1.3 6 7.9 69 90.8 UPS4 Mendapatkan pekerja yang berkelayakan sesuai

dengan tugasan.

2 2.6 3 3.9 71 93.5 UPS6 Memiliki strategi berkesan untuk mengekalkan

pekerja.

2 2.6 3 3.9 71 93.5 n=76

Min= 4.50

Sisihan Piawai=.620 Interpretasi Skor= Tinggi

Dalam subkonstruk kemahiran pengurusan sumber, item UPW1: “Saya sebagai usahawan perlu berupaya merancang perbelanjaan bagi mendapatkan keuntungan” telah memperoleh peratus setuju dan sangat setuju yang tertinggi (97.4 peratus). Dapatan positif ini membawa petunjuk bahawa usahawan wanita berupaya merancang perbelanjaan bagi mendapatkan keuntungan malah mampu mengurus kewangan dengan baik dengan menyediakan akaun simpan kira dan menyelenggara kutipan jualan harian dengan betul.

Azmi, Nik Hairi dan Lee (2012) menyatakan usahawan berdepan cabaran pengurusan bahan mentah, begitu juga Siti Sarah et al. (2009) yang menekankan usahawan juga berdepan masalah mengrekrut dan mengekalkan sumber tenaga kerja. Dalam hal ini, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa usahawan wanita luar bandar dipenempatan FELCRA, Perak mempunyai kemahiran pengurusan bahan mentah yang baik kerana mereka menggunakan bahan mentah tanpa pembaziran malah berupaya mendapatkan bahan mentah perniagaan yang berkualiti pada harga rendah. Para usahawan wanita juga memiliki strategi berkesan untuk mengekalkan pekerja dengan memberi gaji yang setimpal dan cenderung mendapatkan pekerja berkelayakan yang sesuai bagi setiap tugasan.

Justeru, kemahiran pengurusan sumber merupakan domain penting kepada usahawan (Hin, Tantasutisakul dan Filzah 2015). Aspek kemahiran pengurusan merupakan kemahiran kritikal yang menyokong wanita menyumbangkan pelbagai peranan (Terrill et al.2012) khususnya kepada profesion usahawan wanita luar bandar (Vijay dan Singh 2015). Kemahiran pengurusan sumber ini dilihat boleh memberi impak kepada prestasi perniagaan yang dimiliki para usahawan masa kini (Barte 2012).

Jadual 3: Tahap Kemahiran Berinovasi Dan Pemikiran Kreatif

Bil Subkonstruk STS-TS TP S-SS

Kemahiran Berinovasi Dan Pemikiran Kreatif n % n % n % DSK1 Memberikan idea-idea praktikal bagi tingkatkan

prestasi perniagaan.

1 1.3 4 5.3 71 93.5 DSK2 Menggabungkan idea maklumat baru

mengembangkan perniagaan.

1 1.3 2 2.6 73 96.0 DSK3 Menyarankan cara baru melakukan tugasan lebih

cekap

1 1.3 3 3.9 72 94.7

(6)

DSK4 Menggunakan idea kreatif menyelesaikan masalah perniagaan.

1 1.3 5 6.5 70 92.1 DSK5 Menggunakan idea kreatif dalam mencipta produk

baru.

1 1.3 3 3.9 72 94.7 DSK6 Menjadi sumber utama dalam menyumbangkan idea

kreatif dalam perniagaan.

2 2.6 2 2.6 72 94.7 UKM

1

Bertindak pantas terhadap peluang perniagaan yang ada dipersekitaran.

1 1.3 5 6.5 70 92.1 UKM

2

Bertindak kreatif bagi mendapatkan peluang perniagaan.

1 1.3 4 5.3 71 93.5 n=76

Min= 4.58

Sisihan Piawai=.579 Interpretasi Skor= Tinggi

Jadual 3 melaporkan tahap kemahiran berinovasi dan pemikiran kreatif usahawan wanita dipenempatan FELCRA, Perak. Kemahiran berinovasi dan pemikiran kreatif pula mendapati item DSK2: “Saya sebagai usahawan perlu berupaya menggabungkan idea maklumat baru bagi mengembangkan perniagaan” telah memperoleh frekuensi tertinggi (96 peratus) bagi penyataan Setuju dan Sangat Setuju.

