• Tiada Hasil Ditemukan

View of Cabaran Penyertaan Komuniti Orang Asli Dalam Program Pembangunan Sosial: Kajian Kes Di Perkampungan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Cabaran Penyertaan Komuniti Orang Asli Dalam Program Pembangunan Sosial: Kajian Kes Di Perkampungan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Cabaran Penyertaan Komuniti Orang Asli Dalam Program Pembangunan Sosial: Kajian Kes Di Perkampungan Sungai

Pergam, Kemaman, Terengganu

(Challenges of Orang Asli Community Participation in Social Development Programs: A Case Study in Sungai Pergam Village,

Kemaman, Terengganu)

Norhayati Ab Manaf1*, Ramle Abdullah2

1 Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

2 Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan, Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan, 464, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia

*Pengarang Koresponden: yati.manaf@umt.edu.my

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada ahli-ahli komuniti yang berada di dalamnya untuk mencapai kesejahteraan hidup. Penyertaan dan komitmen kesemua ahli dalam komuniti adalah merupakan strategi asas dalam pembangunan komuniti. Penyertaan secara sukarela bagi masyarakat ini bukan hanya sebagai ahli sahaja, sebaliknya mereka juga bertindak bersama-sama untuk mencapai objektif program yang ditetapkan. Konsep pembangunan komuniti memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak sama ada daripada kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan pihak swasta. Namun begitu, penyertaan aktif ahli komuniti amat penting dalam menentukan hala tuju pembangunan mereka sendiri. Pembangunan sosial merupakan kunci kepada membina kehidupan yang berkualiti. Program Pembangunan Sosial telah dijalankan untuk meningkatkan tahap kualiti hidup seluruh komuniti termasuk komuniti Orang Asli.

Walaupun banyak Program Pembangunan Sosial telah dilaksanakan, namun pencapaiannya tidak begitu memberangsangkan termasuklah taraf pendidikan, tahap kesihatan, tahap pendapatan dan isu penyertaan mereka dalam Program Pembangunan Sosial. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah komuniti tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam Program Pembangunan Sosial yang dirancang kepada mereka. Berasaskan kepada isu ini, satu objektif telah dibangunkan iaitu mengenalpasti cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam Program Pembangunan Sosial. Kajian ini dilaksanakan di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan kajian kes. Data telah dikumpul menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Informan kajian terdiri daripada pihak agensi dan komuniti yang terlibat secara langsung dalam Program Pembangunan Sosial. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO8. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi kepada kurangnya pernyertaan komuniti Orang Asli dalam Program Pembangunan Sosial iaitu (i) faktor budaya dan persekitaran dan (ii) faktor tadbir urus.

Kata kunci: penyertaan, komuniti Orang Asli, program pembangunan sosial, peranan agensi, kesejahteraan

(2)

Abstract: The development of a country depends on the members of the community to achieve the well-being. The participation and commitment of all members in the community is a basic strategy in community development. This community's voluntary involvement does not only act as participants, but also works collectively to accomplish the goals of the initiative set. The concept of community development requires the cooperation and involvement of all parties whether from ministries, departments, government agencies, non-governmental organizations, and the private sector. However, the active participation of community members is very important in determining the direction of their own development. The Social Development Program has been conducted to improve the quality of life of the entire community, including the Orang Asli community. Although there are many programs have been implemented, but the achievements are not very encouraging including the level of education, health, income and the issue of their participation in Social Development Program. There are many factors that cause the community not willing to engage in Social Development Program that planned for them. Based on this issue, an objective has been developed which is to identify the challenges of participation of the Orang Asli community in Social Development Program. This study was conducted in the Orang Asli village of Sungai Pergam, Kemaman using a qualitative method through a case study approach. Data were collected using observation and interview techniques. Study informants consisted of agencies and communities directly involved in Social Development Program. Data were analyzed using NVIVO8 software. The results of the study found two factors that influence the lack of participation of the Orang Asli community in the Social Development Program, namely (i) cultural and environmental factors and (ii) governance factors.

Keywords: participation, Orang Asli community, social development programs, roles of agencies, well-being

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Orang Asli merupakan salah satu etnik peribumi di Semenanjung Malaysia (Abdullah, 2014).

