• Tiada Hasil Ditemukan

DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DI MALAYSIA "

Copied!
27
0
0

Tekspenuh

(1)

MEMPERKASA

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

DI MALAYSIA

(2)
(3)

MEMPERKASA

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA

Penyunting:

Zahari Mahad Musa Azman Ab Rahman Adibah Abdul Wahab

Penerbit USIM

Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai

Negeri Sembilan

2017

(4)

CETAKAN PERTAMA 2017

© Hak Cipta Universiti Sains Islam Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang

cara sekalipun tanpa izin bertulis daripada Penerbit USIM terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

PENERBIT USIM Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: +06-798 8226/6081 | Faks: +06-798 6083

www.penerbit.usim.edu.my info.penerbit@usim.edu.my

Penerbit USIM adalah anggota

MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM)

Dicetak di Malaysia oleh:

ZARASA ENTERPRISE C-7-G, Jalan Jati 9, Acacia Avenue, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

zarasaenterprise@gmail.com

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan MEMPERKASA KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DIMALAYSIA / Penyunting:

Zahari Mahad Musa, Azman Ab Rahman, Adibah Abdul Wahab Includes index

ISBN 978-967-440-385-0

1. Zakat--Malaysia. 2. Islam--Charitie--Malaysia. 3.Islamic Giving I. Zahari Mahad Musa. II. Azman Ab. Rahman, Prof.Madya, Dr.

III. Adibah Abdul Wahab.

297.5409595.

(5)

v

KANDUNGAN

Kandungan ... v Kata Pengantar ... ix Prakata ... xi Bab 1 Analisis Had Kifayah Semasa di Malaysia: Satu Semakan Semula

Baharuddin Sayin, Azri Bhari & Mohd Afandi Mat Rani ... 1 Bab 2 Skim Agihan Zakat Asnaf Al-Ghārimīn di Institusi-Institusi Zakat di Malaysia

Halim Ismail & Mohd Noor Daud ... 11 Bab 3 Perakaunan Zakat Korporat di Kota Medan, Indonesia

Zahri Hamat & Irfan ... 21 Bab 4 Perakaunan Zakat Pertanian di Malaysia: Analisis dari Perspektif Cendekiawan Islam Klasik dan Kontemporari

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat ... 35 Bab 5 Status Kelayakan Membayar Zakat Pendapatan Berdasarkan Had Kifayah Perbelanjaan Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Salwa Amirah Awang

& Mohd Yahya Mohd Hussin ... 59 Bab 6 Amalan Kutipan Zakat Rentas Sempadan Tanpa Tauliah: Satu Penelitian Awal

Sarip Adul, Mohamed Hadi Abd Hamid & Ibrahim Ismail ... 73 Bab 7 Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Institusi Kewangan Islam

Muhammad Ikhlas Rosele & Luqman Haji Abdullah ... 89 Bab 8 Model Taksiran Zakat Padi di Malaysia

Nor Aini Ali & Luqman Abdullah ... 97 Bab 9 Had Kifayah Zakat Pendapatan Berasaskan Maqasid Syariah

Azman Ab. Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Khairil Faizal Khairi & Zulhilmi Mohamed Nor ... 115 Bab 10 Agihan Dana Zakat Melalui Mikro Kredit di Malaysia

Nurul Ilyana Muhd Adnan& Zahri Hamat ... 131 Bab 11 Analisis Perbandingan Pembayaran Zakat Fitrah dan Ketirisan di Negeri-Negeri Terpilih

Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad

& Fatimah Salwa Abdul Hadi ... 141 Bab 12 Kedudukan Zakat Sebagai Rebat Cukai Pendapatan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967

Izlawanie Muhammad, Nur Shahira Mohamad Nor& Azman Ab Rahman ... 157 Bab 13 Keperluan Kerangka Syariah dalam Tadbir Urus Zakat

Mohamad Amin bin Ibrahim ... 165

(6)

vi

Bab 14 Pelaksanaan Konsep Maqasid Syariah dalam Agihan Zakat Fakir Miskin di Selangor Mohd Fariz bin Abdul Razak ... 177 Bab 15 Pengurusan Tadbir Urus Syariah: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor

Adibah Abdul Wahab ... 189 Bab 16 Tranformasi Pemerkasaan Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia

Azman Ab Rahman ... 201 Bab 17 Zakat Harta Individu Berasaskan Nisab Emas: Kajian Syariah dan Pelaksanaannya di Selangor

Syaharina binti Abdullah ... 217 Bab 18 Kajian Migrasi Zakat dari Selangor ke Luar Negeri Selangor oleh Pihak Tidak Bertauliah: Analisis dari Sudut Hukum Syarak dan Perundangan

Mohammad Farid bin Mohammad Zainal ... 229 Bab 19 Pengiraan Zakat ke Atas Unit Amanah: Satu Penilaian Semula

Ahmad Basri bin Ibrahim & Muhammad Hafiz bin Zainudin ... 241 Bab 20 ‘Bizzakat’

Halidan Bin Md Daud... 255 Bab 21 Usaha Penentuan Ukuran Isipadu Gantang dan Kepentingannya dalam Pemerkasaan Kutipan Zakat Fitrah

Dg. Nooremah Ag. Said, Azman Ab Rahman & Hafidzi Hamdan ... 265 Bab 22 Usaha Penentuan Ukuran Isipadu Cupak Sebagai Rujukan Pembayaran Zakat di Malaysia

Hafidzi Hamdan, Azman Ab Rahman & Dg. Nooremah Ag. Said ... 275 Bab 23 Penambahbaikan Urus Tadbir Berkenaan Uruf Zakat Emas Perhiasan di Institusi Zakat

Tutasting@ Rawi Nordin& Noraini Saro ... 281 Bab 24 Pendedahan Maklumat Zakat bagi Pelaporan Institusi Islam: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad,

Azizah Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab ... 287 Bab 25 Analisis Hukum Penggunaan Nilai Wang dalam Pembayaran Zakat Fitrah di Malaysia Azri Bhari , Luqman Abdullah, Mohammad Mahyuddin Khalid, Mohd Ashrof Zaki Yaakob

& Baharuddin Sayin ... 301 Bab 26 Analisis Terhadap Ijtihad Umar Bin Al-Khattab Tentang Zakat Kuda

Irwan Mohd Subri, Azman Ab Rahman, Abdul Manan Ismail, Mushaddad Hasbullah

& Nur Fatin Halil ... 309 Bab 27 Keperluan Modul Intervensi Kemahiran Daya Tindak (MIDK) bagi Asnaf Mahasiswa di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia

Kamariah Derasol, Mohd Salleh Amat & Hairunnizam Wahid ... 327

(7)

vii

Bab 28 Peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam Pembangunan Pendidikan Asnaf Mualaf:

Kajian Kes Kolej Dar Al-Hikmah

Muhammad Haffiz Muhamad Isa& Hairunnizam Wahid ... 339 Bab 29 Inovasi Gamifikasi Global Zakat Game (GZG) dalam Pendidikan Islam

