• Tiada Hasil Ditemukan

Pengurusan Zakat di Malaysia:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pengurusan Zakat di Malaysia: "

Copied!
32
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

1

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI • 2017

http://www.ukm.my/fep

(3)

2

Cetakan Pertama, 2017

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA http://www.ukm.my/ekonis e-mel:ekonis@ukm.edu.my

Dengan Kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS)

3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13

40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: khidmatpelanggan@zakatselangor.com.my

Unit Zakat UKM Pejabat Unit Zakat UKM Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat / Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul ISBN 978-983-3198-98-6

(4)

3

Kandungan

Kandungan …3 Kata Pengantar …6 Sekapur Sirih…7 Prakata …8 Senarai Penulis…9

Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman...11

Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh Syarikat

Adibah Abdul Wahab …23

Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi

Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39

Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:

Kajian di Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65

Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri

Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83

Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103

Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke Atas Pendekatan yang Digunakan

Suhaili Alma’amun ... 125

Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133

(5)

4

Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor

Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155

Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171

Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor

Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …189

Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:

Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya

‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211

Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227

Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor

Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul Halim Abu Bakar …245

Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …269

Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu, Sarawak

Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287

(6)

5

Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305

Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319

Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru

Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331

Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:

Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &

Hairunnizam Wahid …353

Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi Kewangan di Malaysia

Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373

Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia

Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393

(7)

6

Kata Pengantar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.

Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.

Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lestari dan inklusif.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Amin ya rabbal alamin.

HAJI HUSSIN MOHD ALI Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor

(8)

7

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.

Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM Unit Zakat UKM

(9)

8

Prakata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang diperolehi.

Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek pengurusan zakat di Riau, Indonesia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.

Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting

(10)

9

Senarai Penulis

‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga Zakat Selangor

Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor

Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),

Riau, Indonesia

Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(11)

10

Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(12)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /83

Bab 5

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri

Ummi Amirah Alias Hairunnizam Wahid Azrina Abdullah Al-Hadi

Pengenalan

Zakat merupakan salah satu instrumen pembangunan ekonomi bagi umat Islam. Berbeza dengan wakaf yang memainkan peranan untuk membina tamadun umat Islam melalui sistem pendidikan dan sebagainya, zakat dilihat sebagai sumber penyelesaian bagi masalah masyarakat untuk membasmi kemiskinan. Ini telah dibuktikan ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab dengan pemerkasaan zakat melalui kecekapan mengurus dan mengagihkan zakat, kemiskinan dapat dibendung sehingga sifar kemiskinan dapat dihasilkan.

Maka, Islam dilihat sangat idealistik kerana segala permasalahan telah diberikan solusi yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.

Sungguhpun begitu, ekonomi di Malaysia kini masih memerlukan gandingan usaha daripada semua pihak agar masalah ini dapat diselesaikan. Masalah ini dikatakan semakin menular disebabkan wujudnya jurang pendapatan bagi yang kaya dan miskin (Raziatul Hanum 2014). Tambahan pula, pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) secara tidak langsung membawa kepada wujudnya jurang pendapatan ini dan kemiskinan masih lagi berlaku. Hal ini telah membawa kepada dakwaan yang mengatakan institusi zakat perlu diselidik bagi benar-benar menyelesaikan masalah masyarakat. Ditambah pula, institusi zakat merupakan badan awam yang tidak untung dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai perantara dalam pelaksanaan rukun Islam yang ketiga.

Sanep, Hairunnizam & Adnan (2006) telah mengkaji faktor yang mempengaruhi kepatuhan individu untuk membayar zakat ialah ketidakpuasan hati pembayar zakat terhadap pengurusan institusi formal dan mengakibatkan berlakunya kebocoran bayaran zakat kepada asnaf sendiri tanpa melalui institusi zakat. Maka, punca bagi masalah ini dilihat keraguan pembayar zakat pada ketelusan institusi zakat itu sendiri. Nik Aziz Afiq (2016) mengemukakan pandangan bahawa terdapat dua perkara yang dapat mengembalikan

(13)

84 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

kepercayaan masyarakat iaitu institusi zakat perlu diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan laporan tahunan dihebahkan secara umum serta mewujudkan sebuah badan bebas untuk melakukan ‘semak dan imbang’ yang dapat mempertikaikan keputusan dan terdiri daripada aktivis masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Penyelesaian ini sebenarnya telah dilaksanakan oleh institusi zakat dengan mengemukakan laporan tahunan masing-masing yang telah diaudit.

Sementara itu, pungutan hasil kutipan dapat diperkasa dengan meningkatkan kesedaran individu dan mewujudkan pengkorporatan kutipan dan agihan zakat. Aspek pengkorporatan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 90-an dimulai dengan penubuhan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada tahun 1991 yang merupakan anak syarikat MAIWP, Pusat Zakat Selangor dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang pada tahun 1995, Pusat Kutipan Zakat Pahang pada tahun 1996 dan Pusat Zakat Negeri Sembilan serta Pusat Zakat Melaka pada tahun 2000 (Sanep et al. 2006; Norazlina dan Abdul Rahim 2012).

Kemudian, diikuti dengan Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 2001. Pusat Zakat Sabah pula ditubuhkan pada April 2007 menggantikan Bahagian Zakat dan Fitrah sebagai salah satu bahagian di bawah pentadbiran MUIS (Pg Mohd Faezul, Hairunnizam & Mohd Ali 2016). Pusat zakat yang ditubuhkan ini merupakan institusi korporat di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Oleh itu, pertukaran struktur pentadbiran ini tidak lain hanya untuk memperkasakan kutipan dan agihan institusi zakat.

Maka, setelah segala usaha yang dilakukan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan institusi zakat. Akan tetapi, institusi zakat yang pada asasnya bergantung pada pemegang amanah dan umat Islam seluruhnya telah menjadi perhatian dan kritikan orang awam. Pada dasarnya, ketidakyakinan masyarakat terhadap kecekapan agihan institusi zakat telah menjadi permasalahan utama yang masih perlu diselesaikan. Ini boleh membawa kepada pengurangan jumlah kutipan zakat sekiranya keadaan ini dibiarkan menular tanpa dikemukakan solusi yang terbaik. Berikutan itu, kajian ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menganalisis semula berdasarkan tahun semasa iaitu 2015 bagi kecekapan teknikal, kecekapan teknikal tulen dan kecekapan skala bagi kutipan dan agihan institusi zakat melalui perwakilan enam institusi zakat di Malaysia untuk membuktikan prestasi kecekapan semasa MAIN. Hubungan antara aspek struktur pentadbiran iaitu institusi korporat, sebahagian korporat dan tidak korporat turut dibincangkan bagi menjamin kecekapan institusi zakat. Terdapat tiga rujukan utama dalam kajian ini iaitu (1) kajian kecekapan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) (lihat Norazlina & Abdul Rahim 2012) berdasarkan tiga model yang dicadangkan (lihat Erturk & Turut-Asik 2011, Ahmad Aizuddin & Anath 2016) (2) Perbandingan kecekapan institusi korporat dan tidak korporat (lihat Erturk & Turut-Asik 2011). Sumbangan kajian ini adalah mengkaji kecekapan institusi zakat melalui kaedah DEA berasaskan model yang berbeza. Kajian ini dijangka dapat membuktikan kutipan dan agihan zakat mencapai tahap cekap walaupun perbezaan struktur pentadbiran dan akhirnya dapat membantu

(14)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /85 menyelesaikan masalah masyarakat di samping mempertingkatkan ekonomi umat Islam.

