• Tiada Hasil Ditemukan

Tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor dalam etika muamalah Islamiyyah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor dalam etika muamalah Islamiyyah"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

20

Tahap Kefahaman Dan Kepatuhan Pensyarah Wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor Dalam Etika Muamalah Islamiyyah

Shabriyah Binti Sehat1 , Mohd Faizulamri Bin Mohd Saad2& Sabri Bin Mohamad3 Email: 1shabriyahsehat@gmail.com, 2faizam@ukm.edu.my & 3sabri_m@ukm.my

1Calon Sarjana di Jabatan Pengajian al-Quran al-Sunnah, FPI, UKM

2 Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian al-Quran al-Sunnah, FPI, UKM

3Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian al-Quran al-Sunnah, FPI, UKM

Abstrak

Pekerjaan mengikut etika Islam merupakan amanah yang dituntut. Kebelakangan ini isu pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, ponteng kerja dan sebagainya berleluasa di media massa. Malahan masalah peribadi juga diheret ke tempat kerja. Keadaan ini mempengaruhi mutu dan kualiti pekerjaan seseorang individu tersebut. Ini menyebabkan kerja yang perlu dilaksanakan pada waktunya tidak dapat diselesaikan seperti apa yang diminta. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islamiyyah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan melibatkan 34 orang responden di kalangan pensyarah wanita Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan KUIS. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 66 item soalan yang dibina dan diambil daripada kajian terdahulu. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.912. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 23. Kajian ini menggunakan analisis diskriptif bagi dapatan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita adalah berada pada tahap sederhana tinggi berdasarkan skor interpretasi min. Kesimpulannya keseluruhan kajian ini menunjukkan peranan penting terhadap pihak kakitangan akademik IPT dalam mengukuhkan dan meningkatkan etika muamalah Islam lebih berkualiti menurut syarak.

Katakunci: Tahap Kefahaman dan kepatuhan, Pensyarah Wanita, Etika Muamalah Islam

Abstract

Ethics play a vital role in producing ethical staff in an organisation. Islamic work ethics is a concept that is built on Islamic teaching and principle which depend on faith. Many unethical issues related to this are being discussed over the mass media such as fraud, breach of trust, authority abuse and many more. Not only that, personal issues are also being dragged to work which will affect ones working quality and performance.

Hence, work cannot be done within the required timeframe. This paper aims to find out the level of understanding and compliance to the Muamalah Islamiyyah ethics among female lecturers. Data for this study are gathered from 34 female lecturers of MARA Collage in Balik Pulau, Pulau Pinang and International Islamic University College in Selangor. This study uses a 66 items questionnaire adopted and adapted from Nurul Farahaian and Mohd Akil (2015), Shamsuddin et.al, Supian and Khadijah (2013) and Nik Mohd Zaim (2000). The reliability value of the instrument is α=0.912. The data were analysed using descriptive analysis while SPSS version 23 was used to aid the analysis. The result suggests that the level of understanding and compliance among female lecturers to the Muamalah Islamiyyah ethics is above average with 4. based on the interpretation of mean score. In conclusion, this study indicates that it is crucial for the IPT staff to strengthen and improve their Islamic ethics for the betterment of the organisation in compliance to the Islamic Law.

Keywords: level of understanding and compliance, female lecturers, the Muamalah Islamiyyah ethics

(2)

21 1. Pengenalan

Islam sangat menghargai orang yang bekerja dengan tangannya sendiri. Anjuran bekerja terdapat dalam al- Quran :

َنو ُرُكْشَت اَم الًيِلَق ۗ َشِياَعَم اَهيِف ْمُكَل اَنْلَعَج َو ِض ْرَ ْلْا يِف ْمُكاَّنَّكَم ْدَقَل َو

(al-Quran, al-Araf 2 : 10)

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.

Dalam Islam melaksanakan sesuatu tugasan dengan beretika ialah satu amanah yang diwajibkan atas setiap individu yang berakal dan berkemampuan dari sudut spiritual. Dibimbangi bahawa tanpa etika kerja pelbagai bentuk penyelewengan, kecuaian dan ketidakpuasan hati boleh berlaku (Sharifah Hayati 2010).