Nurkhamimi Zainuddin, Azman Ab. Rahman, Zahari Mahad Musa, Norlina Ismail

& Siti Zulaikha Mokhtar ... 355 Bab 30 Kajian Retrospektif Terhadap Perlaksanaan Agihan Asnaf Fisabilillah di Zaman Nabi Muhammad SAW dan Implementasi di Lembaga Zakat Selangor

Hamizul bin Abdul Hamid ... 371 Bab 31: Kesan Tadbir Urus yang Baik ke Atas Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat: Kerangka Konsep Pelaksanaan Kawalan Dalaman

Nazifah Mustaffha ... 385 Bab 32 Kesalahan Memungut Zakat oleh Orang yang Tidak Dilantik atau Diberikuasa oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri di Malaysia

Syed Mohd Najib Syed Omar, Azman Ab. Rahman, Zahari Mahad Musa

& Ahmad Anis Muhd Fauzi ... 393 Bab 33 Tadbir Urus Zakat dalam Institusi Perbankan dan Kewangan Islam

Shamsiah binti Mohamad, Silmi binti Mohamed Radzi

& Dk Syaida Mahyana binti Pg Hj Idris ... 409

(8)
(9)

ix

KATA PENGANTAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017 yang terlibat dalam menjayakan muzakarah ini. Usaha murni yang diambil untuk menghasilkan buku ini memperlihatkan kesungguhan dan komitmen semua ke arah perkongsian dan pendedahan tentang isu-isu kontemporari mengenai kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

Zakat merupakan satu instrumen penting bagi pembangunan ekonomi Islam dan dapat menyucikan harta dan jiwa seseorang muslim serta dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi ummah. Majlis Agama Islam Negeri dan institusi zakat mesti sentiasa proaktif dalam memperkasakan pengurusan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan oleh institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan dan kewangan Islam, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam mengetahui secara terperinci tentang isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan pemerkasaan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Buku ini diharapkan dapat memberi idea dan panduan dalam mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik bagi memperkasakan institusi zakat dalam aspek kutipan dan agihan di Malaysia di samping memberi kefahaman yang jelas kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan dan pentadbiran zakat di Malaysia.

Semoga usaha kecil ini akan mendapat ganjaran sebagai sebahagian daripada amal soleh oleh Allah SWT. Jazakallahu Khairan Kathira

HAJI HUSIN BIN ALI Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor

(10)
(11)

xi

PRAKATA

Alhamdulillah, segala puji dan setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT Yang Maha Penyayang kerana dengan taufik dan inayah-Nya buku ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Zakat merupakan satu elemen penting yang digariskan dalam Rukun Islam, yang mana wajib ditunaikan oleh semua Muslim. Pengurusan institusi zakat secara berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif zakat yang diwajibkan ke atas setiap muslim tercapai. Pelbagai isu yang berkaitan kutipan dan agihan zakat sentiasa timbul yang memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan dan pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Justeru, buku ini diterbitkan dengan harapan menjadi wadah untuk memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

Buku ini merupakan hasil kompilasi artikel-artikel daripada penganjuran Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017 anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM, Sekretariat Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZN), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM). Penerbitan buku ini membincangkan pelbagai isu semasa yang meliputi isu-isu kontemporari kutipan dan agihan zakat, institusi amil, hukum-hakam serta cabaran yang berkaitan dengan pemerkasaan kutipan dan agihan zakat sama ada secara langsung atau tidak langsung di Malaysia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang artikel dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada institusi- institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, ahli akademik, para pelajar dan masyarakat awam di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

ZAHARI MAHAD MUSA AZMAN AB RAHMAN ADIBAH ABDUL WAHAB Sidang Penyunting

Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017

(12)

Bab 28

PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ASNAF MUALAF: KAJIAN KES KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Muhammad Haffiz Muhamad Isai & Hairunnizam Wahidii

iSarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. muhammadhaffiz@ndh.com.my

iiPensyarah kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.

hairun@ukm.edu.my

Abstrak

Pendidikan peringkat tertier atau pendidikan tinggi adalah suatu keperluan semasa yang penting, lebih-lebih lagi dalam dunia global dengan perkembangan pesat ilmu pengetahuan dewasa ini. Kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi bukan sahaja dapat memenuhi keperluan keilmuan seseorang dalam bidang akademik yang ditekuninya, tetapi juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik dan peningkatan status sosio-ekonominya. Dalam konteks perkembangan pendidikan golongan asnaf mualaf, penelitian pengkaji sebelum ini mendapati asnaf mualaf di Malaysia cenderung memilih aliran pendidikan akademik berbanding aliran pendidikan kemahiran. Justeru melanjutkan penelitian lalu, kajian ini berhasrat meninjau peranan yang dimainkan oleh Institusi pengajian Tinggi terpilih iaitu Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dalam pendidikan golongan asnaf mualaf di samping meninjau perkhidmatan pendidikan yang disediakannya dan mengenalpasti aspek-aspek yang menjadikan sistem pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi releven bagi memenuhi keperluan golongan ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunapakai pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Teknik temu bual mendalam dengan persampelan bertujuan digunakan bagi pengumpulan data, di samping analisis dokumen merangkumi kajian kepustakaan serta penelitian teks dan dokumen. Data dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan dan analisis tematik. Kajian mendapati Kolej Dar al-Hikmah berperanan sebagai IPT panel di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menampung keperluan pendidikan para asnaf mualaf yang berkelayakan di samping menyediakan peluang kepada golongan asnaf mualaf untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pengajian Islam dan sains kemanusiaan dengan beberapa persyaratan. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) juga dianggap memuaskan kerana memenuhi kriteria minima dalam apek fasiliti, pentadbiran dan akademik seperti yang ditetapkan badan regulator berkaitan. Di samping itu, institusi ini membangun model pendidikan tersendiri yang dikenali sebagai ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang mengadun acuan pendidikan holistik yang menggabungjalinkan elemen pendidikan akademik, pengukuhan asas agama, pembentukan watak, kesedaran dakwah serta aktivisme sosial.

Terdapat dua aspek penting menjadikan institusi pengajian tinggi releven untuk membantu membangun pendidikan golongan mualaf iaitu struktur akademik yang terkawalselia, dan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan di samping saranan kepada pihak berkepentingan khususnya pihak otoriti keagamaan dalam merencana tindakan yang lebih pragmatik dalam memperkasa agenda pembangunan pendidikan mualaf.

Kata Kunci: Asnaf Mualaf, Pendidikan Tinggi, Kolej Dar al-Hikmah.

(13)

340 PENGENALAN

Pendidikan merupakan keperluan asasi yang menempati hierarki keperluan yang utama bagi seseorang manusia dalam era ini. Malah, menuntut ilmu menjadi suatu saranan keagamaan yang penting dalam Islam sehinggakan secara jelas meletakkan hukum wajib bagi setiap Muslim untuk menuntut ilmu: “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim” (Hadith riwayat Ibnu Majah, no. 224). Lebih daripada itu, Islam menjanjikan ganjaran-ganjaran yang lumayan bagi mereka yang berusaha mencari ilmu pengetahuan seperti yang tergambar dalam sabdaan Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka akan dimudahkan oleh Allah SWT baginya jalan-jalan ke syurga.” (Hadith riwayat Muslim, no. 2699).

