• Tiada Hasil Ditemukan

Pemikiran politik dan ekonomi barat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pemikiran politik dan ekonomi barat"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19(2018): 98-100 https://doi.org/10.17576/malim-2018-1901-08

Ulasan Buku / Book Review

Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat

oleh Makmor Tumin, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2018, 322 halaman.

ISBN 978–983–100-946–8

ABSTRAK

Pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh falsafah Barat tetap menjadi panduan pengkaji-pengkaji sehingga ke hari ini. Khazanah pemikiran dan legasi kefalsafahan mereka kekal malar segar dalam jilid-jilid yang majoritinya berbahasa Inggeris. Oleh itu, sebagai sebuah buku yang berjaya dalam rangka menghuraikan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh Barat ini dalam medium Bahasa Melayu, penerbitan buku ini sememangnya sangat dialu-alukan. Dalam kesibukan dan kemanglian kita mendakap serta merujuk bahan-bahan berbahasa Inggeris, ahli akademik dari Universiti Malaya ini telah menghidangkan kepada kita sebuah buku yang sesuai pada masa kini yang dapat membuka akal fikir serta mengolah sudut falsafah asas pemikir- pemikir Barat tersebut. Bertitik tolak dari kesedaran inilah, buku “Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat” yang ditulis oleh Prof Madya Dr Makmor Tumin ini diangkat untuk diulas dalam Jurnal MALIM edisi 2018 pada kali ini.

PENGENALAN

Buku terbitan Penerbit Universiti Malaya tahun 2018 ini mengandungi 322 halaman dengan merangkumi 13 bab. Setiap bab membincangkan seorang tokoh terpilih yang disusun oleh Dr Makmor Tumin, seorang Professor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti

(2)

MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19(2018): 98-100 https://doi.org/10.17576/malim-2018-1901-08

99

Malaya. Tuntasnya, buku ini membuka satu ruang baharu untuk merungkai kefahaman yang padu, di samping menjadi wacana untuk lebih memahami falsafah-falsafah pemikiran tokoh- tokoh yang dikupas dalam setiap bab.

Buku yang padat dengan korpus perbincangan dan pemikiran yang agak berat ini, dibahagikan kepada dua bahagian besar yang utama iaitu Bahagian A: Falsafah Negara dan Bahagian B: Falsafah Ekonomi Politik. Pada Bahagian A, Bab 1, 2 dan 3 membuka perbincangan sekitar era pencerahan pertama yang dipelopori cendikiawan Greek terkemuka;

Socrates, Plato dan Aristotle. Dalam Bab 1, Socrates yang mempertahankan hak bersuara digambarkan sanggup berkorban nyawa demi menegakkan kebenaran. Dalam Bab ke 2, Plato yang memperkenalkan logos, spirit dan eros yang merupakan dimensi jiwa manusia terus mengangkat idea untuk menghasilkan negara yang adil berdasarkan keupayaan dimensi roh- roh yang ditemukannya. Seterusnya Aristotle dalam Bab 3 mengangkat kewajipan warganegara untuk berpolitik agar satu bentuk kehidupan bermasyarakat dapat diharmonikan.

Ringkasnya cabang awal Bahagian A yang meliputi Bab 1, 2 dan 3 ini mengungkap secara tamsilan idea negara masing-masing dalam paradigma deontologi yang ditulis dalam susunan bahasa yang tidaklah bergitu sukar ditelah walaupun kepada pembaca yang bukan bidang.

Seterusnya Bab 4, 5, 6 dan 7 membawa kita kepada perbincangan idea cendikiawan era pencerahan kedua yang dipengaruhi kuat dengan analisis politik semasa. Bab 4 memerihalkan Machiavelli merupakan produk Renaissance yang menjalin kepada era falsafah moden dengan memacu ke arah pencapaian matlamat, tanpa mengira baik mahupun buruk. Bab 5 kemudiannya menceritakan bagaimana Hobbes mencadangkan hanya kuasa mutlak ala diktator yang mampu memberikan kestabilan. Bab 6 tampil dengan Locke menyanggah dengan membawa pendekatan bahawa negara itu perlulah berperlembagaan dan mempunyai hak memiliki. Kemudian bab 7 diketengahkan dengan idea Rousseau yang memangkah dan mengkritik idea idea terdahulu Locke dan Hobbes sambil membetulkan penerangan tentang fitrah kejadian manusia. Penekanan yang diberikan kepada tema-tema tersusun di samping subtopik-subtopik yang menarik, padat dan tepat menjadikan bab-bab ini kesemuanya teradun dengan baik dan sebati.

