• Tiada Hasil Ditemukan

HARGAI MASA UNTUK BERJAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HARGAI MASA UNTUK BERJAYA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

Teks: Mohamad Abdullah

PULAU PINANG, 11 Disember 2015 - Untuk beroleh kejayaan, seseorang itu perlu hargai masa yang ada. Malah, orang yang cerdik dan bijaksana akan memanfaatkan masa yang ada dengan betul mengikut ajaran agama dalam mencari keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Pengarah Pusat Transformasi Insan Alustaz Profesor Madya Dato’ Haji Ellias Haji Zakaria mengingatkan umat Islam terhadap pesanan baginda Rasulullah SWT yang bersabda bahawa mereka yang waras, sempurna aqal dan bijaksana memberikan keutamaan menggunakan masanya dengan empat perkara.

“Pertama ialah membahagikan masanya untuk bermunajat dan mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan memulakan hari dengan solat subuh yang mendekatkan seseorang itu dengan penciptaNya,”

kata Ellias.

Perkata kedua ialah dengan menggunakan sebahagian lagi masa untuk memeriksa diri sendiri dan membuat audit diri sebelum sampai masa kita pula diaudit.

“Yang ketiga ialah menggunakan sebahagian lagi masa untuk berfikir dan merenung terhadap segenap kekuasaan Allah SWT, terhadap segala warna-warni ciptaan-Nya, mencari inspirasi pada setiap ciptaan Allah SWT, meneroka ilmu dari segenap kejadian dan ciptaan Tuhan serta mencari rahsia yang ada melalui pelbagai disiplin ilmu yang seterusnya akan membuka pintu rezeki kepada kita,” jelas Ellias.

Manakala perkara keempat ialah seseorang yang waras, berakal dan bijaksana akan memanfaatkan sebahagian lagi masanya untuk berbakti dan mencari rezeki pada jalan yang dibenarkan dan halal.

“Bumi Allah SWT ini luas, maka seseorang itu perlulah mencari rezeki dengan jalan yang halal dan mendapat rahmat di sebaliknya, apatah lagi dengan menggunakan keempat-empat pembahagian masa yang ada itu seseorang itu akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan walaupun tanpa pangkat dan kedudukan,” kata Ellias.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama, kita juga perlu ingat bahawa umat Islam juga sering diperingatkan untuk bersedia menghadapi cabaran masa hadapan serta peka dan sensitif dengan segala perubahan yang berlaku, malah bersedia untuk menghadapinya dengan segala kekuatan yang ada.

Eliias menyampaikan tazkirahnya kepada warga Bangunan Canselori II bagi memulakan Siri Santapan Rohani Pusat Transformasi Insan yang diadakan dua minggu sekali bermula hari ini selama 30 minit.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

HARGAI MASA UNTUK BERJAYA

11 DEC

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

(iii) Sekiranya suatu kerja memerlukan 5 unit masa CPU untuk dilaksanakan hingga tamat dan masa yang diperuntukkan untuk setiap proses ialah 10 unit,

Objektif kajian ini ialah untuk memahami dengan menghuraikan pengembangan kemahiran berfikir dalam pengajaran pemahaman bacaan pada masa sebelum, semasa dan

Dengan menggunakan gaya-gaya berfikir yang sesuai, bincangkan bagaimana sektor pelancongan Malaysia boleh dimajukan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong asing pada

Jin dan manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan

Saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan yang baik dan ruang masa untuk dapat kita

Pemimpin yang dilantik pada masa itu telah menjalankan berbagai- bagai usaha untuk menarik perhatian orang ramai terhadap pertubuhan yang baru diperkenalkan ini. An

Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang

Perjalanan yang belum terhenti Melihat indahnya alam ciptaan Allah Coretan lama yang semakin menjauh. Yang ada hanya warna-warni Yang terlakar sejak