Menurut Shamsuddin et.al (2009) istilah etika bukanlah asing lagi bagi masyarakat tetapi etika seakan-akan sinonim dalam dunia profesion dan merupakan satu perkara yang mesti dipelajari dan diikuti oleh setiap profesional. Namun begitu, ia membawa pengertian yang berbeza dalam amalan kerja harian bagi setiap profesional. Perbezaan ini menunjukkan sesuatu amalan yang dianggap sebagai tidak beretika mungkin dianggap sebagai beretika bagi sebahagian yang lain. Begitu juga sebaliknya dengan amalan yang tidak beretika dianggap beretika sekiranya ia dapat dibuktikan dengan jelas. Kerja atau ibadah yang dilaksanakan tanpa etika sebenarnya suatu usaha yang tidak sistematik dan efektif sama ada dari sudut kos, masa maupun tenaga.

Islam turut memberikan penekanan khusus kepada umat Islam agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan dalam Islam bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah sebagai satu cara dalam menjaga hubungan sesama manusia, Allah s.w.t dan alam sekitar.

Muamalah juga merupakan satu ibadah. Dalam kajian Noraishah (2014) beliau menjelaskan pandangan Mohd Sabri et.al (2009) konsep ibadah adalah konsep pengabdian dan hubungan antara hamba dan tuhan yang maha pencipta. Matlamat kehidupan kita di dunia ini ialah memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namun kehidupan di akhirat itu lebih di utamakan. Sungguhpun demikian, corak kehidupan mestilah di atas landasan hukum syariat Allah s.w.t. Dengan demikian tingkah laku dan budaya yang hendak kita amalkan mestilah menurut ketepatan syariat Islam termasuklah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam susunan organisasi sesuatu pekerjaan. Tambahan bagi wanita bekerjaya seperti pensyarah wanita yang difokuskan dalam tajuk kajian ini. Ruang lingkup dalam kehidupan Islam meliputi muamalah dengan Allah s.w.t. dan juga dengan manusia atau lebih dikenali Hablum Min Allah Dan Hablum Min Al-Nas.

Persoalannya timbul kekeliruan dalam kalangan pensyarah wanita berkaitan syariat ketika keluar bekerja dan menguruskan rumah tangga dalam konteks etika muamalah Islam (Hasni 2003 dan ‘Adawiyah 2011). Ini kerana wanita yang bekerjaya seperti pensyarah perlu diberikan komitmen yang tinggi bukan sahaja dikira sebagai ibadah tetapi perlaksanaan amar makruh nahi mungkar haruslah di utamakan. Menurut Umarwira (2012) dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran dan amalan etika kerja Islam dalam kalangan pekerja dan majikan secara keseluruhan adalah rendah. Jelas kepada kita senario kehidupan sosial umat Islam pada masa kini berada pada tahap membimbangkan. Hakikatnya sebahagian wanita bekerjaya kurang menjaga dan mengabaikan batas-batas syarak yang di tetapkan oleh Islam. Kebanyakkan pensyarah di Kolej mengalami beberapa bebanan kerja sehingga mengalami stress dalam melaksanakan tugasan (Razzatul Iza Zurita et.al (2013). Di samping perlaksanaan aktiviti dan program mempunyai isu dan cabaran, sama ada kecil atau pun besar masih gagal diselesaikan.( Nor Syardila Diana 2012) Hal ini di buktikan menerusi kajian Naemah et.al (2013) pengaplikasian amalan fiqh dalam kerjaya dan rumah tangga melibatkan penjawat awam kumpulan pengurusan dan profesional masih berada di tahap yang kurang memuaskan.

Justeru, keadaan ini memerlukan usaha yang berterusan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenainya (Zulkifli 2012, A’dawiyah 2011, Hasni dan Lim Hock Eam et al. 2003).

Menurut Zulkiple dan Mohd Aizam (2012) usaha lebih terfokus kepada memberi kefahaman yang seimbang dengan menempatkan setiap tuntutan sesuai dengan kedudukan berdasarkan apa yang terkandung dalam al-

(3)