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk meningkatkan keupayaan diri dengan berusaha menuntut ilmu di samping para pemerintah Muslim atau otoriti keagamaan berinisiatif menyediakan akses pendidikan kepada rakyat di bawah pentadbirannya. Di Malaysia, undang-undang telah mewajibkan pendidikan peringkat primer iaitu pendidikan peringkat sekolah daripada tahun satu sehingga darjah enam sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan (Pindaan 2002). Di bawah akta ini, dalam seksyen 29A (2) memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini perlu memastikan anak-anak mereka yang mencapai usia tertentu didaftarkan sebagai murid sekolah rendah dan mengikuti pembelajaran sepanjang tempoh yang ditetapkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Justeru, kerajaan Malaysia di bawah mekanisme dan jentera yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan banyak kemudahan untuk akses pendidikan pada peringkat ini.

Walaupun begitu, tidak semua rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat pendidikan tertieri atau pendidikan tinggi. Pendidikan peringkat tertier hari ini menjadi suatu keperluan semasa yang penting, lebih-lebih lagi dalam dunia global dengan perkembangan pesat ilmu pengetahuan. Kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi bukan sahaja dapat memenuhi keperluan keilmuan seseorang dalam bidang akademik yang ditekuninya, tetapi juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik dan peningkatan status sosio-ekonominya

Dalam perkembangan yang sama, salah satu golongan ‘minoriti’ dalam negara majoriti Muslim di Malaysia iaitu golongan asnaf mualaf juga tidak terkecuali daripada perintah keagamaan menuntut ilmu pengetahuan, khususnya ilmu-ilmu berkaitan agama memandangkan mereka merupakan kelompok yang baharu mengenal Islam dan memeluknya. Mualaf atau golongan yang baharu memeluk Islam dapat dikenali juga sebagai ‘saudara baharu’. Mu’jam Lu hah al-Fuqaha’

memberikan definisi mualaf sebagai “seseorang yang diberi zakat untuk melembutkan hati mereka supaya memeluk Islam” (Azman A.R. et al., 2015). Mualaf juga dikategorikan sebagai salah satu kelompok yang layak menerima zakat sebagaimana

(14)

341

firman Allah: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang- orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan...” (Surah al-Tawbah (9):

60).

Sesuai dengan perintah berzakat dalam Islam, otoriti keagamaan adalah institusi yang mengemban amanah umat dalam membantu mengagihkan perolehan zakat kepada golongan asnaf mualaf termasuklah menyediakan skim dan program pendidikan bagi mereka. Dalam konteks golongan mualaf di Malaysia, adalah menjadi keprihatinan bagi umat untuk sama-sama membantu mencari formula terbaik dalam perkembangan pendidikan mereka. Tidak seperti pendidikan peringkat primer dan sekunder iaitu persekolahan rendah dan menengah, pendidikan peringkat tertier mempunyai kaedah, mekanisme dan juga sistem yang sama sekali berbeza dengan yang dilalui dalam peringkat pendidikan sebelumnya. Malah, perbelanjaan yang besar juga diperlukan bagi membiayai pengajian di peringkat ini, di samping syarat-syarat kelayakan yang harus dipenuhi. Tanpa menafikan peranan kelas-kelas pengukuhan agama dan inisiatif skim dan program pendidikan yang diinisiatifkan oleh banyak pihak, laluan pendidikan peringkat tinggi juga wajar menjadi salah satu sasaran dalam pembangunan pendidikan golongan ini.

Skim dan program pendidikan yang pelbagai diwujudkan dengan sokongan dana zakat pendidikan menjadikan zakat sebagai mekanisme yang utama dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembiayaan pendidikan dalam kalangan golongan ini, sepertimana dipetik daripada penelitian Azman Abdul Rahman et al. (2017).

Walaupun begitu, persoalan tentang keberkesanan dan kemapanan skim dan program pendidikan oleh pihak-pihak terbabit wajar untuk diteliti. Selain daripada kelas-kelas pengukuhan agama dan program-program keagamaan yang dibangunkan oleh pihak tertentu, pengkaji berpendapat bahawa sistem pendidikan yang lebih teratur dan bersistem seperti yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi adalah sesuai bagi memenuhi keperluan semasa golongan ini.

Pengkaji sendiri sebelumnya telah mengenalpasti kecenderungan pemilihan aliran pendidikan dalam kalangan asnaf mualaf di Malaysia melalui suatu kajian yang khusus (Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid, 2017). Kecenderungan aliran pendidikan dalam kalangan asnaf mualaf juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambilkira. Kajian tersebut menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaji selidik sebagai teknik pengumpulan data dengan strategi persampelan rawar berstatifikasi tidak bernisbah dengan mensasarkan asnaf mualaf dalam kalangan 514 orang pelajar daripada empat buah pusat latihan mualaf di Malaysia. Daripada data yang diperoleh, asnaf mualaf didapati cenderung memilih pendidikan aliran akademik berbanding aliran kemahiran walaupun nisbah pemilihan antara kedua-dua aliran hampir seimbang. Sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 280 orang mualaf (54%) berminat dengan aliran akademik berbanding seramai 234 orang mualaf

(15)

342

(45.5%) memilih aliran kemahiran justeru mengindikasikan secara jelas bahawa aliran akademik adalah pilihan majoriti oleh asnaf mualaf. Kecenderungan terhadap aliran pendidikan akademik oleh asnaf mualaf di Malaysia dikenalpasti didorong oleh faktor utama motivasi dan minat. Dalam masa yang sama, minat mualaf terhadap aliran pendidikan akademik ditentusahkan melalui kaedah ujian psikometrik minat kerjaya model H llan ’s dan keputusannya adalah koheren (Muhammad Haffiz dan Hairunnizam Wahid, 2017).

Diakui terdapat pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam membangun pendidikan golongan mualaf, malah peruntukan yang besar juga dikeluarkan. Namun, pemantauan dan kawal selia terhadap keberkesanan program pendidikan yang dilaksanakan adalah amat minima. Malah kelemahan-kelemahan yang ketara dikenalpasti dalam pelaksanaannya seperti kualiti isi kandungan pengajaran, kaedah penyampaian, penilaian kefahaman peserta, pengawalseliaan kualiti program dan konsistensi pelaksanaan. Atas sebab itu, dapat diandaikan bahawa kondisi pendidikan yang lebih baik dan teratur mungkin dapat dimanfaatkan untuk pembangunan pendidikan golongan mualaf. Sorotan terhadap kajian-kajian lepas juga mengisyaratkan pentingnya untuk meneliti peranan sistem pendidikan berstruktur yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi dalam membantu perkembangan pendidikan golongan mualaf agar rencana dan strategi yang dirangka dalam membela kelompok ini akan menatijahkan hasil yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan mereka, sekaligus memenuhi amanah pertanggungjawaban umat terhadap golongan ini.