Kajian Lepas

Kecekapan ekonomi didefinisikan sebagai prestasi sesuatu sistem untuk menghasilkan output yang maksimum berdasarkan input yang digunakan.

Berlaku peningkatan dalam kecekapan sekiranya lebih banyak output yang dihasilkan dengan jumlah input yang sama (Norazlina & Abdul Rahim 2012).

Justeru, kecekapan merupakan aspek yang penting untuk dititikberatkan dalam pengurusan sesuatu institusi. Lebih-lebih lagi bagi institusi zakat kerana merupakan sektor awam yang diurus bersumberkan bayaran zakat orang ramai.

Apatah lagi zakat merupakan rukun ketiga yang menjadi kewajipan bagi umat Islam dan memerlukan pengurusan yang baik dalam menyebarluaskan manfaatnya. Sudah pasti menjadi kewajipan bagi institusi ini meningkatkan prestasi perkhidmatan yang diberikan agar tidak menjejaskan keyakinan masyarakat awam. Pada umumnya, prestasi sesuatu sektor awam diukur melalui ‘3E’ iaitu ekonomi, efektif dan efisien. (Abdul Rahim 2007; Eza Ellany, Mohd Rizal & Mohamat Sabri 2014). Di Malaysia, pelbagai kajian zakat telah dijalankan, antaranya melibatkan pengukuran kecekapan iaitu Eza Ellany et al. (2014), Mohammad Fadzli, Hairunnizam & Mohd Ali (2016), Hairunnizam, Sanep, Mohd Ali & Maryam (2016), Norazlina & Abdul Rahim (2012), Ismail & Masturah (2014), Nurulhazwani & Noraini (2016) dan Sanep et al. (2006).

Berdasarkan pemfokusan kajian kecekapan menggunakan kaedah DEA, Norazlina & Abdul Rahim (2012) telah memulakan aplikasi bagi institusi zakat di Malaysia dengan rujukan kajian penggunaan DEA dalam sektor awam.

Analisis secara keseluruhan itu berdasarkan input (bilangan kakitangan dan jumlah perbelanjaan) dan output (jumlah kutipan, jum lah agihan dan bilangan pembayar zakat) dengan min kecekapan teknikal sebanyak 80.6 peratus.

Kemudian, kajian tersebut diteruskan dengan mengenalpasti faktor penentu ketidakcekapan institusi zakat menggunakan analisis regresi Tobit mencadangkan sistem pembayaran zakat, sistem zakat berkomputer, saiz lembaga, ahli jawatankuasa audit dan desentralisasi memberi kesan signifikan kepada kecekapan institusi zakat di Malaysia (Norazlina & Abdul Rahim 2013). Seterusnya, kajian diteruskan dengan perbandingan pulangan ke atas skala antara institusi zakat dan hasil kajian mendapati separuh daripada institusi zakat di Malaysia mengalami ketidakcekapan skala dengan operasi pulangan tambahan ke atas skala atau pulangan penurunan ke atas skala (Norazlina & Abdul Rahim 2015). Kajian tersebut turut dikembangkan oleh Ismail & Masturah (2014) dengan kaedah analisis DEA melalui dua peringkat dengan fokus kepada kutipan dalam peringkat pertama dan agihan dalam peringkat kedua bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan mendapati kecekapan agihan lebih rendah daripada kecekapan kutipan manakala kecekapan keseluruhan, peruntukan dan kos mencapai kecekapan maksima.

(15)

86 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Selain itu, ketidakcekapan teknikal disebabkan oleh sumber yang berlebihan apabila berlaku peningkatan dalam bilangan staf tetapi menunjukkan penurunan dalam jumlah agihan pada tahun 2004. Nurulhazwani & Noraini (2016) turut membincangkan kaedah yang sama bagi Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menunjukkan kecekapan penuh dicapai dalam kutipan dan hanya asnaf fisabilillah yang tidak mencapai kecekapan maksima berdasarkan perbandingan agihan asnaf. Walau bagaimanapun, analisis secara keseluruhan mencapai tahap kecekapan maksimum dicapai pada tahun 2014.

Kajian DEA telah meluas diaplikasikan dalam pelbagai bidang.

Misalnya, analisis kecekapan hospital di Beijing kajian oleh Guo-Chao, Jian, Zi-Jun, Chuan-Kun & Yang (2015) membandingkan tiga analisis kecekapan antara ratio analysis (RA), stochastic frontier analysis (SFA) dan DEA.

Kaedah RA tidak sesuai digunakan dalam analisis kajian tersebut manakala SFA dan DEA sesuai untuk diaplikasikan, namun DEA memerlukan kombinasi dengan principal component analysis (PCA) untuk menambahkan kestabilan data. Begitu juga dengan kajian Erturk & Turut-Asik (2011) yang menggunakan aplikasi DEA dalam mengukur kecekapan syarikat agihan gas asli di Turki dengan membentuk 7 model yang berbeza pemboleh ubah input dan output. Selain itu, syarikat awam dilihat lebih efisien berbanding syarikat swasta berdasarkan perolehan nilai kecekapan daripada dua model yang dipilih. Namun begitu, hal tersebut tidak dapat disahkan kerana berlaku limitasi bagi syarikat awam seterusnya memberikan kecekapan yang tinggi bagi 2 syarikat awam terbabit. Tambahan pula, pembentukan model yang berbeza ini membolehkan pelbagai analisis perhubungan dibentuk akhirnya faktor atau punca kecekapan dapat dikenal pasti.

Justeru, bagi kelangsungan pertumbuhan institusi zakat, kajian semula terhadap kecekapan ini amat penting untuk memastikan operasinya sentiasa dalam keadaan baik dari masa ke semasa. Diakui bahawa jumlah kutipan semakin meningkat saban tahun. Akan tetapi, adakah peningkatan yang berlaku tersebut selari dengan kecekapan agihan yang seterusnya dapat menilai peranan institusi zakat secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini akan mengukur kecekapan kutipan dan agihan zakat bagi lima institusi zakat yang mempunyai struktur pentadbiran yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan ringkasan kajian DEA yang telah dijalankan oleh institusi zakat dan bidang lain.