Hasil kajian menunjukkan bahawa usahawan wanita berupaya memberi idea-idea praktikal dan menggabungkan idea baru untuk meluaskan perniagaan. Dapatan ini selari dengan dapatan Salpiah (2017) yang menyatakan usahawan wanita luar bandar telah memiliki pemikiran kreatif yang menyokong mereka berfikir luar kotak serta mampu menggabungkan idea-idea baru untuk menghasilkan suatu produk baru. Ia juga selari dengan Fatimah et al. (2014) yang menekankan kepada kemahiran berinovasi dan pemikiran kreatif. Menurut Fatimah et al.

(2014), pemikiran strategik dan keupayaan meneroka dapat memberi kesan signifikan kepada kejayaan perniagaan. Dalam hal ini, setiap usahawan dilihat mestilah mempunyai kemahiran berinovatif (Abdullah et al.2018).

Kemahiran berinovatif didapati boleh membantu usahawan mengekplotasi dan meneroka peluang produk, pasaran atau usaha teroka baru (Shuhymee 2013). Begitu juga, Abdiansyah dan Upi Sopiah (2016) menyatakan usahawan perlu mempunyai kemahiran berinovasi dalam kegiatan ekonomi bagi memasuki pasaran baru dan mengembangkan produk sedia ada. Kurz (2010) pula menekan kemahiran kreatif dan inovatif berperanan membantu para usahawan wanita membina idea perniagaan malah membantu menghasilkan produk yang menarik perhatian pelanggan dari semasa ke semasa. Suraiya dan Ahmad Raflis (2015) menyatakan usahawan mesti mempunyai keupayaan berinovasi bagi melakukan perubahan ekonomi. Oleh itu, kemahiran kreativiti dapat menyumbang kejayaan usahawan (Ayob, Teasdale dan Fagan 2016).

Persoalan kajian 2: Apakah tahap kemahiran kendiri usahawan wanita luar bandar FELCRA?

Jadual 4 memaparkan data berkait dengan tahap kemahiran kendiri usahawan wanita luar bandar. Data menunjukkan skor min bagi kemahiran kendiri adalah 4.45, s.p 0.663 iaitu bermakna berada pada tahap tinggi. Dapatan ini terbukti apabila kedua-dua subkonstruk bagi kemahiran kendiri menunjukkan skor min berada antara 4.01 hingga 5.00, iaitu pada tahap tinggi (Nunally 1978).

(7)

Jadual 4: Tahap Kemahiran Kendiri Usahawan Wanita Luar Bandar

Bil Konstruk Min S.P Min S.P Tahap

1. Kemahiran Kendiri 4.45 0.663 Tinggi

i. Kemahiran Penggunaan ICT 4.39 .722 Tinggi

i.Kemahiran Penyelesaian Masalah 4.50 .657 Tinggi

Maklumat perinci berkait kemahiran kendiri kendiri boleh dirujuk pada Jadual 5 dan Jadual 6.

Jadual 5 menunjukkan tahap kemahiran penggunaan ICT usahawan wanita FELCRA di Perak.

Bagi penyataan Setuju dan Sangat Setuju, item DST2: “Saya sebagai usahawan perlu berupaya menggunakan teknologi bagi mencari maklumat daripada pelbagai sumber untuk terlibat dengan masyarakat” telah memperoleh frekuensi tertinggi (93.5 peratus) dalam subkonstruk kemahiran penggunaan ICT.

Jadual 5: Tahap Kemahiran Penggunaan ICT usahawan.

Bil Subkonstruk STS-TS TP S-SS

Kemahiran Penggunaan ICT n % n % n %

DST1 Menggunakan teknologi bagi meningkatkan tugasan praktikal.

3 3.9 4 5.3 69 90.8 DST2 Menggunakan teknologi bagi mencari maklumat

pelbagai sumber untuk terlibat dengan masyarakat.