Bahagian ke dua buku ini, Bahagian B, pula merungkai sekitar falsafah Ekonomi dan Politik Barat dari Bab 8 hingga ke Bab 12. Idea Adam Smith telah diperincikan dalam Bab 8 meliputi bagaimana konflik tercipta antara pandangan berdasarkan pendekatan deontologi dengan teleologi dalam memerkasakan antara rakyat dengan kerajaan dalam pasaran pada waktu tersebut. Bab 9 pula mengetengahkan idea Mill dengan prinsip utilitarianismenya yang tidak hanya semata-mata berasaskan materialistik namun juga aspek moral. Bab 10 seterusnya mengutarakan idea Karl Marx yang menjelaskan secara terperinci analisis saintifik peralihan sistem Kapitalis kepada Sosialis. Bahagian penghujung Bahagian B ini membawa kita menelusuri pandangan Rawls dan Nozick dalam Bab 11 dan 12 dengan idea mereka mengajak supaya pendekatan deontologi dan teleologi dapat sama-sama digabungkan melalui prinsip universalizability. Bab 13 merupakan bab kesimpulan dengan tajuk “Rangkuman”.

Demikianlah sebuah buku yang menyentuh aspek-aspek penting dalam membawa kita untuk memahami pemikiran politik dan ekonomi Barat secara menyeluruh dan padat.

Penerbitan buku ini membantu menyuluh kefahaman kita tentang bagaimana pemikir-pemikir Barat telah menghasilkan teori-teori pemerintahan yang baik, meliputi aspek-aspek ontologi, deontologi dan teleologi. Jelaslah penghasilan buku “Pemikiran Politik dan Ekonomi Barat”

yang dikarang oleh Prof Madya Dr Makmor Tumin ini telah berjaya mengangkat korpus ilmu dan kefahaman kita tentang asas-asas falsafah, pemikiran politik dan ekonomi Barat sehingga menjadi pemangkin ke arah pemahaman politik dan ekonomi secara amnya pada hari ini.

(3)

MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19(2018): 98-100 https://doi.org/10.17576/malim-2018-1901-08

100

JAMSARI ALIAS Pusat Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: jamsari@ukm.edu.my NORAZILA MAT

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: norazila@ukm.edu.my

*Corresponding author: jamsari@ukm.edu.my

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Soal selidik yang dibina terdiri daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A: Pra- Sifira berkaitan dengan latar belakang pelajar dan tahap minat terhadap mata pelajaran matematik dan

Huraian dalam bab ini adalah merujuk kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditentukan pada awal kajian dan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu tahap

Gunakan dua buku jawapan yang diberikan supaya jawapan-jawapan bagi soalan-soalan Bahagian A adalah di dalam satu buku jawapan dan bagi Bahagian B di dalam buku jawapan

kematangan hujjah dan paradigma pemikiran Syeikh Tahir yang terkehadapan (advance) iaitu yang mendahului pemikiran ulama dan cendiakawan pada zamannya. Dengan kata

Pertimbangkan suatu sistem yang mengandungi i/ bilangan atom gas unggul yang berada dalam suatu kotak yang dibahagikan kepada dua bahagian A dan B2. (a) Tuliskan

Perkembangan pasaran kapitalis melalui teknologi komunikasi dianggap sebagai satu peluang yang baik untuk perubahan sosial dan politik di negara-negara

Soal selidik yang bertajuk Pengurusan Kewangan Pelajar ACIS ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A yang memuatkan tentang latar belakang Responden dan bahagian B

Penyelidikan ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu bahagian A yang mengkaji fabrikasi KMA yang dihasilkan daripada serbuk AI berbentuk kepingan dan