Metodologi Kajian

Kajian telah dijalankan menggunakan data sekunder yang diperoleh iaitu laporan tahunan institusi zakat dan data berkaitan di Pusat Zakat bagi tahun 2015. Secara khususnya, data bagi output diperoleh daripada Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur, manakala data bagi input dikumpul sendiri melalui Pusat Zakat setiap negeri. Sebab utama pemilihan tahun 2015 sahaja kerana mewakili statistik terbaru data agihan dan kutipan zakat bagi setiap negeri yang dikeluarkan melalui Laporan Tahunan PPZ. Oleh itu, data keratan rentas bagi tahun 2015 digunakan dalam analisis kajian ini. Tahap

(16)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /87 kecekapan institusi zakat yang dinilai bagi kajian ini meliputi beberapa institusi zakat di Malaysia iaitu melibatkan 6 negeri yang mewakili institusi zakat yang telah mengkorporatkan pengurusan zakat sepenuhnya, mengkorporatkan kutipan zakat sahaja dan intitusi yang tidak mengkorporatkan pengurusan zakat. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang terlibat ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam dan Adat Malayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Kaedah analisis data: Kajian menggunakan kaedah kuantitatif iaitu Data Envelopment Analysis (DEA). DEA merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menganalisis kecekapan sesuatu organisasi terutamanya sektor awam. Tiga teknik utama yang dikemukakan untuk mengukur kecekapan pengeluaran ialah SFA, DEA dan deterministic frontier analysis (DFA) (Lovell 1996; Norazlina & Abdul Rahim 2012). DEA boleh diaplikasikan dengan menggunakan pelbagai input dan output tanpa perlu membuat anggaran keadaan atau sifat khusus bagi Decision Making Units (DMUs). Malahan, DEA dikatakan merupakan kaedah yang dibentuk untuk penilaian dan kawalan aktiviti sektor awam (Charnes, Cooper & Rhodes 1978;

Norazlina & Abdul Rahim 2013). Maka, pendekatan tanpa parameter ini sesuai digunakan untuk mengukur sampel kajian institusi zakat yang terdiri daripada 6 DMUs sahaja.

Jadual 2. Penerangan analisis kecekapan yang digunakan Analisis Kecekapan Penanda Aras1 RTS2 Teknikal, Teknikal

tulen, Skala

= 1.00 (Kecekapan maksimum)

CRS3

< 1.00 (Wujud ketidakcekapan)

VRS4 (IRS, DRS) Nota: 1 Julat kecekapan ialah 0 hingga 1 sahaja

2 RTS: Pulangan ke atas skala 3 CRS: Pulangan malar ke atas skala

4 Berlaku sama ada IRS: pulangan tambahan ke atas skala atau DRS: pulangan penurunan ke atas skala

Model DEA terdiri daripada orientasi input atau output. Model yang berorientasikan input bertujuan untuk mengurangkan input dengan mengekalkan jumlah output yang sedia ada manakala model yang berorientasikan output pula sebaliknya bertujuan memaksimumkan output tanpa mengubah input yang digunakan (Cooper, Seiford & Tone 2000;

Norazlina & Abdul Rahim 2015). Maka, dua pendekatan ini boleh dipilih berdasarkan struktur industri yang dikaji atau bergantung pada tujuan kajian sama ada untuk meminimumkan input atau memaksimumkan output. Namun begitu, institusi yang beroperasi pada skala kecekapan yang optimum tidak perlu untuk dianalisis menggunakan kedua-dua model memandangkan hasil

(17)

88 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

pulangan ke atas skala yang sama dihasilkan iaitu CRS. Bagi pendekatan berorientasikan output, semakin banyak output yang dihasilkan daripada input yang telah dikeluarkan, semakin cekap tahap pengurusan institusi tersebut.

Keadaan ini disamakan dengan institusi zakat apabila output iaitu jumlah agihan dan kutipan yang lebih banyak dihasilkan menyebabkan kecekapan institusi tersebut bertambah.

Kajian ini menganalisis kecekapan teknikal, teknikal tulen dan skala.

Umumnya, kecekapan teknikal menerangkan kecekapan sesuatu unit pengeluaran menggunakan sumber yang ada bagi menghasilkan output manakala kecekapan skala pula menunjukkan kebolehan unit pengeluaran menghasilkan output pada skala yang sesuai atau cekap (Saad, Suria Rismawati

& Fatimah 2013). Selain itu, pengukuran kecekapan teknikal secara tulen tanpa mempertimbangkan kewujudan kecekapan skala menerangkan prestasi institusi menguruskan input dalam proses pengeluaran (Kumar & Gulati 2008). Secara teknikal pula kecekapan teknikal (TE) diperoleh menggunakan pendekatan Constant Returns to Scale (CRS), manakala kecekapan teknikal tulen (PTE) dan kecekapan skala (SE) melalui pendekatan Variable Returns to Scale (VRS). Kecekapan teknikal tulen turut dikenali sebagai VRS TE. Secara khususnya, kecekapan skala merupakan hasil pembahagian nilai kecekapan model CRS dengan nilai kecekapan model VRS (Norazlina & Abdul Rahim 2012). Salah satu kepentingan model VRS ialah analisis pulangan ke atas skala bagi setiap DMUs boleh diterangkan sama ada berlaku Increasing Returns to Scale (IRS), CRS atau Decreasing Returns to Scale (DRS) sekiranya wujud faktor ekonomi berbanding model CRS yang hanya boleh diaplikasikan kepada institusi yang beroperasi pada skala yang optimum.

Penerangan ringkas bacaan analisis kecekapan dipaparkan seperti dalam Jadual 2.

Perincian Input-Output: Melalui pendekatan faktor pengeluaran, bilangan staf, jumlah perbelanjaan dan bilangan cawangan digunakan sebagai input. Bilangan staf diandaikan sebagai tenaga buruh dan jumlah perbelanjaan ialah modal yang dikeluarkan oleh institusi. Manakala, pemboleh ubah bagi output ialah jumlah kutipan, bilangan pembayar zakat, jumlah agihan zakat serta bilangan penerima zakat. Agihan dan kutipan diandaikan sebagai hasil perkhidmatan yang dikeluarkan dan merupakan penentu kecekapan bagi institusi zakat.

Pemilihan pemboleh ubah ini digunakan berdasarkan data yang diperoleh untuk kajian. Maka, pemilihan DEA adalah bertepatan kerana boleh merangkumi pelbagai pemboleh ubah input dan output tanpa ada anggapan atau syarat tertentu.