3 3.9 2 2.6 71 93.5 DST3 Menggunakan teknologi untuk mengembangkan

perniagaan.

3 3.9 3 3.9 70 92.1 DST4 Menggunakan teknologi bagi membina jaringan

perniagaan.

3 3.9 4 5.3 69 90.8 DL3 Menggunakan maklumat bertulis daripada pelbagai

sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

4 5.3 4 5.3 68 89.5

DL2 Menggunakan maklumat bertulis daripada pelbagai sumber untuk mencapai matlamat diri.

4 5.3 4 5.3 68 89.5 UKC5 Melanggan surat khabar/majalah/internet bagi

mendapatkan maklumat terkini berkaitan perniagaan.

5 6.5 2 2.6 69 90.8

UKB3 Memiliki kemahiran pemasaran dalam usaha menjual produk perniagaan dengan menggunakan teknologi.

5 6.5 2 2.6 69 90.8

n=76 Min= 4.39

Sisihan Piawai=.722 Interpretasi Skor= Tinggi

Hasil kajian mengambarkan usahawan wanita sudah berupaya mengaplikasi ICT untuk mencari maklumat bertulis terkini dari pelbagai sumber malah berupaya mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan perniagaan melalui keupayaan mereka mengakses pelbagai medium informasi seperti Internet, majalah dan surat khabar. Dapatan ini selari dengan kenyataan Salpiah (2017), usahawan luar bandar perlu berupaya mengambil manfaat mengekploit peluang perniagaan daripada pelbagai saluran informasi termasuklah media massa, radio dan televisyen. Seterusnya, hasil kajian juga menekan bahawa usahawan wanita memiliki kemahiran pemasaran dalam usaha menjual produk perniagaan dengan menggunakan

(8)

teknologi. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa para usahawan di Malaysia sudah mahir menggunakan platform e-dagang malah mereka juga berupaya menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan untuk pemasaran dalam talian. Hal ini menyokong keuntungan yang lebih besar kepada para usahawan (Jeremy 2018; Laporan Tahunan PKS 2018). Begitu juga dapatan kajian Eva Faridah, Ahmad Nur Fitri dan Azizzul (2019) yang menekankan para usahawan memiliki tahap kemahiran ICT yang tinggi.

Sementara Jadual 6pula melaporkan tahap kemahiran penyelesaian masalah usahawan wanita FELCRA di Perak. Item DSM4: “Saya sebagai usahawan perlu berupaya membuat keputusan terbaik” telah mendapat frekuensi tertinggi (96.0 peratus) bagi penyataan Setuju dan Sangat Setuju. Hasil kajian mendapati para usahawan wanita luar bandar berupaya mengenal pasti masalah dan merancang tindakan menyelesaikan masalah disamping berupaya menilai pilihan penyelesaian yang ada.

Seterusnya, kemahiran penyelesaian masalah ini membolehkan usahawan wanita luar bandar membuat keputusan terbaik apabila berdepan risiko dalam perniagaan. Kemahiran penyelesaian masalah juga dilihat sebagai kualiti peribadi yang bertindak sebagai domain kejayaan usahawan wanita (Azlin et al.2014). Shamsuddin dan Karim (2016) menekan keupayaan penyelesaian masalah dapat menyokong penghasilan individu berkemahiran tinggi untuk mengekpoit pasaran global. Van Gelderen (2007) pula menyatakan kemahiran penyelesaian masalah sebagai kemahiran asas yang perlu ada pada seorang usahawan dalam mengurus perniagaanya. Dalam hal ini, kemahiran penyelesaian masalah dapat membantu para usahawan berani mengambil risiko dan menyokong penerokaan baru dalam perniagaan (Farhana 2013). Para usahawan perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah bagi menghasilkan pembaharuan idea-idea perniagaan yang lebih kreatif dan penciptaan produk berkualiti (Sarimah dan Abreza 2011). Justeru, kemahiran penyelesaian masalah dapat menyokong pencapaian matlamat perniagaan serta menyumbang kejayaan para usahawan (Ma’arof et al. 2012).