22 Quran dan al-Sunnah.

Sungguhpun Islam membenarkan umatnya bekerja dalam menjana ekonomi negara, tetapi kepatuhan mengikut garis panduan yang disyariatkan atau dibenarkan menurut syarak terutamanya pada kaum wanita sewajarnya dipatuhi. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pensyarah wanita terhadap etika muamalah Islam dan melihat sejauhmankah kepatuhan pensyarah wanita melaksanakan tugas dalam etika muamalah Islam.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian di ambil daripada rata-rata pensyarah wanita daripada pelbagai bidang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau Pulau Pinang (KKTM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini melibatkan 34 responden secara rawak mudah. Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang mana telah diubah suai mengikut kesesuaian daripada beberapa kajian pengkaji terdahulu seperti Nurul Farahaian dan Mohd Akil (2015), Shamsuddin et.al (2009), Supian dan Khadijah (2013) dan Nik Mohd Zaim (2000). Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A adalah soalan yang berkaitan dengan tahap kefahaman. Terdapat 25 item yang telah di bina bagi mengukur tahap kefahaman etika muamalah Islam manakala di bahagian B soalan yang berkaitan dengan tahap kepatuhan sebanyak 41 item. Terdapat empat sub konstruk pada bahagian ini untuk mengukur tahap kepatuhan. Kaedah kekerapan dan peratusan min telah di gunakan untuk menganalisis data dalam bahagian ini.

Daripada nilai min setiap item dianalisis berpandukan jadual interpretasi dapatan deskriptif yang telah diadaptasi daripada interpretasi skor min tingkah laku efektif yang dirumuskan oleh Nunally (1994), seperti yang dipamerkan dalam jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1: Julat skor min dan aras pemboleh ubah

Skor Purata Interpretasi

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.1 hingga 3.0 Sederhana Rendah

3.1 hingga 4.0 Sederhana Tinggi

4.1 hingga 5.0 Tinggi

Sumber: Nunally dan Bernstein, 1994

Berdasarkan jadual 1, aras bagi nilai min soal selidik ini ialah 1.00 hingga 2.0 adalah sangat rendah, 2.1 hingga 3.0 berada pada tahap sederhana rendah manakala 3.1 hingga 4.0 berada pada tahap sederhana tinggi, dan nilai min yang menunjukkan tahap tinggi pula ialah 4.1 hingga 5.0.

3. Hasil Kajian

Hasil kajian mengenai tahap kefahaman etika muamalah Islamiyyah berdasarkan responden menunjukkan berada pada tahap tinggi dengan jumlah min= 4.435 (54%). Manakala tahap kepatuhan pula berada pada tahap sederhana tinggi min= 3.794 (46%).Tahap kefahaman dan kepatuhan ini di nilai berdasarkan kepada interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada interpretasi skor min tingkah laku efektif yang dirumuskan oleh Nunally (1994).

Jadual 2: menunjukkan min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islamiyyah.

Bahagian Min Sisihan Piawai Tahap

Tahap Kefahaman 4.435 9.69462 Tinggi

Tahap Kepatuhan 3.794 14.99938 Sederhana Tinggi

(4)

23

Jadual 3: menunjukkan min, sisihan piawai dan interpretasi konstruk tahap kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islamiyyah.

Bahagian Min Sisihan Piawai Tahap

Tingkah laku 3.388 5.06781 Sederhana Tinggi

Penglibatan Kerja 4.147 5.46068 Tinggi

Organisasi 4.180 4.07516 Tinggi

Spiritual 3.495 5.18851 Sederhana Tinggi

Jadual 3 menunjukkan analisis diskriptif mengikut sub kontrak tahap kepatuhan etika muamalah Islam. Terdapat empat sub kontruk di bahagian tahap kepatuhan iaitu kepatuhan terhadap etika Tingkahlaku, Penglibatan Kerja, Organisasi dan Spiritual. Merujuk jadual 3 di atas skor min tertinggi berada pada bahagian etika organisasi min=4.180 (28%) dan etika penglibatan kerja iaitu min=4.147 (27%). Manakala skor min sederhana tinggi di bahagian etika spiritual dengan jumlah min=3.495 (23%) diiikuti etika tingkah laku min=3.388 (22%). Secara keseluruhan tahap kepatuhan etika muamalah Islam adalah sederhana tinggi min=3.794 (46%).

