• Tiada Hasil Ditemukan

INSTITUT ISLAM HADHARI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "INSTITUT ISLAM HADHARI "

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

0

PANDUAN SISWAZAH

INSTITUT ISLAM HADHARI

(INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILIZATION) SESI AKADEMIK 2019/2020

INSTITUT ISLAM HADHARI

(INSTITUTE OF ISLAMIC CIVILIZATION) Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

Selangor

www.ukm/hadhari

(3)

1

Cetakan I Printing

Hak Cipta I Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat

juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Islam Hadhari terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh I Published in Malaysia by : INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada:

Pengarah

INSTITUT ISLAM HADHARI Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor D.E Malaysia

Tel: 03 89216988 / 89216991 Faks: 03 89216990 E-mel: pghiih@ukm.edu.my

(4)

2

KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat

Maksud Logo UKM

4 Maksud Logo Hadhari

5 Aluan Pengarah

6 Falsafah, Wawasan, Misi, dan Matlamat Universiti

7 Latar Belakang Universiti Kebangsaan Malaysia

8 Latar Belakang Institut Islam Hadhari

9

Objektif Pendidikan Program (OPP) 11

Hasil Pembelajaran Program (HPP) 11

Bidang Tujahan Penyelidikan 12

Program Yang Ditawarkan 12

Bentuk-bentuk Program 12

Kelayakan/Syarat Kemasukan 12

Tempoh Pengajian 13

Kursus Yang Perlu Diikuti 14

Syarat Pengijazahan 18

Zamalah 19

Peraturan-peraturan Pengajian Siswazah 2015 19 Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Siswazah

2019/2020 Institut Islam Hadhari

20

(5)

3

Universiti Kebangsaan ini merupakan puncak dari usaha kita ke arah memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahawa bahasa ibunda

mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya di dalam usaha memenuhi keperibadian nasional

(Ucapan Tun Abdul Razak di Konvokesyen Pertama UKM, 1973)

(6)

4

Maksud Logo UKM

Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mempunyai gambar dan membawa maksud-maksud tertentu

Buku

Buku melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan

Perisai

Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini

Harimau

Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan dan keupayaan UKM mara memerangi kejahilan,

kejahatan dan kepalsuan

Atom dan Teknologi

Simbol-simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga-tenaga mahir dalam semua bidang

untuk memenuhi keperluan pembangunan negara

Bunga Raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan

sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia

(7)

5

(8)

6

ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi dan tahniah kepada saudara/i yang telah memilih dan berjaya melanjutkan pengajian saudara/i di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pilihan saudara/i adalah satu pilihan yang tepat dalam mendalami ilmu Islam yang bersifat multidisplin dan kontemporari.Gabungan ilmu ini sangat sesuai dengan perkembangan semasa yang memerlukan pelbagai kepakaran dalam membantu pembangunan dan penyelesaian masalah masyarakat.

Oleh itu, saudara/i perlu mengambil inisiatif untuk melakukan penyelidikan dengan penuh bertanggungjawab,komitmen dan beretika untuk memperkayakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan kemajuan diri dan negara dalam bidang Peradaban Islam. Bersesuaian UKM sebagai Universiti Penyelidikan, Institut Islam Hadhari dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran yang terkini.

Dana penyelidikan dan skim galakan disediakan untuk pelajar siswazah meningkatkan keupayaan mereka untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Saudara/i juga digalakkan menyertai secara aktif dalam pelbagai kegiatan ilmiah seperti persidangan, seminar, wacana ilmu dan penerbitan bagi memantapkan pengetahuan dan membangun diri agar lebih kompeten dalam bidang masing-masing. Sebagai pelajar yang berpengalaman saudara/i diharap akan menjadi duta kepada Institut untuk mengajak rakan di luar sana untuk menyambung pelajaran di Institut serta menjadi pembimbing kepada pelajar prasiswazah bagi menjayakan hasrat universiti melahirkan modal insan kelas dunia.

Saya juga berharap saudara/i dapat meningkatkan usaha dan iltizam dengan sungguh- sungguh untuk menjadi graduan siswazah UKM yang berupaya memberi sumbangan besar terhadap kecemerlangan ilmu, universiti, masyarakat dan negara.

Selamat Maju Jaya.

Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh(

هتاكربو الل ةمحرو ملاسلا مكيلعو

)

Prof. Dr. Fariza Md Sham Pengarah

Institut Islam Hadhari

(Institute of Islamic Civilization)

(9)

7

FALSAFAH, WAWASAN, MISI DAN MATLAMAT UNIVERSITI

Falsafah

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat

terpelajar dan pembangunan universiti.

Wawasan

UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului Langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.

Misi

Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Matlamat

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan budaya asing yang:

• Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

• Membangunkan masyarakat dinamik dan berakhlak mulia

• Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat

• Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat

(10)

8

LATAR BELAKANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad oleh segolongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara telah bermula pada tahun 1930-an. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang subur dan terlaksana pada ketika itu kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme. Walau bagaimanapun, idea, pemikiran, semangat dan tekad terus hidup dalam kalangan golongan intelek Melayu dan perjuangan penubuhan sebuah universiti kebangsaan memuncak lagi apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Mulai tahun 1957 hingga tahun 1967, perjuangan dan tekad untuk penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada tahun 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang bertugas serta merancang penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelbagai forum budaya dan politik diadakan untuk mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pengajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan golongan intelek yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah membuahkan kejayaan dengan terlaksananya penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970.

Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada bulan Mei 1970.

Sejak tarikh tersebut, UKM berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mengandungi 13 fakulti (termasuk Graduate School of Business, UKM-GSB) dan 12 institut kecemerlangan penyelidikan.

(11)

9

LATAR BELAKANG INSTITUT ISLAM HADHARI

Mesyuarat Senat UKM yang ke-329 pada 21 Mac 2007 telah meluluskan penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 10 Mei 2007 keputusan Senat ini telah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk menubuhkan sebuah Institut Penyelidikan yang memfokuskan bidang Peradaban Islam yang bersifat multidisiplin.Sehubungan itu, pada tanggal tersebut Institut Islam Hadhari UKM(Institute of Islamic Civilization) telah memulakan kegiatan sebagai salah sebuah Institut penyelidikan di Universiti ini.

HADHARI menumpukan kepada aktiviti penyelidikan yang bersifat multidisiplin dalam memfokuskan kepada 4 bidang tujahan iaitu:

a. Politik dan Kepimpinan b. Sosio Budaya

c. Ekonomi dan Perniagaan

d. Sains & Teknologi dan Alam Sekitar & Kesihatan

VISI INSTITUT

Institut bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan muktabar dalam pembangunan peradaban Islam sejagat.

MISI INSTITUT

Menerajui pendekatan peradaban Islam melalui kegiatan ilmiah

MATLAMAT INSTITUT

1. Menjadi Institut penyelidikan dalam memperkasakan pendekatan peradaban Islam.

2. Menjadi pusat rujukan, pangkalan data dan pendidikan bagi melahirkan sarjana penyelidik.

3. Menjadi wadah penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan peradaban dan ummah.

4. Mewujudkan jaringan ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam kalangan cendekiawan peradaban.

5. Membudayakan pendekatan penyelidikan dalam kalangan cendekiawan Islam dalam menyediakan asas yang kukuh terhadap perkembangan ilmu serta peradaban Islam.

(12)

FELO PENYELIDIK (DS45)FELO PENYELIDIK (DS45)FELO PENYELIDIK (DS51)FELO PENYELIDIK (DS51)FELO PENYELIDIK (DS51) ZUBAIDAH MOHD NASIRMUHAMMAD IKHWAN ISMAIL (CB)DR. SHAMSUL AZHARDR. MUHAMMAD HILMI JALIL DR. FARAH AYUNI MOHD HATTA PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N41) PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (KQ41) PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (KQ41) SITI MAHERAN ISMAIL @ IBRAHIMSITI ASUHA SAIDWAN MUHAMMAD HAZIM WAN MUSTAPA PT (P/O) N19PT (P/O) N19PT (P/O) N19PO (N11) FARIDAH ABDULLAHFATIN HANANI BADRUL ZAMAN MOHD NOR ADZHAR ADNANMUHAMMAD RUSYDI BAHAROM

KETUA PENTADBIRAN / PENOLONG PENDAFTAR KANAN (N44) NOOR HAYATI AHMAD RASOL TIMBALAN PENGARAH (DS54) PROF. MADYA DR. MOHD AL ADIB SAMURI DR. NORSHARIANI ABDUL RAHMAN

KETUA JAMINAN KUALITI

PEM. S/U PEJ (N19)

PENGARAH (VK7) PROF. DR. FARIZA MD SHAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAINSTITUT ISLAM HADHARICARTA ORGANISASI PEM. S/U PEJ (N19) SAIDATUL AKMA SAAD

ZAIDATUL AKMAL@SRI BANUN DOLMAT

(13)

11 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam menjalankan penyelidikan bagi membina pemahaman dan hasil yang berimpak tinggi.