(18)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /89 Jadual 3. Statistik Deskriptif Input dan Output

Min Median Maksimum Minimum Sisihan Piawai

Input1 Bilangan staf (orang)

165 72 517 50 182

Jumlah

perbelanjaan (RM)

35 juta 17 juta 83 juta 8 juta 35 juta

Bilangan cawangan 13 10 28 6 8

Output2 Jumlah kutipan (RM)

268 juta 130 juta 627 juta 61 juta 255 juta

Bilangan pembayar zakat (orang)

818,413 976,272 1,323,558 57,742 562,876

Jumlah agihan (RM)

292 juta 143 juta 676 juta 72 juta 274 juta

Bilangan penerima zakat (orang)

78,626 63,198 165,914 39,753 47,955

Nota: 1 Data diperoleh melalui Pusat Zakat setiap negeri

2 Data diperoleh melalui Laporan Tahunan PPZ-MAIWP 2015

(19)

90 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Berdasarkan Jadual 3, bilangan staf maksimum merupakan LZS kerana data yang diambil ialah jumlah staf bagi keseluruhan staf LZS. Hal ini demikian kerana LZS merupakan institusi zakat yang mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat dan pembahagian tugas dilakukan dengan terperinci.

Hal ini berbeza dengan MAIWP yang hanya mengkorporatkan kutipan manakala agihan zakat diuruskan sendiri oleh unit baitulmal MAIWP. Maka, berlaku pembahagian tugas antara institusi korporat dan baitulmal. Nilai minimum pula disumbangkan oleh MAIPk. Sementara itu, jumlah perbelanjaan maksimum direkodkan oleh MAIWP bagi tahun 2015. Perbezaan nilai maksimum dan minimum pada setiap pemboleh ubah disebabkan oleh faktor perbezaan geografi dan keadaan ekonomi setiap negeri. Misalnya, pungutan zakat lebih banyak terkumpul di kawasan yang mengalami pembangunan ekonomi yang lebih pesat. Secara keseluruhannya, data MAIS mencatat jumlah kutipan, agihan serta bilangan cawangan paling banyak. Namun begitu, bilangan pembayar dan penerima zakat yang diberikan oleh MAIS tidak mewakili nilai keseluruhan bagi jumlah yang dipungut dan diagihkan. Ini kerana berlaku pertindanan maklumat untuk bilangan sebenar pembayar dan jumlah kupon yang telah diterima.

Pembentukan Model Kajian: Berdasarkan penelitian input dan output kajian lepas, beberapa perwakilan model dirumuskan seperti di bawah untuk dianalisis. Input yang dinilai ialah bilangan staf, jumlah perbelanjaan dan bilangan cawangan zakat manakala output yang dipilih ialah jumlah kutipan, bilangan pembayar zakat, jumlah agihan serta bilangan penerima zakat. Bagi memastikan kerelevanan kajian kecekapan DEA, setiap input yang dianalisis di dalam kajian perlu menunjukkan hubungan korelasi yang tinggi dengan output yang dipilih (Ahmad Aizuddin & Anath 2016; Charnes, Clark, Cooper &

Golany 1984). Analisis hubungan korelasi antara pemboleh ubah kajian ini dijalankan berdasarkan Jadual 4. Maka, model 2 dan 3 dapat dibentuk daripada hasil ujian korelasi tersebut. Model 2 dikhususkan untuk mengkaji kecekapan kutipan zakat dan hubungan korelasi bagi input bilangan staf ialah 0.88, jumlah perbelanjaan ialah 0.98 dan bilangan cawangan ialah 0.65 dengan output jumlah kutipan. Walaupun pemboleh ubah jumlah agihan turut menunjukkan hubungan yang tinggi, namun pemboleh ubah tersebut tidak digunakan dalam model 2 berdasarkan kerelevanan dengan pemilihan pembolehubah kajian lepas. Selain itu, jumlah kutipan digunakan sebagai input bagi model 3 setelah wujud hubungan korelasi yang tinggi dengan jumlah agihan iaitu sebanyak 0.99. Di samping itu, model 3 turut memuatkan input bilangan staf, jumlah perbelanjaan dan bilangan cawangan dengan nilai korelasi yang tinggi terhadap jumlah agihan iaitu melebihi nilai 0.5. Pembentukan model 2 dan 3 yang berasaskan output tunggal menunjukkan pemfokusan kecekapan yang dianalisis.

(20)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /91 Jadual 4. Ujian korelasi ke atas pemboleh ubah yang dipilih

Jumlah kutipan

Bilangan pembayar

Jumlah agihan

Bilangan penerima

Bilangan staf

Jumlah perbelanjaan

Bilangan cawangan Jumlah

kutipan

1.00 Bilangan

pembayar

-0.12 1.00

Jumlah agihan

0.99* -0.09 1.00

Bilangan penerima

0.34 0.72* 0.35 1.00

Bilangan staf

0.88* -0.36 0.88* -0.06 1.00

Jumlah perbelanjaan

0.98* 0.00 0.99* 0.47 0.81* 1.00

Bilangan cawangan

0.65* -0.31 0.67* -0.24 0.81* 0.60* 1.00

Nota: Pekali korelasi: *nilai 0.5 hingga 1.0 (korelasi tinggi) nilai 0.3 hingga 0.5 (korelasi sederhana) nilai 0.1 hingga 0.3 (korelasi rendah)

(21)

92 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat Jadual 5. Penentuan model

Model Input Output

Model 11  Bilangan staf

 Jumlah perbelanjaan

 Jumlah kutipan

 Bilangan pembayar zakat

 Jumlah agihan

 Bilangan penerima zakat Model 22  Bilangan staf

 Jumlah perbelanjaan

 Bilangan cawangan

 Jumlah kutipan

Model 32  Jumlah kutipan

 Bilangan staf

 Jumlah perbelanjaan

 Bilangan cawangan

 Jumlah agihan

Nota: 1 berasaskan model kajian Norazlina & Abdul Rahim (2012) serta tambahan bilangan penerima zakat sebagai cadangan

2

berdasarkan hubungan korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar dalam Jadual 3

Sementara itu, model 1 pula merupakan rentetan daripada kajian Norazlina &

Abdul Rahim (2012) dan bilangan penerima zakat ditambah sebagai output atas cadangan yang dikemukakan bagi kesinambungan kajian tersebut. Jadual 5 menunjukkan ringkasan pemboleh ubah yang telah dipilih dalam ketiga-tiga model kajian.

Hasil Kajian

Secara keseluruhan, keenam-enam institusi zakat yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan pencapaian tahap kecekapan yang tinggi, walaupun tidak kesemuanya mencapai kecekapan maksimum. Hasil analisis ini hampir selari dengan kajian Norazlina dan Abdul Rahim (2012) yang mencatat min kecekapan teknikal sebanyak 80.6 peratus melalui pendekatan model yang sama. Dengan anggapan, nilai 100 peratus sebagai kecekapan optimum atau maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah institusi. Ini menunjukkan kecekapan bertambah dengan pertambahan peratus kecekapan yang diperoleh melalui analisis. Disebabkan kajian ini dianalisis oleh DEA yang merupakan pendekatan tanpa parameter, tiada sebarang penanda aras yang perlu digariskan. Kajian ini juga mendapati kecekapan institusi selari antara kutipan dan agihan zakat pada tahun 2015 berdasarkan dapatan daripada DEA. Oleh itu, dapatan kajian ini juga perlu diuarkan kepada masyarakat agar keyakinan mereka terhadap institusi zakat semakin meningkat.

Berdasarkan Jadual 6, model 1 menunjukkan nilai kecekapan bagi teknikal, teknikal tulen dan skala mencapai 100 peratus iaitu optimum bagi 5 daripada 6 institusi yang terlibat iaitu MAIWP, MAINPP, MAIDAM, MUIS dan MAIPk. Satu-satunya institusi yang tidak memenuhi nilai optimum bagi model 1 ialah MAIS. Model 1 menggabungkan output kutipan dan agihan,

(22)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /93 maka model ini mewakili keseluruhan kecekapan pengurusan institusi zakat.

Namun begitu, MAIS tetap mencatat nilai kecekapan yang baik iaitu 81.1 peratus bagi kecekapan teknikal dan skala. Min kecekapan teknikal keseluruhan model 1 ialah 96.9 peratus. Kelima-lima institusi yang beroperasi pada kecekapan optimum mengalami pulangan malar ke atas skala manakala MAIS mengalami pulangan penurunan ke atas skala. Akan tetapi, nilai kecekapan teknikal tulen adalah optimum bagi kesemua enam institusi yang dianalisis. Ini menunjukkan ketidakcekapan teknikal yang wujud juga disebabkan oleh ketidakcekapan skala bagi institusi terbabit. Keenam institusi ini masih lagi cekap dalam mengurus kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2015.

Jadual 6. Nilai Kecekapan TE, PTE dan SE bagi Model 1,2 dan 3.

MAIN1 TE PTE SE RTS

Model 1

MAIWP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAINPP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIDAM 1.000 1.000 1.000 CRS

MUIS 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIPk 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIS 0.811 1.000 0.811 DRS

Min 0.969 1.000 0.969

Model 2

MAIWP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAINPP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIDAM 1.000 1.000 1.000 CRS

MUIS 0.725 1.000 0.725 IRS

MAIPk 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIS 0.985 1.000 0.985 DRS

Min 0.952 1.000 0.952

Model 3

MAIWP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAINPP 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIDAM 0.947 1.000 0.947 IRS

MUIS 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIPk 1.000 1.000 1.000 CRS

MAIS 0.997 1.000 0.997 DRS

Min 0.991 1.000 0.991

Nota: 1 MAIWP: Kutipan zakat sahaja dikorporatkan; MAINPP, MUIS & MAIS:

Kutipan dan agihan zakat dikorporatkan; MAIDAM & MAIPk: Kutipan dan agihan di bawah tanggungjawab baitulmal.

Jadual 6 juga menunjukkan hasil analisis yang dijalankan menggunakan model 2. Asasnya, model 2 menfokuskan kepada kecekapan kutipan zakat.

Maka, input yang terpilih merupakan faktor yang mempengaruhi kecekapan

(23)

94 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

kutipan zakat sahaja apabila bilangan pembayar dan bilangan penerima zakat tidak dimasukkan ke dalam model kerana mempunyai hubungan korelasi yang rendah terhadap output iaitu jumlah agihan. Pengukuran nilai kecekapan ini turut diaplikasikan melalui kecekapan teknikal, kecekapan teknikal tulen dan kecekapan skala dengan nilai 100 peratus sebagai kecekapan yang optimum.

MAIWP, MAINPP, MAIDAM dan MAIPk masing-masing optimum dalam kutipan zakat bagi ketiga-tiga analisis kecekapan dan mengalami pulangan malar ke atas skala. Ini selari dengan prestasi semasa institusi zakat yang dilihat semakin bertambah bilangan kutipannya saban tahun diikuti dengan bilangan pembayar yang semakin bertambah. Sementara itu, MUIS mengalami pulangan tambahan ke atas skala dengan kecekapan teknikal dan skala pada 72.5 peratus. Berbeza dengan MAIS yang mencatatkan pulangan penurunan ke atas skala dengan kecekapan teknikal dan skala pada 98.5 peratus. Maka, MUIS dinasihatkan untuk mengembangkan skala operasi kutipan untuk memastikan dapat beroperasi dengan lebih cekap (Saad, Suria Rismawati &

Fatimah 2013) dan keadaan sebaliknya bagi MAIS. Ketidakcekapan yang berlaku oleh MUIS dan MAIS sedikit sebanyak disebabkan ketidakcekapan skala yang wujud dalam kutipan zakat. Seterusnya, min kecekapan teknikal keseluruhan untuk kutipan zakat ialah 95.2 peratus. Kadar yang sama turut dicapai bagi nilai min kecekapan skala. Kecekapan teknikal tulen pada nilai optimum untuk keenam-enam institusi menunjukkan kecekapan pengurusan yang baik namun ketidakcekapan skala turut berlaku bagi model kutipan zakat.

Keadaan yang sama turut dipaparkan oleh model 3 yang mengkhususkan kecekapan agihan zakat dalam Jadual 5. Jumlah kutipan turut dimasukkan sebagai input kerana mempunyai hubungan korelasi yang tinggi dengan jumlah agihan termasuklah jumlah perbelanjaan, bilangan staf dan bilangan cawangan. Min kecekapan teknikal keseluruhan institusi ialah 99.1 peratus. Sementara itu, MAIDAM mengalami pulangan tambahan ke atas skala menunjukkan kecekapan teknikal dan skala adalah 94.7 peratus. Oleh itu, MAIDAM dinasihatkan untuk mengembangkan operasi agihan zakat serta memaksimumkan penggunaan sumber yang ada untuk mendapatkan hasil kecekapan agihan zakat yang optimum dan sebaliknya bagi MAIS kerana mencatat pulangan penurunan ke atas skala dengan kecekapan teknikal dan skala sebanyak 99.7 peratus. Sementara MAIWP. MAINPP, MUIS dan MAIPk pula dengan perolehan kecekapan optimum agihan zakat bagi ketiga-tiga analisis kecekapan. Satu-satunya analisis kecekapan yang mencapai nilai kecekapan optimum agihan zakat bagi keseluruh institusi ialah kecekapan teknikal tulen. Jelas menunjukkan analisis kecekapan teknikal tulen tanpa andaian faktor saiz institusi menunjukkan kecekapan maksimum pengurusan input ke atas proses pengeluaran output.

Walaupun berlaku pertambahan dan penurunan ke atas skala bagi institusi yang terlibat, tahap min kecekapan masih menunjukkan pencapaian dalam kutipan dan agihan yang tinggi. Faktor tersebut boleh berlaku disebabkan pengaruh keadaan ekonomi semasa. Sementara itu, kutipan serta agihan semasa yang dijalankan oleh kebanyakan institusi dianggarkan berada dalam keadaan cekap dengan nilai maksimum 100 peratus. Meskipun, institusi

(24)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /95 zakat sering diperkatakan hanya mengalami kecekapan dalam kutipan zakat sahaja dengan peningkatan jumlah kutipan, namun kajian ini telah membuktikan bahawa institusi zakat ini juga turut mengalami kecekapan dalam agihan. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mempertingkatkan dan mengenal pasti jumlah penerima asnaf yang layak. Dengan bertambahnya pengalaman dalam mengendalikan pengurusan, institusi ini dilihat lebih ke hadapan dalam menaikkan kutipan dan agihan zakat. Segala usaha dan pembaikan memerlukan implementasi semua pihak agar dapat meningkatkan prestasi institusi zakat secara berterusan.

Jadual 7. Nilai Purata Kecekapan Mengikut Struktur Pengurusan Institusi Zakat

Struktur Pengurusan1

TE PTE SE

Model 1

Korporat (%) 93 100 93

Tidak Korporat (%)

100 100 100

Sebahagian Korporat (%)

100 100 100

Jumlah (%) 96 100 96

Model 2

Korporat (%) 90 100 90

Tidak Korporat (%)

100 100 100

Sebahagian Korporat (%)

100 100 100

Jumlah (%) 95 100 95

Model 3

Korporat (%) 99 100 99

Tidak Korporat (%)

97 100 97

Sebahagian Korporat (%)

100 100 100

Jumlah (%) 99 100 99

Nota: 1 Institusi yang mewakili pengurusan MAIN dalam kutipan dan agihan zakat.

Korporat: MAINPP, MUIS & MAIS; Tidak Korporat: MAIDAM & MAIPk;

Sebahagian Korporat: MAIWP; Jumlah: MAIWP, MAINPP, MAIDAM, MUIS, MAIS

& MAIPk.

*Nilai TE, PTE & SE merupakan peratus daripada hasil analisis Jadual 6.

Institusi zakat di Malaysia terdiri daripada 3 struktur pengurusan iaitu pengkorporatan kutipan dan agihan, pengkorporatan kutipan sahaja dan tiada pengkorporatan kutipan dan agihan apabila pengurusan zakat diuruskan oleh baitulmal sahaja. Wakil enam institusi yang terlibat dalam kajian ini

(25)

96 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

merangkumi ketiga-tiga struktur pengurusan. Melalui perbezaan struktur pengurusan ini, sudah pasti pelbagai teknik atau strategi yang telah diaplikasikan di setiap institusi zakat untuk meningkatkan kecekapan kutipan dan agihan zakat mengikut negeri masing-masing. Berdasarkan Jadual 7, MAIWP yang merupakan institusi sebahagian korporat memberi min nilai kecekapan teknikal 100 peratus bagi ketiga-tiga model. Disebabkan tiada perwakilan institusi sebahagian korporat yang lain, nilai yang diperoleh merupakan hasil analisis daripada MAIWP sahaja. MAIDAM dan MAIPk mewakili institusi yang diuruskan oleh baitulmal turut menunjukkan min nilai kecekapan teknikal sebanyak 100 peratus bagi model 1 dan 2 tetapi sebanyak 97 peratus bagi model 3. Maka, kecekapan institusi tidak korporat maksimum bagi kutipan zakat manakala ketidakcekapan skala wujud dalam aspek agihan zakat yang disumbangkan oleh MAIDAM. Hal ini tidak memberi kesan besar ke atas institusi tidak korporat kerana nilai kecekapan teknikal dan skala masih pada tahap tinggi iaitu 97 peratus. Sementara itu, MAINPP, MUIS dan MAIS merupakan institusi yang mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat mewakili min nilai kecekapan teknikal 93 peratus bagi model 1 untuk kecekapan keseluruhan kutipan dan agihan zakat. Secara khususnya, kecekapan kutipan zakat bagi model 2 pula ialah 90 peratus min kecekapan teknikal dan skala manakala 99 peratus min kecekapan teknikal dan skala untuk agihan zakat iaitu model 3. Akan tetapi, min kecekapan teknikal tulen secara keseluruhan masih memberi nilai 100 peratus untuk ketiga-tiga model. Struktur pengurusan korporat dikatakan sepatutnya menyumbang kepada kecekapan yang lebih baik. Namun begitu, kajian Norazlina &Abdul Rahim (2015) menunjukkan pengkorporatan tidak memberikan kesan signifikan kepada kecekapan institusi kerana bilangan institusi yang mengkorporatkan terhad di Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku dalam kajian ini kerana tiada nilai yang sebenar mewakili 14 institusi zakat. Maka, nilai yang diperoleh hanya mewakili sebahagian institusi sahaja. Namun, diharapkan sedikit sebanyak kajian ini telah menunjukkan kecekapan masih berlaku setiap institusi zakat walaupun struktur pengurusan berbeza telah diaplikasikan.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan kecekapan dicapai oleh keenam- enam institusi zakat, walaupun nilai kecekapan kutipan zakat dengan pulangan tambahan ke atas skala bagi MUIS dan pulangan penurunan ke atas skala bagi MAIS manakala kecekapan agihan zakat menunjukkan MAIDAM berada pada pulangan tambahan ke atas skala dan MAIS pada pulangan penurunan ke atas skala. Sementara institusi zakat lain mencapai pulangan malar ke atas skala dengan kecekapan optimum dalam kutipan dan agihan zakat. Hasil analisis ini selari dengan perbincangan Ismail & Masturah (2014). Namun, disebabkan kajian ini hanya melibatkan tahun semasa iaitu 2015, tiada perbandingan tahunan sebab ketidakcekapan teknikal secara terperinci dijelaskan bagi MUIS, MAIDAM serta MAIS. Melalui perbandingan dengan institusi lain, MUIS perlu mengembangkan pemasaran serta promosi bagi mendapatkan jumlah

(26)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /97 kutipan yang lebih tinggi dan sebaliknya bagi MAIS. Dalam aspek agihan zakat pula, MAIDAM merupakan satu-satunya institusi yang perlu mengembangkan skala agihan zakat bagi memastikannya selari dengan jumlah kutipan yang diperoleh dan sekali lagi MAIS perlu bertindak sebaliknya.

Perolehan keputusan ketidakcekapan oleh MAIS sebenarnya disumbangkan oleh kekurangan maklumat teknikal mengenai bilangan pembayar zakat dan bilangan penerima zakat secara keseluruhannya. Kelompongan data tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan prestasi kecekapan institusi zakat yang telah dianalisis. Kesedaran dan keyakinan yang dilenturkan kepada masyarakat boleh membawa kepada kecekapan dan pemantapan institusi zakat pada masa akan datang.

Selain itu, kajian ini turut membuktikan kecekapan kutipan yang diperoleh selari dengan kecekapan agihan. Jumlah agihan yang dicatatkan oleh setiap institusi lebih tinggi daripada jumlah kutipan bagi tahun 2015. Hal ini menunjukkan bahawa ketidakyakinan kepada agihan yang telus tidak sepatutnya berlaku. Diakui bahawa unit agihan perlu memantau serta mengenal pasti penerima yang layak dari masa ke semasa dan usaha itu perlu dilakukan secara berterusan. Ramai pembayar zakat berminat membayar secara terus kepada asnaf tanpa melalui institusi formal kerana beberapa faktor termasuk ketidakpuasan hati pengagihan zakat (Sanep et. al 2006; Hairunnizam, Sanep

& Radiah 2009). Persepsi negatif yang wujud tersebut hanya boleh dilenyapkan dengan pemantapan agihan institusi yang lebih produktif serta ketelusan institusi zakat dalam mengagihkan kepada asnaf yang layak. Maka, hasil analisis ini telah menunjukkan bahawa agihan turut mencapai kecekapan maksimum bagi kebanyakan institusi. Peningkatan prestasi telah berlaku di institusi zakat di Malaysia.

Dalam aspek perbandingan ketiga-tiga analisis kecekapan, keputusan kecekapan teknikal tulen (PTE) lebih tinggi berbanding kecekapan skala (SE) menunjukkan kecekapan institusi zakat di Malaysia disebabkan aspek teknikal dibandingkan dengan skala atau saiz institusi. Kajian menunjukkan ketidakcekapan skala berbanding teknikal berlaku bagi kesemua institusi. Ini bermaksud institusi zakat bergantung pada operasi pengurusan teknikal dalam memperoleh kecekapan. Memandangkan kecekapan teknikal tulen tanpa pertimbangan aspek skala atau saiz, maka kecekapan operasi pengurusan menunjukkan prestasi penggunaan input secara maksimum.

Pengkorporatan juga sedikit sebanyak menambahkan kerancakan institusi zakat dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya. Meskipun kajian ini menunjukkan perbezaan min teknikal bagi institusi korporat lebih rendah daripada institusi tidak korporat dalam model 1 dan 2, namun keputusan tersebut hasil daripada perwakilan MAINPP, MUIS dan MAIS sahaja.

Diketahui bahawa MUIS disarankan untuk meningkatkan skala kutipan manakala MAIS pula disarankan untuk mengurangkan skala kutipan dan agihan. Hal ini sebenarnya disebabkan oleh maklumat bilangan pembayar dan penerima zakat yang tidak mencakupi semua kategori jenis zakat dan asnaf, maka jumlah tersebut menunjukkan ketidakseimbangan dengan jumlah kutipan

(27)

98 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

dan agihan yang telah direkodkan. Sungguhpun begitu, keseluruhan kecekapan institusi zakat adalah tinggi dalam agihan dan kutipannya. Maka, dapat dirumuskan bahawa institusi korporat, sebahagian korporat dan tidak korporat masing-masing mencapai kecekapan yang baik dalam memperkasakan agihan dan kutipan zakat.

Kajian ini hanya mengkaji sebahagian aspek umum dalam aspek kutipan dan agihan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan data yang lebih terperinci tidak didedahkan oleh institusi zakat dan memerlukan beberapa syarat khusus bagi perolehan maklumat tersebut. Maka, disarankan agar pusat zakat pada masa akan datang dapat menzahirkan segala maklumat pengurusan agar masyarakat awam umumnya lebih yakin dengan kredibiliti institusi zakat.

Hal ini berbeza keadaannya dengan institusi lain kerana umum mengetahui institusi zakat merupakan perkhidmatan sektor awam. Diakui bahawa sebahagian institusi zakat telah mula mengorak langkah menzahirkan ketelusan dengan mendedahkan laporan tahunan kepada umum serta beberapa aktiviti atau kegiatan semasa yang lain melalui laman web masing-masing. Namun, ini adalah salah satu proses bagi institusi zakat dari masa ke semasa dalam membuktikan kecekapan institusi terbabit.

Kesimpulan

Kecekapan merupakan penilaian umum yang diberi perhatian kepada setiap institusi atau organisasi. Matlamat penubuhan sesuatu institusi pastinya untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan dalam keadaan cekap. Prestasi kutipan dan agihan merupakan penilaian utama masyarakat awam bagi institusi zakat di Malaysia. Justeru, melalui penilaian DEA ini, kecekapan teknikal, kecekapan teknikal tulen dan kecekapan skala dapat dibuktikan oleh institusi zakat yang terlibat. Secara keseluruhan, min teknikal kecekapan bagi setiap model mencatat nilai peratus yang tinggi. Tambahan pula, wujud hubungan yang sepadan antara kutipan dan agihan zakat kerana kecekapan yang dicapai dalam model 2 iaitu khusus kepada kutipan turut dicapai dalam model 3 yang dikhususkan untuk agihan. Hubungan yang sepadan ini menunjukkan ketelusan institusi zakat dalam meningkatkan prestasi kutipan dan agihan zakat. Akan tetapi, sektor pengkorporatan tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana berlaku limitasi dalam mendapatkan data bagi keseluruhan institusi zakat di Malaysia. Keputusan yang diperoleh telah menunjukkan institusi korporat, tidak korporat dan sebahagian korporat mencapai kecekapan yang baik. Kajian lain perlu dilakukan secara mendalam mengenai aspek pengkorporatan dengan mengambil kira maklumat pengurusan dalaman agar kecekapan sebenar dapat dibuktikan dengan lebih jelas.

(28)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /99

Rujukan

Ahmad Aizuddin Hamzah & Anath Krishnan. 2016. Measuring the efficiency of zakat collection process using data envelopment analysis. In AIP Conference Proceedings (Vol. 1782, No. 1, p. 040007). AIP Publishing.

Charnes, A., Clark, C. T., Cooper, W. W., & Golany, B. 1984. A developmental study of data envelopment analysis in measuring the efficiency of maintenance units in the US air forces. Annals of Operations Research, 2(1), 95-112.

Charnes, A., Cooper, W. W., & Rhodes, E. 1978. Measuring the efficiency of decision making units. European journal of operational research, 2(6), 429-444.

Cooper, W. W., Seiford, L. M., & Tone, K. 2000. Data envelopment analysis. Boston:

Kluwer Academic Publisher.

Ertürk, M., & Türüt-Aşık, S. 2011. Efficiency analysis of Turkish natural gas distribution companies by using data envelopment analysis method. Energy Policy, 39(3), 1426-1438.

Eza Ellany Lateff, Mohd Rizal Palil & Mohamat Sabri Hassan. 2014. Prestasi Kecekapan Agihan Kewangan dan Bukan Kewangan di Kalangan Institusi Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(2), 51-60.

Guo-Chao, Jian, Zi-Jun, Chuan-Kun & Yang. 2015. Comparative study of three commonly used methods for hospital efficiency analysis in Beijing tertiary public hospitals, China. Chinese medical journal, 128(23), 3185.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. In Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor & Maryam Abd Rashid.

2016. Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Perbandingan Antara Majlis Agama Islam Negeri. Prosiding PERKEM Ke-11 (2016).

Ismail Ahmad & Masturah Ma'in. 2014. The efficiency of zakat collection and distribution: Evidence from two stage analysis. Journal of Economic Cooperation & Development, 35(3), 133.

Kumar, S., & Gulati, R. 2008. An examination of technical, pure technical, and scale efficiencies in Indian public sector banks using data envelopment analysis. Eurasian Journal of Business and Economics, 1(2), 33-69.

Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2015.

Lovell, Knox C. A. 1996. Applying efficiency measurement techniques to the measurement of productivity change. Journal of Productivity Analysis, 7(2), 329-340.

Mohammad Fadzli Ngatmi, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Prosiding Seminar Pengajian Islam (SEPIS) 2016.

Nik Aziz Afiq. 2016. Mengapa orang tak percaya institusi zakat?

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/06/24/mengapa- orang-tak-percaya-institusi-zakat/ [9 Mei 2017]

Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2012. Efficiency of zakat institutions in Malaysia: An application of data envelopment analysis. Journal of Economic Cooperation & Development, 33(1), 95.

(29)

100 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2013. Determinants of efficiency of zakat institutions in Malaysia: A non-parametric approach. Asian Journal of Business and Accounting, 6(2).

Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2015. Efficiency of zakat institutions and its determinants. Access to Finance and Human Development—

Essays on Zakah, Awqaf and Microfinance, 33.

Nurulhazwani Mohammad & Noraini Noordin. 2016. Data Envelopment Analysis Model For Measuring Efficiency Of Zakat Collection And Distribution.

Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016.

Kesan Penubuhan Pusat Zakat Sabah terhadap Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Sabah.

Prosiding Seminar Pengajian Islam (SEPIS) 2016.

Abdul Rahim Abdul Rahman. 2007. Pre-requisites for effective integration of zakah into mainstream Islamic financial system in Malaysia. Islamic Economic Studies, 14(1/2), 91-107.

Raziatul Hanum A.Rajak. 2014. Wakaf, Zakat Kurang Berkesan di Malaysia. Sinar Harian Online, 7 Januari. http://www.sinarharian.com.my/nasional/wakaf- zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109 [9 Mei 2017]

Saad Mohamad Said, Suria Rismawati Sanwari & Fatimah Said. 2013. Technical and scale efficiency in Malaysian manufacturing industries in the presence of industrial accidents. World Applied Sciences Journal, 24(7), 862-871.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 13(2), 175-196.

(30)

Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat:

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /101 Jadual 1. Ringkasan Kajian Lepas

Kajian oleh Kaedah Input Output Analisis

kecekapan Ismail dan

Masturah (2014)

2 peringkat DEA Peringkat 1:

 Bilangan amil

 Bilangan cawangan

 Bilangan bank sebagai agen kutipan

 Perbelanjaan kutipan

 Kutipan zakat

 Teknikal

 Peruntukan

 Kos

Peringkat 2:

 Kutipan zakat

 Perbelanjaan agihan

 Bilangan staf

 Agihan zakat

Norazlina dan Abdul Rahim (2012)

1 peringkat DEA  Bilangan staf

 Jumlah perbelanjaan

 Jumlah kutipan

 Jumlah agihan

 Bilangan pembayar zakat

 Teknikal

 Teknikal tulen

 Skala Nurulhazwani

dan Noraini (2016)

2 peringkat DEA Peringkat 1:

 Kutipan mengikut jenis zakat

 Bilangan pembayar zakat

 Jumlah kutipan

 Teknikal

(31)

102 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Peringkat 2:

 Jumlah kutipan

 Jumlah perbelanjaan agihan

 Jumlah peruntukan agihan

 Bilangan penerima zakat

 Agihan zakat

Ahmad Aizudin dan Anath (2016)

3 model DEA

 Charnes- Cooper- Rhodes (CCR) primal model

 CCR dual model

 Slack based model

 Bilangan cawangan

 Bilangan staf

 Jumlah kutipan  Teknikal

(32)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian Terhadap Kebolehgunaan (Usability) Sistem Zakat secara praktisnya, sistem zakat dalam talian telah pun diguna pakai di kesemua negeri di Malaysia melalui jabatan atau

Namun jika dilihat dalam aspek pengagihan zakat, banyak kajian menunjukkan masih wujud sikap ketidakpuasan hati pembayar zakat terhadap institusi zakat dalam mengagihkan zakat

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /71 Nor Azmi Musa ( 2006) dalam kajian Koleksi dan Pengurusan Kutipan Zakat di Negeri Sembilan

Kajian ini merujuk kepada laporan Perakaunan dan Pelaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia Fasa 2, 2017 (Zon 1) yang telah

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis pengurusan kewangan bagi Majlis Agama lslam negeri (MAIN) setiap negeri di seluruh Malaysia dengan menggunakan nisbah

39 Ini bertepatan dengan sifat kajian ini yang merupakan suatu kajian yang julung kali dilakukan terhadap kecekapan pengurusan kewangan dan agihan zakat bagi majlis agama

Institusi zakat negeri memainkan peranan penting dalam urusan kutipan dan pengagihan hasil zakat kepada golongan asnaf. Pengurusan hasil kutipan dan pengagihan yang

Kajian ini juga mencadangkan satu enakmen zakat yang khusus digubal seperti enakmen wakafyang telah digubal dibeberapa buah negeri di Malaysia. Penggubalan ini perlu