Ia terbahagi kepada tiga kaum yang besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap kaum yang besar pula dipecahkan kepada enam suku kaum iaitu Kaum Negrito dipecahkan kepada suku kaum Kintak, Kensiu, Jahai, Mendrik, Bateq dan Lanoh. Kaum Senoi pula dipecahkan kepada suku kaum Temiar, Semai, Che Wong, Jah-Het, dan Semaq Beri. Manakala kaum Melayu Proto dipecahkan kepada suku kaum Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar dan Orang Kuala (Carey, 1976). Komuniti Orang Asli tinggal di petempatan yang berbeza, mempunyai pekerjaan, adat serta kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam pelbagai bahasa (JAKOA, 2011).

Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Batek adalah dua kelompok masyarakat Orang Asli yang terdapat di Terengganu. Masing-masing berada dalam kelompok kaum Senoi dan Negrito (Abdullah, 2014). Majoriti mereka menjana pendapatan dengan mengumpul hasil hutan, memburu dan bertani di hutan yang berhampiran penempatan mereka. Mereka menetap di kawasan pedalaman dan memanfaatkan persekitaran alam semulajadi sebagai sumber utama kehidupan mereka. Orang Asli sering dikaitkan dengan komuniti yang serba kekurangan daripada aspek pakaian sehinggalah kepada tempat tinggal (Rindam & Yahya, 2014). Komuniti ini masih hidup di bawah garisan kemiskinan yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar.

(3)

Terdapat dua pendekatan yang telah digunakan oleh pihak agensi dalam membangunkan komuniti Orang Asli. Pertama, melalui peningkatan ekonomi iaitu pembangunan tanah dan usaha komersial dan kedua ialah dengan menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan dan kebajikan peribadi (Idris, 1992).

Pada tahun 1961, kerajaan telah mengisytiharkan dasar pentadbiran bagi Orang Asli. Pihak agensi telah merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi supaya komuniti Orang Asli dapat bersama-sama dengan kaum-kaum yang lain untuk lebih maju dan menikmati taraf hidup yang lebih baik (JAKOA, 2016). Perancangan tersebut termasuklah (i) Menyediakan dana bagi melaksanakan pembinaan kampung dengan mengadakan kemudahan-kemudahan perumahan yang teratur bagi komuniti Orang Asli termasuk pembinaan dewan orang ramai, sekolah, pusat pentadbiran, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain kemudahan yang berkaitan. (ii) Menyelenggara rancangan-rancangan pertanian, ternakan dan perikanan. (iii) Meninggikan taraf pelajaran dalam kalangan Orang Asli dengan mengadakan kemudahan pelajaran peringkat rendah di kawasan-kawasan pedalaman.

Terdapat tiga klasifikasi program pembangunan yang dilaksanakan ke atas komuniti Orang Asli iaitu Program Pembangunan Ekonomi, Program Pembangunan Sosial dan Program Pembangunan Penempatan Tersusun. Bermula pada tahun 2008, terdapat peruntukan khas untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti Orang Asli yang meliputi program wang saku, kemudahan pengangkutan, bakul makanan dan input pertanian (JAKOA, 2011).

2. Ulasan Kajian Lepas

Program Pembangunan Sosial

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertanggung jawab dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan program kepada komuniti. Antaranya ialah melalui Program Pembangunan Masyarakat Setempat. Program yang dilaksanakan ini bermatlamat untuk membolehkan komuniti luar bandar menikmati kemudahan-kemudahan asas pembangunan seperti perumahan, infrastruktur, utiliti dan ameniti sosial. Empat (4) komponen dalam program ini merangkumi i) bantuan pembinaan rumah-rumah peserta untuk keluarga miskin tegar dan kemudahan ameniti sosial seperti dewan orang ramai, surau, bangunan TASKA, gelanggang serbaguna dan sebagainya, ii) bantuan infrastruktur dan utiliti asas meliputi kerja ukur, kerja tanah, perparitan, penyambungan bekalan air & elektrik atau kerja baik pulih kemudahan infrastruktur/utiliti penempatan sedia ada, iii) bantuan mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan pembangunan insan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), Suri Rumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) terlibat; dan iv) bantuan menyertai projek- projek peningkatan pendapatan kepada keluarga terlibat yang berada dalam kategori umur produktif (Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 2020).

Bagi program khusus untuk pembangunan komuniti Orang Asli adalah melalui Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli (2011-2015). Terdapat dua program transformasi yang dirancang iaitu i) transformasi pertama (1957-1994) dan ii) transformasi kedua (1994-2020) (JAKOA, 2011).

Butiran transformasi pembangunan daripada tahun 1957 sehingga tahun 2020 adalah sepertimana Rajah 1 di bawah.