2. Berkomunikasi secara interpersonal, berkesan dan profesional dengan semua lapisan masyarakat melalui kerja penyelidikan, persidangan dan penerbitan.

3. Melaksanakan tanggunjawab secara profesional dan beretika bagi memenuhi kehendak pelanggan, organisasi, negara dan agama.

4. Prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan perkembangan ilmu dalam bidang Peradaban Islam

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1: Menguasai salah satu daripada empat bidang ilmu dalam Peradaban Islam melalui penyelidikan.

HPP2: Mengaplikasi kemahiran kaedah penyelidikan berkaitan bidang penyelidikan.

HPP3: Menghubung kait hasil penyelidikan dengan isu Peradaban Islam dalam masyarakat.

HPP4: Menjalankan penyelidikan kendiri, beretika dan bertanggungjawab.

HPP5: Memimpin penyelidikan dan berkomunikasi secara berkesan dengan penyelidik dan pihak berkepentingan.

HPP6: Menyelesaikan masalah dalam bidang Peradaban Islam menggunakan kemahiran kaedah penyelidikan dan pemikiran kritis.

HPP7: Mengurus maklumat penyelidikan dan meneruskan penerokaan ilmu melalui penyelidikan.

(14)

12 Bidang Tujahan Penyelidikan

Institut Islam Hadhari menawarkan program pascasiswazah Peradaban Islam berasaskan penyelidikan dalam empat (4) bidang tujahan seperti berikut:

1. Politik dan Kepimpinan 2. Sosio-Budaya

3. Ekonomi dan Perniagaan

4. Sains, Teknologi, Kesihatan dan Alam Sekitar

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa atau separuh masa dalam pengajian berikut:

• Sarjana Peradaban Islam

• Doktor Falsafah Bentuk-Bentuk Program

• Sarjana Peradaban Islam - Tesis (penyelidikan) sahaja

• Doktor Falsafah - Tesis (penyelidikan) sahaja

Kelayakan I Syarat Kemasukan

Sarjana

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelulusan yang setaraf dengannya;

atau

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 dan mempunyai sekurang- kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;

atau

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang- kurangnya 3 tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.

(15)

13 Doktor Falsafah

Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM;

atau

Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang- kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.

Syarat Keperluan Bahasa Inggeris (Untuk Pelajar Antarabangsa Sahaja)

a) Skor minimum 46 dalam TOEFL IBT;

b) Skor minimum 5.5 dalam IELTS; dan

c) Lulus dalam Kursus Bahasa Melayu yang ditawarkan oleh Center of General Studies Candidates.

Tempoh Pengajian

Program Semester

Sepenuh masa Separuh masa Sarjana Peradaban Islam 4 - 6 semester 6 - 8 semester Doktor Falsafah 6 - 12 semester 8 – 14 semester

(16)

14 Kursus Yang Perlu Diikuti

Pengajian yang ditawarkan memerlukan pelajar mengikut kursus yang dijalankan oleh Institut Islam Hadhari (HADHARI) dan mana-mana Fakulti/Institut sebagai pilihan, bagi meningkatkan pengetahuan teori termasuk kemahiran penyelidikan dan penulisan.

Kursus wajib dan jumlah kredit adalah seperti berikut:

Program Kursus Jumlah Kredit

Sarjana *Kaedah Penyelidikan (wajib) 4

**Peradaban Islam (wajib) 2

Jumlah 6

Program Kursus Jumlah Kredit

Doktor Falsafah

*Kaedah Penyelidikan (wajib) 4

**Peradaban Islam (wajib) 2

Kursus dari mana-mana Fakulti/Institut yang sesuai

2

Jumlah 8

*Kursus Kaedah Penyelidikan yang ditawarkan oleh mana-mana Fakulti/Institut yang bersesuaian dan berjumlah 4 unit.

**Kursus Peradaban Islam — ditawarkan oleh HADHARI sebagai kursus wajib bagi pelajar HADHARI dan kursus pilihan untuk Fakulti/Institut lain.