4. Perbincangan

Dapatan kajian telah menunjukkan tahap kefahaman pensyarah wanita daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pulau Pinang (KKTMBPPP) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam etika muamalah Islamiyyah berada pada tahap tinggi. Majoriti responden memahami konsep etika muamalah Islam. Kebanyakkan responden bersetuju dengan keseluruhan pernyataan yang telah diajukan. Analisis mendapati kebanyakkan responden sangat memahami bahawa wanita diwajibkan menutup aurat ketika keluar bekerja dengan min sebanyak 4.97 (7%). Ini bertepatan dengan tuntutan agama menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadith dan kesepakatan para ulama yang disokong dalam kajian Saadiah (2012). Min bagi kenyataan ini berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir responden yang sentiasa menghadapi dilema dalam membuat keputusan beretika. Pernyataan ini di sokong oleh Sharifah Hayati (2010) fenomena apabila seseorang itu berusaha dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamatnya apabila di halang dan sebagainya menyebabkan perdebatan dan pandangan yang berbeza yang boleh mencetuskan konflik. Hal ini berdasarkan dapatan bagi item ini adalah paling rendah iaitu min 3.11(1%).

Bagi tahap kepatuhan pula, dapatan kajian yang telah dianalisis kebanyakan responden kurang mematuhi etika muamalah Islam. Terdapat 4 sub konstruk di bahagian ini. Kepatuhan etika tingkahlaku, penglibatan kerja, organisasi dan spiritual. Jumlah purata min keseluruhan bagi persoalan tahap kepatuhan ialah 3.79 di mana berada pada tahap yang sederhana tinggi. Dapatan menunjukkan min sub konstruk tahap kepatuhan etika penglibatan kerja dan organisasi berada pada tahap tinggi manakala tahap kepatuhan etika spiritual dan tingkahlaku di tahap sederhana tinggi.

Berdasarkan hasil kajian di tahap kepatuhan spiritual, majoriti responden kurang mematuhi konsep memberi salam dalam Islam. Ini menunjukkan kurang penghayatan spirutal dalam kehidupan mereka dan menunjukkan salam sebagai adat kebiasaan semata-mata. Majoriti lebih suka kepada perkataan " hai"

daripada salam. Selain itu majoriti responden tidak mengambil berat tentang kekemasan etika pakaian dan jujurnya mengakui tidak menggosok baju apabila keluar bekerja dan lebih selesa jika memakai pakaian yang menampak bentuk tubuh badan sewaktu bekerja.Kenyataan ini menunjukkan responden tidak mengikuti garis panduan syarak dalam menutup aurat yang di sarankan dalam agama. Analisis mendapati min bagi item ini berada di tahap yang paling rendah.

Bagi tahap kepatuhan etika tingkah laku pula min item yang berada pada tahap rendah ialah majoriti responden melakukan sesuatu perkara yang menyalahi etika perkhidmatan pada nilai min 1.70 dan membelakangkan tugas awam demi kepentingan diri di tahap min 1.88. Hal ini menunjukkan kebanyakkan responden mengutamakan kepentingan peribadi daripada tugas hakiki ketika melaksanakan tugas pada hari bekerja. Walaubagaimanapun, majoriti responden sangat mematuhi tugas sebagai pensyarah yang bertanggungjawab dan amanah dengan jumlah min 4.52 yang berada pada tahap tinggi.

Manakala tahap kepatuhan etika organisasi dan penglibatan kerja pula mendapati majoriti suka

(5)

24

bekerjasama bersama rakan-rakan dalam melaksanakan tugas kerana menunjukkan min 4.50 di samping sangat patuh kepada segala arahan mengikut kebolehan responden. Analisis min item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.41. Secara keseluruhannya, responden kurang mematuhi etika muamalah Islam. Analisis mendapati responden patuh dengan pernyataan yang dikemukakan namun masih terdapat segelintir responden kurang mematuhi yang boleh dikelaskan tidak patuh perlaksanaan etika muamalah Islamiyyah.

Tahap min bagi semua pernyataan adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islam perlu dititikberatkan kerana akhlak yang baik melambangkan keperibadian seseorang sebagai muslimah dan pekerja yang berkualiti disamping menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Namun begitu secara keseluruhannya, tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pulau Pinang (KKTMBPPP) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berada pada tahap sederhana tinggi kerana jumlah peratus min puratanya ialah 4.002. Walaupun tahap kefahaman menunjukkan pensyarah sangat memahami konsep etika dalam melaksanakan tugas tetapi tahap kepatuhan berada pada tahap sederhana tinggi kerana kepatuhan merupakan disiplin yang perlu kepada istiqamah. Hal ini menunjukkan sesuatu inisiatif perlu di lakukan bagi meningkatkan tahap kepatuhan sejajar dengan tahap kefahaman agar perlaksanaan tugas mengikut kehendak syarak dan etika kerja yang sebenar dipatuhi.