(4)

Rajah 1: Evolusi dan Transformasi JAKOA Sumber: JAKOA, 2011

Menurut Abdullah et.al, (2017), PPS dijalankan untuk meningkatkan tahap kualiti hidup komuniti termasuk komuniti Orang Asli. Secara umumnya, PPS berfokus kepada aspek pendidikan, kemudahan kesihatan dan kemudahan infrastruktur serta perumahan (Ab Manaf, et.al, 2019). Walaupun banyak PPS telah dilaksanakan kepada komuniti ini, namun masih terdapat jurang yang tinggi dalam taraf sosioekonomi, tahap pendidikan, kesihatan, pendapatan dan isu penyertaan dalam PPS di antara komuniti tempatan dengan komuniti peribumi (Abdul Rahman, 2010; Wahab, et.al, 2013; Servan-Mori, et. al., 2014). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah komuniti tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam PPS yang dirancang kepada mereka. Berasaskan kepada isu ini, satu objektif telah dibangunkan iaitu mengenalpasti cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS.

Isu penyertaan Orang Asli dalam Program Pembangunan Sosial

Isu penyertaan Orang Asli dalam program pembangunan telah wujud sejak sekian lama.

Walaupun terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan kepada komuniti ini, namun penyertaan mereka masih berada pada tahap yang kurang memuaskan (Mohd Salim & Abu Samah, 2011).

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan komuniti Orang Asli tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan yang dijalankan. Antaranya ialah sikap

(5)

mudah putus asa, tiada kemahiran belajar, suka ponteng, tiada keyakinan diri, tidak mampu membuat keputusan sendiri, terlalu bergantung kepada orang lain, malas, mudah jemu, sensitif, pemalu, hiperaktif, nilai, adat, kepercayaan dan pantang larang, taraf pendidikan, tahap sosioekonomi, kediaman yang kurang selesa, tahap kesedaran ibu bapa, tahap kesedaran anak- anak, masalah kewangan, faktor genetik, mentaliti masyarakat, perbezaan bahasa, tempat tinggal jauh dari bandar, kemudahan infrastruktur serta pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak sihat untuk kecerdasan akal (Watson, 1985; Dellmann et.al., 1985; Tijah, et.al., 2003; Khor & Zalilah, 2008; Ahmad & Jelas, 2009; Wahab, 2013; Roddin & Sultan Sidi, 2013; Marzuki et al., 2014; Abdullah, 2017).

Peranan agensi kerajaan dalam PPS

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan agensi utama dalam pelaksanaan program pembangunan Orang Asli. Di antara program yang dilaksanakan di bawah kementerian ini adalah melaksanakan program Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP), Program Pemantauan dan Penghantaran Pelajar Orang Asli Luar Negara, pelaksanaan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), program-program di bawah Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, Kesejahteraan Rakyat (Program Latihan) dan program- program di bawah MARA. Program-program tersebut dijalankan secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

Agensi khas yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas komuniti Orang Asli ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA). JAKOA yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah menjadi pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti pembangunan Orang Asli. Program pembangunan ini dilaksanakan bagi membangunkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti Orang Asli. Pihak kerajaan telah berusaha meningkatkan kesejahteraan komuniti Orang Asli dengan menyediakan peruntukan kepada pihak JAKOA yang bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program dan projek kepada komuniti Orang Asli.

3. Metodologi kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data kajian kes meliputi data temubual, data pemerhatian, rekod dan pernyataan. Kajian ini memfokuskan kepada cabaran penyertaan komuniti dalam PPS di perkampungan Sungai Pergam, Kemaman.

Kajian secara intensif telah dijalankan dari Januari 2017 hingga Jun 2018. Sepanjang tempoh kajian, penyelidik telah menyertai PPS yang dijalankan di perkampungan Sungai Pergam bagi menjalankan pemerhatian turut serta. Untuk teknik temubual mendalam, penyelidik telah menemubual seramai 6 orang informan dari agensi yang terlibat iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekolah rendah Orang Asli dan klinik kesihatan. Informan dari pihak agensi adalah terdiri daripada pegawai yang bertanggung jawab ke atas pelaksanaan PPS ke atas komuniti Orang Asli Sungai Pergam. Manakala seramai 14 orang informan dipilih dari kalangan komuniti Orang Asli di perkampungan Sungai Pergam, Kemaman yang menyertai kebanyakan PPS yang dijalankan. Ia menjadikan keseluruhan informan seramai 20 orang. Data kajian daripada hasil temubual telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan dengan bantuan perisian NVIVO 8. Koding informan adalah sepertimana Jadual 1.