(17)

15 PROFORMA KURSUS (COURSE OUTLINE)

1 jam kredit = 40 jam beban pembelajaran (1 credit hour = 40 notional hours)

KOD KURSUS (COURSE CODE):

RHRH6012

NAMA KURSUS (COURSE NAME):

Peradaban Islam (Islamic Civilization) STATUS KURSUS

(COURSE STATUS:

Kursus Wajib Institut Islam Hadhari (Institute of Islam Hadhari’s Compulsory Course); Kursus Pilihan Institut Lain (Elective Course for Other Institutes)

JAM KREDIT (CREDIT HOUR):

2

SEMESTER &

SESI (SEMESTER

& SESSION):

Semester 2 & Sesi (Session) 2013/2014

SET KURSUS (COURSE SET)

:

1 & 2

PRASYARAT (PRE-REQUISITE):

Tiada (None)

TEMPAT & WAKTU KULIAH (LECTURE VENUE & TIME):

Institut Islam Hadhari (Institute of Islam Hadhari) & Rabu (Wednesday) 2.30 pm – 4.30 pm

NAMA

PENYELARAS (COORDINATOR’S NAME):

Dr. Shamsul Azhar Yahya

WAKTU

PERUNDINGAN (CONSULTATION

HOUR) :

Sabtu (Saturday) 8.30 pm – 01.00 pm

Lain-lain waktu bergantung kepada temujanji pelajar dengan penyelaras dan pensyarah (Other times will depend on appointment made by students with the coordinator and lecturers)

(18)

16 TELEFON

(TELEPHONE) &

MEL-E (EMAIL):

03-89216992 & hjshamsul@ukm.my

SINOPSIS KURSUS (COURSE SYNOPSIS):

Kursus ini membincangkan mengenai Peradaban Islam dalam ruang lingkup Islam Hadhari. Fokus kursus ini meliputi isu-isu utama peradaban Islam dalam empat bidang utama yang ditawarkan di Institut Islam Hadhari (IIH) iaitu: (a) politik dan kepimpinan; (b) sosiobudaya; (c) ekonomi & muamalat; (d) sains & teknologi, kesihatan & alam sekitar. Secara khususnya, kursus ini menumpukan kepada isu-isu kontemporari dalam pembangunan peradaban kini. Ia meliputi analisis mengenai perkembangan dan pembangunan masyarakat Islam di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa yang merangkumi pembicaraan mengenai organisasi, pengurusan, urus tadbir, hal ehwal dasar, strategi dan pelaksanaan, sumber manusia, kewangan, infrastruktur dan teknologi merentas ke empat-empat skop ketamadunan di atas.

(This course discusses Islamic civilization in the scope of Islam Hadhari. The focus of this course is on major issues of Islamic civilization within four main areas offered in the Institute of Islam Hadhari: (a) politic and leadership; (b) socio-culture; (c) economy and muamalat; and (d) science & technology, health

& the environment). Specifically this course focuses on contemporary issues in the current civilization development. It covers analysis of expansion and development of Islamic society at the national, regional, and international levels in terms of discussion on organization, management, governance, policy matter, strategy and implementation, human resource, finance, infrastructure and technology across the four scopes of civilization above).

HASIL

PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) (COURSE LEARNING OUTCOME):

1. Mengetahui dan memahami sejarah dan konsep peradaban Islam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

(Know and understand the history and concept of Islamic civilization that based on al-Quran and al-Sunnah )

2. Memahami peradaban sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan penggunaan sumber manusia, material, teknologi berteraskan nilai, akhlak dan etika.

(Understand civilization as a process of management which involves the use of human resource, material, and

technology that based on values, moral, and ethics)

(19)

17

3. Berkebolehan melakukan penyelidikan dan membuat laporan kajian kes peradaban Islam semasa.

(Able to conduct research and produce research report on the case of current Islamic civilization)

4. Berkebolehan memahami dan menganalisis peradaban Islam dalam berbagai aspek dan bidang.

(Able to understand and analyze Islamic civilization in various aspects and fields)

5. Berkebolehan mengenal pasti dan menerapkan amalan- amalan peradaban Islam.

(Able to identify and apply the good practices in Islamic civilization)

BACAAN ASAS (BASIC

REFERENCES):

Crump, T. 2001. Science as seen through the development of scientific instruments. London: Robinson.

Hellman, H. 2006. Perbalahan hebat dalam sains. Terj. Haliza Ibrahim. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara.

Ibn Khaldun, Abdul Rahman Muhammad.1996. Muqaddimah.