5. Penutup

Kesimpulannya kesedaran tentang kepatuhan perlu dipertingkatkan lagi untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Kajian-kajian yang berkaitan dengan aspek kepatuhan dalam etika kerja secara khusus perlu di perbanyakkan lagi. Pengkaji mengharapkan lagi agar kajian-kajian seperti ini diberi perhatian khususnya era moden kini wujud pelbagai penyelewengan seperti rasuah, pecah amanah, disiplin ketika bekerja yang kian berleluasa agar ia di tinjau supaya difahami dan mematuhinya mengikut garis panduan syarak.

Rujukan

Al-Quran al-Karim.

A. Zainuddin, S.Ag dan Muhammad Jamhari,S.Ag. 1999. Al-Islam 2 Muamalah Dan Akhlaq. CV Pustaka Setia: Bandung.

Abu Bakar Hamed, Muhammad Nasri Md Hussain Dan Mohd Fauzwadi Mat Ali. 2007. Persidangan Serantau Islam hadhari & Profesionalisme. Anjuran Pusat Pengajian Umum UKM Dengan Kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad.(22-23 Feb 2007). Hotel Equatorial Bangi, Putrajaya.

‘Adawiyah Ismail 2011. Pembentukan Keluarga Berkualiti dalam kalangan Wanita Berkerjaya Menurut Islam: Kajian Kes di Putrajaya. Tesis Doktor Falsafah, USM, Pulau Pinang.

‘Adawiyah dan Salsiah Bt Hanin. 2012. Kefahaman Terhadap Kedudukan Wanita Bekerjaya Menurut Islam.

Jurnal al-Hikmah. Edisi 4. Bangi: UKM.

Adnan Mohd Yusoff & Noor Liza Mohd Salleh. 2007. Pendekatan Al-Quran Dalam Membentuk Modal Insan Yang Beretika Dan Bermoral. Persidangan Serantau Islam Hadhari & Profesionalisme. Anjuran Pusat Pengajian Umum UKM Dengan Kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad. 22-23 Februari 2007/4-5 Safar 1428H bertempat di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya. Hlm 337-354.

Aji, Gunawan dan Arifin Sabeni. 2003. Pengaruh Eika Kerja Islam Terhadap Komitmen Organisasi Dengan Komitmen Profesi Sebagai Variabel Intervening. Simposiu Nasional Akuntansi VI. Oktober 2003.

Burhanuddin Bin Jalal. 2001. Penghayatan Islam Dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Tesis Phd, UKM.

Hasni Mohd Ali. 2003. Kefahaman Terhadap Kakitangan Muslim Terhadap Kebebasan Wanita dari Aspek Kerjaya: Kajian di Jabatan Audit Negara Putrajaya. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Fatimah Wati Halim, Muhammad Zahir bin Mazlan dan Fatimah Omar. 2015. Personaliti dan Nilai Peribadi Asas Pegawai Tadbir Diplomatik dalam Era Transformasi Sektor Awam. Jurnal .Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 75-83ISSN 2289-8174 . Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(6)

25

Lim Hock Eam, Zalina M. Mohaideen dan Norehan Abdullah. 2003. Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Berkahwin di Kedah: Kesan Faktor Agama, Anak dan Pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia. 37, 49-79.

Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin dan Norhayati Ngadiman. 2016.

Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 111-121. ISSN 2180-2491

Mohamad Khadafi Hj Rofie, Zainal Md Zan, Mohd Hilmi Hamzah Dan Nur Qurratul’ Aini Ismail. 2014.

Perlaksanaan Etika Kerja Islam Dalam Kalangan Wartawan Islam Media Arus Perdana Dan Alternatif: Melihat Dari Sudut Pemahaman Dan Kepuasan Kerja .Universiti Utara Malaysia.

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu,Sabah, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net.

Mohd Najib Abdul Ghafar dan Tay Siok Beng. 2011. Kaitan Antara Kepimpinan Kerja Berpasukan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Ketua Panitia di Daerah Kluang.Jurnal Of Educational Management Volume1, hlm 87-102/ISSN: 2231-7341.

Mohd Sabri Mamat, Najmuddin Hassan dan Ab. Halim Tamuri. 2009. Amalan Ibadah Harian dan Sumbangannya kepada Kecerdasan Emosi Remaja. Journal Islamic & Arabic Education. 1(1) 29-40.