(6)

Jadual 1: Koding informan Agensi dan Komuniti Sungai Pergam

Informan Koding

Pihak agensi IR1, IR2, IR3, IR4, IR5 dan IR6

Komuniti Orang Asli IR7a, IR7b, IR7c, IR7d, IR7e, IR7f, IR7g, IR7h, IR7i, IR7j, IR7k, IR7l, IR7m dan IR7n

Jadual 1 menunjukkan koding informan bagi kajian ini. Koding IR bermaksud informan yang ditemubual iaitu IR1, IR2, IR3, IR4, IR5 dan IR6 merupakan koding bagi informan pihak agensi (JAKOA, JAKIM, SK Sungai Pergam dan Klinik Desa Neram 1) manakala IR7a hingga IR7n merupakan informan komuniti Orang Asli Sungai Pergam yang ditemubual dalam PPS yang dihadiri oleh mereka.

Peta kawasan penempatan komuniti Orang Asli bagi kajian ini adalah sepertimana Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Kawasan Penempatan Orang Asli Kampung Sungai Pergam, Kemaman Sumber: Abdullah (2001)

4. Dapatan Kajian

4.1 Cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS

Melalui dapatan kajian, terdapat dua faktor utama dalam cabaran penyertaan komuniti Orang

(7)

Asli dalam PPS iaitu 1) faktor budaya dan persekitaran dan 2) faktor tadbir urus.

4.1.1 Faktor budaya dan persekitaran 1) Faktor Sikap

Hasil temubual dengan informan menunjukkan bahawa antara cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor sikap. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Sikap malas pun masih ada lagi”.

“malas nak bangun awal gi sekolah”.

“Dari segi situasi program, kena ceria, kreatif supaya dia tak boring”.

“Buat program perlu bagi makanan keperluan asas”.

“rasa selesa, ada kelapa sawit yang luas, tak kerja pun bulan-bulan dia dapat duit”.

(IR1, 2017)

“Kalau berkenaan masalah kewangan tu ada juga, sini kalau kita buat program, kira dia hilang mata pencarian dia, jadi kita kena ganti punca pendapatan mereka”.

(IR2, 2017)

“Banyaknya yang malas nak mari”.

“Kalau program korban tu, mereka ni jenis pemalu, segan dengan orang ramai”.

(IR3, 2017)

“Kalau untuk penerimaan pembelajaran tu, ada setengah budak tu memang lambatlah. Dalam kelas pun, fokus kurang. Cepat jemu. Tak ada mood”.

“Ok, tak ada masalah. Kita ada buat program untuk budak sekolah, sesetengah program kita ada juga libatkan dengan orang kampung, penyertaan memang ok. Tapi kita kena wajib bagi makan, buat cabutan bertuah”.

(IR4, 2017)

“Cabaran memang ada. Kita kena sedia makanlah. Macam cabutan bertuah ke”.

(IR5, 2017)

“Sebelah Batin Buchik masih ada yang pemalu”.

“Tak ada masalah dari segi penyertaan Orang Asli. Cuma satu benda kita kena bagi makan.

Sebab dia tak keluar bekerja untuk sertai program kita”.

(IR6, 2017)

Hal ini turut diakui sendiri oleh komuniti. Mereka menyatakan:

“Saya rasa faktor tidak pergi tu sebab atas diri sendirilah. Kalau malas saya memang tidak pergi.”

(IR7b, 2017)

“Saya pergi kursus menjahit tapi tak habis sebab malas”.

“Generasi pertama ni kurang lah kalau program agama ni. Mereka tak berminatlah.”

(IR7e, 2017)

(8)

“Saya tak minat program kerohanian ni”

(IR7g, 2017)

“Keluarga tak melarang pun saya pergi program agama. Mereka galakkan je. Cuma saya boringlah kalau program-program ceramah ni. Malas pun ada.”

“Dulu ada pergi kursus buat rambut. Tapi tak habis pun, sebab saya tak minat.”

“Biasa ada sedia makanlah kalau program bersih kampung ni.”

(IR7h, 2017)

“Kalau kelas tambahan saya tak pergi sebab malas.”

(IR7j, 2017)

“Kalau untuk solat jemaah tu jaranglah, sebab malas. Tak berminat.”

“Ramai je yang tak pergi sekolah menengah tu sebab malas”.

(IR7k, 2017)

“Saya tak pergi program fardhu ain tu sebab malas.”

(IR7l, 2017)

“Tidak hadir sebab biasanya bangun lambat”.