Beirut: Mua’assah al-Kutub al-Thaqafiyah.

Mohd. Yusof Hj. Othman. 2009. Sains, masyarakat dan agama. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Mohd. Yusof Hj. Othman. 2009. Wacana sejarah dan falsafah sains: SAINS DAN MASYARAKAT. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENILAIAN KURSUS (COURSE

ASSESSMENT):

Kehadiran (Attendance) : 10%

Esei, Pembentangan, Kajian Kes : 60%

(Essay, Presentation, Case Study)

Aktif dalam Perbincangan (Active in Discussion) : 20%

Kuiz (Quiz) : 10%

(20)

18 Syarat Pengijazahan

Setiap calon (Sarjana dan Doktor Falsafah) perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah

1. Membentangkan cadangan / usul penyelidikan (Semester 1 atau ke-2).

2. Membentangkan hasil kajian awal sebelum menghantar Notis Penyerahan Tesis.

3. Membentang kertas kerja dalam seminar yang dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM atau luar UKM, butirannya seperti berikut:

Sarjana Dua(2) pembentangan

Doktor Falsafah Tiga(3) pembentangan 4. Memenuhi Syarat Penulisan Makalah seperti berikut:

Sarjana

Sekurang-kurangnya satu (1) artikel dari mana-mana kategori yang berikut:

Jurnal ERA/Scopus/WoS;

Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;

Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Thomson Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

Doktor Falsafah

Dua (2) artikel dalam jurnal berindeks Scopus/WoS;

Atau

Sekurang-kurangnya satu (1) Jurnal Scopus/WoS;

dan

Satu (1) artikel dari kategori berikut:

Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut;

Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Thompson Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

5. Memenuhi keperluan kursus dan jumlah kredit.

(21)

19

6. Syarat tambahan untuk pelajar luar negara:

a. Pelajar luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan TOEFL, IELTS atau MUET yang memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program masing-masing dan diluluskan oleh Senat.

b. Pelajar luar negara yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat (Conditional Offer) seperti berikut:

i. Pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM tanpa had tempoh masa, namun pelajar masih tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa;

dan

ii. pelajar luar negara yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference (CEFR) bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

c. Fakulti/Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1) dan 5(2) kepada:

i. pelajar luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi;

atau

ii. pelajar luar negara yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

Zamalah

UKM turut menawarkan pembiayaan kewangan berbentuk zamalah yang terhad kepada pelajar yang layak. Permohonan boleh dibuat terus kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).

Peraturan-peraturan Pengajian Siswazah 2015

Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengajian siswazah, tesis, pendaftaran, rayuan, salah laku penyelidikan dan pengurniaan ijazah boleh dirujuk di Laman web Institut Islam Hadhari, UKM.

(22)

20

Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan Siswazah 2019/2020 Institut Islam Hadhari

Penasihat

Prof. Dr. Fariza Md Sham Pengarah

Penyelaras/Editor Dr. Shamsul Azhar Yahya Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Kamaruddin Salleh Ketua Jaminan Kualiti

Prof. Madya Dr Al-Adib Samuri Timbalan Pengarah

Tengku Nor Kirana Binti Tengku M.Y Anuar Ketua Pentadbiran

Pembantu Penerbitan

Encik Wan Muhammad Hazim Bin Wan Mustapa Puan Faridah Abdullah

Puan Fatin Hanani Badrul Zaman Encik Mohd Nor Adzhar Adnan

Fotografi

Encik Muhammad Rusydi Baharom

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Memiliki Diploma dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh

Memiliki Diploma dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh

Memiliki Diploma dalam bidang Sains dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK

(3) Pemeriksa Luar bagi calon program Sarjana Klinikal atau Kedoktoran Klinikal adalah dilantik oleh Fakulti/Institut dan telah diiktiraf sebagai ‘doktor pakar’

(3) Pemeriksa Luar bagi calon program Sarjana Klinikal atau Kedoktoran Klinikal adalah dilantik oleh Fakulti/Institut dan telah diiktiraf sebagai ‘doktor pakar’ dalam bidang

(3) Pemeriksa Luar bagi calon program Sarjana Klinikal atau Kedoktoran Klinikal adalah dilantik oleh Fakulti/Institut dan telah diiktiraf sebagai ‘doktor pakar’

(iii) Calon luar negara yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat boleh dikecualikan daripada

Bagi sesebuah institusi pengajian yang beorientasikan latihan vokasional seperti Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia yang mana mempunyai berbagai