Mohammad Ghozali dan Nor ‘Azzah Kamri. 2015. Keperibadian Islam Dan Profesionalisme Dalam Pekerjaan: Satu Analisis Teoritis Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 2 (2015) 255-286.

Nasir Bin Ripin dan Harpah Binti Bohri. 2009. Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai, Johor.Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.

Naemah Hamzah, Mohd. Ismail Mustari dan Bushrah Basiron. 2013. Fiqh Sains Rumahtangga dan Kerjaya Wanita Cemerlang Dalam Sektor Awam Di Malaysia. In: Pasca Siswazah Fakulti Tamadun Islam Kali Kedua 2013, 18-19 Disember 2013, Main Hall, Faculty of Islamic Civilization.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. 1991. Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur.

Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim. 2000. Etika Pengurusan Diri dan keberkesannya Dalam Organisasi: Kajian Kes Di JPJ Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam. UKM: Bangi.

Noraishah Abdullah. 2014. Tahap Kefahaman dan penghayatan Konsep Wasatiyyah Dalam kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Amalan Ibadah.UKM.

Nor Syardila Diana Binti Abu Hashim. 2012. Tahap Stress Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Di Sekitar Negeri Johor . Laporan Projek Ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).Universiti Teknologi Malaysia.

Nurul Farahaian Ismail dan Mohd Akil Muhamed Ali. 2015. Tahap Kefahaman dan Pengamalan Batas-batas Syarak Dalam Kalangan Wanita Bekerjaya Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana.

Bangi: UKM.

Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

Razzatul Iza Zurita Binti Rasalli, Sapiah Binti Aluan dan Mohd Hafiz Bin Hamdan. 2013. Pengurusan Di Kolej Komuniti Ledang: Cabaran Dan Harapan. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Malaysia.

Shamsuddin Ahmad, Khairuddin Idris dan Azahari Ismail. 2009. Dimensi Amalan Etika Profesion. Kertas Kerja. Malim.Bil.10 (2009) Universiti Pertanian Malaysia.

Saadah Binti Ibrahim. 2012. Tahap Kefahaman Dan Amalan Terhadap Kefarduan

Menutup Aurat Di Kalangan Pelajar Di Tiga BuahSekolah Menengah Agama Daerah Pekan .Fakulti Sains Sosial Gunaan. Open Universiti Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Supian bin Hashim dan Khadijah binti Daud. 2013. Amalan Kepimpinan Lestari DanHubungannya Dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima Tawaran Baru Di Daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Hayati Ismail al-Qudsy. 2010. Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

(7)

26

Umarwira Bin Dandi. 2012. Tahap Kesedaran dan Amalan Etika Kerja Islam Dalam Kalangan Pekerja Majikan: Kajian kes Lembaga Tabung Haji Sabah. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Zulkifli Hassan. 2012. Satu Tinjauan dalam Kalangan Wanita Berkahwin dan Bekerja di UTM Terhadap Amalan Poligami. Tesis Sarjana, UKM, Bangi.

Zulkiple Mohamad dan Mohd Aizam Mas’od. 2012. Wasatiyah Dalam Akidah. Kertas kerja Konvensyen Fiqh ummah. Dewan Merdeka PWTC: Kuala Lumpur 18-19 Februari 2012.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Darul Quran (DQ) merupakan antara institusi di Malaysia yang menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat.

Manakala, distribusi konsonan plosif yang lain tetap sama seperti konsonan plosif yang terdapat dalam bahasa Melayu baku, iaitu kesemuanya boleh hadir pada posisi awal kata, tengah

USM, PULAU PINANG, 15 Februari 2018 - Sembilan pensyarah dan juga pelajar ijazah tinggi dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM)

Program ini mendapat kerjasama jabatan dan pusat pengajian USM termasuk pempamer luar iaitu Pusat Sains Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Kolej

USM, PULAU PINANG, 3 Mei 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan anggota-anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang yang telah menjalankan tugas

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2017 – Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM) menganjurkan pameran anak tempatan Pulau Pinang yang bertajuk

USM, PULAU PINANG, 18 Mac 2017 - Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan sambutan Hari Wanita

“Sejak penubuhan USM pada tahun 1969 dengan pengambilan pertama pelajar di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang pada mulanya dinamakan sebagai Universiti Pulau Pinang