(IR7n, 2017)

Berdasarkan temubual informan, antara faktor sikap mereka adalah seperti malas, pemalu, mudah jemu, tidak minat, mengharapkan imbuhan dan sikap selesa.

2) Faktor Keluarga

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor keluarga. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Budak-budak sekolah kalau nak sembahyang pun dia sembahyang dekat sekolah je. Sebab dekat rumah mak ayah dia tak bagi sembahyang”.

(IR2, 2017)

“Mereka ikut mak ayah dia pergi kerja. Kerja cari akar kayu, rotan, buah-buahan, ladang sawit.”

(IR5, 2017)

Hal ini turut diakui sendiri oleh komuniti. Mereka menyatakan:

“Yang kahwin awal ada tapi tak ramailah. Kalau sekolah rendah ramai yang pergi, sebab dekat”.

(IR7k, 2017) Hasil temubual menunjukkan peranan ibu bapa masih rendah dalam mewujudkan kesedaran pendidikan kepada anak-anak dan kepentingan program pembangunan yang dijalankan.

(9)

3) Faktor Budaya Kognitif

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor budaya kognitif. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Penyertaan Orang Asli kalau program keagamaan kurang dapat sambutan kerana pelbagai faktor. Ia tak dapat sambutan sebab jika Orang Asli tu lebih kepada agama Islam, dia akan dipulaukan oleh Orang-orang Asli yang lain. Sebab dia kena jaga hati kawan-kawan dia. Ada yang mari surau pun dia rasa rendah diri disebabkan kena pulau dengan kawan”.

(IR2, 2017) Hal ini diakui komuniti ini seperti berikut:

“Kalau ada sukan kat sekolah pun saya tak pergi sebab campur dengan orang luar, tak best.

Kalau pergi peringkat daerah saya takut, kalau ada kawan-kawan Orang Asli yang lain yang terpilih saya oklah.”

(IR7k, 2017) Kurangnya penyertaan mereka dalam PPS adalah disebabkan oleh mentaliti masyarakat.

4) Faktor Norma

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor norma. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Kalau ikutkan zaman dulu ramailah yang datang, dulu duit tak ada lagi, sekarang ni mereka dah ada duit. Jadi tak mari program pun tak apalah. Cuma kalau adat kematian memang tak tinggal lah”.

(IR3, 2017)

“Macam program kerohanian ni, kita ada buat di Cameron Highland, adalah seorang ustaz tu suruh dia solat, tapi dia taknak solat. Bila balik kampung jadi isulah, dia kata dia kena paksa.

Padahal dia pergi tu MAIDAM bayar. Mereka kurang program kerohanian ni sebab budaya dialah, walaupun mereka Islam. Islam mereka ni bermusim. Kalau masa bagi zakat mereka mengaku Islam, tapi masa bulan puasa mereka jadi Asli semula. Mereka lebih utama kepada adat mereka. Cara mereka. Tak ikut pun cara Islam.”

(IR5, 2017)

“Dari segi kepercayaan kepada kesihatan ni diaorang dah ok dah sebenarnya. Contoh macam cek pap smear. Sebab dia tau benda tu akan kena kanser. Jadi dia akan buat. Sebab kita ada buat program kesedaran. Kita biasa akan masuk ke kampung sebulan sekali, tetapi kalau ada yang tak datang masa temujanji, saya akan pergi ke kampung. Dulu memang dia orang lari- lari, sekarang ni tak ada masalah”. Masih ada lagi yang ikut budaya dulu, macam masa dalam pantang ada lagi yang guna akar kayu. Kita nasihat la dalam tempoh 20 hari ke bawah jangan guna lagi sebab nanti anak kena jaundis. Diaorang dah dengar dah sekarang. Berbeza sangat la dari dulu sampai sekarang. Kalau ikutkan Batin membantu sebenarnya untuk pembangunan kesihatan. Kita jumpa Batin dan Dukun. Mula-mula diaorang marah. Sekarang ni dah open dah. Walaupun pendidikan dia masih rendah”.

(IR6, 2017) Berdasarkan hasil temubual, penyelidik juga mendapati bahawa sebahagian Orang Asli di perkampungan Sungai Pergam masih berpegang pada adat dan kepercayaan kaum mereka.

(10)

5) Faktor Pemakanan

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor pemakanan. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Pemakanan memang kena nasihatkan lagi la. Kita tengok di Kampung Sungai Pergam ni memang sihat (gemuk) sangat semua, di Kampung Sungai Pergam terlebih makan, mewah”.

