• Tiada Hasil Ditemukan

PdP murid orang asli ketika pandemik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PdP murid orang asli ketika pandemik"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

PdP murid orang asli ketika pandemik

Keciciran serta sukar mendapat akses internet sukarkan

pembelajaran maya P

andemik Covid-19 yang melanda negara kira-kira setahun lalu te- lah memberi kesan begitu besar kepada semua sektor kehidupan manusia sama ada politik, ekonomi, aga- ma, sosial dan tidak terkecuali pendidik- an.

Pada peringkat awal pandemik, keraja- an telah mengambil langkah ketat dengan menutup semua kegiatan melalui penguat- kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali bagi sektor yang kritikal.

Bagi tujuan meneruskan kelangsungan ekonomi agar tidak lumpuh, kerajaan ke- mudiannya melonggarkan PKP dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Perge- rakan Pemulihan (PKPP) dan kemudiannya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Fenomena pandemik telah memberikan kesan besar kepada perjalananan sektor pendidikan. Sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) diarahkan tutup bagi tujuan mengekang virus tersebut.

Selain proses Pengajaran dan Pembel- ajaran (PdP) turut berlangsung dalam nor- ma baharu. Kalau dahulu, proses tersebut berjalan secara bersemuka tetapi kini se- muanya perlu berlangsung secara maya, sama ada menggunakan aplikasi seperti Google Classroom, Google Meet, Live Facebook, Microsoft Teams, Zoom, Webex dan lain-lain. Sudah pasti proses itu banyak memberikan cabaran kepada guru, murid mahupun ibu bapa.

Aktiviti PdP secara maya mungkin tidak

PROF. MADYA DR ABDUL GHAFAR DON, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah mengambil inisiatif memastikan anak- anak orang asli tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Guru-guru akan pergi ke rumah pelajar orang asli untuk memastikan mereka men- dapat ilmu dan diberikan juga tugasan serta latihan seperti di sekolah.

Guru atau petugas Jakoa akan datang untuk mengambil atau mengumpul kerja sekolah dan latihan yang telah diberikan, bagaimanapun, tugasan itu tidak semudah jangkaan.

Berdasarkan temubual bersama Peng- hulu Bidin dari Kampung Orang Asli, Su- ngai Rual, Jeli, Kelantan dan juga wakil pejabat Jakoa, Jeli, Muhammad Luqman Romli, terdapat murid-murid orang asli tidak melaksanakan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru.

Ini adalah cabaran yang terpaksa diha- dapi para guru yang bertugas di perkam- pungan orang asli. Disebabkan itu, bebe- rapa kaedah lain perlu difikirkan bagi memastikan proses PdP dapat diteruskan meskipun dalam suasana pandemik.

Usaha-usaha berterusan dan strategik perlulah dilakukan bukan sahaja oleh pihak berwajib, bahkan semua pihak perlu ber- ganding bahu secara bersepadu melalui pendekatan yang holistik.

Keberadaan komuniti asli dalam arus perdana pendidikan negara pastinya akan turut memberikan sumbangan dan impak bermakna terhadap pembangunan negara dan pembinaan negara bangsa.

begitu bermasalah kepada pelajar-pelajar yang tinggal di bandar atau pinggir bandar.

Bagi yang tinggal di pedalaman, ia sudah tentu menyukarkan mereka mendapatkan akses internet yang baik.

Ini termasuklah pelajar masyarakat orang asli yang tinggal di pedalaman. Ber- latarbelakangkan sikap masyarakat asli yang tidak begitu mengambil kisah soal PdP serta kadar keciciran sekolah yang tinggi, pembelajaran ketika pandemik amat memberi kesan.

Faktor kemiskinan juga lebih membu- rukkan keadaan, menyebabkan mereka ti- dak berkemampuan untuk membeli data internet bagi tujuan PdP. Situasi ini menye- babkan mereka mengalami kesukaran dan ketinggalan dalam pelajaran.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan

Faktor kemiskinan juga lebih memburukkan keadaan, menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk membeli data internet bagi tujuan PdP. Situasi ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran dan ketinggalan dalam pelajaran.”

AUTHOR: No author available SECTION: NASIONAL PAGE: 21 PRINTED SIZE: 446.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 9,455.00 ITEM ID: MY0042548454

Page 1 of 2

19 JAN, 2021

PdP murid orang asli ketika pandemik

Sinar Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Keciciran serta sukar mendapat akses internet sukarkan pembelajaran maya PROF. MADYA DR ABDUL GHAFAR DON, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara kira-kira setahun lalu telah memberi kesan begitu besar kepada semua sektor kehidupan manusia sama ada politik, ekonomi, agama, sosial dan tidak terkecuali pendidikan. Pada peringkat awal pandemik, kerajaan telah mengambil langkah ketat dengan menutup semua kegiatan melalui penguatkuasaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) kecuali bagi sektor yang kritikal.

AUTHOR: No author available SECTION: NASIONAL PAGE: 21 PRINTED SIZE: 446.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 9,455.00 ITEM ID: MY0042548454

Page 2 of 2

19 JAN, 2021

PdP murid orang asli ketika pandemik

Sinar Harian, Malaysia

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian menunjukkan bahawa sektor pertanian koko dan getah tidak memberi kesan dalam jangka pendek kepada pertumbuhan ekonomi negara.. Namun analisis Johansen

Antaranya ialah tekanan dari sudut undang-undang dari negara-negara yang ada kepentingan perdagangan dan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beberapa negara seperti Amerika

Walaupun penulisan dan kajian berkenaan dengan pandemik COVID-19 ini telah banyak dilakukan, namun, batasan kajian ini hanya tertumpu kepada impak dan cabaran

Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah

ANUGERAH PENERBITAN FAKULTI PERUBATAN UKM (PANDEMIK COVID-19)1.

Bagaimanapun, pelaksanaan PKP dalam membendung pandemik COVID-19 yang menjadi ancaman besar kepada kesihatan awam dan ekonomi kali ini masih perlu diperhalusi, terutama faktor

Intelektual pembangunan bermaksud individu yang memberi manfaat dan menyumbang ilmunya kepada masyarakat sama ada dari sudut pembangunan politik, polisi, pentadbiran,

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang jitu merupakan salah satu faktor yang dapat memajukan ekonomi sesebuah wilayah tidak kira sama ada