Jadual 6: Tahap Kemahiran Penyelesaian Masalah

Bil Subkonstruk STS-TS TP S-SS

Kemahiran Penyelesaian Masalah n % n % n %

DSS1 Mengenal pasti masalah. 2 2.6 3 3.9 71 93.5

DSS2 Mengenal pasti punca masalah. 4 5.3 2 2.6 70 92.1 DSS3 Merancang tindakan menyelesaikan masalah. 1 1.3 4 5.3 71 93.5 DSS4 Menilai tindakan dalam menyelesaikan masalah. 2 2.6 3 3.9 71 93.5 DSS5 Mengenal pasti sumber maklumat bagi

menyelesaikan masalah.

2 2.6 3 3.9 71 93.5 DSM2 Membuat penilaian pilihan penyelesaian yang

ada.

1 1.3 3 3.9 72 94.7 DSM3 Mempertimbangkan risiko dijangka akan timbul. 1 1.3 3 3.9 72 94.7 DSM4 Membuat keputusan terbaik. 1 1.3 2 2.6 73 96.0

n=76 Min= 4.50

Sisihan Piawai=.657 Interpretasi Skor= Tinggi

Kesimpulannya, kajian ini menyarankan agar pihak yang dipertanggungjawab untuk kejayaan masyarakat luar bandar atau golongan usahawan wanita perlu sentiasa memberi fokus kepada

(9)

elemen kemahiran keusahawanan para usahawan. Hal ini kerana elemen kemahiran tersebut didapati mempunyai impak kepada kejayaan para usahawan.

Hasil kajian ini melaporkan bahawa tahap kemahiran keusahawanan usahawan wanita luar bandar dipenempatan Felcra, Perak adalah baik. Bagaimanapun untuk terus cemerlang, para usahawan luar bandar masih memerlukan banyak kemahiran terkini. Antaranya kemahiran yang membolehkan mereka berdepan dengan cabaran dalam era digital iaitu berkaitan industri revolusi ke-4. Contohnya, pelaksanaan ekonomi digital telah mendesak pelbagai aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh usahawan luar bandar. Para usahawan luar bandar mestilah dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih terkini bagi menghadapi era teknologi tersebut. Seterusnya, usahawan luar bandar juga dilihat masih bergantung kepada program sokongan dan kemajuan infrastruktur yang disalurkan bagi memastikan mereka terus bersaing dan berkembang pesat. Justeru, kerjasama strategik antara pelbagai Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC), Institut Pendidikan Tinggi dan syarikat swasta amat diperlukan dalam membina pelbagai program pendidikan dan latihan kemahiran yang bersesuaian dan terkini seperti program pembangunan teknologi (Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2019).

Selain itu, hasil kajian ini diharap dapat menyokong para usahawan meningkatkan kemahiran sama ada secara formal mahupun tidak formal secara berterusan supaya lebih berkemahiran dalam mengembangkan perniagaan sedia ada dan mampu bersaing di peringkat global. Namun, kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa depan bagi memenuhi kekurangan yang ditinggalkan dalam kajian ini dengan mempelbagaikan kaedah pengumpulan data dan memperluaskan skop kajian kepada sektor lain. Kajian akan datang amat penting bagi membantu agensi-agensi lain di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam merangka strategi peroperasian perniagaan yang lebih kompetatif dan berdaya saing bagi menjamin penglibatan komuniti luar bandar secara berterusan dalam pembangunan ekonomi.

Penghargaan

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Geran Penyelidikan GG-2019-036 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

Abdiansyah Linge & Upi Sopiah, A.(2016). Keusahawanan Dalam Perspektif Alquran Dan Etno- logi." Bisnis: Jurnal Bisnis Dan Manajemen Islam,4 (2),17

Abdul Aziz, Y. (2010). Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan. Scholarmind Publising Kuala Lumpur

Adigun, A. (2016). To Investigate the Influencing Factors for Sustainable Packaging In Multi- national SME Supply Chain. United Kingdom, University of Salford.

Alauddin, S.(2014).Taksonomi Keupayaan Usahawan Wanita Melayu. Journal of Human Capital Development, 7(2), 63-78.