(IR1, 2017)

“Faktor pemakanan pun ada juga yang mengganggu. Makan kelawar, yang buat dia jadi selsema sepanjang masa”.

(IR4, 2017)

“Cumanya adalah sebahagian kecil yang masih takut dengan klinik takut dengan misi. Biasanya kami minta misi berpakaian baju biasa, tak pakai baju putih tu lah.”

(IR5, 2017)

Hal ini turut diakui sendiri oleh komuniti. Mereka menyatakan:

“Saya tak hadir pun sebab sakit.”

(IR7n, 2017)

Berdasarkan hasil temubual, kajian ini mendapati bahawa di antara cabaran yang dihadapi ialah cara pemakanan komuniti ini yang masih tidak mengamalkan makanan yang sihat. Pihak agensi perlu sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjaga kesihatan mereka dengan baik. Pihak agensi pelaksana perlu menggunakan pendekatan yang lebih mesra contohnya tidak berpakaian seperti jururawat semasa menjalankan rawatan kepada komuniti ini bagi mendapatkan penyertaan daripada mereka.

6) Faktor-faktor lain

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor-faktor lain. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Terdapat juga masalah sosial macam jual ketum dan pil kuda”.

“Sini dulu ramai Orang Asli pergi ke surau, sebab mungkin masa tu telefon tak ada lagi, internet tak ada lagi, akses jalan raya tak ada. Jadi mungkin dia tak ada kerja lain nak buat sebab tu penuh surau masa tu. Sekarang ni ramai yang dah guna telefon dan internet”.

(IR2, 2017) Hal ini diakui oleh komuniti seperti berikut:

“Tak pergi, sebab main handphone je.”

(IR7k, 2017) Faktor-faktor lain adalah masalah sosial serta faktor teknologi.

4.1.2 Faktor Tadbir Urus

Hasil temubual menunjukkan bahawa cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS adalah faktor tadbir urus. Hal ini diakui oleh pihak agensi seperti berikut:

“Kalau macam program KEDAP tu hanya perempuan je yang terlibat, sebabnya yang lelaki kena masuk hutan”.

“Satu lagi sepanjang tahun 2017 ni ada dalam 20 lebih program dah dibuat, program yang

(11)

dibuat pulak bertindih”.

(IR1, 2017)

“Biasanya kalau program kerohanian ni tak ramailah yang datang. Sebabnya mereka ni bekerja siang hari”.

“Cabaran yang JAKIM rasa kurang sambutanlah program ni. Mereka rasa banyak sangat dah program yang dah dibuat. Biasa yang datang pun muka yang samalah”.

(IR3, 2017)

“Tapi sekolah tak ada masalah. Cumanya untuk puak Batin Bunchet ni ada masalah dari segi jauhlah. Mereka kebanyakannya duduk di Sungai Putih, Neram 2, tepi bukit. Mereka buat rumah panjang dan usahakan kelapa sawit. Untuk kehadiran murid pula tak capai 90 peratus kehadiran adalah disebabkan mereka tinggal jauh dari sekolah, sebilangan kecil duduk di Hulu Dungun, Aring, Cerung.

(IR5, 2017)

“Cuma masalah pengangkutan je la. Ada juga yang pergi ke klinik swasta. Kalau anak demam, diaorang pergi ke Cheneh. Kat sini kita banyak menumpukan kesihatan keluarga”.

(IR6, 2017)

Hal ini turut diakui sendiri oleh komuniti. Mereka menyatakan:

“Selain tu saya ni rasa nak ambil tempahan, tapi tak cukup peralatan, macam mesin kelim tak ada”.

(IR7b, 2017)

“Saya jarang-jarang pergi sebab kerja kan. Kalau program dibuat dalam sekolah saya pergilah, sebab saya kerja dalam ni kan. Biasanya kalau tak pergi tu sebab bekerja”.

(IR7d, 2017)

“Biasa kalau tak pergi pun sebab ada kerjalah. Akak kerjakan.”

(IR7e, 2017)

“Faktor masuk KEDAP ni sebab ada anak sekolah. Cuma nak datang ke kelas ni memang anaklah yang kena hantar, sebab akak tak pandai bawa motosikal.”

(IR7f, 2017)

“Kadang-kadang tak pergi sebab ada kerja.”

(IR7h, 2017)

Hasil kajian menunjukkan cabaran penyertaan PPS juga adalah faktor masa, terlalu banyak program, masalah pengangkutan dan peralatan tidak mencukupi.

