• Tiada Hasil Ditemukan

JADI NELAYAN KUMPUL DUIT MASUK USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JADI NELAYAN KUMPUL DUIT MASUK USM"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 29 Ogos 2016 – Bertekad untuk membina masa depan cemerlang, seorang anak muda sanggup merasai perit-getir bergelar nelayan bagi mengumpul wang untuk mencapai cita-cita sebagai pendidik dan meraih ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Muhammad Amin Mat Zuki, 20 yang berasal dari Tumpat, Kelantan berkongsi rasa hiba apabila mengenangkan betapa sukar mencari sesuap nasi, apatah lagi itulah punca pencarian bapanya dalam membesarkan beliau dan enam lagi adik-beradiknya.

Anak ketiga yang memeperoleh keputusan cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dalam peperiksaaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu berkata, pengalaman selama lapan bulan bergelar nelayan memberi satu kesedaran pada dirinya.

“Saya tekad mahu mengubah nasib dan ingin berbakti kepada kedua ibu-bapa, bukan senang untuk menjadi senang dan bapa tidak pernah putus menasihati saya untuk mengejar ilmu demi masa hadapan.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

JADI NELAYAN KUMPUL DUIT MASUK USM

29 AUG

(2)

“Banyak kali saya berdepan detik sukar ketika di laut namun pengalaman dilanda ribut dan bot hampir karam ketika berada kira-kira 10 hingga 15 batu nautika memang tidak dapat dilupakan dan membuatkan saya cemas, panik dan resah, mujur ada bapa yang menenangkan keadaan,” katanya.

Tambah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab II itu, pendapatan sehari yang diperoleh adalah sekitar RM60 namun adakalanya jumlah itu jauh lebih kecil, bergantung kepada cuaca, musim dan sebagainya.

Pun begitu, anak muda cekal ini beranggapan tidak semua orang dapat merasai pengalaman seumpama itu yang banyak mengajar beliau untuk tabah dalam kehidupan, selain menguatkan semangatnya dalam mengejar impian.

Muhammad Zuki salah seorang dari lebih 3,600 pelajar baharu USM yang mendaftar bagi mengikuti pengajian bagi sidang akademik 2016/2017 dan beliau memilih untuk mengikuti program pengajian Pendidikan (Pendidikan Khas).

 

Teks: Marziana Mohamed Alias Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

(3)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, kami juga telah bertemu dengan banyak orang yang mesra dan bersemangat untuk memberi bantuan kepada kami apabila kami berada dalam keadaan yang berkeliruan walaupun

Ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang

“Berkhidmat untuk semua Naib Canselor merupakan pengalaman yang paling indah buat saya, kerana selain dapat memberikan perkhidmatan yang diinginkan, saya berpeluang mendekati

Pasukan  pasca­trauma  yang  terdiri  daripada  pakar  kaunseling,  ahli  psikologi  dan  kaunselor  USM  yang antaranya  ialah  Timbalan  Naib  Canselor  (Bahagian 

Syukri yang begitu tenang dengan pemergian ayahnya memberitahu, tidak ada seorang pun anak-anak allahyarham yang menurut jejak langkahnya dalam bidang Farmasi, hanya

"Projek kerusi roda USM-RICD sangat unik dan MiDAS melihat ada potensi untuk turut serta dalam kerjasama seumpama ini yang dapat menyumbang kehidupan lebih baik kepada OKU

Begitu juga anak-anak yang menjalankan perniagaan dalam talian dapat menjaga ibu bapa mereka– yang berada pada usia emas– dengan menjaga sendiri tanpa perlu menggaji orang

Maka bertitah pula baginda serta memandang kepada Raja Muda, demikian titahnya, "Anak kita Raja Muda pun hendaklah kiranya baik bicara berusahakan segala orang