Ahmad Nawaz (2018). Challenges Faced by Women Entrepreneurs in Pakistan: A Qualitative Study. Management and Organizational Studies 2330-5495.

Abdullah, A., M.(2016).Access to Credit, Education And Entrepreneurial Competencies: A Study Among Women Micro-Entrepreneurs In Malaysia.Vision 20 (3):159-168.

Ayob, N., Teasdale, S., & Fagan, K. (2016). How Social Innovation Evolution of a Contested Concept. Journal of Social Policy, 45(4)

Azlin, S.A., Amran, R., Afiza, A.A., & Zanariah, M.Z. (2014). The Impact of Entrepreuneurial

(10)

Orientation on Business Performance: A Study of Technology-Based Smes In Malaysia.

Procedia Social and Behavioral Sciences 130,46-53

Azlizan, T., Hamzah, J., Yahaya, I., & Habibah, A. (2017). Penyertaan Komuniti Dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Geografia: Malaysian Journal Of Society And Space, 8 (9) Azmi, A.M., Nik Hairi,O.,& Lee.,K.,L.(2012). Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Bisnes

Journal of Social Sciences and Humanities,7(1), 34-45

Barte, R. (2012). Financial Literacy in Micro-Enterprises: The Case of Cebu Fish Vendors.Philip- pine Management Review, 19.

Benard, M, C., & Victor, K., R. (2013). SWOT Analysis of Growth of Women Entrepreneurs In Dar Es Salaam. Academic Research International, 4(1), 50 – 58

Buerah, T. & Hussin, S. (2014). Perubahan Sikap Keusahawanan Usahawan Melayu Di Malaysia.

Journal of Sciences and Humanities, 98-116.

Cesaroni, F, M., Demartini, P. & Paoloni, P. (2017). Women in Business and Social Media:

Implication for Female Entrepreneurship In Emerging Countries. African Journal of Business Management, 11(14), 316–326.

David, A., & Gasperini, L. (2009). Education for Rural People: The Role of Education, Training And Capacity Development in Poverty Reduction and Food Security. Food and Agriculture Organization of The United Nations

Eva Faridah, Z., Ahmad Nur Fitri, B.A., & Azizzul Aiman, R. (2019). Tahap Pendigitalan Dalam Kalangan Usahawan PKS Mara Di Melaka.Politeknik & Kolej Komuniti Journal Of Life Long Learning, 3(1),130-140.

Farhana, M. R. (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi Kecenderungan Ceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di Uthm. Tesis Jabatan Ikhtisas Pendidikan. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Felcra Berhad Malaysia. (2020). Bilangan Peserta Felcra 2018. Retrieved 7 January 2020, From Http://Epeserta.Felcra.Com.My

Gusniar Nurdin, Geraldin, K., Chan, L., Sivapalan, S., & Suraiya, I. (2017). Hubungan Sosial Dan Perniagaan Kecil-Kecilan Di Malaysia.Tingkah Laku Inovatif Usahawan Wanita Atas Talian. Geografia Malaysian Journal of Society and Space 10, No. 6

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B. J., &Anderson, R.E. (2010). Multivariate Data Analysis Hirsch, B.J. (2005). Job Skills and Minority Youth: New Program Directions.Cambridge

University

Hin, C. W., Tantasuntisakul, W., & Filza, M.I. (2015). A Comparison of Factors Influencing Malaysia And Southern Thailand Women Entrepreneur’s Success. Australian Journal of Basic and Applied Sciences,9(13): 135-139

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (2018). Statistik Kecenderungan Perniagaan. [Online]

Available At: Https://Www.Dosm.Gov.My [Accessed 7 July. 2020].

Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020). Dasar Keusahawanan Nasional 2030. [Online] Available At:Www.Pmo.Gov.My/ Dasar-Keusahawanan-Nasional-DKN-2030 [Accessed 8 Jan.

2020].

Jabatan Perdana Menteri (JPM).(2020). Kenyataan Media Untuk Edaran Segera. Retrieved 18 June 2020 From Https://Mdec.My/

Jeremy, C. (2018). E-Dagang Paling Banyak Dikunjungi. Utusan Online.