Berdasarkan hasil pemerhatian turut serta dan temubual bersama pihak agensi dan komuniti, secara keseluruhannya cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS terbahagi kepada dua iaitu 1) faktor budaya dan persekitaran dan 2) faktor tadbir urus. Terdapat enam faktor dalam budaya dan persekitaran iaitu i) faktor sikap (malas, pemalu, mudah jemu, tidak minat, mengharapkan imbuhan dan sikap selesa), ii) faktor keluarga (peranan ibu bapa/keluarga), iii) faktor budaya kognitif (mentaliti masyarakat), iv) faktor norma (adat dan kepercayaan), v) faktor pemakanan (pemakanan dan kesihatan) dan vi) faktor-faktor lain (masalah sosial dan kemudahan teknologi) manakala terdapat empat faktor dalam tadbir urus iaitu i) faktor masa,

(12)

ii) terlalu banyak program, iii) masalah pengangkutan dan iv) peralatan tidak mencukupi.

5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, cabaran penyertaan komuniti Orang Asli dalam PPS terbahagi kepada dua iaitu faktor budaya dan persekitaran serta faktor tadbir urus. Oleh itu, dengan memahami kesemua cabaran penyertaan komuniti Orang Asli ini, diharapkan pihak agensi yang terlibat dapat merangka dengan jelas dan dapat melaksanakan program pembangunan yang boleh memberi impak yang positif kepada komuniti Orang Asli. Secara umumnya, hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengurusan pihak agensi dalam pelaksanaan program-program pembangunan sosial yang dapat meningkatkan status kesejahteraaan hidup komuniti Orang Asli.

Penghargaan

Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA) dan Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam memberikan sokongan kewangan bagi pembentangan konferensi Kuala Lumpur International Conference on Social Sciences, Education and Engineering 2020.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak agensi JAKOA yang memberi kebenaran kepada penyelidik untuk menjalankan kajian di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman. Terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi yang terlibat iaitu JAKOA, JAKIM, pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam dan Klinik Desa Neram 1 serta semua penduduk yang terlibat kerana memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penyelidik dalam menjalankan kajian ini.

Rujukan

Ab Manaf, N., Abdullah, R., Omar, K., Halim, M. A. S. A., Simin, M. H. A., & Sa’di Hashim, S. (2019). Local Community Partnership in Social Development Program: National Community Case Study in Terengganu. International Journal of Recent Technology and Engineering, 7, 1541-1546.

Abdullah, R. (2001). Peralihan Ekonomi Masyarakat Orang Asli Terengganu: Satu Sudut Ekonomi Persekitaran. Tesis Ph.D. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).

Abdullah, R., Ibrahim, M.A., Amat Simin, M.H., Ramle, N.H., & Mat Rasat, M.S. 2014.

Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia. Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 (3) (113- 124).

Abdullah, R., Ibrahim, A., Simin, M. H. A., Ramle, N. H., & Rasat, M. S. M. 2017.

Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia (Forest conservation and the Semaq Beri community of Terengganu, Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(3).

Abdul Rahman, Haliza. (2010). Penglibatan masyarakat peribumi dalam isu berkaitan persekitaran: tinjauan terhadap suku Mah Meri di Pulau Carey, Kuala Langat Selangor.

Humanity, 17, 111-134.

Ahmad, A. R., & Jelas, Z. M. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif pendidikan dan sosiobudaya. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Carey, I. 1976. Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Oxford University Press. Caunselling practice. Summer Intensive 2011. 1-11.

(13)

Dellmann-Jenkins, M. M., Papalia-Finlay, D., & Hennon, C. (1985). Continuing education in later adulthood: implications for program development for elderly guest students. The International Journal of Aging and Human Development, 20(2), 93-102.

Hashim, H., & Abdullah, R. G. (2009). Penglibatan Komuniti dalam Program Pembangunan Luar Bandar: Kajian Kes di Pusat Pertumbuhan Desa Gedong, Sarawak (Community Participation in Rural Development Program: A Case). Akademika, 77(1).

Idris, J. (1992). People’s Perticipation in Development: A Case Study of a Successful Programme of an Orang Asli Settlement. Paper presented at the ‘Workshop on Penan Development: Towards Active Participation of the Penan Community in Development,’ organised by Angkatan Zaman Mansang (AZAM), 20 – 21 January, Marudi, Sarawak.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). (2011). Laporan Tahunan JAKOA 2011.

http://www.jakoa.gov.my/?edmc=2851

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 2016. Atas talian http://www.jakoa.gov.my/orang- asli/program-minda-latihan/program-latihan-kemahiran-kerjaya-plkk/ [11 Januari 2018].