Justeru, sebagai lanjutan daripada kajian Muhammad Haffiz dan Hairunnizam Wahid (2017), pengkaji berpendapat bahawa pendidikan di institusi pengajian tinggi, sebagai satu bentuk daripada aliran pendidikan akademik wajar untuk diteliti, memandangkan ia mempunyai ciri dan bentuk yang tersendiri. Oleh yang demikian, penelitian terhadap sistem pendidikan tertieri di Institusi Pengajian Tinggi dan kesesuaiannya dalam memenuhi keperluan semasa golongan asnaf perlu dilakukan.

Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh institusi seperti ini perlu dikenalpasti dan dimanfaatkan untuk kejayaan agenda pembangunan pendidikan golongan mualaf.

Dalam penelitian ini, pengkaji memfokuskan tumpuan kajian ini kepada peranan yang boleh dimainkan oleh Institusi Pengajian Tinggi dalam membangun pendidikan mualaf. Memandangkan tidak semua institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai prosedur menyantuni golongan mualaf, maka pengkaji memilih salah sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengalaman menguruskan pelajar daripada golongan asnaf mualaf iaitu Kolej Dar al-Hikmah, Kajang sebagai kajian kes bagi kajian ini.

Oleh yang demikian, penelitian ini meletakkan objektif-objektif berikut sebagai tujuan kajian: (1) meninjau peranan yang dimainkan oleh Institusi Pengajian Tinggi terpilih iaitu Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dalam pendidikan golongan mualaf; (2) meninjau perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kolej Dar al- Hikmah (KDH), Kajang; (3) mengenalpasti aspek yang menjadikan sistem pendidikan

(16)

343

di Institusi Pengajian Tinggi releven untuk perkembangan pendidikan golongan mualaf.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dengan menggunapakai pendekatan kaedah kualitatif dan merangkumi dua teknik pengumpulan data iaitu temubual dan analisis dokumen.

Pengumpulan data secara temubual dikendalikan dengan kaedah temuramah mendalam (in-depth interview) di mana pengkaji memilih strategi persampelan bertujuan dengan bertemu sendiri dengan Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah dan menemuramah responden tentang subjek kajian. Teknik ini tidak memerlukan pengkaji menemubual responden dalam bilangan tertentu melainkan mengenalpasti individu yang selayaknya yang mempunyai pengetahuan mendalam atau pengalaman langsung dengan subjek kajian (Jasmi, K. A., 2012). Justeru, responden ditemubual dengan berpandukan senarai soalan yang disediakan dengan pertanyaan soalan tambahan sebagai huraian daripada jawapan responden atau mengikut keperluan informasi oleh pengkaji. Teknik pengesahan peserta (participant validity) sebagaimana disarankan oleh Lincoln and Guba (1985) digunakan sebagai langkah memastikan terdapatnya kebolehpercayaan (reliability) dan kebolehbergantungan (dependability) data. Teknik ini memerlukan pengkaji membentangkan hasil dapatan kajian kepada responden atau informan untuk mengesahkan sama ada dapatan tersebut menggambarkan pandangan atau maklumat sebenar yang telah beliau berikan.

Manakala analisis dokumen dilaksanakan merangkumi kajian kepustakaan serta penelitian teks dan dokumen-dokumen berkaitan model, silibus, dan perkhidmatan pendidikan oleh Kolej Dar al-Hikmah seperti Laporan Tahunan Prestasi KDH, Pelan Strategik Resolusi Camar Laut, Himpunan Pidato Kependidikan Presiden KDH, laman portal web KDH dan sebagainya. Menurut Bowen (2009), teknik analisis dokumen adalah prosedur sistematik untuk menyorot dan menilai dokumen sama ada bahan bercetak ataupun elektronik. Teknik ini adalah sesuai dijalankan bersama teknik temu bual sebagai suatu prosedur triangulasi atau kombinasi metodologi dalam penelitian terhadap fenomena yang serupa (Denzin, 1970). Bukan sekadar membantu pengkaji memperoleh data berkaitan, triangulasi seperti ini juga menunjukkan usaha pengkaji menyediakan pembuktian-pembuktian daripada pelbagai jalur sumber yang menjadikannya berkredibiliti (Eisner, 1991).

Data yang telah terkumpul dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan (content analysis) dan analisis tematik (thematic analysis) yang melibatkan proses imbasan (skimming), pembacaan mendalam (thorough examination) dan pentafsiran (Bowen, 2009).

HASIL KAJIAN

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Ditubuhkan pada tahun 1989, ia merupakan antara institusi pendidikan Islam swasta yang terawal di Malaysia. Ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah

(17)

344

pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan, KDH merupakan buah hasil daripada pemikiran kependidikan para penggiat dan aktivis ABIM. ABIM menubuhkan rangkaian institusi pendidikannya bermula dengan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI) dan diperingkat pendidikan tertireri, ditubuhkan KDH sebagai lanjutan daripada rangkaian institusi pendidikannya. (KDH, 2015).

KDH pada awalnya didirikan dengan nama Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI). Ia dibangunkan dalam suasana masyarakat awam khususnya umat Islam yang dahagakan ilmu khususnya yang berkaitan dengan ilmu-ilmu agama Islam. (Ghazali Basri, 1994). Dalam masa yang sama, ketika awal penubuhannya, hanya terdapat tiga institusi pendidikan formal di peringkat pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan pengajian Islam secara berstruktur iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di bawah jabatan atau unitnya masing-masing. Kolej Islam Malaya juga merupakan institusi yang awal namun fungsinya telah diambilalih UKM dengan penyerapan pelajar Kolej Islam setelah penubuhan universiti ini (Mohd Halimi Abdul Hamid, 1996). Walau bagaimanapun, institusi pendidikan yang tersebut mensyaratkan kelayakan akademik tertentu bagi melayakkan individu menyertainya. Justeru, penubuhan IPI boleh dikatakan tepat pada waktunya bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan oleh institusi pengajian Islam formal yang lain (Mohd Halimi Abdul Hamid, 1996).

IPI mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada khalayak. Kuliah dijalankan pada hujung minggu secara separuh masa. Sukatan pelajarannya dibangunkan sendiri oleh para aktivis ABIM ketika itu khususnya yang terdiri daripada para akademia dan pensyarah di universiti-universiti. Merekalah juga yang secara sukarela menjadi tenaga pengajar di IPI walaupun imbuhan atau elaunnya relatif kecil. Bukan sekadar institusi yang menyediakan pengajian ilmu-ilmu Islam, IPI juga sebenarnya berfungsi sebagai medan eksperimentasi bagi pengembangan teori-teori baharu dalam pemikiran Islam khususnya dalam wacana PengIslaman Ilmu atau Islamisasi Ilmu (Ghazali Basri, 1994). Sesuai dengan peredaran zaman, dan regulasi-regulasi baharu daripada otoriti, IPI juga turut mengalami perubahan. Ini termasuklah pengambilan pelajar sepenuh masa, penubuhan kampus tetap, pengurusan urustadbir secara sepenuh masa, dan persyaratan akreditasi untuk program-program akademiknya. Menjelang tahun 2002, IPI ditukar nama kepada namanya yang sekarang iaitu Kolej Dar al-Hikmah.

Kolej Dar al-Hikmah pernah dan sedang dipimpin oleh para akademia dan golongan pendidik yang mengabdikan diri mereka dalam perjuangan kependidikan, antaranya Profesor Emeritus Dato Dr. Osman Bakar sebagai pengarah pertama, Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa, Dr. Ghazali Basri, Dato’ Mokhtar Shafie, Haji Ahmad Mohd Said, Prof Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Haji Fuad Bahari dan Haji Muhamad Khailani Abdul Jalil. Para penggerak dan petugas di KDH menganggap kerja-kerja mereka di KDH bukan semata-mata karier atau kerjaya, tetapi merupakan perjuangan, kebajikan dan dakwah. (Muhamad Khailani Abdul Jalil, 2017).

(18)

345

Setelah hampir 30 tahun bertahan dalam arena pendidikan tinggi, KDH masih lagi mengekalkan beberapa ciri unik yang tersendiri, antaranya pembudayaan ilmu dalam kalangan warganya. Selain itu, aspek kebajikan juga menjadi prioriti KDH di mana ia dapat dilihat pada struktur yuran pengajian yang relatif rendah, penyantunan terhadap pelajar dalam golongan yang berpendapatan rendah, persediaan khusus untuk golongan mualaf, dan penawaran biasiswa di bawah Dana Pendidikan al- Hikmah bagi yang berkelayakan.

Bermula tahun 2008, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) telah dipilih sebagai salah satu institusi pengajian tinggi panel oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menampung keperluan pendidikan golongan asnaf mualaf. MAIS menghantar para pelajar dalam kalangan asnaf mualaf yang berkelayakan (menurut kriteria MAIS) untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di KDH dengan penajaan oleh pihak MAIS. Jadual 2 menunjukan keputusan peperiksaan semester 1 bagi pelajar- pelajar baharu tajaan MAIS di Kolej Dar al-Hikmah. Daripada 46 orang pelajar baharu golongan mualaf tajaan MAIS tersebut, majoriti mencatatkan prestasi pencapaian sederhana iaitu pada purata nilai gred kumulatif antara 2.01 hingga 3.00 iaitu sebanyak 43.5% (20 orang), diikuti pencapaian cemerlang dengan purata nilai gred 3.01 hingga 4.00 iaitu sebanyak 34.8% (16 orang) dan pencapaian lemah kurang 2.00 sebanyak 9.6% (9 orang). Keputusan ini dinilai sebagai prestasi yang memuaskan.

Daripada hasil temu bual, dengan menjurus kepada permasalahan kajian, pengkaji mengenalpasti tema-tema yang kemudiannya dikodkan secara induktif.

Pengkaji mengkategorikannya ke dalam lima tema utama iaitu “Persediaan Pendidikan”, “Struktur Pendidikan”, “Model Pendidikan”, “Pengajaran dan Pembelajaran” dan “Pencapaian dan Pengiktirafan”. Tema “Persediaan Pendidikan”

didapati menjawab permasalah kajian bagi objektif pertama kajian (tentang peranan KDH dalam pendidikan mualaf), manakala tema “Model Pendidikan” dan

“Pencapaian dan Pengiktirafan” menjawab permasalahan kajian bagi objektif kedua (perkhidmatan pendidikan KDH). Seterusnya permasalahan kajian ketiga bagi objektif mengenalpasti aspek kerelevenan institusi pengajian tinggi terhadap pendidikan mualaf terjawab dengan tema “Struktur Pendidikan” dan “Pengajaran dan Pembelajaran”

Peranan Kolej Dar al-Hikmah dalam pendidikan asnaf mualaf: Jadual 3 menunjukkan tema “Persediaan Pendidikan” yang mengindikasikan peranan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dalam pendidikan asnaf mualaf. KDH menerima kemasukan pelajar mualaf khususnya daripada pihak MAIS walaupun kriteria kelayakan di peringkat kedua-dua pihak mungkin berbeza. Justeru ujian penempatan (placament test) dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan pelajar dalam asas-asas agama. Selain itu, ‘Kelas Pengukuhan Mualaf’ sebagai persediaan kepada pelajar mualaf sebelum mengikuti subjek teras dalam program akademik peringkat diploma. Kelas ini menempatkan para pelajar asnaf mualaf yang belum mencapai tahap memuaskan dalam penguasaan pengetahuan-pengetahuan asas agama bagi memastikan mereka

(19)

346

tidak mengalami keciciran ketika mengikuti matapelajaran teras kelak. Tujuan kelas ini diwujudkan adalah berdasarkan pengalaman pihak KDH mengendalikan pelajar- pelajar asnaf mualaf sebelum ini khususnya yang mengikuti program akademik diploma usuluddin dan diploma syariah. Dalam masa yang sama disyaratkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan mewajibkan kelas bahasa sehingga beberapa tahap di samping menekankan penguasaan pembacaan al- Quran dengan mewajibkan kelas Tilawah al-Quran dan tajwid.

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan di Kolej Dar al-Hikmah:

Perkhidmatan pendidikan di Kolej Dar al-Hikmah dapat ditinjau melalui dua aspek iaitu aspek fasiliti asas dan model pendidikan. Fasiliti asas di KDH dapat dianggap memuaskan berdasarkan pengiktirafan keseluruhan 4 bintang dalam penarafan

“Sistem Penilaian Kualiti” (MyQUEST) untuk IPTS bagi dua kali penilaian berturut- turut iaitu pada 2012/2013 dan 2014/2015. Penilaian ini merangkumi keseluruhan pengurusan pentadbiran dan pengurusan akademik sesebuah kolej swasta. Manakala dari aspek model pendidikan, KDH telah membangunkan model pendidikan tersendiri dengan falsafah, nilai dan budaya yang dicerminkan dalam semua urusan melibatkan warga institusi yang dikenali sebagai institusi ini membangun model pendidikan tersendiri yang dikenali sebagai ‘Pendidikan al-Hikmah’. Ia mengadun acuan pendidikan holistik yang menggabungjalinkan elemen pendidikan akademik, pengukuhan asas agama, pembentukan watak pelajar, kesedaran dakwah serta aktivisme sosial. Kedua-dua aspek perkhidmatan pendidikan ini dapat ditinjau dalam Jadual 4 yang menggariskan tema “Pencapaian dan Pengiktirafan” dan “Model Pendidikan”.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa, Kolej Dar al-Hikmah diiktiraf sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang sah dan berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Oleh yang demikian, kesemua program akademik di Kolej Dar al-Hikmah iaitu Diploma Usuluddin, Diploma Syariah, Diploma Pengajian Islam Muamalat, Diploma Kaunseling, Diploma Perakaunan, Diploma Psikologi dan Diploma Pendidikan Pra Sekolah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kolej Dar al-Hikmah juga telah memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara untuk tujuan menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pemetraian MoU seperti ini hanya dapat berlaku melalui persefahaman dan kepercayaan antara kedua-dua pihak yang memetrai memorandum.

Ternyata KDH adalah sebuah institusi yang berkredibiliti berdasarkan rekod penglibatan para ilmuwan dan golongan pendidik yang berpengalaman di KDH (Kolej Dar al-Hikmah, 2015)

Model ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang dibangunkan di KDH digarap daripada surah Luqman dengan 10 nilai yang terumus daripadanya iaitu pemurnian akidah, kebaktian kepada ibu bapa, ketegasan bersikap, kesedaran, pelaksanaan solat, amar makrif nahi munkar, berdaya tahan, menghindari keangkuhan, kesederhanaan, dan kesantunan (Siddiq Fadzil, 2014). Kesemua nilai ini merupakan teras pembinaan

(20)

347

watak warga Kolej Dar al-Hikmah. Selain penekanan terhadap kecemerlangan akademik, aktiviti ko-kurikulum adalah suatu kegiatan wajib dan aktiviti berpersatuan adalah amat digalakkan di samping kegiatan kemasyarakatan. Suatu ciri menonjol Kolej Dar al-Hikmah (KDH) adalah penerapan pembudayaan ilmu dalam kalangan warganya. Walaupun saiz fizikalnya relatif kecil, namun keaktifan dalam pembudayaan ilmu boleh dianggap memberangsangkan. KDH mempunyai unit penyelidikan dan penerbitannya yang tersendiri, dikenali sebagai Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). AKK yang ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan menganjurkan wacana ilmiah, seminar dan konferens serta menerbitkan buletin, buku dan jurnal ilmiah. Dalam pemerhatian penyelidik, KDH melalui AKK telah menerbitkan jurnal JAWHAR Jurnal Kajian Ketamadunan selama lima belas tahun berturut-turut dan sehingga kini menerbitkan 15 jilid jurnal JAWHAR, tujuh terbitan monograf, 13 terbitan buletin Madaniyyat, enam terbitan Siri Pendidikan Tinggi Islam, dan 15 terbitan buku ilmiah tidak berkala,

Aspek kerelevenan IPT dalam membangun pendidikan asnaf mualaf: Kajian ini mengenalpasti dua aspek kerelevenan utama institusi pengajian tinggi bagi membantu membangun pendidikan golongan mualaf iaitu struktur akademik yang terkawalselia, dan proses pengajaran-pembelajaran yang terancang. Ini dapat dilihat dalam Jadual 5 yang menunjukkan tema “Struktur Pendidikan” dan “Pengajaran dan Pembelajaran”.

Struktur Pendidikan di institusi pengajian tinggi, melalui penelitian terhadap Kolej Dar al-Hikmah didapati mematuhi garis panduan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 1996 (KPT) sesuai dengan persyaratan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) iaitu suatu akta yang memperutukkan syarat dan prosedur untuk penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawalseliaan dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta (Kementerian Pengajian Tinggi, 2016). Secara umum, setiap matapelajaran mempunyai tiga jam kredit, dan setiap semester pengajian di Kolej Dar al-Hikmah adalah selama 14 minggu kuliah bertatap muka. Setiap matapelajaran mempunyai objektif, sasaran hasil pembelajaran dan jam pembelajaran yang ditentukan secara spesifik. Manakala, penilaian pelajar dibuat dengan pentaksiran melalui ujian dan peperiksaan, pembentangan, penyertaan dalam kuliah, artikel ilmiah, kajian lapangan dan latihan praktikal. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai badan pengaawalselia akan melakukan penilaian berkala bagi memastikan kesemua program akademik di Kolej Dar al-Hikmah dikawalselia. Sekiranya didapati pihak institusi pengajian tinggi tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil termasuklah tidak memperbaharui lesen akreditasi program akademik dan pergantungan lesen operasi institusi.

Pengajaran dan pembelajaran terancang menjadi ciri penting sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi. Melalui kajian terhadap Kolej Dar al- Hikmah, kehadiran ke kuliah adalah diwajibkan. Ini menandakan rutin kelas

(21)

348

pengajian di institusi pengajian tinggi mempunyai kekerapan dan konsistensi yang jitu. Sesi kuliah pula mengutilisasikan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, nota kuliah dan lain-lain. Kemahiran interaksi antara guru-murid di peringkat pengajian tinggi (tertieri) sudah semestinya berbeza dengan yang dialami ketika di peringkat pendidikan rendah dan menengah. Di peringkat tertieri, pensyarah berinteraksi dengan pelajar secara profesional dengan kemahiran andragogi (kaedah pengajaran orang dewasa). Malah, proses penyaluran ilmu tidak lagi berifat guru- sentrik melainkan para pelajar sendiri digalakkan untuk menyampaikan pandangan mereka dalam sesi kuliah. Selain itu, pelajar dilatih untuk menjana pengetahuan melalui pencarian maklumat dan pengkajian.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Kolej Dar al-Hikmah sebagai institusi terpilih untuk kajian ini memainkan peranan yang signifikan dalam membantu membangun pendidikan golongan mualaf. Peranan KDH dalam merangka persediaan pendidikan yang sistematik untuk golongan mualaf dapat menjadi model asas bagi program khusus pendidikan mualaf di institusi pengajian tinggi. Ujian penilaian bagi mengukur tahap pengetahuan asas agama golongan asnaf mualaf, misalnya, adalah sangat penting agar tidak berlaku keciciran dalam pengajian sekiranya pelajar tidak mencapai tahap kemampuan yang minima. Justeru, kelas pengukuhan mualaf sebagai persediaan golongan ini sebelum mengikuti subjek teras dilihat sangat releven dan prihatin dengan kondisi golongan ini. Perkhidmatan pendidikan yang baik dari aspek fasiliti dan model pendidikan juga dapat dijadikan keutamaan dalam menyediakan platform pendidikan yang sesuai untuk golongan asnaf mualaf.

Dengan model pendidikan al-Hikmah seperti yang dibangunkan KDH ini, golongan mualaf bukan sekadar membangun potensi mereka dalam bidang akademik semata-mata, tetapi juga membangun watak yang terampil. Kajian juga memperoleh dapatan penting di mana dua aspek kerelevanan institusi pengajian tinggi dikenalpasti khusus dalam menciptakan wadah pendidikan yang berkesan untuk golongan asnaf mualaf iaitu struktur akademik yang terkawalselia dan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Tidak seperti keadaan pendidikan tidak-formal atau non-formal, sistem pengajian di institusi pengajian tinggi adalah sangat menitikberatkan pencapaian indeks-indeks tertentu dalam keberkesanannya. Oleh yang demikian, pendisplinan pelajar khususnya golongan asnaf mualaf dapat dikekalkan dalam proses pengajian mereka. Tambahan lagi, jika dana zakat dibelanjakan untuk tujuan ini, sudah semestinya buah hasil yang positif dinatijahkan agar berbaloi dengan perbelanjaan dan yang lebih penting lagi amanah umat dalam membantu golongan ini dilunasi.

Kajian ini adalah lanjutan daripada penelitian terhadap kecenderungan aliran pendidikan golongan mualaf yang mendapati bahwa golongan mualaf lebih meminati aliran pendidikan akademik berbanding pendidikan kemahiran. Justeru, sebuah

(22)

349

institusi pengajian tinggi dipilih bagi meninjau kerelevenan sistem pendidikan IPT untuk golongan mualaf. Kerangka kajian ini dapat dimanfaatkan untuk melanjutkan penelitian bagi kajian kes di institut pengajian tinggi lain pula. Di samping itu, pendekatan kajian bersifat kuantitatif juga dapat dijalankan untuk objektif yang sama bagi mengesahkan dapatan kajian ini.

Di sini pengkaji mengusulkan beberapa saranan untuk kebarangkalian tindakan oleh pihak yang berkenaan. Bagi pihak otoriti keagaamaan khususnya di peringkat negeri wajar untuk mengenalpasti sisi-sisi pro dan kontra skim pembiayaan pendidikan mereka yang rencam selama ini. Justeru, daripada pengenalpastian itu, pihak otortiti agama dapat bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang berwibawa dalam merangka pendekatan-pendekatan khusus, bagi membolehkan golongan asnaf mualaf mengikuti pengajian di peringkat tertieri, dengan melalui disiplin dan rutin yang teratur dalam sistem pembelajaran berstruktur yang terkawalselia. Selain mampu menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang ditekuni, ia juga penting dalam meminimakan keciciran pelajar dalam proses pengajian mereka.

Selain itu, pihak institusi pengajian tinggi perlulah membuka ruang yang fleksibel dalam ruang lingkup bidang kuasa mereka bagi menerima golongan asnaf mualaf ini. Kemungkinan besar kriteria yang tinggi tidak mampu dicapai oleh sesetengah individu dalam kalangan mualaf, tetapi home-grown course mampu dibangunkan oleh pihak IPT untuk golongan seperti ini sebagai persiapan menempuh alam pendidikan tinggi yang serba mencabar.

KESIMPULAN

Golongan mualaf wajar dibantu dalam pembangunan aspek pendidikan mereka.

Pelbagai dimensi mesti diambilkira dalam merencana agenda ini. Kelebihan yang ada pada institusi pengajian tinggi mestilah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk menggarispandukan halatuju pendidikan golongan mualaf. Pihak otoriti agama yang saban tahun membenlanjakan wang zakat untuk membiayai program berkait pendidikan golongan mualaf wajar peduli terhadap keberkesanan perbelanjaan mereka. Melalui kajian ini, didapati sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi memang releven dalam melakarkan konstruk pembangunan pendidikan mualaf khususnya aspek struktur akademik yang terkawalselia, dan proses pengajaran- pembelajaran yang terancang.

Daripada penelitian terhadap Kolej Dar al-Hikmah, didapati peranan yang dimainkan IPT ini dapat dijadikan model konsep dalam merencana penambahbaikan untuk pembangunan pendidikan mualaf. Dengan komitmen pihak IPT sendiri untuk memberi peluang kepada asnaf mualaf dengan menyediakan peluang mengikuti pengajian dengan syarat yang fleksibel di samping persediaan pendidikan yang sistematik untuk golongan ini, maka cita-cita mereka untuk mengikuti pengajian peringkat tertieri tidak lagi sekadar mimpi. Malah nilai tambah lain seperti pembudayaan ilmu, pembinaan watak, penekanan terhadap asas agama dan galakan

(23)

350

berpersatuan akan mampu membentuk peribadi invidu mualaf yang cemerlang.

Dengan kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi di samping pengalaman alam kampus kelak bukan sahaja dapat memenuhi keperluan keilmuan mereka, tetapi juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik dan peningkatan status sosio-ekonominya.

RUJUKAN

A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pow. (2015). Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf: Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

Aedy Norali Samad. (1999). Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam: Organisasi dan Metodologi Dakwahnya: Satu Kajian di IPI, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Kolej Islam Darul Ehsan: Tesis Diploma.

Azman, A.R, Irwan, M.S, Nuradli Ridzwan Shah, M.D, Mahazan, A.M, Wan Mohd.

Fazrul Azdi, W.R, Rose Irnawaty, Ibrahim & Norlina Ismail. (2015). Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia.

Kongres Pendidikan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (ECNA 2015), 11 Jun 2015, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar. (2014). Zakat Pendidikan kepada Golongan Asnaf di Malaysia: Peranan dan Cabarannya pada Masa Kini.

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf (IMAF 2014) Dec 2014. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar. (2014). Dana Zakat dalam Pendidikan Asnaf dan Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM ke-9. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri, Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar. (2017). Keperluan Kepada Skim Bantuan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning untuk Fakir Miskin Menerusi Zakat. Prosiding International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017. UKM, Bangi, dan Princess of Naradhiwat University, Thailand.

Bowen, Glenn A. (2009). Document Analysis as a Qualitative Research Method.

Qualitative Research Journal. Vol. 9, no. 2: 27-40.

Denzin, N. K. (1970). The Research Act: A Theoritical Introduction to Sociological Methods.

New York: Aldine.

Eisner, E. W. (1991). The Enlightened Eyes: Qualitative Inquiry and the Enhancement of Educational Practice. Toronto: Collier Macmillan Canada.

(24)

351

Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim, Ahmad Fahme Mohd Ali. (2014). Zakat Distribution and Programme for Sustaining Muallaf Belief and Thought. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 66:1 (2014).

Ghazali Basri. (1994). Institute for the Studies in Islamic Sciences (IPI)-ABIM: An Introduction dlm Jurnal Pendidikan Islam, Jil. 6, Bil. 2. Kajang: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Hairunnizam Wahid dan Sanep Ahmad. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/2009, 10-11 Februari 2009 bertempat di APIUM.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif, dlm. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002:

Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2016). Dokumen Slaid Sesi Pendengaran Awam Cadangan Pindaan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Bahagian Governan IPTS.

Kolej Dar al-Hikmah. (2009). Pelan Strategik KDH 2009-2014: Kesepakatan Camar Laut.

Kolej Dar al-Hikmah. Buletin al-Hikmah, Isu 1 (2014), Isu 2 (2015), Isu 3 (2016).

Lincoln, Y. S., & Guba, E. G. (1985). Naturalistic Inquiry. Newbury Park, California:

Sage Publications.

Mohd Halimi Abdul Hamid. (1996). Adult Learners Motivational Orientations and Motivation Towards Programme of the Institute for the Studies in Islamic Sciences. Univeriti Putra Malaysia: Tesis Sarjana.

Muhamad Khailani bin Abdul Jalil. Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah. Temu bual 01 Julai 2017.

Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid. (2017). Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia. Makalah bakal dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-12 pada 12-13 september 2017 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prospektus Kolej Dar al-Hikmah 2015. Bangi: Kolej Dar al-Hikmah.

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Marlon Pontino Guleng. (2014). Respon Muallaf Terhadap Pendidikan dan Latihan Amali yang Dilaksanakan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siddiq Fadzil. (2014). Pendidikan al-Hikmah: Himpunan Pidato Kependidikan (edisi kemasini). Kajang: Akademik Kajian Ketamadunan.

Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai Pow. (2015). Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf: Satu

(25)

352

Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Martiah Anwar, Azman Ab Rahman, Nor Asiah Yaakub, Mohd Faez Abu Bakar.

(2014). Bantuan Zakat Pendidikan kepada Golongan Asnaf: Kajian Perbandingan antara Negeri Sembilan dan Negeri Selangor. Muktamar Waqaf Iqlimi 2014. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Suhaimi Samad. (1995). Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI): Peranan Organisasi Kepimpinannya, Perkembangannya serta Keberkesanannya dalam Dakwah Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Lampiran

Jadual: Taburan dapatan ujian psikometri pemilihan kerjaya responden golongan asnaf mualaf

Pilihan bidang pengajian

Pilihan bidang pengajian3

Ujian psikometri2 pemilihan kerjaya

Perbezaan (F)1 Kekerapan

(F)

Peratus (%)

Kekerapan (F)

Peratus (%)

Kekerapan (F)

Peratus (%) Aliran

akademik 280 54.5 266 51.8 14 2.7

Aliran

kemahiran 234 45.5 248 48.2 -14 -2.7

Jumlah 514 100.0 514 100.0

Nota: 1 Perbezaan nilai kekerapan (F) antara nilai (F) pilihan pengajian – nilai (F) ujian psikometri

2 berdasarkan Holland Code

3 berdasarkan Jadual 7

Sumber: Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid (2017)

Jadual 2: Taburan purata nilai gred kumulatif keseluruhan pelajar mualaf bagi peperiksaan Semester 1

Program Akademik Bilangan (orang)

<2.00 2.01-3.00 3.01-4.00

Diploma Syariah 23 2 14 7

Diploma Usuluddin 17 5 4 8

Diploma Kaunseling 2 1 1 0

Diploma Psikologi 4 2 1 1

Jumlah 46 9 20 16

Sumber: Unit Peperiksaan Kolej Dar al-Hikmah (2017)

(26)

353

Jadual 3: Peranan KDH dalam pendidikan mualaf

Kod Induktif Tema

Persediaan Pendidikan untuk asnaf Mualaf

Meletakkan syarat (yang minima) bagi kemasukan ke program akademiknya.

Mengadakan ujian penempatan (placament test) bagi semua pelajar baharunya (mualaf) untuk menilai tahap pengetahuan pelajar.

Menyediakan Kelas Pengukuhan Mualaf sebagai persediaan kepada pelajar mualaf.

Mensyaratkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan mewajibkan kelas bahasa sehingga beberapa tahap.

Mensyaratkan penguasaan pembacaan al-Quran dengan mewajibkan kelas Tilawah al-Quran dan tajwid.

Sumber: Temu Bual (2017)

Jadual 4: Model pendidikan perkhidmatan pendidikan yang disediakan di KDH

Kod Induktif Tema

Pengiktirafan Pencapaian

KDH diiktiraf sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang sah dan berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kesemua program akademik di KDH mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

KDH telah memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara untuk tujuan menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

KDH telah berusia 28 tahun dan diasaskan oleh ramai sarjana terkemuka.

KDH telah diiktiraf keseluruhan 4 bintang dalam penarafan “Sistem Peniliain Kualiti” (MyQUEST) untuk IPTS bagi dua kali penilaian berturut-turut iaitu pada 2012/2013 dan 2014/2015.

Model Pendidikan KDH

Menerapkan model ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang digarap daripada surah Luqman.

Mewajibkan aktiviti ko-kurikulum setiap minggu serta menggalakkan aktiviti berpersatuan.

Menerapkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warganya.

Memberi penekanan kepada pembinaan akhlak terpuji dalam pembentukan watak pelajarnya.

Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan kegiatan dakwah.

Sumber: Temu Bual (2017)

(27)

354

Jadual 5: Aspek kerelevenan IPT dalam membangun pendidikan asnaf mualaf

Kod Induktif Tema

Struktur Pendidikan di IPT (KDH)

Struktur pendidikan di KDH adalah mematuhi garis panduan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Secara umum, setiap matapelajaran mempunyai tiga jam kredit, dan setiap semester pengajian di KDH adalah selama 14 minggu kuliah (lebih kurang empat bulan).

Setiap matapelajaran mempunyai objektif, sasaran hasil pembelajaran dan jam pembelajaran yang ditentukan secara spesifik.

Penilaian pelajar dibuat dengan pentaksiran terhadap ujian dan peperiksaan, pembentangan, penyertaan dalam kuliah, kertas kerja ilmiah, kajian lapangan dan latihan praktikal.

Kesemua program akademik dikawalselia melalui penilaian berkala oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengajaran dan Pembelajaran

Kehadiran ke kuliah adalah diwajibkan.

Sesi kuliah menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, nota kuliah dan lain-lain.

Pensyarah berinteraksi dengan pelajar secara profesional dengan kemahiran andragogi (kaedah pengajaran orang dewasa).

Para pelajar digalakkan untuk menyampaikan pandangan mereka dalam sesi kuliah.

Pelajar dilatih untuk menjana pengetahuan melalui pencarian maklumat dan pengkajian.

Sumber: Temu Bual (2017).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam konteks kajian ini, adakah peranan institusi pendidikan tinggi berteraskan Islam (IPTI) di Malaysia melalui Matlamat Pembangunan Lestari keempat (SDG-4) –

Dengan kata lain, kod-kod yang dicampurkan ke dalam bahasa natif mesti wujud dalam satu ayat yang sama di mana sesuatu ayat dalam keseluruhan perbualan tidak ditukarkan kepada

Lanjutan dari itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan pemilihan kriteria dan subkriteria yang dipilih oleh pelajar terhadap perkhidmatan yang disediakan di kolej

Oleh itu, berdasarkan kepada kenyataan tersebut, satu kajian yang khusus terhadap peranan Pendidikan Islam dalam meningkatkan disiplin pelajar di sekolah- sekolah menengah

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepercayaan para pendidik terhadap pengajaran tatabahasa di institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengutamakan dua kaedah pengajaran

Faktor-faktor Kesedaran Terhadap Perpustakaan Digital di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Kajian ini mendapati bahawa lebih daripada dua pertiga responden

Pengkaji juga merujuk kajian lepas oleh Abd Razak Othman (1988) tentang Pendidikan Islam di sekolah rendah di Malaysia yang kurang mencapai matlamat kerana masa yang

Kertas kajian sistematik ini membantu pembaca mengenali dan memahami kajian-kajian lepas mengenai tahap kesediaan dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan.