• Tiada Hasil Ditemukan

JMG 314 – GEOMORFOLOGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMG 314 – GEOMORFOLOGI "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2017/2018

Mei/Jun 2018

JMG 314 – GEOMORFOLOGI

Masa: 3 jam

_______________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA (2) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT (4) soalan daripada ENAM (6) soalan yang diberikan. Jika calon menjawab lebih daripada empat soalan, hanya empat soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.

Sertakan ilustrasi atau rajah di dalam jawapan anda bagi soalan yang berkaitan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

..2/-

(2)

[JMG 314]

- 2 -

1. “Konsep asas dalam geomorfologi melibatkan proses, kesan, jangka masa dan iklim”. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada kejadian sesuatu bentuk muka bumi di dunia ini.

(25 markah)

2. Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana jenis batuan induk boleh mempengaruhi dan membentuk jenis pola saliran yang berbeza di sesuatu kawasan.

(25 markah)

3. Bagaimanakah proses geomorfik dan hidrologi boleh memainkan peranan dalam perkembangan bentuk muka bumi di kawasan beriklim sejuk dan panas?

(25 markah)

4. “Sebahagian besar daripada jenis kegagalan cerun yang berlaku di Malaysia adalah dari jenis Gelinciran Peralihan” Sejauh manakah benarnya pernyataan ini?

(25 markah)

5. Bentuk muka bumi di bahagian hulu dan hilir sungai adalah sangat berbeza.

Jelaskan bagaimana aliran air dan proses hakisan yang berbeza bertanggung jawab untuk mewujudkan bentuk muka bumi yang berlainan ini.

(25 markah)

6. Nyatakan bentuk-bentuk muka bumi utama yang terdapat di kawasan gurun dan bincangkan bagaimana proses pengangkutan, hakisan dan pemendapan menyebabkan bentuk muka bumi tersebut terjadi.

(25 markah)

-oooOooo-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

serta kepentingan elemen-elemen grafik di dalam menghasilkan sebuah papan iklan yang menarik dan diterima oleh pengguna. Papan iklan terdapat di dalam pelbagai saiz dan bentuk.

[a] Terangkan dengan ringkas bagaimana daya permukaan dan antara muka mempengaruhi bentuk fasa (beta) yang terbentuk (i) pada sempadanira alpha-alpha dan (ii) pada suatu simpang

Bincangkan matlamat utoma proses bentuk semula bermangkin dan pemangkin yang biasa digunakan dalam reaktor bentuk semula bermangkin.. Jelaskan tindakbalas-tindakbalas

a) Hakisan Geologi – kadar kehilangan tanih lebih perlahan daripada proses pembentukan tanih. Hakisan geologi yang berlaku di atas muka bumi menghasilkan

Berdasarftan struHur moleftul yang terdapat dalam bahan bergetah, bincangkan bagaimana bentuk lenglcungan ini berbeza daripada bentuk lengkungan bahan pejal dalam (a).

Kajian-kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk untuk mendapatkan impak reka bentuk yang selesa,menarik dan juga dengan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan lokaliti

(i) Ciri-ciri pemantulan tenaga dari permukaan bumi boleh diperolehi dengan mengira bahagian tenaga yang diterima oleh objek di muka bumi dan telah dipantulkan semula