Kementerian Pembangunan Luar Bandar. (2020). Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS).

https://www.rurallink.gov.my/rakyat/kesejahteraan-rakyat/program-pembangunan- masyarakat-setempat-ppms/

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2013).

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Dasar/DASAR_SOSIA L_NEGARA.pdf.

Khor, G.L. & Zalilah, M.S. (2008). The ecology of health and nutrition of “Orang Asli”

(Indigenous People) women and children in Peninsular Malaysia. Tribes and Tribals, (2), 66-67.

Marzuki, M., Mapjabil, J., & Zainol, R. M. (2014). Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Malaysian Journal of Society and Space, 10(2), 189-198.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.

Revised and Expanded from "Case Study Research in Education". Jossey-Bass Publishers, 350 Sansome St, San Francisco, CA 94104.

Mohd Salim, S.S. & Abu Samah, A. (2011). Tahap Penglibatan Komuniti Orang Asli dalam Pembangunan Komuniti di Semenanjung Malaysia. Journal of Human Capital Development, 4 (1), 125-139. ISSN: 1985-7012.

Rindam, M. & Yahya, F.H. 2014. Analisis SWOT (C) prospek pembangunan ekotourism di petempatan Orang Asli Lanoh, Perak. Geografia - International Journal of Development, Society and Environment. ISSN 2180-2491.

Roddin, R., & Sultan Sidi, N. S. (2013). Pembinaan keupayaan dalam pelancongan orang asli:

satu kajian kes dalam komuniti Mah Meri.

Servan-Mori, E., Torres-Pereda, P., Orozco, E., & Sosa-Rubí, S. G. (2014). An explanatory analysis of economic and health inequality changes among Mexican indigenous people, 2000-2010. 15-16.

Tijah, C., Jerald, J., & Pusat, K. (2003). Creating knowledge for change: a case study of sinui pai nanek sengik’s educational work with Orang Asli communities in Malaysia. Asian South Pacific Bureau of Adult Education (ASPBAE). Advancing the Orang Asli through Malaysia's Clusters of Excellence Policy. Available from:

https://www.researchgate.net/publication/283893406_Advancing_the_Orang_Asli_thr ough_Malaysia%27s_Clusters_of_Excellence_Policy.

(14)

Wahab, N. B. B. A., Mohameda, M., Hassana, A., & Haronb, M. N. (2013). Penerapan elemen sekolah rimba Malaysia dalam kalangan murid Orang Asli. In 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), organised by Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia at KSL Hotel & Resort, Johor Bahru (pp.

424-432).

Watson, J. D. (1985). Dalam Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. 2009. Masyarakat Orang Asli: perspektif pendidikan dan sosiobudaya [Orang Asli community: education and sociocultural perspectives]. Bangi: Penerbit UKM.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Responden 8: Hari-hari biasa ni errrrr kalau lah bila rasa terganggu apa orang kata jiwa dan raga tu kadang-kadang kita nak masuk facebook sebab errrr macam saya kata lah

Kupasan dapatan kajian berdasarkan taraf sosioekonomi responden pula mendedahkan bahawa mereka yang bertaraf sosioekonomi sederhana merupakan kumpulan yang memandang

Walaupun saya hanyalah seorang petani, saya masih ingat bahawa beberapa rakan Bidayuh saya masih mempunyai persepsi yang salah tentang penyertaan wanita dalam

“Setakat ni oklah…dah 4 tempat saya berkhidmat. saya dapati mereka memang ok lah.. depa ni memang main peranan…berkhidmat tak kira masa..kalau buat qiamullail

Perbincangan klasifikasi litik dalam konteks Lembah Lenggong akan membincangkan tentang klasifikasi klasik oleh Movius (1955) dan klasifikasi Kota Tampan oleh Zuraina

Sulastry: ya betul Iness saya pun rasa itu kita macam ada kekuatan kalau menolong orang sebab tak pikir masalah kita yang paling berat tapi masa kita dengar orang lain rasa kuat

R: Aaa..golongan macam mana yang tak boleh terima kita sebab setahu kak Azy 88.. aaa..tempat ni, rumah perlindungan ni selain menempatkan wanita dan remaja

Nor : Tapi satu jala saya rasa kita kena back juga tak kiralaa dia dari kampong ker, minor ker, luar bandar ker apa semua sebab satu Malaysia dah tengok Upin Ipin tu tapi saya