• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 112 - Karya-Karya Besar daripada Kesusasteraan Asia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 112 - Karya-Karya Besar daripada Kesusasteraan Asia "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2004/2005 Mac 2005

HKB 112 - Karya-Karya Besar daripada Kesusasteraan Asia

Masa: 3jam

Sila pastikan kertas peperiksaan ini menagndungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. Pilih DUA soalan daripada Bahagian A, dan DUA soalan daripada Bahagian B.

..a-

(2)

- 2 - [HKB 1121

Bahagian A

1. [a] Jelaskan maksud dua pandangan sarjana berikut tentang Kesusasteraan Asia:

[i] The very thought of a superior European culture is a blatant insult to the majesty of Nature.

[Johann Gottfried von Herder]

[ii] The tendency to overgeneralise conclusions and judgements about a foreign culture can be countered by careful study of concrete examples from

...

works of imaginative literature.

[Barbara Stoller-Miller]

[b] Berdasarkan saranan mereka, nyatakan pendekatan yang wajar untuk memahami, menghayati dan menilai Kesusasteraan Asia.

2. Bincangkan maksud masterworks. Dengan merujuk kepada mana- mana teks masterworks, huraikan dua ciri sejagat dan dua ciri tempatan yang dapat dikesan dalam teks pilihan anda itu.

3. Karya Layla Majnun oleh Nizami Ganjavi adalah kisah cinta dua insan yang rnalang. Sejauhmanakah pernyataan ini benar?

4. Berasaskan rangkap puisi Gitanjali karya Rabindranath Tagore yang dilampirkan (Lampiran A), bincangkan corak perhubungan penyair dengan Tuhannya.

Bahagian

B

5. Dengan menggunakan teks drama Sangkuriang karya R.T.A. Sunarja, bincangkan nilai-nilai pengajaran yang terkandung dalam teks ini yang relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini. Jawapan anda mesti di bu kti kan dengan contoh-con to h.

.

. .3/-

(3)

- 3 - [HKB 1121

6. “Kekuatan novel Dewi Putih karya Ren Shaozeng terletak kepada pengorbanan cinta wirawatinya”. Bahaskan kebenaran pernyataan ini.

7. Dengan merujuk kepada cerpen ”Marionette” karya Khin Myo Chit, huraikan bentuk dan cara persembahan kesenian Myanmar yang terakam dalam karya ini. Kemudian, bincangkan punca-punca yang menyebabkan watak wira dalam karya ini ‘terpaut hati’ dengan kesenian tersebut.

8. Cerpen “The Izu Dancer” merupakan adikarya Yasunari Kawabata.

Cerpen inilah yang memperkenalkan Kawabata ke dunia Barat dan menjadi perintis jalan untuknya meraih anugerah Nobel bagi Kesusasteraan pada tahun 1968. Bincangkan kekuatan-kekuatan persoalan yang terkandung dalam cerpen ini hingga mampu mengangkat nama Kawabata ke mata dunia kesusasteraan antarabangsa.

...

Lampiran A/-

.

.

.4l-

(4)

- 4 -

Lampiran A

[HKB 1121

Petikan Gitanjali oleh Rabindranath Tagore Terj. Latif Mohidin

tiada hentinya engkau bentuk aku menurut kemahuanmu berkali-kali

engkaukosongkan piala rapuh ini

serta engkau isikan lagi dengan hidup baru melalui bukit dan lembah engkau bawa beserta seruling buluh ini

dan engkau hembuskan ia senantiasa

dengan nyanyian baru pada sentuhan

kekal tanganmu

pecahlah batas gernbira di hati kecilku

dan lahirlah kata itu tak upaya diucapkan kurniamu maha besar datang padaku

betapa hanya melalui tangan kecilku ini abad datang

dan abad lalu tetapi engkau

senantiasa memberi dan ruang itu

senantiasa pula ada untuk diisi

-

000 0 000

-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bandingkan aspek pengolahan watak wanita dalam dua karya Asia Tenggara yang terkemuka untuk membuktikan bahawa pengarang wilayah ini mampu menghasilkan karya yang bermutu

“Karya-karya besar tidak mengenal sempadan.” Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujahan anda... Bandingkan aspek pengolahan

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika clan huraikan kejayaannya dari suclut persoalan clan alatan puisi yang

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika dan huraikan kejayaannya dari sudut persoalan dan alatan puisi

Jawapan anda harus disertai dengan contoh daripada karya-karya agung Timur dan Barat yang anda baca.. Jelaskan TIGA kaedah dalam disiplin Kesusasteraan Bandingan dengan merujuk

Jawapan anda harus disertai dengan contoh daripada karya-karya agung Timur dan Barat yang anda baca. Jelaskan TIGA kaedah dalam disiplin Kesusasteraan Bandingan dengan merujuk

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin clipelajari oleh seorang pengarang Malaysia daripada sastera Eropah clan Amerika, terutama dari suclut bentuk clan cara mengolah temanya..

Merujuk kepada beberapa buah sajak yang sesuai bincangkan perbezaan gaya dan tema yang anda lihat dalam karya-karya mereka5. Cara berfikir manusia sering menyeberang