Johan Johnes, Nur Faraeein, Z. A., Jabil Mapjabil, Nur Izzah Nabilah, H., Siti Hairah, T. &

Corina C, A. (2018). Faktor Penentu Kejayaan Usahawan Kuih Tradisional di Daerah Papar, Sabah. Geografia-Malaysian Journal of Society And Space 14(1).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).(2014).Pelan Strategik KPWKM 2013-2017. Retrieved 7 July 2020, From Www.Kpwkm.Gov.My

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KBLB).(2019) .Dasar Pembangunan Luar Bandar

(11)

retrieved 7 July 2020, From Www.Rurallink.Gov.My

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. (2020). Kenyataan Media Untuk Edaran Segera. Retrieved 18 June 2020, From Https://Mdec.M

Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement.

Kurtz, E. (2010). Analysis on Fashion Design Entrepreneurship: Challenges and Supporting Models. Master Thesis. Universiti Of Boras.

Laporan Tahunan Pks 2018. Artikel Khas Kaji Selidik Pendigitalan Terhadap Pks Pada Tahun 2018. Politeknik Kuching Sarawak

Maliani, M., &Muhammad Shukri, B. (2017).Malay Women Entrepreneurial Success: Challenges And Barriers.International Journal Of Accounting 2 (5):76-84.

Ma'rof R., Abdul Razak, A.R., Nurfazreen Aina & Muhamad Nasharudin. (2012). Pembentukkan Keupayaan Individu Dalam Kalangan Usahawan Wanita Industri Kecil. Akademika, 82, 5 Mahani, A., & Suraiya, I. (2019). Faktor Psikkit: Pendorong Inovasi Pembungkusan Dalam

Kalangan Industri Kecil Dan Sederhana Perusahaan Makanan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space,15(3).

Murray, D. M., Hannan, P. J., Pals, S. P., Mccowen, R. G., Baker, W. L., & Blitstein, J. L.

(2006). A Comparison of Permutation and Mixed-Model Regression Methods for The Analysis of Simulated Data In The Context Of A Group-Randomized Trial. Statistics in Medicine, 25, 378–388

Mohd Zaidi, H. (2017). Strategi Menghasilkan Generasi Cemerlang Melalui Pendidikan: Peranan Universiti.Proceeding Iain Batu Sangkar 1, No. 2: 15-22.

Mohd Zain, M., Asyraf, A. R, & Mohd Rafi, Y. (2015). Konsep Keusahawanan Islam Terminolo- gi, Kerohanian Dan Al-Falah,1-21

Nunally, J. C., & Bernstein, I. H. (1978). Psychometric Theory.

Nurulhayah,M. & Muhammad Hafizuddin.I.(2016).Faktor Yang Mendorong Kejayaan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Mara Di Daerah Melaka Tengah.Journal of Business Innovation, 1(2),31.

Nur Yuhainis, A.W., & Shuhymee, A. (2017). Hubungan Antara Penggunaan Ict Dan Prestasi Perniagaan PKS Di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(3), 218-226

Nor Azira,A., Sity,D., & Muhamad, T. (2017).Modal Insan, Daya Saing Dan Prestasi Usahawan Wanita Di Malaysia: Analisis Kualitatif Usahawan Wanita Bumiputera Di Melaka. Geo grafia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(10).

Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD), (2013). OECD Skills Outlok2013: First Results from The Survey of Adult Skills. Oecd Publishing.

Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual. A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS Open University Press

Ravi, N.& Nor Aishah, B.2015.Potensi Dan Peningkatan Kejayaan Usahawan Wanita Di

Malaysia.Kolokium Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, Organized by Politeknik Metro Johor Bahru 3.

Ridzwan, C. R., Malik, S., Zaliza, H., Suriani, M., Mohd Azlan, H., & Shafeeqa, S. (2017). Skills And Knowledge Competency of Technical And Vocational Education And Training Graduate.Asian Social Science 13(4),69-77.

