• Tiada Hasil Ditemukan

(2) Hasil Kerja ini adalah asli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(2) Hasil Kerja ini adalah asli"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

ii

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: (No. K.P/Pasport: ) No. Pendaftaran/Matrik:

Nama Ijazah:

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):

Bidang Penyelidikan:

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;

(2) Hasil Kerja ini adalah asli;

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam Hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan Saksi Tarikh Nama:

Jawatan:

(2)

iii

ABSTRAK

Modal sosial adalah berasal dari ikatan perhubungan di kalangan manusia. Antara indikator modal sosial ialah seperti maklumat dan norma yang dapat meningkatkan fungsi individu. Modal sosial juga sering kali dilihat sebagai penunjuk kecekapan sesuatu masyarakat. Ini kerana, sesebuah masyarakat yang dikatakan sihat dan berfungsi didapati mempunyai modal sosial yang lengkap. Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh modal sosial ke atas pencapaian akademik pelajar desa, menilai impak corak modal sosial yang berbeza ke atas pencapaian akademik pelajar desa dan mencadangkan strategi-strategi pemerkasaan modal sosial agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar desa.

Kajian melibatkan sekolah-sekolah menengah harian biasa kerajaan di Negeri Kedah yang mempunyai pencapaian pendidikan yang baik dan pencapaian pendidikan yang kurang baik. Kajian ialah penyelidikan asas bertujuan untuk penjelasan ke atas persoalan kenapa modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan masyarakat desa dan persoalan-persoalan kajian lain. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan cross- sectional iaitu pengutipan data hanya melibatkan satu titik masa sahaja. Kaedah pengutipan data adalah menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan 81 soalan ialah  = .87. Secara keseluruhan didapati bahawa sebanyak 56.79 peratus nilai corrected item-total correlation bagi item soalan bentuk modal sosial, dimensi modal sosial dan ikatan sosial dalam borang soal selidik semasa ujian rintis memenuhi kriteria kesahan menumpu (convergent validity) minimum yang boleh diterima  = .40 ( > .40). Manakala 43.21 peratus soalan tidak memenuhi kriteria kesahan menumpu minimum yang boleh diterima iaitu kurang dari  = .40. Analisis data yang dijalankan ialah melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menemui bahawa modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan dan memberi kesan atau impak ke atas masyarakat desa. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Bagi kajian masa depan, dicadangkan pengkaji seterusnya menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian bagi tujuan generalisasi. Maklumat dan komunikasi, pendayaupayaan, interaksi sosial, agregat sosial, peranan sosial, ikatan kuat dan nod mempunyai hubungan dengan pencapaian/kecemerlangan pelajar manakala hubungan sosial dan entropi sosial mempunyai hubungan dengan keputusan peperiksaan yang terkini pelajar. Kesimpulannya entropi sosial dan hubungan sosial boleh meramalkan keputusan peperiksaan yang terkini pelajar manakala pendayaupayaan, interaksi sosial, agregat sosial, autoriti sosial dan peranan sosial boleh meramal pencapaian akademik pelajar desa. Bagi kajian masa depan, dicadangkan pengkaji seterusnya menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian bagi tujuan generalisasi.

Sumbangan hasil kajian terhadap bidang ilmu Sosiologi ialah berkaitan dengan teori rangkaian iaitu ikatan kuat dan nod (aktor individu dalam rangkaian) mempengaruhi pencapaian akademik, walau bagaimanapun ikatan lemah mempunyai hubungan secara negatif dengan pencapaian pendidikan. Implikasi kepada dasar berkenaan dengan pendidikan ialah hubungan dalam rangkaian yang melibatkan ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya boleh digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik.

(3)

iv

ABSTRACT

Social capital is rooted in relationship ties among human. Among the social capital indictor are information and norms which can enhance the individuals function. Social capital has always been seen as a society competency indicator. This is because a society which is said as healthy and funtioning draws on social capital. This study aims to measure social capital influence on the rural students’ academic achievement, evaluate social capital’s different impact pattern on the rural students’ academic achievement and to suggest social capital empowerment strategies so as to increase the rural students’

academic achievement. This study involved government secondary schools in Kedah State which had good and poor educational attainment. The research aimed to answer the question of why social capital influences educational attainment of the rural community.

This study used the cross-sectional approach that is data collection only which involved one point in time. The data collection method used the quantitative approach via a questionnaire survey. The Cronbach’s Alpha value for the overall 81 item is  = .87.

Generally, it found that about 56.79 percent of the corrected item-total correlation value for items on forms of social capital, the dimension of social capital and the social ties in the questionnaire for the pilot test fulfill the minimum acceptable convergent validity criteria  = .40 ( > .40). While 43.21 percent of the items does not fulfilled the minimum acceptable convergent validity criteria  = .40. Data analysis involved descriptive and inferential analysis. The results of the study showed that social capital affects the academic achievement and has an impact on the rural society. However, this study can not be generalized because it used purposive sampling method. Information dan communication, empowerment, social interaction, social aggregate, social role, strong ties and the node have a relationship with the students performance while social relation and social entropy have a relationship with the students’ recent examination result. The conclusion of the study are that social entropy and social relationship are predictors of the students’ recent examination result while empowerment, social interaction, social aggregate, social authority and social role are predictors of the rural students’ academic achievement. For future studies, it is suggested that the researcher use probability sampling method for the purposes of generalization. The contribution of the study towards knowledge in Sociology is related to network theory that is strong ties and the node (the individual actor in the network) influences academic achievement, however weak ties had a negative correlation with academic achievement. Implication for policy regarding education is that connection in networks involving parents, the school and peers can be used effectively to help the students increase academic achievement.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM PULAU PINANG, 6 Disember 2016 - Kelab Kerja Sosial USM telah menganjurkan sebuah program Forum Praktis Kerja Sosial Bersama Pesakit Kanser baru-baru ini yang berlangsung

Isu kajiannya adalah tentang peminggiran tanah yang berlaku pada orang Lampung sebagai sebuah proses sosial, yakni proses sosial yang dipahami dari hubungan

a) Sosial: Peningkatan kemudahan sosial dan perkhidmatan memberi kesan kepada peningkatan aktiviti sosial. Penyediaan kemudahan sosial ini akan menjadi tumpuan ramai yang

Kertas kerja ini adalah hasil dari sorotan kajian yang terdahulu dan perbincangan secara dasar perkaitan antara adab perhubungan sosial Islam dan kebebasan penggunaan media

Kajian ini mendapati tahap pengetahuan dan penghayatan ibadah di kalangan pelajar adalah memuaskan dan berjaya memberi kesan positif dalam hubungan sosial pelajar

Keadilan sosial merupakan salah satu aspek kehidupan sosial yang di dalam perancangan sosial.. Takrifkan keadilan sosial dan bincangkan peranannya dalam

Intervensi kerja sosial adalah aktiviti profesion yang dilakukan oleh pekerja sosial dalam membantu wanita yang mengalami keganasana rumah tangga untuk meningkatkan atau

Kumpulan dan jaringan, kepercayaan, perpaduan dan penyertaan sosial, autoriti sosial, peranan sosial, status sosial, norma sosial, entropi sosial, hubungan sosial