• Tiada Hasil Ditemukan

Hotel Patuh Shariah (Shariah Compliant Hotels) Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Hotel Patuh Shariah (Shariah Compliant Hotels) Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan di Malaysia "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 477 – 480 ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Hotel Patuh Shariah (Shariah Compliant Hotels) Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan di Malaysia

Shariah Compliant Hotels as a New Product for Tourism Industry in Malaysia

Mohd Fadil Mohd Yusof Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Emel: fadil@umk.edu.my

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan pembangunan industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada dua belas bidang utama ekonomi negara berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Industri pelancongan memerlukan pembaharuan yang dinamik dengan melahirkan produk-produk baru yang akan menarik ramai pelancong ke dalam negara. Salah satu produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan ialah hotel patuh shariah (shariah-compliant hotels) Ianya merupakan konsep pengurusan perhotelan yang semakin mendapat tempat di negara-negara Timur Tengah seperti di UAE dan juga Arab Saudi. Konsep hotel patuh syariah ini masih di peringkat pengenalan dan dibina bagi memenuhi permintaan kebanjiran pelancong-pelancong yang beragama Islam yang semakin bertambah. Ianya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Arab terutama di Arab Saudi kerana beroperasi mengikut kerangka yang ditetapkan oleh Islam. Kertas ini menerangkan konsep hotel patuh shariah dan juga ciri-ciri yang perlu ada bagi menguruskan hotel yang berkonsepkan Islam tersebut berdasarkan penemuan yang diperolehi daripada sumber-sumber sekunder tentang pengurusan operasi hotel berlandaskan shariah seperti dipraktiskan oleh pengusaha-pengusaha hotel di negara Timur Tengah. Oleh kerana pertambahan masyarakat yang beragama Islam dan juga kesedaran agama di kalangan masyarakat Islam, pengusaha perhotelan perlu membangunkan produk pelancongan seperti hotel patuh shariah bagi merancakkan industri pelancongan negara yang merupakan salah satu industri yang memberi impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kata Kunci: Pelancongan, Perhotelan.

ABSTRACT

This paper discusses the important of the tourism industry to the country which is being identified as one of twelve key areas to be developed under New Economic Model. The tourism industry needs to be dynamic by having new products to attract more tourists to the country. One of the products that can be developed is shariah compliant hotels. Shariah compliant hotels are widely accepted in the Middle East countries such as Saudi Arabia and UAE. The concept of shariah compliant hotel is relatively new and it is developed to cater to high demand among Arab tourists. This paper explains the concept of shariah compliant hotels based on secondary sources and outlines its attributes as practiced by the hotels operated in the Middle East. It is important for hotel operators in Malaysia to develop the ideas of setting up shariah compliant hotels considering high demands from Islamic tourism market.

Furthermore, this new product is able to stimulate the tourism industry which may give high impact to the country’s economic growth.

Keywords: Hotel industry,, Tourism, Malaysia.

PENGENALAN

Industri pelancongan adalah salah satu industri penting yang dikenal pasti oleh kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Model baru ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan telah menyenaraikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk merancakkan pertumbuhan dan menjana hasil pendapatan negara. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pelancongan Malaysia, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat dari tahun ke tahun

(2)

478 Mohd Fadil Mohd Yusof

(JADUAL 1). Pada tahun 2009, sektor pelancongan mencatatkan kedatangan pelancong seramai 23.6 juta di mana pertambahan sebanyak 7.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kadar perbelanjaan yang dihasilkan oleh sektor pelancongan pada tahun 2009 adalah melebihi RM53 bilion iaitu pertambahan sebanyak 8 peratus juga berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dari segi kedatangan pelancong dan jumlah perbelanjaan pelancongan yang diperolehi menunjukkan sektor pelancongan adalah penting kepada ekonomi negara dari segi penjanaan pendapatan dan mewujudkan peluang- peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, perkhidmatan makanan dan minuman dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sumbangan sektor pelancongan ini mampu menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.

Pada amnya, kertas ini menerangkan secara ringkas konsep hotel patuh syariah yang telah dipraktiskan oleh pengusaha-pengusaha hotel di luar negara seperti di Arab Saudi dan di Emeriah Arab Bersatu. Konsep ini masih lagi diperingkat pengenalan dan memerlukan kajian yang terperinci dari segi persepsi dan penerimaan pelanggan terhadap produk ini terutama di kalangan pelanggan bukan Islam. Kertas ini juga membincangkan betapa perlunya hotel yang berkonsepkan Islam bagi menampung kedatangan pelancong Muslim yang semakin bertambah terutamanya pelancong dari Asia Barat. Berdasarkan statistik yang didapati di laman sesawang Tourism Malaysia, kemasukan pelancong dari Timur Tengah menunjukkan peningkatan yang ketara terutama dari Arab Saudi, Iran, U.A.E dan Qatar. Mengikut laporan yang bertajuk Masa depan Populasi Muslim Global oleh Pusat Penyelidikan Pew, organisasi bukan kerajaan yang berpusat di Washington, jumlah penduduk Muslim dunia dijangka akan meningkat daripada 1.6 bilion pada tahun 2010 kepada 2.2 bilion pada tahun 2030 (The Economist 2011). Justeru, adalah amat signifikan untuk para pengusaha hotel di Malaysia memajukan hotel yang berkonsepkan patuh syariah ataupun sekurang-kurangnya hotel yang mempunyai ciri-ciri perkhidmatan yang sesuai dikunjungi oleh pelancong Muslim.

PELANCONGAN ISLAM DAN HOTEL PATUH SYARIAH

Aktiviti pelancongan adalah bukanlah asing dikalangan umat Islam. Berdasarkan sumber di dalam Al Quran, umat Islam digalakkan untuk mengembara melihat kehebatan alam ciptaan Allah dan pada masa yang sama bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan. Kadir (1989) menyatakan konsep pelancongan dalam Islam adalah bertujuan untuk mencapai ketenangan dari segi fizikal, sosial mahupun kerohanian. Dengan ada aktivitinya pelancongan, umat Islam dapat mengenali diantara satu sama lain dan merapatkan silaturrahim di kalangan penganut yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya. Pada masa yang sama, umat Islam perlu patuh kepada ajaran Islam berdasarkan Al Quran dan Hadis. Konsep syariah/syarak adalah konsep yang bersumberkan hukum yang tercatat di dalam Al- Quran dan Hadis. Peraturan yang digariskan oleh syarak perlu dipatuhi oleh setiap orang Islam yang jelas menggariskan apa yang dibenarkan atau diharamkan untuk dipraktiskan.

Sektor perhotelan merupakan salah satu komponen penting industri pelancongan dan ianya menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman kepada pelancong.

Kebanyakan hotel-hotel 4 dan 5 bintang yang beroperasi di pusat-pusat pelancongan utama negara kurang mengambil berat isu halal dan kemudahan yang perlu disediakan kepada pelanggan Muslim.

Kebiasaanya hotel 4 dan 5 bintang menyediakan bar yang menyediakan makanan yang beralkohol kepada pelanggan. Oleh yang demikian, status operasi hotel sebegini menyebabkan sijil halal adalah sukar diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun begitu, industry hotel di Malaysia perlu membuat perubahan bagi menyediakan kemudahan dan fasiliti yang mesra pelanggan Muslim. Pengikitirafan negara-negara luar terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moderat memberi kelebihan kepada pengusaha-pengusaha hotel untuk mendirikan sebuah hotel yang berkonsepkan patuh syariah.

Menurut Henderson (2010), criteria hotel patuh syariah masih lagi kabur. Namun, berdasarkan perbincangan sesama pengamal dan penganalisa, hotel patuh syariah memerlukan ciri-ciri seperti berikut:

Kebanyakan hotel patuh syariah yang beroperasi di negara Timur Tengah mempunyai pelbagai versi dari segi amalan pengurusan dan perniagaan. Hotel yang tidak menyediakan minuman keras juga layak di kategorikan sebagai hotel patuh syariah walaupun tidak mematuhi peraturan- peraturan lain yang digariskan oleh syarak. Ada juga yang berpendapat untuk melayakkan sesebuah hotel dikategorikan sebagai hotel patuh syariah perlu ada peraturan yang ketat dari segi pergaulan bebas di hotel. Di samping itu, hotel ini juga menyediakan restoran khusus tetamu perempuan sahaja dan begitu juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang menyediakan staf perempuan untuk melayan tetamu perempuan sahaja. Oleh kerana tiada piawaian yang ditetapkan oleh pihak industri ke atas hotel patuh syariah ini maka terdapat sedikit kecelaruan dari segi operasi dan pengurusan hotel tersebut.

(3)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 479

Di Malaysia, terdapat beberapa hotel yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan Muslim. Sebagai contohnya, Kumpulan Hotel De Palma yang dimiliki oleh PKNS menyediakan pelbagai pelbagai perkhidmatan yang bercirikan mesra pelanggan Muslim. Perkhidmatan seperti pakej seminar hotel adalah bercirikan Islam dengan menyediakan buah kurma dan kismis semasa seminar, perkhidmatan imam dan tazkirah semasa tempoh penginapan tetamu di hotel tersebut. Hotel ini juga telah memamerkan tanda logo halal di laman sesawang dan menyatakan ianya adalah pelopor hotel patuh syariah dalam negara. Perubahan yang dilakukan oleh pengurusan kumpulan hotel De Palma dalam mengetengahkan konsep hotel patuh shariah patut dipuji dan diberi sokongan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, konsep hotel yang bercirikan Islam memberi alternatif penginapan kepada pelanggan Muslim yang kurang selesa untuk menginap di hotel-hotel mewah.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, industri pelancongan negara mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang akan menarik ramai pelancong berkunjung ke dalam negara. Pelancongan Islam sebagai contohnya adalah segmen pasaran yang semakin berkembang pesat dengan bertambahnya pelancong dari negara Timur Tengah dan pelancong Muslim. Bagi memenuhi permintaan dan kehendak pasaran ini, industry pelancongan perlu mengetengahkan produk baru iaitu hotel patuh shariah yang akan memenuhi keperluan segmen pasaran ini. Konsep hotel patuh shariah perlu diperluaskan dan dimajukan dengan lebih agresif terutama dengan mempromosikannya ke peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam yang progresif mampu mempelopori konsep hotel patuh shariah dang seterusnya dapat menyaingi produk-produk perhotelan yang disediakan oleh negara-negara Barat.

RUJUKAN

Battour, M., Ismail, M. N., & Batour, M. (2010). The Impact of Destination Attribues on Muslim Tourist's Choice. International Journal of Tourism Research.

Din, K. (1989). Islam and Tourism: Patterns, issues and option. Annals of Tourism Research, 16, 542- 563.

Henderson, J. C. (2010). Sharia-Compliant hotels. Tourism and Hospitality Research, 10(3), 246-254.

Rahman, S., Man, Y. C., & Zulkifli, W. S. W. (2010). Hotel Mesra Pelanggan dalam Industri Pelancongan di Malaysia. Paper presented at the Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam, UiTM Shah Alam.

(4)

480 Mohd Fadil Mohd Yusof

JADUAL 2 Ciri-ciri Hotel Patuh Syariah

1Minuman arak tidak dijual atau diminum di premis hotel 2Hanya menyediakan makanan halal sahaja

3Naskah al-Quran, sejadah dan arah tunjuk kiblat disediakan di dalam bilik hotel 4Katil dan tandas di bilik tidak mengadap kiblat

5Kemudahan tandas mesra pelanggan Muslim 6Surau disediakan untuk tetamu lelaki dan perempuan 7Hiburan yang dibenarkan oleh syarak

8Pekerja kebanyakannya terdiri dari orang Islam 9Etika pakaian mengikut syarak

10Kemudahan rekreasi yang berasingan untuk lelaki dan perempuan 11Disediakan level bilik yang dikhususkan kepada tetamu perempuan sahaja 12Etika pakaian yang dibenarkan untuk tetamu

13Pengurusan kewangan berlandaskan hukum syarak

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Malaysia yang terkenal dengan kewujudan masyarakat yang pelbagai etnik dan budaya bersandarkan majoritinya beragama Islam menjadikan faktor penting dalam mempromosi industri

Oleh itu, kertas kerja ini akan cuba untuk membangunkan satu produk pembiayaan baru yang dinamakan Muzara'ah Muntahiyah Bittamlik (MUMBIT) di Institusi Kewangan Islam bagi membantu

Sehubungan dengan penglibatan masyarakat tempatan dalam industri pelancongan, keadaan pelancongan di Kabupaten Samosir sangat dipengaruhi oleh pemahaman masyarakat

Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meninjau kesedaran dan penerimaan masyarakat Islam Singapura terhadap perkhidmatan dan produk-produk perbankan Islam.. Dengan itu,

Di Malaysia, antara perkara hangat yang menjadi pertikaian antara masyarakat Muslim dan Bukan Muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama dan pegangan rasmi

Ini merupakan bab yang terakhir di mana dalam bab ini menerangkan sikap masyarakat tentang industri pelancongan di Langkawi..

Perkembangan yang pesat dalam industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia menyebabkan tenaga terlatih dalam bidang ini ditubuhkan oleh ITM dibawah nama

Penipuan produk makanan halal menjadi isu utama dihadapi para pengguna Islam di Malaysia yang turut menjejaskan keyakinan terhadap status halal sesebuah