Salpiah.S.(2017). Model Kompetensi Kehidupan Usahawan Wanita Luar Bandar Dan Kualiti Hidup (Ph. D). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarimah, I. & Abreza, A. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan Utm. Journal of Educational Psyhology And Counseling,2, 113-144.

(12)

Simon, N.,Chux, G. I., & Robertson, K.T.(2018).The Downside Of Being A Female Entrepreneur In Kigali, Rwanda. Scientific Journal for Theory and Practice of Socio-Economic Development 6 (12), 151-164.

Shamsuddin, M., & Karim, L. (2016). Impact of Television on Wellbeing of Society. Journal Of Social Sciences and Humanities, 55(1), 13-25.

Shuhymee, A. (2013).Orientasi Keusahawanan Dan Prestasi Perniagaan: Pengaruh Penyederhana Gaya Kepimpinan Transformasi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

Siti Sarah, O., Lawrence, A., Maimunah & Ismail.(2009). The Background and Challenges Faced By the Small Enterprises. A Human Resource Developlement Perspective. International Journal Of Of Business And Management.4(10),95-101

Siti Masayu Rosliah, A.R. (2018). Keupayaan Ict Dalam Meningkatkan Pencapaian Usahawan Wanita: Satu Kajian Kes Usahawan Luar Bandar di Malaysia.E-Bangi 13 (5)

Suraiya, I., &Ahmad Raflis, C. O.(2015).Keusahawanan Sosial Sebagai Satu Pendekatan Inovatif Ke Arah Transformasi Sosial Masyarakat: Kajian Kes Di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 11(8), 38-51.

Spring, J., (2015). Economization of Education. Human Capital, Global Corporations,SkillsBased Schooling. Routledge

Spencer, L.M., & Spencer,S.(1993).Competence at Work: Models for Superior Performance.John Wiley & Sons, Inc.

Terill, A.L., Garofalo, J.P., Soliday, E.& Craff, R. (2012). Multiple Roles and Stress Burden In Women.Conceptual Model Heart Disease Risk. Journal of Applied Biobehavioral, 4(22),171

Uvathi, M., Arsaythamby, V., Kanageswari, Suppiah & Shanmugam. (2018). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Kemahiran Insaniah Bagi Subjek Perakaunan Di Matrikulasi. Juku:

Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6,( 4),29-39.

Van Gelderen, M.(2007).Research Based Yet Action Oriented: Developing Individual Level Enterprising Competencies. Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of Technology.

Poland

Veronica, S., Serravalle, F., Murray, A., & Viassone, M. (2019). The Shift Towards A Digital Business Model: A Strategic Decision For The Female Entrepreneur. In Women Entrepreneurs And Strategic Decision Making In The Global Economy (120-143). IGI Global.

Vijay, D. & Singh, D.(2015). Status and Scope of Women Entrepreneurship. Universal Journal of Management,3(2),43-51

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Objektif kajian adalah mengukur tahap kualiti keusahawanan dan mengenal pasti hubungan di antara faktor keperibadian, orientasi dan program pembangunan usahawan dengan

Jelas, ini menunjukkan bahawa usahawan wanita sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam urusan perniagaan mereka dengan tahap kemahiran dan motivasi yang tinggi..

Hal ini menunjukkan bahawa dalam kalangan guru pelatih lelaki dan wanita, mereka mempunyai tahap kemahiran generik yang berbeza walau pun telah melalui modul latihan dan

Ini dapat dirumuskan bahawa modal insan usahawan-usahawan luar bandar memberi kesan yang signifikan kepada proses penemuan peluang-peluang keusahawanan di mana peningkatan

Penyertaan digital dalam kajian ini diukur dengan tiga dimensi iaitu (1) sumber maklumat yang merujuk kepada jenis maklumat yang dicari oleh responden melalui internet,

Majoriti usahawan wanita iaitu seramai 79 orang mempunyai tahap pembentukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang tinggi adalah mereka yang berumur 41-60

Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti masalah kemahiran membaca dan menulis mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di

“Saya berharap program-program keusahawanan seperti Program SME@USM ini (mailto:SME@USM ini) dapat membantu melengkapi para usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran