• Tiada Hasil Ditemukan

WARGA USM DIGALAK POHON GERAN INOVASI SOSIAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "WARGA USM DIGALAK POHON GERAN INOVASI SOSIAL"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 4 September 2015 – Semua warga Universiti Sains Malaysia (USM) digalakkan memohon geran inovasi sosial yang ditawarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi penghasilan produk atau inovasi tanpa penyelidikan. 

Geran ini dapat membantu untuk memacu teknologi dalam kalangan masyarakat serta membangunkan negara menjadi sebuah negara yang berteknolgi tinggi.

Demikian kata Timbalan Menteri MOSTI yang juga mantan pensyarah USM, Dato’ Dr. Abu Bakar Mohamad Diah ketika sidang media selepas menyampaikan taklimat khas Sesi Bersama Pemimpin Negara kepada pelajar baharu sempena Program Siswa Lestari di Kampus Kejuruteraan, di sini. 

Tambah beliau, produk atau inovasi tersebut mestilah yang memberikan impak kepada masyarakat serta dapat meringankan kerja harian masyarakat tempatan. 

“Kementerian disarankan untuk bertemu muka dengan lebih 300,000 orang pelajar setahun untuk mempromosikan sains dan teknologi serta bagi melahirkan 70 orang saintis dalam kalangan 10,000 orang pelajar,” tambah Abu Bakar. 

Menurut Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak kehadiran Abu Bakar untuk kembali memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar di kampus tersebut adalah sesuatu yang relevan kerana beliau juga adalah mantan pensyarah dalam bidang kejuruteraan. 

“Taklimat atau ceramah yang disampaikan kepada pelajar adalah sangat santai dan bersahaja namun diselitkan mesej-mesej yang berfaedah kepada para pelajar baharu di sini serta untuk menjadi pendorong dalam bidang pelajaran dan pembelajaran,” katanya. 

Seramai 673 orang pelajar baharu mendaftar di Kampus Kejuruteraan USM termasuk 47 orang pelajar golongan tercicir (Bottom Billion) pada sidang 2015/2016. TEKS: NOR RAFIZAH HAJI MD ZAIN (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

WARGA USM DIGALAK POHON GERAN INOVASI SOSIAL

05 SEP

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Kerja Sosial USM, Syahirah Bastari pula memberitahu program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berkhidmat kepada warga emas

Muhamad juga berharap sumbangan dari pihak USM kepada masyarakat tidak akan terhenti di sini sahaja dan beliau menyeru warga IPPT supaya teruskanlah berbakti

Keunikan USM sebagai Universiti dalam Taman dan konsep Kampus Sejahtera memberikan suasana yang kondusif kepada warga kampus untuk menuntut ilmu selain

Projek eThesis yang menggunakan sistem perisian terbuka Dspace di Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS), Universiti Sains Malaysia (USM), menjimatkan tenaga dan masa warga kampus kerana

"Saya bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan ini adalah satu pengiktirafan untuk semua pentadbir di USM yang juga sama-sama mentadbir dan memberikan

Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USM Kampus Kesihatan, Hafiz Assad  Zakaria  berkata,  program  ini  adalah  usaha  pelajar 

Seseorang pelajar yang menghadapi masalah lain daripada perenggan 8.1.1 di atas boleh juga diberi penggantungan pendaftaran untuk sesuatu semester tersebut oleh Fakulti tertakluk

'di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk-ajar yang membina yang telah beliau berikan kepada kami untuk menyiapkan kajian tersebut. Kami juga ingin inengucapkan tetima kasih